Bab 3 Metodologi Kajian (Disiplin)

13
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Bab ini mengandungi huraian tentang kerangka konseptual, rekabentuk kajian, alat kajan, tatacara pengumpulan datadan teknik menganalisis data. 3.2 Reka bentuk kajian (Sabitha, 2006) Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji, dibawah menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kuantittif jenis tinjuan deskriptif. Kajian deskriptif bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Ianya tidak bertujuan untuk menguji hipotesis.Menurut Noraini idris (1957) kaedah tinjauan merupakan kaedah penyelidikan yang melibatkan pungutan data dari populasi untuk memahami sesuatu situasi terkini berhubung populasi dan satu atau lebih pembolehubah.

description

GRU

Transcript of Bab 3 Metodologi Kajian (Disiplin)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PendahuluanBab ini mengandungi huraian tentang kerangka konseptual, rekabentuk kajian, alat kajan, tatacara pengumpulan datadan teknik menganalisis data.

3.2 Reka bentuk kajian (Sabitha, 2006) Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji, dibawah menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kuantittif jenis tinjuan deskriptif. Kajian deskriptif bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Ianya tidak bertujuan untuk menguji hipotesis.Menurut Noraini idris (1957) kaedah tinjauan merupakan kaedah penyelidikan yang melibatkan pungutan data dari populasi untuk memahami sesuatu situasi terkini berhubung populasi dan satu atau lebih pembolehubah.

3.2 Kerangka KonseptualKajian ini menjurus kepada tugas dan fungsi kepimpinan pengetua secara menyeluruh untuk menangani masalah disiplin pelajar disekolah. Tugas dan fungsi kepimpinan pengetua adalah berkaitan sebagai pengurus, pemimpin, mengorganisasi, mengkoordinasi, merancang, menyelaras dan megawal motivator akan dapat memberi pengaruh tehadap masalah disiplinpelajar dan memberi pengaruh kepada guru-guru untuk bersama-sama berusaha untuk menangani masalah disiplin di sekolah.Menangani masalah disiplin pelajar memerlukan pengetua mengaplikasikan tugas dan fungsi-fungsi kepimpinan bagi mencapai matlamat yang diaharapkan.

OutputProses Input

Tahap disiplin pelajarGuruPelajar

Kepimpinan Pengetua-Mengurus- Memimpin, - Menyelaras- Menyelia- Merancang- Mengorganisasi- Mengkoordinasi-Motivator

Rajah 3.2.1: Kerangka Konseptual Perhubungan Kepimpinan Pengetua Dalam Manangani Masalah Disiplin Pelajar Sekolah.

3.3 Lokasi KajianKajian dilakukan di dua buah sekolah Menengah harian di Daerah Temerloh. Sekolah yang terlibat ialah SMK Abu Bakar dan SMK Temerloh. Kedua-dua sekolah teletak di dalam daerah Temerloh Pahang. Kedua-dua sekolah berada di bawah seliaan PPD Termerloh.

3.4 Sampel KajianSampel kajian adalah dari kalangan guru bagi proses memungut data adalah seramai 58 orang daripada 67 orang kesemuanya. Sampel dipilih menggunakan kaedah sampel rawak mudah (random sampling). Dalam pensampelan rawak mudah setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel. De Vaus (1985) menyenaraikan lima tahap yang perlu bagi seseorang itu lakukandalam persampelan rawak mudah iaitu.1. Memperoleh satu rangka persampelan lengkap.2. Memberikan tiap tiap ahli satu nombor khas.3. Menentukan saiz persampelan.4. Memilih ahli- ahli mengikut saiz yang ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak.5. Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.Kesemua guru yang hadir pada hari kajian dijalankan diberikan satu salinan borang soal selidik. Sampel diminta menjawab soalan-soalan yang berkaitan pendapat mereka berhubung dengan kepimpinan pengetua dalam menangani masalah disiplin pelajar.Kumpulan kedua sampel adalah terdiri 85 orang daripada 124 orang pelajar tingkatan empat dan lima daripada sekolah kajian. Sampel dipilih secara rawak, mudah, yakni kesemua pelajar tingkatan empat dan lima yang ada di dalam bilik darjah pada hari kajian diminta menjawab borang soal selidik.

3.5 Instrumen KajianInstrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Kajian ini telah menggunakan soal selidik untuk mengumpul data daripada responden. Soalan soal seldik adalah soal selidik tertutp. Bagi responden pelajar, borang soal selidik (Lampiran B) mengadungi dua bahagian. Bahagian A ialah maklumat demografi yang terdiri daripada 28 item yang berkaitan dengan kepimpinan pengtua dalam menangani disiplin pelajar. Item-item berkenaan diubahsuai daripada intrumen Ishak Ibrahim (2003) dan Ab.Rahman Jusoh (1997).

Kesemua 28 item dalam Bahagian B adalah seperti senarai berikut:1. Pengetua anda mahir dalam mengendalikan perauran dan hukuman terhadap disiplin pelajar.2. Masalah disiplin yang berat akan dirujuk kepada pengetua untuk diselesaikan.3. Pengetua menerangkan kepada pelajar peraturan sekolah dan jenis hukuman yang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar disiplin.4. Pengetua memastikan setiap pelajar memiliki Buku Panduan Disiplin sebagai panduan dan rujukan kepada pelajar.5. Pengetua menekan bahawa pendidikan agama / moral adalah cara terbaik bagi menghindarkan pelajar melanggar disiplin.6. Pengetua mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar yang melanggar disiplin.7. Pengetua amat prihatin dan peka tentang masalah disiplin pelajar.8. Pengetua menjalin hubungan baik dengan pelajar sebagai usaha membaiki masalah disiplin pelajar.9. Pengetua anda ialah orang yang memainkan peranan utama menangani masalah disiplin pelajar.10. Pengetua selalu menyerai guru-guru lain melakukan pemeriksaan keatas pelajar.11. Pengetua selalu berucap mengenai kepentingan disiplin semasa perhimpunan mingguan.12. Sikap dan tingkahlaku pengetua boleh dijadikan teladan kepada pelajar.13. Pengetua selalu menjelaskan program meningkatkan tahap disiplin pelajar.14. Pengetua selalu melawat ke rumah pelajar yang bermasalah disiplin.15. Pengetua selalu berbincang dengan ibubapa pelajar yang sering bermasalah disiplin.16. Pengetua selalu menyertai guru-guru membuat pemeriksaan mengejut (spot check) keatas pelajar semasa di kelas atau di luar kelas.17. Pengetua selalu menyemak Buku Rekod Salah Laku pelajar sebelum mengambil tindakan terhadap disiplin pelajar khususnya tindakan yang berat.18. Pengetua sering meronda di persekitaran sekolah termasuk bilik-bilik darjah.19. Pengetua selalu menyemak buku kedatangan pelajar untuk membendung masalah ponteng sekolah.20. Pengetua memberi kebenaran kepada guru mengenakan hukuman kepada pelajar yang melanggar disiplin.21. Setahu anda, pengawas mempunyai kuasa mengenakan hukuman ringan (seperti mengutip sampah) kepada pelajar yang melanggar disiplin ringan.22. Pengetua melantik pelajar yang berwibawa dan berketrampilan untuk menjadi pengawas sekolah.23. Setahu anda pengetua memberi layanan yang saksama kepada semua pelajar.24. Pengetua selalu menghargai dan mengiktiraf sumbangan ara pelajar.25. Pengetua selalu memberi dorongan dan semangat kepada pelajar.26. Pengetua memberi ganjaran dan pujian kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik dan disiplin.27. Pengetua menjemput penceramah dari luar untuk memberi motivasi kepada pelajar.28. Pengetua selalu membimbing pelajar sebagai usaha untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar. Bahagian A memerlukan responden menjawab dengan menandakan jawapan yang berkenaan sahaja berkaitan maklumat diri seperti tingkatan, aliran, jantina dan jawatan di sekolah. Bahagian B pula responden diminta mengenal pasti tahap kriteria kepimpinan pengetua dalam menangani masalah disiplin pelajar. Responden diminta membulatkan salah satu angka mengikut skala Likert antara skor 1 hingga 5 mengikut persepsi mereka sendiri. Skor skala Likert adalah seperti turutan berikut:i. Sangat Tidak Setuju (STS)=1ii. Tidak Setuju (TS)=2iii. Kurang Setuju (KS)=3iv. Setuju (S)=4v. Sangat Setuju (SS)=5Bagi responden dikalangan guru menggunakan Soal Selidik Lampiran C; soalan-soalan Bahagian A terdiri dari soalan demografi berjumlah 4 soalan kesemuanya. Ianya terdiri daripada jantina, kelayakan akademik, jawatan sekarang dan lama berkhidmat di sekolah berkenaan. Responden perlu menandakan jawapan dalam kotak disediakan. Bahagian B pula, responden diminta membulatkan angka yang bersesuaian berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan perhubungan dengan pengetua dalam menangani masalah disiplin pelajar. Terdapat 41 soalan berhubung kepimpinan pengetua seperti senarai di bawah:

1. Memberikan penerangan mengenai matlamat disiplin sekolah kepada guru dan kakitangan.2. Menerangkan keseluruhan perancangan sekolah kepada semua guru.3. Membincangkan strategi untuk meningkatkan prestasi disiplin pelajar.4. Mengadakan mesyuart bertujuan untuk merancang prestasi disiplin pelajar.5. Berbincang masalah atau langkah-langkah penyelesaian berhubung dengan disiplin pelajar.6. Menggalakka interaksi di antara guru di sekolah dalam unit berlainan.7. Mengadakan sesi perbincangan dalam bentuk kumpulan kecil dengan guru bertujuan penyelarasan tugas.8. Meminta maklum balas terhadap tugas yang diberikan.9. Memberi penerangan mengenai bidang kuasa kepada guru.10. Mengadakan perbincangan dengan kumpulan pelajar berhubung dengan prestasi disiplin di sekolah.11. Bersikap terbuka dengan guru-guru ketika perbincangan dijalankan.12. Menghormati segala pendapat guru-guru.13. Menghargai segala sumbangan guru-guru.14. Melibatkan ibubapa dan penjaga serta PIBG dalam program sekolah.15. Memastikan guru-guru sentiasa bermotivasi.16. Melakukan pencerapan ke atas guru-guru di dalam kelas.17. Berbincang dengan guru-guru selepas setiap pencerapan.18. Menyemak hasil kerja / buku latihan pelajar.19. Membuat penilaian ke atas peningkatan profesionalisma guru.20. Memastikan guru megawasi disiplin pelajar.21. Memberi penekanan hal-hal berkaitan dengan disiplin pelajar dalam mesyuarat guru.22. Memberi penekanan hal-hal berkaitan dengan disiplin pelajar dalam perhimpunan mingguan.23. Menerangkan dengan jelas tindakan yang wajar dilakukan berhubung dengan kesalahan disiplin pelajar kepada semua guru.24. Selalu bertanya samada terdapat atau tidak pelajar yang tidak menyiapkan latihan yang diberi.25. Meminta guru-guru mengumpul buku latihan pelajar secara berkala untuk disemak.26. Bersama-sama dengan guru bertugas membuat penyeliaan kedatangan pelajar dipintu masuk.27. Membuat semakan laporan guru bertugas dan melakukan tindakan susulan kepada laporan itu.28. Mengingatkan guru-guru supaya mendenda pelajar yang bersalah mengikut peraturan yang ditetapkan.29. Memberikan kuasa kepada guru-guru supaya menangani masalah salahlaku pelajar yang mereka hadapi.30. Bertanggung jawab di atas segala tindakan guru-guru berhubung dengan keputusan serta hukuman ke atas pelajar yang melanggar disiplin.31. Bersedia meluangkan masa untuk mendengar rungutan guru-guru.32. Bersedia meluangkan masa mendengar rungutan para pelajar.33. Berunding dengan guru-guru dalam mengambil tindakan disiplin kepada pelajar.34. Merotan pelajar yang melanggar disiplin di biliknya.35. Mementingkan pelaksanaan kerja dan tugasan mengikut jadual.36. Menggalakkan semua guru bertindak dan melaksanakan tugas dengan cara seragam.37. Bertanya dan berbincang dengan guru secara formal dan tak formal.38. Mengedar surat-surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan disiplin kepada guru.39. Menyemak Buku Rekod Salahlaku pelajar secara berkala.40. Memberi nasihat kepada pelajar bermasalah disiplin.41. Memberi pujian kepada pelajar-pelajar yang berdisiplin.Susunan skala Likert adalah sama dengan responden pelajar di atas.

3.6 Prosedur Pengumpulan DataSetelah mendapat kelulusan dan kebenaran daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang serta kerjasama pengetua, penyelidik mengunjungi sekolah-sekolah berkenaan. Salinan-salinan borang soal selidik diedarkan kepada responden guru dan pelajar untuk dijawab dalam tempoh dua hari;

i. Hari pertama penyelidik membuat penyelarasan mengenai masa, tempat pertemuan dan penjelasan cara menjawab soal selidik dengan pihak pengetua, pengurusan sekolah, guru dan pelajar. Borang soal selidik diedarkan kepada semua guru dan pelajar untuk di jawab dalam tempoh satu hari. Setiap guru dan pelajar masing-masing diberi 1 borang soal selidik untuk dijawab berdasarkan arahan yang di beri di bahagian atas setiap bahagian soal selidik berkenaan.ii. Hari kedua, memungut semula borang soal selidik dengan bantuan Guru Penolong Kanan dan kaunselor sekolah. Jumlah borang soal selidik yang dipungut dicatatkan.

3.7 Analisis DataData-data yang telah dikumpulkan dianalisa dengan menggunakan perisian computer Statistical Package For The Social Science (SPSS). Melalui perisian ini, statistic diskriptif dalam bentuk frekuensi, peratus dan min dijadikan keputusan kajian. Di bahagian akhir, penyelidik membuat rumusan berdasarkan dapatan yang diperolehi, memberi implikasi serta membuat cadangan kajian lanjutan.Soalan Kajian InstrumenKaedah analisis

Sejauh manakah pengetua dapat mempengaruhi masalah disiplin pelajar di sekolah?

Soal selidikMin, skor, Peratus

Sejauh manakah kepimpinan pengetua dapat mempengaruhi guru-guru untuk bersama-sama menangani masalah disiplin pelajar di sekolahSoal selidikMin, skor, Peratus