Bab 3 Ayat Perintah

8
14 14 BAB 3 AYAT PERINTAH Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu, dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut: (i) Ayat Suruhan (ii) Ayat Larangan (iii) Ayat Silaan (iv) Ayat Permintaan 3.1 Ayat Suruhan Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Yang berikut ialah contoh-contoh ayat suruhan: 1 Pukul ular itu. 2 Pergi dari sini! 3 Ambilah wang ini. 4 Pergilah dari sini. 5 Menangislah sepuas-puas hati. 3.2 Ayat Larangan Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh: 1 Jangan duduk di sini. 2 Usah dikenangkan lagi perkara itu. 3 Janganlah menangis. Bahagian Dua: Ayat

Transcript of Bab 3 Ayat Perintah

BAB 3AYAT PERINTAH

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu, dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:

(i) Ayat Suruhan(ii) Ayat Larangan(iii) Ayat Silaan(iv) Ayat Permintaan

3.1 Ayat SuruhanAyat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Yang berikut ialah contoh-contoh ayat suruhan:1 Pukul ular itu.2 Pergi dari sini!3 Ambilah wang ini.4 Pergilah dari sini.5 Menangislah sepuas-puas hati.

3.2 Ayat LaranganAyat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh:1 Jangan duduk di sini.2 Usah dikenangkan lagi perkara itu.3 Janganlah menangis.4 Usahlah kaupedulikan dia.5 Dilarang merokok.6 Ditegah berludah di sini.

3.3 Ayat SilaanAyat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti dalam contoh-contoh yang berikut:

1 Sila datang ke rumah saya.2 Jemput masuk.3 Silalah datang ke rumah saya.4 Jemputlah masuk.

3.4 Ayat PermintaanAyat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan, seperti dalam contoh-contoh berikut:1 Minta tuan benarkan kami masuk.2 Minta semua murid bertenang.3 Tolong selesaikan tugasan ini.4 Tolong tutup tingkap segera.

3.5 Kesalahan Lazim / Contoh

(i) Tolong jangan menangis. (ii) Minta jangan buat bising di dalam. (iii) Sila jangan merokok.(iv) Minta jemput masuk.(v) Sila jemput minum.(vi) Usah jangan kamu beritahu dia,(vii) Sila jemput datang ke rumah saya.(viii) Minta tolong kamu datang pada hari esok.(ix) Usah jangan ambil harta orang lagi.(x) Minta jangan berludah di sini.

3.6 Rumus

Jenis-jenisAyat PerintahPenggunaanAyat contoh

Ayat SuruhanDalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Walau bagaimanapun, untuk tujuan penegasan, subjek boleh diucapkan.

Ayat-ayat suruhan boleh menggunakan partikel -lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat. Seperti dengan konstituen yang menerima partikel -kah, konstituen yang menerima partikel -lah pun mengalami proses pendepanan.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN-, awalan itu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini. Dalam konstruksi ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tidak boleh digugurkan.

Pergi dari sini!Pujuk budak itu.

Pergilah dari sini.Ambillah wang ini.

Tengoklah barang-barang ini.

Menjeritlah sedayamu.

Ayat LaranganAyat larangan dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel -lah. Ada sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima -lah.

Janganlah berlari-lari di sini.Usahlah kaupedulikan dia.

Dilarang merokok.Ditegah berludah di sini.

Ayat SilaanSeperti ayat-ayat lain juga, ayat-ayat silaan boleh dilembutkan dengan penggunaan partikel penegas -lah.

Silalah makan kuih ini.Jemputlah duduk.

Ayat Permintaan Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu contoh-contoh ayat berikut tidak dianggap betul. Bentuk ayat larangan bagi contoh ini.

Ayat-ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya.Tolong jangan bising.Sila jangan merokok.

Jangan bising.Jangan merokok.

Harap jangan bising.Harap jangan merokok.

.

3.7 Latihan Pengukuhan3.7.1 Kenal pasti kesalahan-kesalahan penggunaan ayat perintah dalam ayat di bawah.(i) Awak usah jangan bersusah payah kerana saya.(ii) Sila jemput masuk ke dalam dengan senyap.(iii) Sila jemput datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.(iv) Minta tolong selesaikan masalah itu segera.(v) Tolong jangan mengganggu ibu lagi.(vi) Usah jangan merajuk.(vii) Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.(viii) Sila jemput minum.(ix) Kamu usah jangan melakukan perkara buruk itu lagi.(x) Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.

3.7.2 Betulkan kesalahan dalam ayat-ayat di bawah.(i) Awak usah jangan bersusah payah kerana saya.Awak usah bersusah payah kerana saya.Awak jangan bersusah payah kerana saya.(Penggunaan kata larangan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(ii) Sila jemput masuk ke dalam dengan senyap.Sila masuk ke dalam dengan senyap.Jemput masuk ke dalam dengan senyap.(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(iii) Sila jemput datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.Sila datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.Jemput datang ke rumah saya pada hari Ahad ini.(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(iv) Minta tolong selesaikan masalah itu segera.Minta selesaikan masalah itu segera.Tolong selesaikan masalah itu segera.(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(v) Tolong jangan mengganggu ibu lagi.Tolong mengganggu ibu lagi.Jangan mengganggu ibu lagi.(Penggunaan kata permintaan dan kata larangan tidak boleh hadir serentak dalam satu ayat.)

(vi) Usah jangan merajuk.Usah merajuk.Jangan merajuk.(Penggunaan kata larangan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(vii) Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.Tolong minta hantar segera skrip jawapan awak cepat.(Penggunaan kata permintaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(viii) Sila jemput minum.Sila minum.Jemput minum.(Penggunaan kata silaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(ix) Kamu usah jangan melakukan perkara buruk itu lagi.Kamu usah melakukan perkara buruk itu lagi.Kamu jangan melakukan perkara buruk itu lagi.(Penggunaan kata larangan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

(x) Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.Minta tolong bapa kamu datang berjumpa saya.(Penggunaan kata permintaan tidak boleh berulang dalam satu ayat.)

3.7.3 Nyatakan sama ada penggunaan ayat perintah dalam ayat di bawah ini betul atau salah.

(i) Harap jangan berlaku perkara buruk itu lagi.(ii) Tolong jangan kerap buat kesalahan. (iii) Tolong hantarkan buku latihan sebelum hari Rabu. (iv) Engkau tunggulah dia di sini.(v) Usah jangan disebut nama orang itu lagi.(vi) Janganlah dikenangkan lagi perkara buruk itu. (vii) Sila jemput datang ke majlis perkahwinan anak saya nanti.(viii) Sila buka tin itu perlahan-lahan. (ix) Minta tolong jelaskan yuran kelab dengan kadar segera.(x) Minta benarkan kami masuk.

Rumus jawapan.(i) Betul(ii) Salah(iii) Betul(iv) Betul(v) Salah(vi) Betul(vii) Salah(viii) Betul(ix) Salah(x) Betul

B

19