b Ternakan2011BM

download b Ternakan2011BM

of 33

Transcript of b Ternakan2011BM

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    1/33

    1

    JABATAN PERANGKAAN MALAYSIABANCI EKONOMI 2011

    (BAGI TAHUN RUJUKAN 2010)PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK

    A. UMUM

    1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta inimenjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidakboleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuanakan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan

    menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikankerjasama.

    2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim 2010.Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan-pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengantahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam bulan daritahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan lewat diterima, sila berikan anggaran yangmunasabah.

    3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilikpertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini bolehbertindak bagi pihak pemilik.

    4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir .

    B. SKOP DAN LIPUTAN

    1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti ternakan di seluruh Malaysia.

    2. Ternakan ialah binatang-binatang atau unggas yang dipelihara untuk tujuan komersil, sara diri,pembiakbakaan dan rekreasi.

    Pengeluaran ternakan termasuk penternakan (ladang) dan pembiakan semua haiwan, kecuali

    haiwan akuatik.

    3. Unit pelapor bagi banci ini adalah pertubuhan. Pertubuhan ditakrifkan secara ideal sebagai satuunit ekonomi yang bergiat di bawah satu hak milik atau penguasaan tunggal iaitu di bawah satuentiti yang sah. Ia menjalankan satu jenis aktiviti ekonomi utama di satu tempat / lokasi fizikal.

    4. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah ibu pejabat, sila laporkan semua maklumat dalam soalselidik ini. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai akaun

    TERNAKAN

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    2/33

    2

    yang berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat dilaporkan di Soalan 16.1dan 16.1 di muka surat 30.

    C. SISTEM TERNAKAN:

    Fidlot - iaitu lembu/kambing dipelihara secara intensif dalam kandang untuk jangka masapemeliharaan selama 2 hingga 6 bulan dengan memberi makanan secukupnya sebelumianya dijual. Sistem ini juga dipanggil sistem penggemukan lembu/kambing dalam ladang.Padang ragut/ladang - iaitu satu kawasan yang ditanam rumput dan digunakan untukragutan ternakan. Sementara ladang ternakan merujuk kepada sistem pengurusanperladangan secara extensive yang mempunyai padang rumput, bangsal, tempat simpananternakan dan sebagainya.Integrasi lembu/kambing diternak atau dipelihara dengan cara bersistematik dalam ladangtanaman kekal seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya.Tradisional/lepas bebas pemeliharan ternakan secara lepas bebas di kawasan-kawasanrumah, kampung dan kawasan ladang berhampiran yang tidak bersistematik.Kandang rumah atau bangsal yang dibina untuk melindungi ternakan yang dipelihara.

    Antara ternakan yang biasa diternak dengan menggunakan sistem ini ialah kambing, bebiri,babi, ostrich dan rusa.Reban tertutup reban yang keseluruhan bahagiannya bertutup rapat kecuali dua bahagianuntuk udara keluar dan masuk dan pengudaraannya untuk tujuan mengawal suhu dankelembapan.Reban terbuka reban yang tidak mempunyai bahagian untuk udara keluar dan masukserta pengudaraannya tidak terkawal. Di antara ternakan yang biasa diternak denganmenggunakan sistem ini ialah ayam dan puyuh. Reban yang digunakan oleh orang kampunguntuk menternak ayam bagi tujuan sara diri termasuk dalam kategori ini.

    D. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK

    Soalan 1: Maklumat Pengenalan

    Perkara 1.1 Sila tanda kotak yang disediakan sekiranya pertubuhan tuan berdaftar denganSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau agensi kerajaan lain.

    Perkara 1.2 Sekiranya pertubuhan tuan berdaftar dengan SSM (ROB / ROC), sila isikan nomborpendaftaran pertubuhan / syarikat dalam kotak yang disediakan.

    Perkara 1.3 Sila tanda aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan tuan.

    Perkara 1.4 Tarikh permulaan aktiviti perlu dilaporkan mengikut format yang disediakan. Tarikh ini

    merujuk kepada bila pertubuhan tuan mula menjalankan aktiviti tersebut.

    Perkara 1.5 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu meliputisekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam tahun rujukan .

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    3/33

    3

    Contoh:

    (a) 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010

    (b) 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011

    Perkara 1.6 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.Pelaburan merujuk kepada pemegangan aset kewangan di luar negara oleh residen(individu, pertubuhan atau organisasi lain). Aset kewangan terdiri daripada pelaburandalam anak syarikat atau syarikat bersekutu, sekuriti ekuiti, sekuriti hutang, bon, unit

    amanah, kredit perdagangan, pemberian pinjaman, deposit, pemberian pendahuluandan aset lain.

    Perkara 1.7 Sila laporkan alamat lokasi aktiviti pertanian sekiranya berlainan daripada alamat yangdiberikan di muka hadapan.

    Perkara 1.8 Sila pastikan data yang dilapor dalam Soal Selidik ini hanya berkaitan denganpertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di dalamsoalan 1.8.Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

    Soalan 1A: Pegangan Dan Penggunaan Tanah Pertubuhan Pertanian Pada 31 Disember 2010

    Perkara 1.9 Sila tandakan jenis pegangan tanah pertubuhan tuan dalam kotak yang disediakan.Tuan hanya boleh tanda satu kotak sahaja.

    Perkara 1.9.1 Milik sendiri Merujuk kepada tanah yang dimiliki oleh pertubuhan tuan. Initidak termasuk tanah yang disewakan daripada orang lain atautanah yang disewakan kepada orang lain. Pertubuhan mestimempunyai hak pemilikan yang sah di mana membenarkanpemilik kepada pemegang yang sah untuk menentukanpenggunaan tanah tersebut.

    Perkara 1.9.2 Pajak / sewa daripada pihak lain Merujuk kepada tanah yang dipajak / sewa daripada orang lainkebiasaannya bagi sesuatu tempoh masa yang telah ditetapkandengan jumlah bayaran yang dipersetujui.

    TahunBulanHari

    Dari 0 10 1 2 0 1 0

    TahunBulanHari

    hingga 3 11 2 2 0 1 0

    TahunBulanHari

    Dari 0 1 0 7 2 0 1 0

    TahunBulanHari

    hingga 3 0 0 6 2 0 1

    1

    / / / /

    / / / /

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    4/33

    4

    Perkara 1.9.3 Milik sendiri dan pajak / sewa daripada pihak lainMerujuk kepada perkara 1.9.1 dan 1.9.2 yang digunakan dalamsatu masa yang sama. Contoh: jika pemilik ingin mengembangkanperniagaan selain daripada tanah sendiri, pemilik boleh pajaktanah daripada orang lain.

    Perkara 1.9.4 Lain-lain nyatakan Jenis pegangan tanah yang tidak terkelas seperti di atas.(Contoh: tanah Lesen Menduduki Sementara LMS, tanah negeridan sebagainya)

    Perkara 1.10 Sila nyatakan jumlah keluasan kawasan pertanian pertubuhan tuan.

    Ini termasuk:

    i. Tanah bukan pertanianii. Tanah yang dipajak/sewa daripada orang lain

    iii. Kawasan di daratan dan bukan di daratan (Akuakultur)

    Tidak termasuk tanah yang disewakan kepada orang lain

    Perkara 1.11 Sila laporkan pecahan tanah mengikut kegunaan

    Perkara 1.11.1 Tanah bukan untuk pengeluaran pertanian Merujuk kepada keluasan tanah yang digunakan bukan untuktujuan pengeluaran pertanian.

    Perkara 1.11.2 Tanah untuk pengeluaran / aktiviti pertanian Merujuk kepada keluasan tanah yang digunakan untuk tujuanpengeluaran pertanian mengikut aktiviti (sekiranya ada) seperti dibawah.

    i. Tanamanii. Ternakaniii. Akuakultur (di daratan)

    Perkara 1.11.3 Jumlah keluasan Akuakultur (bukan di daratan)Merujuk kepada jumlah keluasan akuakultur bukan di daratan.Contoh penternakan ikan air payau / masin.

    Perkara 1.12 Sistem SaliranSila nyatakan sama ada pertubuhan tuan menggunakan sistem pengairan dan salirandalam aktiviti pertanian yang dijalankan.

    Perkara 1.13 Kaedah TeknologiSila tandakan kaedah teknologi yang digunakan dan tanda dalam satu kotak sahaja.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    5/33

    5

    Soalan 2: Taraf Sah

    Perkara 2.1 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja

    (a) Hak Milik PerseoranganIa merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan danianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilikmempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.

    (b) PerkongsianIa merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untukmengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapatkeuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorangdaripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak. Perkongsianperniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orangdan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang.

    (c) Syarikat Sendirian BerhadIa merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untukmenjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan.Saham dipegang secara tertutup oleh pemegang pemegang saham yangmempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengantanggungan berhad.

    Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan ArtikelPersatuan sendiri, yang antara lain:

    i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;

    ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga limapuluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yangmasih menjadi ahli);

    iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa saham atau debentur syarikat itu; dan

    iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpanwang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untukdibayar bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak.

    (d) Syarikat Awam BerhadSyarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yangditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua oranguntuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan.Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka dan bagi sesebuahsyarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh bertukar miliksecara bebas. Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti yang sah danditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    6/33

    6

    (e) Syarikat KoperasiIa merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidakterhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yangada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.

    (f) Perbadanan AwamIa merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah AktaParlimen atau Dewan Perundangan Negeri. Contoh seperti dibawah:PetronasMaybankTelekom MalaysiaTenaga Nasional BerhadSime DarbyCIMBPeroduaUMWMedia Prima

    Proton

    (g) Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari KeuntunganIa merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengantanggungan berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhankebajikan, keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi danpertubuhan lain yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti kepadaisi rumah. Ia memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma atau padaharga yang tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan. Sebarangkeuntungan yang diperolehi dilabur semula ke dalam pertubuhan berkenaan.

    (h) Lain-lainIa merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-manakategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian bukan berhad.

    Perkara 2.2 Sila tanda (X) dalam kotak yang sesuai bagi yang menjawab (a), (b) atau (c)sahaja. Pertubuhan milikan wanita merujuk kepada pertubuhan sekurang-kurangnya 51peratus pemilikan ekuiti dipegang oleh wanita ATAU pemengang saham terbesaradalah wanita dan pertubuhan diuruskan oleh wanita ATAU Pengarah Urusan atauKetua Pengarah Eksekutif adalah wanita yang memiliki sekurang-kurangnya 10peratus ekuiti.

    Soalan 3: Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik

    Perkara 3.1 Dana pemegang saham:

    Perkara 3.1.1 Modal berbayarMasukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    7/33

    7

    (a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian,ia merujuk kepada modal yang disumbangkan oleh pemilikperseorangan atau rakan kongsi.

    (b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad,ia merujuk kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.

    (c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yangdibayar oleh kerajaan Malaysia.

    (d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilangganidan dibayar oleh anggota-anggota, dan / atau modal yuran.

    Perkara 3.1.2 RizabMasukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.

    (a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan ataukerugian yang terkumpul, rizab modal, akaun premiumsaham, rizab am, rizab tukaran mata wang asing danrizab lain.

    (b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian,ia merujuk kepada baki dalam akaun keuntungan dankerugian.

    (c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugianyang terkumpul dan dana rizab.

    Perkara 3.2 Struktur hak milikSila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar sepertipada 31 Disember 2010.

    Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modalberbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut tarafkewarganegaraan mereka.

    Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen MalaysiaResiden Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasilain yang lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masasekurang-kurangnya satu tahun. Residen Malaysia meliputi:

    Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan diMalaysia; danWarga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebihdaripada setahun.

    Perkara 3.2.1.1 Individu Jelas maksudnya.

    Perkara 3.2.1.2 Institusi / syarikat

    (a) BumiputeraMerujuk kepada badan atau organisasi yangdimiliki oleh Bumiputera, contohnya:Lembaga Tabung Haji

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    8/33

    8

    Lembaga Tabung Angkatan TenteraKoperasi PolisJabatan Koperasi

    ASM Mara Amanah Saham PNB

    (b) Bukan Bumiputra Merujuk kepada badan atau organisasi yangdimiliki oleh Bukan Bumiputera.

    Perkara 3.2.2 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan TempatanMerujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh KerajaanPersekutuan, Negeri atau Tempatan, contohnya:Khazanah Nasional BerhadKumpulan Wang Simpanan PekerjaKumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)Kementerian Kewangan Malaysia

    Keretapi Tanah MelayuBank Pertanian MalaysiaLembaga Air PerakYayasan Kemiskinan KelantanLembaga Pelabuhan JohorSuruhanjaya Pelabuhan Pulau PinangPerbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu SarawakUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Malaya (UM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Industri Selangor (UNISEL)Kementerian Kewangan Negeri SabahPenerbangan Malaysia BerhadPesuruhjaya Tanah PersekutuanMenteri Besar Incorporation

    Selangor State IncorporationSarawak Goverment Employee Co-operative Society LtdMajlis Amanah Rakyat (MARA)Bank Pembangunan& Infrastruktur Malaysia Bhd (PIMB)Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)Perbadanan Nasional Berhad (PNS)Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PerlisPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri KedahPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    9/33

    9

    Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PerakPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri SelangorPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri SembilanPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri MelakaPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri JohorPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri PahangPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri TerengganuPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri KelantanPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri SabahPerbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak

    Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen MalaysiaBukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atauorganisasi lain yang lazimnya tinggal atau terletak di negara lainselain Malaysia.Bukan residen Malaysia terdiri daripada:

    Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat

    induk di Malaysia; danRakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negaramelebihi setahun.

    Perkara 3.3 Jika modal berbayar pertubuhan tuan dipegang 51 peratus dan ke atas olehsyarikat/individu di luar nagara, secara langsung atau tidak langsung, silanyatakan negara syarikat induk muktamad.Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rentaian pemilikansyarikat yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan milikanekuiti dalam pertubuhan ini sebanyak 51 peratus atau lebih. Saham syarikat indukmuktamad adalah tidak dimiliki secara majoriti oleh syarikat lain.

    Negara merujuk kepada lokasi di mana syarikat induk muktamad menjalankan aktivitiekonomi/perniagaan.

    Contoh pemegangan secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat indukmuktamad dalam anak syarikat di Malaysia:

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    10/33

    10

    Contoh 1: Pemegangan secara langsung oleh syarikat induk di luar negara

    Jepun-------------------------------------------------------

    Contoh 2: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad diluar Negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di Malaysia

    USA--------------------------------------------------------

    Malaysia

    Parent Comp any (X)

    80%

    Responden Comp any (R)

    Negara syarikat induk muktamad: Jepun

    Ultimate Parent Company (X)

    80%

    Immediate Parent Company (B )Indirectly own ed 80%

    100%

    Respondent Comp any (R)

    Negara syarikat induk muktamad: USA

    Malaysia

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    11/33

    11

    Contoh 3 : Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad diluar negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di negaraasing lain.

    --------------------------------------------------------

    --------------------------------------------------------

    Soalan 4A: Perbelanjaan Modal Dan Nilai Harta (RM)

    i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:

    a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahunrujukan; dan

    b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.

    ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, mesin, jentera, kenderaan,komputer, dan sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayatproduktif lebih daripada setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakanoleh pertubuhan ini.

    iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja modal sedangdijalankan dan sebagainya.

    iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan (01), iaitu nilaisetelah mengambil kira susut nilai pada masa itu.

    v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itusama ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri. Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masihada yang memanjangkan lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi dayapengeluaran mereka, hendaklah dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraansemasa adalah dikecualikan.

    Ultimate Parent Com pany (X )

    80%

    Ind i rec t ly owned80%

    Immediate Parent Company (B)

    100%

    Respondent Comp any (R)

    Negara syarikat induk muktamad: USA

    USA

    Bermuda

    Malaysia

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    12/33

    12

    vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yangterlibat, iaitu pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuksebarang bayaran dan cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaaniaitu kos-kos berhubung dengan mengadakan kumpulan wang bagi membiayaipembelian harta seperti komisen kepada bank atau underwriter dan bayaran yangdikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang diperlukan.

    vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hakmilik yang sama, hendaklah dinilaikan seperti harta yang dibeli dari luarpertubuhan.

    viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai): Meliputi perolehan hartabaru termasuk harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta barudiperoleh untuk ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernahdigunakan di Malaysia, termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atauterpakai (ruangan 02).

    ix. Pembelian aset terpakai Malaysia: Semua harta yang dahulunya digunakandalam Malaysia termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuaisebelum pemilikan hendaklah dianggap sebagai terpakai (ruangan 03).

    x. Membuat / membina sendiri : Bagi harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhanini untuk kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun ituhendaklah direkodkan. Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja inihendaklah dimasukkan (ruangan 04).

    Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh.Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebutdisiapkan sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalahmerupakan asas merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai kerja yangdijalankan ke atas projek yang disempurnakan pada tahun rujukan, dicampurdengan nilai kerja yang masih dijalankan pada akhir tahun rujukan dan ditolak nilaikerja pada awal tahun rujukan.

    xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukantanpa mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yangdiperoleh di ruangan 05.

    xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta: Apabila

    sesuatu harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan/ kerugian daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untukmencerminkan harga pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripadapenilaian semula harta diperoleh juga hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis dalam kurungan atau bermuladengan simbol (-).

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    13/33

    13

    xiii. Susut nilai: Merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu hartadisebabkan oleh haus, lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran(susut nilai yang dibenarkan untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yangdilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-tiap kelas harta tetap hendaklahdilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan. Ini termasuk juga pelunasan(pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah sama denganperkara 8.14 Soalan 8.

    xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =+ nilai buku bersih awal tahun+ nilai harta yang diperoleh- harta yang dijual atau dilupuskeuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta- susut nilai semasa

    xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atasdasar pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.

    Jenis harta tetap adalah ditakrifkan seperti berikut:

    Perkara 4.1 Harta Tetap

    Perkara 4.1.1 Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kirapembangunan dan struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.

    Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:

    (a) Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalampembinaan bangunan, yang mana pada keseluruhannya atausebahagian besarnya terdiri daripada tempat kediaman.

    (b) Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukanbagi pembinaan bangunan dan struktur yang mana padakeseluruhannya atau sebahagian besarnya untuk kegunaanperindustrian, awam dan komersil misalnya kilang, gudang,bangunan pejabat, stor, restoran, garaj, kedai, hospital,sekolah dan sebagainya.

    (c) Binaan lain kecuali pembangunan tanah termasuk rumahhijau, kolam, kandang, jalan, landasan keretapi, parit,

    jambatan, pelabuhan, medan letak kereta, saluran paip dansebagainya.

    Perkara 4.1.3 Pembangunan tanah termasuk nilai kerja menebas, membersihtapak binaan serta landskap tetapi tidak termasuk nilai tanahsebelum pembangunan dibuat. Ia termasuk juga perbelanjaanterhadap pembersihan dan tebus guna tanah, tidak kira sama adaini akan memberi tambahan kepada keluasan tanah yang ada atautidak. Contoh tali air dan projek kawalan banjir, empangan danbenteng yang merupakan sebahagian daripada projek ini,

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    14/33

    14

    membersihkan dan menanam semula di kawasan kayu balak danhutan.

    Perkara 4.1.4 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yangdigunakan untuk pemindahan barangan dan / atau orang.

    Perkara 4.1.5 Komputer

    (a) Perkakasan komputerMerujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan,penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengansistem komputer.

    (b) Perisian komputerMerujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistemkomputer sama ada dibangunkan sendiri, ditempah khas ataudibeli.

    Perkara 4.1.6 Jentera dan kelengkapan termasuklah jentera penjanaan kuasa,mesin dan kelengkapan pejabat, milking machine , pemotongrumput, traktor, kren, forklift dan sebagainya, kontena tahan lama,peralatan dan perkakas yang digunakan oleh profesional dan

    jentera serta alat lain termasuk pengubahsuaian besar danpembaikan terhadap jentera dan peralatan jenis ini.

    Perkara 4.1.7 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yangdiperlukan bagi menghias dan melengkapkan sesebuah bangunancontohnya kerusi, meja, kain langsir, permaidani dan sebagainya.

    Perkara 4.2 Harta lain merupakan harta tak ketara.

    Perkara 4.2.1 Paten: Hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Patendirekodkan pada kos.

    Perkara 4.2.2 Muhibah: Wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dankesetiaan pelanggan yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaandibeli dengan harga melebihi nilai bersih harta, maka lebihan inidianggap sebagai muhibah.

    Perkara 4.2.3 Kerja modal sedang dijalankan: Ia merujuk kepada harta yang

    separuh siap dan masih belum dimodalkan.

    Perkara 4.2.4 Lain-Lain: Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain /perbelanjaanmodal, sekiranya ada, yang mungkin tidak dapatkelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan. Semua hartakewangan seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham)dikecualikan .

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    15/33

    15

    Soalan 4B: Perbelanjaan Modal Dan Pembangunan Untuk Stok Induk / Baka Dalam Tahun2010

    i. Stok induk / baka ternakan adalah ternakan yang mengeluarkan hasil berulang kali danmempunyai jangka hayat lebih dari setahun.

    a. Ternakan matang merujuk ternakan yang mencapai umur matang untuk membiak.b. Ternakan belum matang merujuk ternakan yang belum mencapai umur matang

    untuk membiak.

    ii. Pembelian baru merujuk kepada nilai pembelian stok induk / baka ternakan (matang ataubelum matang).

    iii. Perbelanjaan pembangunan stok induk / baka ternakan belum matang meliputi semuaperbelanjaan untuk pembangunan dan pembesaran induk / baka ternakan belum matang.Contoh pembersihan kandang, vaksin, makanan ternakan, upah dan sebagainya.

    iv. Stok induk / baka ternakan dijual / dilupuskan merujuk kepada nilai induk / baka ternakanyang telah dijual / dilupuskan ( contoh disebabkan serangan penyakit dan sebagainya)

    v. Sila senaraikan jenis ternakan sekiranya jenis tersebut tiada dalam senarai yang diberikan.

    UMUR DAN BAKA TERNAKAN YANG UTAMA DI MALAYSIA

    TERNAKANBELUM

    MATANGMATANG

    ANAK MUDA DEWASALEMBU PEDAGINGa) Lembu KK (Kedah-Kelantan)b) Lembu kacukan pedaging (Brahman)

    < 1 thn 1-3 thn >3 thn

    LEMBU TENUSUa) Lembu LID (tempatan)b) Lembu kacukan tenusu (Fresien/Jersey)

    < 1 thn 1-3 thn >3 thn

    KERBAUa) Kerbau sawahb) Kerbau Murrah

    < 1 thn 1-3 thn >3 thn

    KAMBING PEDAGING (Boer, Jamnapari)KAMBING TENUSU (Saanen)BEBIRI (Barbados Black Belly, Santa Innes)

    1 hari-3 bln > 3 bln-1 thn > 1 thn

    BABI Piglets1 hari-1 bln

    Weaners1-3 bln

    Porker3-6 bln

    Sow (betina) & Boa(jantan) > 6 bln

    AYAM PEDAGING AYAM PENELOR

    1 hari-35 hari1 hari-24 mgu

    > 35 hari6-18 bln

    Had umur bagi ayam pedaging 35 hari sh> 18 bln

    Sumber: Jabatan Veterinar Negeri Johor

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    16/33

    16

    Soalan 5: Pekerjaan Dan Gaji & upah

    A. Takrif amSoalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B (PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:

    i. Jumlah pekerja (kolum 01 hingga 13) Laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja,kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada kolum 01 hingga 13 pada bulanDisember tahun rujukan atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahunrujukan. Bilangan yang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti

    jangka pendek seperti cuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yangmogok. Pengarah syarikat korporat yang diberi bayaran hanya semata-mata keranakehadiran mereka dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti yangtempohnya tidak ditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencenhendaklah dikecualikan .Sila pastikan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul.

    ii. Gaji dan upah tahunan (kolum 18) Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebihmasa dan elaun tunai termasuk untuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanandan sebagainya) yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergajidalam setiap kategori. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung , laporkan

    jumlah bayaran yang dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerjakepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial ataukumpulan wang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikankepada kumpulan wang seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan .

    iii. Pekerja sepenuh masa Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan .

    iv. Pekerja sambilan Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurangdaripada 6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan .

    B. Takrif kategori pekerja

    Perkara 5.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktifTermasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh

    masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan ahlikeluarga pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan , melainkan mereka yangmengambil bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini. Kategori initidak berkaitan dengan syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana hakmiliknya adalah ditentukan mengikut pegangan ekuiti.

    Perkara 5.2 Pekerja keluarga tidak bergajiTermasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilikpertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    17/33

    17

    pertiga daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama adadengan wang tunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja inisememangnya mendapat makanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagaisebahagian daripada isi rumah pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak dipertubuhan tersebut.

    Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja keluargadan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain,mereka hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu hendaklahdilaporkan di dalam Soalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan 5.4 selaras dengantakrif pekerja sepenuh masa atau sambilan di atas.

    Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhadatau perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.

    Perkara 5.3 Pekerja (sepenuh masa)Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini dalam

    tahun rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara 5.2 di atas).Mereka yang bekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di bawahkawalan pertubuhan itu, seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan kakitanganpenyelenggaraan dan pembaikan bergerak hendaklah dimasukkan, jika ada.Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhankorporat yang bergaji kecuali jika mereka hanya menerima pembayaran semata-mata kerana hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua pekerja di atashendaklah dilaporkan mengikut kategori pekerja seperti takrifan di bawah:

    Perkara 5.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusandan mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi,merancang, menyusun dan mengarah dalam pentafsiran danpelaksanaan dasar. Tugas mereka melibatkan tanggungjawabpenyusunan keseluruhan organisasi atau untuk satu atau lebih

    jabatan di dalam sesebuah organisasi.

    Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankanpenyelidikan dan menggunakan secara profesional pengetahuandan kaedah saintifik terhadap pelbagai masalah teknologi,ekonomi, sosial, perindustrian dan kerajaan. Istilah di atas padaumumnya digunakan kepada mereka yang mempunyai kelayakanprofesional untuk menjalankan tugas-tugas mereka (contoh

    peguam, akauntan, jurutera).

    Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kuasa dantanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusansesuatu organisasi.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    18/33

    18

    Perkara 5.3.2 Juruteknik dan profesional bersekutuMereka yang di bawah juruteknik dan profesional bersekutu,antara lainnya, menjalankan kerja-kerja penyelidikan, teknikal dankawalan kualiti. Termasuk dalam kategori ini ialah mereka yangbiasanya bekerja di bawah arahan dan penyeliaan profesional(contoh juruteknik makmal, juruteknik kawalan kualiti, ketuafomen, mandur dan sebagainya). Mereka menyelia sesuatu ataupelbagai jenis kegiatan, contohnya kegiatan pengeluaran di dalamsesebuah pertubuhan. Mereka mengawal dan menyelaraskankegiatan pekerja di bawah seliaan mereka.

    Perkara 5.3.3 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitanPekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakanrekod kewangan dan kegiatan perniagaan lain termasukpengendalian wang bagi pihak pertubuhan itu dan pelanggannya,mencatat perkara lisan atau menulis dengan trengkas, menaipdan cara-cara lain. Termasuk dalam kategori ini ialah kerani,

    kerani akaun, jurutaip, jurutrengkas, pegawai khidmat pelanggan,setiausaha sulit, kerani stor dan jurujual.

    Perkara 5.3.4 Pekerjaan asasPekerja asas adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja amdan pelbagai tugas. Termasuk dalam kategori ini ialah pemandu,konduktor, operator telefon, pembantu pejabat, penghantar suratdan pengawal keselamatan.

    Perkara 5.3.5 Pekerja buruh pertanian diambil bekerja secara langsungKategori ini meliputi pekerja buruh pertanian sepenuh masa yangdiambil secara langsung dan tidak termasuk dalam kategori dibawah perkara 5.3.1 hingga 5.3.4. Ia termasuk pekerja yangterlibat secara langsung dalam aktiviti pertanian seperti merekayang terlibat dalam penanaman, penternakan, perikanan (awak-awak), orang yang terlibat dalam mengendali trak, vesel dan lain-lain alat jentera yang digunakan.

    Perkara 5.3.6 Pekerja diambil bekerja melalui kontraktor buruhKategori ini meliputi pekerja pertanian bergaji sepenuh masa yangdiambil melalui kontraktor buruh. Kontraktor buruh merujukkepada kontraktor yang membekalkan buruh sahaja kepadapertubuhan. Catatkan bilangan pekerja yang diambil melalui

    kontraktor buruh dan bukannya bilangan kontraktor buruh. Silalaporkan bayaran yang dibuat kepada kontraktor buruh ini (berikananggaran jika angka sebenar tidak diperoleh).

    Perkara 5.3.7 Jumlah Merujuk kepada jumlah bilangan pekerja bergaji secara sepenuhmasa dari 5.3.1 hingga 5.3.6

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    19/33

    19

    Perkara 5.4 Pekerja bergaji (sambilan)Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / ataukurang daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.

    Perkara 5.5 Pekerja di bawah subkontraktorMerujuk kepada mereka yang bekerja di bawah kontraktor yang dilantik olehpertubuhan tuan di mana bahan dan peralatan dibekalkan oleh kontraktor itu sendiri.Jumlah pekerja hendaklah diisi di Soalan 5.5 (A dan / atau B) dan nilai kerja kontrakdi Soalan 8.1.4

    Soalan 6: Bilangan Orang Yang Bekerja Mengikut Kelulusan

    i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:

    Perkara 6.1 PascasiswazahMerujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperolehdaripada institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).

    Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setarafMerujuk kepada peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusi pengajiantinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau profesionalyang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi dari ijazah juga diambil kira seperti ACCA,CIMA (perakaunan ), LLB (undang-undang) dan sebagainya.

    Perkara 6.3 Diploma atau yang setarafMerujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institut pengajian tinggi,politeknik, kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah. Demikian

    juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam bahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam ketegori ini.

    Perkara 6.4 STPM atau yang setarafMerujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE A Level atau luluspeperiksaan matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti / kolej yangdiiktiraf.

    Perkara 6.5 SPM / SPM(V) / Sijil Kemahiran Pertanian atau yang setarafMerujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setarafden gannya seperti GCE O Level, Sijil Kemahiran Pertanian dan sebagainya.

    Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)

    Merujuk kepada kelayakan-kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolahrendah atau di bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.

    ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategoriPerkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V).

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    20/33

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    21/33

    21

    Perkara 7.2 Pendapatan daripada aktiviti pertanian lainMerujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti pertanian lain yangdijalankan sepanjang tahun 2010.

    B. Pendapatan Am

    Perkara 7.3 Pendapatan daripada sewaMerujuk kepada jumlah nilai pendapatan yang diterima daripada hasil sewa hartayang di senaraikan dari perkara 7.3.1 hingga 7.3.6

    Perkara 7.4 Pendapatan daripada sewa tanahSewa tanah adalah merujuk kepada nilai yang diterima hasil daripada sewaan ataupajakan ke atas tanah (tidak termasuk sewa bangunan). Sekiranya pertubuhanmenyewakan tanah dan bangunan kepada pihak lain, nilai sewaan atau pajakantanah tidak dapat dipisahkan daripada bangunan maka ia hendaklah merujukkepada nilai tanah sekiranya nilai tanah lebih tinggi daripada bangunan atausebaliknya.

    Perkara 7.5 Pendapatan daripada agro pelancongan Merujuk kepada semua jenis pendapatan yang diperolehi hasil daripada aktivitiagro pelancongan yang dilakukan oleh pertubuhan.

    Contoh: Sekiranya pertubuhan menjalankan aktiviti ternakan dan pada masa yangsama mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung yang hendak melihatkawasan aktiviti (seperti bergambar atau membuat kajian) maka semuapendapatan daripada aktiviti ini hendaklah di laporkan.

    Perkara 7.6 Tuntutan dan pampasan diterimaMerujuk kepada tuntutan dan pampasan yang diterima daripada syarikat insurandan / atau pertubuhan / syarikat lain / perseorangan kerana kemalangan,kerosakan harta tetap, barangan atau harta lain.

    Perkara 7.7 Pemulihan hutang lapukMerujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepastetapi telah dipulihkan (hutang telah dibayar) pada tahun rujukan.

    Perkara 7.8 Pendapatan daripada f aedah Faedah adalah hasil yang diterima daripada simpanan wang yang disimpan diinstitusi kewangan atau bank.

    Perkara 7.9 Pendapatan daripada dividen Dividen merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham.

    Perkara 7.10 Nilai jualan barangan / bahan bukan pertanian yang dibeli untuk dijualsemula tanpa melalui proses selanjutnyaMerujuk kepada jualan barangan / bahan bukan pertanian yang dibeli untuk tujuandijual semula tanpa melalui proses selanjutnya sama ada jualan dalam bentukborong atau runcit.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    22/33

    22

    Perkara 7.11 Keuntungan daripada jualan / penilaian semula harta dan stok induk / bakaPendapatan di sini merupakan keuntungan daripada jualan atau penilaian semulaharta (contoh pertubuhan membeli sebuah premis untuk dijual semula).Keuntungan daripada jualan tersebut hendaklah dilaporkan di sini.

    Perkara 7.12 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing / aset kewangan Maklumat yang diperlukan merujuk kepada pendapatan / keuntungan daripadaurusniaga pertukaran wang asing. Contoh

    (a) Perniagaan wang: Pada 1 Januari 1997 kadar pertukaran wang ialah$US1=RM2.4 dan pada 1 Januari 2003 adalah $US1=RM3.8. Sekiranya pihaktuan membeli sebanyak $US1 juta pada 1 Januari 1997 dan menjualnya pada1 Januari 2003, ini bermakna pertubuhan mendapat keuntungan RM1.4 juta.

    (b) Sekiranya pertubuhan berkontrak membuat sesuatu barang dengan hargatetap US1 / unit dan kontrak tersebut berkuatkuasa dari tahun 1996 hingga2003, perbezaan pertukaran nilai $US kepada RM di sini adalah merupakan

    keuntungan untuk pertubuhan.

    Perkara 7.13 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterimaMerujuk kepada penerimaan yang diterima daripada pertubuhan lain tanpamenerima sebarang pulangan balik sama ada dari segi barangan, perkhidmatanatau aset.

    Perkara 7.14 Semua pendapatan lainMerujuk kepada pendapatan lain yang tidak boleh dikelaskan dalam perkara 7.1hingga perkara 7.13.

    Perkara 7.15 Jumlah pendapatan Merujuk kepada semua pendapatan daripada perkara 7.1 hingga perkara 7.14

    Perkara 7.16 Pindahan modal yang diterimaPindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusimemindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarangbarangan, perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.

    Perkara 7.17 Jumlah besarMerujuk kepada jumlah semua pendapatan daripada perkara 7.15 hingga 7.16

    Perkara 7.18 e-Dagang

    Merujuk kepada transaksi perdagangan sebarang jenis barangan danperkhidmatan melalui sesuatu rangkaian. Ia bermakna membeli dan menjualbarangan dan perkhidmatan melalui sesuatu rangkaian terbuka (contoh internet)atau sesuatu rangkaian tertutup (contoh AOL). Ia termasuk barang keluaran fizikal(barangan perkakasan) seperti bekalan pejabat dan barangan digital (baranganperisian) seperti perisian pendidikan. Perdagangan pertukaran mata wang asing,niaga hadapan, derivatif dan alat perdagangan kewangan lain dikecualikan .

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    23/33

    23

    Soalan 8: perbelanjaanData yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan, Untung& Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran yangmunasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

    A. Perbelanjaan Mengikut Aktiviti pertanian

    Perkara 8.1 Perbelanjaan untuk aktiviti ternakan

    Perkara 8.1.1 Kos bahan langsung yang digunakan dalam aktiviti ternakan

    Perkara ini termasuk semua kos bahan langsung yang digunakandalam aktiviti ternakan pada tahun rujukan untuk menghasilkanpengeluaran. (Tidak termasuk kos bahan langsung yangdilaporkan di Soalan 4B)

    Gunakan formula di atas untuk mengira kos bahan langsung yangdigunakan.

    Perkara 8.1.2 Kos anak ternakan bukan bakaMerujuk kepada nilai kos anak ternakan bukan baka yang dibeli(contoh anak ayam / itik)

    Perkara 8.1.3 Kos barangan / bahan / produk berkaitan dengan aktivititernakan yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui prosesselanjutnya Merujuk kepada jumlah kos barangan / bahan / produk yang dibeliuntuk dijual semula dalam keadaan yang sama seperti dibelitanpa melalui proses selanjutnya sama ada jualan semula ituadalah jualan borong atau jualan runcit. (contoh lembu dan ayamdan sebagainya).

    Perkara 8.1.4 Jumlah bayaran ke atas kerja-kerja ternakan yang dibuat olehpertubuhan lain (subkontrak)

    Merujuk kepada jumlah bayaran ke atas kerja-kerja ternakan yangdibuat oleh pihak lain. Ia berkaitan dengan kerja yang dibuat olehpihak lain ke atas kerja-kerja kontrak untuk pertubuhan ini.

    Perkara 8.2 Perbelanjaan untuk aktiviti pertanian lain (tanaman / perikanan)Laporkan perbelanjaan lain sekiranya pertubuhan ini menjalankan aktiviti selainternakan.

    Kos Bahan langsung = Belian Pemulangan

    + Stok Awal Stok Akhir

    + Bayaran pengangkutan

    + Cukai dan Duti

    + Insurans

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    24/33

    24

    B. Perbelanjaan Am

    Perkara 8.3 Bahan dan bekas pembungkus yang digunakan (tidak termasuk kos bahanlangsung dalam Soalan 14)Merujuk kepada perbelanjaan ke atas bahan dan bekas pembungkus yangdigunakan dalam tahun rujukan.

    Perkara 8.4 Bahan yang digunakan bagi pembaikan dan penyelenggaraanMerujuk kepada nilai dibayar bagi pembaikan dan penyelenggaraan.

    Perkara 8.5 Alat tulis dan bekalan pejabat yang digunakanMerujuk kepada nilai yang dibayar untuk pembelian alat tulis dan bekalan pejabatyang digunakan.

    Perkara 8.6 Air yang dibeliMerujuk kepada bayaran air yang dibeli. Jika bayaran ini telah dicampurkandengan tenaga elektrik, sila beri anggaran mengikut bil air bulanan.

    Perkara 8.7 Tenaga elektrik yang dibeliMerujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. Jika bayaran ini telahdicampurkan dengan air, sila beri anggaran mengikut bil tenaga elektrik bulanan.

    Perkara 8.8 Bahan pembakar, pelincir dan gas yang digunakanMerujuk kepada nilai bahan pembakar, pelincir dan gas yang digunakan padatahun rujukan, (contoh petrol, minyak diesel, bahan pembakar lain, minyak pelincir,gris, gas petroleum cecair dan sebagainya).

    Perkara 8.9 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan semasa yang dibuat oleh pihaklain bagi harta tetap pertubuhan iniMerujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yangdibuat oleh orang lain ke atas harta tetap pertubuhan ini (contoh. bangunan, alatpengangkutan, jentera dan kelengkapan serta perabot dan pemasangan).

    Perkara 8.10 Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P)Perbelanjaan yang terlibat dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (P&P).P&P ialah kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan dan produk baru danpenyelidikan pada kebolehan perlaksanaan secara komersial bagi penemuan-penemuan baru. Jumlah perbelanjaan untuk latihan kakitangan tidak termasuk disini.

    Perkara 8.11 Bayaran terhadap perkhidmatan bukan industri pertanianMerujuk kepada bayaran-bayaran bukan industri pertanian yang dilakukan olehpertubuhan tuan. Sila nyatakan bayaran-bayaran yang dilakukan untuk perkara dibawah:

    (a) Pengangkutan barangan (pengangkutan keluar)Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengangkutan barangandaripada hasil pengeluaran pertanian dan / atau pemindahan harta tetap. Iatidak termasuk bayaran untuk pengangkutan bahan langsung dan bahan

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    25/33

    25

    pembakar (kos bahan langsung yang digunakan dalam aktiviti ternakan) dan8.8 (bahan pembakar, pelincir dan gas) yang bersesuaian.

    (b) Perbelanjaan perjalananMerujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja untuk menjalankantugas rasmi di luar pejabat seperti perjalanan, penginapan, makan, bil petrol /disel, bayaran letak kereta dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

    (c) Bayaran perakaunan, audit dan kesetiausahaanMerujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan perakaunan, pengauditan,simpan kira-kira, perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan.

    (d) Perbelanjaan pengiklanan dan promosi Merujuk kepada bayaran untuk iklan / promosi barangan, perkhidmatan dannama pertubuhan melalui media seperti surat khabar, televisyen, radio,internet atau media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.

    (e) Bayaran guaman Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilandan dokumentasi.

    (f) Bayaran profesionalMerujuk kepada bayaran untuk profesional yang disediakan oleh pihak lain.Ia meliputi perkhidmatan seperti khidmat nasihat daripada JabatanPertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar, pakar runding, juruukurdan perkhidmatan lain yang berkaitan.

    (g) Bayaran pengurusan Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakanoleh pertubuhan / pihak lain untuk pengurusan perancangan, organisasi, kosprojek dan tenaga manusia.

    (h) Komisen dan bayaran agensi Merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain/ individu / ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakanperkhidmatan untuk pertubuhan tuan.

    (i) Bayaran telekomunikasiMerujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi. Perkhidmatantelekomunikasi meliputi transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui

    telefon, internet, telegram, kabel, penyiaran, satelit, mel elektronik, faksimilidan sebagainya.

    (j) Bayaran pos Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos dan kurier. Perkhidmatanpos dan kurier meliputi pengambilan, pengangkutan dan penyerahan surat,surat khabar, majalah berkala dan bahan bercetak lain, bungkusan oleh PosMalaysia Berhad dan operator lain. Termasuk juga perkhidmatan kaunterpejabat pos dan sewaan peti surat.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    26/33

    26

    (k) Bayaran bankMerujuk kepada bayaran bank untuk perkhidmatan kewangan yangdisedikan oleh institusi kewangan seperti bank. Contoh-contoh untukbayaran bank ialah bayaran buku cek, bayaran perkhidmatan untuk drafbank, surat kredit, komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.

    (l) Premium insurans dibayar ke atas bangunan, jentera, alatpengangkutan dan baranganMerujuk kepada premium insurans yang dibayar oleh pertubuhan ke atasbangunan, jentera, alat pengangkutan dan barangan (tidak termasukinsurans pampasan pekerja).

    (m) Bayaran sewa (tidak termasuk bayaran bagi sewa tanah) Merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan / premis, jenteradan kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain tetapi tidak termasukbayaran sewa tanah.

    (n) Lain-lainSila laporkan butiran dalam ruangan yang disediakan bagi bayaran yangtelah dibuat ke atas perkhidmatan bukan pertanian yang lain yang tidakterkelas dalam mana-mana perkara 8.11 (a) hingga (m). Contoh keraian, bio-keselamatan dan sebagainya.

    Perkara 8.12 Bayaran sewa tanahMerujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan ataupajakan ke atas tanah pihak lain.

    Perkara 8.13 Perbelanjaan ke atas agro pelancongan Merujuk kepada perbelanjaan ke atas agro perlancongan yang dijalankan.

    Perkara 8.14 Susut nilai semasaMerujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta tetap akibat haus danlusuh, kemerosotan dan kian menjadi usang. Ia termasuk pelunasan tahunan keatas tanah pajakan.

    Perkara 8.15 Bayaran faedah Merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yangdiambil oleh pertubuhan daripada institusi kewangan seperti bank pada kadarfaedah yang telah ditentukan.

    Perkara 8.16 Bayaran royalti kepada:

    (a) KerajaanMerujuk kepada bayaran yang dibuat kepada kerajaan melalui Pejabat Tanahuntuk mineral, bahan batuan, pasir dan tanah liat yang diambil oleh pemilikpertubuhan yang membuat batu-bata.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    27/33

    27

    (b) Swasta : Pelesenan TeknologiMerujuk kepada bayaran yang dibuat kepada orang perseorangan ataupertubuhan lain bagi lesen teknologi.

    (c) Swasta : lain-lainMerujuk kepada bayaran yang dibuat kepada orang perseorangan ataupertubuhan lain bagi lain-lain tujuan pengeluaran oleh pertubuhan tersebut.

    Perkara 8.17 Cukai tidak langsung:

    (a) Cukai jualanMerujuk kepada cukai yang dibayar oleh pengguna bagi barangan yangdikenakan cukai.

    (b) Cukai eksportMerujuk kepada cukai yang dibayar apabila sesuatu barang dieksport keluaruntuk kegunaan sendiri atau pembentukan modal sendiri.

    (c) Ses penyelidikanMerujuk kepada bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada pertubuhan keatas hasil penyelidikan yang dijalankan.

    (d) Cukai tanah dan cukai pintuMerujuk kepada cukai pintu ke atas bangunan yang dikutip oleh pihakberkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran danbayaran cukai ke atas tanah yang dikutip oleh Pejabat Daerah dan Tanah.

    (e) Cukai jalanMerujuk kepada cukai jalan yang dibayar kepada Jabatan PengangkutanJalan untuk kenderaan bermotor.

    (f) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem, permit dansebagainyaMerujuk kepada bayaran pendaftaran perniagaan untuk hak milikperseorangan dan perkongsian yang dikutip oleh Pendaftar Perniagaan, dutisetem untuk dokumen perjanjian / kontrak dan duti hiburan untuk aktivitiperniagaan hiburan. Ia termasuk juga bayaran pendaftaran untuk syarikat dankoperasi.

    Perkara 8.18 Kos barangan / bahan yang dijual (barangan / bahan bukan pertanian yang

    dibeli untuk dijual semula tanpa melalui proses selanjutnya) Merujuk kepada semua pembayaran ke atas pembelian barangan / bahan bukanpertanian yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui apa-apa prosesselanjutnya. Pembayaran ini tidak termasuk bayaran kos pengangkutan.

    Perkara 8.19 Kerugian pertukaran mata wang asing / aset kewangan Sila rujuk kepada perkara 7.12 di Soalan 7.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    28/33

    28

    Perkara 8.20 Kerugian dari jualan / penilaian semula harta dan stok induk / bakaMerujuk kepada kerugian daripada jualan atau penilaian semula harta dan stokinduk / baka, seperti menjual sebuah premis dengan harga yang lebih rendah dariharga belian. Nilai kerugian hendaklah dilaporkan di sini.

    Perkara 8.21 Hutang lapuk dihapuskanMerujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.

    Perkara 8.22 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda dansebagainyaMerujuk kepada pemberian yang dilakukan oleh satu institusi kepada institusi laintanpa menerima sebarang pulangan balik sama ada dari segi barangan,perkhidmatan atau aset.

    Perkara 8.23 Perbelanjaan lainSila laporkan butiran dalam ruangan yang disediakan di bawah perbelanjaan lainyang tidak dapat dikelaskan dalam mana-mana perkara 8.1 hingga perkara 8.22.

    Perkara 8.24 Kos pekerjaanMaklumat kos pekerjaan adalah merujuk kepada perkara a hingga g. Kospekerjaan adalah bermaksud upah yang dibayar dalam bentuk tunai atau manfaatkepada pekerja / kakitangan atas tugas yang dilaksanakan dalam tempoh rujukan.

    (a) Gaji & upah dibayar Laporkan semua bayaran gaji & upah termasuk elaun, bonus, komisen, danbayaran lebih masa. Masukkan juga bayaran yang dibuat kepada pengarahyang bekerja. Laporkan pembayaran-pembayaran yang dibuat di sepanjangtahun takwin dan bukannya pembayaran yang dibuat hanya pada tempoh gajiterakhir tahun rujukan. Jumlah bayaran yang dibuat kepada kontraktor-kontraktor buruh seperti yang dilaporkan di dalam perkara 5.3.6 soalan 5A dan5B hendaklah juga dimasukkan dalam perkara ini.

    (b) Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian Bayaran yang dibayar oleh majikan secara langsung kepada pekerja apabilamereka bersara atau dihentikan kerja.

    (c) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja bergaji

    Rawatan perubatan percumaLaporkan nilai yang dibayar kepada pekerja / kakitangan untuk rawatan

    perubatan termasuk subsidi.

    Lain-lain seperti makanan percuma, tempat tinggal percuma dansebagainyaLaporkan nilai yang dibayar ke atas makanan dan tempat tinggal yangdisediakan secara percuma untuk kakitangan / pekerja. Nilai ini jugatermasuk nilai subsidi.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    29/33

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    30/33

    30

    Perkara 8.27 Perbelanjaan pajakan kewanganIa adalah bayaran yang diuruskan melalui pajakan kewangan. Sesuatu pajakankewangan ialah kontrak di antara pemajak dan pemberi pajak di mana pemberipajak membeli harta untuk kegunaan pemajak dan pemajak berkontrak membayarbayaran sewa-beli supaya pemberi pajak boleh mendapat balik semua kostermasuk faedah dalam tempoh kontrak yang ditetapkan. Pajakan kewangan bolehdibezakan dengan semua risiko dan pulangan pemilikan adalah de-facto, dipindah daripada pemilik sah barangan (pemberi pajak) kepada pengguna barangan itu(pemajak).

    Perkara 8.28 Dividen yang perlu dibayar Merujuk kepada pendapatan daripada pemilikan saham dan dibayar kepadapemegang saham. Semua dividen yang direkodkan dalam penyata akaun padatarikh penutup, sama ada yang akan dibayar atau telah dibayar pada tahun rujukanhendaklah dimasukkan.

    Perkara 8.29 Cukai langsung (contoh cukai syarikat) yang telah dibayar atau perlu dibayar

    Cukai yang telah dibayar dan perlu dibayar oleh pihak tuan kepada Lembaga HasilDalam Negeri seperti cukai syarikat bagi pertubuhan yang berdaftar sebagaiSyarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Berhad dan cukai pendapatan yang perludibayar bagi Pemilik Individu yang bekerja dan Rakan niaga yang aktif pada tahunrujukan.

    Perkara 8.30 Jumlah besarMerujuk kepada semua perbelanjaan daripada perkara 8.25 hingga perkara 8.29

    Perkara 8.31 e-DagangMerujuk kepada transaksi perdagangan sebarang jenis barangan danperkhidmatan melalui sesuatu rangkaian. Ia bermakna membeli dan menjualbarangan dan perkhidmatan melalui sesuatu rangkaian terbuka (contoh internet)atau sesuatu rangkaian yang tertutup (contoh AOL). Ia termasuk barang keluaranfizikal (barangan perkakasan) seperti bekalan pejabat, dan barangan digital(barangan perisian) seperti perisian pendidikan. Perdagangan pertukaran matawang asing, niaga hadapan, derivatif dan alat perdagangan kewangan laindikecualikan.

    Soalan 9: Nilai Stok

    Nilai stok yang dimiliki oleh pertubuhan hendaklah dilaporkan pada permulaan dan akhir tahunrujukan.

    (a) Bahan langsung perikanan, pembakar, bekalan dan bahan pembungkus Meliputi semua bahan komponen dan sebagainya yang digunakan dalam keluaran, seperti bahanpembakar, bekalan pembaikan dan penyelenggaraan, bekalan pejabat, pembungkus danbekalan lain. Sementara itu bahan yang telah dibekalkan oleh pertubuhan kepada pihak lain bagisesuatu kerja memproses hendaklah dimasukkan. Manakala bahan yang diterima olehpertubuhan tersebut daripada pertubuhan lain untuk diproses hendaklah diasingkan. Nilai stokatau bahan yang digunakan untuk pengeluaran harta tetap, jika ada hendaklah dimasukkan.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    31/33

    31

    (b) Stok hasil ternakan (tidak termasuk stok induk / baka)Merujuk kepada stok hasil ternakan pada tahun rujukan tidak termasuk stok induk/ baka.

    (c) Barangan dalam proses dan stok barangan siap (pembuatan sendiri)Barangan dalam proses merujuk kepada nilai barang yang sebahagiannya diproses oleh kilang.Dalam erti kata lain, barang separa siap termasuk kerja-kerja yang sedang dijalankan meliputibahan dalam proses pengeluaran tetapi masih memerlukan proses selanjutnya.Stok barangan siap merujuk kepada barang siap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini. Barangsiap yang dibuat oleh pertubuhan lain daripada bahan mentah yang dibekalkan oleh pertubuhanini hendaklah dimasukkan walaupun masih dipegang oleh pertubuhan lain. Barang siap yangdiproses daripada bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan lain hendaklah dikecualikan walaupundipegang oleh pertubuhan ini.

    (d) Barangan yang dibeli untuk dijual semula (stok untuk barangan ternakan dan bukanternakan) Laporkan nilai stok barang yang dibeli dengan tujuan untuk dijual semula.

    (e) Jumlah Merujuk kepada jumlah nilai perkara (a) hingga perkara (d).

    Soalan 10: Keuntungan / Kerugian Sebelum CukaiLaporkan nilai keuntungan / kerugian sebelum cukai yang dicatatkan oleh pertubuhan bagi tahunsemasa dan tahun sebelumnya.

    Soalan 11: Bilangan Ternakan Dan Stok Induk / Baka Seperti Pada 31 Disember 2010Sila laporkan bilangan stok induk / baka ternakan dan jumlah keseluruhan ternakan. Sekiranya jenisternakan tidak terdapat dalam senarai, sila senaraikan diruang yang telah disediakan. Jumlah iniperlu diasingkan mengikut stok induk / baka matang dan belum matang.

    Soalan 12: Pendapatan Daripada Aktiviti Pertanian Lain Dalam Tahun 2010Sila senaraikan jenis aktiviti pertanian lain yang dijalankan oleh pertubuhan ini. Sekiranya terdapattransaksi jualan dalam tahun rujukan, sila laporkan kuantiti yang dijual dan nilai jualan dalam RinggitMalaysia.

    Soalan 13A: Pengeluaran Dan Jualan Mengikut Jenis TernakanSoalan ini berkaitan dengan pengeluaran dan jualan mengikut jenis ternakan. Sila senaraikan jenisternakan sekiranya tidak terdapat dalam senarai yang diberikan. Sila rujuk kod sistem ternakan yangdiberikan bagi setiap jenis ternakan. Laporkan jumlah ternakan (tidak termasuk stok induk / baka).Sekiranya terdapat transaksi jualan dalam tahun rujukan, nyatakan bilangan, berat (tan metrik)dan nilai jualan. Catatkan peratusan eksport dari nilai jualan bagi tahun rujukan 2010 dan seterusnya

    laporkan nilai kerugian / kerosakan yang dilapor oleh pertubuhan. Nilai stok yang dimiliki pada awaldan akhir tahun perlu dilaporkan juga.

    Contoh sistem ternakan :Kod Sistem Ternakan

    1 Fidlot2 Padang ragut / ladang3 Integrasi

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    32/33

    32

    4 Tradisional / lepas bebas5 Kandang6 Reban tertutup7 Reban terbuka8 Lain-lain

    Soalan 13B: Pengeluaran Dan Jualan Mengikut Jenis Hasil TernakanSoalan ini berkaitan dengan pengeluaran dan jualan mengikut jenis hasil ternakan. Sila senaraikan

    jenis hasil ternakan sekiranya tidak terdapat dalam senarai yang diberikan. Laporkan hasil jumlahternakan (tidak termasuk stok induk / baka). Sekiranya terdapat transaksi jualan dalam tahunrujukan, nyatakan kuantiti dan nilai jualan. Catatkan peratusan eksport dari nilai jualan bagi tahunrujukan 2010 dan seterusnya laporkan nilai kerugian / kerosakan yang dilapor oleh pertubuhan. Nilaistok yang dimiliki pada awal dan akhir tahun perlu dilaporkan juga.

    Soalan 14: Kos Bahan Langsung Yang Digunakan(a) Laporkan kos bahan yang digunakan secara langsung sama ada dalam negeri atau diimport

    dalam proses pengeluaran hasil pertanian pada tahun rujukan. Laporkan semua bahan

    langsung mengikut unit yang digunakan. Bahan langsung yang tidak disenaraikan dilaporkandi bawah nilai bahan lain yang digunakan. Nilai bahan lain ini tidak boleh melebihi 10%daripada jumlah kos bahan langsung yang digunakan.

    (b) Bahan-bahan yang dibeli untuk dijual semula tidak perlu dimasukkan.

    (c) Bahan-bahan yang digunakan untuk pengeluaran harta tetap bagi kegunaan pihak sendirihendaklah dimasukkan.

    (d) Nilai bahan yang digunakan hendaklah kos barang-barang yang dibeli oleh pertubuhantolak diskaun dan pulangan iaitu hendaklah termasuk stok awal tolak stok akhir, bayaranpengangkutan, cukai dan duti yang dibayar ke atas bahan-bahan dan bayaran insurans. Kosini meliputi keseluruhan perbelanjaan bahan langsung yang digunakan dalam aktivititernakan.

    (e) Semua butir yang dilaporkan dalam soalan ini hendaklah berkaitan dengan bahan-bahan danbekalan yang digunakan sepanjang tahun rujukan. Bahan-bahan yang dibeli pada tahunrujukan atau sebelumnya tetapi tidak digunakan hendaklah diasingkan.

    (f) Sila laporkan peratus kos bahan langsung yang digunakan bagi stok induk / baka ternakanyang belum matang.

    Soalan 15: Butiran Kerja Yang DisubkontrakkanSila senaraikan semua kontrktor yang dilantik oleh pertubuhan tuan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti

    ternakan pada tahun rujukan. Maklumat yang perlu dimasukkan adalah nombor pendaftaran syarikat,nama syarikat / kontraktor, alamat penuh, nombor telefon, jenis kerja dan nilai kontrak.

    Soalan 16: Maklumat Tambahan Ke atas Ibu Pejabat / CawanganSekiranya pertubuhan ini merupakan Ibu Pejabat, sila laporkan bilangan cawangan mengikut negeribeserta dengan nilai jualan cawangan tersebut. Bagi pertubuhan / syarikat yang mempunyai akaundisatukan, sila anggarkan nilai jualan mengikut negeri.

  • 8/11/2019 b Ternakan2011BM

    33/33

    PANDUAN BAGI SEKSYEN

    Seksyen A - Kemudahan PembiayaanSila laporkan tujuan dan sumber utama pembiayaan kewangan dan kesulitan yang dihadapi untukmemperolehi pinjaman.

    Seksyen B - InovasiSila laporkan maklumat berkaitan akreditasi yang diperoleh contoh, ISO, HACCP dan sebagainya.

    Seksyen C- Pemasaran dan PromosiSila laporkan jenis pemasaran dan promosi yang diusahakan oleh pertubuhan tuan seperti iklan, risalahdan sebagainya.

    Seksyen D - Import dan EksportSila laporkan jumlah import dan eksport bagi barangan dan perkhidmatan.

    Seksyen E - Penggunaan ICT

    Sila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan tuan dalam tempoh laporan.

    Seksyen F - Pematuhan Alam SekitarSila laporkan jumlah perbelanjaan pematuhan alam sekitar yang ditanggung oleh pertubuhan tuan dalamtempoh laporan.