ASSIGNMENT TEORI WANI.doc
-
Upload
afrah-salwani -
Category
Documents
-
view
182 -
download
5
Transcript of ASSIGNMENT TEORI WANI.doc
1.0 DEFINISI TEORI
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang
psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi
fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya akan datang idea-idea dan
prinsip-prinsip tertentu. Teori ialah prinsip atau hukum pembelajaran yang dihasilkan
daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Teori juga bermaksud pendapat atau
pandangan yang digunakan bagi menerangkan sesuatu perkara. Menurut Jas Laile
Suzana Jaafar (2000), teori adalah sesuatu yang menjelaskan fakta. Tanpa teori, data
tidak boleh diinterpretasi dan teori memberi makna terhadap fakta yang dikumpul.
Menurut Stanovich (1992) beliau telah memberi satu definisi tentang teori, iaitu:
…..” set konsep-konsep yang saling berkait, yang digunakan untuk menjelaskan
sesebuah data dan untuk meramal keputusan kajian-kajian akan datang”. Manakala
mengikut pendapat Cohen, R pula mendefinisikan teori sebagai satu set pernyataan
sejagat yang ada pertalian antara satu sama lain. Justeru, ia mengandungi definisi dan
pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar.
Oleh itu, dalam erti kata lain, kita boleh maksudkan teori sebagai andaian atau
hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berdokongkan kajian. Sehubungan itu, teori-
teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran
yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Justeru, melalui teori-
teori pembelajaran ini, seseorang pengajar akan memahami pelbagai cara pelajar-
pelajar dan seterusnya akan menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran
dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan
berkesan.
Kesimpulannya, teori ialah kajian-kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi bagi
menghubung kait antara satu fakta dengan fakta yang lain bertujuan menjelaskan fakta
tersebut. Oleh itu, pada asasnya, teori-teori pembelajaran pada masa kini boleh
diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama iaitu behavioris, kognitif,
sosial dan humanis.
1
KERANGKA KONSEP PEMBELAJARAN
1.1 DEFINISI PEMBELAJARAN
Pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku dan proses mental yang agak
kekal, hasil daripada pengalaman dan latihan yang diperolehi apabila seseorang
berinteraksi dengan persekitarannya (Ormrod, 2008). Menurut Slavin (1997) pula,
pembelajaran adalah perubahan pada individu hasil daripada pengalaman. Perubahan
tingkah laku yang disebabkan oleh pengaruh dadah, alkohol, kepenatan dan
kematangan tidak boleh dianggap sebagai pembelajaran.
Berdasarkan definisi-definisi tersebut, ciri-ciri am pembelajaran boleh dirumuskan
sebagai:
Perubahan tingkah laku adalah agak kekal
Perubahan tingkah laku boleh diperhatikan
Perubahan tingkah laku adalah akibat latihan/pengalaman
Perubahan tingkah laku tidak perlu berlaku sebaik sahaja pengalaman
pembelajaran berlaku
merupakan proses yang berterusan
boleh berlaku secara formal, informal dan non-formal
bukan dihasilkan oleh faktor biologi
2
PEMBELAJARAN
Konsep Am
Pembelajaran
Teori-Teori
Pembelajaran
Kesediaan
Pembelajaran
Behavioris Kognitif SosialKonstruktivis Humanis Implikasi Teori Pembelajaran Kepada Guru
Ingatan dan
Lupaan
1.3 DEFINISI TEORI PEMBELAJARAN
Ahli-ahli psikologi sentiasa berusaha mengkaji cara-cara bagaimana mereka boleh
membantu manusia memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang memberi
manfaat kepada mereka pada masa kini dan di hari kemudian kelak. Ini menyebabkan
ahli psikologi mengkaji dan membina teori pembelajaran yang berbeza untuk
menerangkan bagaimana manusia (dan organisma) belajar.
Teori pembelajaran memberi penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar
dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran (Noriati, Boon &
Sharifah, 2009). Mari kita mengkaji lima mazhab teori pembelajaran yang utama, iaitu,
teori behavioris, teori kognitif, teori konstruktivis, teori pembelajaran sosial dan teori
humanis.
KERANGKA TEORI PEMBELAJARAN
Teori-teori pembelajaran dan tokoh masing-masing
3
Pelaziman Klasik
Ivan PavlovJ.B Watson
Pelaziman OperanB.F. SkinnerE.L.Thorndike
PiagetWertheimerKoffka &
KohlerAtkinson &
Shriffin
Albert Bandura
Abraham Maslow
Carl Rogers
Teori-Teori Pembelajarandan Tokoh-Tokohnya
Behavioris Kognitif SosialKonstruktivis Humanis
PiagetVygotsky
2.0 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
Teori Pembelajaran Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu
proses pelaziman iaitu hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu
dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Tokoh-tokoh
mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike, Watson dan Skinner berpendapat
bahawa pembelajaran merupakan satu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal
dan diramal.
Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya
tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan
diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif
atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah
laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Selain itu, Behaviorisme merupakan satu
pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal
tingkah laku.
Menurut ahli-ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal
tingkahlaku ini adalah dipelajari. Oleh itu, kedua-duanya iaitu dorongan yang
membangkitkan tingkahlaku serta tingkah laku tertentu yang dibangkitkan daripada
dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat utama
pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum atau prinsip-prinsip yang
mengawal pembelajaran.
Antara tokoh-tokoh yang ahli behaviorisme yang terkemuka yang akan
dibincangkan ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L Thorndike dan B.F. Skinner.
Eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka
tentang pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran yang dihasilkan daripada
pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam
keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan
gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku.
Pendekatan behavioris terhadap pembelajaran memberi tumpuan kepada
perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan dan pengaruhnya persekitaran
terhadap perubahan tersebut.
4
Prinsip-prinsip asas teori behavioris tentang pembelajaran :
Pembelajaran merupakan satu proses luaran
Pembelajaran adalah hasil dari interaksi seseorang dengan rangsangan-gerak
balas (R-G) dan persekitarannya. Oleh itu tingkah laku boleh dilazimkan, dikawal
dan diramal.
Tingkah laku akibat daripada pembelajaran adalah khusus, boleh diukur dan
boleh diperhatikan.
Prinsip pembelajaran adalah sama merentas semua spesis.
Perkaitan rangsangan (latihan atau peneguhan) dan gerak balas (tindak balas
organisma), atau dikenali sebagai R-G menjadi lebih kukuh melalui pelaziman.
Pelaziman diertikan sebagai satu proses pembentukan tingkah laku di mana tindak
balas organisma menjadi lebih kerap atau lebih mudah diramal akibat daripada latihan
atau peneguhan.
Terdapat dua jenis pelaziman untuk menerangkan pembelajaran, iaitu, pelaziman
klasik dan pelaziman operan. Tokoh-tokoh pelaziman klasikal terdiri daripada Ivan
Pavlov dan J.B. Watson. Manakala tokoh-tokoh pelaziman operan merupakan E.L
Thorndike dan B. F. Skinner. Di dalam perbincangan ini, fokus akan diberi kepada
pelaziman klasik dan diikuti dengan pelaziman operan serta implikasi teori dalam
pengajaran dan pembelajaran.
2.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov
Menurut Lee Shok Mee (1996), beliau menyatakan Pavlov merupakan salah seorang
daripada ahli teori Behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan Watson. Beliau
dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Ivan Pavlov merupakan
ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Beliau terkenal dengan orang
pertama yang mendeskripsikan fenomena pelaziman klasik atau pelaziman
responden. Pada tahun 1904 pula, beliau telah dianugerahkan hadiah Nobel bagi
kategori fisiologi atas eksperimen beliau iaitu melatih anjing untuk mengeluarkan air
liur apabila mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperimen ini
telah mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan
asas kepada konsep pelaziman klasik pada masa kini.
5
1 TEORI PELAZIMAN KLASIK
2.1.1 TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV
Ivan Pavlov adalah seorang ahli saintis behavioris yang mempelopori proses
pelaziman klasik semasa beliau membuat kajian terhadap gerak balas rembesan
air liur anjing.
Dalam ujikaji pelaziman Pavlov, bunyi loceng berlaku terlebih dahulu atau
bersaingan dengan rembesan air liur anjing, yang disebabkan oleh adanya
makanan yang disajikan. Selepas itu, di masa akan datang, rembesan air liur
anjing berlaku sebaik sahaja mendengar loceng walaupun tiada makanan
disajikan di depannya.
Dalam pelaziman klasik, rangsangan baru timbul bersama-sama dengan
rangsangan tak terlazim – seperti bau makanan – dan berlaku sebelum gerak
balas tersebut, yang dibangkitkan oleh rangsangan tak terlazim. Rangsangan
baru menjadi rangsangan terlazim dan gerak balas yang berlaku berikutan
dengan kedua-dua rangsangan itu menjadi gerak balas terlazim (Rajah 5.3.1).
Oleh itu, dalam pelaziman klasik, organisma belajar untuk memberi gerak balas
kepada rangsangan baru dengan cara yang sama ia memberi gerak balas kepada
yang lama, rangsangan tak terlazim.
Satu corak pembelajaran berlaku apabila dua rangsangan – rangsangan neutral
(reaksi berlaku secara automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) dan
rangsangan tak terlazim (peristiwa di mana gerak balas berlaku secara
automatik tanpa latihan awal) – yang “dipasangkan” (wujud serentak)
berhubungkait antara satu sama lain.
Gerak balas tersebut dinamakan gerak balas tak terlazim (reaksi berlaku secara
automatik apabila terdapat rangsangan tak terlazim) atau gerak balas terlazim
(gerak balas yang dibangkitkan oleh rangsangan terlazim yang telah dipasangkan
dengan rangsangan tidak terlazim; sama seperti gerak balas tak terlazim).
Dalam kajian Pavlov, rembesan air liur, (gerak balas tak terlazim) pada mulanya
berlaku disebabkan oleh makanan (rangsangan tak terlazim) yang disajikan,
6
tetapi apabila makanan dipasangkan dengan loceng, rembesan air liur (sekarang
menjadi gerak balas terlazim) berlaku semasa mendengar bunyi loceng
(rangsangan terlazim – rangsangan neutral yang boleh menimbulkan gerak balas
terlazim setelah dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim).
Pelaziman Klasik - Cara Pemerolehan Ilmu Dan Pengukuhan Pembelajaran
SEBELUM PELAZIMAN
Makanan air liur keluar
(rangsangan tak terlazim) (gerak balas tak terlazim)
Bunyi loceng air liur tidak keluar
(rangsangan terlazim) (gerak balas tak terlazim)
SEMASA PELAZIMAN
Bunyi loceng
(rangsangan terlazim) air liur keluar
(gerak balas tak terlazim)
Makanan
(rangsangan tak terlazim)
SELEPAS PELAZIMAN
Bunyi loceng air liur keluar
(rangsangan terlazim) (gerak balas terlazim)
Tingkah laku pembelajaran (gerak balas) yang dikaitkan dengan Teori Pelaziman
7
Klasik.
Rangsangan Gerak Balas
Dua rangsangan dikemukakan serentak
Pembelajaran baru
Latihan dan ulangan Pembelajaran diperkukuhkan (pelaziman berlaku)
Latihan berhenti Penghapusan
Rangsangan terlazim ganti dengan yang hampir serupa
Generalisasi
Diskriminasi
(1) Penghapusan. Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim (loceng)
diberikan tanpa diikuti dengan rangsangan semula jadi (makanan). Dalam
erti kata ujikaji di atas, loceng dibunyikan tanpa makanan. Penghapusan
melibatkan proses melemahkan gerak balas terlazim dengan meniadakan
rangsangan semulajadi. Contohnya, kamu berjaya menyanyi sebuah lagu
bersama muzik dan liriknya. Apabila muzik diberhentikan, anda tidak dapat
menyebut lirik lagu tanpa muziknya.
(2) Generalisasi. Generalisasi berlaku apabila organism mengaitkan
rangsangan terlazim dengan bunyi-bunyi lain yang seakan-akan serupa.
Contohnya, anda telah belajar bermain badminton dan menganggap bermain
tenis juga menggunakan kemahiran yang sama.
(3) Diskriminasi. Diskriminasi berlaku apabila organisma hanya memberi
respons atau gerak balas tertentu sahaja. Contohnya, anda telah sedar
walaupun kedua-dua permainan badminton dan tenis menggunakan raket,
terdapat banyak perbezaan teknik permainan dalam kedua-dua sukan
tersebut.
Implikasi Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran
8
Contohnya, seorang guru sentiasa memarahi muridnya, maka kehadiran guru tersebut
dapat membangkitkan perasaan takut pada diri murid tersebut. Gerak balas terlazim ini
timbul disebabkan rangsangan neutral. Selain itu, gerak balas positif juga dapat dipupuk
melalui teori pelaziman klasik. Misalnya guru sentiasa memberi pujian kepada murid
yang menyiapkan tugasan, lama kelamaan murid tersebut akan bergerak balas positif
walaupun tanpa pujian.
Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini mempunyai
implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu pembelajaran
boleh berlaku dengan menggantikan satu rangsangan dengan rangsangan yang lain.
Justeru, Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada
rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula
akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa
rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.
Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui
latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,semakin
kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian
(rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka
gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada
pujian daripada guru. Guru juga boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran yang
sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran
dan pembelajarannya.
Sebagai contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan
kata-kata perangsang untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh
meningkatkan motivasi murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran
dengan set induksi yang dapat menarik perhatian murid. Selain itu, guru juga perlu
melibatkan murid-murid dalam proses pengajarannya seperti penglibatan dalam
aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini
murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku
melalui latihan, kebiasaan dan pengalaman.
9
Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid
dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai
contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas ketika
proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah. Dalam pembelajaran juga,
penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya
sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin
akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran,
prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep pemulihan serta merta
dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pengajarannya dengan
memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan mempelbagaikan hadiah,
aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi meningkatkan semula semangat ingin
belajar di kalangan murid-murid.
2.2 Teori Pelaziman Tingkah Laku J.B Watson
Teori pelaziman klasik seterusnya iaitu Teori Pelaziman Tingkah Laku J.B Watson. J.B.
Watson merupakan seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat dan merupakan orang
yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku
manusia. Kajian beliau banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Antara
teori yang terkenal iaitu kajian beliau tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan
Model Pelaziman Klasik.
Menurut Noriati A. Rashid et al (2009), Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang
tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal. Selain itu, Watson terkenal
dengan kajiannya berkaitan pelaziman dan kawalan emosi manusia iaitu uji kaji tentang
Albert (1920). Dalam eksperimen ini kanak-kanak Albert dibiarkan bermain tikus putih.
Ketika Albert sedang bermain, Watson membunyikan ketukan yang kuat. Gandingan
dua perkara ini dibuat berulang-ulang kali. Oleh itu, Albert terkejut dan terus menjadi
takut kepada tikus putih. Justeru, Albert mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang
mengejutkan. Oleh itu, persepsi Albert akan menjadi takut kepada semua benda putih
yang berbulu termasuk rambut Watson dan muka Santa Klaus.
Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas
yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut
10
menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia
mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau berpendapat
bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan melalui
pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap seorang bayi berusia 9
bulan dengan seekor tikus putih. Watson juga memperkenalkan dua prinsip iaitu
prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa
semakin kerap seseorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan,
semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons (gerak balas) yang
sama terhadap rangsangan tersebut.
Implikasi Teori Pelaziman Tingkah Laku J.B Watson terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran
Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji
setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali
konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa
semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi
kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas terhadap
rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji dengan
sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka
mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama
tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja.
Oleh itu,seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan
ingatan murid. Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru
yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis
aktiviti akan dapat menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya
menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar
mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan
sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak menarik atau membosankan.
Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan rangsangan yang baik
bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan
dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan perasaan keseronokkan
11
serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Guru juga perlu menggunakan
rangsangan yang boleh memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang
kondusif dan kaya dengan bahan pengajaran bagi mendorong mereka berminat untuk
belajar.
2.3 Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike
Teori Edward L. Thorndike (1874-1949) dikaitkan dengan teori pelaziman operan.
Thorndike terkenal dengan teori cuba jaya dan tiga hukumnya iaitu hukum kesediaan,
hukum latihan dan hukum kesan. Mengikut beliau, ganjaran dan denda merupakan dua
faktor penting yang membantu pembelajaran manusia. Ganjaran akan mendorong
manusia melakukan sesuatu gerak balas. Dalam kajian tentang perkaitan gerak balas
dengan rangsangan, Thorndike melakukan eskperimen terhadap seekor kucing. Beliau
mengurungkan seekor kucing yang lapar dalam sebuah sangkar yang di dalamnya
terletak satu tuil yang berfungsi sebagai anak kunci untuk membuka pintu sangkar
tersebut.
Thorndike juga telah meletakkan semangkuk makanan di luar sangkar yang
digunakan untuk rangsangan terhadap kucing itu. Berdasarkan pemerhatian Thordnike,
kucing yang lapar itu melakukan pelbagai tindakan untuk melepaskan diri dalam
sangkar, dan tiba-tiba terpijak tuil yang membuka pintu sangkar tersebut dan terus
menuju ke arah makanan yang disediakan. Kucing tersebut dimasukkan semula dan
eskperimen ini diulang sehingga kucing telah berjaya mempelajari cara membuka pintu
sangkar.
Berdasarkan pemahaman Thorndike semakin banyak percubaan semakin cepat
ia dapat keluar dari sangkar. Kesimpulannya pembelajaran merupakan proses cuba
ralat atau memilih dan menghubungkait. Dalam proses ini latihan yang dilakukan secara
berulang, gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin
berkurang, perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya semakin
bertambah kukuh. Beliau berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-
ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting).
Proses cuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses cuba jaya. Latihan yang dilakukan
secara berulang-ulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat
12
permulaan akan semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan dan
gerak balas akan semakin kukuh.
Implikasi Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang
berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi,
gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran.
Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-
lahan. Oleh itu, guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh
berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan audio atau video yang menarik agar
murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.
Thorndike juga terkenal dengan tiga hukumnya iaitu Hukum Kesediaan, Hukum
Latihan dan juga Hukum Kesan. Thorndike amat menyarankan ketiga-tiga hukum
tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya jika
hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan
berkesan. Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum
seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu mempunyai
persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, murid perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal,
emosi, sosial dan psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini sangat
membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah, seronok dan
berkesan. Justeru kesediaan murid sangat penting dalam memulakan sesuatu aktiviti
pembelajaran. Sekiranya murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti
pembelajaran, kesannya mereka akan berasa seronok sepanjang pembelajaran berlaku
dan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Guru boleh
menggunakan motivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk
belajar. Kesediaan murid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika
mereka bersedia,maka gerak balas yang positif akan dihasilkan.
13
Motivasi yang diberikan adalah sebagai satu rangsangan yang baik untuk meningkatkan
semangat murid untuk belajar. Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike berpendapat
bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh
jika latihan diberikan. Ini bermakna, untuk meningkatkan perhubungan antara
rangsangan dan gerak balas,seseorang murid hendaklah diberi latihan dan pengulangan
untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Semakin banyak latihan yang diberi
semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Sebagai
contoh, seorang murid diberi latihan Matematik yang banyak, murid itu akan menjadi
semakin mahir dan tempoh masa untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut
semakin singkat. Ini juga dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan
ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah dipelajari.
Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang
menyeronokkan supaya murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan keberkesanan
pembelajaran mereka. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa perhubungan antara
rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang
menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan melemahkan perhubungan
antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, sekiranya seseorang murid mendapat
kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini akan mendorong mereka memperolehi
pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika seseorang murid mendapat kesan yang
menyakitkan, gerak balas tersebut akan semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan
dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan.
Justeru itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan
dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk
semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan
tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan
perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Di
samping itu, guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan
yang diperolehi dalam pembelajaran mereka. Guru tidak boleh memandang rendah
terhadap kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan
sokonganyang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba
untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini.
14
2.4 Teori Pelaziman Operan B. F Skinner
Teori Skinner telah melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang pelaziman.
Teori ini merupakan satu teori yang berasaskan rangsangan dan gerak balas. Menurut
Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindak balas
terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku sebegini bukan
semata-mata gerak balas automatic yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap
sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). Manakala Pelaziman Operan dapat
meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas.
Selain itu, peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu. Peneguhan
biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang dapat menambahkan
kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku. Dalam situasi pembelajaran manusia,
peneguhan merupakan faktor penting untuk menghasilkan pembelajaran yang
berkesan. Peneguhan dapat menghasilkan sesuatu tingkah laku yang menuju ke arah
matlamat yang hendak dicapai. Justeru, Teori Peneguhan Skinner menitikberatkan
pelaziman di antara sesuatu tingkah laku dengan peneguhan. Oleh itu, peneguhan
positif diberi selepas sesuatu tingkah laku maka kebarangkalian tingkah laku itu akan
bertambah.
2.2 TEORI PELAZIMAN OPERAN
2.2.1 TEORI PELAZIMAN OPERAN B.F SKINNER
Perlu diketahui bahawa bukan semua pembelajaran itu berlaku secara automatik
dan tidak semua tingkah laku dapat dibangkitkan oleh perkaitan R-G sahaja. B. F.
Skinner berpendapat bahawa manusia sentiasa “beroperasi” secara aktif terhadap
persekitarannya untuk menghasilkan akibat yang berlainan. Tindakan ini
dinamakan operan, yakni, sesuatu tingkah laku yang dipelajari mungkin
diperkukuhkan atau dilucutkan, bergantung kepada konsekuen yang diterima
(peneguhan positif atau peneguhan negatif). Maka, proses pembelajaran ini
dinamakan pelaziman operan kerana kita belajar bertingkah laku mengikut cara
kita beroperasi dengan persekitaran.
Pelaziman operan menjelaskan proses pembelajaran di mana sesuatu tingkah
laku mungkin diperkukuhkan/ dilucutkan, bergantung kepada konsekuen yang
15
diterima. Contohnya, jika anda memberi sesuatu gerak balas terhadap sesuatu
rangsangan dan akibatnya adalah menyenangkan, maka kemungkinan besar anda
akan menunjukkan gerak balas yang sama apabila berhadapan dengan
rangsangan tersebut di lain masa. Dengan ini, pembelajaran berlaku apabila
tingkah laku sukarela diperkukuhkan atau dilucutkan disebabkan oleh akibat atau
peristiwa sebelumnya. (Woolfolk, 1998).
Pelaziman Operan - Cara Pemerolehan Ilmu dan Pengukuhan Pembelajaran
(1) Peneguhan
Ahli psikologi pendidikan mendefinisikan peneguhan sebagai sebarang
kesan yang memperkukuh atau menambahkan kekerapan sesuatu tingkah
laku. Sebagai seorang guru, saya rasa anda pasti telah menggunakan
peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Pernahkah anda
memuji murid anda kerana tingkah lakunya yang baik? Atau pernahkah
anda menghadiahkan set pensil warna kepada murid anda kerana
penulisannya yang baik? Tindakan sedemikian dipanggil ‘peneguhan’
manakala ganjaran yang diberi dipanggil ‘peneguh.’ Terdapat dua jenis
peneguh, iaitu primer dan sekunder.
Peneguh Primer memenuhi keperluan atau dorongan asas biologi. Bagi
seseorang yang lapar, makanan merupakan peneguh primer. Contoh
peneguhan primer adalah makanan, air, keselamatan, kemesraan, dan lain-
lain.
Peneguh Sekunder adalah rangsangan yang memperoleh sifat-sifat
peneguhan apabila dikaitkan dengan peneguhan primer. Wang merupakan
contoh yang baik – wang sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik tetapi
wang boleh gunakan untuk memperolehi peneguh primer yang memberi
kepuasan kepada individu tersebut.
Terdapat tiga kategori peneguhan sekunder: Ia adalah peneguhan sosial
(pujian, senyum, peluk atau perhatian), peneguhan token atau simbolik
(wang, gred, atau bintang), peneguhan aktiviti (akses kepada permainan,
16
atau aktiviti yang menyeronokkan). Selain peneguhan primer dan sekunder,
terdapat juga peneguhan positif dan negatif.
(2) Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif
Peneguhan Positif merupakan rangsangan yang menyeronokkan
(makanan, air, pujian, gred) yang diberi setelah berlaku gerak balas yang
menjadi sasaran. Contoh, apabila salah seorang daripada murid anda secara
spontan membantu murid lain, anda sebagai guru akan memberi pujian.
Peneguhan Negatif pula merujuk kepada rangsangan yang mewujudkan
rasa kurang selesa atau menyakitkan hinggakan organisma menambahkan
kebarangkalian mengelak atau mengurangkan ketidakselesaan tersebut.
Contoh, Guru sering menegur seorang murid yang tidak berpakaian kemas.
Akhirnya, murid tersebut bertindak menjaga kebersihan dirinya kerana
ingin mengelakkan leteran guru tadi. Murid telah mengekalkan kekemasan
dirinya. Penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan akan
meningkatkan kekerapan gerak balas tersebut.
(3) Hukuman
Berbeza dengan peneguhan, hukuman merujuk kepada rangsangan yang
mengurangkan kekerapan gerak balas.
Anda perlu ingat bahawa hukuman boleh berupa bentuk penyampaian
rangsangan (hukuman positif) atau penghapusan rangsangan (hukuman
negatif). Contoh perbezaan kedua-dua istilah ini ialah, seorang murid
dimarahi kerana bermain dalam bilik darjah, maka tingkah laku ‘bermain’
ini akan berkurangan. Ini dinamakan hukuman positif. Sekiranya kita
menggantung seorang pemain bola keranjang kerana melanggar peraturan
latihan, ini adalah hukuman negatif.
Berdasarkan pengalaman anda, pernahkah anda mengguna hukuman untuk
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini? Adakah anda berjaya
mengurangkan kekerapan tingkah laku tersebut? Skinner tidak menyokong
17
penggunaan hukuman dalam pembentukkan tingkah laku yang diingini.
Kesan hukuman hanyalah sementara sahaja dan tidak mengubah tingkah
laku, ia hanya memendamkan tingkah laku tersebut.
Hukuman mungkin menghasilkan kesan sampingan seperti rasa dengki,
kebimbangan dan keagresifan. Ia juga membawa mesej bahawa keagresifan
fizikal adalah dibenarkan. Hukuman perlu dirancang dengan teliti, bukan
disebabkan oleh tindakan impulsif. Oleh itu, guna hukuman dengan berhati-
hati.
(4) Penghapusan
Skinner tidak menyarankan penggunaan hukuman untuk membentuk
tingkah laku tetapi menggunakan ‘penghapusan’ untuk menangani tingkah
laku yang tidak diingini. Tingkah laku negatif yang wujud akan
berperingkat- peringkat terhapus apabila peneguhan tidak diberikan atau
guru tidak memberi perhatian kepadanya. Contohnya, seorang guru
membenarkan murid yang berteriak-teriak menjawab soalan guru
sebenarnya secara tidak langsung memberi peneguhan/ganjaran kepada
murid tersebut. Namun, selepas menyedari keadaan ini, guru hanya
menumpukan kepada murid yang mengangkat tangan sahaja mengambil
bahagian dalam soal-jawab, tidak menghiraukan murid yang berteriak.
Keputusannya, tingkah laku berteriak diharapkan dapat dihapuskan.
Pernahkah anda tidak mempedulikan murid yang ingin mendapat perhatian
berulang kali? Anda akan dapati bahawa tingkah laku yang tidak diingini
akan akan terhapus jika anda terus tidak mempedulikan mereka. Dengan
demikian, penghapusan adalah kunci kepada pengurusan tingkah laku
murid.
(5) Pembentukan
Dalam pelaziman operan, guru dianggap sebagai arkitek dan pembina
tingkah laku murid. Anda perlu membahagikan objektif pembelajaran
kepada tugasan-tugasan kecil di mana anda boleh mengajar setiap
18
kemahiran langkah demi lengkah, dan memberi peneguhan satu demi satu,
sehingga terbentuk kemahiran yang terakhir secara beransur-ansur.
Sebagai seorang guru, anda perlu memastikan bahawa murid anda telah
menguasai kemahiran yang diperlukan sebelum mereka pergi ke langkah
seterusnya. Di setiap langkah, anda perlu memberi peneguhan kepada setiap
kemahiran kecil sehingga mereka mencapai matlamat mereka.
Setelah membaca teori pembelajaran behavioris dari aspek prinsip
pembelajaran, cara pemerolehan ilmu dan pengukuhan pembelajaran, saya
harap anda akan boleh memperbaiki tingkah laku murid anda melalui
pembentukan.
Implikasi Teori Pelaziman Operan B. F Skinner terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Peneguhan positif merupakan sesuatu yang menyenangkan, misalnya ganjaran
kebendaan dan pujian. Misalnya guru memberi pujian kepada muridnya yang
mendapat markah tertinggi. Peneguhan negatif pula merupakan sesuatu yang
menyakitkan dan ingin dielakkan oleh setiap individu. Contohya, apabila loceng
berbunyi, guru memberi arahan berikut: ‘ Semua murid harus beratur pergi untuk
rehat. Jika tidak anda akan kehilangan lima minit masa rehat”. Cara ini mementingkan
usaha untuk menyedarkan seseorang tentang kesilapan yang dilakukannya dan bukan
semata-mata untuk mendendanya.
Sehubungan itu, implikasi Teori Pelaziman Operan Skinner dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah
diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala supaya kemahiran ini
dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Justeru, peneguhan positif yang membawa
keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa
kesakitan. Selain itu, teori ini juga mampu membantu pelajar menguasai konsep
diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan
kemahiran dengan lebih cepat.
19
Kesimpulannya, keempat-empat tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan
persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya
perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas.
Pelaziman Klasik dan Pelaziman Operan adalah contoh teori behavioris yang
menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Disebabkan teori ini
memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik
akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran didalam kelas.
Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang menarik dan
menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas.
Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi
kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
20
Implikasi Teori Pembelajaran Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
(1) Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini bermakna,
Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas
Pastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai
(2) Guru perlu menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran
Objektif hendaklah khusus
(3) Buat analisis tugasan
Pastikan tugasan yang diber sesuai dengan kemampuan pelajar
Pecahkan tugasan kepada bahagian-bahagian kecil supaya mudah
difahami
(4) Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat
Susunan langkah haruslah secara progresif, contohnya dari mudah
kepada sukar.
(5) Aplikasi teknik peneguhan yang sesuai
Peneguhan berterusan diberikan pada peringkat pembentukan tingkah
laku
Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai
(6) Aplikasi Hukum Kesediaan
Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada
Sediakan situasi yang merangsangkan
Cungkilkan rasa ingin tahu/ motivasi pelajar
(7) Aplikasi hukum latihan
Banyakkan pengulangan dan latih tubi
Sediakan bahan yang banyak dan pelbagai
(8) Aplikasi Hukum Kesan dan Akibat
21
Adakan aktiviti pengukuhan
Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai
(9) Sediakan amalan bilik darjah yang sesuai
Amalan rutin belajar
Amalan rutin keceriaan
Peraturan bilik darjah yang mesra dan positif
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
22
Ahli psikologi kognitif/gestalt mempercayai bahawa pembelajaran adalah satu tugas
mental/ proses dalaman yang melibatkan kebolehan seseorang untuk mengaitkan
berbagai maklumat sehinggalah ia memperolehi pengetahuan baru atau dapat
menyelesaikan sesuatu masalah. Teori pembelajaran kognitif berfokus kepada
perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi
kepada zaman kanak-kanak dan remaja dan akhirnya alam dewasa.
Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka, Jean Piaget, melihat kanak-kanak
sebagai murid aktif yang berlagak seperti ‘saintis kecil’. Mereka membina ‘teori’ sendiri
tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani
ini. Piaget amat berminat untuk mencari bagaimana manusia memperoleh ilmu
pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai ‘soalan epistemologi’. Piaget
berpendapat bahawa sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat
perkembangan kognitif:
Peringkat 1
Sensori Motor
Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.
Peringkat 2
Praoperasi
Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia.
Peringkat 3
Operasi Konkrit
Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan
peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia berfungsi.
Peringkat 4
Formal
Remaja dan dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan
logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.
Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia
dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana
dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan bahawa
pembelajaran adalah hasil daripada dua proses utama iaitu organisasi dan adaptasi.
23
6.4.1 Organisasi
Organisasi adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman
ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan
pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok
pemikiran dan pengurusan sistem tindakan atau pemikiran yang membolehkan
kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema
penyelesaian masalah matematik, dll.
6.4.2 Adaptasi
Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat
penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan
akomodasi.
Asimilasi adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia
ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia
ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini,
asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara
menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang kita telah ketahui (Woolfolk, 1998).
Contoh, pada peringkat pemulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan
seekor hamster bagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut
akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada
tentang cara mengenal pasti binatang.
Akomodasi berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi
respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada atau
membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru.
Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu
sesuaikan pemikiran kita. Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan
tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk
mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
24
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme,
ilmu pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk
yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman
masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru
tidak boleh belajar untuk pelajarnya. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan
merupakan satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan
mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak wujud secara
terasing daripada persekitaran. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan
pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Realiti
yang diketahui pelajar adalah realiti yang dia bina sendiri.
6.5.1 Scaffolding dan Zon Perkembangan Proximal
Beberapa pelopor utama pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran
dan pembelajaran adalah Jean Piaget, Lev Vygotsky, Ernst Von Glaserfeld, J.
Anderson, dan Jerome Bruner. Vygotsky (1896 -1934) berpendapat:
persekitaran sosio-budaya adalah penting dalam membentuk
perkembangan kognitif kanak-kanak
kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial dengan
ibu bapa, keluarga, guru, orang dewasa dan rakan sebaya.
Simbol bahasa merupakan alat budaya yang amat penting dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak
Kanak-kanak mula didedahkan kepada bahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan
bahasa tidak berlaku tanpa interaksi sosial dengan ibu bapa, keluarga, guru,
orang dewasa dan rakan sebaya. Kita memerlukan orang yang lebih fasih untuk
berbual dan membimbing kita dalam penggunaan bahasa yang betul. Perkara
sedemikian dinamakan scaffolding yang membawa maksud ‘sesuatu kerangka
yang menyokong proses pembelajaran individu.’ Perkembangan kognitif akan
berlaku pada tahap yang lebih tinggi apabila orang dewasa berada di
sampingnya memberi tunjuk ajar, berbanding jika kanak-kanak melakukan
tugasan tersebut secara sendiri tanpa bantuan. Vygotsky menggunakan istilah
zon perkembangan proximal yang merupakan lingkungan kemampuan
25
seseorang untuk melakukan tugas-tugas dengan berjaya. Untuk membantu
pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira zon
perkembangan proximal murid-muridnya dan memberi bimbingan disisi sebagai
kerangka untuk membina ilmu pengetahuan sendiri.
6.5.2 Implikasi Teori Konstruktivisme Terhadap Pengajaran danPembelajaran
Guru sebagai penolong, pemudah cara dan perancang; sedangkan pelajar
memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran
Pendekatan yang digunakan:
a) pembelajaran inkuiri
b) pembelajaran koperatif
c) pembelajaran masteri
d) penyelesaian masalah
Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang
mempengaruhi proses pembentukan ilmu.
Keutamaan pembelajaran adalah kepada hasil perolehan khasnya dalam zon
perkembangan prokimal.
6.6 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Teori pembelajaran sosial mempunyai ciri-ciri pendekatan behavioris tetapi
menekankan pembelajaran berdasarkan faktor sosial. Prinsip asas teori pembelajaran
sosial adalah berdasarkan kepada pendirian bahawa pembelajaran merupakan proses
kognitif dan afektif berdasarkan pemerhatian tingkah laku orang lain (model) dan
meniru tingkah laku yang boleh memberi manfaat kepadanya. Pemerolehan
pengetahuan dan gerak balas merupakan dua perkara yang berbeza. Walau pun
pembelajaran telah berlaku, ia hanya akan diperlihatkan dalam keadaan yg ‘sesuai’.
Bandura menamakan ini sebagai pembelajaran pemerhatian atau pembelajaran melalui
model.
6.6.1 Empat langkah pembelajaran peniruan:
(1) Tumpuan Perhatian
26
Individu menumpukan perhatian dan memerhatikan perlakuan model
berulang kali.
(2) Penyimpanan dalam Ingatan
Langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan oleh pelajar.
Pemerhatian perlu disimpan dan dikekalkan dalam ingatan dan akan
berlakunya proses mengenkod, menyimpan dan mendekod.
(3) Pengeluaran
Maklumat, tingkahlaku dan kemahiran yang disimpan dikeluarkan dalam
bentuk perlakuan. Kecekapan ini bergantung kepada keupayaan fizikal dan
kemahiran tiruan motor pemerhati serta kemahiran mengingat dengan tepat.
(4) Motivasi dan Peneguhan
Sekiranya Individu berasa seronok dan mendapat peneguhan daripada orang
lain, maka tingkahlaku itu akan diulangi dan dikukuhkan
6.6.2 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang
demikian guru perlu menunjukkan tingkah laku yang boleh diteladani.
Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru
dengan mudah dan berkesan.
Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model untuk
ditiru.
Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan pelajar berkenaan terus
berusaha dan dapat merangsang pelajar lain berusaha seperti yang mereka
lakukan.
Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main
peranan dan simulasi
Guru perlu memberi peneguhan kepada pelajar yang menunjukkan tingkah
laku yang diingini.
6.7 TEORI HUMANISTIK
27
Ahli-ahli psikologi humanistik mempunyai banyak pendekatan yang berbeza, namun
berkongsi beberapa pegangan yang konsisten:
manusia merupakan insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk
belajar dan berkembang.
manusia merupakan insan yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang
berbeza dengan haiwan.
manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai, dengan itu
individu itu harus dilihat sebagai satu entiti.
Dua ahli psikologi yang terkemuka teori humanis adalah Abraham Maslow dan
Carl Rogers. Bagaimana pendekatan humanistik berfungsi dalam bilik darjah?
Pendekatan humanistik menekankan “keseluruhan murid”: dengan kata lain, aspek
emosi dan sosial kehidupan murid. Pendekatan ini mengandaikan bahawa murid
bermotivasi secara semulajadi untuk belajar, dengan syarat pengalaman pendidikan
adalah bermakna.
Pendekatan humanistik juga menekankan kepentingan peranan guru dalam
memberi sokongan dan mengambil berat, serta bergantung lebih kepada menerangkan
sebab sesuatu perkara perlu dilakukan dengan cara tertentu.
6.8 Kesediaan Belajar
Kesediaan belajar dirujuk sebagai satu set keadaan yang wujud dalam diri individu dan
persekitarannya yang membolehkannya menguasai sesuatu tugasan dengan tepat.
Kesediaan merupakan satu tahap persiapan untuk belajar kemahiran yang lebih
kompleks, contoh, melompat perlu dikuasai sebelum seorang kanak-kanak bermain
ketingting. Antara beberapa definisi yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli
psikologi pendidikan.
(1) Margaret E. Gredler:
“Keadaan individu pada satu titik perkembangan fizikal, mental, emosi,
atau sosial yang mencukupi untuk mengendalikan sesuatu tugasan
tertentu.”
(2) John C. Ruch:
28
Kesediaan adalah istilah untuk perkembangan tahap kebolehan tertentu
dan satu set minat tertentu. Dalam had keupayaan murid, seseorang
murid yang belum bersedia untuk menguasai konsep atau kemahiran
yang diberikan boleh disediakan untuk menguasainya melalui anggaran
yang sistematik dan berurutan (atau dengan kata lain, kesediaan
mengajar)
Adalah penting untuk menentukan bahawa setiap peringkat dalam urutan ke arah
objektif utama dipraktikkan dan dikuasai hingga ke peringkat pembelajaran lanjutan,
kerana dengan ini murid boleh mengguna kemahiran sebagai alat untuk bergerak ke
tahap yang lebih tinggi.
6.8.1 Jenis-jenis Kesediaan
Kita akan meneliti jenis-jenis kesediaan, iaitu, kesediaan kognitif, kesediaan
psikomotor dan kesediaan afektif.
(1) Kesediaan Kognitif
Kesediaan kognitif berkaitan dengan perkembangan mental murid untuk
membolehkan mereka memahami, berfikir dan menaakul dalam persekitaran
pembelajaran yang baru. Secara umum, kesediaan kognitif ditingkatkan apabila
umur meningkat. Contoh, pada peringkat permulaan, murid boleh memahami
pendapat yang berbeza dan mengingat kembali. Pada peringkat berikutnya,
mereka berupaya mengintergrasikan beberapa pendapat untuk menyelesaikan
masalah.
(2) Kesediaan Psikomotor
Kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran yang
memerlukan tindakan fizikal. Ia merangkumi perkembangan otot, tulang, sendi,
kordinasi dan kawalan pergerakan tubuh badan. Dalam memmuridi kemahiran
psikomotor seperti menulis, melukis dan membaling bola, murid perlu menjalani
latihan untuk menghalusi kemahiran mereka. Oleh itu, latihan adalah penting.
29
Sementara itu, penguasaan kemahiran psikomotor berkait rapat dengan
perkembangan intelek dan afektif. Untuk memperoleh pencapaian cemerlang
dalam kemahiran psikomotor, murid perlu mempunyai intelektual yang tinggi
dan sikap yang positif. Oleh itu, guru perlu melatih murid mereka menguasai
kemahiran fizikal seara bijak selain memahami konsep, peraturan dan strategi.
(3) Kesediaan Afektif
Kesediaan afektif dalam pembelajaran merangkumi sikap, rasa ingin tahu, rajin,
perasaan, minat dan nilai yang boleh menerima pembelajaran. Untuk murid
menjadi cemerlang dalam pembelajaran, kesediaan afektif yang positif
memainkan peranan penting.
Murid yang mempunyai kesediaan untuk belajar akan mempunyai tahap motivasi yang
tinggi, memupuk usaha yang lebih serta rasa seronok dan puas hati dalam
30
Jenis-jenis Kesediaan
Faktor yang mempengaruhi
Ciri-ciri Kesediaan
Kognitif Kematangan mental Menyedari, memahami, berfikir, persepi
Afektif Kematangan emosi Sikap, minat, nilai, perasaan, keyakinan diri
Psikomotor Kematangan fizikal Kemahiran, manipulasi tangan & jari, oto-otot, sistem saraf, tulang
pembelajaran. Justeru itu, mereka menjadi lebih yakin dalam menghadapi cabaran
semasa memperoleh pengalaman baru.
6.8.2 Faktor-Faktor yang Menyumbang kepada Kesediaan Belajar
Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesediaan belajar termasuklah kematangan,
sikap dan minat, perbezaan kadar perkembangan, perbezaan jantina, perbezaan
individu dan pengalaman.
(1) Kematangan
Kematangan dari segi intelek, emosi, fizikal dan sosial berkait rapat dengan
kesediaan belajar murid. Adakah anda sedar bahawa mereka yang menunjukkan
daya intelek yang tinggi, berupaya mengawal perasaan dengan lebih baik,
mempamerkan keseluruhan kesihatan fizikal dan boleh bersosialisasi dalam
kumpulan tanpa masalah adalah mereka yang menunjukkan kematangan dalam
aspek yang berlainan, seterusnya memberi kesan kepada kesediaan belajar.
(2) Sikap dan Minat
Sikap dan minat memainkan peranan penting dalam melibatkan kesediaan
belajar. Murid yang mempamerkan sikap positif dan minat telah bersedia untuk
belajar dan akan menunjukkan prestasi yang lebih baik. Disebaliknya, mereka
yang tidak bersedia untuk belajar, akan keberatan untuk memberi tumpuan pada
pembelajaran.
(3) Perbezaan Kadar Perkembangan
Walaupun individu melalui peringkat perkembangan yang sama, iaitu daripada
bayi kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa, kadar perkembangan fizikal,
mental, sosial dan emosi adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri.
Setiap individu mempunyai corak perkembangan sendiri yang unik. Dengan itu,
murid daripada kumpulan yang sama tidak akan mempamerkan kebolehan yang
sama semasa menjalankan aktiviti.
31
(4) Perbezaan Jantina
Lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam perkembangan biologikal
dan pertumbuhan fizikal. Dalam perkembangan remaja, perempuan
menunjukkan kadar perkembangan yang lebih cepat daripada llelaki. Ini dapat
dilihat dengan jelas bahawa perempuan lebih tinggi dan lebih matang daripada
lelaki daripada tahun empat hingga kepada tingkatan menengah rendah.
Perbezaan dari segi sikap dan minat di kalangan jantina akan mempengaruhi
kesediaan belajar. Lelaki biasanya lebih minat mengambil sains dan matematik
manakala perempuan akan mengambil ekonomi rumahtangga dan mata muridan
lain. Perbezaan dalam nilai budaya terhadap jantina yang akan mempengaruhi
kesediaan belajar. Contoh, perempuan diharapkan bersopan santun, manakala
lelaki pula diharapkan bertingkah laku aktif dan agresif.
(5) Perbezaan Individu
Setiap individu menunjukkn perbezaan kebolehan dalam bidang yang berbeza.
Contoh, seorang murid boleh jadi cemerlang dalam Matematik dan Sains tetapi
lemah dalam Bahasa dan Muzik. Terdapat juga sebahagian murid menunjukkan
prestasi baik dalam akademik tetapi lemah dalam aktiviti fizikal. Dengan kata
lain, guru tidak digalakkan melabel murid mereka sebagai ‘bodoh’ atau bijak
mengikut pencapaian prestasi mereka dalam satu mata muridan sahaja.
(6) Pengalaman
Pengalaman lampau membentuk asas kepada pengalaman baru. Oleh itu, guru
digalakkan mengambil kira pengalaman lampau murid apabila merancang bahan
pengajaran mereka. Bahan pengajaran perlu berdasarkan daripada pengetahuan
sedia ada kepada pengetahuan baru.
6.8.3 Implikasi Kesediaan Belajar terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Sebahagian daripada implikasi kesediaan belajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran dibincangkan dibawah
32
(1) Kesesuaian Isi Pengajaran
Guru perlu memilih isi pengajaran yang sesuai kepada sebahagian besar murid
dalam bilik darjah. Guru perlu merancang aktiviti pengayaan bagi murid yang
cepat menerima pembelajaran. Bagi murid yang lambat belajar, bimbingan
tambahan dan aktiviti pemulihan perlu dibincangkan.
(2) Urutan yang Betul dalam Pengajaran
Bahan pengajaran perlu dirancang supaya ianya bergerak daripada senang
kepada susah, daripada yang tahu kepada tidak tahu, daripada konkrit kepada
abstrak, daripada umum kepada khusus dan daripada dekat kepada yang jauh.
Ini akan membantu guru memulakan pengajaran mereka terhadap murid yang
mempunyai kesediaan belajar yang rendah dan membimbing mereka beransur-
ansur ke arah matlamat pembelajaran.
(3) Variasi dalam Aktiviti
Guru merancang aktiviti pengajaran mereka dengan mengambil kira minat
murid mereka yang berbeza. Semasa mengendalikan aktiviti, murid digalakkan
memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan mereka. Jika semua aktiviti perlu
dilaksanakan oleh semua kumpulan, guru boleh menyediakan stesen yang
berbeza untuk murid mereka supaya setiap kumpulan boleh mengambil
bahagian dalam aktiviti tersebut mengikut giliran.
(4) Strategi Pengajaran
Guru digalakkan mengguna pelbagai contoh, kaedah dan bahan pengajaran
semasa menjalankan pengajaran mereka. Dengan cara ini murid yang berlaian
kesediaan dapat mengikuti muridan tersebut.
6.8.4 Persepsi
Perhatikan rajah di bawah dan sebutkan hurufnya:
A a a A a
33
Rajah 6.8.4: Huruf ‘a’
Proses yang anda lalui tadi disebut sebagai ‘persepsi.’ Persepsi merupakan
proses otak mentafsir maklumat yang diterima daripada pelbagai deria. Anda
telah memberi perhatian kepada rangsangan persekitaran dikenal pasti (Rajah
6.8.4) sebagai contoh konsep atau prinsip yang terdapat dalam ingatan anda.
Proses pengamatan mencakupi padanan maklumat baru dengan acuan yang
betul di dalam ingatan, membandingkan maklumat baru dengan prototaip (huruf
‘a’ yang asal), dan menganalisis maklumat baru untuk mengesan ciri-ciri
tersendiri. Variasi cara penulisan huruf ‘a’ tidak mengganggu pengamatan anda
terhadap huruf ‘a’ dalam pembelajaran lepas.
Kesimpulannya, adalah penting bagi kita memberi perhatian bahawa untuk
mengenal pasti semua corak yang mewakili huruf A adalah sama dengan andaian
ptototaip yang dikenali sebagai A; dan semua huruf rangsangan akan dianalisis
untuk mendefinisikan coraknya dan, jika dijumpai, akan dikenal pasti sebagai A.
Sebagai seorang guru, kita harus ingat bahawa persepsi merupakan sesuatu yang
relatif, persepsi manusia dipengaruhi oleh latar belakang peribadi, motif, dan
minat kita terhadap sesuatu rangsangan yang diperhatikan. Pengalaman yang
sedang dialami, dan pengalaman lampau mempengaruhi proses tafsiran
terhadap rangsangan yang diterima. Selain pengalaman, latihan dan penggunaan
pelbagai deria serentak menambahkan kemampuan pengamatan kita.
LATIHAN PERSEPSI
34
Sekarang kita akan lihat pada aspek kedua yang berkaitan dengan proses pembelajaran,
iaitu penanggapan.
6.8.5 Penanggapan
Penanggapan merupakan proses pembentukan konsep. Konsep merupakan idea,
objek, orang atau pengalaman yang mempunyai ciri-ciri sama yang khusus.
Konsep membantu kita mengenali sesuatu perkara dengan cara yang lebih
mudah.
Contohnya, konsep “raket badminton” lebih mudah digunakan untuk
menerangkan objek sukan tersebut berbanding dengan memberi penjelasan
yang panjang lebar seperti “sebatang kayu yang berbentuk bulat dihujung
digunakan untuk memukul bulu tangkis”
35
Wanita muda atau nenek tua?
Pasu atau muka tepi dua orang?
Contohnya, manusia yang buta warna tidak mungkin memahami konsep ‘lampu
isyarat berwarna merah atau hijau,’ kerana mereka tidak boleh mengesan
maklumat warna, mereka bergantung kepada sinaran cahaya dan tanda
kedudukan untuk menentukan warna isyarat.
6.8.6 Cara-cara meningkatkan Pengamatan dan Penanggapan Murid
Gunakan pengetahuan sedia ada murid
Galakkan penglibatan murid dalam pembelajaran yang menggunakan
pelbagai deria
Sediakan pelbagai jenis bahan/ contoh-contoh / maklumat untuk
memudahkan pelajar menyusun semula persepsinya terhadap sesuatu
permasalahan
Beritahu murid apa yang perlu diberi perhatian
Beri gambaran secara keseluruhan dengan menekankan kefahaman
melalui proses penaakulan dan perkaitan
Kita sekarang akan meneroka konsep ingatan dan lupaan, sebab-sebab lupaan
dan strategi meningkatkan daya ingatan.
6.8.7 Ingatan
Ingatan merupakan keupayaan minda seseorang ‘menyimpan’ perkara yang
mereka telah pelajari dan mendapatkan kembali untuk digunakan bagi
menyelesaikan masalah atau memberi jawapan kepada persoalan tertentu. Tiga
prosedur yang diperlukan dalam semua sistem ingatan, mengenkod (proses
menyediakan maklumat untun disimpan), penyimpanan (menyimpan maklumat
dalam ingatan kita), dan mendapatkan kembali (penemuan maklumat yang kita
mahu guna);
Atkinson dan Shiffrin (1968) mengandaikan manusia mempunyai tiga peringkat
ingatan yang diperluk untuk menyimpan maklumat pada jangka masa yang
berbeza: ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
36
(1) Ingatan Deria
Semasa anda berjalan di jalanraya, anda menyedari akan objek-objek di sekeliling
anda. Anda mengguna pintu deria anda (contoh, penglihatan, bunyi, bau,
pendengaran dan rasa). Segala yang masuk ke minda anda dalam beberapa saat
disimpan dalam ingatan deria. Ingatan deria menyediakan simpanan sementara
untuk maklumat yang diterima. Semua maklumat deria ditahan dan diimbas
(pra-pengkodan) dalam jangka masa ½ hingga 4 saat, bergantung kepada
kekuatan rangsangan. Hanya rangsangan yang diperlukan sahaja dipilih, yang
tidak diperlukan akan diketepikan oleh pintu deria kita.
(2) Ingatan Jangka Pendek
Maklumat dalam ingatan deria akan dipindahkan ke ingatan jangka pendek untuk
pengkodan seterusnya. Apa yang kita fikirkan dalam ingatan jangka pendeka
akan bertahan selama lebih kurang 20 saat, di mana selepas ini ia akan terus
terhapus atau disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ingatan jangka pendek
boleh menyimpan sebanyak purata tujuh item dalam satu jangka masa tertentu.
Oleh kerana terlalu banyak maklumat yang diterima, maka kita perlu
memperoleh strategi yang berbeza untuk menyimpan maklumat tersebut seperti
nemonik, chunking, pegword, akronim dan cerita kelakar supaya ia boleh
dienkodkan ke dalam ingatan jangka panjang.
(3) Ingatan Jangka Panjang
Tahukan anda muatan ingatan jangka panjang kita? Sungguh menakjubkan! Ia
boleh menampung seberapa banyak maklumat yang mungkin dan boleh
menyimpan maklumat yang tidak terhad dalam jangka masa yang tidak
ditetapkan.
Terdapat tiga kategori ingatan jangka panjang: ingatan semantik, episodik dan
prosedural. Bila anda ingatkan maklumat dalam bentuk maknanya (contoh,
objek, manusia), ia dinamakan ingatan semantik. Bila anda ingat pengalaman
lampau (contoh, masa, tarikh dan tempat), ini dipanggil ingatan episodik. Bila
anda belajar cara membuat kek, ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur,
maka ini bergelar ingatan prosedural.
37
6.8.8 Lupaan
Lupaan merujuk kepada kehilangan kemampuan untuk mengingat kembali atau
mengenal sesuatu yang sudah dipelajari sama ada sementara waktu atau selama-
lamanya. Sebab-sebab mengapa manusia boleh “lupa”:
(1) Gagal mengenkod bermakna maklumat yang dicari semasa mendapatkan
semula belum dikuasai (contoh, murid yang mempunyai strategi
pembelajaran yang tidak berkesan)
(2) Gagal mendapatkan kembali merujuk kepada ketidakupayaan
mengakses maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang
(contoh, perkara yang dipelajari melalui hafazan sukar untuk
mengingatkannya semula)
(3) Gangguan proaktif dan gangguan retroaktif bermakna peristiwa atau
maklumat lain mengganggu keberkesanan mendapatkan semula maklumat
yang diperlukan. Contoh, anda belajar bahasa Inggeris diikuti dengan
bahasa Jepun. Gangguan retroaktif berlaku jika anda ingat bahasa Jepun
dengan baik tetapi terlupa bahasa Inggeris. Contoh gangguan proaktif:
anda cuba ingatkan lapan-digit nombor telefon rumah anda tapi anda
masih ingatkannya sebagai nombor tujuh-digit.
(4) Keusangan, di mana, selepas satu jangka masa yang lama maklumat
menjadi semakin lemah dan akhirnya akan terus lenyap, terutama jika
maklumat tersebut tidak kerap digunakan.
6.8.9 Pemindahan Pembelajaran
Pemindahan pembelajaran merujuk kepada keupayaan mengaplikasikan sesuatu
yang dipelajari ke situasi yang lain. Ia meningkatkan prestasi sesuatu tugasan
hasil daripada sesuatu yang diperoleh daripada tugasan sebelumnya.
38
Pembelajaran tentang satu topik membantu individu menguasai pembelajaran
secara positif disebut sebagai pemindahan positif. Contohnya, tahu olahan tambah
dan olahan tolak membantu individu mengurus wang perbelanjaannya dengan
baik. Pemindahan negatif berlaku jika pembelajaran sesuatu topik menghindari
pembelajaran topik yang lain. Contohnya, tahu satu program memproses
perkataan mengganggu pembelajaran program spreadsheet.
Apabila pemindahan berlaku disebabkan oleh tugasan pembelajaran yang asal
dan pemindahan bertindan tindih dari segi isi kadungannya, ia dikenali sebagai
pemindahan spesifik, contohnya, mengaplikasi peraturan tanda bacaan dalam
penulisan surat. Apabila kita belajar dalam satu situasi mempengaruhi
pembelajaran dan prestasi situasi lain, ia dinamakan pemindahan umum,
contohnya, pemahaman Hukum Graviti daripada mata pelajaran Sains membantu
pembelajaran mata pelajaran Geografi.
Pendidikan perlu menggalakkan pemindahan, iaitu, perkara yang dipelajari di
sekolah bertujuan menyediakan murid dengan kehidupan di luar sekolah. Walau
bagaimanapun, ini tidak berlaku sepenuhnya sepertimana yang diharapkan oleh
pendidik. Ini kerana pembelajaran telah ditetapkan, maka seseorang menghadapi
masalah mengaplikasikan ilmu pengetahun yang dimuridi dalam satu situasi, dan
dalam satu kumpulan, ke dalam situasi atau kumpulan lain.
39
RUJUKAN
Noriati, R., Boon, P. Y., & Sharifah, F. (2009). Murid dan alam belajar. Shah Alam: Oxford Fajar.
Ormrod, J. E. (2008). Educational psychology: Developing learners (6th ed.). Uppersaddle River, NJ: Pearson.
Slavin, R. E. (1997). Educational psychology: Theory and practice. (5th ed.). Boston: Allyn and Bacon.
Woolfolk, A. E. (2004). Educational psychology (9th ed.). NJ: Prentice Hall
http://www.infed.org/biblio/b-learn.htm
http://general-psychology.weebly.com/how-does-classical-conditioning-work.html
40