Assignment Luar

11
PENGENALAN Pada era globalisasi kini, kepelbagaian penggunaan teknologi telah diperkenalkan di seluruh pelosok dunia dalam pelbagai bidang. Seiring dengan itu, pendidikan juga tidak ketinggalan dengan kemajuan teknologi yang semakin membangun pesat dari hari ke hari. Peredaran masa yang berlaku sehingga ke hari ini telah menyebabkan bidang pendidikan ini perlu untuk melalui satu transformasi ke arah penambahbaikan supaya dapat melahirkan generasi yang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seiring dengan negara-negara maju yang lain. Seperti sedia maklum, pendidikan merupakan suatu perkara utama kerana kekuatan sesebuah negara itu diukur dengan tingginya tahap pendidikan, pengetahuan serta kematangan masyarakat negara tersebut. Oleh itu, dalam uasaha menjayakan sistem pendidikan negara, guru perlu membuat satu anjakan paradigma dengan beralih dari satu takuk yang lama kepada satu pembaharuan yang dapat meningkatkan dan melahirkan generasi yang mempunyai intelek dan budaya sesebuah negara maju. Keupayaan penggunaan Information Communication Technology (ICT) secara berkesan kini semakin penting sebagai prasyarat maklumat dalam setiap aktiviti manusia. Pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum. Kurikulum sekolah sudah menuntut betapa pentingnya penguasaan dan kemahiran literasi ICT terutama kepada semua pelajar sekolah. Holmes (1999), menyatakan bahawa integrasi teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dan mengikut

Transcript of Assignment Luar

PENGENALAN

Pada era globalisasi kini, kepelbagaian penggunaan teknologi telah diperkenalkan di

seluruh pelosok dunia dalam pelbagai bidang. Seiring dengan itu, pendidikan juga tidak

ketinggalan dengan kemajuan teknologi yang semakin membangun pesat dari hari ke hari.

Peredaran masa yang berlaku sehingga ke hari ini telah menyebabkan bidang pendidikan ini

perlu untuk melalui satu transformasi ke arah penambahbaikan supaya dapat melahirkan generasi

yang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seiring dengan negara-negara maju yang

lain. Seperti sedia maklum, pendidikan merupakan suatu perkara utama kerana kekuatan

sesebuah negara itu diukur dengan tingginya tahap pendidikan, pengetahuan serta kematangan

masyarakat negara tersebut. Oleh itu, dalam uasaha menjayakan sistem pendidikan negara, guru

perlu membuat satu anjakan paradigma dengan beralih dari satu takuk yang lama kepada satu

pembaharuan yang dapat meningkatkan dan melahirkan generasi yang mempunyai intelek dan

budaya sesebuah negara maju.

Keupayaan penggunaan Information Communication Technology (ICT) secara berkesan

kini semakin penting sebagai prasyarat maklumat dalam setiap aktiviti manusia. Pengetahuan

dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum. Kurikulum sekolah sudah menuntut

betapa pentingnya penguasaan dan kemahiran literasi ICT terutama kepada semua pelajar

sekolah. Holmes (1999), menyatakan bahawa integrasi teknologi ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dan mengikut perkembangan ICT

semasa. Guru harus mempunyai pemahaman menintegrasikan isi pengajaran dengan teknologi

ICT. Pada era digital sekarang P&P Matematik dengan penggunaan ICT banyak dibincangkan

melalui seminar, jurnal dan tesis di universiti. Justeru itu, secara telitinya ICT sebagai alat untuk

membantu pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah.

Namun begitu, keberkesanan pengaplikasian teknologi ini bergantung kepada bagaimana

seseorang guru menggunakan ICT tersebut supaya murid dapat meningkatkan pemahaman

mereka terhadap sesuatu konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Hal ini demikian kerana menurut Irfan Naufal dan Nurullizam (2011), ICT meliputi

semua teknologi yang membentu penyampaian sesuatu maklumat seperti radio, televisyen,

internet, komputer dan sebagainya. Penyataan tersebut jelas menerangkan bahawa teknologi

hanya berperanan sebagai satu alat yang memudahkan proses penyampaian maklumat. Oleh itu,

dengan menggunakan teknologi sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik

dan efektif.

Walaupun hampir semua sekolah di Malaysia ini dibekalkan makmal komputer, namun

pelajar tidak dapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang

dibekalkan jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilik komputer di

sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer

dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Justeru itu

kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu mata pelajaran

dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai seperti yang

dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap masa.

Bilangan komputer yang boleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal

yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid

terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini juga sering

mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.

Makmal komputer di sekolah sememangya menghadapi masalah dari segi

penyelenggaraan. Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi

penyelenggaraan. Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi

masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di

dalam makmal memerlukan penyelenggaraan yang kerap bagi mengelakkannya daripada mudah

rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana

makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja penyelenggaraan

buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Ini bermakna beban

tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah. Kerja-kerja penyelenggaraan ini mengambil

banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas sesebuah komputer. Kadang-kala

terdapat juga guru teknologi maklumat yang tidak mempunyai kemahiran menyelenggara

komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlu merujuk kepada pihak luar.

Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan proses P&P juga terganggu.

Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan

perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman

web. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian

pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya

menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan

perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri

multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada

komponen. Bagaimanapun, pendidik harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.

Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga,

menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus ke arah penyalahgunaan

kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu.

Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak

diguna oleh pelajar. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang

penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.

Didapati bahawa peralatan moden seperti televisyen, video dan komputer kurang

digunakan berbanding kaedah konvensional iaitu menggunakan Carta Matematik, Model, poster

matematik dan peralatan matematik. Dalam kaedah pengajaran konvensional, pengajar memberi

penerangan dan menyebarkan ilmu berpusat di dalam kelas dan bergantung kepada silibus dan

kaedah pengajaran oleh tenaga pengajar. Setiap tenaga pengajar juga mempunyai pendekatan

berbeza mengikut inisiatif mereka untuk memberi penjelasan terhadap topik atau bab yang

diajar.

Isu masa dan beban tugas guru ialah isu utama yang menjadi penghalang kepada guru

untuk menggunakkan ICT dalam sesi PdP Matematik. Penggunaan komputer dalam pengajaran

matematik memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya. Persediakan

diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar serta setup bahan pada komputer

sebelum kelas dimulakan. Dengan bilangan waktu mengajaryang banyak, sesetengah guru

mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, sukar bagi guru untuk

membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar dimakmal komputer. Guru-

guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha peperiksaan, guru data, ketua-

ketua panitia, sebagainya. Situasi iniakan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang

mantap jika mereka perlumenyediakan bahan sendiri dalam pengajaran.

Menurut Mazniza Muhamad(2004) kebanyakan guru-guru sedar tentang kelebihan

menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalah

penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi

penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakanICT menjadi

pendorong perlaksanaannya dalam penngajaran dan pembelajaran. (IAB, 2008). Penghasilan

bahan pengajaran pembelajaran berasaskan kaedah bestari memerlukan masa yang lama kerana

penghasilan bahan perlu dibuat dengan teliti supaya bahan tersebut berupaya membolehkan

pelajar dapat berfikir dengan kritis dan kreatif, berupaya membuat penerokaan sendiri pada kadar

kendiri dan mampu memajukan diri sendiri (self access, self pace and self excel). Bahan-bahan

pengajaran atau dalam bestari disebut sebagai pakej pembelajaran juga menitik beratkan

kepelbagaian kecerdasan pelajar, keadaan ini secara tak langsung memerlukan persediaan yang

teliti dan masa yang lama dalam membina pakej-pakej pembelajaran tersebut Isu ini perlu diatasi

terlebih dahulu sekiranya industry pendidikan negara berharap guru-guru Malaysia akan

mengaplikasikan ICT dalam setiap PdP. Penggunaan ICT dalam PdP adalah semakin penting

kepada perkembangan pelajar berikutan dengan kemajuan dalam bidang ICT yang semakin pesat

di dalam dan luar negara. Kita risau sekiranya pelajar Malaysia ketinggalan dalam bidang ICT

berbanding pelajar luar negara.

Selain itu, pihak sekolah juga tidak menempatkan seseorang yang mahir dalam

penyelenggaraan alatan ICT di sekolah. Hal ini juga boleh menyebabkan guru kurang

mengaplikasikan ICT semasa mengajar kerana apabila berlakunya masalah teknikal, guru perlu

menyelesaikan masalah tersebut sendiri. Akhirnya, banyak masa terbuang dengan

menyelenggara alat ICT yang ingin digunakan. Selain masalah tersebut, perisian yang disediakan

oleh kementerian juga adalah terhad. Guru-guru terpaksa mencari sendiri perisisan yang ingin

digunakan untuk mengajar seperti Geometer’s Sktchpad (GSP), Mathematica dan sebagainya.

Perisian-perisian yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, guru lebih memilih untuk tidak menggunakan teknologi

dalam pengajaran untuk mengelakkan masalah-maslah seperti yang telah dinyatakan. Seterusnya,

guru menggunakan kaedah chalk and talk yang dinggap berkesan kerana kandungan perisian

yang dibekalkan oleh KPM adalah terhad (Harison Bakar, 2008). Jelaslah bahawa kekurangan

prasarana dan bahan sokongan di sekolah juga merupakan satu isu yang menyebabkan

penggunaan teknologi adalah kurang dalam kalangan guru.

Sekolah seharusnya menjadi tempat di mana pelajar memperoleh kemahiran yang

boleh diaplikasi di luar bilik darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan. Hal ini kerana

keperluan pelajar pada masa ini juga adalah berbeza daripada pelajar pada masa dahulu. Mereka

kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di

sekolah menarik dan mencabar (Tappscott, 2003). Kemahiran ICT yang didedahkan kepada

pelajar sepatutnya turut menyediakan mereka kepada pasaran pekerjaan akan datang (Norizan et

al, 2004; Pachler, 2001). Bagi tujuan tersebut, guru seharusnya mempunyai cukup kemahiran

ICT bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.

Guru sepatutnya boleh mengguna ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah,

malahan boleh membantu dan membimbing pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak.

Sejauh mana guru bersedia serta sanggup mengguna ICT dalam amalan pengajaran juga banyak

bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran teknologi yang ada pada mereka. Menurut Abd.

Rahman, (2000) guru kurang menggunakan teknologi di dalam bilik darjah disebabkan kurang

pengetahuan dan kemahiran menggunakan ICT di bilik darjah. Menurut Zuraidah dan Julia

(2007), masalah fobia komputer di kalangan guru menyebabkan antara kekangan yang dihadapi

dalam menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan guru terlatih

dalam bidang komputer adalah antara kelemahan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Walaupun program latihan komputer serta kursus

ICT yang telah diberikan kepada para guru dari masa ke semasa, namun masih terdapat ramai

guru sukar menguasai kemahiran teknologi maklumat dan penguasaan mereka masih rendah

(Aida Sazlin, 2006).

Selain itu, melalui kajian yang dijalankan oleh Md. Nor Bakar & Rashita A. Hadi ke

atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10% daripada guru-

guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia. Kurang mahir merupakan

masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran berbentuk

multimedia. Hal ini disebabkan oleh sikap negatif yang wujud dalam kalangan guru. Contohnya

terdapat segelintir guru yang memang tidak mahir menggunakan ICT di sekolah dan mereka

tidak mempunyai inisiatif tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi mereka mahir

dalam ICT adalah perkara yang merugikan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa

tertentu untuk merancang dan menghasilkan aktiviti P&P dengan menggunakan ICT. Namun

begitu dalam satu kajian Kleiman (2000) telah mendapati bahawa guru-gurukurang kompeten

dalam menggunakan teknologi, terutamanya komputer. Walaubagaimanapun, mereka masih

berasa selesa apabila mengunakan computer.

Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia

untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan pembangunan

pendidikan pada abad ke-21 di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di

peringkat antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status

pendidikannya di peringkat global. Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan

dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih

mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan sedaya upaya mencari jalan untuk meningkan

pendidikan Malaysia.

Penggunaan ICT dalam pendidikan berupaya meningkatkan potensi diri seseorang

pelajar itu dalam pembelajaran terutama bagi mata pelajaran sains. Hal ini demikian kerana,

penggunaan teknologi yang terkini mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar terutama

pelajar yang belajar secara konkrit. Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya melengkapkan diri

mereka tentang pengetahuan yang berkaitan dengan ICT. Ini kerana perubahan teknologi telah

meningkatkan tuntutan terhadap tugas sebagai seorang guru walaupun terpaksa berhadapan

dengan persoalan adakah mereka mampu untuk mengguna dan mengintergrasi ICT dalam

pengajaran mereka di samping membimbing pelajar menguasai aras-aras pengetahuan tinggi.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan guru

berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya kekangan untuk menghabiskan silibus,

kekurangan kemudahan, kemahiran dan bahan sokongan. Bagi mengatasi cabaran-cabaran ini

pelbagai usaha akan dilaksanakan. Namun, usaha-usaha yang bakal diambil oleh pihak sekolah

haruslah disertai dengan keterbukaan guru dalam menerima pembaharuan dan cabaran baru.

RUJUKAN

Kementrian Pendidikan Malaysia (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikas(ICT)

dalam pengajaran dan pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur

Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat. 2011. Pola Penyelidikan Ict Dalam Pendidikan Guru diMalaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacific Journal ofEducators and Education.

Noraziah Kassim@Aziz (2009). Penggunaan ICT dalam P&P Matematik di kalangan guru-gurupelatih UTM. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Nik Azis Nik Pa (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Dewan bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

Norhashim Abu Samah (1996), Pengajaran Bantuan Komputer. Dewan Bahasa Pustaka

Zoraini Wati Abas (1993). Komputer Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.