BAB 1 PENGENALAN -...

56
- 1 - BAB 1 PENGENALAN 1.1 Objektif Laporan ini dikemukakan untuk membentangkan hasil penemuan penyiasatan terperinci susulan yang dijalankan untuk mengetahui punca-punca kegagalan tiang tingkat bawah unit rumah 4-1-12 di Blok 4, Flat Taman Jaya, Skudai, Johor dan mengemukakan cadangan mengenai tahap kekukuhan dan keselamatan bangunan Blok 4 berkenaan. 1.2 Latar Belakang Bangunan Blok 4 ini adalah salah satu daripada beberapa buah bangunan flat 4- tingkat kos rendah di Taman Jaya, Skudai, Johor Bahru, Johor. Bangunan flat Taman Jaya ini dibina oleh pemaju swasta di bawah pengawasan Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MDJBT). Pembinaan bangunan ini dimulakan pada awal 1980-an dan mula digunakan pada tahun 1985. Setiap flat menempatkan 64 unit rumah kediaman. Keseluruhan bangunan ini dibina menggunakan struktur konkrit bertetulang dan asas bangunan adalah menggunakan cerucuk kayu (timber pile). Pada awal bulan Disember 2005, satu tiang di dalam rumah bernombor 4-1-12 di tingkat bawah Blok 4 telah gagal dan mengalami keretakan yang serius. Satu laporan penyiasatan telah dikeluarkan pada Mei 2006 yang membentangkan hasil penemuan penyiasatan awalan mengenai punca-punca kegagalan tianag tersebut. Di atas arahan jawatankuasa penyiasatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor, satu lagi penyiasatan terperinci susulan telah dijalankan pada bulan November 2006 untuk menentusahkan punca kegagalan tiang tersebut dan mengemukakan cadangan mengenai tahap kekukuhan dan keselamatan keseluruhan bangunan Blok 4 berkenaan.

Transcript of BAB 1 PENGENALAN -...

- 1 -

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Objektif

Laporan ini dikemukakan untuk membentangkan hasil penemuan penyiasatan

terperinci susulan yang dijalankan untuk mengetahui punca-punca kegagalan

tiang tingkat bawah unit rumah 4-1-12 di Blok 4, Flat Taman Jaya, Skudai, Johor

dan mengemukakan cadangan mengenai tahap kekukuhan dan keselamatan

bangunan Blok 4 berkenaan.

1.2 Latar Belakang

Bangunan Blok 4 ini adalah salah satu daripada beberapa buah bangunan flat 4-

tingkat kos rendah di Taman Jaya, Skudai, Johor Bahru, Johor. Bangunan flat

Taman Jaya ini dibina oleh pemaju swasta di bawah pengawasan Majlis Daerah

Johor Bahru Tengah (MDJBT). Pembinaan bangunan ini dimulakan pada awal

1980-an dan mula digunakan pada tahun 1985. Setiap flat menempatkan 64 unit

rumah kediaman. Keseluruhan bangunan ini dibina menggunakan struktur konkrit

bertetulang dan asas bangunan adalah menggunakan cerucuk kayu (timber pile).

Pada awal bulan Disember 2005, satu tiang di dalam rumah bernombor 4-1-12 di

tingkat bawah Blok 4 telah gagal dan mengalami keretakan yang serius. Satu

laporan penyiasatan telah dikeluarkan pada Mei 2006 yang membentangkan hasil

penemuan penyiasatan awalan mengenai punca-punca kegagalan tianag tersebut.

Di atas arahan jawatankuasa penyiasatan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri

Johor, satu lagi penyiasatan terperinci susulan telah dijalankan pada bulan

November 2006 untuk menentusahkan punca kegagalan tiang tersebut dan

mengemukakan cadangan mengenai tahap kekukuhan dan keselamatan

keseluruhan bangunan Blok 4 berkenaan.

- 2 -

1.3 Skop Penyiasatan

Skop penyiasatan adalah seperti berikut ;

(a) Menentukan punca kegagalan tiang tingkat bawah.

(b) Menilai tahap kekukuhan dan keselamatan struktur bangunan.

(c) Mencadangkan langkah pembaikan akibat kesan keretakan tiang tingkat

bawah.

1.4 Metodologi Penyiasatan

Metodologi penyiasatan ke atas kegagalan tiang terdiri daripada beberapa

peringkat iaitu ;

(a) Penyiasatan tapak (pemeriksaan mata kasar sekitar tapak bangunan)

(b) Pensampelan, pemantauan, ujian di tapak dan ujian bahan

(c) Analisis struktur, analisis geoteknik dan semakan rekabentuk struktur

(d) Pengesahan kekukuhan struktur bangunan sedia ada

1.5 Penyiasatan Tapak

Pemeriksaan terperinci di tapak dijalankan untuk mendapatkan mekanisme

kegagalan tiang dan mengenalpasti kesan kerosakan pada struktur bangunan.

1.6 Pensampelan Dan Ujian Bahan

Beberapa ujian di tapak dijalankan pada bangunan tersebut. Sampel-sampel tanah,

besi tetulang dan konkrit juga diambil dari tapak dan dihantar ke makmal untuk

diuji. Ujian yang dibuat adalah untuk mendapatkan maklumat berikut ;

- 3 -

(a) Kekuatan dan keadaan semasa konkrit

(b) Kekuatan semasa besi tetulang

(c) Tahap pengaratan besi tetulang

(d) Jenis dan keadaan tanah

(e) Keadaan semasa struktur asas (cerucuk dan tetopi cerucuk)

1.7 Analisis Struktur Dan Semakan Rekabentuk

Penilaian struktur dibuat untuk menyemak tahap keselamatan dan kestabilan

struktur bangunan tersebut. Penilaian dibuat berpandukan kepada keadaan sebenar

dan pengukuran saiz sebenar di tapak disebabkan lukisan pembinaan tidak dapat

dikemukakan oleh pihak terlibat.

1.8 Analisis Geoteknik

Penilaian geoteknik dibuat untuk menyemak tahap keselamatan dan kestabilan

struktur asas bangunan tersebut. Penilaian dibuat berdasarkan kepada keadaan dan

jenis tanah dan juga keadaan semasa cerucuk dan tetopi cerucuk.

- 4 -

Rajah 1.1 : Pelan Susunatur Blok 4, Flat Taman Jaya, Skudai, Johor.

5

BAB 2

PENYIASATAN TAPAK

2.1 Pengenalan

Penyiasatan tapak terperinci kali kedua ini telah dijalankan selepas mendapat

kebenaran daripada JKR Daerah Johor Bahru, Johor. Penyiasatan ini

dijalankan pada 20hb November 2006 hingga 8hb Januari 2007. Untuk

memastikan keselamatan penghuni bangunan, semua penghuni telah diminta

untuk berpindah dari tapak bangunan. Arahan pemindahan ini dikeluarkan

hanyalah atas faktor keselamatan penghuni bangunan tersebut.

Beberapa lokasi telah dipilih untuk dilakukan ujian di tapak. Lokasi yang

dipilih ini adalah dipastikan tidak bersamaan dengan penyiasatan awalan yang

telah dijalankan sebelum ini. Kerja-kerja ujian dan pensampelan di tapak ini

dilakukan oleh Kumpulan Ikram Sdn Bhd (KISB). Beberapa sampel bahan

juga diambil untuk diuji di makmal dan keputusan ujian-ujian ini dilaporkan

dalam Bab 3.

2.2 Pemeriksaan di Tapak

Pemeriksaan tapak dibuat untuk mengenalpasti mekanisme kegagalan dan

kesan kerosakan tiang tingkat bawah tersebut. Beberapa maklumat yang

diperolehi semasa penyiasatan awalan seperti keadaan fizikal tiang, saiz dan

tinggi tiang, jarak antara tiang, keadaan lantai, saiz rasuk yang bersambung

dengan tiang diperiksa semula dan digunapakai untuk penyiasatan terperinci

ini. Antara maklumat-maklumat tersebut adalah seperti berikut:

a) Saiz tiang yang patah adalah 250mm x 150mm. Tiang tersebut patah pada

jarak 1.6 meter dari aras lantai (1.2 meter dari bawah permukaan siling)

manakala tiang-tiang lain di dalam bangunan tersebut tidak mengalami

kerosakan (Gambar 2.1).

6

b) Terdapat empat batang besi tetulang bersaiz 16mm (T16) dan besi

perangkai bersaiz 5mm (R5) mengikat struktur tiang yang patah (Gambar

2.2).

c) Terdapat keretakan pada dinding dan lantai dalam rumah berdekatan

(Gambar 2.3 & 2.4).

d) Dinding yang memisahkan ruang dapur dan ruang keluarga di semua unit

rumah tidak berada diatas rasuk sebaliknya berada 150mm dari garis

tengah rasuk (Gambar 2.5).

e) Terdapat kesan keretakan pada dinding hadapan dan belakang bangunan

iaitu diantara rumah no 4-1-13 hingga rumah no 4-1-15 (Gambar 2.6 &

2.7).

f) Terdapat kesan mendapan pada kaki lima (apron) di hadapan rumah 4-1-15

(Gambar 2.8).

2.3 Penemuan

Berdasarkan kepada pemeriksaan di tapak, adalah didapati terdapat keretakan

dan mendapan berlaku terutama kepada unit-unit rumah yang berada diantara

4-1-13 hingga 4-1-15. Kegagalan tiang di dalam unit rumah 4-1-12 adalah

kegagalan ricih yang berkemungkinan disebabkan oleh pembebanan

berlebihan dari tingkat atas bangunan atau akibat mendapan yang berlaku

diantara unit rumah 4-1-13 hingga 4-1-15.

Pemerhatian juga mendapati hampir keseluruhan unit-unit rumah di bangunan

ini telah melakukan kerja pengubahsuaian yang mana telah menambah beban

bangunan tersebut kepada tiang di tingkat bawah.

7

Gambar 2.1 : Tiang Yang Patah di Tingkat Bawah Blok 4

Gambar 2.2 : Besi Tetulang Pada Tiang

Di Dalam Rumah 4-1-12

Besi Tetulang Y16 Besi Perangkai R5

8

Gambar 2.3 : Kesan Keretakan Pada Dinding Rumah Berdekatan

Gambar 2.4 : Kesan Keretakan Pada Lantai Rumah 4-1-12

Kesan Keretakan

9

Gambar 2.5 : Dinding Tidak Selari Dengan Rasuk

Gambar 2.6 : Kesan Keretakan Pada Dinding Hadapan Bangunan

Rasuk

Dinding Bata

Rumah no 4-1-15Rumah no 4-1-13 Rumah no 4-1-1

10

Gambar 2.7 : Kesan Keretakan Pada Bahagian Belakang Bangunan

Gambar 2.8 : Kesan Mendapan di Hadapan Rumah 4-1-15

Di Belakang Rumah 4-1-15 Di Belakang Rumah 4-1-13

11

BAB 3

PENSAMPELAN DAN UJIAN BAHAN 3.1 Objektif

Beberapa ujian di tapak dan ujian bahan dijalankan untuk menentusahkan

keadaan semasa struktur bangunan tersebut. Maklumat-maklumat dari ujian-

ujian tersebut penting untuk mengetahui kekuatan semasa konkrit, kekuatan

semasa besi tetulang, tahap pengaratan besi tetulang, saiz dan jarak besi

tetulang, ketebalan penutup konkrit, kesan carbonation, tahap kandungan

klorida didalam konkrit, jenis dan keadaan tanah dan keadaan semasa struktur

asas (cerucuk dan tetopi asas) bangunan tersebut.

3.2 Skop Kerja

Sebanyak 11 (sebelas) jenis ujian telah dijalankan oleh Kumpulan Ikram Sdn

Bhd (KISB) untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai keadaan

semasa struktur bangunan tersebut. Lokasi beberapa ujian adalah dipastikan

tidak bersamaan dengan penyiasatan awalan yang telah dijalankan. Ujian-ujian

yang telah dijalankan adalah :

a) Penyiasatan tanah (S.I)

b) Pengorekkan asas bangunan (trial pit)

c) Concrete Core Compressive Strength

d) Ultrasonic Pulse Velocity Test

e) Rebound Hammer Test

f) Carbonation Depth Test

g) Chloride Content Test

h) Electromagnetic Covermeter

i) Half-cell Corrosion Potential Measurement

j) Hacking Work (pada tiang dan rasuk)

k) Steel Tensile Strength Test

12

Penyiasatan tanah (S.I.) dan pengorekkan asas bangunan (trial pit) dijalankan

untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai keadaan dan jenis tanah di

kawasan terbabit dan untuk mengenalpasti keadaan semasa cerucuk dan tetopi

cerucuk di tapak. Keputusan ujian ini dilaporkan dalam Bab 5.

Ujian Concrete Core Compressive Strength dijalankan untuk mengenalpasti

keadaan tekstur konkrit dan untuk menentukan kekuatan konkrit semasa pada

pada beberapa lokasi struktur bangunan tersebut. Sejumlah 15 sampel konkrit

telah diambil pada bahagian tiang, rasuk dan papak bangunan tersebut untuk

dilakukan ujian di makmal Kumpulan Ikram Sdn Bhd (KISB), Kajang,

Selangor. Ujian ini dijalankan berpandukan kepada BS 1881 : Part 120 : 1983.

Keputusan ujian ini dilaporkan dalam bahagian 3.3.1.

Ujian Ultrasonic Pulse Velocity Test dijalankan berpandukan kepada Section 3

: MS 26 : Part 3 : 1992 – “Recommendations For Use of Non-Destructive

Testing of Concrete (First Revision)”. Sejumlah 64 lokasi pada struktur tiang,

rasuk dan papak telah dijalankan ujian ini. Hasil ujian ini dilaporkan dalam

Volume II, LaporanTerperinci Kerosakan Bangunan Blok 4, Flat Taman Jaya,

Skudai, Johor.

Ujian Rebound Hammer dijalankan berpandukan kepada BS 1881 : Part 202 :

1986. Sejumlah 64 lokasi pada struktur tiang, rasuk dan papak telah dijalankan

ujian ini. Hasil ujian ini dilaporkan dalam Volume II, LaporanTerperinci

Kerosakan Bangunan Blok 4, Flat Taman Jaya, Skudai, Johor.

Ketebalan lapisan penutup konkrit dan lokasi besi tetulang pada tiang dan

rasuk dikenalpasti dengan menggunakan ujian Electronic Covermeter Survey.

Ujian ini dijalankan berpandukan kepada Section 4 : MS 26 : Part 3 : 1992 –

“Recommendations For Use of Non-Destructive Testing of Concrete (First

Revision)”. Keputusan ujian ini dilaporkan dalam bahagian 3.3.2.

Ujian Half-cell Corrosion Potential Measurement dijalankan untuk

menentukan tahap pengaratan besi tetulang yang telah berlaku pada struktur

bangunan tersebut. Ujian ini dijalankan berpandukan kepada ASTM C-876.

Keputusan ujian ini dilaporkan dalam bahagian 3.3.3.

13

Ujian Hacking dijalankan untuk menentukan saiz sebenar, bilangan dan jarak

antara besi tetulang di tapak. Sebanyak 6 lokasi pada tiang dan rasuk

bangunan telah dipilih untuk dijalankan ujian ini. Keputusan ujian ini

dilaporkan dalam bahagian 3.3.4.

Ujian Carbonation Depth Test dijalankan untuk menentukan tahap kedalaman

carbonation di dalam konkrit pada struktur bangunan tersebut. Ujian ini

dijalankan berpandukan kepada BS 1881 : Part 120 : 1983. Keputusan ujian

ini dilaporkan dalam bahagian 3.3.5.

Ujian Chloride Content Test dijalankan untuk menentukan kandungan klorida

di dalam konkrit pada struktur bangunan tersebut. Ujian ini dijalankan

berpandukan kepada BS 812 : Part 117 : 1989. Keputusan ujian ini dilaporkan

dalam bahagian 3.3.6.

Ujian Steel Tensile Strength dijalankan untuk menentukan kekuatan semasa

besi tetulang pada struktur bangunan tersebut. Ujian ini dijalankan

berpandukan kepada MS 146 : 2000. Sebanyak 3 sampel besi tetulang telah

diambil pada beberapa lokasi pada struktur bangunan berkenaan. Keputusan

ujian ini dilaporkan dalam bahagian 3.3.7.

3.3 Keputusan Ujian

3.3.1 Concrete Core Compressive Strength

Keputusan ujian kekuatan mampatan ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Semua

sampel yang diuji tidak mematuhi keperluan kekuatan dalam spesifikasi.

Elemen Struktur

Jumlah Bacaan

Sisihan Piawai

Kekuatan

Ciri (N/mm²)

Kekuatan

Rekabentuk (N/mm²)

(anggaran) *

Ulasan

Rasuk 9 Tiang 5 4.15 8.22 20 Gagal Papak 1

* Nilai Anggaran Berdasarkan Kod R/bentuk Kerana Tiada Maklumat Diperolehi

Jadual 3.1 : Ringkasan keputusan ujian mampatan konkrit

14

3.3.2 Electronic Covermeter Survey

Keputusan ujian ketebalan penutup konkrit ditunjukkan dalam Jadual 3.4. Semua sampel yang diuji kecuali tiang, gagal mematuhi keperluan mengikut dalam BS 8110 : Part 1 : 1985.

Elemen Struktur

Jumlah

Purata Di Tapak

(mm)

Tebal Penutup Mengikut

BS 8110: Part : 1985 (mm)

Ulasan

Rasuk 3 11 25 Gagal Tiang 2 37 25 Lulus Papak 4 14 25 Gagal

Jadual 3.2 : Ringkasan keputusan ujian Electronic Covermeter Survey

3.3.3 Half-Cell Corrosion Potential Measurement

Keputusan ujian ditunjukkan dalam Jadual 3.5.

Elemen Struktur

Jumlah Bacaan

(m run)

Purata Bacaan (mv)

Ulasan

Rasuk - - Tiang - - - Papak 128m run < -200 mV < -350 mV Corrosion activity of the

reinforcing area is uncertain

Jadual 3.3 : Ringkasan keputusan ujian Half-Cell Corrosion Potential

3.3.4 Hacking Test

Keputusan ujian ditunjukkan dalam Jadual 3.6.

Elemen Struktur

Saiz di Tapak (mm)

Saiz di Dalam Lukisan

R/bentuk (mm)

Rasuk T16 / R5@300 - Tiang T16 / R6@300 - Papak R8 -

Jadual 3.4 : Ringkasan keputusan ujian Hacking.

15

3.3.5 Carbonation Depth Test

Keputusan ujian ditunjukkan dalam Jadual 3.7. Semua sampel yang diuji mematuhi keperluan mengikut dalam BS 1881 : Part 120 : 1983.

Elemen Struktur

Jumlah Bacaan

Purata Bacaan

(mm)

Purata Ketebalan Penutup

Konkrit di Tapak (mm)

Ulasan

Rasuk 9 4.3 11 Lulus Tiang 5 6.6 37 Lulus Papak 1 8.0 14 Lulus

Jadual 3.5 : Ringkasan keputusan ujian Carbonation Depth Test

3.3.6 Choloride Content Test

Keputusan ujian kandungan klorida ditunjukkan dalam Jadual 3.8. Semua

sampel yang diuji mematuhi keperluan mengikut dalam BS 812 : Part 117 :

1989.

Elemen Struktur

Jumlah Ujian

Purata %

Kandungan Klorida (mm)

Ulasan

Rasuk 6 < 0.01 Lulus Tiang 6 < 0.01 Lulus Papak 8 < 0.01 Lulus

Jadual 3.6 : Ringkasan keputusan ujian Chloride Content

16

3.3.7 Steel Tensile Strength Test

Keputusan ujian kekuatan besi tetulang ditunjukkan dalam Jadual 3.9. Semua

sampel yang diuji mematuhi keperluan mengikut dalam MS 146 : 2000.

Saiz Besi Tetulang

Yield Stress

(N/mm2)

Tensile Stress

(N/mm2)

Elongation

Ulasan

R 8 460.7 544.4 38 % Lulus R 14 271.7 394.3 41 % Lulus T 16 522.6 797.3 16 % Lulus

Jadual 3.7 : Ringkasan keputusan ujian Steel Tensile Strength

3.4 Kesimpulan

Berdasarkan keputusan ujian Concrete Core Compressive Strength

menunjukkan kekuatan ciri konkrit bangunan tidak mematuhi keperluan

kekuatan seperti yang dikehendaki di dalam BS 8110 : Part 1 : 1985. Kekuatan

konkrit semasa berada di bawah kekuatan rekabentuk yang dianggarkan.

Keputusan ujian Electronic Covermeter Survey mendapati tebal penutup

konkrit pada papak dan rasuk adalah tidak mematuhi keperluan seperti yang

dikehendaki di dalam BS 8110 : Part 1 : 1985. Keputusan ujian Half-Cell

Corrosion Potential Measurement menunjukkan terdapat besi tetulang di

beberapa kawasan telah mengalami pengaratan terutama pada papak

bangunan.

Daripada ujian hacking menunjukkan terdapat 4 batang besi tetulang T16 telah

digunakan sebagai tetulang utama pada struktur tiang dan rasuk manakala besi

tetulang R5 dan R6 dengan jarak 300mm di gunakan sebagai perangkai.

Manakala untuk papak bangunan, besi tetulang R8 telah digunakan sebagai

besi tetulang utama.

17

Ujian Carbonation Depth Test dan Choloride Content Test yang dijalankan

juga mengesahkan bahawa tahap carbonation dan kandungan klorida di dalam

konkrit pada struktur bangunan tersebut adalah mematuhi keperluan yang

ditetapkan di dalam spesifikasi.

Ujian Steel Tensile Strength juga telah mengesahkan bahawa kekuatan semasa

besi tetulang pada struktur bangunan tersebut adalah mematuhi keperluan

spesifikasi yang ditetapkan.

18

BAB 4

ANALISIS STRUKTUR & SEMAKAN REKABENTUK 4.1 Pengenalan

Berdasarkan lukisan pelan lantai yang disediakan dan laporan kerja-kerja

penyiasatan tapak oleh Kumpulan Ikram Sdn Bhd (KISB), pihak Unit

Kejuruteraan Struktur, Cawangan Kejuruteraan Struktur, Geoteknik dan

Jambatan (CKSGJ), Ibu Pejabat JKR Malaysia telah membuat semakan

analisis dan rekabentuk ke atas bangunan Blok 4 Taman Jaya di Skudai,

Johor. Analisis struktur telah dijalankan untuk mengenal pasti punca

kegagalan tiang tersebut.

4.2 Pelan Lantai

Semakan analisis yang dijalankan berdasarkan pelan lantai yang disediakan

oleh KISB. Pelan ini berdasarkan keadaan sebenar di tapak memandangkan

lukisan terbina (as-built drawing) tidak dapat diperolehi. Sebanyak 64 unit

buah rumah telah disemak menggunakan pelan lantai yang sama. Setiap unit

rumah mempunyai keluasan lantai sebanyak 43.2 m2 (6m x 7.2m). Jumlah

panjang keseluruhan bangunan termasuk 3 tangga ialah 103.5 meter.

4.3 Saiz Struktur

Saiz rasuk, papak, tiang dan besi tetulang yang digunakan di dalam rekabentuk

ini berdasarkan laporan kerja-kerja ujian bahan oleh KISB. Kedudukan rasuk

tersebut ditunjukkan di dalam Rajah 4.1.

19

Rajah 4.1: Kedudukan Rasuk Mengikut Saiz 4.4 Beban

Jenis beban yang digunakan didalam analisis ini adalah seperti yang

dinyatakan di dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Jenis-jenis Beban

1. Papak = 2.4 kN/m2

2. Kemasan = 0.65 kN/m2

3. Dinding bata = 9.5 kN/m = 3.3 kN/m (koridor)

Beban Mati

4. Bumbung = 0.75 kN/m2

Beban Hidup 1.5 kN/m2

3 kN/m2 (koridor) 0.25 kN/m2 (bumbung)

4.5 Keputusan Analisis

Semakan struktur adalah termasuk semakan terhadap tiang yang patah iaitu

pada 15/B dan rasuk pada grid 15/A-C, A/14A-15A dan B/15-15A.

150 x 400

150 x 300

150 x 400

115 x 350

150 x 300

150 x 400

150 x 400 150 x 400

150 x 400

115 x 225

20

4.5.1 Semakan Tiang

Fokus semakan adalah terhadap tiang yang mengalami kegagalan. Semakan

rekabentuk yang dijalankan ke atas tiang tersebut adalah dibuat berdasarkan

gred konkrit sebenar yang diperolehi daripada keputusan ujian iaitu 14.4

N/mm2 dan kekuatan tetulang 410 N/mm2. Semakan ini berpandukan kepada

BS8110 dengan anggapan rekabentuk tiang pendek (short column). Keputusan

analisis struktur dinyatakan di dalam Jadual 4.2.

Kapasiti Tiang Sedia Ada

Beban Sebenar (Beban Khidmat)

Beban Sebenar (Beban Muktamad)

Fcu = 14.4 N/mm2

Momen (atas) (bawah)

3 kNm 4 kNm

5 kNm 6 kNm

25 kNm 25 kNm

Daya Paksi 615 kN 880 kN 473 kN

Jadual 4.2: Keputusan Analisis Tiang

Daripada Jadual 4.2 di atas adalah didapati bahawa beban sebenar yang

ditanggung oleh tiang yang patah tersebut adalah melebihi kapasiti tiang

sediada.

4.5.2 Semakan Rasuk

Fokus semakan adalah terhadap rasuk disokong atau berdekatan dengan tiang

yang patah. Dalam semakan ini, rasuk pada grid 15/A-C, A/14A-15A dan

B/15-15A telah dipilih untuk semakan. Rasuk pada grid C/14A-15A adalah

dianggap sama dengan A/14A-15A kerana saiz rasuk dan tetulang yang sama.

Semakan rekabentuk yang dijalankan ke atas tiang tersebut adalah dibuat

berdasarkan gred konkrit sebenar yang diperolehi daripada keputusan ujian

iaitu 11 N/mm2 dan kekuatan tetulang 410 N/mm2. Semakan ini adalah

berpandukan kepada BS8110. Keputusan analisis struktur dinyatakan di dalam

Jadual 4.3.

21

Semakan Rasuk 15/A-C

Kedudukan rasuk Kapasiti

diperlukan

(Beban

Muktamad)

Kapasiti

sedia ada

(Beban

Muktamad)

Komen

15/A-B (pada penyokong) 4kNm, 26kN 30kNm, 30kN ok

15/A-B (tengah rentang) 20kNm, 0kN 30kNm, 30kN ok

15/A-B (pada penyokong) 85kNm, 80kN 30kNm, 30kN Gagal

15/B-C (pada penyokong) 90kNm, 102kN 30kNm, 30kN Gagal

15/B-C (tengah rentang) 29kNm, 0kN 30kNm, 30kN ok

15/B-C (pada penyokong) 10kNm, 29kN 30kNm, 30kN ok

Semakan Rasuk A/14A-15A

Kedudukan rasuk Kapasiti

diperlukan

Kapasiti

sedia ada

Komen

A/14A-15A (pada penyokong) 113kNm, 98kN 52kNm, 35kN Gagal

A/14A-15A (tengah rentang) 57kNm, 17kN 52kNm, 35kN Gagal

A/14A-15A (pada penyokong) 89kNm, 79kN 52kNm, 35kN Gagal

Semakan Rasuk B/15-15A

Kedudukan rasuk Kapasiti

diperlukan

Kapasiti

sedia ada

Komen

B/15-15A (pada penyokong) 15kNm, 35kN 36kNm, 29kN Gagal

B/15-15A (tengah rentang) 13kNm, 0kN 36kNm, 29kN Lulus

B/15-15A (pada penyokong) 24kNm, 41kN 36kNm, 29kN Gagal

Jadual 4.3: Keputusan Analisis Rasuk

Daripada Jadual 4.3 di atas adalah didapati bahawa beban sebenar yang

ditanggung oleh rasuk adalah melebihi kapasiti rasuk yang sedia ada.

22

4.6 Kesimpulan

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, didapati bahawa tiang pada grid

15/B dan rasuk pada grid 15/A-C, A/14A-15A, C/14A-15A dan B/15-15A

adalah tidak berupaya menanggung beban bangunan tersebut. Oleh itu,

struktur-struktur tersebut perlu diperkukuhkan semula (re-strengthen) untuk

menjamin kekukuhan bangunan dan seterusnya menjamin keselamatan

penghuni bangunan tersebut.

Perlu juga diberi perhatian bahawa pengukuhan semula ini juga perlu

melibatkan semua rasuk dan tiang yang berada di grid lain di kedudukan yang

sama. Ini memandangkan bahawa kerja-kerja semakan hanya dijalankan ke

atas kedudukan rasuk dan tiang tipikal untuk setiap unit rumah di blok

berkenaan.

23

BAB 5

ANALISIS GEOTEKNIK

5.1 Pengenalan Taman Jaya merupakan sebuah taman perumahan berhampiran Pekan Skudai dan

telah didiami sepenuhnya. Kawasan perumahan ini telah didiami sejak lebih dua

puluh (20) tahun yang lalu. Sebahagian besar penduduk taman ini adalah pemilik

rumah-rumah yang berkenaan. Semasa penyiasatan awalan dijalankan, arahan

mengosongkan bangunan telah dikeluarkan dan sebahagian besar penghuni telah

mematuhi arahan yang dikeluarkan. Namun begitu, semasa penyiasatan terperinci

peringkat kedua dijalankan, kebanyakan penghuni telah kembali menghuni bangunan

tersebut. Perkara ini amat merisaukan kerana keselamatan penghuni-penghuni

tersebut tidak terjamin.

Blok 4 yang telah mengalami kegagalan tiang terletak berhampiran rizab parit (Rajah

5.1). Unit yang terlibat adalah unit kelima dikira dari sebelah rizab parit.

Rajah 5.1 : Lakaran susunatur Blok 4, Flat Taman Jaya, Skudai

BLOK 3

KAWASAN LAPANG

RIZAB PARIT

TANGKI KUMBAHAN BERTUTUP

BLOK 4

24

Gambar 5.1 : Pandangan belakang bangunan Blok 4 yang terletak berhampiran rizab

parit

5.2 Objektif Penyiasatan untuk mengenalpasti kemungkinan punca-punca dan jangkauan

kegagalan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :

a) Untuk memahami keadaan substruktur dan formasi geologi di kawasan

kajian.

b) Untuk memantau sebarang pergerakan tanah (arah, kadar, jumlah

pergerakan dsb.)

c) Untuk memastikan jenis kegagalan.

d) Untuk mengenalpasti punca kegagalan

e) Untuk mencadangkan kaedah-kaedah pemulihan.

f) Untuk memperolehi sifat-sifat tanah dan batuan untuk analisa

kestabilan dan penyediaan rekabentuk (sekiranya perlu).

rizab parit

Bangunan Blok 4

25

5.3 Kajian Lapangan

Kajian-kajian yang berkaitan telah dilakukan untuk memperolehi maklumat

maklumat teknikal bagi menentukan status keutuhan tanah di kawasan

terbabit.

Kerja-kerja penyiasatan tapak telah dijalankan pada 20hb November hingga

6hb Disember 2006. Sejumlah 2 lubang gerudi dan 6 trial pit serta 40 lokasi

Proba JKR telah dijalankan di lapangan (Rujuk Lampiran 1 – Laporan

Penyiasatan Tapak).

5.3.1 Lubang Gerudi Sebanyak 2 lubang gerudi telah dijalankan bagi kajian ini dimana ianya adalah

untuk menentukan aras air tanah, sifat-sifat dan parameter kekuatan tanah bagi

analisa keutuhan tanah selain komposisi tanah di kawasan terlibat.

Rajah 5.2 : Lokasi lubang gerudi dan “Trial Pit”

TRIAL

TRIAL

TRIAL

TRIALTRIAL

TRIAL PIT

BH1

BH2

26

5.3.2 “Trial Pit” Sebanyak 6 “trial pit” dijalankan di lapangan bagi melihat secara langsung

keadaan struktur asas bangunan tersebut. Lubang-lubang berkenaan telah di

korek di lokasi-lokasi yang telah dipilih. Lokasi yang dipilih adalah mewakili

keseluruhan tiang bangunan dengan beberapa lubang tambahan di tempat yang

dipercayai kritikal.

5.3.3 Proba JKR Sebanyak 40 nos proba JKR dijalankan di setiap tiang bangunan Flet Taman

Jaya bagi mendapatkan gambaran subpermukaan kawasan berkenaan.

5.3.4 Program Pemantauan Pemendapan bangunan dan tanah di kawasan ini telah dipantau selama dua

bulan dengan memantau pergerakan bangunan dan pemendapan tanah.

Pemantaua dijalankan dengan menanda sepuluh lokasri pada tiang untuk

tujuan pemantauan pergerakan bangunan dan 8 lokasi di tapak bagi tujuan

pemantauan pergerakan ufuk tanah.

5.3.5 Ujian Tanah Sampel-sampel tanah diambil semasa kerja-kerja gerudian dijalankan untuk di

uji di lapangan dan juga di makmal. Di lapangan, Ujian Penusukan (SPT)

dijalankan manakala satu tiub sampel tanah tak terganggu diambil dan dibawa

ke makmal untuk di jalankan Ujian Pengukuhan 1-Dimensi (1-Dimensional

Consolidation Test) dan Ujian C.I.U. ujian-ujian ini dijalankan bagi

mendapatkan parameter tanah di kawasan kajian.

27

5.4 Penemuan Dan Analisa Geoteknikal 5.4.1 Profil Subpermukaan

Sebanyak dua kerja lubang gerudi telah dijalankan berhampiran Blok 4 Flet

Taman Jaya. Daripada data penyiasatan tanah, litologi kawasan kajian ini

terdiri daripada tiga lapisan utama iaitu tanah kelodak lempung (clayey SILT)

berpasir, kelodak lempung (clayey SILT) berpasir dengan kerikil dan batuan

granit dengan kehadiran lapisan tipis batu kerikil. 2 m pertama lapisan ini

terdiri dari tanah tambak.

Lapisan pertama adalah lapisan kelodak lempung (clayey SILT) berpasir yang

terdiri dari lapisan yang sangat lembut sedalam 3m hingga 4m dan menjadi

semakin semakin kukuh di bahagian bawahnya. Kelodak lempung (clayey

SILT) lembut sehingga kukuh (firm) ini berketebalan 6m hingga 7.5m. Pada

lapisan ini, dari BH1, terdapat lensa pasir berketumpatan sederhana.

Terkebawah dari dua lapisan ini, wujud satu lapisan kelodak berlempung

dengan kandungan pasir dan kerikil yang berketebalan 1.5m hingga 3m.

Lapisan ini adalah terakhir ditemui sebelum batu hampar yang terdiri dari

granit yang terluluhawa. Nota : semasa gerekan peringkat pertama ahli geologi

Kumpulan Ikram Sdn. Bhd (KISB) mengenalpasti batu hampar dikawasan ini

sebagai gabbro.

Aras air bumi di kawasan ini juga adalah sederhana tinggi. Kedalaman aras air

bumi yang diukur menerusi lubang gerudi dicatatkan setinggi 1.7m hingga

2.7m dari aras tanah. Rajah 5.3 menunjukkan secara kasar lapisan

subpermukaan yang dihasilkan dari keputusan lubang gerudi.

28

BH1

0.00

2.00

4.00

6.00

8.00

10.00

12.00

14.00

0 10 20 30 40 50

BH2

0.00

2.00

4.00

6.00

8.00

10.00

12.00

14.00

0 10 20 30 40 50

BH2BH1

very soft clayey SILT with traces of SAND

medium dense SAND

soft to firm clayey SILT with traces of SAND

slightly WEATHERED GRANITE

stiff clayey SILT with traces of SAND and GRAVEL

MONSOON DRAIN

?

slightly WEATHERED GRANITE

? ? ? ? ? ?

? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?

?

?

? ?

? ? ? ? ?

?

? ? ? ? ?

? ? ? ? ? ? ? ? ?

? ? ? ? ? ? ?

? ? ?

? ? ? ?

? ? ?

? ? ? ?

? ?

? ? ? ? ? ?

?

?

? ? ? ? ? ? ?

? ?

?

Rajah 5.3 : Lakaran profil subpermukaan di kawasan kajian

29

5.4.2 “Trial Pit” Dalam penyiasatan terperinci ini, sebanyak 6 lubang ujian (trial pit) telah

dikorek untuk mendapat gambaran sebenar struktur subpermukaan. Sebanyak

3 lubang ujian dikorek di bahagian belakang bangunan, 2 di bahagian hadapan

bangunan dan satu di dalam bangunan.

Dari pengorekan yang dijalankan, struktur bawah tanah seperti rasuk tanah

(ground beam), stump, tetopi cerucuk (pile cap) dan cerucuk (pile)

diperhatikan. Lokasi-lokasi yang dipilih untuk dijalankan kerja-kerja

pengorekan dijangka mewakili lokasi keseluruhan bangunan .

30

5.4.2.1 Trial Pit 1

2a. Tetopi cerucuk

2e. Apron sebelah kiri

2d. Tetopi cerucuk 2c. Ground Beam 2b. Stump

2f . Cerucuk 2h. Apron sebelah kanan 2g. Cerucuk

Gambar 5.2 : Penemuan Semasa Pengorekkan Trial Pit No 1

31

400mm

1000mm

150mm

840mm

330mm 250mm

COLUMN

PILES

PILE CAP

STUMP

GROUND BEAM

UNEXPOSED PART

EXPOSED PART

130mm

not available

130mm

not available

PILES

STUMP

?

? ?

?

?

? ?

?

Rajah 5.5 : Lakaran Penemuan dari Trial Pit 1

32

5.4.2.2 Trial Pit 2

3a. Stump

3d. Apron sebelah kanan 3c. Apron sebelah kiri

3b. Ground Beam

Gambar 5.3 : Penemuan Semasa Pengorekkan Trial Pit No 2

33

4a. Tetopi cerucuk

4a1. Honeycomb 4a2. Pandangan dekat

4b. Tetopi cerucuk dan cerucuk

4b1. Cerucuk 4b2. Cerucuk

Gambar 5.4 : Penemuan Semasa Pengorekkan Trial Pit No 2 (Sambungan)

34

300mm

1040mm

150mm

700mm

300mm 400mm

COLUMN

PILES

PILE CAP

STUMP

GROUND BEAM

UNEXPOSED PART

EXPOSED PART

180mm

200mm

140mm

100mm

PILES

STUMP

?

? ?

?

?

? ?

?

Rajah 5.6 : Lakaran penemuan dari Trial Pit 2

35

5.4.2.3 Trial Pit 3

5a. Cerucuk sebelah kiri

5d. Stump

5e. Apron sebelah kanan

5f. Cerucuk sebelah kanan

5b. Apron sebelah kiri

5c. Ground Beam

Gambar 5.5 : Penemuan Semasa Pengorekkan Trial Pit No 3

36

400mm

1070mm

150mm

600mm

300mm 500mm

COLUMN

PILES

PILE CAP

STUMP

GROUND BEAM

UNEXPOSED PART

EXPOSED PART

200mm

100mm

200mm

200mm

PILES

STUMP

?

? ?

?

?

? ?

?

Rajah 5.7 : Lakaran penemuan dari Trial Pit 3

37

5.4.2.4 Trial Pit 4

6c. Stump yang pecah

6b. Apron sebelah kiri

6a. Apron sebelah kanan

6c1. Pandangan sisi

Gambar 5.6 : Penemuan Semasa Pengorekkan Trial Pit No 4

38

7a. Cerucuk

7b. Cerucuk 7c. Tetopi cerucuk didapti senget

7d. Tetopi cerucuk senget

Gambar 5.7 : Penemuan Semasa Pengorekkan Trial Pit No 4 (Sambungan)

39

350mm

1080mm

150mm

690mm

340mm 520mm

COLUMN

PILES

PILE CAP

STUMP

GROUND BEAM

UNEXPOSED PART

EXPOSED PART

105mm

110mm

105mm

100mm

PILES

STUMP

270mm 470mm

?

? ?

?

?

? ?

?

Rajah 5.8 : Lakaran penemuan dari Trial Pit 4

40

5.4.2.5 Trial Pit 5

8a. Stump pecah dan menampakkan re-bar

8b. Tiang pecah dan 8c. Stump dan ground beam

8d. Stump retak pada

Gambar 5.8 : Penemuan Semasa Pengorekkan Trial Pit No 5

41

9a. Apron sebelah kiri

9b. Cerucuk sebelah kiri

9c. Tetopi cerucuk mengalami honeycomb

9d. Cerucuk sebelah kanan

9e. Apron sebelah kanan

Gambar 5.9 : Penemuan Semasa Pengorekkan Trial Pit No 5 (Sambungan)

42

330mm

1070mm

150mm

700mm

350mm 400mm

COLUMN

PILES

PILE CAP

STUMP

GROUND BEAM

650mm

UNEXPOSED PART

EXPOSED PART

150mm

130mm

260mm

150mm

PILES

STUMP

460mm 270mm

?

? ?

?

?

? ?

?

Rajah 5.9 : Lakaran penemuan dari Trial Pit 5

43

5.4.2.6 Trial Pit 6

10a. Cerucuk sebelah kiri yang telah reput

10b. Stump

10c. Tetopi cerucuk tidak berada di tengah

10d. Sebahagian tetopi cerucuk

10f. Cerucuk sebelah kanan yang telah reput

10e. Serpihan cerucuk yang telah reput

Gambar 5.10 : Penemuan Semasa Pengorekkan Trial Pit No 6

44

320mm

1100mm

150mm

760mm

250mm 660mm

COLUMN

PILES

PILE CAP

STUMP

GROUND BEAM

200mm

150mm

170mm

180mm

STUMP 200mm

150mm thk BRICK WALL

?

? ?

?

?

? ?

?

540mm

430mm

330mm

Rajah 5.10 : Lakaran penemuan dari Trial Pit 6

45

STUMP TETOPI CERUCUK CERUCUK TRIAL PIT NO

LOKASI DIMENSI KEADAAN DIMENSI KEADAAN DIMENSI KEADAAN

CATATAN

TP1 Tiang belakang unit no. 4-1-6 dan 4-1-7

330mm (L) baik ; terletak

hampir di tengah

1000mm (W) x 840mm (D) baik 150 x 150mm

baik; tidak mudah

dipecahkan -

TP2 Tiang belakang unit no. 4-1-12 dan 4-1-13

300mm (W) baik ; terletak

hampir di tengah

1040mm (W) x 700mm (D) honeycombed 150 x 150mm

okay; lokasi cerucuk tidak

simetri

berkelembapan lebih tinggi dari TP1

TP3 Tiang tepi unit no. 4-1-16 (belakang)

300mm (W) baik ; terletak

hampir di tengah

1070mm (W) x 600mm (D)

tidak memuaskan;

separuh bahagian bawah

mengalami honeycomb

(agreget rapuh)

150 x 150mm

teruk; mudah dipecahkan dan tidak simetri

kedudukannya

tanah berkelembapan tinggi

TP4 Tiang hadapan unit no. 4-1-14 dan 4-1-15

340mm (W)

retak dan rapuh; tidak

berada di tengah tetopi

1080mm (W) x 690mm (D)

terjongket; honeycomb bertompok-

tompok

150 x 150mm

tidak memuaskan

dan tidak simetri

-

TP5 Tiang hadapan unit no. 4-1-12 dan 4-1-13

350mm (W) retak menegak

1070mm (W) x 700mm (D)(RHS) / 650mm

(D)(LHS)

tidak memuaskan ; honeycomb 150 x 150mm memuaskan

bar rasuk tanah terdedah dan tiang mengembung dan retak

TP6 Tiang tengah unit no. 4-1-15 250mm (W) retak

menegak 1100mm(W) x 760mm

(D)

honeycomb bertompok-

tompok 150 x 150mm

sangat teruk dan reput

sepenuhnya

stump tidak berada di tengah (rujuk rajah 7)

Jadual 5.1 : Ringkasan Penemuan Pengorekkan Trial Pit

- 46 -

5.4.3 Pemantauan

5.4.3.1 Pemantauan Bangunan

Pemantauan dijalankan terhadap bangunan dan tanah bagi memerhati sama

ada berlaku pergerakan pugak. Sebanyak sepuluh (10) lokasi dipilih untuk

memantau pergerakan pugak bangunan. Sepuluh tiang dipilih dan dipasang

dengan “stud” logam. Bacaan diambil sebanyak tiga (3) kali dalam masa 21

hari. Berpandukan cerapan yang diperolehi, di dapati hampir tiada mendapan

berlaku pada bangunan berkenaan. Jadual 5.2 memberikan bacaan cerapan

yang telah diambil. Pengurangan sebanyak ± 1mm boleh dikaitkan sebagai

ralat instrumentasi dan tidak memberi makna terhadap cerapan.

Tarikh /

Point 6/12/2007 13/12/2007 22/12/2007

P1 12.004 12.004 12.003

P2 11.978 11.978 11.978

P3 12.067 12.067 12.067

P4 12.008 12.008 12.008

P5 12.037 12.037 12.037

P6 12.089 12.089 12.089

P7 12.067 12.067 12.067

P8 12.057 12.057 12.057

P9 12.013 12.012 12.012

P10 11.978 11.977 11.976

Jadual 5.2 : Bacaan Cerapan Pemantauan Pemendapan Bangunan

- 47 -

Berikut adalah hasil cerapan bagi kerja-kerja memantau pergerakan pugak

bangunan di plot dalam graf.

11.960

11.980

12.000

12.020

12.040

12.060

12.080

12.100

12/6 12/13 12/20Time (day)

Settl

emen

t (m

)

P1P2P3P4P5P6P7P8P9P10

Carta 5.1 : Graf Pemendapan Lawan Masa Bagi Cerapan Pemendapan

Bangunan

5.4.3.2 Pemantauan Pergerakan Tanah

Sebanyak lapan (8) lokasi dipilih untuk memantau pergerakan pugak tanah.

Pemantauan ini dijalankan dengan memasang “settlement marker” pada

lokasi terpilih. Penelitian dari hasil cerapan mendapati tiada sebarang

pergerakan pugak tanah berlaku di kawasan ini. Jadual 5.3 memberikan

bacaan cerapan yang telah diambil.

- 48 -

Tarikh /

Point 6/12/2007 13/12/2007 22/12/2007

SM1 9.862 9.862 9.862 SM2 9.837 9.837 9.836 SM3 10.079 10.078 10.078 SM4 10.233 10.233 10.233 SM5 10.455 10.455 10.455 SM6 10.152 10.152 10.151 SM7 9.855 9.856 9.855 SM8 10.005 10.005 10.005

Jadual 5.3 : Cerapan Pemantauan Pergerakan Tanah

Dari pemantauan yang dijalankan selama 14 hari, di dapati hampir tiada

pergerakan pugak berlaku di kawasan ini. Berikut adalah hasil cerapan

berkenaan yang telah diplot dalam bentuk graf.

9.800

9.900

10.000

10.100

10.200

10.300

10.400

10.500

12/6 12/13 12/20

Time (day)

Settl

emen

t (m

)

SM1SM2SM3SM4SM5SM6SM7SM8

Carta 5.2 : Graf Pemendapan Lawan Masa Bagi Cerapan Pemendapan Tanah

- 49 -

5.4.4 Ujian Tanah

Hanya satu sampel tanah tak terganggu berjaya diperolehi dari penyiasatan

tapak yang telah dijalankan. Dari sampel tanah tak terganggu tersebut, telah

dijalankan Ujian Pengukuhan 1-Dimensi (1-Dimensional Consolidation

Test) bagi mendapatkan nilai Void ratio (1.082), Pc (56kN/m2) dan

Compression Index Cc (0.302). Sementara itu, Ujian Isotropically

Consolidated Drained (C.I.U) pula dijalankan untuk mendapatkan nilai-nilai

Compressive Strength C (25kn/m2), Friction Angle ϕ (16), Effective Stress

C’ (9kN/m2) dan Effective friction angle ϕ’ (26).

5.5 Analisis Kegagalan

5.5.1 Analisa Keupayaan Galas Cerucuk Asal

Analisa keupayaan galas cerucuk dilaksanakan dengan menggunakan data

penyiasatan tanah yang diperolehi, ke atas cerucuk kayu bersaiz 150mm x

150mm. Berdasarkan andaian jumlah beban daripada tiang yang dipindah

kepada kumpulan cerucuk, satu batang cerucuk dijangka akan mengambil

beban sebanyak 150kN. Sehubungan daripada itu, secara ringkasnya satu

kumpulan cerucuk boleh menampung beban sebanyak 600kN. Namun begitu

dari analisis struktur di Bab 4, beban tanggungan pada setiap kumpulan

cerucuk adalah 880kN. Secara langsung, kumpulan cerucuk didapati tidak

upaya untuk menanggung beban tanggungan yang dikenakan ke atasnya.

Akibat dari “wear and tear” yang berlaku, sebahagian asas cerucuk telah

terganggu dimana keupayaan geseran kulit cerucuk dijangka telah terjejas.

Ini akan mengurangkan keupayaan galas kumpulan cerucuk yang terlibat

dan dikuatiri tidak lagi mampu untuk menanggung beban dari bangunan

yang dikenakan ke atasnya. Berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di

atas, adalah perlu asas bangunan yang terjejas diperkukuhkan bagi

memastikan kesetabilan blok bangunan tersebut terjamin.

- 50 -

5.5.2 Analisa Kekuatan Galas Tanah

Setelah enam (6) “trial pit” dijalankan bagi meneliti keadaan sebenar

cerucuk kayu yang digunakan sebagai asas bangunan empat tingkat ini,

adalah didapati bahawa lebih 80% cerucuk yang didedahkan berada dalam

keadaan yang tidak memuaskan. Oleh kerana hanya 20% cerucuk yang

berada dalam keadaan yang memuaskan, andaian dibuat bahawa cerucuk

kayu bagi asas bangunan ini tidak lagi dapat menjalankan peranannya.

Dari lubang gerek dan ujian yang dijalankan, dan merujuk kepada BS 8004

keupayaan galas tanah jenis “firm clay” adalah 75kN/m2 hingga 150kN/m2.

Nilai ini adalah jauh lebih rendah berbanding nilai bebean tanggungan yang

dikenakan terhadap satu penapak. Dari analisa yang dijalankan, didapati

secara jelas bahawa asas bangunan empat tingkat ini tidak lagi mampu

menanggung beban tanggungan yang dikenakan terhadapnya dan akan

mengakibatkan kegagalan.

5.6 Kesimpulan

Bersandarkan pada keadaan cerucuk kayu pada masa korekan “trial pit”

dijalankan, dan di sokong dengan dua (2) lubang gerek tambahan serta 40

proba JKR, didapati :

i. Lebih 80% cerucuk telah rosak dan tidak dapat berfungsi

mengikut rekabentuk asal

ii. Beban tanggungan sedia ada melebihi keupayaan galas cerucuk

iii. Keupayaan galas tanah juga tidak mampu menanggung beban

tanggungan bangunan (andaian bahawa cerucuk tidak berfungsi

langsung)

iv. Penambahbaikan cerucuk menggunakan kaedah

“underpinning” dicadangkan bagi menangani masalah ini

v. Namun begitu, struktur tetopi cerucuk hendaklah diperkukuh

terlebih dahulu sebelum kerja-kerja “underpinning:” dijalankan

bagi memastikan kerja penambahbaikan berhasil.

- 51 -

Oleh kerana itu, bersandarkan kepada kajian yang dijalankan, secara

keseluruhannya kegagalan pada tiang tengah unit rumah 4-1-12 di Blok 4,

Flat Taman Jaya, Skudai BUKANLAH disebabkan oleh kegagalan geoteknik

tetapi disebabkan oleh beberapa masalah struktur yang termasuklah

pereputan cerucuk kayu dan kegagalan struktur “stump”. Pembaikan secara

“underpinning” boleh dijalankan sebagai langkah pengukuhan tetapi

hendaklah didahului dengan pengukuhan tetopi cerucuk dan “stump”.

5.7 Syor Pembaikan

Dengan mengambilkira kepentingan serta keselamatan penduduk Taman Jaya,

kaedah pembaikan berikut adalah dicadangkan. Namun begitu, pembaikan ini

adalah secara gagasan (conceptual) sahaja. Sebarang perincian (detail)

hendaklah dijalankan oleh jurutera rekabentuk yang bertauliah dengan

disokong oleh maklumat ujian penyiasatan tapak, ujian kekuatan tanah dan

sebagainya.

5.7.1 Underpinning Secara amnya, pengukuhan asas yang dicadangkan melibatkan kerja-kerja

underpinning menggunakan cerucuk micro dengan kaedah memindahkan

beban tiang dari asas cerucuk asal kepada asas cerucuk lain yang ditanam

bersebelahan. Ianya perlulah mengambil kira beban mampatan yang perlu

ditanggung oleh cerucuk, dan juga beban tegangan akibat dari uplift force

yang terhasil.

Selain dari itu, rekabentuk cerucuk yang dicadangkan, perlulah juga

mengambil kira daya geseran kulit negatif (negative skin friction) yang terhasil

ke atas cerucuk. Ianya adalah akibat dari mendapan lapisan tanah lembut

sediada disebabkan beban tanah tambun yang baru dikenakan ke atasnya

semasa kerja-kerja membaikpulihkan dijalankan.

- 52 -

BAB 6

CADANGAN & KESIMPULAN

6.1 Penemuan

Beberapa ujian bahan dan ujian di tapak telah dijalankan pada struktur

bangunan tersebut. Berdasarkan kepada ujian-ujian tersebut, penemuan-

penemuan adalah seperti berikut :

6.1.1 Kekuatan Konkrit Struktur Bangunan

Berdasarkan ujian bahan, didapati nilai kekuatan ciri konkrit pada tiang yang

patah itu adalah 9 N/mm2 manakala nilai kekuatan ciri semasa konkrit pada

struktur-struktur lain di bangunan tersebut adalah didapati kurang dari 10

N/mm2. Nilai tersebut adalah tidak mematuhi keperluan didalam BS 8110 :

Part 1 : 1985.

6.1.2 Keupayaan Struktur Bangunan

Semakan rekabentuk yang telah dijalankan pada struktur tiang telah mendapati

bahawa beban yang ditanggung telah melebihi keupayaan tiang tersebut.

Semakan ini adalah berdasarkan saiz sebenar di tapak dan menggunakan nilai

kekuatan konkrit sebenar dari ujian bahan yang dijalankan pada tiang

bangunan tersebut iaitu 14.4 N/mm2. Hasil semakan mendapati beban yang

ditanggung oleh tiang itu adalah 615 kN manakala keupayaan tiang tersebut

hanyalah 473 kN.

Semakan rekabentuk yang telah dijalankan pada struktur rasuk bangunan juga

telah mendapati bahawa beban yang ditanggung telah melebihi keupayaan

rasuk tersebut di beberapa kawasan.

- 53 -

6.1.3 Keupayaan Asas Bangunan

Ujian pengorekkan (trial pit) yang dijalankan pada tapak bangunan telah

mendapati terdapat beberapa cerucuk kayu yang telah reput. Pereputan ini

dikhuatiri boleh mengurangkan keupayaan cerucuk sedia ada untuk

menanggung beban bangunan berbanding keupayaan cerucuk asal.

Selain itu, didapati terdapat kerja pengubahsuaian rumah yang telah dilakukan

oleh kebanyakkan penghuni. Penambahan beban dari kerja pengubahsuaian

rumah penghuni bangunan tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan

cerucuk sedia ada yang telah reput.

6.2 Kesimpulan

Dari penyiasatan yang dilakukan, JKR mendapati punca kegagalan tiang yang

berlaku di dalam unit rumah 4-1-12 ini adalah disebabkan oleh beberapa

faktor yang saling berkaitan iaitu :

• Pereputan cerucuk kayu di bawah beberapa tiang yang bersebelahan

dengan tiang yang patah. Pereputan cerucuk kayu menyebabkan

cerucuk tersebut gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan

pemendapan berlaku pada tiang-tiang bersebelahan dengan tiang yang

patah. Pemendapan yang tidak seragam ini (differential settlement)

telah menyebabkan tiang tersebut patah.

• Tiang-tiang di dalam rumah berkenaan juga didapati sedang

menanggung bebanan berlebihan berbanding beban rekabentuk yang

dianggarkan. Bebanan berlebihan ini mungkin dihasilkan oleh kerja

pengubahsuaian rumah oleh penghuni-penghuni bangunan tersebut.

• Selain itu, nilai kekuatan konkrit sebenar pada tiang yang patah

tersebut juga didapati kurang dari kekuatan rekabentuk yang

dianggarkan.

- 54 -

6.3 Syor Tindakan

Berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi sehingga kini dan keadaan semasa

bangunan tersebut, tahap integriti dan keselamatan bangunan Blok 4 tersebut

adalah diragui dan pihak JKR Malaysia membuat kesimpulan bahawa

bangunan flat Blok 4 yang terlibat adalah TIDAK SElAMAT untuk dihuni.

Sehubungan dengan itu, JKR mensyorkan supaya kaedah-kaedah berikut

dilaksanakan ke atas bangunan flat Blok 4 tersebut samada :

ALTERNATIF I - Melaksanakan kerja-kerja pembaikan iaitu :

1) Kerja-kerja ‘Underpinning’ kepada semua tiang tingkat bawah

DAN JUGA

2) Pengukuhan tambahan (re-strengthening) kepada semua tiang dan

rasuk

- Kerja-kerja ‘underpinning’ perlu dilakukan kepada semua tiang tingkat

bawah untuk menyokong cerucuk yang telah reput. Secara konsepnya,

untuk menjalankan kerja ‘underpinning’ ini, keseluruhan dinding dan

lantai di dalam unit-unit rumah di tingkat bawah (aras tanah) perlu

dipecahkan dan dibina semula. Sebahagian kaki lima (apron) bangunan

juga perlu dipecahkan dan dibina semula untuk membolehkan kerja

‘underpinning’ dijalankan pada tiang luar bangunan. Namun begitu,

lukisan perincian pembinaan (detail construction drawing) hendaklah

disediakan oleh jurutera rekabentuk yang bertauliah dengan disokong oleh

maklumat ujian penyiasatan tapak, ujian kekuatan tanah dan sebagainya.

Adalah di anggarkan kos untuk kerja-kerja ‘underpinning’ adalah

berjumlah RM 4.8 juta.

- Selepas kerja ‘underpinning’ siap dijalankan, barulah kerja pengukuhan

tambahan (re-strengthening) pada semua tiang dan rasuk yang terdapat di

dalam bangunan itu (termasuk rasuk tanah dan stump) boleh dimulakan.

- 55 -

Secara konsepnya, untuk menjalankan kerja-kerja pengukuhan tambahan

(re-strengthening) ini, keseluruhan dinding di tingkat satu hingga empat

perlu dipecahkan dan dibina semula untuk membolehkan pengukuhan

struktur rasuk dan tiang dijalankan. Keseluruhan lantai tingkat bawah (aras

tanah) dan sebahagian kaki lima (apron) bangunan juga perlu dipecahkan

dan dibina semula untuk membolehkan kerja pengukuhan pada rasuk tanah

dan stump dijalankan.

Adalah dianggarkan kos untuk kerja-kerja pengukuhan tambahan (re-

strengthening) adalah berjumlah RM 1.1 juta.

- Bangunan itu perlu dikosongkan sehingga kerja pembaikan tersebut selesai

dijalankan.

- Jumlah kos ‘underpinning’ dan pengukuhan tambahan ialah RM 5.9 Juta

- Kos luar jangkaan semasa kerja-kerja pembaikan ini dijalankan

dianggarkan 10% daripada kos ‘underpinning’ dan pengukuhan tambahan

- Maka kos keseluruhan alternatif I ialah RM 6.49 Juta.

ATAU; ALTERNATIF II - Meroboh dan membina semula bangunan flat Blok 4

tersebut

- Bangunan flat Blok 4 yang terlibat dirobohkan dan dibina semula

mengikut pelan asal. Rekabentuk asas dan rekabentuk struktur perlu

disemak berdasarkan maklumat sebenar di tapak tersebut sebelum rumah

tersebut dibina semula.

- Oleh kerana flat yang akan dibina ini adalah rumah flat kos rendah, jadi

anggaran kos bagi 1 unit adalah sebanyak RM30,00.00. (TIDAK termasuk

kerja penanaman cerucuk)

- 56 -

- Andaikan kos kerja cerucuk ialah 30% daripada RM 30,000.00 iaitu

bersamaan RM9,000.00

- Manakala anggaran kos untuk kerja perobohon adalah RM 10,000.00 per

unit rumah.

- Maka kos roboh dan bina semula bangunan flat (TERMASUK kerja

penanaman cerucuk) untuk setiap unit rumah ialah RM49,00.00

- Oleh yang demikian kos keseluruhan alternatif II adalah seperti berikut:

64 unit rumah x RM49,000.00 = RM 3.136 Juta.

- Katakan kos alternatif II ialah RM 3.5 Juta

Oleh kerana alternatif I melibatkan kerja-kerja yang begitu rumit iaitu

perobohan keseluruhan dinding serta memerlukan kos yang begitu banyak maka

adalah wajar alternatif II dipilih kerana ia lebih praktikal dan ekonomikal.