assigment ujian&pengukuran

9
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ________________________________________________________________________ HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JANUARI 2014 ____________________________________________________________ ____________ ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda . Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. 1

description

ujian pengukuran

Transcript of assigment ujian&pengukuran

Page 1: assigment ujian&pengukuran

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN________________________________________________________________________

HBEF3203PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

JANUARI 2014________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara on-line. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 3hb – 16hb Mac 2014. Serahan selepas 16hb Mac 2014 TIDAK akan diterima.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

1

Page 2: assigment ujian&pengukuran

PENILAIAN

Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Skema pemarkahan.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika lagiarism dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 – 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 – 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

2

Page 3: assigment ujian&pengukuran

SOALAN TUGASAN

Berdasarkan sukatan pelajaran bagi satu mata pelajaran yang anda ajar di sekolah, anda

dikehendaki menyediakan dan mentadbirkan satu kertas ujian bagi satu kelas pelajar dan

seterusnya menulis satu laporan mengenai pencapaian pelajar dan kesesuaian item-item

ujian.

Ujian yang anda bina harus mengandungi item-item beraneka pilihan (Bahagian A) dan

item-item subjektif berjawapan pendek (Bahagian B) dan tempoh ujian tersebut ialah 45

minit.

[Jumlah: 40 markah]

3

Page 4: assigment ujian&pengukuran

PANDUAN PELAJAR

1. Sediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). Bina item-item ujian berdasarkan JPU.

Sediakan skema pemarkahan.

Tadbirkan ujian bagi satu kelas pelajar dan memeriksa kertas jawapan pelajar.

Susun kertas jawapan pelajar mengikut pencapaian dari jumlah markah yang

tertinggi ke jumlah markah yang terendah.

Catatkan markah setiap pelajar seperti berikut:

Bil. No. Item  Bahagian A Bahagian B

Jum.Nama Pelajar

 1  2    ..  Jum.  ..    ..

 Jum.

                                 

                      

2. Buat analisis mengenai pencapaian pelajar. Bina jadual-jadual kekerapan seperti

berikut:

Soalan Aneka Pilihan Soalan Subjektif

Bahagian A (Markah Penuh = ___ )

Bahagian B(Markah Penuh = ___ )

Markah Kekerapan Markah Kekerapan

Jumlah Jumlah

4

Page 5: assigment ujian&pengukuran

Keputusan Keseluruhan(Markah Penuh = ___ )

Markah Kekerapan

Jumlah

Buat kesimpulan mengenai pencapaian pelajar bagi Bahagian A dan Bahagian B

serta keseluruhan kertas ujian.

3. Kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item-item ujian dalam

Bahagian A. Lengkapkan jadual-jadual seperti yang berikut:

Analisis Item-Item Beraneka Pilihan

No. Item Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi12

Buat kesimpulan mengenai kesesuaian item-item ujian dalam Bahagian A

berdasarkan indeks kesukaran dan indeks diskrimanasi.

Tugasan anda harus mengandungi perkara-perkara berikut:

i. Laporan Pencapaian Pelajar dan Analisis Item Ujian

Pengenalan

Analisis Pencapaian Pelajar

Analisis Item-item Ujian

Kesimpulan

5

Page 6: assigment ujian&pengukuran

ii. Lampiran

JPU

Kertas Ujian

Skema Pemarkahan

Sampel kertas jawapan pelajar

- 3 kertas jawapan pelajar (1 berpencapaian tinggi, 1 sederhana

dan 1 rendah)

6