Assignment

download Assignment

of 5

description

wacana

Transcript of Assignment

1.0 Pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia. Elemen yang boleh dikatakan unik dalam PPPM ini ialah untuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira dalam penggubalan Pelan Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14 negeri, 20 meja bulat, lebih 200 memorandum - 7000 syor diterima dan ditimbangkan dalam PPPM. Dapatan kajian daripada 6 IPTA, UNESCO, World Bank, TIMSS dan PISA digunakan dalam pembangunan PPPM. PPPM ini menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang. 2.0 Pengenalan Anjakan Empat Salah satu anjakan yang penting merupakan anjakan keempat, iaitu :Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Keseriusan dalam pembangunan aspek pendidikan negara mencerminkan bahawa betapa aspek profesion perguruan dalam sistem pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama dalam pembangunan terutama dalam memastikan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Persoalannya, bagaimanakah transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan menerusi pelan pendidikan ini?2.1 Gelombang Satu untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan Sebenarnya, transformasi keguruan dapat direalisasikan menerusi pelan pendidikan ini melalui tiga gelombang. Gelombang pertama, dari tahun 2013 sehingga tahun 2015 memberi fokus kepada peningkatkan standard profesionalisme serta penambahbaikan sistem sokongan dan persekitaran kerja sedia ada. Terdapat empat langkah yang akan diambil dalam gelombang pertama untuk mentransformasikan keguruan sebagai profesion keguruan, iaitu meningkatkan standard kemasukan, mengukur prestasi berdasarkan kecekapan, meningkatkan jumlah peruntukan dalam pembangunan profesionalisme berterusan dan mengurangkan bebas tugas pentadbiran guru.2.1.1 Meningkatkan Standard Kemasukan Bagi Guru Pelatih Dan Ambilan Guru BaharuTransformasi keguruan dapat direalisasikan dengan meningkatkan standard kemasukan bagi guru pelatih. Bagi meningkatkan standard kemasukan bagi guru pelatih, Kementerian mengetatkan proses pemilihan ambilan guru ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan memilih calon guru pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi setiap kohort yang tamat persekolahan mulai tahun 2013. Bukan itu sahaja, calon tersebut juga hendaklah mempunyai minat dalam bidang perguruan. Mereka akan diambil sebagai guru pelatih di IPG untuk mengikuti latihan perguruan. Ini bermakna standard kemasukan ke profesion keguruan diketatkan oleh Kementerian supaya guru yang mengikuti latihan perguruan memenuhi syarat kelayakan minimum akademik. Ini merupakan satu usaha yang bijak kerana dapat meningkatkan profesion keguruan dengan lebih berprestij dan elitis. Sebenarnya, langkah ini adalah selari dengan pandangan daripada sebahagian besar peserta Dialog Nasional Pendidikan Negara yang berpendapat bahawa kualiti guru harus diberikan keutamaan. Selain itu, Kementerian juga bercadang agar mengecilkan saiz ambilan guru jikalau bilangan calon yang berkelayakan pada sesuatu tahun berkurangan. Ini dapat memastikan kualiti pelatih guru dikekalkan tetapi bukan sekadar untuk memenuhi quota pengambilan dengan mengambil calon yang belum menepati syarat-syarat tertentu.Di samping itu, Kementerian juga menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memastikan standard program latihan perguruan di Institut Pengajian Tinggi Awam adalah sama. Bukan itu sahaja, Kementerian juga bekerjasama dengan IPG dan KPT untuk memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah ditingkatkan. Langkah ini diambil supaya guru berkualiti dapat dilahirkan dan hasrat transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan.Berbanding dengan masa dahulu, Kementerian juga menetapkan standard yang lebih ketat untuk bergraduat daripada latihan perguruan dan seterusnya diambil bertugas sebagai guru permulaan bawah Kementerian. Sistem jaminan pelantikan sebagai guru pelatih yang sedia ada tanpa mengambil kira prestasi akan dihapuskan. Hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan pelantikan guru. Mereka akan dipilih hanya apabila mereka dapat menguasai kompetensi minimum yang mereka perolehi melalui praktikum dan kerja kursus semasa latihan perguruan. Ini adalah penting untuk memastikan guru tersebut mempunyai ilmu pengetahuan yang luas serta kemahiran yang baik untuk mengajar supaya transformasi keguruan dapat dijayakan.

2.1.2 Mengukuhkan Kaitan Antara Prestasi Dengan KompetensiBagi guru-guru yang sudah berada dalam sistem dan mengajar di sekolah, Kementerian mengukuhkan pembangunan kerjaya berterusan guru-guru tersebut dengan melaksanakan program pembangunan kerjaya secara in-situ di sekolah. Sebagai penyokongan bagi peningkatan prestasi guru, Kementerian akan menyediakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi. Ini bermaksud guru berprestasi tinggi akan berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada gred DG41 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun yang merupakan purata tempoh kenaikan pangkat secara time-based yang baru, berasaskan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK). Ini boleh dikatakan sebagai ganjaran yang dapat menggalakkan guru agar memberi prestasi yang paling maksimum dalam perkhidmatan mereka. Dengan prestasi mereka yang baik, hasrat transformasi keguruan sebagi profesion pilihan bukanlah hanya mimpi lagi.Selain itu, Kementerian juga menyediakan satu instrument yang mengandungi kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada setiap peringkat tempoh perkhidmatan mereka. Kompetensi ini merentas empat dimensi yang berbeza iaitu pertama, pengajaran dan pembelajaran, kedua, nilai-nilai profesional, ketiga, aktiviti di luar bilik darjah, dan keempat, sumbangan profesional. Instrumen ini dirintis pada tahun 2013 dan diguna pakai pada tahun 2014. Instrumen yang mengandungi kompetensi ini dapat menggantikan semua instrumen yang ada pada masa dahulu, antaranya termasuklah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Kompetensi yang lengkap ini dapat melahirkan guru yang lebih cemerlang dalam semua aspek, dan seterusnya dapat merealisasikan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Di samping itu, Kementerian akan memastikan guru memberikan tumpuan kepada fungsi teras pengajaran melalui beberapa strategi yang efektif lagi pragmatik. Antaranya merupakan mengurangkan beban pentadbiran, memperluaskan laluan kerjaya guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus dan mewujudkan satu skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru. Langkah yang disebut adalah penting kerana guru dapat menumpukan segala perhatian dan memberi fokus kepada pengajaran dan pengkhususan mereka.

2.1.3 Menekankan Pembangunan Profesionalisme BerterusanBagi menekankan pembangunan profesionalisme supaya transformasi keguruan dapat direalisasikan, Kementerian akan membangunkan portfolio program latihan untuk setiap aspek keperluan kompetensi dalam instrumen baharu. Sesetengah modul dalam portfolio program latihan ini merangkumi kecekapan asas yang diharapkan daripada semua guru, seperti pedagogi yang menyokong pembangunan pemikiran aras tinggi murid. Kompetensi teras ini diwajibkan kepada semua guru. Modul lain akan dijadikan elektif bagi membolehkan guru membuat pilihan berdasarkan minat dan kekuatan peribadi, atau mana-mana bidang yang dikenal pasti untuk meningkatkan profesionalisme guru. Dalam membangunkan portfolio ini, Kementerian akan lebih menumpukan kepada program pembelajaran berasaskan sekolah.Apabila memulakan profesion, guru akan mendapat latihan CPD (Continuing Professional Development) individu daripada penyelia mereka. Program CPD termasuk latihan komponen teras dan komponen elektif mengikut keperluan pembangunan diri masing-masing. Disebabkan latihan berasaskan sekolah terbukti sangat berkesan, kebanyakan program ini akan dijalankan di peringkat sekolah. Program ini akan menggunakan jaringan rakan sejawat termasuk pembimbing guru, guru kanan, dan guru besar untuk menyebar luas amalan terbaik. Melalui latihan ini, guru akan terus meningkatkan tahap kemahiran mereka selaras dengan tahap kecekapan yang merupakan jangkaan daripada seseorang guru.

2.1.4 Meningkatkan Kualiti Persekitaran Kerja GuruBagi meningkatkan kualiti persekitaran kerja guru, Kementerian akan mengambil dua tindakan utama. Pertama, Kementerian telah mula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data sedia ada untuk menghapuskan pertindanan keperluan data. Tiga pangkalan data, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan untuk menggabungkan keputusan murid daripada peperiksaan semester berasaskan sekolah, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang digunakan untuk menjejak keputusan pentaksiran berasaskan sekolah dan Sistem Maklumat Murid (SMM) yang mengandungi data sekolah dan guru telah disasarkan bagi proses awal penyeragaman data. Dengan penyeragaman data, kerja seorang guru akan menjadi lebih bersistematik dan seterusnya beliau dapat memberi lebih fokus kepada pengajaran. Dengan ini, kualiti pendidikan dapat ditingkatkan dan transformasi keguruan dapat direalisasikan.Kedua, Kementerian akan mengenal pasti kaedah bagi mengatasi isu kesesakan di sekolah yang mempunyai purata saiz kelas melebihi 35 orang murid. Antara kaedah yang dicadangkan termasuk pembinaan bilik darjah tambahan, penempatan semula guru tambahan, dan mengetatkan penguatkuasaan kuota enrolmen. Dengan saiz kelas yang dapat dikawal serta persekitaran yang menyenangkan, guru dapat menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran dengan penuh perhatian dan transformasi keguruan dapat dicapai.

2.2 Gelombang 2 untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan Sebagai Profesion PilihanDalam Gelombang 2, dari tahun 2016 sehingga tahun 2020, Kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara agar proses perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1 dapat dipercepatkan. Antaranya merupakan pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua ataupun guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula Kementerian.Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah juga akan disemak semula dan diperkenal. Tujuan untuk menjalankan langkah ini adalah untuk memastikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk meningkatkan perkembangan dan kemajuan sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini. Ini adalah penting kerana transformasi keguruan tidak dapat direalisasikan jikalau kurikulum yang diguna pakai dalam sistem pendidikan ketinggalan zaman. Hal ini kerana kualiti pengajaran dengan menggunakan kurikulum yang ketinggalan zaman adalah rendah dan pendidikan akan menjadi kurang efektif, seterusnya transformasi keguruan sebagai profesion pilihan tidak dapat dijayakan atas faktor pendidikan yang kurang efektif.2.3 Gelombang 3 untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan Sebagai Profesion PilihanGelombang 3, dari tahun 2021 sehingga 2025, trasformasi keguruan akan memberi fokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi. Semua elemen Pakej Kerjaya Guru baru diharap akan dapat dilaksanakan dan pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, termasuklah guru dan pengetua perlu dapat menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.Peningkatan keluwesan operasi dalam konteks ini bermaksud Kementerian hanya akan menumpukan kepada usaha memastikan semua guru memanfaatkan keadaan fleksibel dalam hal-hal profesionalisme berkaitan jadual waktu kurikulum dan susunan pengajaran, pendekatan kaedah dan prinsip pengajaran serta pentaksiran berasaskan sekolah.Profesion keguruan akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagai laluan kerjaya berbeza selain menerima kesan daripada pelan induk pembangunan profesionalisme yang dirangka khusus serta pemberian ganjaran berdasarkan prestasi, tetapi bukannya tempoh perkhidmatan seperti sistem ketika masa dahulu.2.4 PenutupKonklusinya, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan mengikut Tiga Gelombang dalam PPPM. Transformasi ini adalah penting supaya kualiti pendidikan di negara kita dapat dipertingkatkan dan seterusnya negara kita akan berkembang dan menjadi maju seperti negara-negara maju yang lain.4