ASSIGNMENT LARAS.docx

13

Click here to load reader

description

LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG

Transcript of ASSIGNMENT LARAS.docx

Page 1: ASSIGNMENT LARAS.docx

PENDAHULUAN

Penggunaan bahasa-bahasa yang berbeza telah melahirkan laras. Hal ini

kerana penggunaan bahasa yang berbeza mengikut situasi dan beberapa faktor lain

telah melahirkan kata-kata yang berbeza berlandaskan keadaan. Di samping itu,

laras bahasa mementingkan pemilihan istilah mahupun kata selain menggunakan

struktur ayat yang menepati sesuatu disiplin atau bidang. Dengan menggunakan

laras bahasa yang tepat, segala maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan

dapat difahami oleh semua pihak.

Laras bahasa juga merupakan subset sesuatu bahasa yang digunakan untuk

tujuan tertentu dalam linguistik. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai

sejenis pola-pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan

tertentu, sementara Halliday (1968) mendefinisikan variasi bahasa asing berlainan

berdasarkan fungsi. Menurutnya, laras berubah-ubah mengikut situasi. Terdapat

perbezaan dalam jenis-jenis bahasa yang digunakan dan kebanyakannya telah

disesuaikan dengan situasi yang berlainan.

Pengetahuan yang luas berkaitan laras bahasa dalam bidang pengajaran

penuliasan membolehkan pengguna bahasa menggunakan laras-laras bahasa yang

tertentu dalam penulisan mereka. Selain itu, pengetahuan mengenai laras bahasa

membolehkan seseorang itu menggunakan laras bahasa yang sesuai dan tepat

semasa berkomunikasi. Brian Seaton menjelaskan bahawa variasi bahasa

merupakan bentuk bahasa yang wujud akibat keadaan yang berlainan seperti umur,

jantina dan tajuk percakapan. Laras bahasa bidang kewartanan, perubatan,

perniagaan, sains dan sebagainya berbeza baik dari segi lisan mahupun dari segi

tulisan. Oleh itu, bukan satu perkara yang aneh bagi seseorang itu memiliki

beberapa laras bahasa yang berlainan untuk digunakan dalam situasi yang

berlainan.

Laras bahasa yang dgunakan oleh dua orang individu yang saling mengenali antara

satu sama lain adalah berbeza dengan laras bahasa yang digunakan oleh mereka

yang baru berkenalan dan lebih formal. Kata ganti diri yang digunakan juga adalah

berbeza mengikut situasi dan juga menunjukkan tahap keakraban seseorang

individu. Setiap bidang mempunyai laras yang berbeza dan menurut Edwards laras

Page 2: ASSIGNMENT LARAS.docx

merupakan bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan

daripada bentuk yang digunakan dalam situasi lain (Edward, 1969).

Perbezaan Laras Bahasa

Laras ialah gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras

bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada

pada tiap-tiap penutur menurut Nik Safiah Karim (1989). Laras bahasa merupakan

satu variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu kerana dalam bahasa

Melayu terdapat pelbagai jenis laras bahasa yang digunakan mengikut

penggunaannya. Sebagai contoh, seseorang pengguna bahasa mempunyai laras

bahasa yang banyak dan berbeza. Apabila bercakap dalam sesuatu situasi, individu

itu akan menggunakan laras yang sesuai setelah menyesuaikan diri dengan

persekitaran dan situasi percakapan. Walaupun terdapat pelbagai laras tetapi

bahasa adalah tetap sama iaitu bahasa Melayu.

Laras bahasa berkait rapat dengan kemajuan sesebuah masyarakat.

Sesebuah masyarakat itu dikatakan semakin maju jika terdapat banyak laras

bahasa. Masyarakat yang maju mempunyai laras bahasa yang lengkap bagi

memperkatakan sesuatu hal yang berkaitan dengan konsep ilmu dan hal yang

berkaitan kemajuan.

Antara ciri-ciri laras bahasa adalah seperti berikut:

(a) Laras merujuk kepada penggunaan, iaitu kepada sesiapa dan cara

bagaimana kita menggunakan bahasa tersebut. Laras tulisan adalah berbeza

dengan percakapan. Dalam laras tulisan pula, terdapat laras-laras yang

berbeza mengikut kesesuaian situasi dan kegunaan sama seperti laras

percakapan.

(b) Laras bergantung kepada latar belakang penggunaan bahasa tersebut. setiap

pengguna dibahagikan mengikut daerah dan kawasan masing-masing kerana

daerah pengguna yang berbeza akan melahirkan bentuk pengguna yang

berbeza. Loghat bahasa Perlis berbeza dengan loghat Terengganu.

Perbendaharaan kata merupakan penanda laras yang amat signifikan kerana

perbendaharaan kata tertentu akan merujuk kepada bidang yang tertentu.

(c) Kamaruddin Husin (1995) mengatakan penggunaan laras berbeza-beza.

Pada kebiasaanya laras perbezaan laras ini dtentukan oleh beberapa faktor

Page 3: ASSIGNMENT LARAS.docx

yang mempengaruhi seperti perbendaharaan kata, susunan ayat, frasa dan

perkataan, dan tatabahasa.

Faktor yang membezakan laras bahasa

Kajian terhadap laras bahasa perlu melihat kepada dua faktor utama iaitu ciri-ciri

keperihalan peristiwa bahasa itu dan ciri-ciri linguistic yang wujud ( Kamaruddin

Husin, 1996). Peristiwa bahasa yang berlaku dalam konteks dan keadaan yang

tertentu sebahagian besarnya ditentukan secara konvensi oleh masyarakat.

(a) Ciri-ciri Keperihalan Bahasa

Ure dan Elis telah membahagikannya kepada dua bahagian iaitu situasi

luaran dan juga situasi persekitaran. Situasi luaran bermaksud latar belakang

sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang meliputi struktur

sosial dan keseluruhan cara hidup. Sebagai contoh, penerangan tentang

bahasa Melayu lama perlu dikaitkan dengan situasi istana dan juga tradisi

sastera lisan. Situasi persekitaran pula ialah aspek yang terlibat secara

langsung dalam penggunaan bahasa sehingga menghasilkan laras-laras

yang berlainan. Empat faktor situasi persekitaran yang ketara ialah cara

penyampaian, hubungan sosial, bahan yang diperkatakan dan fungsi-fungsi

sosial perlakuan bahasa.

Berikut ialah penerangan mengenai faktor situasi persekitaran:

(i) Cara penyampaian

Page 4: ASSIGNMENT LARAS.docx

Pengenalan

Laras undang-undang adalah sejenis laras teknikal yang berbeza dari laras

bahasa yang lain kerana laras undang-undang ini mempunyai kelainannya. Laras

undang-undang tidak mengandungi gambar, graf, simbol, peta, formula dan

sebagainya. Struktur ayatnya juga berbeza kerana ayatnya terdiri daripada prinsip

undang-undang kemudian syarat-syarat dan akan diakhiri dengan keputusan

undang-undang. Selain itu, bentuk frasa sendi nama bagi laras undang-undang ini

berbeza dan tidak digunakan dalam teks laras bahasa teknikal yang lain.

Penggunaan Laras Undang-undang

Laras ini digunakan oleh mereka yang terlibat dalam sektor undang-undang

seperti pakar perundingan iaitu peguam, hakim dan pendakwa apabila menulis dan

bercakap mengenai undang-undang semasa di mahkamah atau sebaliknya.

Perkataan seperti “habeas corpus”, “locus standi” dan “peguam cara” membolehkan

laras bahasa undang-undang dikenalpasti berdasarkan perkataan yang digunakan.

Penggunaan perkataan dan konteks bahasa yang digunakan dalam bidang

undang-undang adalah menepati ciri-ciri masalah yang dikemukakan dalam sesuatu

di mahkamah seperti kes-kes jenayah, kes bunuh, kes penipuan dan lain-lain lagi.

Teks di bawah adaah contoh laras bahasa undang-undang:

“Alasan kedua defendan ialah bahawa selepas plaintif menjadi pemilik

tanah berkenaan . . . ia tidak berbuat sesuatu mengenai cerobohan itu

begitu lama sekali walaupun ia mengetahuinya dan ia menyetujui

keadaan tersebut berterusan dan (oleh itu) berlaku laches kerana sesuatu

tindakan tidak dimulakan secepat mungkin, dan yang demikian ia diestop

dari membuat tuntutan ini sekarang. Dakwaan defendan ini . . .

sebenarnya bermaksud bahawa defendan mengemukakan satu tuntutan

hak ismen bagi kepentingan tanah mereka . . . sebagai tanah dominan

Page 5: ASSIGNMENT LARAS.docx

terhadap tanah plaintif . . . sebagai tanah dominan terhadap plaintif . . .

sebagai tanah servien. Hak yang dituntut oleh defendan ialah satu ismen.”

(Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010)

Aspek alat untuk pengungkapan iaitu bahasa merupakan salah satu aspek

penting dalam laras undang-undang. Laras undang-undang kaya dengan istilah

yang berbeza dan penggunaan kata yang khusus. Istilah yang digunakan secara

amnya sentiasa membawa kepada tafsiran khusus dan spesifik yang merujuk

kepada fasal dan klausa dalam sesuatu akta atau kanun tersebut.

Bagi sesuatu akta, istilah spesifik akan diletakkan di bahagian awal ayat dan

akan ditafsir terlebih dahulu kemudian penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal dalam

akta tersebut akan dihuraikan. Penggunaan istilah-istilah dalam bidang undang-

undang juga merangkumi istilah dari sumber lain seperti sumber dialek atau bahasa

serumpun seperti calon (candidate), sogok (bribe), sandera (hostage), burunan

(fugitive), dan muncikari (procurer/pimp).

Selain itu, terdapat juga contoh istilah pinjaman yang diterjemahkan seperti

penzahiran dokumen (discovery of document), perlindungan mutlak (absolute

privilege), mengaitkan pengetahuan (impute knowledge) dan lain-lain.

Di samping itu, dalam laras bahasa undang-undang ini juga mempunyai

istiliah-istilah yang digubal secara transliterasi, iaitu istilah yang meminjam label asal

dalam bahasa sumber tetapi ejaannya disesuaikan dengan sebutan dan ejaan

Bahasa Melayu. Antara istilah-istilah yang yang berkaitan ialah liabiliti (liability),

plaintif (plaintiff), defendan (defendant), akta (act) dan lain-lain lagi.

Peminjaman secara terus iaitu tidak mengubah apa-apa pun termasuk

pengekalan ejaan dan sebutan, terutamanya istilah yang dipinjam daripada bahasa

Inggeris, bahasa Perancis dan juga bahasa Latin. Istilah yang dipinjam dari bahasa

Inggeris ialah Hansard, Home Guar, Common Law dan alien. Manakala istilah dari

bahasa Perancis seperti cy-pres, cestui(s), feme solo, dan autrefois convit. Bagi

istilah dari bahasa Latin pula, prima facie, locus standi, ratio decidendi dan bona

fide.

Page 6: ASSIGNMENT LARAS.docx

Walaubagaimanapun, peminjaman yang dilakukan secara terus seperti

contoh di atas dilakukan kerana sukar bagi mendapatkan bentuk pinjaman terjemah

atau tidak ada konsep yang sesuai dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Hal ini

kerana, istilah dalam undang-undang tidak berbentuk linguistik yang digubal

sewenang-wenangnya tetapi istilah tersebut masih menepati bentuk yang memenuhi

syarat kawalan kualiti.

Gaya

Gaya undang-undang wujud daripada tradisi undang-undang, pemikiran dan

budaya (Smith, 1995). Oleh itu, penulisan dalam undang-undang tidak bersifat

peribadi dan banyak menggunakan ayat deklaratif yang menyatakan hak dan

obligasi. Namun begitu, dalam bidang undang-undang juga terdapat variasi gaya

bahasa. Sebagai contohnya, gaya teks undang-undang Jerman adalah berbeza.

Undang-undang tersebut telah berkembang dengan sistematik, logik, abstrak dan

secara konseptual berabad lamanya.

Laras undang-undang juga menggunakan konsep bahasa yang abstrak dan

tidak difahami oleh orang biasa peguam asing. Tetapi, bagi pakar undang-undang

yang terlatih mereka mengagumi Kanun Sivil Jerman ini setelah membiasakan diri

dengannya kerana ‘ketepatan dan ketelitian pemikirannya’ (Zweigert, dan Kötz,

1992:150). Undang-undang ini telah ditulis dalam format dan juga struktur yang

berbeza dengan bidang lain ditambah dengan gaya kehakiman yang tersendiri. Bagi

undang-undang ini, bahasanya sangat rumit dan abstrak (de Cruz, 1999:88).

Page 7: ASSIGNMENT LARAS.docx

Sintaksis

Sintaksis menjelaskan tentang perkara-perkara seperti binaan ayat, pola ayat,

susunan ayat, ragam ayat, jenis-jenis ayat dan bentuk ayat. Laras bahasa undang-

undang secara umumnya merupakan gaya penulisan yang formal dan tidak bersifat

peribadi serta ayatnya lebih panjang dan rumit. Umumnya ayat dalam teks undang-

undang lebih panjang berbanding dengan teks jenis lain (Salmi-Tolonen,

2004:1173). Hal ini terjadi mungkin kerana beberapa faktor yang mempengaruhi.

“Semua orang yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini

adalah anggota Polis Diraja Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta

Polis Diraja Malaysia 1963 [Akta 30/1963], hendaklah apabila permulaan

kuat kuasa Akta ini menjadi anggota Polis Diraja Malaysia di bawah Akta

ini (kemudian daripada ini disebut sebagai “Pasukan”) dengan pangkat

yang bersamaan dan atas sifat yang bersamaan.”

(Akta 344 – Akta Polis,1967)

Penggunaan ayat panjang dan rumit dalam statut diperlukan kerana kerumitan

perkara subjek dan ciri prospektif undang-undang. Ciri-ciri linguistik tambahan juga

bertujuan untuk menambahkan kontingensi. Antaranya ialah penggunaan syarat,

kelulusan dan pengecualian yang banyak. Di bawah adalah contoh pengecualian

dalam Akta 114, :

Kecualian

6. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh terpakai bagi pencetakan apa-

apa pliding, transkrip keterangan atau dokumen lain bagi penggunaan

berkaitan dengan mana-mana prosiding kehakiman atau

penyampaiannya kepada orang yang berkaitan dengan prosiding itu, atau

Page 8: ASSIGNMENT LARAS.docx

bagi pencetakan atau penyiaran apa-apa notis atau laporan menurut

arahan mahkamah; atau bagi pencetakan atau penyiaran apa-apa

perkara dalam mana-mana jilid berasingan atau bahagian mana-mana siri

bona fide laporan undang-undang yang tidak menjadi sebahagian mana-

mana penerbitan lain dan hanya mengandungi laporan prosiding di

mahkamah undang-undang, atau dalam manamana penerbitan bercorak

teknikal yang diniatkan bona fide untuk diedarkan di kalangan anggota

profesion undang-undang atau perubatan.

( Akta Prosiding Kehakiman,

1962)

Menurut Bhatia (1997), ciri linguistik seperti ini sering menjadi halangan untuk

memahami penulisan terutama kepada pembaca biasa malahan penterjemah

sendiri. Oleh itu, untuk memahami peruntukan undang-undang, seseorang individu

itu perlu mengambil kira aspek kesukaran biasa kerana faktor ini (Bhatia, 1997:208).

Jenis ayat dalam laras bahasa undang-undang lebih menjurus kepada

penggunaan ayat penyata. Ayat penyata ialah ayat yang diucap bertujuan untuk

melakukan sesuatu penyataan atau mengemukakan sesebuah keterangan tentang

perkara-perkara yang tertentu. Selain itu, ayat penyata juga dikenali sebagai ayat

keterangan. Contoh ayat penyata yang terdapat dalam teks adalah seperti berikut:

a) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan

hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), dipakai di seluruh Malaysia.

b) Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan bahasa Inggeris

dilanjutkan bagi apa-apa maksud rasmi sebagaimana yang difikirkan

patut.

c) Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi : dengan syarat

bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali

dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan

Terdapat juga ayat pasif dalam laras undang-undang. Ayat pasif

mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Ayat pasif terbentuk daripada ayat

aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai

judul atau unsur yang diterangkan. Sebagai contoh yang terdapat dalam teks ialah

“kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada

Page 9: ASSIGNMENT LARAS.docx

perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan

berhubungan dengan mana-mana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain

dalam Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud

rasmi.”

Laras bahasa undang-undang mempunyai kelainan berdasarkan ciri-cirinya

yang unik. Laras bahasa ini juga dipengaruhi oleh ciri-ciri undang-undang itu sendiri

serta fungsinya kepada masyarakat. Walaupun terdapat struktur-struktur ayat yang

unik, laras bahasa ini masih mementingkan kepersisan dan kejelasan.