Aumdr27041994

19
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI RABU. 27 APRIL. 1994 . PUKUL 2.30 PETANG Bil. 11 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! 7AWAB MUL[TT *1. Dr. Nawawi Mat Awin minta Menteri Luar Negeri menyatakan:- (a) sama ada beliau sedar bahawa (i) dari masa ke masa rakyat Malaysia yang berada di Tanah Suci mengerjakan Umrah ditahan dal am operasi - operasi pihak berkuasa Arab Saudi kerana tidak membawa Paspot semasa di luar tempat penginapan walhal (ii) amalan yang dikuatkuasakan oleh hotel-hotel ialah semua Paspot mesti diserahkan kepada hotel yang hanya akan memulangkannya apabila berangkat pulang; (b) sama ada beliau akan memperkenalkan sistem dokumentasi tambahan yang boleh dibawa bersama oleh ;f emaah di luar tempat penginapan; dan (c) kalau tidak, apakah tindakan yang akan diambil bagi mengerakkan rakyat Malaysia menjadi mangsa yang teraniaya semasa di Tanah Suci. *2. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Pendidikan menyatakan dasar Kerajaan untuk mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk pela.jaran sains dan teknologi di pusat-pusat pengajian tinggi telah menimbulkan kemarahan bukan kepada pencinta-pencinta bahasa, cerdik pandai Melayu, bahkan orang Melayu sendiri. Ini kerana mereka menganggap langkah ini satu penghinaan dan mencabar kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Adakah Kerajaan akan menarik balik kenyataan YAB Perdana Menteri mengenai hal mi. *3. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Perdana Menteri menyatakan apakah kemajuan projek Pengangkutan Laju Ringan (LRT) yang sedang diusahakan untuk Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah projek tersebut berjalan rnengikut jadual, jika tidak apakah permasalahan utamanya dan apakah langkah-langkah Kerajaan mengatasinya.

Transcript of Aumdr27041994

Page 1: Aumdr27041994

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI RABU. 27 APRIL. 1994 . PUKUL 2.30 PETANG

Bil. 11 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! 7AWAB MUL[TT

*1. Dr. Nawawi Mat Awin minta Menteri Luar Negerimenyatakan:-

(a) sama ada beliau sedar bahawa (i) dari masa kemasa rakyat Malaysia yang berada di Tanah Sucimengerjakan Umrah ditahan dal am operasi -operasipihak berkuasa Arab Saudi kerana tidak membawaPaspot semasa di luar tempat penginapan walhal(ii) amalan yang dikuatkuasakan oleh hotel-hotelialah semua Paspot mesti diserahkan kepada hotelyang hanya akan memulangkannya apabilaberangkat pulang;

(b) sama ada beliau akan memperkenalkan sistemdokumentasi tambahan yang boleh dibawa bersamaoleh ;f emaah di luar tempat penginapan; dan

(c) kalau tidak, apakah tindakan yang akan diambilbagi mengerakkan rakyat Malaysia menjadi mangsayang teraniaya semasa di Tanah Suci.

*2. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Pendidikan menyatakandasar Kerajaan untuk mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai bahasapengantar untuk pela.jaran sains dan teknologi di pusat-pusat pengajiantinggi telah menimbulkan kemarahan bukan kepada pencinta-pencintabahasa, cerdik pandai Melayu, bahkan orang Melayu sendiri. Ini keranamereka menganggap langkah ini satu penghinaan dan mencabarkedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. AdakahKerajaan akan menarik balik kenyataan YAB Perdana Menteri mengenaihal mi.

*3. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Perdana Menterimenyatakan apakah kemajuan projek Pengangkutan Laju Ringan (LRT)yang sedang diusahakan untuk Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah projektersebut berjalan rnengikut jadual, jika tidak apakah permasalahanutamanya dan apakah langkah-langkah Kerajaan mengatasinya.

Page 2: Aumdr27041994

*4. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutanmenyatakan:-

(a) jumlah pemandu yang telah disenaraihitamkan dantidak dibenarkan memperbaharui cukai jalanmereka oleh kerana kegagalan untuk menjelaskanbayaran denda yang dikenakan bersabit denganlanggaran peraturan lalulintas;

(b) jumlah pemandu yang tidak dibenarkanmemperbahrui cukai jalan dan memindah hakmilikoleh kerana bekas pemilik kenderaan mereka tidakmenjelaskan kompaun yang sepatutnya di jelaskanterlebih dahulu; dan

(c) adakah satu arahan bertulis telah dikeluarkankepada semua Jabatan Pengangkutan Jalan Negerisupaya pemandu yang tidak bersalah di (b) tidakdihukum dan dibenarkan memperbaharui cukai jalanmereka, jika ya, bilakah arahan itu dikeluarkan.

*5. Tuan Hail Wan Omar bin Wan Maiid minta Perdana Menterimenyatakan apakah Kerajaan sedar banyak restoran makanan segera danpusat-pusat perniagaan lain di negara ini lebih mengutamakan bahasaasing dalam urusan hariannya. Apakah tindakan ini semenangnyadigalakkan oleh Kerajaan atau pun Kerajaan ada langkah-langkah lainuntuk mengatasi masalah ini.

*6. Tuan Hail Nasruddin bin Haii Alang Saidin minta MenteriPendidikan menyatakan adakah beliau sedar bahawa pada masa initerdapat berbagai jenis majalah dan buku cerita bergambar (comic book)yang ditulis dengan bahasa pasar dan adakala perkataan-perkataan inimemang tidak ada dalam Kamus Bahasa Melayu. Perkataan-perkataaanini dikarang dan direka oleh penulis-penulis ini sendiri untuk tujuanmelariskan jualah majalah mereka dan akan mengelirukan penggunaanBahasa Malaysia. Apakah tindakan yang Kementerian akan ambil.

*7. Datuk Nurnikman Abdullah minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakan apakah langkah-langkah diambiloleh Kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur di Sabah.

*8. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Perusahaan Utamamenyatakan apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang akandiambil oleh Kerajaan untuk menunaikan permintaan daripadamemorandum yang dibentangkan kepada Kementeriannya oleh pengusahaperlombongan timah tempatan baru-baru ini.

*9. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan sama ada Kementeriannya bercadangmenganjurkan kelas-kelas Tadika di semua kampung baru di seluruhNegara dalam langk<<h memberi pendidikan yang sesuai kepada kanak-kanak supaya taraf pemikiran golongan muda dapat dipertimbangkan.

Page 3: Aumdr27041994

*10. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Kerja Rayamenyatakan:-

(a) berapakah jumlah peruntukkan yang telah dipohonoleh JKR Marudi, Baram dan yang diluluskanuntuk menggantikan dan menambah kelengkapanjentera-jentera dan alat-alat untuk kegunaanJabatan tersebut pada tahun 1994 ink;

(b) adakah pihak Kementerian dan Jabatan Kerja Rayaakan mengkaji semula keperluan setakat kni danpada masa hadapan untuk membina sebuah jenteraasfal konkrit (asphaltic Concrete plant) di Marudi.Jika tidak, mengapa; dan

(c) adakah Kementerian dan Jabatan Kerja Raya akanmenambah Kakitangan di Jabatan Kerja RayaMarudi. Kerana pada masa ini kakitangan yangbertugas di sini jauh tidak mencukupi. Jika tidak,mengapa.

*11. Tuan Hail Hamzah bin Mohd Zain minta Menteri PerpaduanNegara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:-

(a) takrif "Orang Ash", siapakah suku kaum atau puakyang tergolong dalamnya;

(b) jumlah dan lok^ si kumpulan tersebut; dan

(c) usaha bagi mengintegrasikan mereka ke dalammasyarakat Malaysia.

*12. Puan Hajah Ilani binti Dato' Hail Isahak minta MenteriPertahanan menyatakan Syarikat manakah yang dilantik menjadi pakarperunding dan broker pembelian senjata daripada Great Britainsebagaimana yang ditandatangani dalam Memorandum Persefahaman(MOU) barn-baru mi. Berapakah komisyen yang diperolehi oleh syarikatberkenaan dark urusniaga ink. Apakah syarikat itu milik Bumiputra.

*13. Tuan G. Palanivel minta Menteri Dalam Negeri menyatakanapakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementeriannya untukmengurangkan bilangan penagih-penagih dadah yang semakin meningkat diNegara kita. Mengikut Task Force Anti Dadah di bawah JabatanPerdana Menteri bilangan penagih dadah meningkat kepada 24,023 padatahun lalu.

*14. Tuan Hall Mahbud bin Haji Hashim minta Menteri Belia danSukan menyatakan apakah program-program latihan baru yangdiperkenalkan oleh Kementerian ini di Pusat-pusat Latihan Belia sejakpusat-pusat tersebut dinaikkan taraf menjadi Institut Kemahiran BeliaNegara.

Page 4: Aumdr27041994

*15. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haii Awang minta MenteriPertahanan menyatakan:-

(a) jumlah jet pejuang , helikopter dan lain-lainpesawat TUDM yang terlibat di dalam kemalangansehingga Mac 1994;

(b) hasil siasatan serta faktor-faktor utama berlakunyakemalangan tersebut;

(c) apakah rekomendasi (perakuan) yang telah dibuatoleh Pasukan Penyiasat bags mengelak berulangnyatragedi sedemikian.

*16. Tuan Joseph Voon Shin Choi minta Menteri Perumahan danKerajaan Tempatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untukmenyediakan rumah untuk setiap rakyat di Sabah menjelang tahun 2000.Jika ada, bilakah dan bagaimanakah Kerajaan melaksanakan.

*17. Tuan Haii Ibrahim bin Jendol minta Menteri Pendidikanmenyatakan:-

(a) apakah Kementerian berpuashati dengan pencapaianp^lajar Bumiputra bagi keputusan peperiksaanPMR, SPM, SPVM, STPM pada tahun lepasberbanding dengan pencapaian pelajar bukanBumiputera. Sila berikan perangkaan sebagaiperbandingan; dan

(b) jika pencapaian pelajar Bumiputra merosot,nyatdkan sebab-sebabnya dan apakah langkah-langkah untuk mengatasi keadaan mi.

*18. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Pendidikan menyatakanlangkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi kekurangantenaga pengajar di pusat-pusat pengajian tinggi di negara mi. Nyatakanjuga:

(a) sebab-sebab utama tenaga pengajar di pusat-pusatpengajian tinggi kian berkurangan;

(b) sama ada cadangan membenarkan para pengajar dipusat-pusat pengajian tinggi bekerja secarasambilan di luar akan menjejaskan mutu prestasipengajaran di pusat-pusat pengajian tinggi; dan

(c) samada Kerajaan bercadang mengimport tenagapenga jar yang mahir daripada luar negara untukmengisi kekosongan bagi jangka masa pendek.

*19. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pengangkutanmenyatakan:-

Page 5: Aumdr27041994

(a) adakah Kerajaan bercadang meminta K.T.M.B.membekal hidangan ringan kepada penumpang kelasdua dan bukan kepada kelas satu sahaja dan jugahidangan ini dibekal dua kali kepada penumpangdari Butterworth ke Singapura dan dari Singapurake Butterworth memandangkan tambang perjalananK.T.M agak tinggi dan kos hidangan ringan itumurah sahaja; dan

(b) adakah K.T.M.B. bercadang memperbaikiperkhidmatannya dalam aspek makanan, programT.V. dan pembekalan bahan-bahan membacamemandangkan perkhidmatan tersebut kurangmemuaskan lagi pada masa sekarang.

*20. Tuan Haii Abdul Hadi bin Haii Awang minta MenteriPendidikan menyatakan apakah penekanan -penekanan yang akan diberiterhadap cadangan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) 1971 (Pindaan 1975) dan juga cadangan untuk mewujudkan AktaUniversiti Swasta. Apakah persamaan -persamaan serta perbezaan-perbezaan di antara kedua-kedua akta tersebut.

*21. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Peneranganmenyatakan apakah Kementerian akan menghapuskan terus tayangan'Vision 4' (in house video) di hotel-hotel atau apakah Kementerian akanmembenarkan tayangan tersebut diteruskan untuk tontonan pihak-pihaktertentu dengan memperketatkan undang-undang dan syarat-syaratkawalan.

*22. Tuan Chian Heng Kai minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) adakah beliau sedar bahawa ramai ahli-ahliParlimen khasnya dari pihak pembangkang sukarmendapat peluang untuk memberi ucapan di DewanRakyat dalam masa perbahasan Belanjawan danTitah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Jika ya, apakah tindakan telahdiambil supaya wakil-wakil rakyat dapatmelafazkan hasrat rakyat dan sama ada PeraturanParlimen akan diubah supaya wakil-wakil rakyatyang tidak mempunyai peluang berucap di Dewanboleh menghantarkan teks ucapan mereka secarabertulis kepada Tuan Yang DiPertua, kemudianMenteri-menteri berkenaan boleh memberi jawapansemasa mereka menggulung. Jika tidak, mengapa;dan

(b) apakah Parlimen bercadang mendirikan satu sistemyang lebih adil supaya pertanyaan-pertanyaanmulut oleh semua Ahli Parlimen dapat dilayanlebih adil dalam susunan setiap harimemandangkan ramai ahli Parlimen berasa tidakpuas hati pada masa sekarang. Jika ya, apakahcadangannya; J ika tidak, mengapa.

Page 6: Aumdr27041994

*23. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) memandangkan kini terdapat begitu banyak kolejswasta yang menjalankan kursus berkembar(twinning courses ) bertahap universiti , adakahkolej-kolej swasta seperti ini dianggap sebagai'universiti di bawah Akta Universities andUniversitites College (UUCA) 1971;

(b) adakah pihak Kerajaan bercadang untukmengadakan suatu akta bagi menawar kolej-kolejswasta yang bukan universiti sebenarnya tetapimenjalankan kursus di mana ijazah-ijazah universitidi 'award' oleh universiti asing; dan

(c) adakah Kementerian menerima tawaran daripadauniversiti luar negeri yang bercadang untukmengadakan 'branch campus' di dalam negara kita.

(i) jika ada, sila kemukakan nama-namauniversiti berkenaan.

(ii) apakah sambutan atau pendirian olehpihak Kementerian terhadap cadangan'branch campus ' tersebut.

*24. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Menteri SumberManusia menyatakan:-

(a) apakah negara kita telah mencapai tahap gunatenaga penuh masa kini;

(b) apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasikekurangan guna tenaga manusia untuk jangkamasapanjang tanpa bergantung sepenuhnya kepada buruhasing; dan

(c) adakah masih terdapat belia-belia yang tidak mahubekerja dan berapa besarkah golongan tersebut.

*25. Dato ' Dr. Iamaludin bin Dato' Mohd . ]ariis mints MenteriPertahanan menyatakan:-

(a) ekoran program pemodenan Angkatan TenteraMalaysia (ATM) apakah ATM mampu menanganicabaran-cabaran di abad ke 21;

(b) apakah ancaman -ancaman keselamatan dart dalamdan luar negeri terhadap Malaysia setelahtamatnya perang dingin; dan

(c) sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Malaysiamelibatkan diri dalam Operasi PengamananPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Page 7: Aumdr27041994

*26. Twin Lim Hock Seng minta Menteri Kesihatan menyatakansyarat-syarat yang dikenakan kepada graduan dari Universiti negara asingsebelum mereka boleh membuka klinik sendiri atau menyertai pusatperubatan pakar persendirian. Sama ada syarat-syarat sedemikian jugadikenakan kepada doktor yang telah praktik beberapa tahun di negaraasing.

*27. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan samaada pihak Kerajaan sudah terima salinan deraf undang-undang Hududyang telah diumumkan oleh kerajaan PAS, negeri Kelantan dan jikasudah, reaksi Kerajaan terhadapnya.

*28. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Kewangan menyatakanapakah kesan baik dan kesan buruk kerana nilai Ring;it Malaysia susutberbanding dengan beberapa mata wang asing, dan sebutkansejauhmanakah kerugian yang dihadapi atas pengeksportan pengeluaranutama seperti petrol, gas, minyak sawit, getah, timah dan lain-lainproduk dan bilakah masa yang paling sesuai Bank Negara akan campurtangan untuk menyelamatkan nilai Ringgit Malaysia.

*29. Twin Haii Wan Mohd. ]amil bin Mahmood minta Menteri Beliadan Sukan menyatakan:-

(a) sejauh mana berbalahan antara Kerajaan Malaysiadengan akhbar dan firma British tidak menjejaskanprestasi dan kemeriahan Sukan Komanwel nanti;

(b) adakah mana-mana firma British terlibat dalampengendalian projek-projek yang ada kaftan denganSukan Komanwel. J ika ada apakah langkah-langkah memastikan segala-galanya berjalan lancar;dan

(c) langkah-langkah yang akan diambil supaya krisisMalaysia dengan Britain dan Australia tidakmengurangkan semangat dan penyertaan ahli-ahlisukan kedua-dua buah negara itu.

*30. Tuan Karpal Singh minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan akan butir-butir berkenaan dengan orang-orangyang telah ditipu oleh agen-agen perumahan tiruan (bogus) berkaitandengan rumah kos rendah dan sederhana di Taman Chempaka Sari diJalan Haji Sirat, Kiang. Sudahkah siasatan polis ke dalam skandaltersebut selesai, dan jika sudah, adakah sesiapa dituduh di Mahkamahsehingga kini. Adaka.h terdapat insiden yang sama rupanya di negara inidalam tempoh 5 tahun yang lalu. Jika ada, sila beri butir-butir lanjut.

*31. Dato' Oamaruz Zaman bin Haii Ismail minta MenteriPendidikan menyatakan:-

(a) mengapakah keruntuhan moral dan akhlak semakinmenjadi di kalangan pelajar-pelajar sekolahsekarang. Apakah tindakan Kementerian bagimembendung gejala-gejala seperti pelajar memukulguru, merokok, hamil, membuang anak, kumpulanharam, berjudi dan merosakkan harta benda tidakdibendung dengan segera; dan

Page 8: Aumdr27041994

(b) apakah peranan yang dijalankan antara guru-gurudan ibu bapa melalui persatuan PIBG danberjayakah persatuan ini dalam mewujudkan satukerjasama antara guru-guru dan ibu bapa dalammembentuk pembangunan moral anak-anak.

*32. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Kebudayaan , Keseniandan Pelancongan menyatakan sejauh manakah usaha-usaha oleh Kerajaandalam promosi melancong ke Malaysia telah memhawa hasil dari segilawatan oleh pelancong -pelancong asing. Apakah :. san-kesan positif diperingkat awal . sejak pelancaran Tahun Melawat Malaysia 1994 dan silaberikan sebab-sebab bagaimana lawatan oleh pelancong-pelancongdaripada negara jiran seperti Singapura telah mencatatkan kejatuhanyang begitu hebat.

*33. Tuan Haii Abd. Hamid bin Haii Abd. Rahman minta MenteriBelia dan Sukan menyatakan:-

(a) jumlah kes percabulan atlit-atlit wanita yang telahdilapurkan dan tindakan yang telah diambil olehKementerian terhadap individu - individu tersebut;dan

(b) apakah usaha -usaha Kementerian yang telahdiambil bagi membendung gejala tersebut.

*34. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Peneranganmenyatakan sama ada RTM dapat mempertimbang untuk menempatkansepasukan krew kamera di setiap bandar-bandar utama, seperti Sibu,Miri, Bintulu , Sarikei, Kapit , Limbang untuk meliputi berita -berita.Pada masa ini, hanya Kuching mempunyai khidmat krew kamera TV danharap maklum bahawa Sarawak adalah sebesar Semenanjung Malaysia(tidak termasuk Perlis ) dan setiap bahagian adalah sebesar negeri-negeridi Semenanjung Malaysia.

*35. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a) jumlah anggota tentera dan polis yang terlibatdalam operasi menentang pengepungan Penan diLong Mobui dalam tempoh September - November1993 dan jumlah Penan yang ditahan antaraSeptember - November 1993 dan di bawah tuduhanapa;

(b) sebab mengapa unit Cawangan Khas telahmenganggu masyarakat rumah panjang Ibansepanjang jalan Bintulu pada awal Januari 1994;dan

(c) sebab mengapa pihak polls seakan-akannayamelindungi kepentingan Austral Enterprises Berhaddan bukannya melindungi hak para petani Ibanterhadap tanah nenek moyang mereka.

Page 9: Aumdr27041994

*36. Than Shahidan bin Kassim minta Menteri Kebudayaan, Keseniandan Pelancongan menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untukmenggalakkan pelancong-pelancong berbelanja lebih di sini memandangkanhanya 21 peratus sahaja daripada perbelanjaan mereka digunakan untukmembeli belah, manakala 42 peratus lagi digunakan untuk penginapan.

*37. Dato ' Qamaruz Zaman bin Hail Ismail minta MenteriPendidikan menyatakan bagaimanakah pencapaian akademik pel ajar dibawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah/Menengah (KBSR/KBSM) sekarangjika dibandingkan dengan kurikulum yang lama. Mengapakah matapelajaran matematik masih lagi lemah di kalangan pelajar khususnyapelajar Melayu. dan apakah langkah Kementerian untuk mengatasimasalah mi.

*38. Tuan Won; Wing On minta Menteri Luar Negeri menyatakansama ada Pulau Sipadan yang terletak di antara Sabah (Malaysia) danKalimantan (Indonesia) telah mejadi apa yang dikatakan oleh majalahTHE FAR EASTERN ECONOMIC REVIEW "Isle of Contention" di antaraMalaysia dan Indonesia (17.3.1994). Jika ya, nyatakan langkah-langkahyang telah, sedang dan akan diambil untuk mempertahankan kedaulatanMalaysia.

*39. Tuan Hail Nik Abdullah bin Nik Arshad minta MenteriPertahanan menyatakan:-

(a) keterangan terperinci mengenai seorang anggotatentera Malaysia yang terbunuh di Somalia danbagaimana is terjadi;

(b) adakah benar kemalangan itu berlaku keranahendak menyelamat tentera Amerika. Jika benarapakah penghargaan yang Amerika beri kepadaMalbatt dan kepada keluarga tentera yangterbunuh dalam kejadian itu;

(c) apakah ganjaran yang pihak Malaysia sendiri berikepada keluarga tentera itu seperti balu bagimenjaga masa depan anak-anaknya; dan

(d) adakah Badan Kebajikan Isteri-isteri Tenteramengambil apa-apa langkah untuk mengurangkanbeban yang dipikul oleh balu dan keluargaberkenaan dan jika ada sila nyatakan.

*40. Tuan Hail Badruddin bin Amiruldin minta Menteri Kesihatanmenyatakan:-

(a) apakah langkah Kerajaan dalam membasmikeracunan makanan memandangkan kes ini semakinmeningkat, khususnya di Kedah di mana sebanyak472 kes berlaku pada tahun lalu; dan

(b) apakah tindakan segera yang di ambil ke ataspeniaga-peniaga yang mengabaikan kebersihan danmenghidangkan makanan dalam keadaan yang tidakbersih dan tercemar kepada orang ramai khususnyapenuntut-penuntut sekolah.

Page 10: Aumdr27041994

- 10 -

*41. Tuan Haii Nik Abdullah bin Nik Arshad minta MenteriPertahanan menyatakan:-

(a) jumlah tentera Malaysia yang berkhidmat dalampasukan PBB di luar negeri sekarang dan negaramana mereka berada;

(b) apakah jaminan keselamatan yang telah disediakanoleh pihak PBB dan langkah berjaga-jaga dartpihak Malbat sendiri.

(c) jumlah elaun harian dan bulanan untuk seorangtentera dan perincikan untuk pegawai dan tenterabias a;

(d) berapakah jumlah yang ditanggong oleh PBB danberapakah pula jumlah yang ditanggong olehMalaysia; dan

(e) apakah kebajikan yang diberikan kepada keluargamereka, isteri dan ibubapa jika ada.

*42. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Dalam Negeri menyatakankemajuan dan hasil siasatan polls terhadap dakwaan setengah-setengahpemilik rumah kos rendah di Blok A,B,C,D dan F di Taman Cheras,Kuala Lumpur bahawa pemaju telah menipu mereka berkaitan wang yangdibayar untuk memohon hakmilik strata dan cukai tanah. Juga sebutkanjumlah wang dipertikaikan sebagaimana yang ditemui oleh polis.

*43. Puan Rohani binti Abdul Karim minta Menteri PerpaduanNegara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan bilakah AktaKeganasan Rumahtangga akan dibentangkan dalam Parlimenmemandangkan meningkatnya kes-kes bersangkutan dengan keganasanterhadap wanita.

*44. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Pendidikan menyatakanperuntukan kewangan yang sebenarnya yang telah diserahkan kepadaSekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina di Sabah tahun ini, silaberikan jumlah untuk setiap sekolah, dan jumlah peruntukan yang belumdijelaskan yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk setiapsekolah.

*45. Datin Paduka Haiah Rakibah binti Abdul Manan minta MenteriTenaga, Telekom dan Pos menyatakan berapa kerapkah pemeriksaandijalankan kepada kilang, gedung perniagaan, bangunan mencakar langit,pawagam dan pusat hiburan dan hotel yang menggunakan tenaga elektrikyang tinggi sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan Elektrik.

*46. Tuan Ahmad Omar minta Menteri Kebudayaan, Kesenian danPelancongan menyatakan bagaimanakah usaha Kementerian bagimemperkenalkan 'package' pelancongan ke destinasi pelancongan menarikdi kawasan tanah tinggi (Mountain dan Hill Resorts) dan seterusnyasungai-sungai di negara mi. Nyatakan kejayaan dan potensinya.

Page 11: Aumdr27041994

- 11 -

*47. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Kewangan menyatakanbilangan dan kategori pihak yang mendapat pengecualian CukaiPendapatan 1967 dan berapakah taksiran hasil yang hilang oleh Kerajaanakibat pemberian pengecualian ini. Juga nyatakan jumlah pemohon yangditolak pengecualian dan sebab penolakan.

*48. Dato ' Haii Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta PerdanaMenteri menyatakan adakah Kerajaan Malaysia merancang supayamengadakan skuad penyelamat seperti yang didatangkan dari Jepun danPerancis ketika tragedi kondo runtuh di Taman Hiliview.

*49. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Kewangan menyatakansebab mengapa 28,000 orang pekerja bukan-eksekutif Telekom telahditolak peluang penyertaan mereka di dalam skim Option Saham Pekerja(ESOS) yang melibatkan sebanyak 29.5 juta saham Telekom,memandangkan pengedarannya telah dimonopolikan oleh 3,000 orangeksekutifnya, termasuk Pengerusi Eksekutif Telekom, Tan Sri RashdanBaba yang menerima sebanyak 300 lot untuk dirinya sendiri; danpertama, apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan28,000 orang pekerja bukan-eksekutif Telekom dilayan dengan adil;kedua, sama ada keadilan dilakukan ke atas tindakan pecah amanah dansalahguna kuasa di dalam perkara pengedaran saham ESOS in!.

*50. Wan Iunaidi bin Tuanku Iaafar minta Menteri Kewanganmenyatakan:-

(a) adakah Kementerian sedar yang Bank-bank danInstitusi Kewangan asing yang beroperasi diNegara ini telah menjual dan memindahmilik hartamereka sebelum Bank-bank dan Intitusi tersebutmenubuh Syarikat tempatan mereka. Sehubungandengan itu apakah garispanduan dan kawalseliaKementerian; dan

(b) kenapakah Bank-bank dan Institusi Kewanganbertindak untuk menjuaI dan memindahmilik hartamereka sebelum penubuhan tempatan dibuat.Adakah mereka tidak percaya kepada dasarkewangan Negara dan kawalselia dan jaminanundang-undang Negara atas harta dan pelaburanmereka.

*51. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Kebudayaan, Kesenian danPelancongan menyatakan prestasi sektor pelancongan yang terdapat diMalaysia berdasarkan:

(a) bilangan kemasukan pelancong asing pada tahun1993 dan 1994;

(b) bilangan bilik hotel di Malaysia dan bilanganperatusan penginapan di hotel pada tahun 1993 dan1994; dan

(c) bilangan peluang pekerjaan yang terdapat di hotelpada tahun 1993 dan 1994.

Page 12: Aumdr27041994

- 12 -

*52. Tuan Ishak bin Arshad minta Menteri Dalam Negerimenyatakan berhubung dengan kenyataan bahawa ada pemimpinpembangkang Malaysia menerima sogokan dari Perkhidmatan PerisikanSulit Australia (ASIS):

(a) siapakah mereka yang terlibat dan jumlah bantuanyang mereka terima;

(b) apakah tugas-tugas yang dipertanggungjawabkankepada mereka sebagai balasan dari sogokantersebut; dan

(c) apakah tindakan segera yang dibuat oleh Kerajaansebagai usaha menghadapi masalah tersebut.

*53. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan tempohtarikh akhir bag! pajakan menempatkan tapak pelupusan sampah DBKL diJalan Sungai Besi. Nyatakan juga tarikh yang ditetapkan bag!melaksanakan incinerator di tapak pelupusan sampah berkenaan.

*54. Than Ruhanie Haji Ahmad minta Menteri Luar Negerimenyatakan sama ada plhaknya telah mendapat kepastian bahawa kapalJepun AKATSUKI MARU yang mengangkut bahan nuklear sudah tidaklag! melalui Selat Melaka. Jika tidak , apakah perkembangan mutakhirmengenal kontroversi in!.

*55. Tuan Wong Sing Nang minta Menteri Dalam Negerimenyatakan:-

(a) jumlah pendatang haram di negara !ni dan jumlahyang teliti di setiap negeri ; dan

(b) apakah langkah yang diambil untuk mengatasinya.

*56. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan jumlahkutipan sewa rumah-rumah pangsa dan rumah-rumah kos rendah DBKLbagi tahun 1990, 1991, 1992 dan 1993 mengikut kawasan Parlimen:

(a) Seputeh;(b) Sunga! Besi;(c) Bukut Bintang;(d) Kepong;(e) Lembah Pantai;(f) Batu; dan(g) Titiwangsa.

*57. Than Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) apakah langkah yang akan diambil olehKementeriannya untuk memastikan pendatangharam dan pelarian ke Sabah dihantar balik kenegara asal mereka; dan

Page 13: Aumdr27041994

- 13 -

(b) sama ada benar bahawa Jabatan PendaftaranNegara telah menghantar pasukan mereka kekhemah balak, kilang dan ladang-ladang untukmembantu pendatang haram dan pelarian,memohon kad pengenalan biru dan jika benarnyatakan jumlah kad pengenalan biru yang telahpun dikeluarkan sehingga 31.3.1994.

*58. Dr. Tan Seng_ Giaw minta Menteri Pertanian menyatakanapakah pencapaian utama beliau menurut Dasar Pertanian Negara.Apakah kebaikan dan kelemahan pertanian tanahair. Bagaimanakelemahan-kelemahan tersebut dapat diatasi untuk mewujudkan pertanianmod en.

*59. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri DalamNegeri menyatakan:-

(a) keberkesanan Operasi Ops Nyah Fasa 11 baru-baruini;

(b) berapakah bilangan pendatang tanpa izin yangdapat diberkas, dan;

(c) bilangan mereka yang melarikan diri serta merekayang berjaya dihantar balik ke negara masing-masing.

*60. Than Wahab bin Suhaili minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) sebab-sebab mengapa nilai RM turun baru-baru inidan apakah kesan penurunan tersebut terhadapkestabilan ekonomi negara; dan

(b) apakah langkah-langkah yang akan diambil olehKerajaan agar kes penurunan RM ini tidak akanberlaku secara mendadak lagi.

*61. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Kerja Raya menyatakan:-

(a) sama ada semua projek di dalam projek bekalanair Antah-Biwater telah disiapkan denganmemuaskan;

(b) kos keseluruhan projek berkenaan dan jumlah kosberlebihan; dan

(c) sebab mengapa kontrak ini telah dikeluarkan tanpadiadakan tender terbuka dan sama ada ini adahubungannya dengan Memorandum PersefahamanRM5 billion antara Malaysia dan British.

Page 14: Aumdr27041994

- 14 -

*62. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) sama ada Perdana Menteri mengetahui bahawaJawatankuasa Akaun Awam Parlimen telahmembuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah(BPR) di atas penjualan pajakan 96 tahun 376hektar tanah utama di Bukit Kiara kepada KualaLumpur Golf and Country Club Sdn. Bhd., satusyarikat kuasaan Singapura; dan

(b) apakah perkembangan siasatan yang di jalankan olehBPR ke atas penjualan pajakan 96 tahun tanahBukit Kiara tersebut.

*63. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hasan minta Menteri Pendidikanmenyatakan mengenai pengedaran borang-borang permohonan ke PusatPengajian Tinggi melalui Pejabat Pos:

(a) adakah Kementerian sedar bahawa borang-borangtersebut yang diedarkan melalui Pejabat Pos cepathabis dan menafikan peluang calun-calun yangberkelayakan untuk memohon kerana tidak sempatmendapatkan borang; dan

(b) adakah Kementerian bercadang untuk mengubahcara pengedaran borang tersebut kepada suatucara yang lebih adil.

*64. Tuan Ahmad Nor minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan:-

(a) jumlah bilangan rumah kos rendah yang di dalamproses pembinaan bagi setiap negeri bags tahun1994/1995; dan

(b) kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti bagipembinaan rumah kos rendah bagi negeri PulauPinang dan amaun peruntukan yang telah dijanjikankepada Kerajaan Negeri.

*65. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Kewangan menyatakankeuntungan setiap tahun MAS sejak 1990 dan adakah kemerosotanprestasi kewangan merupakan sebab mengapa Malaysia HelicopterServices Sdn. Bhd mengambilalihnya serta:

(a) sebab Bank Negara menjual pegangan equitinyaseban;yak 32% dalam MAS;

(b) mengapakah MHS dipilih untuk membelinyamemandangkan is sebuah syarikat yang kecil danjumlah wang yang diterima dan keuntungan dariBank Negara ekoran penjualan sedemikian; dan

Page 15: Aumdr27041994

- 15 -

(c) adakah satu "tender terbuka" dijalankan untukmenjual pegangan equiti Bank Negara demimenjaminkan pulangan yang lebih besar kepadaBank Negara atau MAS.

*66. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Pertanian menyatakanapakah sistem kawalan untuk penggunaan racun-racun serangga dan herbauntuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan serta ubat-ubatan bagiternakan. Bagaimana racun-racun dan ubat-ubatan ini dapat dikenalpastiuntuk hasil-hasil tempatan dan import. Berapa kes kesalahan yang telahdikendalikan dalam sedekad ini.

If h.

Page 16: Aumdr27041994

- 16 -

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT

MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

1. Menteri di labatan Perdana Menteri dan Menteri

Undang-undang

*

* Rang Undang-undang Pilihanraya (Pindaan) 1994

Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawapada semua peringkat di Mesyuarat mi.

If h.

Page 17: Aumdr27041994

- 17 -

USUL URUSAN

1. Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa, dengan izin Tuan Yang di -Pertua di bawah PeraturanMesyuarat 90(1) Dewan dengan ini merentikan kuatkuasa PeraturanMesyuarat 77(1) bagi meluluskan usul di bawah Peraturan Mesyuarat77(3) iaitu berkaitan dengan perlantikan Pengerusi dan Naib PengerusiJawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Kelapan.

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 77(3) YB. Datuk Dr.Jamaludin Mohd . Jarjis (Ahli Bagi Kawasan Rompin) dan YB. Dato'Mohd . Zihin Haji Mohd . Hassan (Ahli Bagi Kawasan Larut) masing-masing dipilih menjadi Pengerusi dan Naib Pengerusi JawatankuasaKira-kira Wang Negara bagi Parlimen Kelapan.

2. (DR. 40/93) Rang Undang-undang Perhubungan Bacaan KaliPerusahaan (Pindaan) 1993 Yang Kedua

3. (DR. 9/94)

4. (DR. 3/94)

5. (DR. 4/94)

Rang Undang-undang Tabung AngkatanTentera (Pindaan) 1994

Rang Undang-undang Kawalan Padidan Beras 1994

Rang Undang-undang Lembaga Padidan Beras Negara (SyarikatPengganti) 1994

m

6. (DR. 5/94) Rang Undang-undang PerkapalanSaudagar (Pindaan) 1994 "

Page 18: Aumdr27041994

- 18 -

7. (DR. 6/94) Rang Undang-undang LembagaPembangunan Industri PembinaanMalaysia 1994

Bacaan KaliYang Kedua

8. (DR. 7/94) Rang Undang-undang KawalanHarga (Pindaan) 1994

9. (DR. 8/94) Rang Undang-undang PengangkutanJalan (Pindaan) 1994 m

10. (DR. 2/94) Rang Undang-undang PerbekalanTambahan ( 1993 dan 1994) 1994 Eli

DAN

Menteri Kewangan akan mencadangkan:

Bahawa Dewan in!, mengikut sub-seksyen 4(3) Akta KumpulanWang Pembangunan 1966 , membuat ketetapan bahawa wang tambahansebanyak Ringgit Malaysia enam ratus empat juta , lapan ratus saturibu, sembilan ratus lima puluh ( RM604 , 801,950) diperuntukkandaripada Kumpulanwang Pembangunan:

(1) bag! tahun kewangan 1993, untuk menampung sejumlahRinggit Malaysia tiga ratus tiga puluh juta , lapan ratusdua puluh sembilan ribu tiga ratus lapan puluh(RM330,829 ,380) bag ! Maksud-maksud dan Butiran-butiran(Projek-projek ) seperti yang dinyatakan dalam ruangpertama dan kedua penyata Anggaran PerbelanjaanPembangunan Tambahan Keempat 1993 yang dibentangkansebagai Kertas Perintah 8 Tahun 1994 dan yangdisenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran ( Projek -projek ) dalam ruang kesebelas dankeduabelas penyata tersebut; dan

(2) bag! tahun kewangan 1994, untuk menampung sejumlahR!nggit Malaysia dua ratus tujuh puluh tiga juta,sembilan ratus tujuh puluh dua ribu, lima ratus tujuhpuluh (RM273,972 , 570) bag ! Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek ) seperti yang dinyatakan dalamruang pertama dan kedua penyata Anggaran PerbelanjaanPembangunan Tambahan Pertama 1994 yang dibentangkansebaga! Kertas Perintah 9 Tahun 1994 dan yangdisenaraikan di sebelah Maksud -maksud dan Butiran-butiran ( Projek-projek ) dalam ruang kesebelas dankeduabelas penyata tersebut.

11. (DR . 11/94 ) Rang Undang-undang Kesalahan Bacaan KaliPilihanraya (Pindaan) Yang Kedua

Page 19: Aumdr27041994

- 19 -

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:

Bahawa Dewan in!, selaras dengan peruntukan Seksyen 8(3)(a)(iv) Akta Acara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetujusupaya Kerajaan Persekutuan melabur dalam Penang Port Sdn. Bhd.melalui penukaran pinjaman Kerajaan Persekutuan dengan SuruhanjayaPelabuhan Pulau Pinang sebanyak RM73.45 juta kepada ekuiti dalamPenang Port Sdn. Bhd.

13. Dr. Tan Seng Giaw akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan supaya mengambiltindakan yang berkesan termasuk penubuhan Suruhanjaya Diraja untukmenyiasat politik wang di semua peringkat memandangkanpermasalahan ini telah menjadi lebih serius.

14. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan:

Bahawa Dewan yang mulia ini membuat ketetapan mengutukpolitik wang dan lompat-melompat parti oleh wakil rakyat danmenggubal undang-undang untuk membenterasnya.

15. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan:

Bahawa Dewan yang mulia ini kesal dengan keenggananKerajaan Australia mengesahkan atau menjalankan siasatan ke atasdakwaan serius oleh media massa Australia bahawa wang sogokantelah diberikan kepada ahli-ahli parlimen UMNO sebagai pengintipyang merupakan perbuatan khianat dan tidak setiakawan oleh sebuahnegara jiran dan meminta Kerajaan Australia memberhentikan danmeminta maaf kalau dakwaan ini benar.

/f h.