Bab 1 Hubungan Etnik

48
1 SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK 3 Kredit

description

sadn1043

Transcript of Bab 1 Hubungan Etnik

  • *SADN 1043

    HUBUNGAN ETNIK 3 Kredit

  • *Pengajar

    Encik Mohd Syuja Saedin

    [email protected]

  • *Sinopsis KursusKonsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik di Malaysia.Konsep hubungan etnik drp perspektif Islam.Masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia.Hubungan budaya dan etnik di Malaysia dan Asia.

  • *Objektif KursusPendedahan terhadap pluraliti budaya masyarakat dan kumpulan etnik.Kefahaman mengenai permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian hubungan etnik.Kefahaman dan kesedaran tentang konsep Islam Hadhari dan hubungan etnik.

  • *Penilaian Kursus

    Perkara%TarikhTugasan20%Pertemuan 2(Ogos 2010)Kehadiran (Kuiz)5%Pertemuan 2 & 4Peperiksaan Pertengahan Sem25%Pertemuan 3Peperiksaan Akhir50%Pertemuan 5

  • *KANDUNGANBAB 1 Konsep-Konsep Asas Hubungan EtnikBAB 2 Masyarakat Malaysia dalam SejarahBAB 3 Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaBAB 4 Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan etnik di MalaysiaBAB 5 Cabaran terhadap Hubungan Etnik di Malaysia dan Global

  • *KANDUNGANBAB 6 Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaBAB 7 Islam Hadhari dan Hubungan EtnikBAB 8 Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi

  • *BAB PERTAMA

    KONSEP-KONSEP ASASHUBUNGANETNIK

  • *

  • *Hubungan etnik mempunyai konsep asasnya yang tersendiri. Perkara utama ialah tentang definisi dan asal-usul manusia, definisi dan kemunculan etnik, definisi kemunculan dan ciri masyarakat dan konsep kebudayaan, sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan.PENGENALAN

  • *MANUSIADalam bahasa Melayu, manusia berasal dari bahasa Sanskrit. Manu membawa maksud berfikiran dan berakal budi (Ismail Yusof, 2003: 37). Kamus Dewan mendefinisikan manusia sebagai insan dan makhluk yang mempunyai akal (T.Iskandar, 1970: 714).

  • *MANUSIADalam bahasa Inggeris human berasal perkataan Latin humo yang membawa erti yang dilahirkan dari tanah.

    Human akhirnya membawa maksud sebagai manusia yang boleh berfikir dan berkreativiti (Collins, 1983: 263).

  • *MANUSIA DALAM AL-QURANins, al-insan, an-nas dan al-basyar digunakan. Ia membawa maksud sebagai sejenis haiwan yang boleh berfikir dan bertutur.

  • *MANUSIA DALAM AL-QURANAl-Quran menjelaskan bahawa perkataan al-insan dan an-nas berasal dari perkataan nasiya yang memberi erti lupa. Inilah salah satu sifat manusia yang ada pada setiap individu iaitu sifat terlalu terlupa. Sifat ini pertama kalinya dimiliki oleh Adam a.s. apabila baginda sendiri terlupa terhadap janjinya dengan Allah SWT iaitu tidak memakan buah khuldi.

  • *ASAL USUL MANUSIA Pakar sosiologi Barat seperti Charles Darwin (1802-1889) dan Jean Baptiste Come de Lamarck (1749-1829).

    Manusia berasal dari monyet.

    Teori ini nampaknya begitu berpengaruh di Eropah dalam abad ke-19M, awal abad ke-20M dan kian merosot dalam alaf baru ini.

  • *ASAL USUL MANUSIABukanlah satu perkara yang baru malah telah terlebih dahulu diperkenalkan oleh ahli-ahli falsafah Greek seperti Aristotle dalam abad ke 4, 5 dan 6 S.M.

    ii. Teori evolusi mulai luntur dan menjadi lapuk apabila pakar sains Barat sendiri menyanggah tentang kebenaran teori evolusi ini kerana tidak bersifat saintifik dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya.

  • *ASAL USUL MANUSIAIa lebih bersifat ideologi bukan fakta apabila berjaya diperalatkan oleh golongan anti agama dan anti ketuhanan seperti Karl Marx

    ii.Ayat al-Quran yang bermaksud: Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada tuhanmu (Allah) yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam) dan daripadanya pula Allah menciptakan isterinya (Hawa). daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak (Surah al Nisaa 4: 1) .

  • *ETNIK DEFINISI ETNIK Perkataan etnik berasal daripada perkataan Inggeris iaitu ethnic. Kamus Collins Gem English Dictionary mendefinisikannya sebagai ras (race).

    Ilmu yang mengkaji berkaitan dengan etnik dikenali sebagai ethnology. (Klasifikasi manusia berasaskan faktor sosial dan kebudayaan).

    Kajian berkaitan hubungan etnik dengan faktor geografi dankependudukan dikenali sebagai ethnography .

  • *KEMUNCULAN ETNIK Klasifikasi Kroeber (1948) membahagikan manusia kepada empat etnik utama:Caucasoid yang terdiri daripada Nordik, Alpine, Meditterranean, Armenia, Arab, Iran dan India.

    (ii) Mongoloid yang terdiri daripada Asiatic Mongoloid, Malayan Mongoloid, American Mongoloid.

    (iii) Negroid mengandungi African Negroid, Negrito, Malanesian.

    (iv) Etnik-etnik yang tidak dapat diklasifikasikan seperti Bushman, Veddoid, Austroloid, Polenesia dan Ainu.

  • *Klasifikasi etnik berdasarkan kepada pembahagian geografi dipelopori oleh Garn (1961) dan Coon (1962) yang membahagikan manusia kepada beberapa kategori etnik:

    (i) Amerindian(ii) Micronesia

    (iii) Malanesian-Papuan(iv) Australian

    (v) Asiatik(vi) India

    (vii) European (viii) African

  • *ETNIK DALAM ISLAM Kepelbagaian Etnik adalah Sunnatullah

    Bermatlamat untuk Berkenalan, Penghormatan dan Perpaduan

    Orang Yang Paling Baik ialah Yang Bertaqwa (dekat dengan Allah/Tuhan)

  • *MASYARAKAT DEFINISI MASYARAKAT Kamus Dewan bermaksud kumpulan manusia yang bergaul, hidup bersama dan hidup bermasyarakat.

    Dalam bahasa Inggeris dua perkataan yang digunakan iaitu society dan community. Society membawa maksud hidup bersama dengan orang lain. Community pula membawa maksud kumpulan individu yang hidup bersama dan mempunyai nilai bersama. (Colins)

    Dalam bahasa Arab perkataan masyarakat berasal dari akar katasyaraka, yusyariku, musyarakatan membawa maksud bersekutu, berkongsi dan sebagainya. Ia membawa maksud hidup bersama dan bermasyarakat.

  • *Perkataan lain yang digunakan dalam bahasa Arab ialah mujtama dari akar kata jamaa, yajamiu, jaman yang membawa erti sebagai kumpulan, kehidupan, pergaulan dan masyarakat. (Idris al-Marbawi)Pada keseluruhannya definisi perkataan masyarakat memperlihatkan keseragaman dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab sebagai perkongsian, persatuan, perkumpulan, usahasama dan pergaulan.

  • * Dari segi istilah, masyarakat seperti yang dijelaskan oleh Kuncaraningrat sebagai kelompok terbesar dari makhluk-makhluk manusia yang hidup terjaring dalam satu kebudayaan (Sidi Gazalba, 1986:5).

    Linton mendefinisikan masyarakat sebagai kelompok manusia yang telah cukup lama hidup dan berkerja-sama sehingga mereka dapat mengorganisasikan diri mereka dan berfikir tentang diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu.

  • *

    Roucek dan Waren mendefinisikan masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubungan secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama.

    Lyson pula mendefinisikan masyarakat sebagai bentuk-bentuk pergaulan hidup keluarga, suku, etnik, bangsa, jemaah agama, persyarikatan dan sebagainya. Tiga perkara yang ditekankan oleh beliau dalam memberikan definisi masyarakat adalah:

    i.Sebutan jenisii.Lingkungan masyarakatiii.Semua kesatuan sosial.

  • *Dua perkara yang ditekankan oleh Drs. Sidi Gazalba ketika memberikan definisi masyarakat dari segi istilah adalah:

    (i) Interaksi manusia dengan manusia, hidup berkelompok dan di dalam masyarakat yang teratur.

    (ii) Pemeliharaan interaksi yang teratur dalam kelompok

  • *Lyson pula melihat dari aspek suasana masyarakat, kerana menurut beliau masyarakat dipengaruhi oleh tiga suasana:

    (i) Pengaruh alam ke atas kehidupan masyarakat

    (ii) Pengaruh manusia ke atas alam sekitar

    (iii) Pengaruh manusia ke atas manusia

  • *KEMUNCULAN MASYARAKATAhli antropologi, sosiologi dan arkeologi bersetuju bahawa manusia alami proses evolusi.

    Fiedrichcist mengatakan bahawa masyarakat berkembang melalui lima peringkat iaitu:Analisis berdasarkan kpd kegiatan ekonomi.(i) Berburu dan memancing.(ii) Menternak.(iii) Bertani.(iv) Bertani dan berkejiranan.(v) Bertani, berkejiranan dan berniaga.* (Penggunaan sumber alam, wang tunai & institusi perbankan)

  • *Tweedie membahagikan peringkat perkembangan masyarakat kepada lima tahap:

    (i) Zaman Batu Lama (Old Stone Age).

    (ii) Zaman Batu Pertengahan (Middle Stone Age).

    (iii) Zaman Batu Baru (New Stone Age).

    (iv) Zaman Gangsa (Bronze Age).

    (v) Zaman Besi (Iron Age).

  • *(i) Zaman Batu Lama (Old Stone Age).Negara kita telah diduduki oleh manusia seawal 40 000 tahun laluBuktinya penemuan tengkorak budak lelaki di Gua Niah yang berusia lebih kurang 40 000 tahun lalu

    Zaman PurbaZaman Palaelithic (Zaman Batu Awal)Bermula 500, 000 atau 400,000 tahun yang silam.Tinggal di dalam guaMemburu dan memungut hasil hutanGuna alat-alat batu yang kasar dan ringkasKuala Tampan, Gua Niah dan Tingkayu

  • *(ii) Zaman Batu Pertengahan (Middle Stone Age).Zaman Mesolithic (Zaman Batu Tengah)Bermula 25,000 tahun lalu atau 10, 000 hg 4,000 tahun laluMasih tinggal di dalam gua tetapi ada yang tinggal di tebing sungai dan tasikSemakin maju, gunakan api utk memasak dan mula bercucuk tanamGuna alat-alat batu yang lebih halus buatannyaPandai membuat tembikarGua Cha, Gua Kecil, Guar Kepah, Gua Madai dan Jenderam Hilir

  • *(iii) Zaman Batu Baru (New Stone Age).

    Zaman Neolithic (Zaman Batu Baru)Bermula 5000 tahun laluMasih guna alat-alat batu tetapi buatannya lebih sempurnaMula menternak binatangMendirikan rumah berdekatan dgn guaMula berhubung dengan masyarakat tempat lainMengadakan hubungan perdaganganMula mencipta dan menggunakan alat perhiasanGua Madai, Gua Gamantang, Gua Tengkorak dan Gua Niah

  • *(iv) Zaman Gangsa (Bronze Age).Bertambah maju dan bertamadunMenggunakan alat diperbuat drp gangsa seperti dulang, loceng dll

  • *(v) Zaman Besi (Iron Age).

    Bermula 1,000 hg 700 s.m.Penduduk semakin ramaiMembuat petempatan di kawasan lapang terutama berhampiran sungaiMula menggunakan alat-alat logam termasuk perhiasan yg bermutu tinggiKehidupan lebih teratur dan tinggal menetapMempunyai adat resam yang tersusunSungai Langat, Sungai Muar dan Sungai Tembeling

  • *Al Farabi pula berpendapat masyarakat adalah mereka yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam segala bidang kehidupan.Mereka sentiasa tolong-menolong dan sifat ini akhirnya menjadikanmanusia hidup berkelompok.Pada peringkat permulaan kehidupan manusia ini, tiga perkara penting menjadi asas kehidupan mereka iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Keperluan kepada tiga unsur ini menyebabkan sesebuah masyarakat itu akan terbentuk dari empat kumpulan dan inilah yang dijelaskan sebagai masyarakat desa:

    (i) Petani.(ii) Pembuat rumah.

    (iii) Penenun kain.(iv) Pembuat kasut.

  • *Tetapi apabila sesebuah masyarakat itu semakin berkembang, empat kumpulan lain diperlukan. lnilah yang dikatakan sebagai masyarakat kota:

    (i) Tukang kayu.(ii) Tukang besi.

    (iii) Saudagar.(iv) Peniaga runcit.Ibnu Khaldun mengatakan oleh kerana lemahnya individu manusia, maka ia memerlukan hidup berkelompok agar dapat tolong-menolong dan bergotong-royong dalam menyempurnakan keperluan mereka secara kolektif.

  • *CIRI MASYARAKAT Brownel menyenaraikan lima ciri masyarakat:

    Kelompok-kelompok jiran

    (ii) Kelompok itu menyeluruh

    (iii) Ia terbendung dalam kelompok berkerjasama

    (iv) Mempunyai perasaan kasih

    (v) Kelompok yang kecil

  • *KEBUDAYAAN DEFINISI KEBUDAYAANKamus al Munjid Fi al Lughah wa al Alam menjelaskan bahawa perkataan al thaqafah.Kamus Collins Gem English Dictionary menjelaskan bahawa perkataan culture.

  • *KEBUDAYAAN Kamus Dewan menjelaskan bahawa perkataan kebudayaan berasal dari empat suku kata iaitu ke, budi, daya dan an. Kesimpulannya, kebudayaan ialah cara hidup dan pencapaian manusia dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang meliputi ilmu pengetahuan, falsafah, teknologi, ekonomi, politik, kesenian, bahasa, kesusasteraan dan sebagainya.

  • *Unsur Budaya Kebudayaan sejagat

    (b) Aktiviti kebudayaan

    (c) Kompleks unsur-unsur

    (d) Unsur-unsur tret kebudayaan

    (e) Faktor pengaruhi kebudayaan

    (f) Perubahan kebudayaan

    (g) Peminjaman kebudayaan

    (h) Sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan

  • *Unsur Budayaa) Kebudayaan Sejagat1. Herskovits (1948), ada 4 unsur ;

    Alat teknologiSistem ekonomiKeluargaKekuasaan politik

  • *Unsur Budaya a) Kebudayaan Sejagat

    2. Kluckhohn (1953), ada 7 unsur ;

    Peralatan dan kelengkapan hidup manusia. Mata pencarian dan sistem ekonomi. Sistem sosial.Bahasa.Kesenian.Pengetahuan.Agama.

  • *Unsur Budaya c) Kompleks Unsur-unsur

    Sistem pemilikan tanah, teknik menanam, membajak dll.

    d) Unsur-unsur tret kebudayaan

    - Simbol, identiti atau ciri sesuatu budayaCth ; berjabat tangan, baju cheongsam, kebaya dll.

  • *Unsur Budaya e) Faktor pengaruhi kebudayaani- Persekitaranii-Bangsa dan etnikiii- Psikologiiv- Ekonomi

    f) Perubahan Kebudayaani- Dalaman cth ; idea dan konsep.ii- Luaran cth; pakaian dan bahasa.

  • *Unsur Budaya(g) Peminjaman kebudayaan

    Difusi penyebaran dan pemindahan unsur-unsur dari satu kebudayaan ke dalam kebudayaan lainAkulturasi percantuman dua kebudayaan atau lebihAsimilasi penyesuaian sesuatu kebudayaan dengan kebudayaan lain

  • *akulturasi

  • *amalgamasi

  • *(h) Sikap terhadap kepelbagaian kebudayaanEtnosentrisme (Superiority Complex)Xenocentrisme (Inferiority Complex)Relativisme nilai budaya adalah berubah-ubah.