Assignment Storan Sekunder

3
Tugasan ini bertujuan untuk menerangkan kepentingan storan sekunder dalam aktiviti perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana (SM) berasaskan dalam talian (internet). Tugasan ini juga akan menerangkan kriteria atau ciri – ciri penting yang harus diambil kira dalam pemilihan jenis peranti storan sekunder dalam menjalankan perniagaan SM. Pada zaman yang bergerak maju bersama teknologi maklumat ini, penggunaan komputer adalah amat penting dan digalakkan kepada semua pengusaha perniagaan kecil dan sederhana. Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa . Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja. Storan adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada dua iaitu storan primer dan storan sekunder. Storan Primer Storan primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only Memory). Storan primer berada berasingan dengan dengan CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum boleh dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitu a. Ingatan Capaian Rawak (RAM) b. Ingatan Baca Sahaja (ROM) Storan Sekunder Storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program computer dan dokumen. Dengan kata lain, storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa. Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dipadamkan. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dlam bentuk magnetic, optic atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau 10TB.

Transcript of Assignment Storan Sekunder

Page 1: Assignment Storan Sekunder

Tugasan ini bertujuan untuk menerangkan kepentingan storan sekunder dalam aktiviti perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana (SM) berasaskan dalam talian (internet). Tugasan ini juga akan menerangkan kriteria atau ciri – ciri penting yang harus diambil kira dalam pemilihan jenis peranti storan sekunder dalam menjalankan perniagaan SM. Pada zaman yang bergerak maju bersama teknologi maklumat ini, penggunaan komputer adalah amat penting dan digalakkan kepada semua pengusaha perniagaan kecil dan sederhana.

Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa . Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.Storan adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. Storan terbahagi kepada dua iaitu storan primer dan storan sekunder.

Storan PrimerStoran primer juga dikenali sebagai ingatan utama, ia merangkumi RAM (Random-Access Memory) dan ROM (Read-Only Memory). Storan primer berada berasingan dengan dengan CPU. Data dan suruhan perlu ada di dalam storan primer sebelum boleh dicapai oleh CPU. Storan primer terbahagi kepada dua iaitua. Ingatan Capaian Rawak (RAM)b. Ingatan Baca Sahaja (ROM)

Storan SekunderStoran sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk menyimpan program computer dan dokumen. Dengan kata lain, storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa disokong oleh sebarang bekalan kuasa. Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dipadamkan. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dlam bentuk magnetic, optic atau magneto-optik yang tidak memerlukan bekalan tenaga. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau 10TB.

Fungsi storan sekunder adalah menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen secara kekal walaupun tiada bekalan kuasa. Funsi yang lain pula ialah menyimpan program sisitem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah computer. Fungsi lain ialah menyimpan pelbagai program aplikasi dan program utility seperti Microsoft Office, Winrar, Kapersky Antivirus dan sebagainya.

Jenis-jenis storan sekunder adalah:a. Medium Magnetb. Storan Optikal

Page 2: Assignment Storan Sekunder

A-Medium MagnetTerdapat tiga jenis storan magnetic yang biasa digunakan iaitu:

1. Pita MagnetikDatanya disimpan pada segulung pita. Ia juga dikenali sebagai pita kaset. Ketumpatan pita disukat dalam unitbpi iaitu “bit per inches’. Ia murah dan sesuai dan sesuai digunakan sebagi sandaran

2. Cakera LiutCakera Liut atau dikenali sebagai Disket

3. Cakera KerasCakera keras menggunakan plat metalik yang tebal dan kukuh. Ia mampu menyimpan secara kekal dan mencapai data pada kelajuan yang lebih cepat. Ia dapat menyimpan data dengan lebih banayk berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera optik ataupun pita. Saiz kapasiti muatan data boleh mencecah 1TB.

B-Storan OptikalMenggunakan prinsip cahaya untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser yang digunkan menentukan data yang ditulis atau dibaca

Terdapat 3 jenis cakera optikal iaitu:i. CD (Compact Disk)ii. DVD (Digital Versatile/Video Disc)iii. Blue-Ray Disc (BD)

C. INGATAN KILATMerupakan sejenis ingatan computer tidak meruap yang boleh dipadamkan dan diaturcara semula secara elektrikal.2 jenis ingatan iaitu:

1. Pemacu keras USBMerupakan peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antara muka USB. Ia lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.

2. Kad MemoriMerupakan media storan bagi peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, PDA, pemain audio digital dan kamera digital.

Page 3: Assignment Storan Sekunder