BAB 4 EDU

download BAB 4 EDU

of 16

Transcript of BAB 4 EDU

BAB 4: MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURSDISEDIAKAN OLEH: KHAIRUL AZMAN BIN ABU HASSAN NUR ADILAH BINTI JAAFAR NIK NUR AINI SYAIRAH BT NIK HASSAN BASRI

PENGENALAN Model ini diperkenalkan oleh Rudolf Dreikurs (1897-1972) dilahirkan di Vienna, Austria.Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada muridmurid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Murid-murid juga harus diberi autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah.

Selain itu, murid-murid boleh dibimbing untuk mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan, masalah disiplin dapat dikurangkan. Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku. Beliau mengemukakan strategi untuk membantu murid-murid memperoleh disiplin kendiri.

Murid-murid yang boleh mengawal diri sendiri akan menunjukkan inisiatif, boleh membuat keputusan yang munasabah dan boleh memikul tanggungjawab bagi meningkatkan kualiti persekitaran mereka. Disiplin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan murid bekerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah.

Pengurusan ini tidak berlaku di dalam suasana bilik darjah yang autokratik atau permisif.

Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motifmotif yang berikut:

1. Mendapatkan perhatian. 2.Mencabar kuasa. 3.Membalas dendam 4.Mempamerkan kekurangan

1. Mendapatkan Perhatian Salah laku sering berpunca daripada murid-murid yang ingin mendapatkan perhatian guru. Antara bentuk yang digunakan untuk menarik perhatian termasuklah membuat lawak bodoh, mengetuk meja tanpa sebab, bercakap dengan murid lain ketika guru mengajar, mengusik murid lain dan tidak membuat tugasan. Sesetengah tingkah laku akan mengundang kemarahan guru dan murid-murid lain. Oleh itu, penting untuk guru menganalisa dan mencari punca kepada tingkah laku tersebut.

2. Mencabar Kuasa Banyak masalah disiplin berpunca daripada perebutan kuasa antara guru dan murid. Sebagai guru berhak untuk mengekalkan disiplin bilik darjah dan mengawasi tingkah laku murid. Adakalanya tindakan ini menyebabkan murid tertekan dan dipinggirkan.

Oleh itu, mereka bertindak mencabar kewibawaan guru seperti enggan bekerjasama, degil dan

Dalam keadaan sedemikian, guru harus mengelakkan diri daripada bersemuka dan melepaskan emosi kepada murid tersebut. Sebaiknya guru harus tenang dan panggil murid berjumpa secara individu.

Tunjukkan yang guru mengambil berat tentang masalah yang dihadapi mereka. Bincang tentang motif sebenar di sebalik kelakuan tersebut serta tunjukkan akibat yang munasabah yang akan dihadapi sekiranya terus melakukan tindakan itu.

3. Membalas Dendam Kadangkala menggunakan kekerasan atau bersikap autokratik, guru beraya menangani salah laku di dalam bilik darjah. Namun, hasilnya mungkin bersifat luaran. Murid akan menyimpan dendam ke atas guru. Murid-murid akan mencari jalan membalas dendam terhadap guru dan rakan-rakan. Ada juga yang menunjukkan salah laku yang lebih serius seperti mencuri, bergaduh dan lain-lain.

Murid-murid yang menunjukkan tingkah laku ini antara masalah yang sukar diatasi. Guru harus bertindak bijak, cuba mengawal dan memahami emosi yang dialami oleh murid tersebut. Bantu murid agar mereka dapat melihat matlamat tingkah laku adalah salah dan bantu menyalurkan emosi negatif ini kepada yang lebih bermanfaat. Pada masa yang sama, dapatkan kerjasama murid lain untuk tidak meminggirkan murid tersebut dan saling memahami perasaan rakan-rakan.

4. Menunjukkan Kekurangan Apabila murid gagal mendapatkan pengiktirafan, mereka bertindak memencilkan diri. Selalunya, mereka suka bersendirian, mengelak daripada membuat sebarang gerak kerja kumpulan, tidak bercampur dengan rakan sekelas dan lain-lain. Tujuannya agar mereka tidak dihiraukan dan dibiarkan dengan dunia mereka sendiri. Guru perlu peka apabila terdapat murid-murid seperti ini. Secara perlahan, tarik perhatian mereka dalam bilik darjah.

Beri peluang kepada mereka menunjukkan keupayaan dan hargai usaha mereka. Kenal pasti minat mereka tanpa meminggirkan muridmurid lain. Guru juga patut menyedarkan murid tersebut dan berbincang dengan mereka. Dreikurs mencadangkan, guru boleh terus bertanya secara langsung kepada murid. Contohnya, adakah awak mahu cikgu berikan perhatian kepada awak? atau adakah awak cuba menunjukkan bahawa saya tidak boleh memaksa awak membuat latihan ini?.

Bagi Dreikurs, dendaan tidak patut dijalankan di dalam bilik darjah. Dendaan menunjukkan cara guru membalas dendam. Secara keseluruhan, Dreikurs mencadangkan langkah untuk menangani murid-murid yang mempamerkan tingkah laku yang salah: 1. Guru mengenal pasti motif murid tersebut dan bantu mereka memahami motif yang ditunjukkan. 2. Tunjuk dan beri kesedaran bahawa mereka telah memilih motif yang salah. 3. Bantu murid menukarkan matlamat yang salah tersebut. 4. Galak dan bimbing murid untuk bertanggungjawab atas matlamat baharu yang dipilih. 5. Bantu murid melihat akibat tingkah laku yang ditunjukkan. Akibat tersebut mestilah boleh difahami dan diterima murid.

SUMBANGAN DREIKURS Cadangan yang boleh guru gunakan untuk berkomunikasi dengan murid: 1. Selalu berkomunikasi tentang perkara yang positif. 2. Galakkan murid menunjukkan peningkatan bukan kesempurnaan. 3. Kenal pasti kelemahan murid dan bincang cara mengatasinya. 4. Bantu murid untuk belajar daripada kesilapan. 5. Percaya kepada kebolehan murid. 6. Galakkan murid bekerjasama antara satu sama lain.

7. Tunjukkan rasa bangga atas hasil kerja murid dan pamerkan untuk dikongsi bersama. 8. Optimis dan bersemangat. 9. Gunakan frasa-frasa yang memberi galakan dan motivasi. Awak telah berubah! atau Apakah yang awak belajar daripada kesilapan ini?.Konsep Dreikurs banyak membantu dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Namun, kadangkala guru mendapati konsep ini sukar direalisasikan. Hal ini kerana sukar mengaitkan antara suasana bilik darjah yang demokratik, motif utama murid, matlamat yang salah dan menangani masalah dengan pantas.

SEKIAN, TERIMA KASIH