Bab 3 Metodologi

11
BAB IV METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pengenalan Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan kajian. Ia bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data untuk penyelidikan kajian yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak dicapai. Oleh itu, dalam bab ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah-kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis kajian yang dijalankan. 4.2 Kaedah kajian 27

description

Bab 3 Metodologi

Transcript of Bab 3 Metodologi

Page 1: Bab 3 Metodologi

BAB IV

METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan

Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan kajian. Ia

bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data untuk penyelidikan kajian yang

digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak dicapai.

Oleh itu, dalam bab ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah-kaedah kajian

yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki bagi menganalisis kajian

yang dijalankan.

4.2 Kaedah kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik dan temubual

terhadap responden yang terdiri daripada pihak kontraktor pembinaan. Pemerhatian

juga dilakukan terhadap tingkah laku dan amalan kerja yang dilakukan oleh pekerja

asing.

Izham (2000), menyatakan bahawa “banyak penyelidikan boleh dijalankan

dengan menggunakan borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden.

Antara kelebihan borang soal selidik ialah responden boleh mengambil masa yang

sesuai untuk menjawab soal selidik yang diterima dan ini akan memberikan

27

Page 2: Bab 3 Metodologi

maklumat yang lebih baik kepada penyelidik. Temubual pula amat sesuai digunakan

bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya jawapan yang diterima dalam borang

soal selidik kurang jelas. Sementara itu, kaedah pemerhatian pula sesuai digunakan

bagi merekod kejadian dan corak tingkah laku manusia tanpa menyoal atau

berkomunikasi.”

4.3 Populasi dan sampel kajian

Populasi kajian terdiri daripada syarikat kontraktor pembinaan perbagai saiz

yang terdapat di Johor Bahru. Persampelan rawak akan dilakukan terhadap syarikat

yang terdapat dalam populasi. Daripada pengumpulan data, didapati terdapat lebih

kurang 80 buah syarikat kontraktor pembinaan di kawasan kajian.

4.4 Kaedah pengumpulan data

a. Borang soal selidik

Borang soal selidik adalah berpandukan borang soal selidik daripada kajian

terdahulu seperti kajian Wan Rojiah (1995) dan Ahmad Fakhrul-Din (1995).

Bagaimanapun soalan-soalan tersebut akan diolah semula agar bersesuaian dengan

objektif kajian ini. Ianya merupakan kaedah utama bagi mendapatkan data daripada

responden. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada pihak kontraktor yang

telah dipilih melalui persampelan rawak.

b. Temubual

Disamping borang soal selidik, maklumat juga diperolehi dengan

menggunakan kaedah temubual secara terus dengan pihak kontraktor yang telah

dipilih. Kaedah ini dijalankan bagi individu yang tidak mempunyai masa atau kurang

faham untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik.

Soalan yang dikemukakan adalah sama seperti soalan dalam borang soal selidik.

28

Page 3: Bab 3 Metodologi

c. Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dijalankan di kawasan pembinaan yang melibatkan

pekerja asing dengan pengawasan penyelia tapak / projek. Pemerhatian yang

dilakukan adalah untuk melihat sendiri amalan kerja pekerja asing yang mungkin

akan memberi kesan kepada kualiti pembinaan dan persekitaran.

d. Sumber lain

Sumber lain merupakan maklumat yang diperolehi daripada buku rujukan,

majalah, jurnal, keratan akhbar dan kajian-kajian lepas. On-line database dan

internet database juga digunakan dalam pengumpulan data bagi kajian literature.

Ianya juga merupakan data tambahan dan asas yang penting bagi menjayakan sesuatu

kajian.

4.5 Rekabentuk borang soal selidik

Borang soal selidik yang direkabentuk terdiri daripada empat bahagian iaitu

bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D.

Bahagian A

Bahagian ini terdiri daripada soalan yang berkaitan responden seperti

tanggungjawab responden dan tanggungjawab syarikat responden.

Bahagian B

Bahagian ini mengandungi soalan yang berkaitan kepentingan pekerja asing

dalam pembinaan. Soalan bahagian ini adalah untuk mencapai objektif pertama

kajian iaitu “mengkaji kepentingan buruh asing dalam industri pembinaan di

Malaysia”. Terdapat lima pilihan jawapan berdasarkan tahap kepentingan pekerja

asing mengikut pandangan pihak kontraktor dengan skor seperti dalam jadual 4.1.

29

Page 4: Bab 3 Metodologi

Jadual 4.1: Skala Likert untuk mengetahui tahap kepentingan buruh asing

Skala Skor

Sangat setuju 5

Setuju 4

Sederhana 3

Tidak setuju 2

Sangat tidak setuju 1

Bahagian C

Bahagian ini pula adalah untuk mengetahui pandangan pihak kontraktor

mengenai kualiti dan kos yang melibatkan pekerja asing. Juga perbandingan kualiti

dan kos di antara pekerja asing dan tempatan melalui pengalaman pihak kontraktor

yang terlibat.

Bahagian D

Bahagian ini mengandungi soalan yang memberi peluang responden memberi

komen terhadap pekerja asing di bawah seliaan mereka. Bahagian ini adalah untuk

mengetahui masalah-masalah yang dihadapi disebabkan pekerja asing.

4.6 Kaedah analisis data

Semua data yang diperolehi daripada responden dikemaskini dan ditunjukkan

dalam bentuk jadual bagi memudahkan penganalisisan. Oleh itu, bagi maklumat

seperti latar belakang responden boleh dikategorikan sebagai pembolehubah nominal

dianalisis menggunakan nilai peratusan mudah untuk menerangkan hubungan di

antara satu sama lain. Bagi menganalisis tahap kepentingan pekerja asing menurut

responden dalam soalan berbentuk skala likert, pengiraan min dan peratusan akan

digunakan. Min diperolehi berdasarkan skor pada jawapan yang digunakan. Formula

pengiraan bagi jumlah skor, min dan peratus adalah seperti berikut:

30

Page 5: Bab 3 Metodologi

Sumber : Izham Shafie (2000)

Bagi soalan-soalan bahagian A, ia akan dianalisis dengan kaedah peratusan

mudah. Kaedah ini digunakan untuk mengetahui jumlah peratus kekerapan

responden yang dikaji. Bagi menganalisis soalan bahagian B, pengiraan min perlu

dilakukan terlebih dahulu supaya ujian taburan boleh dilaksanakan. Bahagian C dan

D pula akan menggunakan peratusan mudah.

4.7 Jangkaan Keputusan Kajian

Keputusan kajian bagi bahagian A akan dianalisis menggunakan peratusan

mudah. Keputusan yang dijangkakan adalah peratusan pekerja asing adalah lebih

tinggi berbanding pekerja tempatan bagi setiap kategori projek pembinaan.

Keputusan akan ditunjukkan dalam bentuk carta bar dan jadual. Andaian data adalah

seperti jadual 4.2 di bawah:

Jadual 4.2 : Analisis bilangan pekerja.

Saiz projek Pekerja Asing Pekerja Tempatan

Bil. % Bil. %

Kecil 75 75.0 25 25.0

Sederhana 184 76.7 56 23.3

Besar 360 75.0 120 25.0

Jumlah 619 75.5 201 24.5

Bahagian B pula dijangkakan akan menghasilkan keputusan lebih 50%

responden akan bersetuju bahawa buruh asing adalah penting bagi sektor pembinaan.

Jumlah Skor = Kekerapan setiap skala × skor setiap

Peratusan (%) = Jumlah Kekerapan × 100 Bilangan responden

Min (X) = Jumlah Skor (X)Bilangan responden (n)

31

Page 6: Bab 3 Metodologi

Keputusan ini akan diperolehi melalui pengiraan min berdasarkan skala likert.

Andaian data adalah seperti dalam jadual 4.3 di bawah:

Jadual 4.3 : Jadual analisis tahap persetujuan responden

Tahap Skor

(a)

Bil. Kekerapan

(b)

Jumlah Skor

(a x b)

Peratus

(%)

Sangat setuju 5 4 20 20

Setuju 4 8 22 40

Sederhana 3 4 12 20

Tidak setuju 2 3 6 15

Sangat tidak setuju 1 1 1 5

20 61 100

Min (X) = Jumlah Skor (X) Bilangan responden (n)

= 61 20

= 3.05

Setelah mengira min skor, julat antara min tertinggi dengan min terendah

akan dikira untuk mendapatkan selang skala min. Formula pengiraan skala min

adalah seperti berikut:

Contoh pengiraan selang skala Min = ( 5 – 1 ) 5

= 0.8

Berdasarkan formula di atas, selang skala min adalah bersamaan 0.8. jadual

4.4, di bawah menunjukan selang min berkenaan.

Jadual 4.4 : Contoh Jadual Selang Skala Min

Selang Skala Min Tahap

Selang Skala min = Nilai tertinggi – Nilai terndah Bilangan Selang

32

Page 7: Bab 3 Metodologi

4.21 – 5.0 Sangat setuju

3.41 – 4.2 Setuju

2.61 – 3.4 Sederhana

1.81 – 2.6 Tidak setuju

1.0 – 1.8 Sangat tidak setuju

Daripada contoh jumlah min yang telah diperolehi di atas iaitu bernilai 3.05

maka ini menunjukan bahawa min skor bagi contoh data dalam jadual 4.4, terletak di

antara 2.61 – 3.4, iaitu pada tahap sederhana.

Pemilihan tajuk

Analisa tajuk yang dipilih

33

Page 8: Bab 3 Metodologi

Rajah 4.1 Cartalir Metodologi Kajian

Menentukan skop kajian

Mengenalpasti masalah

Kajian dan pengumpulan data

Kajian literatur Data dikumpul

Pemerhatian TemubualSoal selidik

Data mencukupi

Olah dan analisis data

Cadangan dan kesimpulan

ya

tidak

34