BAB 3 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang...

8
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Dalam bahagian ini, penyelidik akan menjelaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan metodologi kajian yang aan dijalankan iaitu mengumpul dan menganalisa data yang diperolehi. Metodologi penyelidikan memberikan panduan dalam pelaksanaan penyelidikan. Ianya merangkumi rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, lokasi kajian, alat yang digunakan, proses pengumpulan data, prosedur kajian dan prosedur analisis data yang dikutip.

description

Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Transcript of BAB 3 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang...

Page 1: BAB 3 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bahagian ini, penyelidik akan menjelaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan

dengan metodologi kajian yang aan dijalankan iaitu mengumpul dan menganalisa data yang

diperolehi. Metodologi penyelidikan memberikan panduan dalam pelaksanaan penyelidikan.

Ianya merangkumi rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, lokasi kajian, alat

yang digunakan, proses pengumpulan data, prosedur kajian dan prosedur analisis data yang

dikutip.

3.2 Rekabentuk Kajian

Page 2: BAB 3 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Penyelidik akan menggunakan pendekatan kualitatif secara menyeluruh dalam kajian ini.

Penyelidikan kualitatif menurut Creswell (1994) adalah sebagai satu proses inkuiri untuk

memahami masalah social atau masalah manuasia, berdasarkan gambaran menyeluruh dan

kompleks melalui pandangan informan yang mendalam serta dijalankan dalam keadaan

sebenar dan semulajadi. Menurut Punch (2003), pengumpulan data dalam penyelidikan

kualitatif boleh berbentuk struktur dan separa struktur (fleksibel). Pendekatan analisis

kualitatif adalah sangat kaya dengan huraian dan tafsiran keadaan, serta konteks masalah

(Schostak, 2006).

Instrument kajian yang digunakan adalah menerusi pemerhatian, temubual atau soal

selidik serta ujian. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih kaedah pemerhatian dan

temubual separa berstruktur sebgai kaedah pengumpulan maklumat yang bertujuaan

mengenalpasti faktor masalah tidak boleh mengunting dalam kalangan kanak-kanak yang

dikaji. Melalui kaedah ini setiap sesi temubual dirakam dan kemudiannya ditranskripsikan

ke dalam bentuk teks.

Program pendidikan awal kanak-kanak sangat berkait rapat dengan dunia realiti,

sehubungan dengan itu penyelidik membahaskan konteks tersebut dalam bentuk persoalan.

Kajian kes boleh digunakan untuk membekalkan deskripsi tentang apa yang dilakukan oleh

kanak-kanak ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik

membuat pemerhatian ke atas aktiviti yang dilakukan terutama aktiviti yang melibatkan

kemahiran motor halus. Bukti pemerhatian yang dilakukan adalah sangat penting dan sah

merupakan sebahagian daripada kes, bukti pemerhatian ini adalah lebih terperinci dan

menjadi asa yang kukuh dalam eleman penyelidikan.

3.3 Lokasi Kajian

Page 3: BAB 3 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Lokasi kajian ini dipilih adalah berdasarkan terdapatnya populasi yang bertepatan dengan

tujuan kajian, yang dijangka dapat menjawab persoalan kajian. Lokasi kajian merupakan

sebuah Tadika Al-Hannah yang merupakan salah satu cawangan tadika milik Al-Hannah

EduKids yang terletak di Seksyen 7, Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Selangor. Institusi

merupakan salah satu tadika yang dimiliki oleh Puan Fadzilatularmy binti Jamaluddin.

Lokasi ini bertepatan dengan batasan kajian dan kehendak kajian.

Rajah 3.1: Peta Lokasi

3.4 Sampel Kajian

Menurut Mohd. Majid Konting (2004), persampelan merupakan strategi penyelidikan di

mana penyelidik boleh mendapat maklumat mengenai sesuatu populasi tersebut. Sebahagian

individu diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji. Menurut

John W. Crewell (2005), dalam sesetengah kajian, penyelidik kualitatif boleh mengkaji

seseorang individu atau dua atau 30 atau 40 orang sampel.

Umur Jantina

Page 4: BAB 3 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

Lelaki Perempuan

4 tahun 1 3

5 tahun 14 10

6 tahun 15 17

Jadual 3.1: Bilangan kanak-kanak di Tadika Al-Hannah

Oleh itu, kajian ini hanya melibatkan empat orang murid Tadika Al-Hannah di

Bandar Mahkota Cheras. Jumlah sampel ini dipilih berdasarkan masa, kemudahan dan

keupayaan yang terhad. Menurut Sidek (2002), sampel yang kecil adalah bersesuaian

dengan kajian yang melibatkan teknik yang kompleks. Syed Arabi (1992) pula mengatakan

bahawa pada dasarnya persampelan merupakan satu usaha bagi seseorang penyelidik untuk

memperolehi maklumat daripada sampel yang dapat mewakili kumpulan kajian.

RespondenJantina

Lelaki Perempuan

A √

B √

C √

D √

Jadual 3.2: Responden yang terlibat

3.5 Instrumen Kajian

a) Borang soal selidik atau temu bual dengan guru dan kanak-kanak tadika.

Borang ini digunakan semasa pengkaji menjalankan temubual dengan guru dan kanak-

kanak tadika. Sebahagian temubual ini adalah berkisar tentang kemahiran

Page 5: BAB 3 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

menggunting dalam kalangan kanak-kanak tadika. (LAMPIRAN A dan LAMPIRAN

B)

b) Senarai semak.

Senarai semak merupakan pemerhatian berstruktur yang mengandungi spesifikasi item

yang berkaitan dengan kemahiarn motor halus seseorang. Ia boleh dilakukan secara

semulajadi tanpa meletakkan kanak-kanak menggunting. Penyelidik dapat

mengenalpasti keperluan individu melalui senarai semak. Penyelidik boleh membuat

sendiri item senarai semak mengikut tujuan kajian. (LAMPIRAN C)

c) Borang Ujian Kemahiran Menggunting

Borang ini digunakan semasa pengkaji menjalankan ujian ke atas kanak-kanak bagi

menguji tahap kemahiran kanak-kanak tersebuta dalam menggunting. Ujian dilakukan

dengan menggunakan 5 bentuk ujian iaitu menggunting garisan lurus (LAMPIRAN

D), garisan zig-zag (LAMPIRAN E), garisan bengkang-bengkok (LAMPIRAN F),

bentuk-bentuk geometri mudah (LAMPIRAN G) dan juga bentuk-bentuk kreatif

(LAMPIRAN H)yang lebih rumit dan kompleks. Semasa ujian dijalankan pengkaji

bukan sahaja menilai dan memerhati hasil guntingan kanak-kanak bahkan memerhati

cara kanak-kanak memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting dan

sebagainya.

3.6 Prosedur Kajian

Penyelidik telah menjalankan beberapa langkah untuk melancarkan proses penyelidikan ini

iaitu dengan:

Page 6: BAB 3 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

a) Mendapatkan borang pengesahan sebagai pelajar Universiti Pendidikan Sultan

Idris di Fakulti Pendididikan dan Pembangunan Manusia

b) Menyediakan kertas cadangan, instrument kajian dan perbincangan bersama

penasihat kursus serta penyelia yang dilantik.

c) Mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan dan pentadbiran tadika

yang terlibat.

Carta aliran prosedur kajian

Fasa 1: Pemerhatian sebelum kajian dijalankan.

Pemerhatian dalam kelas.

Mengenal pasti sampel kajian.

Fasa 2: Menjalankan aktiviti.

Mengumpulkan data.

Fasa 3: Menganalis Data.

3.7 Kesimpulan

Dalam bab ini secara keseluruhannya adalah berkisarkan tentang jenis metodologi yang

digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan untuk menjawab beberapa persoalan

kajian yang telah diutarakan dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan telah digusun

bagi mengikut prosedur dan keutamaan dalam kajian. Aspek-aspek yang dibincangkan

dalam bab metodologi ini adalah terdiri daripada reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi

kajian, sampel kajian, pengumpulan data, dan analisis data. Penyelidik juga telah membuat

penjelasan secara terperinci dalam aspek tersebut untuk memberi kefahaman tentang

langkah-langkah pengutipan data daripada peringkat akhir hingga akhir. Pemilihan kaedah

pengutipan data ini adalah berdasarkan persoalan kajian dan pertisipan yang terlibat dalam

kajian. Secara amnya, kajian ini berfokuskan kepada kanak-kanak taska. Bagi mengukuhkan

dapatan yang digunakan penyelidik juga telah mengulas dan memberi maksud bagi setiap

kaedah yang digunakan tersebut.