Selamat Hari Malaysia -...

6
Selamat Hari Malaysia Hari Malaysia tidak selalunya dirayakan dengan bersemangat di Semenanjung Malaysia. Malah, ramai yang tidak menyedari kepentingan hari bersejarah ini, kecuali Sabah dan Sarawak. Sukatan pelajaran sejarah di sekolah juga tidak banyak menyebutnya, dan dengan sengaja melenyapkan Singapura dari penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Selama beberapa dekad, Sabah dan Sarawak hanya disebut sepeintas lalu dalam buku teks sekolah kita. Tetapi masa telah berubah. Sabah dan Sarawak telah menjadi sebahagian daripada kesedaran Malaysia yang tidak dapat dinafikan, dan kini merupakan salah satu isu politik paling hangat di negara ini. Ini adalah hasil dari pergolakan politik pasca pilihanraya umum 2008 dan 2013. Kedua-dua negeri di Borneo ini menjadi “simpanan tetap” yang menyebabkan perhatian besar kini diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2010, Hari Malaysia menjadi cuti umum rasmi di Malaysia. Sebelum itu, ia hanya dirayakan oleh Sabah dan Sarawak. Atas sebab-sebab tertentu, terutamanya politik, kesedaran Borneo telah meningkat. Ramai orang di Semenanjung Malaysia tiba-tiba menyedari bahawa sebenarnya ada satu lagi bahagian Malaysia di seberang laut, dipenuhi dengan orang sebenar dan kehidupan nyata, bukan hanya penari-penari yang berpakaian eksotik. Pada masa yang sama, rakyat Sabah dan Sarawak juga menjadi lebih sedar tentang sejarah mereka sendiri, dengan pergerakan di akar umbi yang cuba memelihara warisan budaya dan hak mereka. Ada banyak rakyat di Semenanjung yang boleh belajar dari Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian etnik Sabah dan Sarawak sangat mengagumkan, berbanding dengan hanya Melayu, Cina, India, serakan Prang Asli dan lain-lain di Semenanjung Malaysia. Sarawak mempunyai kira-kira 35 kumpulan etnik dan Sabah mempunyai sekurang-kurangnya 42. Perkahwinan campur telah mewujudkan pelbagai etnik yang lebih besar seperti Sino-Natives. Kepelbagaian kaum juga mendatangkan kepelbagaian agama. Sekali lagi, ada kepercayaan yang rakyat di Semenanjung ketahui, tetapi ada banyak yang mereka tidak tahu. Isu “Allah” yang muncul semula pada minggu-minggu kebelakangan ini merupakan contoh terbaik tentang betapa jahilnya Semenanjung Malaysia. Untuk mengambil hati “negeri-negeri simpanan tetap”, kerajaan cuba menangani kepelbagaian ini dengan mempunyai dua sistem. Selepas mahkamah memutuskan kalimah “Allah” adalah eksklusif kepada Islam, bantahan yang ditunjukkan oleh Sabah dan Sarawak telah membuat kerajaan membenarkan penggunaan “Allah” oleh umat Kristian di Borneo. Hakikatnya, mereka telah pun menggunakan kalimah “Allah” untuk jangka masa yang lama, jauh sebelum Malaysia dibentuk, seperti yang terdapat dalam Alkitab Bahasa Melayu dan bahasa tempatan mereka. “Penyelesaian” itu adalah sesuatu yang janggal, kerana orang menggunakan Alkitab sama ada mereka berada di Sabah, Sarawak ataupun di Semenanjung! Selain itu, peningkatan hubungan antara kedua- dua bahagian Malaysia ini juga bermakna lebih ramai rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja atau tinggal di Semenanjung Malaysia. Rakyat di Semenanjung Malaysia perlu belajar sikap toleransi dan rendah hati orang Sabah dan Sarawak, di mana pertembungan perkauman dan agama jarang berlaku. Tetapi ini adalah satu perjalanan yang panjang. Masih banyak ketidaktahuan dan kejahilan di kalangan orang Semenanjung tentang bagaimana orang di Sabah dan Sarawak hidup, dan berapa jauh mereka ketinggalan dari segi ekonomi. Ini mungkin kerana keluasan geografi yang besar dan pengabaian. Sebahagian besar kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kemudahan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia di bandar: air bersih, jalan raya, elektrik dan sekolah. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menangani isu-isu ini, tetapi hubungan yang sempurna dan tepat antara Malaysia Timur dan Barat harus berjalan lancar. Integrasi nasional juga bermakna belajar lebih banyak mengenai Sabah dan Sarawak, dan merangkul kedua-dua negeri ini sebagai rakan kongsi penuh. Sabah dan Sarawak akan menentukan masa depan Malaysia. Bukankah layak bagi Semenanjung lebih memberi perhatian kepada mereka? Selamat Hari Malaysia! Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Transcript of Selamat Hari Malaysia -...

Selamat Hari Malaysia

Hari Malaysia tidak selalunya dirayakan dengan bersemangat di Semenanjung Malaysia. Malah, ramai yang tidak menyedari kepentingan hari bersejarah ini, kecuali Sabah dan Sarawak. Sukatan pelajaran sejarah di sekolah juga tidak banyak menyebutnya, dan dengan sengaja melenyapkan Singapura dari penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Selama beberapa dekad, Sabah dan Sarawak hanya disebut sepeintas lalu dalam buku teks sekolah kita. Tetapi masa telah berubah. Sabah dan Sarawak telah menjadi sebahagian daripada kesedaran Malaysia yang tidak dapat dinafikan, dan kini merupakan salah satu isu politik paling hangat di negara ini. Ini adalah hasil dari pergolakan politik pasca pilihanraya umum 2008 dan 2013. Kedua-dua negeri di Borneo ini menjadi “simpanan tetap” yang menyebabkan perhatian besar kini diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2010, Hari Malaysia menjadi cuti umum rasmi di Malaysia. Sebelum itu, ia hanya dirayakan oleh Sabah dan Sarawak. Atas sebab-sebab tertentu, terutamanya politik, kesedaran Borneo telah meningkat. Ramai orang di Semenanjung Malaysia tiba-tiba menyedari bahawa sebenarnya ada satu lagi bahagian Malaysia di seberang laut, dipenuhi dengan orang sebenar dan kehidupan nyata, bukan hanya penari-penari yang berpakaian eksotik. Pada masa yang sama, rakyat Sabah dan Sarawak juga menjadi lebih sedar tentang sejarah mereka sendiri, dengan pergerakan di akar umbi yang cuba memelihara warisan budaya dan hak mereka. Ada banyak rakyat di Semenanjung yang boleh belajar dari Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian etnik Sabah dan Sarawak sangat mengagumkan, berbanding dengan hanya Melayu, Cina, India, serakan Prang Asli dan lain-lain di Semenanjung Malaysia. Sarawak mempunyai kira-kira 35 kumpulan etnik dan Sabah mempunyai sekurang-kurangnya 42. Perkahwinan campur telah mewujudkan pelbagai etnik yang lebih besar seperti Sino-Natives. Kepelbagaian kaum juga mendatangkan kepelbagaian agama. Sekali lagi, ada kepercayaan yang rakyat di Semenanjung ketahui, tetapi ada banyak yang mereka tidak tahu. Isu “Allah” yang muncul semula pada minggu-minggu kebelakangan ini merupakan contoh terbaik tentang betapa jahilnya Semenanjung Malaysia. Untuk mengambil hati “negeri-negeri simpanan tetap”, kerajaan cuba menangani kepelbagaian ini dengan mempunyai dua sistem. Selepas mahkamah memutuskan kalimah “Allah” adalah eksklusif kepada Islam, bantahan yang ditunjukkan oleh Sabah dan Sarawak telah membuat kerajaan membenarkan penggunaan “Allah” oleh umat Kristian di Borneo. Hakikatnya, mereka telah pun menggunakan kalimah “Allah” untuk jangka masa yang lama, jauh sebelum Malaysia dibentuk, seperti yang terdapat dalam Alkitab Bahasa Melayu dan bahasa tempatan mereka. “Penyelesaian” itu adalah sesuatu yang janggal, kerana orang menggunakan Alkitab sama ada mereka berada di Sabah, Sarawak ataupun di Semenanjung! Selain itu, peningkatan hubungan antara kedua-dua bahagian Malaysia ini juga bermakna lebih ramai rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja atau tinggal di Semenanjung Malaysia. Rakyat di Semenanjung Malaysia perlu belajar sikap toleransi dan rendah hati orang Sabah dan Sarawak, di mana pertembungan perkauman dan agama jarang berlaku. Tetapi ini adalah satu perjalanan yang panjang. Masih banyak ketidaktahuan dan kejahilan di kalangan orang Semenanjung tentang bagaimana orang di Sabah dan Sarawak hidup, dan berapa jauh mereka ketinggalan dari segi ekonomi. Ini mungkin kerana keluasan geografi yang besar dan pengabaian. Sebahagian besar kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kemudahan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia di bandar: air bersih, jalan raya, elektrik dan sekolah. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menangani isu-isu ini, tetapi hubungan yang sempurna dan tepat antara Malaysia Timur dan Barat harus berjalan lancar. Integrasi nasional juga bermakna belajar lebih banyak mengenai Sabah dan Sarawak, dan merangkul kedua-dua negeri ini sebagai rakan kongsi penuh. Sabah dan Sarawak akan menentukan masa depan Malaysia. Bukankah layak bagi Semenanjung lebih memberi perhatian kepada mereka?

Selamat Hari Malaysia!

Warta Suku Tahun yang menghubungkan pelayanan penerbitan dan gereja BM

Menjambatani Komuniti Kristian

Kisah Sepasang Kasut Nama saya Jusilee* (bukan nama sebenar), seorang pelajar tahun akhir di Sekolah Alkitab. Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga pagan dan membesar dengan mendengar semua doa-doa pemujaan yang dilakukan oleh ibu saya ketika dia merawat pesakitnya. Dia seorang bobolian Rungus. Bau kamburongoh (sejenis rumput) yang dibakarnya semasa upacara itu selalu memenuhi rumah kami.

Sebuah kampung di Sabah Kamburongoh & Bobolian

Keluarga kami sangat miskin. Apabila saya masih kecil, nasi dan garam adalah isu utama kerana keluarga saya terpaksa bekerja keras untuk mencari makan. Kami biasa makan ubi kayu dicampur dengan beras dan apa juga hasil hutan yang kami dapati. Pendapatan sampingan sebagai bobolian tidak banyak membantu keluarga kami kerana penduduk kampung tidak mempunyai wang tunai. Mereka membayar perkhidmatan ibu saya dengan ubi kayu. Ayah saya juga mempunyai masalah dengan alkohol.

Ketika kami adik-beradik bersekolah, kami tidak mempunyai kemewahan untuk memiliki kasut sekolah atau selipar. Kami pergi ke sekolah berkaki ayam. Beg sekolah kami adalah beg plastik (atau dipanggil bahai). Saya mempunyai 10 orang adik beradik dan saya bernasib baik kerana saya tidak perlu berhenti sekolah seperti abang kakak saya yang lebih tua. Pada akhir 1980-an ketika di sekolah menengah, saya tinggal di Asrama PCS. Saya mendapat sepasang kasut sekolah pertama saya ketika berada di Tingkatan 1, dan kasut itu menemani saya dengan setia hingga saya tamat sekolah menengah. O ya, pada masa saya tingkatan 4, mereka sedikit

kecil untuk kaki saya.. Semasa di asrama itulah saya mula menghafal Doa Bapa Kami, Pengakuan Iman Rasuli dan mendengar Firman Allah. Saya dibaptis semasa saya menginap di asrama. Walaupun saya telah dibaptiskan, saya masih hidup dalam dosa; Saya menipu orang, mencuri, dan ingkar kepada ibu bapa. Keadaan rohani saya mengingatkan saya pada kasut saya ... Saya memakai kasut hanya apabila saya bersama orang lain, untuk dilihat walaupun tapaknya sudah bocor!

Apabila saya tamat sekolah pada tahun 1992, saya pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan. Saya menggunakan gaji bulan pertama saya untuk membeli sepasang kasut sukan (yang dikenali sebagai adidas kampung). Selama 5 tahun saya bekerja di pelbagai tempat di Sabah. Kemudian saya berpindah ke Semenanjung pada tahun 1997 dan bekerja di sebuah kilang di Pelabuhan Kelang. Saya memakai sepasang kasut but kerja ketika saya bekerja di kilang. Saya pindah ke Genting Highlands pada tahun 2010, dan pekerjaan saya menuntut saya memakai kasut kerja yang betul. Saya membeli sepasang kasut dari kedai Bata. 15 tahun bekerja di Semenanjung memberi saya satu gaya hidup yang lebih berkualiti. Tetapi saya jauh dari Tuhan. Jadual kerja saya sangat padat sehingga saya tidak dapat pergi ke gereja pada hari Ahad. Selain itu, saya tinggal bersama sekumpulan orang Kristian dari Sabah dan Sarawak yang sama hanya Kristian kulit seperti saya.

Adidas kampung Kasut kerja yang murah

Suatu hari Selasa, ketika saya berada di Kuala Lumpur pada hari rehat saya, seorang pengemis berkaki ayam dengan beg plastik melalui di hadapan saya. Tiba-tiba saya teringat kami adik-beradik pergi ke sekolah tanpa alas kaki dengan buku-buku kami di dalam beg plastik. Tuhan mengingatkan saya bagaimana saya mengenali Tuhan yang hidup ketika saya berada di sekolah menengah. Pada hari itu saya kembali ke Genting dengan jutaan rasa dalam fikiran saya. Saya kembali ke kuarters pekerja dan mula mencari Alkitab saya. Hanya Tuhan saja yang tahu bilakah kali terakhir saya membuka dan membaca Alkitab saya!

Tahun 2013 adalah tahun pergumulan yang hebat ketika saya mempertimbangkan untuk berhenti kerja dan kembali ke Sabah. Selepas setahun berdoa, akhirnya Tuhan membawa saya kembali ke kampung. Ketika itu saya sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Kami tidak mempunyai rumah dan kami tinggal sementara dengan ibu bapa saya. Saudara-saudara saya membantu saya membina sebuah rumah untuk kami yang kami duduki beberapa bulan kemudian. Saya bersyukur kepada Tuhan untuk isteri saya yang setia berdoa ketika saya berada di gurun belantara.

Saya mula pergi ke gereja dan akhirnya mula aktif dalam kegiatan gereja. Saya berharap untuk menjadi pastor. Saya mendaftar di Sekolah Alkitab, walaupun saya tidak tahu bagaimana saya boleh membiayai pengajian saya. Apa yang ada di fikiran saya ialah keperluan untuk dilengkapi bagi pelayanan, dan harapan akan ada perubahan dalam kehidupan rohani keluarga saya.

Sebagai seorang pelajar Sekolah Alkitab, saya masih perlu menanggung perbelanjaan hidup harian keluarga saya - untuk makanan dan keperluan anak-anak saya yang bersekolah. Saya melangkah ke sekolah Alkitab dengan perasaan bercampuran. Namun dengan iman saya percaya kepada apa yang Tuhan katakan dalam Markus 11:22-24, "Percayalah kepada Allah! Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa berkata kepada gunung ini: Beranjaklah dan tercampaklah ke dalam laut! asal tidak bimbang hatinya, tetapi percaya, bahwa apa yang dikatakannya itu akan terjadi, maka hal itu akan terjadi baginya. Karena itu Aku berkata kepadamu: apa saja yang kamu minta dan doakan, percayalah bahwa kamu telah menerimanya, maka hal itu akan diberikan kepadamu.” Saya tidak mau membiarkan masalah menghalang saya daripada masuk ke Sekolah Alkitab dan menjawab panggilan Tuhan. Saya akan menjadi seorang hamba yang setia dan akan bekerja keras untuk memberitakan Injil kepada ramai orang. Semoga Tuhan kita dimuliakan!

*Nota: Jusilee akan tamat pengajian pada Disember ini dan akan melayani sebagai seorang penginjil tahun depan. Dia memerlukan beberapa tahun lagi sebelum dia dapat ditahbiskan sebagai seorng pendeta. Pengajiannya di Sekolah Alkitab ditaja oleh satu kelompok sel sebuah gereja di PJ melalui Inisiatif Sikhem kami. Pada Krismas tahun lalu, dia membeli 3 pasang kasut baru untuk anak-anaknya. “Betapa indahnya kelihatan dari puncak bukit-bukit kedatangan pembawa berita, yang mengabarkan berita damai dan memberitakan kabar baik, yang mengabarkan berita selamat dan berkata kepada Sion: ‘Allahmu itu Raja!’” (Yesaya 52: 7)

Terima kasih kepada semua individu, kelompok sel dan gereja, yang menaja 37 pelajar Sekolah Alkitab tahun ini, melalui Inisiatif Sikhem Wawasan Penabur. Tuhan memberkati anda untuk kemitraan anda dalam pelayanan ini.

Menjambatani Komuniti Kristian

Kenapa Dia Tidak Memakai Kasut? Seperti pelajar Sabah lain di Pulau Banggi, Kudat, Nawi, seorang budak lelaki Dusun Bonggi, mengambil masa empat jam sehari untuk pergi balik ke sekolah. Para pelajar di pedalaman perlu menyeberangi hutan, kadang-kadang bersendirian, seawal pukul 5 pagi supaya dapat sampai ke sekolah sebelum jam 7 pagi. Dan mereka berjalan kaki tanpa alas kaki.

Mengapa mereka tidak memakai kasut semasa berjalan melalui hutan? Kasut dianggap satu kemewahan bagi para pelajar di sini. Sangat sukar untuk mendapatkan kasut jika tanpa bantuan dari sekolah. Jadi, untuk memanjangkan hayat kasut, kebanyakan pelajar akan menanggalkan kasut mereka dan berjalan kaki ayam ulang-alik ke sekolah. Bagi mereka, kasut sangat berharga dan hanya dipakai di sekolah. Namun kemiskinan dan kesukaran pengangkutan tidak melunturkan semangat mereka untuk menuntut pendidikan. Bolehkah anda bayangkan berjalan dalam kegelapan, seawal pukul 5 pagi, ke sekolah tanpa alas kaki? Lain kali, bila anda atau gereja anda melakukan perjalanan misi jangka pendek ke pedalaman Sabah dan Sarawak, pertimbangkan untuk membawa kasut-kasut sekolah. Itu benar-benar akan memberkati mereka!

Visi Wawasan Penabur

Menabur, menanam dan menyebar bahan sumber Kristian yang terbaik di kalangan umat Kristian

berbahasa Malaysia di Malaysia

Alamat Surat-Menyurat: P.O.Box: 8327, Pejabat Pos Kelana Jaya,

46787 Petaling Jaya, SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987

Email: [email protected] Laman Web: wawasanpenabur.org

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Buku Baru: Eksposisi Khutbah

Adakah anda percaya bahawa kita bertanggungjawab untuk membina sebuah gereja yang sihat? Yesus memerintahkan kita memuridkan orang (Matius 28:18-20). Dalam Kitab Yudas, kita dinasihati untuk bertumbuh dalam iman kita (Yudas 20-21). Petrus menyeru agar kita menggunakan pelbagai kurnia kita untuk melayani orang lain (1 Petrus 4:10). Paulus memberitahu kita untuk bercakap benar dalam kasih supaya gereja dapat menjadi matang (Efesus 4:13). Eksposisi Khutbah adalah buku terbaru dalam Siri Kupasan Alkitab kami. Ia ditulis untuk pengkhutbah dan pengkhutbah dalam latihan. David Helm memberi garis besar apa yang membuat seorang ekspositor Firman Allah yang setia.

David Helm menulis, “Meskipun buku ini dapat memperkenalkan eksposisi khutbah dengan secukupnya, harapan saya adalah mereka yang berkhutbah atau mengajar Alkitab akan mendapati bahawa buku ini menawarkan satu panduan berguna untuk menilai apa yang anda lakukan sekarang. Ia adalah seperti satu tindakan susulan, sebagai

satu jalan untuk memberi anda peluang untuk bertanya kepada diri sendiri, ‘Adakah ini yang saya sedang lakukan? Adakah saya membawa keluar apa yang dimaksudkan dalam Firman Allah? Adakah saya lakukan demi merendahkan hati mereka yang mendengar, meninggikan Sang Penyelamat, dan menggalakkan kekudusan dalam kehidupan mereka yang mendengar pada masa kini?’” Buku ini boleh didapati dari Wawasan Penabur dan KVBC dengan harga RM 20.

Menabur Bahan Sumber BM Kristian

Kempen “Setiap Murid Kristian Adalah Murid Kristus”

Keperluan Mendesak Larry adalah seorang remaja Iban berusia 17 tahun yang telah berhenti sekolah beberapa tahun lalu. Dia memutuskan bahawa dia lebih suka bekerja sebagai seorang pemandu lori di sebuah ladang kelapa sawit. Lagipun, dia tidak melihat alasan untuk meneruskan pendidikan menengahnya, dan lebih suka mendapatkan wang di luar bilik darjah sekolah. Dia berasal dari sebuah rumah panjang Kristian, tetapi sangat nominal. Larry menghabiskan masa luangnya di telefon pintarnya supaya dia tetap dapat berhubung dengan rakan-rakannya melalui dunia maya, sementara Bup Kudusnya itu tersimpan rapi di rak buku di dalam biliknya. Ketika ditanya, “Kenapa kamu tidak membaca Bup Kudus kamu?” Larry menggelengkan kepala dan berkata dengan tegas, “Ini terlalu tebal dan penuh dengan kata-kata” sebelum kembali ke telefon pintarnya yang dibanjiri dengan mesej-mesej Whatapps. Di seberang sempadan, di Ranau, Sabah, Julius mewakili 27% penduduk Kristian di Sabah, di mana nominalisme adalah ancaman dalaman terbesar kepada Gereja. Mereka adalah generasi Kristian kedua, ketiga, dan keempat yang tidak mempunyai hubungan peribadi dengan Tuhan. Gereja hanyalah bangunan yang akan dilawati sekali atau dua kali setahun, pada hari Paskah dan Krismas. Tidak hairanlah pergerakan dakwah Islam begitu berjaya di kalangan anak muda, terutama di kalangan pelajar sekolah menengah.

Cabaran Era Digital Suka atau tidak, kita hidup dalam dunia yang terkait hari ini. Kanak-kanak dan orang dewasa menikmati banyak “masa skrin” dengan kelekaan paparan peranti mudah alih, sama ada telefon pintar, tablet, komputer atau duduk di hadapan TV. Orang Kristian juga tidak kebal dengan fenomena ini, dan adakah ia menghairankan bahawa Alkitab tidak lagi mendapat “masa skrin” yang banyak jika dibandingkan dengan telefon pintar? Ini tidak terhad kepada penduduk bandar sahaja, kerana banyak belia dari kawasan pedalaman di hutan Borneo, juga memiliki telefon pintar yang dilengkapi dengan sambungan data untuk memastikan mereka terkait dengan rangkaian sosial setiap kali mereka pergi ke bandar.

Penat Mencari Bahan Mengajar Sekolah Minggu?

Tidak perlu cari jauh-jauh… Lapan Permata ialah satu set 18 buku panduan mengajar untuk kurikulum 8 tahun (dari

kelas tadika hingga Darjah 6), meliputi 95% Alkitab.

Lapan Permata boleh didapati dari Wawasan Penabur dengan harga RM 25/buku atau RM 450/set.

Jika generasi muda kita tidak mempunyai tabiat membaca Alkitab, bagaimanakah iman mereka akan dibentuk pada masa depan? Mungkin kita perlu menambat hati para belia dengan cara yang berbeza untuk membantu mereka menemui kegembiraan dan keajaiban dalam membaca surat cinta dari Tuhan kepada dunia, Alkitab. Dan salah satu cara adalah dengan menggunakan format visual yang lebih menarik dengan memasukkan gambar-gambar serta sedikit anekdot dalam Kitab Suci.

Komik Singa Yehuda

Singa Yehuda adalah sebuah buku komik Injil Markus setebal 130 halaman. Kita tidak mahu menerbitkan satu lagi Injil Markus bergambar - kita mahu menarik perhatian para pembaca untuk percaya dan yakin bahawa Firman Tuhan hidup dan berkuasa (Ibrani 4:12) dan bahawa Firman Tuhan kekal selama-lamanya (1 Petrus 1:25). Firman Allah mempunyai kuasa untuk mengubah hidup kanak-kanak dan orang dewasa!

Untuk mengedarkan komik ini di kalangan pelajar sekolah, kolej dan universiti, kami telah melancarkan kempen "Setiap Murid Kristian Adalah Murid Kristus". Doa kami adalah semoga buku ini akan membantu kita memahami, mengingati dan menerapkan pengajaran Yesus dalam kehidupan kita. Sama seperti doa Yesus kepada Bapa untuk kita semua, “Sucikanlah mereka dengan kebenaran-Mu; Firman-Mu adalah kebenaran.” (Yohanes 17:17)

Mengapa Singa Yehuda? Secara tradisi, singa bersayap adalah lambang kepada Markus kerana Injilnya bermula dengan Yohanes Pembaptis, “satu suara berseru di gurun” (Markus 1:3) yang dikatakan seperti bunyi auman singa. Singa juga merupakan satu lambang kerajaan diraja, dan Markus menceritakan darjat diraja Yesus.

“Singa Yehuda” adalah salah satu gelaran untuk Yesus. Janji Allah kepada-Nya dinubuat ketika Yakub memberkati anaknya yang keempat, “Yehuda, kamu laksana seekor singa...cokmar kuasa tidak akan berpindah daripada Yehuda, mahupun tongkat kerajaan daripada di antara kakinya, hingga datang Dia yang berhak atasnya; kepadanyalah bangsa-bangsa akan tunduk.” (Kejadian 49:9a, 10).

Satu hari nanti, apabila Yesus kembali untuk kali kedua sebagai Hakim dunia, Wahyu 5:5 menyatakan, “Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, Tunas Daud, telah menang. Dia dapat membuka gulungan naskhah itu dan memecahkan tujuh materai dan membuka gulungan naskhah itu.” Anak Domba yang bersemayam di sebelah kanan Yang Maha Kuasa itu layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, kehormatan, kemuliaan dan puji-pujian (Wahyu 5:12) kerana “dengan darah kematian-Mu Engkau telah menebus untuk Allah manusia daripada segala suku, bahasa, kaum, dan bangsa. Engkau telah menjadikan mereka suatu kerajaan dan imam-imam Allah untuk menyembah Allah kita dan memerintah di bumi.” (Wahyu 5:9-10)

Dalam Injil Markus, Yesus dan murid-murid-Nya melakukan semua perkara dengan serta-merta dan segera. Mereka bertindak sepantas singa termasuk semasa mereka dalam keadaan tergesa-gesa. Walaupun banyak sifat kemanusiaan Yesus ditunjukkan dalam Injil Markus — seperti ungkapan kemarahan-Nya, kesedihan-Nya, dan belas kasihan-Nya — maksud utama Markus adalah untuk mendorong orang Kristian untuk mengenal Yesus sebagai Anak Allah, Sang Penyelamat (Mesias), dan untuk membantu mereka untuk tetap teguh dalam iman mereka semasa menghadapi penganiayaan dan ancaman lain. Dia mahu para pembacanya memahami apa yang dimaksudkan sebagai menjadi seorang murid Yesus. Buku ini dijual dengan harga durian runtuh pada RM 2 sebuah.

Kami telah melawat dan membawa ratusan buku ke dua buah Sekolah Alkitab pada bulan Ogos lalu: Maktab Injil Malaysia di Lawas dan Luther Seminary di Kudat, Sabah.

Kunjungan juga dibuat ke PCS Pusat.

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Membangun kesedaran dan menggalang dana.

Saya percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang.

Saya ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif

ini supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan

gereja BM melalui tenaga, dana dan doa.

Terlibat dalam projek penulisan &

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis,

penterjemah dan penerbit yang lain.

Menyumbang kepada “Kempen Satu Anak Kristian

Satu Alkitab” untuk kanak-kanak Gereja BM Orang Asli,

Sabah dan Sarawak

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Mensponsor pekerja sepenuh masa atau pelajar Sekolah

Alkitab di pedalaman melalui “Inisiatif Sikhem”

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

Nombor Telefon : _______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat)

_______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax)

Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd”

Bank-in: Akaun Maybank: 5623 6663 2813

* Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.

Badan Penasihat

Badan Pengurus (Penabur)

Rev Danil Raut

Rev Datuk Jerry Dusing

Rev Wong Fong Yang

Lim Heng Seng

Menyumbang untuk projek “Singa Yehuda” bagi

mencetak dan menyebar komik Injil dan Apologetika

kepada pelajar dan muda mudi.

Chow Chee Yan

Alfred R. Tais

Roshan Thiran

Randy Singkee