BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL...

99
1 BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, calon akan dapat: Memahami konsep Islam, matlamat (maqasid) dan sumber-sumber syariah. Memahami larangan-larangan dalam muamalat Islam. Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak muamalat. A1.1 PENGENALAN Perkataan 'Islam' dalam bahasa Arab bermaksud penyerahan, dan berasal daripada perkataan yang membawa maksud „keamanan. Dalam konteks agama, Islam bermakna penyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). Islam bukanlah agama semata- mata tetapi suatu "deen", yang bermaksud 'cara hidup'. Ia merangkumi dimensi jasmani dan rohani dalam kewujudan manusia. Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan Islam dalam ayat Al-Quran yang berikut; Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan ni’mat Ku kepada kamu dan Aku redhai Islam menjadi agama untuk kamu" (Al-Maidah: 3) 1.1.1 Konsep Islam Pada asasnya, Islam merangkumi aqidah (kepercayaan), syariah (undang-undang) dan akhlak (kod moral/adab). Konsep syariah bukan sahaja mentadbir manusia dalam menjalankan hidupnya bagi merealisasikan kehendak Ilahi, tetapi meliputi semua tingkah laku; spiritual, mental serta fizikal. Oleh itu, prinsip-prinsip syariah bukan saja mengenai undang-undang tetapi meliputi keseluruhan cara hidup yang merangkumi kepercayaan (iman) dan amalan (amal), tingkah laku peribadi, undang-undang dan sosial. Oleh itu, Islam juga dikenali sebagai syariah al-kubra yang merangkumi cara hidup yang telah ditentukan oleh Allah (SWT).

Transcript of BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL...

Page 1: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

1

BAB A1

PENGENALAN MUAMALAT ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Memahami konsep Islam, matlamat (maqasid) dan sumber-sumber syariah.

Memahami larangan-larangan dalam muamalat Islam.

Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak muamalat.

A1.1 PENGENALAN

Perkataan 'Islam' dalam bahasa Arab bermaksud „penyerahan‟, dan berasal daripada

perkataan yang membawa maksud „keamanan‟. Dalam konteks agama, Islam bermakna

penyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). Islam bukanlah agama semata-

mata tetapi suatu "deen", yang bermaksud 'cara hidup'. Ia merangkumi dimensi jasmani

dan rohani dalam kewujudan manusia.

Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan Islam dalam ayat Al-Quran yang berikut;

Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku

telah cukupkan ni’mat Ku kepada kamu dan Aku redhai Islam menjadi agama untuk

kamu"

(Al-Maidah: 3)

1.1.1 Konsep Islam

Pada asasnya, Islam merangkumi aqidah (kepercayaan), syariah (undang-undang) dan

akhlak (kod moral/adab).

Konsep syariah bukan sahaja mentadbir manusia dalam menjalankan hidupnya bagi

merealisasikan kehendak Ilahi, tetapi meliputi semua tingkah laku; spiritual, mental serta

fizikal. Oleh itu, prinsip-prinsip syariah bukan saja mengenai undang-undang tetapi

meliputi keseluruhan cara hidup yang merangkumi kepercayaan (iman) dan amalan

(amal), tingkah laku peribadi, undang-undang dan sosial.

Oleh itu, Islam juga dikenali sebagai syariah al-kubra yang merangkumi cara hidup yang

telah ditentukan oleh Allah (SWT).

Page 2: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

2

Syariah al-kubra boleh dibahagikan seperti berikut:

Aqidah Aqidah ditakrifkan sebagai kepercayaan tanpa sebarang ragu-ragu

atau syak terhadap Allah (SWT), para Rasul-Nya dan Para Malaikat-

Nya, Hari Akhirat, Kitab Suci serta dan Qada‟ dan Qadar. Ia

merupakan asas utama dalam Islam dan titik permulaan untuk

menjadi seorang Muslim yang baik. Ia dapat dilihat dengan aktiviti-

aktiviti yang dilakukan oleh seseorang Muslim itu sendiri. Nabi

Muhammad (saw) menjelaskan bahawa Islam adalah seperti sebuah

bangunan di mana asasnya ialah aqidah. Asas aqidah dalam Islam

ialah enam rukun iman (rukun al-iman).

Akhlaq

Amalan kebaikan, moral, dan adab dalam teologi dan falsafah Islam.

Ia merangkumi hubungan antara manusia dan Allah (SWT), antara

manusia dan manusia dan antara manusia dan makhluk lain.

Syariah

Syariah ialah satu set peraturan yang diperolehi daripada al-Quran

dan hadith-hadith sahih (sunnah) Nabi Muhammad (saw) dan

pendapat ilmiah (ijtihad) berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Syariah

mengandungi kategori dan perkara-perkara mengenai undang-

undang Islam yang dikenali sebagai cabang fiqh (perundangan

Islam).

Islam

Shariah Aqidah Akhlaq

Fiqh

Muamalat Fiqh

Ibadat

Fiqh

Munakahat Fiqh

Jinayat

Kewangan

Islam

Page 3: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

3

Fiqh Ibadat

Peraturan penyucian mengenai hubungan antara manusia dan Allah

(SWT) seperti solat, puasa, zakat, jihad dan beberapa bentuk ibadah

lain yang termasuk di bawah tajuk ini.

Fiqh Munakahat

Peraturan berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan seperti

perkahwinan, perceraian, harta pusaka, penjagaan dan perkara-

perkara lain yang berkaitan.

Fiqh Jinayat

Ia dikenali sebagai undang-undang jenayah dalam Islam,

merangkumi kesalahan besar seperti persetubuhan haram (zina),

kecurian (sariqah), pembunuhan, dan lain-lain.

Fiqh Muamalat

Peraturan yang mengawal transaksi perdagangan antara pihak-pihak

yang terlibat.

1.1.2 Objektif Syariah (Maqasid al Syariah)

Maqasid ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud matlamat atau tujuan.

Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan oleh syarak dalam

mensyariatkan hukum.

Menurut Imam al-Ghazali “matlamat syariah adalah untuk menggalakkan kesejahteraan

seluruh manusia, dengan menjaga iman mereka (deen), diri mereka (nafs), akal mereka

(a'qal), keturunan mereka (nasl ) dan harta benda mereka (mal). Apa sahaja yang boleh

memastikan perlindungan daripada lima prinsip ini demi kepentingan awam, ia adalah

sewajarnya.

Terdapat lima maqasid (objektif) seperti berikut: -

Pemeliharaan Keterangan / Catatan

Agama Pemeliharaan dan perlindungan deen (agama) di dalam semua

keadaan.

Contoh:

Mempertahankan agama Islam terutamanya jika ia diserang

oleh musuh-musuh Islam.

Page 4: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

4

Nyawa Pemeliharaan dan perlindungan keselamatan nyawa manusia

didalam semua keadaan.

Contoh:

Dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia, hukuman

yang berat dikenakan ke atas mereka yang membunuh orang.

Keturunan Pemeliharaan dan perlindungan keturunan dan kehormatan

didalam semua keadaan.

Contoh:

Islam melarang pengikutnya berzina atau berkelakuan tidak

bermoral.

Akal Pemeliharaan dan perlindungan intelek dan minda di dalam

semua keadaan. Pemeliharaan akal ialah melindunginya dari

perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskan

fungsi serta keupayaan berfikir.

Contoh:

Pengambilan minuman keras atau seumpamanya akan

memberi kesan negatif kepada fungsi otak.

Harta Pemeliharaan dan perlindungan harta didalam semua keadaan.

Contoh:

Inisiatif dan perancangan pro-aktif dalam melindungi harta

benda terhadap musibah atau bencana.

1.1.3 Klasifikasi Manfaat Objektif Syariah

Cendiakawan/ulama Islam telah membahagikan keseluruhan masalih - merangkap -

maqasid kepada tiga kategori kepentingan dalam susunan menurun:

Tahsiniyyat

(perhiasan)

Contohnya kereta mewah,

barang kemas, dan sebagainya

Hajiyyat (keperluan)

contohnya pendidikan yang baik, rumah yang selesa, dansebagainya

Daruriyyat (asas)

contohnya makanan, pakaian, perlindungan.

Kurang

Penting

Lebih

Penting

Page 5: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

5

1.1.4 Sumber Syariah

Secara umum, sumber syariah terbahagi kepada dua, iaitu sumber-sumber yang

dipersetujui oleh ulama (adillah muttafaq 'alaih) dan sumber-sumber yang tidak

dipersetujui oleh ulama. Sumber-sumber yang dipersetujui oleh ulama adalah sumber

yang digunakan untuk mengeluarkan peraturan mengenai sesuatu perkara atau masalah

yang berlaku. Sumber-sumber ini diterima oleh ulama tanpa apa-apa perbezaan pendapat

di kalangan mereka dari segi turutan atau kebolehgunaan.

Terdapat empat sumber undang-undang yang dipersetujui oleh majoriti ulama seperti

berikut:

Sumber Keterangan / Catatan

Al-Quran Al-Quran adalah firman Allah (SWT) yang diwahyukan kepada Nabi

Muhammad (saw) dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibril (as). Al-

Quran adalah sumber rujukan utama dalam syariah. Ia adalah mu'jizat

(makna yang mungkin tidak difahami oleh orang) dan tidak berubah

dan dipelihara oleh Allah (SWT).

Sunnah Menurut muhaddithun atau pakar hadith, sunnah merujuk kapada

sebarang tingkah laku Nabi Muhammad (saw) termasuk perbuatan

beliau, kata-kata beliau, perbuatan beliau yang tidak melarang dan

tidak menegah.

Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori1:

a. Sunnah Qawliyyah (Sunnah melalui Perkataan)

Contoh: apabila Nabi Muhammad (saw) dengan jelas

berkata, "Solatlah seperti yang engkau lihat aku bersolat"

b. Sunnah Fi'liyyah (Sunnah melalui Perbuatan)

Jenis sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan arahan

sebenar Nabi, seperti cara beliau mendirikan solat,

berpuasa, menjalankan upacara haji, atau transaksi yang

dilaksanakan seperti jual beli dan urus niaga kewangan.

c. Sunnah Taqririyyah (Sunnah melalui Persetujuan)

Sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan kata-kata para

sahabat di hadapan Nabi atau yang sampai kepada

1 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 29

Page 6: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

6

pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan

tersirat Nabi Muhammad (saw) boleh disimpulkan

daripada berdiam diri menandakan tingkah laku tersebut

dibenarkan. Nabi Muhammad (saw) tidak akan berdiam

diri kepada perkara-perkara yang dilarang.

Ijma ' Ijma’ istilah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada persetujuan

sebulat suara di kalangan mujtahidun selepas kewafatan Nabi

Muhammad (saw).2

Qiyas Qiyas merujuk kepada penggunaan hukum asal (hukum) yang telah

ditetapkan dalam kes yang lebih awal mengenai isu semasa di mana

undang-undang adalah senyap. 3

1.1.5 Undang-Undang Mandatori (Hukum Taklifi)

Undang-undang mandatori (hukum taklifi) adalah undang-undang yang menghuraikan

tentang arahan, larangan dan pilihan untuk melaksanakan atau meninggalkan

aktiviti/pekerjaan. Menurut istilah Islam, tindakan seorang Muslim mesti dipandu oleh

kelima-lima hukum (al-ahkam al-khamsah) yang diklasifikasikan sebagai berikut:

Klasifikasi Hukum Penerangan

Wajib (wajib)

Istilah wajib bermaksud tindakan yang mesti dilaksanakan

oleh sesaorang muslim. Contoh: mendirikan solat dan

berpuasa pada bulan Ramadhan. Dari segi teknikal, ia

merupakan satu perbuatan yang dituntut oleh Allah (SWT)

dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi.

Mandub (disyorkan)

Mandub ditakrifkan sebagai tuntutan Allah (SWT) di mana

melakukan sesuatu perbuatan mendapat pahala dan tidak salah

jika meninggalkannya. Hukum mandub ialah berkaitan

membuat sesuatu yang tidak bercanggah akan dapat pahala

(thawab) bagi pelakunya, manakala meninggalkanya tidak

berdosa seperti memberi sedekah.

Haram (larangan /

menyalahi undang-

undang)

Haram ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatan

yang diperintah oleh Allah (SWT) dengan syarat-syarat yang

harus dipatuhi.Contoh perbuatan yang dilarang (haram) ialah

penggelapan kekayaan orang lain.

2 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam,ms. 39

3 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 43

Page 7: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

7

Makruh (tercela atau

ditolak)

Makruh ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatan

yang dituntut oleh Allah (SWT) dari segi syarat-syarat yang

tidak terikat.Contoh perbuatan tercela (makruh) ialah hutang

yang tidak didokumenkan (tidak direkodkan).

Mubah (dibenarkan)

Mubah atau perbuatan yang dibenarkan ialah Allah (SWT)

telah memberi pilihan samaada melakukan atau meninggalkan

sesuatu tanpa menyalahi atau memuji sipelaku. Menurut

prinsip ini, semua kontrak dan urus niaga adalah dibenarkan,

melainkan jika terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

A1.2 ASAS MUAMALAT

1.2.1 Pengenalan Muamalat

Istilah "muamalat" (jamak dari muamalah) bermaksud peraturan jual beli manakala dari

segi teknikalnya Muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan

persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian mereka,

terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. Muamalat

merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan

ekonomi.

Prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan dalam membentuk peraturan syariah

dalam muamalat ialah: 4

Prinsip-prinsip Asas Penerangan

Keharusan sebagai

Peraturan Umum

Status semua perkara selain daripada ritual adalah dibenarkan

sehingga bukti dikemukan bahawa perkara tertentu dilarang.

Kesimpulan Kontrak

dengan Persetujuan

Bersama

Persetujuan bersama bermakna bahawa kontrak yang

dimeterai oleh kedua-dua pihak hendaklah bebas daripada

sebarang unsur-unsur paksaan, penipuan, salah nyata atau cara

lain yang menyalahi undang-undang.

Pematuhan Kontrak

dengan Maqasid al

Shariah

Transaksi atau kontrak yang dibuat oleh individu-individu

hendaklah selaras dengan maqasid al shariah.

4 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 193-199

Page 8: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

8

Prinsip Edaran

Kekayaan secara Meluas

Kekayaan dan harta harus diedarkan di kalangan orang ramai

dan dipindahkan secara aktif dari satu tangan ke satu tangan

yang lain dalam bentuk perbelanjaan dan pelaburan.

Prinsip Ketelusan dalam

Urus niaga Perdagangan

Semua urus niaga kewangan perlu dijalankan dengan telus

supaya semua pihak jelas mengenai semua fakta penting

termasuk terma-terma dan syarat-syarat urusan mereka.

Adil dan Saksama dalam

Urus Niaga

Keadilan adalah prinsip umum shariah yang perlu diamalkan

dalam semua transaksi dan kontrak Islam.

1.2.2 Larangan dalam Muamalat

Semua aktiviti ekonomi dibenarkan selagi aktiviti-aktiviti tersebut tidak melanggar

sebarang prinsip-prinsip syariah. Pendapat ini disepakati dengan sebulat suara oleh

kesemua empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali) bahwa semua bentuk

urusan perniagaan yang melanggar sebarang prinsip-prinsip syariah dianggap tidak sah.

Prinsip-Prinsip Am

Tidak dibenarkan membuat kontrak untuk menjual atau membeli produk-produk

yang haram seperti alkohol atau bahan-bahan haram yang lain.

Nabi Muhammad (saw) telah bersabda,

"Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarang penjualan arak, daging

haiwan yang mati, babi dan berhala,"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga, tidak dibenarkan membuat kontrak bagi mana-mana perjanjian

kewangan yang berasaskan riba (bunga atau faedah).

Maksudnya: "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"

(Al-Baqarah: 275)

Kontrak yang melibatkan perjudian (maisir) adalah dilarang dalam Islam.

Page 9: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

9

Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang khamar

dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar, dan ada pula beberapa

manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”.

(Al-Baqarah: 219)

Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian yang besar (gharar fahish)

juga dilarang dan kontrak boleh dibatalkan.

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan

(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi

dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka

sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama

sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu . "

(An-Nisaa ': 29)

Unsur-Unsur yang Dilarang

1. Riba (Bunga atau Faedah)

Al-Jassas mentakrifkan riba sebagai pinjaman yang diberi untuk satu tempoh

yang ditetapkan dengan ditetapkan bayaran lebihan keatas principal yang mesti

dibayar oleh peminjam. Riba juga ditakrifkan sebagai satu peningkatan yang tidak

mempunyai pertimbangan yang sejajar dalam pertukaran harta untuk harta.5

Larangan riba disimpulkan daripada ayat berikut:

Maksudnya:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul

melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-

hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka

mengkatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama saja seperti riba".

Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan

riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kapadanya peringatan (larangan) dari

Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah

diambilnya dahulu (sebelum pengharaman riba) adalah menjadi haknya, dan

perkaranya terserahlah kapada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi

(perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal di

dalamnya.

(Al-Baqarah: 275)

5 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 199

Page 10: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

10

Adalah jelas bahawa larangan mengenai riba mempunyai dua dimensi.Yang

pertama melarang menambah jumlah hutang/pinjaman yang perlu dibayar yang

dikenali sebagai riba duyun, manakala yang kedua, dalam sistem perdagangan

“barter”, pertukaran barang ribawi dari jenis dan asas yang sama ditukar dengan

kadar/nisbah tukaran berbeza yang dikenali sebagai riba buyu'.

Ini boleh diringkaskan seperti berikut:6

a. Riba Duyun

Kenaikan yang tidak wajar ke atas wang yang dipinjamkan sama ada

dalam bentuk barangan atau wang tunai melebihi jumlah pokok.

Jenis Penerangan

Riba Qard Pertambahan (faedah) ke atas jumlah pinjaman

pokok yang telah dipersetujui ketika kontrak

dibuat.

Riba Jahiliyyah Faedah dikenakan ke atas peminjam bagi

pembayaran lewat atau kegagalan untuk

membayar balik pinjaman.

b. Riba Buyu’

Dalam urus niaga perdagangan dan pertukaran, berlaku pertukaran yang

tidak sama ke atas komoditi ribawi yang jenis dan asas yang sama.

6 Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 33-34

Riba

Riba Duyun Riba Buyu’

Riba

Jahiliyyah

Riba

Qard

Riba

Fadhl

Riba

Nasi’ah

Page 11: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

11

Jenis Penerangan

Riba Fadhl Oleh kerana jumlah/kuantiti yang tidak sama rata

Riba Nasi'ah Oleh kerana lanjutan masa penghantaran

Nabi Muhammad (saw) bersabda,

'Emas akan dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan

gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, dan garam dengan

garam – sama jenis untuk sama jenis, seimbang untuk seimbang,

pembayaran yang dibuat dengan serta-merta. Jika jenis berbeza, ikut

kehendak anda menjualnya dengan syarat pembayaran dibuat dengan

serta-merta.

(Riwayat Muslim)

Dari hadith di atas, emas dan perak mewakili wang. Gandum, barli, tamar

dan garam mewakili barang makanan asasi.Barang tersebut dikenali

sebagai barang ribawi.

Jenis Matawang Makanan Asasi

Emas Perak MYR SGD Gandum Barli Tamar Garam

Matawang

Emas

Perak

MYR

SGD

Makanan Asasi

Gandum

Barli

Tamar

Garam

Pada masa dan kadar yang sama

Pada masa yang sama

Tanpa syarat

Peratuan pertukaran barangan berikut digunakan dalam menentukan sama

ada transaksi berkenaan riba fadhl atau riba nasi'ah.

Peraturan 1:

Pertukaran antara bahan ribawi dari jenis yang sama (dan asas yang sama)

hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan atau jumlah dan

penghantaran dan pembayaran mestilah dibuat pada waktu yang sama.

Page 12: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

12

Jika pembayaran dan penghantaran barangan dibuat pada waktu

yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yang

ditukar tidak seimbang, maka berlaku riba fadhl.

Jika pembayaran dan penghantaran barangan tidak dibuat pada

waktu yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan

yang ditukar adalah seimbang, maka berlaku riba nasi’ah.

Peraturan 2:

Pembayaran dan penghantaran di antara bahan ribawi dari jenis yang

berbeza dan asas yang sama perlu dibuat pada waktu yang sama, walaupun

mungkin dengan harga yang berbeza. Keseimbangan kadar berat, sukatan

atau jumlah barangan yang ditukar tidak penting.

Jika bayaran dan penghantaran tidak dibuat pada waktu yang sama,

maka berlaku riba nasiah.

2. Gharar (Ketidakpastian)

Gharar atau ketidakpastian membuat transaksi tidak sah dalam Islam kerana ia

akan menyebabkan berlaku ketidakadilan kapada pihak-pihak yang terlibat.Ini

adalah disebabkan kuantiti dan kualiti yang dinyatakan dalam transaksi berkenaan

tidak ditetapkan dan tidak diketahui yang boleh menjadikan kontrak tidak sah atau

boleh batal.

Larangan gharar boleh disimpulkan dari ayat berikut:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman. janganlah kamu makan (gunakan) harta-

harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)

kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di

antara kamu, dan jangan kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. "

(An-Nisaa ': 29)

Larangan transaksi gharar disahkan dalam hadith berikut:

Abu Hurairah ra melaporkan bahawa Nabi Muhammad (saw) melarang transaksi

yang ditentukan dengan membaling batu, dan transaksi yang melibatkan

sebarang ketidaktentuan.

(Riwayat Muslim)

Page 13: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

13

Gharar boleh dikategorikan seperti berikut:

a. Gharar Kecil (Yasir)

Gharar kecil tidak menyebabkan kontrak jualan cacat kerana tidak

memberi kesan kepada komponen-komponen utama (rukun atau unsur-

unsur penting) kontrak dan syarat-syarat yang perlu bagi elemen-elemen

penting (contohnya syarat-syarat yang berkaitan dengan aset, harga,

bahasa yang digunakan dalam kontrak dan sebagainya)

b. Gharar Besar (Fahish)

Secara amnya, gharar besar adalah

ketidakpastian yang terlalu nyata sehingga ia tidak boleh

diterima, atau

Ia terlalu kabur sehingga sukar dinilai.

Gharar besar menyebabkan kontrak tidak sah.

3. Maisir (Perjudian)

Maisir bermakna mendapatkan sesuatu dengan terlalu mudah atau memperolehi

keuntungan tanpa berusaha. Islam melarang segala bentuk perniagaan di mana

keuntungan kewangan diperolehi daripada mencuba nasib semata-mata atau

spekulasi dan bukan dari pekerjaan. Tidak seperti gharar yang boleh diterima

pada tahap tertentu, maisir tidak boleh diterima sama sekali.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan

pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,

adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu hendaklah kamu

menjauhinya supaya kamu berjaya. "

(Al-Maidah: 90)

1.2.3 Konsep Kontrak dalam Muamalat

"Aqad" dari sudut bahasa bermaksud "ikatan" atau "simpulan". Ia boleh diterjemahkan

sebagai "kontrak".

Al-Barbati dalam kitabnya "Inayah 'ala Fath al-Qadri" mentakrifkan aqad sebagai:

"Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui gabungan dua pengisytiharan

dan wujud kesan perundangan ke atas perkara pokok yang dimaksudkan".

Page 14: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

14

Unsur-unsur penting dalam aqad :

Unsur-unsur penting Penerangan

Sighah a. Ijab (tawaran)

Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 101,

ijab ditakrifkan sebagai ikrar - untuk membuat penjualan

harta dan mengesahkan penjualan tersebut.

b. Qabul (penerimaan)

Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 102,

qabul ditakrifkan sebagai ikrar yang disebut oleh pihak

kedua apabila menerima penjualan harta dan dengan itu,

perjanjian itu menjadi sempurna.

Aqidain (pihak-pihak

yang terikat dalam

kontrak)

Ia adalah syarat untuk kontrak yang sah bahawa pihak-pihak

berkaitan mempunyai keupayaan. Keupayaan adalah kualiti

yang menjadikan seseorang layak untuk mendapatkan hak-hak

dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Aqidain Sighah Ma’aqud

Alaih

Qabul Ijab Barangan Harga

Page 15: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

15

Ma'aqud Alaih

a Perkara Pokok

Syarat-syarat yang perlu diambil kira menurut

perundangan Islam bagi subjek kontrak:

Perlu wujud pada masa kontrak.

Mesti dimiliki secara sah.

Mesti memberi manfaat atau hasil yang

penting bagi pihak-pihak yang

berkontrak.

Perlu mempunyai nilai komersial dalam

prinsip syariah.

b Harga / Balasan

Ditakrifkan sebagai nilai yang dijanjikan kepada pihak

lain apabila membuat kontrak

Syarat-syarat untuk balasan yang sah:

Wujud (mawjud)

Dibenarkan (halal)

Sah (sahih)

Berharga (mutaqawwim)

Page 16: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

16

BAB A2

KONSEP RISIKO

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Memahami konsep asas risiko.

Memahami proses pengurusan risiko.

Memahami bagaimana untuk menangani risiko.

Memahami risiko dari perspektif Islam.

Memahami hubungan antara risiko dengan Takaful.

A2.1 PENGENALAN

Istilah "risiko" secara amnya dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya kerosakan,

kecederaan atau kerugian. Terdapat unsur ketidakpastian daripada peristiwa yang berlaku

dan akibat daripada peristiwa tersebut.

Menurut Khidmat Nasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan United Kingdom (The

Occupational Health and Safety Advisory Services, United Kingdom), risiko ditakrifkan

sebagai "gabungan kemungkinan berlakunya peristiwa berbahaya atau pendedahan

kepada peristiwa berbahaya dan tahap keterukan kecederaan atau kemudaratan yang

boleh berlaku akibat peristiwa atau pendedahan tersebut". (the combination of the

likelihood of an occurrence of a hazardous event or exposure(s) and the severity of

injury or ill health that can be caused by the event or exposure(s).)

Dalam Takaful, perkataan "risiko" merujuk kepada kemungkinan berlakunya sesuatu

peristiwa dan tahap keterukan kesan-kesan negatif daripada peristiwa tersebut. Dalam erti

kata lain, ia sentiasa melibatkan ketidakpastian yang berpunca daripada kemungkinan

berlakunya sesuatu peristiwa, yang mana hasilnya boleh mengakibatkan seseorang

berada dalam kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan kedudukan beliau sebelum

berlakunya peristiwa tersebut.

A2.2 KONSEP RISIKO

Memandangkan wujudnya kaitan antara risiko dengan Takaful, tumpuan akan diberikan

pada risiko yang melibatkan kemungkinan berlakunya kerugian dari segi kewangan.

Kerugian kewangan boleh ditakrifkan sebagai penurunan atau kehilangan nilai

disebabkan oleh sesuatu kontingensi.

Page 17: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

17

Selain risiko merupakan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan kerugian akibat

daripada peristiwa yang tidak dijangka, risiko juga merupakan hubungan antara

kekerapan dengan keterukan. Kekerapan merujuk kepada berapa kali kerugian berlaku

(contohnya 170,670 kemalangan jalan raya setiap tahun) manakala keterukan merujuk

kepada saiz kerugian (contohnya kerosakan kenderaan akibat kemalangan jalan raya

mencapai RM10 juta pada tahun 2012). Hubungan antara kekerapan dengan keterukan

kewangan justeru adalah penting bagi syarikat insurans dan Pengendali Takaful.

Secara umumnya, terdapat kekerapan yang tinggi bagi kadar insiden yang rendah dan

kekerapan yang rendah bagi kadar insiden yang tinggi.

Sebagai contoh, terdapat banyak insiden kecil kebakaran rumah berbanding dengan

sangat sedikit kes kebakaran rumah yang musnah sama sekali.

2.2.1 Kategori Risiko

Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori yang berbeza. Kategori yang paling

penting adalah seperti yang berikut:

1. Risiko Tulen berbanding Risiko Spekulatif

Risiko Huraian Contoh

Tulen Kemungkinan yang boleh

menyebabkan hanya kerugian

(contoh, rumah musnah akibat

kebakaran) atau tiada kerugian

(contoh rumah tidak musnah akibat

kebakaran yang berlaku pada tahun

itu). Risiko tulen amnya boleh

dilindungi.

Kebakaran, kilat, banjir,

ribut, kematian awal,

kemalangan, kecurian, dan

lain-lain

Spekulatif

Kemungkinan yang boleh

menyebabkan kerugian, tiada

kerugian atau keuntungan

(perolehan). Risiko spekulatif

amnya tidak boleh dilindungi.

Pelaburan dalam pasaran

saham, turun naik mata

wang asing, menceburi

perniagaan baharu.

2. Risiko Asas berbanding Risiko Khusus

Risiko Penerangan Contoh

Asas Risiko yang akan memberikan

kesan kepada semua lapisan

masyarakat atau sejumlah besar

orang dalam masyarakat. Risiko ini

bukan dalam kawalan individu.

Kerosakan kepada harta

benda akibat gempa bumi,

peperangan, dan lain-lain

Page 18: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

18

Khusus Risiko yang akan memberi kesan

kepada individu sahaja dan dalam

kawalan individu.

Kerosakan kepada harta

benda akibat kemalangan,

kecurian, rompakan.

2.2.2 Jenis Risiko Tulen

Risiko tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis yang akan menjejaskan

jaminan kewangan, iaitu:

1. Risiko peribadi

Risiko ini ditakrifkan sebagai risiko yang secara langsung memberikan kesan

terhadap individu.

Risiko peribadi seterusnya boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis seperti yang

berikut:

Bil. Jenis risiko Huraian

1 Kematian Awal Kematian ketua isi rumah atau pencari nafkah

boleh menyebabkan kesukaran kewangan kepada

tanggungan.

2 Pendapatan yang

tidak mencukupi

semasa Persaraan

Kemungkinan pesara hilang pendapatan yang

diperoleh mereka jika mereka tidak mempunyai

aset kewangan yang mencukupi atau sumber

pendapatan persaraan lain.

3 Kesihatan tidak

memuaskan

Kemungkinan untuk membayar bil-bil perubatan

yang terlalu besar dan kehilangan pendapatan.

4 Pengangguran Ancaman utama terhadap jaminan kewangan akibat

daripada kitaran menurun perniagaan, perubahan

teknologi dan ekonomi dan lain-lain

2. Risiko Harta Benda

Risiko harta benda merujuk kepada kemungkinan kerugian disebabkan oleh

kerosakan harta benda yang berpunca daripada pelbagai sebab, seperti kebakaran,

banjir, gempa bumi dan bencana alam yang lain.

Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan dengan harta benda:

Page 19: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

19

Bil. Jenis risiko Huraian

1 Kerugian Langsung Kerugian kewangan akibat kerosakan fizikal,

kemusnahan atau kecurian harta. Sebagai contoh,

sebuah kilang musnah oleh kebakaran (kerosakan

fizikal kilang ialah satu kerugian langsung).

2 Kerugian tidak

langsung atau

kerugian turutan

Kerugian kewangan akibat tidak langsung daripada

berlakunya kerosakan fizikal secara langsung atau

kerugian kecurian harta. Sebagai contoh, tambahan

kepada kerosakan fizikal kilang, pemilik akan

kehilangan pendapatan (kerugian turutan)

disebabkan oleh pengurangan dalam pengeluaran

sementara kilang itu sedang dibaik pulih.

3. Risiko Liabiliti.

Risiko ini merujuk kepada kecederaan tubuh badan pihak ketiga atau kerosakan

harta benda. Dalam kes ini, mahkamah boleh memerintahkan orang yang

menyebabkan kemalangan untuk membayar ganti rugi yang besar kepada orang

yang mengalami kecederaan.

Contoh:

Firma perniagaan boleh dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang bagi

produk yang rosak yang boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta

benda kepada pengguna yang menggunakan produk ini.

2.2.3 Ciri- Risiko yang Boleh Dilindungi di bawah Takaful

Bil. Ciri Huraian

1 Nilai kewangan

Risiko ini mesti melibatkan kerugian yang boleh diukur

dari segi kewangan supaya pampasan kewangan boleh

dibuat akibat daripada kerugian, contohnya kebakaran

rumah, kereta yang dicuri.

2 Pendedahan

homogen (sama

jenis)

Perlu ada sejumlah besar risiko yang serupa, dan homogen

(sama jenis) sebelum mana-mana risiko daripada jumlah

yang besar tersebut boleh diinsuranskan.

3 Risiko Tulen

Secara umumnya, hanya risiko tulen (kerugian atau

pulangan modal) boleh diinsuranskan kerana insurans

tidak boleh digunakan untuk membuat keuntungan.

Page 20: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

20

4 Risiko khusus Risiko-risiko khusus boleh dilindungi jika mereka

memenuhi kriteria-kriteria risiko yang lain yang boleh

dilindungi di bawah Takaful. Risiko-risiko asas secara

umumnya tidak boleh dilindungi, contohnya peperangan,

perubahan dalam adat walaupun risiko-risiko tertentu

boleh dipertimbangkan bergantung pada lokasi geografi

risiko-risiko tersebut.

5 Kebetulan Kekerapan dan keterukan apa-apa risiko mestilah benar-

benar di luar kawalan orang yang menginsuranskan.

6 Kepentingan Boleh

Takaful

Ditakrifkan sebagai hubungan undang-undang antara

orang yang diinsuranskan dengan sesuatu perkara dalam

Takaful. Risiko yang hendak diinsuranskan mesti

mempunyai beberapa bentuk kerugian kewangan yang

diiktiraf oleh undang-undang. Orang yang Diinsuranskan

mestilah orang yang akan mengalami beberapa kerugian

kewangan jika risiko itu menjadi nyata, contohnya

pemilik rumah menginsuranskan rumahnya sendiri.

2.2.4 Sumber Risiko

Selain risiko, penting juga untuk memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan atau

menyumbang kepada berlakunya kerugian iaitu "Peril "dan" Bahaya ".

1. Peril

Peril menyebabkan berlakunya penyimpangan daripada apa yang kita

jangkakan. Ia merupakan penyebab langsung kepada kerugian. Kewujudan

peril memastikan bahawa kita dikelilingi oleh risiko seperti banjir, kematian,

sakit, kecurian, keganasan dan lain-lain dan ini dibincangkan di bawah.

a. Peril Semula Jadi:

Kategori ini termasuk peril seperti kecederaan dan kerosakan yang

disebabkan oleh unsur-unsur alam semula jadi seperti hujan, ais, salji,

taufan, hurikan, gunung berapi, ombak besar, angin, gempa bumi, atau

banjir.

b. Peril Disebabkan Manusia:

Terdapat juga peril disebabkan oleh manusia, yang menyebabkan

kerugian. Ini merupakan hasil perbuatan masyarakat kita dan tindakan

ganas dan tidak berperi kemanusiaan, yang mengakibatkan

penyimpangan daripada jangkaan. Terdapat banyak peril seumpama

ini, tetapi hanya sebahagian sahaja dibincangkan untuk

menggambarkan kepentingan mereka.

Page 21: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

21

i. Kecurian

ii. Rusuhan, mogok dan kerosakan dengan niat jahat

iii. Kemalangan

c. Peril Ekonomi:

Kategori peril yang ketiga atau punca risiko ialah bercirikan ekonomi

dan contoh risiko jenis ini ialah kegawatan, inflasi, turun naik pasaran

tempatan dan ketidakstabilan firma perindustrian. Kegawatan dalam

pasaran menyebabkan tahap pengeluaran yang rendah dan

peningkatan dalam pengangguran. Hasil pengeluaran yang rendah

menyebabkan keuntungan yang berkurangan atau kerugian bagi

tempat-tempat perniagaan manakala pengangguran menyebabkan

pendapatan individu terhenti lantas mengakibatkan penderitaan mental

dan fizikal.

2. Bahaya

Sementara bencana adalah punca langsung kerugian, bahaya merupakan

faktor asas, yang meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian.

Terdapat syarat-syarat, yang lebih berbahaya daripada yang lain contohnya,

pekerjaan, sebagai juruelektrik adalah pekerjaan yang lebih berbahaya

berbanding dengan jurubank kerana juruelektrik lebih mudah terdedah

kepada kemalangan.

Bil. Jenis Bahaya Huraian

1 Bahaya Fizikal Bahaya fizikal ditakrifkan sebagai keadaan fizikal

yang meningkatkan kemungkinan kehilangan.

Contoh:

Kerosakan pendawaian di bangunan yang

meningkatkan peluangkebakaran.

2 Bahaya Moral Bahaya moral ditakrifkan sebagai sikap individu

yang meningkatkan kemungkinan kebakaran.

Contoh:

Membakar barangan yang tidak terjual dengan

sengaja yang dilindungi di bawah Takaful.

Page 22: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

22

3 Bahaya moral Bahaya moral ialah suatu sikap kurang prihatin

mengenai akibat tindakannya.

Satu contoh ini ialah seorang yang cuai

memadamkan rokok dan tidak ambil peduli

tindakannya melemparkan rokok itu di sekitar

yang boleh menyebabkan kebakaran.

A2.3 PENGURUSAN RISIKO

Menurut Institut Insurans Bertauliah UK (Chartered Insurance Institute UK), pengurusan

risiko boleh ditakrifkan sebagai "pengenalpastian, analisis dan kawalan ekonomi bagi

semua risiko yang memberikan kesan kepada aset dan keupayaan pendapatan

perusahaan".

Sementara itu, Institut Insurans Malaysia (Malaysian Insurance Institute, MII)

mentakrifkan pengurusan risiko sebagai " pendekatan sistematik dalam menangani risiko

yang mengancam aset dan pendapatan daripada perniagaan atau perusahaan ".

2.3.1 Proses Pengurusan Risiko

1. Mengenal Pasti Risiko

Merujuk kepada proses mengenal pasti, menganalisis, mengkaji dan

menjangkakan kemungkinan risiko. Objektif mengenal pasti risiko adalah

untuk mengenal pasti dan mengkategorikan risiko yang boleh menjejaskan

projek dan mendokumentasikan risiko-risiko ini. Hasil daripada mengenal

pasti risiko ialah penyenaraian risiko-risiko.

Page 23: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

23

2. Menilai Risiko

Menilai risiko ialah proses menentukan kesan risiko atau potensi kerugian

supaya tindakan sewajarnya dapat diambil, dengan mengambil kira sumber

yang ada. Dalam usaha menilai atau menentukan impak risiko, berikut perlu

dipertimbangkan:

a. Kekerapan Risiko

Merujuk kepada bilangan berapa kali peristiwa yang menyebabkan

kerugian akan berlaku dalam tempoh masa yang diberikan

(kebarangkalian kejadiannya).

b. Keterukan Risiko

Merujuk kepada kos atau jumlah kerugian, dari segi nilai wang, yang

timbul daripada peristiwa yang menyebabkan kerugian.

3. Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko

Setelah risiko dinilai sepenuhnya, maka perlu pula untuk membangunkan

pelan pengurusan risiko dengan memilih kaedah pengendalian risiko yang

bersesuaian. Pemilihan perlu mengambil kira kos dan keberkesanan.

Berikut ialah kaedah pengendalian risiko:

Kaedah Huraian

Penghindaran

risiko

Ini merupakan teknik yang diusahakan untuk menghapus atau

mencegah risiko melalui pemberhentian aktiviti-aktiviti atau

perniagaan yang mencetuskan risiko.

Contoh:

Seorang perokok berhenti merokok untuk mengelak risiko

kanser paru-paru.

Pengawalan

Risiko

Ini merupakan satu teknik untuk mengurangkan risiko bagi

mencapai tahap yang standard dan wajar. Ia melibatkan kaedah

yang mengurangkan tahap kerugian yang teruk atau

kemungkinan berlakunya kerugian.

Contoh:

Pemasangan perenjis air untuk memadamkan api bagi

mengurangkan tahap kerugian yang teruk.

Page 24: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

24

Pengekalan

Risiko

Ini melibatkan penerimaan risiko jika tahap semasa risiko

sudah berada pada tahap yang boleh diterima. Pengekalan

risiko ialah satu strategi yang berdaya maju bagi risiko kecil

apabila kos menginsuranskan risiko akan lebih besar dari masa

ke masa berbanding dengan jumlah kerugian yang dialami.

Pemindahan

risiko

Ini melibatkan pemindahan risiko kepada organisasi atau

individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar

oleh organisasi atau individu yang mana risiko tersebut

dipindahkan.

Contoh:

Seorang pemilik rumah boleh memindahkan risiko kerugian

yang ditanggung apabila rumahnya musnah oleh kebakaran

dengan menandatangani kontrak insurans kebakaran.

Perkongsian

risiko

Islam tidak membenarkan penukaran risiko, iaitu jumlah

pemindahan akibat kerugian kewangan yang timbul daripada

risiko. Ia tidak diiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak kerana

ia boleh menyebabkan terlebih beban -tuntutan di luar niat asal

Pengendali Takaful, atau sebaliknya, yang juga boleh

menyebabkan tahap premium yang tidak munasabah dikenakan

kepada orang yang diinsuranskan.

Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi

risiko dengan orang lain yang mempunyai ciri risiko yang

sama. Amalan ini dikenali sebagai Takaful atau saling

melindungi.

4. Melaksana Pelan Pengurusan Risiko

Setelah melakukan pemilihan terhadap kaedah yang sesuai, pelan tersebut

sedia untuk dilaksanakan. Bagi melaksanakan langkah ini, risiko tersebut

perlu diberikan keutamaan dan diselaraskan dengan tindakan-tindakan yang

diambil. Salah satu tindakan sudah tentunya adalah untuk menginsuranskan /

melindungi risiko.

5. Mengkaji dan memantau Pelan Pengurusan Risiko

Aktiviti ini melibatkan kajian secara berkala, pemantauan ke atas proses

pelaksanaan serta semakan secara progresif ke atas pelan berdasarkan apa-apa

perubahan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi.

Kajian secara berkala boleh membantu untuk mengenal pasti apa-apa

kekurangan atau pelarasan dan juga memastikan objektif pelan itu dicapai.

Kajian perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Page 25: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

25

A2.4 KONSEP RISIKO DALAM ISLAM

Salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir (qada’ dan qadar)

adalah perkara biasa. Mereka percaya bahawa masa depan mereka adalah di tangan Allah

(SWT) dan manusia tidak perlu mengambil apa-apa tindakan proaktif untuk mengubah

keadaan mereka.Ini adalah bertentangan dengan ayat al-Quran berikut:

"... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga

mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. "

(Ar Ra'd: 11)

Islam menerima pakai pengurusan risiko sebagai salah satu cara untuk memastikan

pencapaian sasaran dan objektif ke arah Sa'adah (kebahagiaan) di dunia dan akhirat. Ini

boleh dijustifikasikan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis.

Bukti Al-Quran

"Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh

ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat

tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-

ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepada ku tentang mimpi ku ini, kalau kamu

orang-orang yang pandai menta`birkan mimp. Mereka menjawab: “Yang demikian itu

ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang

mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu. Dan (pada saat itu) berkatalah orang

yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu teringat (akan

pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: “Aku akan memberitahu kepada

kamu ta`birnya. Oleh itu, hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui

ta`birnya)". (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah dia): "Yusuf, wahai orang

yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi

melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan

tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah)

supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutus ku itu, semoga mereka dapat

mengetahui ta`birnya".Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-

sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada

tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya,

yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa

yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu

tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat

memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

(Surah Yusuf: 43-49)

Berdasarkan tafsiran ini, Nabi Yusuf (as) telah menasihati Raja Mesir cara untuk

menghadapi apa-apa malapetaka. Dalam usaha untuk mempersiapkan diri bagi

Page 26: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

26

menghadapi 7 tahun kemarau (seperti yang diramalkan oleh Nabi Yusuf (as), orang-orang

Mesir digalakkan untuk menanam tanaman secara aktif dalam tempoh 7 tahun pertama

dan menyimpan hasil tersebut. Raja Mesir kemudiannya telah melantik Nabi Yusuf (as)

sebagai Menteri Pertanian. Baginda kemudiannya melaksanakan cadangannya sendiri,

seperti yang diperkenankan oleh Raja Mesir, dan hasilnya negara itu berupaya

mengharungi 7 tahun kemarau.

Ini adalah satu contoh yang jelas tentang pengurusan risiko, iaitu risiko kelaparan dan

kebuluran dapat dicegah dengan menanam tanaman dan bahan yang boleh dimakan

dalam tempoh 7 tahun kemakmuran.

Bukti Hadis

Nabi Muhammad (saw) pernah bertanya kepada seorang Badwi yang telah

meninggalkan unta beliau dengan membuka ikatannya, "Mengapa kamu tidak mengikat

unta anda?" Orang Badwi itu menjawab, "Saya serahkan kepada kehendak Allah. Nabi

(saw) berkata, "Ikatlah unta kamu terlebih dahulu kemudian berserahlah kepada Allah

(SWT).

Perbualan ini menggambarkan bahawa bukan sahaja umat Islam harus menerima takdir

mereka tetapi juga menunjukkan bagaimana umat Islam perlu berusaha untuk

mengurangkan risiko kerugian dan bencana, iaitu pengurusan risiko.

A2.5 RISIKO DAN TAKAFUL

Terdapat banyak salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir.

Sesetengah orang Islam percaya bahawa masa depan adalah di tangan Allah (SWT),

apabila mereka menghadapi mentaliti takdir dengan meletakkan diri mereka dalam

doktrin ini, iaitu sama ada seseorang itu kaya atau miskin, gembira atau sedih, semuanya

ditakdirkan oleh Allah (SWT). Akibat salah faham yang nyata ini, apa-apa usaha atau

strategi pengurusan risiko untuk melindungi aset atau kehidupan telah dianggap sebagai

bertentangan dengan takdir dan kehendak Allah (SWT).

Dalam perancangan kewangan Islam, Takaful ialah satu cara untuk mengurangkan risiko

kerugian kewangan akibat kemalangan dan musibah (Iqtisad Al-Islamy, 2003). Pada

hakikatnya, Pelan Takaful ialah alternatif kepada insurans dalam perancangan kewangan

konvensional. Dalam pelan Takaful, peserta akan membayar sejumlah wang yang

ditentukan sebagai caruman (dikenali sebagai premium) sebahagiannya kepada dana

risiko (peserta akaun khas) dengan menggunakan konsep Tabbaru '(derma) dan

sebahagiannya kepada pihak lain (dikenali sebagai pengendali Takaful ) dengan

persetujuan bersama bahawasanya Pengendali Takaful adalah di bawah tanggungjawab

dari segi undang-undang untuk memberikan peruntukan untuk perlindungan kewangan

Page 27: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

27

kepada peserta terhadap kerugian yang tidak dijangkakan, sekiranya risiko itu berlaku

dalam tempoh yang telah dipersetujui.

Dalam Takaful, risiko daripada individu atau organisasi disebarkan atau dikongsi dengan

individu atau organisasi lain yang mempunyai corak yang sama secara relatif. Individu

atau organisasi yang mengambil bahagian dalam skim ini akan memberikan caruman

kepada dana Takaful. Sekiranya sesuatu risiko berlaku, mereka akan menerima pulangan

daripada dana Takaful untuk menampung kerugian yang telah dialami mereka.

Page 28: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

28

BAB A3

PENGENALAN TAKAFUL

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Memahami konsep asas Takaful.

Memahami aplikasi dan manfaat Takaful.

A3.1 PENGENALAN

Industri Takaful Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat sejak awal

penubuhannya pada tahun 1984. Industri ini telah berkembang daripada industri yang

terdiri dari Pengendali Takaful tunggal untuk menjadi industri yang berdaya maju. Hari

ini, Takaful merupakan industri yang penting dalam sistem kewangan Islam.

Menurut laporan Bank Negara Malaysia yang terkini, industri Takaful mengalami purata

kadar pertumbuhan sebanyak 27 peratus daripada segi sumbangan atau caruman bersih

antara tahun 2005 hingga 2012.

3.1.1 Definisi

Perkataan “Takaful” berasal daripada kata kerja bahasa Arab “kafala” yang bermaksud

saling menjamin. Oleh itu, pakatan yang melibatkan sekurang-kurangnya antara dua

pihak yang sama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain sekiranya berlaku

kehilangan atau kerugian, sebagai akibat daripada ditimpa bencana mentakrifkan istilah

"Takaful".

Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) Takaful bermaksud:

"Suatu pengaturan yang berdasarkan saling membantu di mana peserta Takaful bersetuju

untuk menyumbang kepada kumpulan wang bersama yang memberi manfaat kewangan

bersama yang boleh dibayar kepada peserta Takaful atau waris mereka apabila berlaku

keadaan-keadaan yang telah dipersetujui terlebih dahulu".

A3.2 FALSAFAH DAN KONSEP TAKAFUL

Pada dasarnya, sistem Takaful adalah berasaskan saling bekerjasama, bertanggungjawab,

jaminan, perlindungan dan membantu dalam kalangan para pesertanya. Amalan yang

sama boleh dilihat dalam amalan al-aqilah di bawah adat kebiasaan suku bangsa Arab

Page 29: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

29

sebelum kedatangan Islam di mana seorang pembunuh dikehendaki membayar wang

darah (diyat) sebagai pampasan kepada keluarga si mati. Doktrin ini telah dibenarkan

oleh Nabi Muhammad (saw) dan seterusnya dijadikan mandatori semasa Khalifah kedua,

Saidina Umar Al Khatab (ra).

1. Asas Kerjasama

Takaful, adalah berasaskan konsep ta'awun bermaksud saling membantu. Para

peserta skim Takaful bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam

berbentuk kewangan dalam perkara keperluan yang khusus (sebagaimana yang

ditakrifkan dalam kontrak Takaful) dengan menyumbang atau menderma kepada

satu kumpulan wang yang umum.

Konsep ini adalah berdasarkan perintah Allah (SWT) menerusi ayat yang berikut:

"... Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan, tetapi jangan kamu

membantu satu sama lain dalam dosa dan permusuhan"

(al-Maidah: 2)

Nabi Muhammad (saw) menegaskan dalam hadis yang berikut:

"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi dia membantu orang lain"

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

2. Asas Tanggungjawab

Seiring dengan disiplin syariah ke atas Takaful (yang bermaksud berkongsi

tanggungjawab dan berkongsi jaminan), para peserta bersetuju untuk memberi

pampasan sekiranya berlaku musibah.

Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang yang beriman, antara satu sama

lain, adalah seperti jasad, apabila salah satu daripada bahagian-bahagian yang

ditimpa kesakitan, maka seluruh jasad akan merasainya.

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

3. Asas Saling Melindungi

Para peserta Skim Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab atau

berkongsi tanggungjawab.

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk

Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.

(Diriwayatkan oleh Ahmad)

Page 30: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

30

A3.3 APLIKASI DAN MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL

Pada tahun 1985 Majlis Akademik Liga Islam Sedunia, sesudah membuat

pengubahsuaian yang sewajarnya membuat kesimpulan bahawa insurans berbentuk

kerjasama adalah diterima dan dianggap sebagai alternatif kepada insurans. Sistem ini

yang berada di dalam rangka kerja Islam perlu diasaskan seperti berikut:

1. Takaful

Ulama Islam sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan

kehendak syariah boleh diasaskan atas konsep Islam Takaful. Takaful adalah kata

nama yang berasal daripada kata kerja bahasa Arab "kafala" yang bermaksud

untuk menjaga keperluan seseorang. Takaful bermaksud saling membantu dalam

kalangan kumpulan iaitu setiap ahli kumpulan bersama-sama berusaha untuk

membantu mereka yang memerlukan dari dalam kumpulan.

Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, berkongsi tanggungjawab dan

persaudaraan ddalam kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan

sekumpulan orang yang berhasrat untuk menjamin antara satu sama lain dari

dalam kumpulan terhadap kehilangan atau kerosakan yang mungkin berlaku ke

atas sesiapa sahaja antara mereka.

Ciri-ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut:

o Pengendali bukanlah yang menanggung risiko, para Peserta yang saling

melindungi antara satu sama lain.

o Pengendali Takaful bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak para

Peserta untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful.

o Semua caruman (premium) yang dibayar oleh peserta akan terkumpul

dalam dana Takaful untuk pembayaran manfaat Takaful.

o Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam urus niaga

yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah.

2. Model Takaful

a. Mudharabah (Kontrak Perkongsian Keuntungan)

Dalam perniagaan Takaful, para peserta adalah sebagai pemberi modal

yang menyumbang sejumlah wang pada kumpulan wang Takaful,

manakala Pengendali Takaful sebagai usahawan bersetuju untuk

menguruskan kumpulan wang tersebut dengan hasrat menjana keuntungan

bagi kedua-dua pihak, peserta dan pengendali berkongsi keuntungan pada

kadar yang ditentukan.

Page 31: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

31

b. Wakalah (Kontrak Agensi)

Dalam perniagaan Takaful, peserta melantik Pengendali Takaful sebagai

wakil mereka untuk menguruskan perlindungan Takaful dan kumpulan

wang Takaful mereka.

Sebagai balasan bagi perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful dibenarkan

untuk mengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi boleh dibayar

daripada caruman peserta Takaful. Ini bererti berdasarkan model di atas,

perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan kepada kumpulan wang Takaful

sebagai caj pendahuluan.

3. Konsep dan Kontrak Takaful

a. Tabarru' (Derma)

Dalam perniagaan Takaful, peserta bersetuju untuk menyumbang kepada

kumpulan wang Takaful berasaskan kontrak tabarru'. Kontrak Tabarru'

adalah elemen teras dalam perniagaan Takaful dan bukan sahaja

diamalkan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Tabarru' dengan nyatanya mengislamkan kontrak insurans dengan

menghapuskan kebanyakan unsur-unsur yang bercanggah. Ini sebenarnya

adalah perbezaan asas antara insurans yang patuh syariah dan insurans

konvensional. Dalam kontrak Takaful, Peserta hendaklah bersetuju untuk

melepaskan sebagai derma keseluruhan atau sebahagian tertentu caruman

yang sekali gus membolehkannya memenuhi tanggungjawab saling

membantu dan saling jamin-menjamin.

Kelebihan tabarru' dalam Takaful:

i. Perlindungan Takaful yang patuh syariah.

ii. Kelebihan melakukan amal soleh.

A3.4 MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL

Takaful menawarkan kedua-dua keuntungan kewangan melalui skim perlindungan dan

"keuntungan" dari segi kerohanian. Beberapa manfaat adalah seperti berikut:

1. Takaful membolehkan peserta untuk menunaikan tanggungjawab sosial terhadap

masyarakat dan keluarga.

2. Takaful juga membolehkan bantuan kewangan bagi yang kurang bernasib baik

dan mereka yang memerlukan melalui konsep tabarru' di mana sebahagian

daripada sumbangan itu akan diagihkan kepada kumpulan wang berisiko. Derma

Page 32: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

32

"Tabarru" juga membolehkan peserta untuk menyucikan diri mereka serta

mencapai ketenangan fikiran.

3. Menggalakkan nilai-nilai moral dan etika berurusan dalam semua aktiviti

perniagaan dan operasi kerana ianya bebas daripada unsur-unsur yang dilarang

seperti riba, gharar dan maysir serta lain-lain unsur yang dilarang dalam urusan

kewangan.

4. Memberi perlindungan dan keselamatan untuk keluarga dan kumpulan daripada

sebarang musibah.

Page 33: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

33

BAB A4

PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Memahami konsep asas, dasar dan jenis-jenis insurans.

Memahami dan menerangkan unsur-unsur yang dilarang dalam amalan insurans.

Memahami dan menerangkan perbezaan antara Takaful dan insurans.

A4.1 PENGENALAN

Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dinamakan sebagai

penanggung insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang dipersetujui,

yang dipanggil premium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak

diinsuranskan, sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu pada tempoh tertentu.

Oleh itu, dalam erti kata yang lain, kontrak insurans adalah kontrak antara dua pihak,

penanggung insurans dan pihak diinsuranskan, di mana pihak terdahulu berjanji untuk

membayar ganti rugi kepada pihak yang kemudian apabila berlakunya keadaan tertentu

sebagai pulangan pada sumbangan atau carumannya.

Insurans telah wujud sejak beberapa abad. Sesetengah ahli sejarah menjejaki asal usul

insurans dari 215 Masihi /CE, apabila kerajaan Romawi diperlukan oleh pembekal tentera

untuk menanggung semua risiko yang timbul akibat daripada serangan musuh, ribut, dan

lain-lain bencana alam terhadap bekalan yang dibawa di atas kapal mereka. (Omar Fisher,

2009). Bukti terawal kontrak insurans bermula dari tahun sekitar 2,800 Sebelum Masihi

di mana kod perundangan Babylon menunjukkan peraturan mengenai insurans. Pada

asasnya konsep insurans telah dibangunkan untuk menangani bahaya yang dihadapi oleh

saudagar-saudagar dan pedagang-pedagang di laut. Ini berbeza daripada perlindungan

kargo dan barangan yang dibawa oleh kapal-kapal bagi perlindungan terhadap kehilangan

nyawa para pelayar dan pegawai.

Dalam erti kata lain, terdapat keperluan untuk manusia bersedia terhadap kerugian. Dan

insurans moden boleh dijejaki bermula pada abad 1600 Masihi, apabila saudagar-

saudagar British dan pemilik kapal mula bertemu di kedai kopi berhampiran Lombard

Street di London. Kedai kopi ini dinamakan Lloyd, di mana mereka membuat perjanjian

untuk saling berkongsi dalam keuntungan dan kerugian pelayaran di laut (Omar Fisher,

2009).

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan tersebut juga tersebar luas di kalangan

orang Cina, Yunani dan Eropah. Kes pertama insurans hayat bermula pada tahun 1583 di

Page 34: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

34

England di mana kontrak jangka tertentu dikeluarkan untuk hayat William Gybbon. Satu

perkembangan yang penting dalam industri insurans hayat ialah pembangunan jadual

kemortalan oleh Edmund Halley dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, kira-kira satu

abad kemudiannya barulah tahap ketepatannya telah dicapai dalam meramal kadar

kemortalan.

Insurans telah diperkenalkan di Malaysia bermula sejak abad ke-18 dan ke-19 di mana

firma-firma perdagangan dan rumah-rumah agensi bertindak sebagai ejen bagi syarikat-

syarikat insurans dari United Kingdom. Setelah mencapai kemerdekaan, terdapat usaha

untuk menubuhkan syarikat insurans tempatan. Awal 1960-an menyaksikan pertumbuhan

banyak syarikat-syarikat insurans hayat dan am. Sesetengah syarikat dikendalikan secara

kurang sihat dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar.

Kerajaan kemudiannya campur tangan dan Akta Insurans 1963 telah diperkenalkan. Di

bawah Akta tersebut, pengendalian dan pengawasan industri insurans secara am adalah

dalam bidang kuasa Ketua Pengarah Insurans di bawah Kementerian Kewangan. Baru-

baru ini, Kerajaan telah memperkenalkan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 bagi

menggantikan akta yang lama.

4.1.1 Definisi Insurans

Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak dinamakan penanggung

insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang dipersetujui, dipanggil

premium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak diinsuranskan,

sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu sepanjang tempoh tertentu.

4.1.2 Asas Insurans

Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh beberapa pihak disebar

luas kepada dan ditanggung oleh pihak yang ramai. Dalam amalan moden, insurans

adalah satu bentuk di mana beban kewangan musibah dipindahkan daripada Penanggung

Insurans kepada Pihak yang Diinsuranskan. Konsep di sebalik insurans adalah bahawa

sekumpulan orang terdedah kepada risiko yang sama berkumpul bersama-sama dan

memberi sumbangan ke arah pembentukan satu kumpulan wang terkumpul. Seandainya

ada pihak yang benar-benar mengalami kerugian daripada risiko tersebut, ia dibayar

pampasan daripada kumpulan wang terkumpul yang sama. Sumbangan kepada

pengumpulan tersebut dilakukan oleh sekumpulan orang yang berkongsi risiko umum

dan dikutip oleh syarikat insurans dalam bentuk premium.

Kontrak insurans adalah kontrak indemniti/ganti rugi (tidak termasuk Insurans Hayat dan

Kemalangan Diri) dan prinsip ini menempatkan Pihak Diinsuranskan pada kedudukan

kewangan yang sama seperti mana dia berada sebelum berlakunya musibah. Jumlah

pihak diinsuranskan mestilah ditetapkan pada tahap, yang akan memberikan pampasan

Page 35: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

35

yang mencukupi pada masa kerugian. Bagi insurans hartanah, susut nilai mestilah

diambil kira. Kos insurans bergantung kepada skop perlindungan di mana tambahan

perlindungan memerlukan tambahan premium. Secara umumnya, hanya kerugian yang

tidak diduga dan tidak dijangka boleh diinsuranskan. Oleh itu, musibah atau kerugian

yang dijangka secara amnya tidak boleh insurans (kecuali dalam Insurans Hayat).

4.1.3 Jenis-jenis Insurans

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) memperuntukkan bahawa:

1. Bagi maksud Akta ini, perniagaan insurans hendaklah dibahagikan kepada

dua kelas:

a. Perniagaan hayat, yang mana tambahan pada semua perniagaan yang

insurans berkenaan dengan polisi hayat termasuk sebarang jenis

perniagaan insurans yang dijalankan hanya berkaitan dengan perniagaan

penanggung insurans hayat, dan

b. Perniagaan am, yang bererti semua perniagaan insurans yang bukan

perniagaan insurans hayat.

2. Bagi maksud Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah polisi dikira sebagai

perniagaan insurans dari kelas dan perihalan di mana polisi tersebut akan

tergolong jika ianya dikeluarkan oleh penanggung insurans semula.

A4.2 RESOLUSI SYARIAH TERHADAP INSURANS

Konsep insurans tidak mendapat persetujuan menyeluruh dari para ulama sama ada

dibenarkan (halal) atau dilarang (haram). Oleh kerana insurans sebagaimana yang

diamalkan sekarang, tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad (saw) 'ijtihad'

digunakan untuk menentukan sama ada insurans dibenarkan atau sebaliknya.

4.2.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans

1. Imam Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar (Ibn Abidin)

Ibn Abidin, ulama Islam dari Mazhab Hanafi mengeluarkan fatwa pada tahun

1836 bahawa kontrak tukaran yang digunakan dalam insurans konvensional

tidak mematuhi kontrak tukaran (muawadhah) seperti yang dikehendaki oleh

syariah.

2. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Page 36: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

36

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam

Malaysia, pada mesyuarat yang diadakan pada 15 Jun 1972 membincangkan

dan memutuskan mengenai isu-isu Insurans Hayat.

Keputusan:

Insurans Hayat yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans hari ini adalah

transaksi perniagaan yang tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsip-

prinsip perniagaan Islam memandangkan kontrak mengandungi unsur-unsur

gharar, maisir dan riba. Oleh yang demikian dari sudut pandangan syariah,

insurans adalah haram.

3. Akademi Fiqh OIC

Akademi Fiqh Islam, yang terbentuk daripada Pertubuhan Persidangan Islam,

bermesyuarat dalam Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 10 hingga 16

Rabiulawal 1406 H (bersamaan dengan 22-28 Disember 1985). Dan selepas

mengkaji semula pembentangan dari para ulama yang mengambil bahagian

dalam sesi berkenaan `Insurans dan insurans semula‟, dan setelah berbincang

perkara yang sama, dan selepas memeriksa secara dekat kesemua jenis-jenis

dan bentuk-bentuk insurans dan mengkaji secara mendalam prinsip-prinsip

asas yang telah mereka asaskan dan matlamat serta objektif, dan meneliti

secara mendalam apa yang telah dikeluarkan oleh Akademi Fiqh dan lain-lain

institusi dalam perkara ini;

Keputusan:

Kontrak Insurans Komersil, dengan premium berkala yang tetap, biasanya

diamalkan oleh syarikat-syarikat insurans komersial, adalah kontrak yang

mengandungi unsur-unsur utama risiko, yang akan membatalkan kontrak dan

oleh yang demikian adalah dilarang (haram) mengikut syariah.

Kontrak alternatif yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam adalah urusan

kontrak insurans koperatif, yang diasaskan atas dasar kebajikan dan

kerjasama.

Akademi Fekah OIC menjemput negara-negara umat Islam untuk

menubuhkan institusi insurans koperatif dan entiti koperatif bagi insurans

semula, dalam membebaskan ekonomi Islam daripada eksploitasi dan

pelanggaran sistem Allah yang telah disediakan untuk ummah.

Page 37: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

37

4.2.2 Unsur-unsur yang dilarang dalam Amalan Insurans

Insurans adalah berdasarkan kepada kontrak beli dan jual yang mewujudkan unsur-unsur

larangan seperti berikut:

1. Riba

Riba Nasi'ah Pertukaran bahan ribawi antara pihak diinsuranskan

(premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat

tuntutan) pada masa yang berbeza.

Riba fadhl Pertukaran bahan ribawi antara pihak diinsuranskan

(premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat

tuntutan) pada kuantiti yang berbeza.

Riba Qard Syarikat insurans melabur premium dalam

pelaburan yang menghasilkan faedah.

Syarikat insurans membayar faedah ke atas

produk mereka.

Syarikat insurans mengambi kira faedah masa

depan apabila mengira premium.

Faedah yang dicajkan pada polisi pinjaman

Riba jahiliyyah Faedah yang dicajkan pada premium yang dibayar lewat.

2. Gharar

Kedua-dua pihak dalam kontrak insurans tidak mengetahui secara tepat

apakah kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain, baik

syarikat insurans mahupun pihak diinsuranskan yang tahu hasil daripada

kontrak.

Pihak diinsuranskan tidak tahu jumlah pampasan yang dia mungkin terima

seandainya berlaku kemalangan atau bahaya sebagaimana juga pihak

diinsuranskan tidak tahu akan ada pampasan sebagaimana tidak tahunya

hasil daripada kontrak.

Penanggung insurans tidak tahu bila bahaya yang akan berlaku.

Tidak ada keadilan dalam insurans yang mana pihak diinsuranskan

dikehendaki membayar premium tetapi jika peril yang diinsuranskan tidak

berlaku, pihak yang diinsuranskan tidak akan menerima apa-apa bayaran.

Insurans adalah satu janji untuk membayar pampasan yang kadangkala

dipenuhi dan kadangkala tidak. Ketidakpastian dalam hasil pertukaran

pada ketika kontrak itu dimeterai, hasil daripada pertukaran itu masih

tidak pasti.

Page 38: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

38

4. Maisir

Pihak diinsuranskan boleh menerima sejumlah besar wang, tanpa input

yang sama.

Berkemungkinan membayar premium tanpa mendapat sebarang amaun

atau jumlah wang sebagai balasan.

Penanggung insurans kerugian jika terlalu banyak tuntutan.

Premium yang diperoleh melebihi tuntutan, Penanggung insurans boleh

membuat keuntungan yang besar.

A4.3 PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

Bil. Isu-isu

berkaitan

Takaful Insurans

1 Inti pati Niat Niat adalah untuk

mewujudkan kedua-dua

perhubungan rohani dan

undang-undang

Niat adalah untuk mewujudkan

hubungan undang-undang

sahaja

2 Isi kandungan Isi kandungan mestilah

dibenarkan Syariah

Isi kandungan mestilah

dibenarkan oleh Common Law.

3 Jaminan

Pengendali Takaful hanya

Pengurus Kumpulan Wang

atau Dana. Peserta saling

menjamin antara satu sama

lain

Syarikat yang menyediakan

jaminan

4 Kumpulan

Wang atau

Dana

Kumpulan Wang atau Dana

adalah milik Peserta dan

diuruskan oleh Pengendali

Takaful bagi pertimbangan

yang sah terhadap

perkhidmatan yang diberikan

Kumpulan Wang adalah milik

Syarikat walaupun aset

diasingkan dan dikekalkan di

antara pemegang saham

dengan pemegang polisi

5 Bayaran

sumbangan /

premium

Sumbangan dianggap sebagai

derma (tabarru)

Premium yang dibayar

mewujudkan suatu kewajipan

terhadap penanggung insurans

ke atas kontrak jual beli

6 Unsur

Larangan

Model Islam adalah

berdasarkan prinsip-prinsip

Islam dan bebas daripada

sebarang unsur-unsur haram

Polisi insurans berkisar unsur-

unsur Gharar, Riba dan Maisir

7 Keuntungan Keuntungan dikongsi antara

Peserta dengan Pengendali

Dalam insurans keuntungan

adalah mengikut budi bicara

Syarikat

Page 39: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

39

8 Kontrak Gabungan kontrak tabarru'

(derma) dan agensi atau

kontrak perkongsian

keuntungan

Kontrak pertukaran (jual dan

beli) antara penanggung

insurans dengan pihak

diinsuranskan

9 Pendekatan

Risiko

Konsep perkongsian risiko

dalam kalangan Peserta

Konsep pemindahan risiko

daripada pihak diinsuranskan

kepada syarikat insurans

10 Manfaat Dibayar daripada kumpulan

wang atau dana bersama yang

ditakrifkan di bawah

indemniti/ganti rugi yang

ditanggung oleh peserta

Dibayar daripada kumpulan

wang atau dana yang dimiliki

secara sah oleh syarikat

11 Keuntungan /

Bonus

Menyatakan dari awal lagi

bagaimana keuntungan yang

akan dikongsi di antara

peserta dengan pengendali

Boleh menawarkan bonus atau

keuntungan secara umum

sahaja terutamanya dengan

polisi keuntungan penyertaan

12 Pelaburan

Kumpulan

Wang atau

dana

Aset kumpulan wang atau

dana takaful dilaburkan dalam

instrumen yang patuh Syariah

Tiada sekatan selain daripada

alasan-alasan yang disebabkan

oleh peraturan kehematan

Page 40: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

40

BAB A5

PRINSIP DAN MODEL PERNIAGAAN TAKAFUL

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Menyenaraikan pelbagai prinsip asas Takaful.

Memahami model perniagaan Takaful yang diterima pakai oleh Pengendali Takaful.

Menerangkan pelbagai prinsip dan model kepada bakal pelanggan.

A5.1 PENGENALAN

Kontrak Takaful bukan sahaja tertakluk kepada prinsip-prinsip umum undang-undang

kontrak, tetapi juga prinsip-prinsip khusus undang-undang yang termaktub dalam kontrak

Takaful. Berdasarkan kaedah-kaedah undang-undang yang telah ditetapkan dalam konsep

fiqh al-asl fi al-ashya 'al-ibahah (semua perkara adalah dibenarkan melainkan jika

ditetapkan sebaliknya), kontrak Takaful menyepadukan prinsip-prinsip normal insurans

ke dalam amalan Takaful yang merangkumi konsep keadilan dalam berurusan seperti

yang dihuraikan dengan terperinci oleh syariah.

A5.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL

5.2.1 Kepentingan Boleh Takaful (Lindung)

Istilah "Kepentingan Boleh Takaful" merujuk kepada manfaat (atau faedah) seseorang

yang ada pada sesuatu objek atau orang yang dilindungi. Manfaat ini boleh dirujuk

kepada, antara lain, manfaat kewangan. Seseorang yang memiliki kepentingan yang

dibolehkan pada suatu benda yang apabila dia mengalami kerugian (kewangan atau

sebaliknya) sekiranya benda tersebut dirosakkan atau hilang.

Kepentingan Boleh Takaful wujud apabila terdapat hubungan antara peserta dengan

sesuatu benda, kebiasaannya timbul daripada beberapa situasi seperti berikut:

Hubungan Deskripsi

Pemilikan Harta benda Pemilik harta benda akan rugi daripada segi kewangan

jika harta benda mereka rosak atau musnah.

Potensi Liabiliti Undang-

undang

Kepentingan Boleh Takaful boleh juga wujud apabila

terdapat kerugian kewangan yang berlaku daripada liabiliti

undang-undang.

Page 41: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

41

Hak Perundangan Kepentingan di atas boleh diwujudkan sekiranya terdapat

peruntukan dalam kontrak bahawa satu pihak

bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kerugian

atau kerosakan pada harta benda dan liabiliti pihak ketiga.

Kepentingan Boleh Takaful mestilah wujud pada permulaan dan pada masa berlaku

kerugian – sekiranya tidak, perlindungan Takaful adalah tidak sah.

Beberapa contoh mereka yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful adalah: -

1. Individu yang hayat dan badannya mempunyai Kepentingan Boleh Takaful yang

tidak boleh dipersoalkan pada apa jua jumlahnya.

2. Pasangan yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat dan harta

benda sesama mereka.

Seseorang itu mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap kanak-kanak atau

bayi di bawah umur majoriti ketika perlindungan Takaful mula berkuat kuasa, dan

juga terhadap sesiapa yang di bawah jagaannya sepenuh masa atau sebahagian

daripadanya.

4. Pemiutang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat si penghutang

(setakat jumlah hutang) tetapi penghutang tidak mempunyai kepentingan terhadap

hayat si pemiutang.

5.2.2 Kewajipan Penuh Percaya Mutlak

Kewajipan Penuh Percaya Mutlak boleh ditakrifkan sebagai kewajipan yang positif

secara sukarela untuk menzahirkan, dengan tepat dan sepenuhnya semua fakta penting

mengenai risiko yang dicadangkan, sama ada diminta atau tidak.

Kontrak Takaful, kedua-dua Keluarga dan Am yang dimeterai oleh semua pihak

berdasarkan Penuh Percaya Mutlak, bermaksud bahawa kedua-duanya adalah

dikehendaki untuk mendedahkan semua fakta yang berkaitan, sama ada diminta atau

tidak, yang penting kepada keputusan pihak lain untuk memasukkannya ke dalam

kontrak. Kegagalan mendedahkan maklumat penting walaupun tidak diminta,

membuatkan pihak yang terkilan berhak untuk menganggap kontrak sebagai tidak sah. Di

bawah doktrin Penuh Percaya Mutlak kedua-dua pihak iaitu peserta dan Pengendali

Takaful mestilah mendedahkan semua fakta penting sepenuhnya dengan penuh

kebenaran.

Doktrin Penuh Percaya Mutlak juga memerlukan bahawa tidak ada penyembunyian,

salah pernyataan atau berniat menipu fakta-fakta penting. Tanggungjawab Penuh Percaya

Mutlak mestilah berterusan sepanjang tempoh Takaful di mana peserta dikehendaki

memberitahu dan mendedahkan kepada Pengendali Takaful akan sebarang perubahan

yang mungkin meningkatkan risiko dengan ketara. Pengendali Takaful seterusnya akan

Page 42: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

42

membuat keputusan sama ada peningkatan risiko tersebut memerlukan peningkatan

dalam kadar caruman, perlukan syarat-syarat tambahan, atau dalam kes yang teruk,

terpaksa dibatalkan. Sebagai contoh ialah perubahan fungsi/kegunaan sesebuah bangunan

daripada sebuah kedai runcit kepada stor penyimpanan bahan bunga api.

Dalam kontrak Takaful, bagi penguatkuasaan sijil, pihak-pihak yang terlibat di dalamnya

perlu mempunyai niat yang baik. Oleh itu, tiadanya pendedahan tentang fakta-fakta

penting, penglibatan dalam perbuatan menipu, salah pernyataan atau pernyataan palsu

adalah semua unsur yang boleh membatalkan sijil Takaful.

Pelanggaran Penuh Percaya Mutlak berlaku apabila pencadang tahu atau menjangkakan

secara munasabah untuk mengetahui sesuatu fakta penting:

Gagal menzahirkan fakta penting, atau

Salah nyata fakta penting.

Apabila peserta gagal menzahirkan suatu fakta penting pelanggaran penuh percaya

mutlak dinyatakan sama ada sebagai tidak menzahirkan atau penyembunyian, iaitu

penipuan tidak menzahirkan. Sekiranya dia salah nyata sesuatu fakta penting,

pelanggaran itu disebut ditakrifkan sebagai salah nyata tanpa niat atau penipuan kerana

salah nyata. Sebagai contoh, peserta Takaful Keluarga mempunyai penyakit yang sedia

ada tetapi gagal memaklumkannya kepada Pengendali Takaful.

Fakta Penting (Material)

Fakta penting (material) ditakrifkan sebagai sebarang fakta munasabah yang akan

mempengaruhi keputusan pengunderaitan Pengendali Takaful terhadap sijil, seperti akan

mempengaruhi keputusan pihak underait sama ada mengeluarkan sijil atau caruman

terhadap sijil.

Contoh:

Jika pencadang memohon sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan dan mengakui bahawa

dia tidak mempunyai penyakit yang serius, sedangkan dia adalah pesakit kencing manis.

Salahnyataan beliau dianggap material bilamana Pengendali Takaful tidak akan

mengeluarkan sijil itu seandainya mengetahui fakta tersebut.

Apabila pelanggaran penuh percaya mutlak berlaku, kontrak Takaful terbatal tanpa

mengira sama ada pelanggaran itu telah dilakukan secara jujur atau menipu.

Menurut Seksyen 141 (4) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013:

Sebelum kontrak Takaful selain daripada kontrak Takaful pengguna dimeterai, diubah

atau diperbaharui, pencadang hendaklah mendedahkan kepada Pengendali Takaful

berlesen sesuatu perkara bahawa:

Page 43: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

43

o dia tahu akan relevannya keputusan Pengendali Takaful berlesen sama ada untuk

menerima atau tidak risiko tersebut, dan kadar dan terma-terma yang digunakan,

atau

o seseorang dalam keadaan yang munasabah yang boleh dijangkakan yang dia

mengetahui bahawa sesuatu itu adalah relevan.

Bagaimanapun, menurut Bahagian 2 Jadual 9 Perenggan 4 akta tersebut, kewajipan

pendedahan itu tidak memerlukan pendedahan perkara yang berikut:

o mengurangkan risiko kepada Pengendali Takaful berlesen

o perkara yang menjadi pengetahuan umum

o Pengendali Takaful berlesen tahu atau mengikut kebiasaan perniagaannya patut

tahu

o berhubung di mana Pengendali Takaful berlesen mengetepikan sebarang

keperluan bagi penzahiran

5.2.3 Prinsip Indemniti

Indemniti boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme yang digunakan oleh Pengendali

Takaful untuk menyediakan pampasan dalam usaha untuk mengembalikan peserta

kepada kedudukan kewangan yang sama selepas kerugian sepertimana yang dinikmati

sebelum kerugian.

Kontrak Takaful menjanjikan kebaikan kepada peserta sekiranya berlaku kerugian atau

kerosakan. Apabila kerugian berlaku, jumlah yang peserta boleh dapat kembali dipanggil

'ukuran ganti rugi‟. Prinsip indemniti memerlukan Pengendali Takaful mengembalikan

peserta kepada kedudukan kewangan yang sama seperti yang dia telah dinikmati sebelum

kerugian.

5.1.4 Prinsip Subrogasi

Prinsip Subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful untuk berada di tempat

peserta, sesudah pembayaran tuntutan daripada pihak ketiga, sehingga peserta berhak

untuk kembali pulih. Hak subrogasi walau bagaimanapun, dilaksanakan oleh Pengendali

Takaful sebelum pembayaran kerugian. Prinsip ini adalah turutan daripada Prinsip

Indemniti.

5.1.5 Prinsip Sumbangan

Prinsip Sumbangan boleh ditakrifkan sebagai hak orang yang dilindungi untuk meminta

orang lain yang mempunyai perlindungan yang sama tetapi tidak semestinya bertanggung

jawab kepada peserta yang sama untuk berkongsi kos bayaran indemniti. Prinsip

Sumbangan adalah satu lagi yang turutan Prinsip Indemniti. Oleh itu, ia hanya terpakai

kepada kontrak indemniti sahaja.

Page 44: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

44

5.1.6 Sebab Terhampir

Prinsip ini ditakrifkan sebagai punca yang terdekat dan terkuat serta aktif yang ditetapkan

yang membawa kepada akibat, tanpa gangguan daripada mana-mana tindakan yang

bermula dan bergerak secara aktif daripada sumber baharu dan bebas.

Kerugian tidak mungkin disebabkan daripada satu kejadian. Ia mungkin sebab-sebab

yang serentak atau sebab-sebab berturutan yang mungkin berlaku dalam turutan atau

dalam turutan yang terputus. Oleh itu, punca kerugian perlu ada kerana hanya risiko

khusus yang dilindungi (tidak termasuk risiko seperti yang dinyatakan dalam sijil

Takaful) boleh diberi pampasan.

Contoh: -

Peserta menderita sakit batu karang, dilanggar oleh sebuah kereta dan mati, walaupun

bagi penyakit batu karang, dia tidak akan meninggal dunia. Kematiannya bukannya di

dalam polisi kemalangan (Louden v British Merchants Ins.Co Ltd [1961]).

Apabila berlaku kerugian, tanggungjawab atau beban untuk membuktikan bahawa

kerugian yang berlaku adalah daripada peril yang dilindungi terletak pada Peserta.

Sebaliknya, tanggungjawab membuktikan bahawa kerugian tersebut dikecualikan

daripada perlindungan sebabkan oleh pengecualian tertentu di dalam sijil adalah terletak

pada Pengendali Takaful.

5.1.7 Tabarru '(Derma)

"Tabarru" (dari segi harfiah bermaksud derma), adalah tanggungjawab bersama dan

prinsip jaminan bersama yang jelas menyatakan bahawa wang yang dikutip akan

digunakan untuk tujuan membantu "peserta lain yang memerlukan bantuan mengikut

terma-terma yang dipersetujui selagi terma-terma itu tidak bercanggah dengan syariah. "

Dalam perniagaan Takaful, tabarru '(dermaTakaful) adalah satu kontrak di mana peserta

bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada carumannya (untuk

dana Takaful) bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain. Dengan cara ini, dia

memenuhi kewajipan bagi jaminan bersama dan saling membantu seandainya peserta lain

mengalami kerugian. Konsep ini juga telah menghapuskan unsur gharar daripada

kontrak Takaful.

A5.2 PENGURUSAN DANA BERASINGAN DI BAWAH PERNIAGAAN TAKAFUL

Pengendali takaful dikehendaki mengekalkan dan mengasingkan tiga jenis dana:

1. Dana Takaful Am

2. Dana Takaful Keluarga

Page 45: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

45

3. Dana Pemegang Saham

Ciri-ciri penting sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 berhubung dengan Dana Takaful adalah seperti berikut:

Seksyen 90:

Pengendali Takaful berlesen hendaklah menubuhkan dan menyelenggarakan satu atau

lebih dana Takaful bagi mana-mana kelas atau deskripsi urus niaga Takaful sebagaimana

yang ditentukan oleh Bank.

Seksyen 91:

Pengendali Takaful berlesen hendaklah memastikan Dana Takaful yang ditubuhkan dan

diselenggarakan di bawah Seksyen 90 disimpan secara berasingan daripada dana

pemegang saham.

A5.3 JENIS-JENIS MODEL TAKAFUL

Operasi Takaful dalam sektor Tijari (komersial) boleh distrukturkan kepada beberapa

model perniagaan seperti yang disenaraikan di bawah:

Model Wakalah

Model Mudharabah

Model Mudharabah + model Wakalah juga dikenali sebagai model hibrid

Model Wakaf

Walau bagaimanapun, hanya model wakalah dan mudharabah yang diamalkan di

Malaysia.

1. Model Wakalah

Di bawah model ini, peserta Takaful sebagai prinsipal akan melantik Pengendali

Takaful sebagai wakil atau ejen untuk menguruskan penyertaan peserta dalam

pelbagai produk Takaful yang disediakan oleh Pengendali Takaful. Sebagai

balasan terhadap perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful dibenarkan untuk

mengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi boleh dibayar daripada

caruman Takaful yang dibayar oleh peserta. Ini bererti berdasarkan model di atas,

perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan kepada dana Takaful sebagai bayaran

pendahuluan.

Page 46: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

46

Carta Aliran Takaful Am Model Wakalah

Carta Aliran Takaful Keluarga Model Wakalah

Page 47: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

47

5.3.2 Model Mudharabah

Di bawah perjanjian ini, peserta Takaful sebagai penyedia modal (sahibul-mal) akan

memeterai kontrak perkongsian keuntungan dengan Pengendali Takaful sebagai

pengusaha (mudharib). Peserta Takaful berkewajipan membuat sumbangan Takaful

(modal) manakala Pengendali Takaful akan menguruskan perniagaan Takaful.

Kontrak ini akan menentukan keuntungan perniagaan Takaful dan nisbah untuk dikongsi

bersama antara kedua-dua pihak seperti 50:50, 60:40 atau 70:30 antara peserta dengan

pengendali. Pada dasarnya, keuntungan dalam Takaful ditakrifkan sebagai pulangan ke

atas pelaburan dan lebihan pengunderaitan berkenaan dengan dana Takaful sahaja. Oleh

itu, ini tidak termasuk keuntungan yang diperoleh daripada Dana Pemegang Saham. Bagi

urus niaga Takaful Keluarga, keuntungan termasuk lebihan kemortalan yang akan

diagihkan kepada peserta yang layak seperti yang diisytiharkan oleh penilaian aktuari

pada akhir setiap tahun kewangan. Walau bagaimanapun, tidak seperti kontrak

mudharabah produk perbankan Islam, perkongsian keuntungan dalam Takaful akan

dilaksanakan hanya selepas semua kewajipan Takaful telah diambil kira: faktor terbesar

adalah tuntutan.

Sekiranya berlaku kerugian atau defisit terhadap dana Takaful, kerugian akan ditanggung

sepenuhnya oleh peserta sebagai penyedia modal. Walau apa pun jua, adalah menjadi

tanggungjawab Pengendali Takaful untuk melindungi kepentingan peserta dalam usaha

memastikan urus niaga tidak akan terjejas dengan teruknya disebabkan kerugian yang

mungkin merosakkan kredibiliti dan keyakinan Takaful secara keseluruhannya.

Sekiranya berlaku kerugian, adalah baik bagi Pengendali Takaful untuk menjadikan

kerugian sebagai "qard” atau pinjaman oleh pemegang saham.

Satu ciri penting untuk diperhatikan bahawa di bawah model mudharabah, perbelanjaan

pengurusan tidak dikenakan ke atas dana Takaful, sebaliknya ditanggung oleh dana

pemegang saham. Hasil daripada dana pemegang saham adalah sebahagian daripada

perkongsian untung daripada dana wang Takaful dengan peserta, dan semua pulangan ke

atas pelaburan daripada dana Pemegang Saham itu sendiri.

Page 48: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

48

Carta Aliran Takaful Am Model Mudharabah

Carta Aliran Takaful Keluarga Model Mudharabah

Page 49: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

49

BAB A6

PEMBANGUNAN DAN PENGAWALSELIAAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Mengenal pasti dan menerangkan keperluan undang-undang dan pengawalseliaan operasi

Takaful.

Menjelaskan peranan penyeliaan dan pengawalan pihak berkuasa dalam pembangunan

industri Takaful.

Mengenal pasti badan-badan Perlindungan Pengguna dan fungsinya

Mengetahui pelbagai persatuan dalam industri dan tujuan kewujudannya.

PENGENALAN

Pembangunan industri Takaful di Malaysia bermula apabila Akta Takaful diluluskan oleh

Parlimen pada tahun 1984. Akta ini (Akta Takaful 1984) memperuntukkan peraturan urus niaga

Takaful di Malaysia.

A6.1 SEKILAS PANDANG INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

6.1.1 Perkembangan Industri Takaful di Malaysia 1984-2013

Isu 1984

2013

Pengendali

Takaful

Pengendali tunggal komposit

dengan modal RM10 juta yang

menetapkan asas untuk industri

11 Pengendali Takaful dengan

modal minimum masing-masing

RM100 juta, yang meningkatkan

persaingan

Pelabur /

Pemegang

saham

Sebuah bank Islam dan majlis-

majlis agama negeri dan

pertubuhan-pertubuhan agama

Pemegang saham lebih meluas

yang terdiri daripada pelabur

swasta, kumpulan perbankan,

syarikat insurans dan syarikat

insurans semula

Produk Produk terhad yang tertumpu

pada Takaful motor, kebakaran

dan gadai janji. Produk umum

menguasai pasaran sebanyak

63% (dari segi caruman)

Kepelbagaian produk lebih

meluas dengan ciri-ciri yang

canggih. Produk keluarga

menguasai pasaran sebanyak 71%

(dari segi caruman)

Page 50: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

50

Pelanggan Kebanyakannya Muslim Muslim dan bukan Muslim

dengan jangkaan, pilihan dan

permintaan yang berbeza.

Saluran

Pengedaran

Cawangan dan pegawai

pemasaran dan Meja Takaful

Cawangan, pegawai pemasaran,

tenaga agensi, bankatakaful,

broker, internet dan pakatan

strategik

Saluran

Pelaburan

Terhad pada deposit Islam dan

sekuriti Islam Kerajaan

Lebih meluas dengan instrumen

pelaburan patuh syariah yang

dikeluarkan oleh Kerajaan dan

sektor swasta

6.1.2 Perkembangan Industri Takaful Malaysia - Fasa I hingga III

Dalam membangunkan industri Takaful di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah

menggunakan pendekatan tiga fasa secara beransur-ansur:

Fasa I (1984-1992)

Fasa I bermula dengan penggubalan undang-undang pengawalseliaan khusus iaitu

Akta Takaful 1984 dan Pengendali Takaful yang pertama memulakan perniagaan

pada tahun 1985. Akta ini mengawal pengendalian perniagaan Takaful dan

memerlukan pendaftaran Pengendali Takaful. Akta ini juga memperuntukkan

penubuhan Jawatankuasa Syariah untuk memastikan operasi perniagaan

Pengendali Takaful mematuhi prinsip-prinsip Syariah pada sepanjang masa.

Fasa II (1993-2000)

Dalam Fasa II, lebih banyak lesen telah diberikan kepada pengendali dan terdapat

kerjasama serantau dalam kalangan Pengendali-pengendali Takaful, termasuk

pembentukan Kumpulan Takaful ASEAN pada tahun 1995 dan penubuhan

ASEAN Retakaful International (L) Ltd pada tahun 1997. Ini telah memudahkan

pengaturan takaful semula dalam kalangan Pengendali Takaful di Malaysia dan di

rantau ini, seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.

Fasa III (2001-2010)

Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) diperkenalkan pada tahun 2001 semasa

Fasa III. Objektifnya, antara lain, adalah untuk meningkatkan kapasiti Pengendali

Takaful dan memperkuatkan rangka kerja undang-undang, syariah dan

pengawalseliaan industri Takaful.

Page 51: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

51

Di bawah PISK, Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat kewangan Islam

antarabangsa, dan pada tempoh ini terdapat kadar peningkatan pembangunan

industri Takaful. Persatuan Takaful Malaysia (MTA), persatuan bagi Pengendali

Takaful ditubuhkan pada tahun 2002. MTA berhasrat untuk meningkatkan

pengawalan kendiri industri melalui keseragaman amalan pasaran dan

menggalakkan tahap kerjasama yang lebih tinggi dalam kalangan peserta bagi

membangunkan industri.

6.1.3 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 30 Jun 2013, menggantikan Akta Takaful

1984 dan Akta Perbankan Islam 1983. Akta ini memberi kuasa kepada BNM untuk

mengawal dan menyelia institusi kewangan Islam ke arah mencapai kestabilan kewangan

dan pematuhan syariah. Akta baru ini dianggap menyeluruh dan ketat berbanding Akta-

akta yang digantikan sebelumnya. Akta ini juga menyediakan BNM cara yang diperlukan

untuk tindakan campur tangan dan pemulihan.

Akta ini memerlukan antara lain, Pengendali Takaful dengan lesen komposit (iaitu

kedua-dua perniagaan Takaful Keluarga dan Am) untuk mengasingkan lesen kepada

entiti yang berlainan dan setiap entiti mestilah mempunyai modal minimum sebanyak

RM100 juta. Pengendali diberi 5 tahun untuk mematuhi peraturan baharu ini.

Hukuman penalti dan penjara ke atas mereka yang bersalah melanggar Akta ini

dikenakan had yang lebih tinggi. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakpatuhan oleh

pihak-pihak yang berkepentingan dan memberikan perhatian serius terhadap mereka yang

terlibat dalam industri ini.

A6.2 RANGKA KERJA UNDANG-UNDANG INDUSTRI TAKAFUL

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) baru-baru ini digubal menggantikan

Akta Takaful 1984 sebagai sumber undang-undang Takaful dan menyediakan peraturan

perniagaan Takaful di Malaysia. Seksyen 30 Akta ini memerlukan Jawatankuasa Syariah

ditubuhkan oleh pengendali.

Undang-undang am yang mentadbir urus Takaful terletak pada prinsip-prinsip umum

kontrak di mana perlu ada tawaran (ijab) dan penerimaan (qabul), dan seterurnya

pengeluaran nota perlindungan, yang digantikan dengan sijil Takaful apabila dikeluarkan

oleh pengendali. Pertimbangan terhadap kontrak adalah caruman/bayaran berkala yang

dibuat oleh peserta dan indemniti oleh Pengendali Takaful daripada dana yang di bawah

pengurusannya.

Page 52: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

52

Akta ini dilengkapi dengan Peraturan Takaful (Peraturan) di mana Bank Negara Malaysia

menetapkan butir-butir keperluan mandatori yang terkandung dalam peruntukan-

peruntukan tertentu pada Akta itu.

6.2.1 Bank Negara Malaysia (BNM)

Apabila menyediakan rangka kerja kawalan selia bagi industri Takaful, Bank Negara

Malaysia telah memberi pertimbangan yang sewajarnya antara matlamat yang berlainan

pihak-pihak berkepentingan seperti berikut:

Pengawal Selia

Pengendali

Pengguna

Pihak-pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa

Walau bagaimanapun, tujuan utama peraturan adalah untuk memastikan bahawa

pengantara / ejen Takaful mendapat maklumat yang mencukupi daripada bakal peserta

sebelum memberi nasihat yang sesuai mengenai kesesuaian sesuatu produk Takaful

kepada bakal pelanggan.

6.2.2 Objektif Penyeliaan

Peranan BNM sebagai penyelia adalah untuk mencapai objektif seperti berikut:

Memelihara kestabilan Industri Takaful;

Memupuk keyakinan orang ramai terhadap Industri Takaful;

Menggalakkan piawaian tadbir urus yang kukuh dalam pengurusan Pengendali

Takaful;

Memastikan pengguna mendapat maklumat secukupnya untuk membuat

keputusan;

Mengintegrasikan penyeliaan merentasi sempadan dan sektor.

Apabila menjalankan peranan penyeliaan, BNM mengeluarkan pelbagai pekeliling dan

garis panduan yang disasarkan untuk meningkatkan piawaian profesionalisme dan

kebertanggungjawaban pengantara / ejen Takaful serta melindungi kepentingan peserta.

Ini akan memastikan bahawa bakal pelanggan boleh membuat keputusan berdasarkan

maklumat yang secukupnya apabila mengambil bahagian dalam mana-mana skim

Takaful. (Layari www.bnm.gov.my untuk pelbagai Garis Panduan yang dikeluarkan oleh

BNM).

Bagi Amalan Pasaran Pihak Berkepentingan dan Perlindungan Pengguna, BNM telah

mengenal pasti bidang-bidang berikut yang perlu diberi perhatian :

Penzahiran kepada pengguna:

Page 53: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

53

Memastikan peserta mempunyai akses kepada maklumat yang tepat, tepat

pada masanya dan relevan

Kompetensi Pengantara:

Penyeliaan yang lebih besar diperlukan untuk memastikan amalan penjualan yang

betul memandangkan ciri manfaat yang tiada jaminan.

Pendidikan Pengguna:

Memupuk kesedaran dan kefahaman yang lebih besar tentang risiko dan hak-

hak yang berkaitan dengan produk Insurans dan Takaful

a. Ketersediaan Saluran:

Mekanisme penyelesaian pertikaian yang menawarkan penyelesaian segera bagi

menyelesaikan pertikaian

A6.4 MAJLIS PENASIHAT SYARIAH DAN JAWATANKUASA SYARIAH

Majlis Penasihat Syariah untuk Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan oleh BNM

pada Mei 1997. Matlamat utamanya adalah untuk melihat kepada keputusan syariah dan

mengharmonikan tafsiran Syariah Perbankan Islam dan Takaful di bawah seliaannya.

6.4.1 Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia

Untuk rekod, Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda

pada tahun 2003 untuk mengukuhkan lagi peranan Majlis Penasihat Syariah. Pindaan ini

memberi pengiktirafan kepada majlis sebagai sebuah badan yang berwibawa yang

mempunyai hak ke atas perkara-perkara Syariah yang berkaitan dengan Takaful. Status

Majlis telah dinaikkan taraf sebagai badan rujukan oleh mahkamah di Malaysia

berhubung isu-isu Syariah yang berkaitan dengan kes-kes Takaful.

Untuk memainkan peranannya dengan lebih berkesan lagi MPS beroperasi sebagai

sebuah badan bebas yang berintegriti tinggi. Terdapat perbezaan antara MPS dengan

badan-badan syariah yang bertindak sebagai penasihat dalam industri Takaful. Badan

syariah dalam industri Takaful dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah (JS) dan

memainkan peranan sebagai pelengkap kepada MPS Bank Negara Malaysia.

6.4.2 Jawatankuasa Syariah (JS) Pengendali Takaful

BNM telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tadbir Urus Jawatankuasa Syariah

bagi Institusi Kewangan Islam pada bulan April 2005 bagi mentadbir urus Jawatankuasa

Syariah dalam industri Takaful.

Objektif garis panduan: -

menetapkan kaedah, peraturan dan prosedur penubuhan Jawatankuasa Syariah

Page 54: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

54

menentukan peranan, skop tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Syariah

menentukan hubungan dan pengaturan kerja antara Jawatankuasa Syariah

dengan MPS Bank Negara Malaysia

Garis panduan ini memerlukan setiap Pengendali Takaful untuk menubuhkan

Jawatankuasa Syariah. Ini juga selaras dengan Seksyen 30 pada IFSA 2013.

Garis panduan terperinci mengenai tadbir urus JS adalah seperti berikut:

Pelantikan Keahlian

Lembaga Pengarah atas cadangan Jawatankuasa Pencalonan hendaklah melantik

ahli-ahli JS. Pelantikan ahli JS hendaklah mendapat kebenaran bertulis terlebih

dahulu dari Bank Negara Malaysia. Pelantikan ahli JS adalah sah selama tempoh

2 tahun yang boleh diperbaharui.

Kelayakan

Ahli JS yang dicadangkan mesti sekurang-kurangnya mempunyai sama ada

kelayakan atau pengetahuan, kepakaran atau pengalaman dalam bidang:

Perundangan Islam (usul al-fiqh)

Undang-undang urus niaga / komersil Islam (fiqh al-mu'amalat)

Walau bagaimanapun, kelayakan atas kertas bukanlah mandatori selama mana

calon mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam bidang tersebut.

Komposisi

Komposisi JS hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya lima (5) orang ahli.

Tambahan kepada JS, sekurang-kurangnya seorang pegawai sebaik-baiknya

hendaklah mereka yang mempunyai pengetahuan dalam Syariah, yang

berkhidmat sebagai urusetia kepada JS.

Sekatan ke atas JS

Selaras dengan Seksyen 16B (6) Akta Bank Negara Malaysia 1958, Pengendali

Takaful tidak dibenarkan melantik mana-mana ahli Majlis Penasihat Syariah

untuk berkhidmat dalam JS.

Page 55: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

55

Tugas dan Tanggungjawab JS

Ahli JS tidak boleh terlibat dalam pengurusan Pengendali Takaful. Pengurusan

dan dasar tanggungjawab Lembaga Pengarah. Untuk memastikan kelancaran

operasi Takaful, peranan dan tanggungjawab SC adalah seperti berikut:

Menyerahkan laporan tahunan dan pengesahan pematuhan syarikat

terhadap syariah dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pemegang Saham.

Mengaudit dan menyelia penerimaan pakai operasi kontrak sebenar selaras

dengan semangat Fatwa.

Menjawab pertanyaan daripada pengendali mengenai isu-isu Takaful yang

berkaitan dengan Undang-undang Islam dan keputusan itu hendaklah

dengan persetujuan (syura) dan bukannya majoriti.

Menyediakan justifikasi dan nasihat berkenaan perkara-perkara yang

perlu dirujuk kepada Majlis Penasihat Syariah.

A6.5 PELINDUNGAN PENGGUNA

1. Biro Perkhidmatan Pelanggan

Pada 1 Julai 1998, BNM menubuhkan Biro Perkhidmatan Pelanggan (BPP)

dalam Jabatan Pengawalan Insurans yang berperanan sebagai pusat rujukan bagi

semua aduan dan pertanyaan mengenai hal ehwal Takaful dan insurans yang

diterima dari orang ramai.

Setiap pertanyaan atau aduan disemak untuk memastikan Pengendali Takaful

yang terlibat mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan, dan agar

pengguna dilayan dengan adil.

Setelah semakan selesai, satu laporan bertulis hasil penemuan akan dihantar

kepada penanya / pengadu.

Aduan yang dibuat terhadap syarikat insurans atau Pengendali Takaful utamanya

berkaitan dengan:

kelewatan dalam menyelesaikan tuntutan

pertikaian dalam jumlah tuntutan yang ditawarkan

kelewatan dalam menjawab surat-menyurat

penolakan liabiliti dengan merujuk syarat sijil

hal ehwal agensi

pembatalan sijil

Page 56: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

56

2. Biro Pengantaraan Kewangan (FMB)

Sehubungan dengan itu, Bank Negara menubuhkan Biro Pengantaraan Kewangan

(Financial Mediation Bureau, FMB) untuk membantu pengguna dalam

menyelesaikan pertikaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan. FMB adalah

sebuah pertubuhan bukan tujuan keuntungan ditubuhkan sebagai sebuah syarikat

berhad berjaminan. Fungsi utama adalah menyediakan saluran penyelesaian

pertikaian alternatif yang bebas, mudah, berkesan dan percuma kepada pengadu.

Kaedah penyelesaian pertikaian yang digunakan FMB dikenali sebagai

perantaraan. Kajian Pengantara dan / atau siasatan kes meliputi kesemua isu,

keadaan dan situasi yang di luar peraturan dan amalan industri.

Pengantara membincangkan aduan termasuk hasil penemuan dan pemerhatian

bersama sama ada satu atau kedua-dua pihak yang terbabit. Sekiranya kedua-dua

pihak bersetuju untuk penyelesaian secara baik, hal itu dianggap diselesaikan /

dipulihkan.

Sekiranya kedua-dua pihak tidak dapat mencapai penyelesaian secara baik, maka

Pengantara akan membuat keputusan berdasarkan perkara berikut:

siasatan dan kajian kes

amalan industri dan undang-undang yang berkaitan

maklum balas daripada penyedia perkhidmatan kewangan

maklumat / dokumen yang diberikan oleh pengadu

pandangan lain daripada pengantara

Keputusan yang dibuat oleh Pengantara adalah muktamad ke atas syarikat

anggota, tetapi tidak pada pengadu. Pengadu mempunyai pilihan sama ada

menerima keputusan Pengantara atau meneruskan dengan cara yang lain. Ini

merupakan sebahagian daripada Rangka Kerja Perlindungan Pengguna

Kebangsaan yang menyediakan perkhidmatan pengantaraan di bawah satu

bumbung untuk kemudahan pengguna. FMB mempunyai kakitangan yang

berkelayakan, berpengalaman dan berdedikasi untuk melaksanakan tugas-tugas

tersebut.

Bidang kuasa FMB adalah seperti berikut:

Aduan / Pertikaian Had pertikaian

Takaful Motor dan Kebakaran Maksimum. RM200, 000

Kerosakan Harta Benda Pihak

Ketiga

Maksimum. RM5, 000

Page 57: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

57

Lain-lain Maksimum. RM100, 000

Pengecualian:

FMB tidak akan mempertimbangkan aduan, pertikaian atau tuntutan yang

berkaitan dengan:

Penentuan harga umum

Dasar-dasar produk

Perkhidmatan ahli

Keputusan kredit (kelulusan, penolakan dan penjadualan semula

pinjaman)

Kes-kes penipuan (selain daripada yang hadnya tidak melebihi RM25,

000.00)

Kes-kes yang terhalang masa atau melebihi daripada 6 tahun

Kes-kes yang telah atau sedang dirujuk ke mahkamah dan / atau untuk

penimbangtaraan

3. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) adalah sebuah badan kerajaan

yang ditubuhkan pada tahun 2005 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit

Malaysia (Akta PIDM).

Di bawah Akta PIDM, peranannya adalah untuk mentadbir dan menyediakan

insurans deposit bagi melindungi pendeposit terhadap kehilangan sebahagian atau

kesemua deposit berserta juga sistem manfaat Takaful dan insurans bagi

melindungi pemilik sijil Takaful dan polisi insurans sekiranya berlaku kegagalan

institusi anggota.

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful & Insurans (TIPS)

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful & Insurans atau TIPS (Takaful & Insurance

Benefits Protection System) adalah sistem yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk

melindungi pemilik sijil Takaful dan polisi insurans daripada kehilangan layak

Takaful atau manfaat insurans sekiranya anggota penanggung insurans gagal dan

tidak dapat membayar manfaat Takaful atau insurans. Pengendali Takaful dan

syarikat insurans ialah institusi anggota PIDM yang juga dirujuk sebagai 'anggota

penanggung insurans‟.

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans telah dikuatkuasakan pada 31

Disember 2010 dan ditadbir oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Page 58: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

58

Manfaat perlindungan Takaful di bawah TIPS dan had berkaitan ditetapkan dalam

Jadual 1 dan 2 di bawah.

Jadual 1: Manfaat Perlindungan bagi Takaful Keluarga

Manfaat Perlindungan Had Maksimum (Pelan Individu atau Kumpulan)

Kematian dan manfaat lain yang berkaitan RM500,000

Hilang upaya kekal RM500,000

Penyakit kritikal RM500,000

Nilai matang (tidak termasuk bahagian unit polisi berkaitan pelaburan)

RM500,000

Nilai serahan RM500,000

Dividen tunai terkumpul RM100,000

Pendapatan hilang upaya RM10,000 sebulan

Pendapatan anuiti RM10,000 sebulan

Perbelanjaan perubatan 100% daripada perbelanjaan

Premium prabayar boleh dipulang balik 100% daripada jumlah prabayar

Jadual 2: Manfaat Perlindungan bagi Takaful Am

Manfaat Perlindungan Had maksimum (Pelan)

Kehilangan atau kerosakan pada harta yang berkaitan dengan:

harta tak alih yang berada di Malaysia

kenderaan motor yang didaftarkan di Malaysia atau kenderaan berpendaftaran asing yang diinsuranskan untuk pemanduan di Malaysia

kapal, pesawat udara atau lain-lain harta alih yang diinsuranskan oleh warganegara atau orang yang berkelayakan 1

RM500,000 setiap harta

Kematian dan manfaat lain yang berkaitan RM500, 000

Hilang upaya kekal RM500, 000

Penyakit kritikal RM500, 000

Pendapatan hilang upaya RM10, 000 sebulan

Perbelanjaan perubatan 100% daripada perbelanjaan

Berhubung dengan ganti rugi terhadap tuntutan oleh pihak ketiga:

Page 59: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

59

kerugian atau kerosakan pada harta tak alih atau harta alih pihak ketiga yang layak

kematian dan manfaat lain yang berkaitan

hilang upaya kekal

penyakit atau kecederaan badan

pendapatan hilang upaya

perbelanjaan perubatan

RM500, 000 setiap harta

RM500, 000

RM500, 000

RM500, 000

RM10, 000 sebulan

100% daripada perbelanjaan

Premium prabayar boleh dipulangkan balik 100% daripada jumlah prabayar

Kelayakan untuk TIPS

o Sijil Takaful mestilah dikeluarkan di Malaysia oleh anggota penanggung

insurans.

o Sijil Takaful mestilah didenominasi dalam Ringgit Malaysia.

o Mereka yang layak termasuklah pemastautin, perbadanan, badan berkanun,

pihak berkuasa tempatan, kedutaan, Kerajaan atau mana-mana Kerajaan

Negeri, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi masyarakat, perkongsian

atau apa-apa badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang, sama ada

diperbadankan atau tidak diperbadankan, di Malaysia

Nota: Sebarang tuntutan sijil tertakluk kepada syarat-syarat dan had yang

dinyatakan dalam kontrak Takaful mereka.

Manfaat kepada Peserta Takaful

a. PIDM melindungi peserta daripada kehilangan manfaat Takaful yang layak

diterima seandainya anggota penanggung insurans gagal.

b. Perlindungan yang disediakan oleh PIDM secara automatik dan tiada

permohonan yang diperlukan.

c. Tiada caj kepada pemilik sijil Takaful untuk perlindungan tersebut.

A6.6 PERSATUAN-PERSATUAN INDUSTRI

Persatuan-persatuan industri merupakan persatuan mandatori dinyatakan secara khusus

dalam kedua-dua Akta Takaful dan Insurans. Pengendali Takaful dan Syarikat Insurans

hendaklah menyertai atau menyumbang kepada persatuan sebelum mereka boleh

memulakan perniagaan. Tujuan utama persatuan industri adalah untuk menyediakan

"Peraturan Kendiri" (self-regulation) dalam kalangan peserta industri. Ini juga

membolehkan pengantaraan antara pihak berkuasa dengan industri, sekali gus

membentuk satu platform umum untuk ditangani oleh pihak berkuasa.

Page 60: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

60

1. Persatuan Takaful Malaysia (MTA)

Persatuan Takaful Malaysia atau Malaysian Takaful Association (MTA)

ditubuhkan pada tahun 2003 dengan objektif untuk menggalakkan penubuhan

struktur kukuh Takaful (insurans Islam) di Malaysia melalui kerjasama dan

rundingan dengan Ketua Pengarah Takaful.

Mempromosi dan mewakili kepentingan syarikat-syarikat anggota dan

industri Takaful.

Memberi nasihat dan bantuan yang sepatutnya kepada syarikat-syarikat

anggota sebagaimana yang diperlukan

Mengedar maklumat yang mungkin menarik minat syarikat-syarikat

anggota, dan mengumpul, menghimpun dan menerbitkan perangkaan dan

maklumat lain yang berkaitan dengan Takaful.

Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain, baik tempatan mahu pun

global untuk kepentingan bersama

2. Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)

Persatuan Insurans Hayat Malaysia atau Life Insurance Association of Malaysia

(LIAM) telah ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai persatuan perdagangan di

bawah Akta Pertubuhan 1966.

LIAM mempunyai seramai 17 anggota yang terdiri daripada 15 syarikat insurans

hayat dan 2 syarikat insurans semula hayat.

Objektif LIAM adalah seperti berikut:

Menggalakkan persefahaman dan penerimaan orang awam terhadap

insurans hayat

Mengukuhkan amalan pasaran industri insurans hayat melalui peraturan

kendiri (self-regulation)

Menyokong pihak berkuasa dalam membangunkan satu industri kukuh dan

sihat

Meningkatkan profesionalisme kakitangan dan ejen melalui latihan dan

pendidikan berterusan

Menghubungi dan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan insurans

tempatan dan luar negara ke arah mencapai objektif dan manfaat bersama.

3. Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah ditubuhkan pada Mei 1979 selaras

dengan Seksyen 3 (2) Akta Insurans, 1963. (Peruntukan ini telah digantikan

dengan Seksyen 22 Akta Insurans, 1996)

Page 61: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

61

PIAM merupakan persatuan berkanun yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi

semua syarikat insurans berdaftar yang menjalankan perniagaan insurans am di

negara ini.

Mewujudkan struktur insurans yang kukuh di Malaysia

Mengumpul dan mengedarkan maklumat dan perangkaan berkaitan dengan

perniagaan insurans am

Membuat kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, tarif dan undang-undang

kecil melalui perundingan dengan Ketua Pengarah Insurans (KPI) untuk

dilaksanakan oleh anggota

Mengurus Kumpulan Motor Tidak berinsurans (Unplaced Motor Pool) dan

Persatuan Perlindungan Kebakaran

Membantu dalam apa jua cara sekali pun yang termampu untuk

mengurangkan kerugian dan / atau kemalangan, dan mencegah jenayah

Bekerjasama dengan Persatuan Takaful dalam menggalakkan pembangunan

industri insurans dan Takaful yang sihat

4. Persatuan Broker Takaful dan Insurans Malaysia (MITBA)

Pada 3 Disember 1974, Persatuan Broker Insurans Malaysia atau Insurance

Brokers Association of Malaysia (IBAM) ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran

Pertubuhan. Objektif awal adalah untuk menyediakan cara membincangkan

masalah kepentingan bersama anggota dan rundingan dengan persatuan Insurans

lain, badan-badan pengawal selia dan pihak berkuasa.

Bagi mencerminkan kemasukan Broker Takaful sebagai anggota persatuan, pada

1 Ogos 2006, IBAM dinamakan sebagai Persatuan Broker Insurans dan Takaful

(The Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association) atau MITBA.

Keanggotaan semasa terdiri daripada 38 badan & Takaful di mana 29 komposit

dan 5 konvensional.

Objektif:

Mempromosi dan menubuhkan perniagaan broker yang kukuh di Malaysia

melalui kerjasama dan rundingan dengan KPI

Menggalakkan dan mewakili kepentingan anggota

Memberi perhatian terhadap acara, pernyataan dan penyiaran pandangan

yang melibatkan anggota, menasihati mereka dan mewakili kepentingan

mereka melalui pernyataan pandangan bagi pihak mereka sebagaimana yang

difikirkan wajar dan perlu.

Bekerjasama dengan lain-lain persatuan yang seumpamanya di tempat lain

di dunia

Bekerja bersama-sama dengan mana-mana badan atau persatuan undang-

undang atau mana-mana badan serupa yang dilantik untuk pertimbangan,

Page 62: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

62

latihan, pindaan atau pengubahan mana-mana undang-undang berkaitan

dengan insurans

A6.7 Badan Sokongan

1. IBFIM

IBFIM ialah sebuah institut milik industri dan yang berkaitan dengan Pihak

Pengawal Selia yang mempunyai objektif untuk memenuhi keperluan pihak yang

berkepentingan dalam industri kewangan Islam untuk pembangunan tenaga mahir

dan perniagaan.

Semenjak tahun 2001, IBFIM telah menjalankan program-program latihan serta

memperluaskan perniagaan dan khidmat nasihat syariah. Slogan IBFIM "Rakan

Perniagaan Kewangan Islam Anda" menyatakan hubungan rapatnya dengan

industri dan bidang perkhidmatannya yang pelbagai.

Sebagai peneraju pasaran, program pensijilan IBFIM dibangunkan, disesuaikan

dan diiktiraf oleh industri. Program-program terdiri daripada empat disiplin:

perbankan, Takaful, pasaran modal dan pengurusan kekayaan. Kelayakan

Kewangan Islam oleh IBFIM telah disusun dalam Laluan Kemajuan Kerjaya yang

inovatif, untuk memberi motivasi kepada kakitangan industri meningkatkan

kecekapan mereka untuk mendaki struktur kerjaya korporat.

Page 63: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

63

BAB A7

TAKAFUL SEMULA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Memahami definisi dan jenis-jenis Takaful Semula

Memahami pentingnya Takaful Semula

A7.1 PENGENALAN TAKAFUL SEMULA

Takaful semula (Retakaful) merupakan satu kaedah penghindaran risiko di mana Dana

Takaful yang diuruskan oleh Pengendali Takaful mungkin berhadapan dengan sumber

kewangan yang terhad, oleh itu untuk melindung nilai terhadap kemungkinan berlaku

tidak keupayaan, Pengendali Takaful Semula yang dilantik akan mengambil alih

sebahagian besar perlindungan perkongsian risiko daripada peserta. Pengendali Takaful

membenarkan para peserta untuk dilindungi atau berkongsi risiko asal yang dilindungi

terhadap keadaan yang tidak diingini pada masa akan datang sekiranya risiko yang

dilindungi melebihi daripada nilai pengunderaitan biasa atau anggaran tuntutan.

7.1.1 Definisi

Takaful semula ditakrifkan sebagai “satu kontrak di mana berdasarkan kepada suatu

balasan, seseorang itu bersetuju untuk membayar keseluruhan atau sebahagian pampasan

kepada pihak ketiga atas kerugian atau liabiliti risiko yang telah dilindungi di bawah

kontrak yang berasingan dan berlainan sebagai pengendali pihak ketiga”.

Oleh yang demikian, kontrak takaful semula adalah di mana pengendali memperoleh

pihak ketiga bagi melindunginya daripada kerugian atau liabiliti daripada perlindungan

asal Takaful.

7.1.2 Pandangan Syariah berkenaan Takaful Semula

Sejajar dengan resolusi ulama mengenai keharusan Takaful sebagai satu sistem insurans

Islam, Takaful Semula (Retakaful) juga telah diputuskan sebagai telah mematuhi

keperluan Syari‟ah, berasaskan penggunaan prinsip-prinsip Takaful yang sama. Resolusi

Akademi Fiqh (Resolusi No.9 Disember 1985) OIC berkenaan perkara ini adalah seperti

berikut:

"... Kontrak insurans komersial yang biasanya digunakan oleh syarikat insurans

komersial adalah kontrak yang mengandungi unsur-unsur utama risiko yang dilarang

Page 64: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

64

mengikut hukum syariah. Alternatif bagi kedua-dua insurans dan insurans semula

haruslah berdasarkan prinsip-prinsip insurans koperasi ... "

7.1.3 Pihak-pihak Takaful Semula

Terdapat dua pihak yang terlibat dalam operasi takaful semula:

1. Syarikat Pemberi (Ceding Company)

Syarikat Pemberi yang berhasrat untuk meringankan bebanan peserta terhadap

sebahagian risiko yang dilindungi. Pihak ini dinamakan sebagai Pengendali

Takaful.

2. Penerima Insurans

Syarikat yang menerima sebahagian risiko, yang dilindungi semula. Pihak ini

dikenali sebagai Pengendali Takaful Semula.

A7.2 PRINSIP ASAS TAKAFUL SEMULA

Takaful semula merupakan satu pengaturan di mana sebuah syarikat, Pengendali Takaful

Semula, bersetuju menanggung ganti rugi Pengendali Takaful, syarikat Pemberi, terhadap

semua atau sebahagian daripada risiko utama Takaful yang ditaja jamin oleh syarikat

Pemberi di bawah satu atau lebih kontrak Takaful. Takaful semula, bagaimanapun, tidak

melepaskan syarikat Pemberi daripada liabiliti terhadap peserta.

Dalam hal ini:

peserta asal tidak ada hak terhadap Pengendali Takaful Semula dalam apa jua

keadaan

jika Pengendali Takaful Semula menjadi insolven (muflis), syarikat Pemberi

masih bertanggungjawab di bawah terma-terma kontrak

Jika syarikat Pemberi menjadi insolven (muflis), Pengendali Takaful Semula

masih bertanggungjawab di bawah terma-terma kontrak

Pengendali Takaful Semula tidak mempunyai hak kontrak terhadap sebarang

salah laku peserta asal

Berdasarkan definisi ini, kita boleh ringkaskan elemen-elemen penting dalam takaful

semula seperti berikut:

Takaful semula adalah sejenis Takaful tetapi kontrak yang berlainan dan

berasingan daripada Takaful asal dan secara tersendiri membentuk kontrak

Takaful

Takaful semula boleh melindungi sebahagian daripada risiko, tetapi tidak lebih

daripada itu

Page 65: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

65

Kontrak Takaful semula mesti melindungi risiko yang sama seperti

perlindungan Takaful asal

Kedua-dua sijil Takaful dan Takaful semula hendaklah wujud pada waktu yang

sama.

A7.3 JENIS-JENIS TAKAFUL SEMULA

Secara umumnya terdapat dua jenis Takaful Semula yang utama:

1. Takaful Semula Fakultatif

Takaful Semula Fakultatif merupakan satu bentuk Takaful semula di mana

kontrak dibuat mengikut kes yang tertentu. Jenis Takaful semula ini dibuat

apabila perlindungan Takaful menjadi luar biasa atau besar dan pengendali asal

berasa bimbang terhadap pendedahannya.

Syarikat pemberi boleh menawarkan risiko, atau mana-mana bahagian

daripadanya, kepada mana-mana Pengendali Takaful Semula yang mempunyai

pilihan sama ada untuk menerima atau menolak tawaran itu.

Jenis Takaful semula ini secara umumnya digunakan hanyalah untuk

membolehkan syarikat pemberi menghapuskan perkongsian besar risiko yang

mana di luar bidang / skop yang ada pada kemudahan Takaful semula triti dan

juga boleh digunakan terhadap bahaya bersifat tambahan.

2. Takaful Semula Triti

Triti merupakan perjanjian tahunan bertulis antara Pengendali Takaful secara

langsung dengan Pengendali Takaful Semula, di mana Pengendali Takaful

Semula secara automatik menerima mana-mana serahan hak (jumlah diberikan

kepada Pengendali Takaful Semula) yang telah termaktub dalam syarat-syarat

perjanjian.

Triti untuk waktu bertempoh dan tertakluk kepada sekatan sebagaimana jenis

risiko atau nilai yang terlibat. Triti menyediakan kemudahan automatik, yang

diatur terlebih dahulu dan rundingan biasanya diperlukan semasa

memperbaharuinya pada setiap tahun.

Kaedah Takaful semula ini biasanya diatur berasaskan 'portfolio' yang melibatkan

sekumpulan risiko yang diserahkan untuk Takaful semula, yang melebihi had

bendungan pemberian hak. Kebiasaannya diatur setiap tahun, kesemua risiko

dalam portfolio yang telah dipersetujui akan diserah dan diterima secara

automatik oleh Takaful semula. Akaun yang berkaitan dengan portfolio ini akan

disediakan dan diterima oleh pihak-pihak dalam triti pada setiap suku tahun.

Page 66: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

66

A7.3 KENAPA TAKAFUL SEMULA PENTING PADA OPERASI TAKAFUL?

1. Peningkatan Kapasiti Pengunderaitan

Perkongsian risiko yang membenarkan dana Takaful menerima urus niaga yang

melebihi kapasiti pengunderaitannya. Ini membolehkan Pengendali Takaful

memenuhi keperluan awam, khususnya Takaful bagi risiko perindustrian yang besar

dan mega.

2. Penstabilan Kos Tuntutan

Membantu dana Takaful terhadap turun naik kos tuntutan agregat yang timbul

akibat kekerapan dan / atau teruknya kerugian, disebabkan kos tuntutan terhadap

dana Takaful sehingga had bendungannya sahaja.

3. Fleksibiliti

Tanpa Takaful semula, Pengendali Takaful hanya mengambil risiko dalam jumlah

dan jenis yang mereka hanya mampu dan daripada sumber mereka sendiri sahaja.

Ini akan mengehadkan perkhidmatan yang mereka boleh tawarkan kepada umum

dan juga akan menyebabkan kesulitan kepada pelanggan.

4. Pengembangan

Takaful semula boleh menyediakan kepakaran tambahan kepada pengendali

dalam bidang yang mana pengendali mempunyai pengalaman, kepakaran atau

pengetahuan yang terhad. Dengan menyediakan bantuan ini dan menerima

sebahagian atau semua risiko, syarikat yang menerima risiko dapat membantu

pengendali untuk mengembangkan bilangan barisan produknya yang boleh

ditawarkan kepada pelanggan.

5. Pengumpulan

Sesebuah pengendali / syarikat tidak dapat menanggung kerugian urus niaga yang

ditaja jamin pada bilangan risiko berlainan yang berpunca daripada satu kejadian.

Sebagai contoh, kita boleh melindungi sekumpulan orang yang bekerja di banyak

syarikat yang berada di sudut dunia yang berbeza, pada setiap masa, menaiki

pesawat yang sama. Andainya pesawat tersebut terhempas dan membunuh

kesemuanya, tuntutan pasti jauh melebihi kerugian maksimum daripada yang telah

ditentukan terlebih dahulu. Takaful semula membantu pengendali untuk

mengehadkan kerugian tersebut pada jumlah mampu ditanggung oleh syarikat

pemberi yang berkenaan.

Page 67: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

67

BAB A8

PENGANTARA TAKAFUL

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Mengenal pasti pelbagai pengantara Takaful yang terlibat dalam pemasaran produk

Takaful.

Memahami peranan dan tanggungjawab pengantara Takaful.

A8.1 PENGENALAN

Pengantara Takaful ialah seorang profesional yang menjalankan urus niaga Takaful atau

mencari pelanggan berpotensi bagi menyertai kontrak takaful bersama pengendali.

Pengantara biasanya dibayar komisen (atau fi pembrokeran untuk broker) bagi setiap

pelan yang dipromosikan berdasarkan peratusan caruman yang dibuat oleh pelanggan

yang juga dikenali sebagai "peserta".

A8.2 JENIS-JENIS PENGANTARA TAKAFUL

Ejen Takaful

Ejen Takaful mewakili Pengendali Takaful dan melaksanakan fungsi-fungsi

berikut:

Mempromosikan produk Takaful bagi pihak Pengendali Takaful

Menerangkan ciri-ciri pelan Takaful kepada pelanggan yang berpotensi

Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan pengeluaran,

pembaharuan atau penerusan mana-mana sijil Takaful

Ejen Takaful Keluarga mempromosikan produk Takaful Keluarga dan

ejen Takaful Am mempromosikan produk Takaful Am

Broker Takaful

Broker Takaful dilantik oleh pelanggan dan melaksanakan yang berikut:

Membantu pelanggan dalam mendapatkan dan memperbaharui

perlindungan Takaful dari Pengendali Takaful

Page 68: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

68

Mencadangkan dan menasihati pelanggan akan pelan perlindungan

Takaful yang paling sesuai dan syarat-syarat yang ditawarkan Pengendali

Takaful

Penasihat Kewangan

Penasihat Kewangan dilantik oleh pelanggan dan melaksanakan yang berikut:

membantu pelanggan mengekalkan baki pendapatan pelaburan yang

dikehendaki, keuntungan modal, dan tahap risiko yang boleh diterima

dengan menggunakan peruntukkan aset dengan betul

menggunakan saham atau stok ekuiti, sukuk, dana bersama, amanah

pelaburan hartanah (REIT), opsyen, niaga hadapan, nota, dan produk-

produk Takaful bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka

menerima bayaran komisen bagi pelbagai produk kewangan yang

dicadangkan, meskipun perancangan "berasaskan fi" semakin popular di

dalam industri perkhidmatan kewangan

A8.3 KEWAJIPAN EJEN TAKAFUL

Kontrak agensi antara prinsipal dan ejen biasanya dibuat secara bertulis. Walau

bagaimanapun, kontrak ini mungkin juga secara lisan. Ia mengandungi terma-terma dan

syarat-syarat berkaitan dengan tingkah laku ejen dan saraan yang perlu dibayar kepada

ejen.

Sebahagian daripada tugas-tugas utama ejen Takaful adalah seperti berikut:

Mempromosikan produk dan perkhidmatan Takaful

Memberi khidmat nasihat (yang berkaitan dengan produk Takaful) dan sokongan

kepada pelanggan

Mengemukakan cadangan kepada prinsipal seperti yang dikehendaki

Memberi kesedaran umum mengenai produk dan perkhidmatan Takaful

Mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan sedia ada dan bakal

pelanggan

Mengetahui tentang keadaan pasaran untuk membimbing pelanggan mereka

dengan sewajarnya

A8.4 EJEN TAKAFUL DALAM AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013

(IFSA 2013)

IFSA 2013 memberi penekanan yang lebih pada tingkah laku ejen sebagai pengantara

Takaful.

Page 69: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

69

1. Keperluan Penzahiran

Seksyen 140 (Perenggan 10) IFSA 2013 mengehendaki semua ejen yang

memasarkan produk-produk Takaful untuk Pengendali Takaful memaklumkan

bakal pelanggan bahawa dia merupakan ejen dan bertindak bagi pihak Pengendali

Takaful.

2. Ejen Takaful Mewakili Pengendali Takaful Berlesen

Seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 26 IFSA 2013 tiada seorang pun boleh

memasarkan atau mempromosikan produk Takaful atau berurus niaga sebagai

ejen atau broker bagi seseorang atau pengendali selain daripada Pengendali

Takaful berlesen. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah peruntukan ini, boleh

dikenakan denda tidak melebihi RM50 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun,

atau kedua-duanya.

3. Tidak Patuh IFSA 2013

Seksyen 136 (4) IFSA 2013 menyatakan bahawa jika mana-mana ejen yang

didapati tidak mematuhi peruntukan Akta ini dan jika didapati bersalah, boleh

didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi

lima tahun atau kedua-duanya.

A8.5 HAK-HAK EJEN TAKAFUL

Ejen itu adalah berhak untuk menerima pembayaran dan bayaran balik.

1. Hak ejen yang paling penting ialah hak untuk menerima pembayaran bagi

perkhidmatan beliau, biasanya dalam bentuk komisen atau fi.

2. Ejen juga berhak terhadap bayaran balik wang yang dia telah belanjakan dengan

kuasa yang jelas oleh prinsipalnya di dalam had yang dibenarkan.

3. Ejen mempunyai hak melaksanakan tugasnya dengan cara yang difikirkan sesuai.

Dia boleh menolak mana-mana cubaan prinsipalnya yang mengawal tindak-

tanduk dia bekerja.

A8.6 KEWAJIPAN PRINSIPAL

Prinsipal mempunyai kewajipan yang berikut terhadap ejennya:

1. Membayar gaji dan perbelanjaan seperti yang dipersetujui, atau, jika tiada persetujuan,

seperti kebiasaan, atau, jika gagal, membayar secara munasabah.

Page 70: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

70

2. Membayar ganti rugi ejen terhadap apa-apa kesan perbuatan yang dilakukan mengikut

undang-undang, di dalam bidang kuasanya, bagi pihak prinsipal.

A8.7 PENAMATAN AGENSI

Hubungan prinsipal dan ejen boleh ditamatkan melalui tindakan pihak-pihak yang terlibat

atau operasi undang-undang seperti berikut:

Melalui notis pembatalan yang diberikan oleh prinsipal kepada ejen.

Melalui notis penolakan yang diberikan kepada prinsipal oleh ejen.

Melalui selesainya urus niaga di mana kuasa diberikan hanya untuk urus niaga

tersebut sahaja.

Melalui tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi.

Melalui persetujuan bersama.

Secara umumnya, disebabkan oleh kematian, gila atau kebankrapan prinsipal atau

ejen.

Melalui operasi dari mana-mana undang-undang yang menyebabkan kontrak ejen

tidak sah.

A8.7 CIRI –CIRI EJEN TAKAFUL

Ejen Takaful merupakan satu bahagian yang penting dalam industri Takaful. Mereka juga

ialah duta kewangan Islam. Oleh yang demikian, adalah sangat penting seorang ejen

Takaful memiliki ciri-ciri berikut:

1. Benar (siddiq)

Seseorang haruslah bersifat benar pada tutur kata, pemikiran dan tindakan.

Sekiranya dia bercakap benar dan melakukan sebaliknya maka dia adalah tidak

jujur. Sebagai duta kewangan Islam, ejen Takaful mestilah benar dalam tutur

katanya semasa mempromosikan produk-produk Takaful.

Saiditina Aisyah (ra) berkata:

"Sifat dan ciri-ciri yang paling dibenci oleh Rasulullah Nabi (saw) adalah

berbohong. Seorang lelaki akan berdusta di hadapan Rasulullah (saw) dan

baginda akan menahannya, sehingga baginda tahu bahawa dia telah bertaubat. "

(Riwayat Tirmidzi)

2. Menegakkan Amanah (amanah)

Maksud amanah ialah boleh dipercayai, atau, sesuatu atau seseorang yang

meninggalkan kepada seseorang bagi melindungi atau menjaganya. Berlawanan

Page 71: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

71

dengan amanah ialah khianat atau derhaka. Iaitu, gagal untuk menjaga

kepercayaan atau amanah semasa seseorang meninggalkannya seperti diharapkan

atau mahukan.

Ejen Takaful mestilah amanah seperti jujur, adil dalam berurusan, menghormati

kepercayaan, menepati masa, menunaikan janji dan komitmen, dan lain-lain.

Allah (SWT) dalam ayat berikut:

"Dan orang-orang yang memelihara amanah mereka (pada semua kewajipan

yang Allah telah tetapkan, jujur, tanggungjawab moral dan amanah, dan lain-

lain) dan perjanjian mereka. ..Mereka itulah orang yang akan mewarisi (Yakni)

yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.”

(23:08, 23:10-11)

3. Menyampaikan (tabligh)

Ejen Takaful sebagai duta kewangan Islam hendaklah menyampaikan maklumat

yang berkaitan kepada prospek mereka dan tidak menyembunyikan apa-apa

maklumat daripada mereka.

Rasulullah (saw) bersabda:

Tidak ada seorang pun yang mengajak (seseorang) ke arah petunjuk, melainkan

untuk dia akan ganjaran bagi semua mereka yang mengikutinya - dan ini tidak

akan mengurangi sedikit pun ganjaran mereka.

(Riwayat Muslim)

Bijaksana (fathonah)

Ejen Takaful sebagai duta kewangan Islam memerlukan kecerdasan dan

kebijaksanaan. Ejen itu akan dapat menjelaskan kewangan Islam terutama Takaful

kepada pasaran.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi mereka untuk melengkapkan diri mereka

dengan pengetahuan yang berkaitan kewangan Islam dan Takaful.

Page 72: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

72

Pengantara Takaful profesional seperti ejen, broker atau penasihat kewangan mestilah

cekap dan mempunyai ciri-ciri berikut:

Pengetahuan yang baik mengenai produk Takaful

Memahami keperluan dan kepentingan pelanggan

Memastikan pelanggan memahami produk yang mereka sertai

Mendedahkan semua fakta matan mengenai produk

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan perkhidmatan yang tepat pada

masanya

Page 73: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

73

BAB A9

PENGENALAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Memahami prinsip dan amalan yang diterima terpakai untuk Takaful Perubatan dan

Kesihatan.

A9.1 PENGENALAN

Peningkatan dalam bil perubatan sedang mengatasi kadar inflasi umum pada setiap tahun.

Ini menimbulkan persoalan sama ada penjagaan kesihatan hanya terpelihara bagi mereka

yang mampu. Di Malaysia, kadar inflasi bagi kos perubatan dianggarkan sekitar 15%

setiap tahun.7 Dalam kes kemalangan atau penyakit kritikal, kos perubatan menjadi

malapetaka kerana jumlah yang sangat besar.

Takaful Perubatan dan Kesihatan ialah salah satu cara bagi mereka yang agak mampu

untuk membayar kos rawatan secara mengumpulkan sumber kewangan dalam dana

Takaful bersama-sama peserta lain.

9.1.1 Definisi

Perkara 4 Garis Panduan Perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan mentakrifkan sijil

Takaful Perubatan dan Kesihatan sebagai sijil Takaful yang menyediakan manfaat secara

khusus terhadap risiko yang menyebabkan seseorang menjadi hilang upaya separa atau

sepenuhnya akibat daripada penyakit atau keuzuran. Manfaat boleh diperoleh dalam

bentuk pembayaran balik perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh peserta sama ada

dalam bentuk pembayaran sekali gus jumlah daripada jumlah yang disertai, atau

pembayaran elaun atau aliran pendapatan secara tetap untuk tempoh tertentu sekiranya

peserta hilang upaya dan / atau dirawat di hospital.

A9.3 KATEGORI TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Sijil Indemniti (Ganti rugi)

Sijil ini merupakan sejenis pelan perubatan yang membayar balik kepada peserta /

pesakit perbelanjaan yang ditanggung. Ini akan meletakkan mereka yang

dilindungi pada kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum berlakunya

perlindungan risiko, tertakluk kepada had maksimum perlindungan. Contoh

7 Source: The Star March 14, 2009

Page 74: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

74

indemniti ialah Takaful Penghospitalan dan Pembedahan di mana peserta akan

dibayar bagi kos rawatan perubatan dan perkhidmatan yang telah dikenakan.

Sijil Manfaat

Sijil manfaat membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan sekiranya kejadian

yang dilindungi berlaku sepanjang tempoh sijil. Contoh sijil manfaat ialah pelan

Faedah Tunai Penghospitalan dan Takaful Penyakit Kritikal.

A9.4 CIRI-CIRI TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

1. Perlindungan Bukan Penamatan Bersama Tuntutan Pembayaran

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan biasanya menyediakan pembayaran

tuntutan hingga had yang dinyatakan dalam sijil Takaful. Had boleh hanya satu

atau gabungan yang berikut:

Had Keterangan

Had setiap hilang

upaya

Jumlah maksimum manfaat yang disediakan kepada

peserta untuk setiap hilang upaya, iaitu setiap kemasukan

ke hospital.

Had tahunan

keseluruhan

Jumlah maksimum manfaat yang sedia ada untuk peserta

dalam mana-mana sijil untuk setahun

Had seumur hidup

Jumlah maksimum manfaat yang disediakan kepada

peserta sepanjang hayatnya.

Pembayaran tuntutan tidak menyebabkan penamatan sijil melainkan sekiranya

berlaku tuntutan kematian.

2. Peningkatan Risiko dengan Masa dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan

Takaful Perubatan dan Kesihatan juga terlibat dalam morbiditi peserta

(kebarangkalian hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit).

Secara umumnya, risiko jenis ini, meningkat dengan usia.

A9.5 LANGKAH PEMBENDUNGAN KOS

Kos penjagaan kesihatan terus meningkat menjadikan Takaful Perubatan dan Kesihatan

menjadi kurang menguntungkan. Untuk mengawal kos dan penyelewengan yang timbul

daripada tuntutan yang melambung, pelbagai kaedah digunakan oleh Pengendali Takaful,

yang meliputi perkara-perkara berikut:

Page 75: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

75

Had Dalaman

Had dalaman ialah had di dalam had. Sebagai contoh, jika had dalaman

pembedahan peserta ialah RM20,000, maka itulah jumlah maksimum yang dia

boleh tuntut walau pun had tahunan beliau mungkin lebih tinggi daripada itu.

Jadual Prosedur Pembedahan

Senarai prosedur pembedahan yang dilindungi dalam sijil.

Tempoh Maksimum Pampasan

Tempoh maksimum sijil akan melindungi peserta untuk sebarang perkhidmatan/

rawatan. Sebagai contoh, sijil ini merangkumi bilik dan makanan, tempat tinggal

untuk maksimum 30 hari kemasukan.

Bayaran Bersama

Jumlah perlindungan yang peserta perlu bayar daripada poketnya sendiri sebelum

sijil itu membayar bagi kunjungan atau perkhidmatan tertentu. Sebagai contoh,

seseorang yang dilindungi boleh membayar 10% bayaran bersama untuk

kemasukan. Bayaran bersama mesti dibayar setiap kali perkhidmatan tertentu

diperoleh.

Pemotongan

Jumlah yang peserta perlu bayar daripada poket sendiri sebelum sijil membayar

bahagiannya. Sebagai contoh, peserta mungkin perlu membayar RM1,000 dengan

potongan setiap tahun, sebelum mana-mana penjagaan kesihatan mereka

dilindungi oleh Pengendali Takaful.

Hospital-Hospital Panel

Senarai hospital yang dilindungi oleh sijil.

A9.6 KEMASUKAN HOSPITAL "TANPA TUNAI"

Dalam Kemasukan Hospital Tanpa Tunai, apabila peserta Takaful Perubatan dan

Kesihatan dimasukkan ke hospital, kemasukan ke hospital panel menerusi pengeluaran

surat jaminan dan deposit hospital boleh diketepikan. Apabila keluar dari hospital,

peserta tidak perlu menyelesaikan bil hospital. Semua manfaat yang layak akan

diselesaikan oleh Pengendali Takaful. Pengendali Takaful diwakili oleh pentadbir pihak

ketiga, berurusan dengan pihak hospital dan melangsaikan bil. Pihak yang menuntut

hanya perlu membayar caj yang tidak boleh dituntut.

Page 76: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

76

Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa urusan "tanpa tunai" kemasukan hospital

biasanya ialah bukan kontrak melainkan dinyatakan secara khusus dalam kontrak

Takaful. Biasanya, ini adalah hanya perkhidmatan nilai tambah yang disediakan oleh

Pengendali Takaful kepada pemilik sijil yang layak.

Pentadbir Pihak Ketiga

Pentadbir Pihak Ketiga merupakan wakil Pengendali Takaful yang bertanggungjawab

untuk menyelesaikan kedua-dua pembayaran balik tuntutan serta tuntutan tanpa tunai.

Pentadbir pihak ketiga perlu meluluskan permohonan pihak yang menuntut bagi

perkhidmatan tanpa tunai dan menyediakan perkhidmatan tersebut.

Fungsi pentadbir pihak ketiga adalah seperti berikut:

Fungsi Pangkalan Data

Perkhidmatan Tanpa

Tunai

Hari ini, Perkhidmatan Tanpa Tunai merupakan satu fungsi

yang penting untuk pentadbir pihak ketiga, yang bermaksud

sekiranya peserta dimasukkan ke hospital iaitu hospital yang

disenaraikan oleh pengendali Takaful, bil-bil dibayar secara

langsung oleh pengendali Takaful dan peserta tidak perlu

membuat pembayaran terlebih dahulu.

Pembayaran Tuntutan

Pentadbir pihak ketiga ialah pihak yang berkenaan dengan

urusan Tuntutan - lengkap dengan pemberitahuan tuntutan,

menasihati pelanggan mengenai hospital rangkaian,

meluluskan tuntutan dan pembayaran tanpa tunai, dan

akhirnya membayar tuntutan kepada pelanggan.

Mengurus Pangkalan

Data

Setelah sijil dikeluarkan, semua rekod dipanjangkan kepada

pentadbir pihak ketiga dan semua komunikasi peserta

selanjutnya adalah dengan pentadbir pihak ketiga dan bukan

dengan pengendali Takaful. Menjadi tanggungjawab

pentadbir pihak ketiga untuk mengurus pangkalan data peserta

dan mengeluarkan kad identiti kepada mereka berserta dengan

nombor pengenalan yang unik.

A9.7 PIAWAIAN MINIMUM PENZAHIRAN PRODUK DAN KETELUSAN DALAM

PENJUALAN PELAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Takaful Perubatan dan Kesihatan merupakan pelan yang rumit, oleh itu adalah sangat

penting bagi pengguna untuk mendapat kefahaman yang sewajarnya sebelum mereka

membuat keputusan untuk menyertai mana-mana pelan Takaful. Pengendali Takaful

berkewajipan menzahirkan maklumat yang mencukupi dan penting kepada bakal peserta

dalam membantu mereka untuk mempunyai kefahaman yang lebih baik terhadap pelan

dan mengurangkan kemungkinan kes luput disebabkan tidak membayar caruman.

Page 77: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

77

Piawaian minimum menetapkan keperluan penzahiran bahawa semua pengunderaitan

perniagaan Takaful Perubatan dan Kesihatan perlu dipatuhi Pengendali Takaful. Ini turut

menyediakan kepada bakal peserta perspektif bagi maklumat yang perlu didedahkan oleh

Pengendali Takaful sebelum mereka membuat komitmen menyertai pelan Takaful

Perubatan dan Kesihatan.

Ciri-ciri penting dalam piawaian ini adalah seperti berikut:

Piawaian ini terpakai kepada semua jenis pelan Perubatan dan Kesihatan Takaful

individu termasuk “rider”yang dilampirkan pada pelan keluarga individu.

Bagi pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan berkumpulan, Pengendali Takaful

perlu memastikan bahawa penzahiran dibuat kepada pemilik sijil induk.

Piawaian ini hendaklah terpakai pada semua saluran di mana pelan Takaful

Perubatan dan Kesihatan diedarkan.

4. Keperluan Penzahiran Khusus

Perkara 8 piawaian tersebut menyatakan bahawa terdapat aspek tertentu ciri-ciri

pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan dan sijil Takaful yang memerlukan

penjelasan yang berhati-hati. Pengendali Takaful dan pengantara mereka

hendaklah menyediakan butir-butir yang mencukupi mengenai ciri-ciri penting

pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada bakal peserta.

o Maklumat Pengendali Takaful termasuk nama dan alamat.

o Penerangan produk yang menjelaskan pelan dan objektif utama dan

tujuan.

o Maklumat tertentu yang perlu didedahkan mengenai manfaat pelan

Takaful Perubatan dan Kesihatan tertentu termasuk: -

b. Bentuk dan jumlah manfaat yang dibayar oleh sijil;

c. Butir-butir kejadian, keadaan atau kontingensi yang mana manfaat

boleh dibayar.

d. Pengecualian dan had manfaat, syarat-syarat yang sedia ada, penyakit

yang ditetapkan dan tempoh kelayakan

e. Caruman

f. Penzahiran penting yang lain mengenai pelan Takaful Perubatan dan

Kesihatan adalah seperti berikut: -

Page 78: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

78

Peserta akan diberikan "tempoh membuat keputusan/ tempoh

tenggang"selama 15 hari daripada tarikh penghantaran sijil untuk

mengkaji semula kesesuaian pelan Takaful Perubatan dan

Kesihatan yang baru disertai. Perlu ditekankan bahawa peserta

boleh memulangkan sijil dan pemotongan perbelanjaan yang

dikenakan untuk pemeriksaan perubatan akan dibuat kepada

caruman jika sijil tersebut dikembalikan kepada Pengendali

Takaful di dalam tempoh itu; dan

Implikasi kemungkinan berlaku pertukaran daripada satu jenis

pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan kepada yang lain atau

daripada satu pengendali kepada pengendali yang lain.

5. Senarai semak yang menunjukkan pengesahan bahawa pengantara memberitahu

dengan jelas aspek-aspek penting produk kepada pencadang.

Page 79: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

79

BAB A10

JENIS-JENIS PELAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Memahami dan menjelaskan jenis-jenis dan skop perlindungan di bawah Takaful

Perubatan dan Kesihatan.

A10.1 JENIS-JENIS PERLINDUNGAN

Perkhidmatan Hospital dan Fi Profesional

Pelan ini meliputi perbelanjaan yang berkaitan dengan kos rawatan

penghospitalan. Pelan ini terutamanya bertujuan menampung perbelanjaan bagi

mendapatkan pembedahan dan kemasukan hospital. Pilihan perlindungan dan

berbagai-bagai kos bergantung pada pelan sijil tertentu.

Secara umumnya manfaat yang disediakan oleh Pelan Takaful Hospital dan

Pembedahan termasuk yang berikut:

Bilik dan Tempat Tinggal Hospital

Unit Rawatan Rapi

Bekalan dan Perkhidmatan Hospital

Fi Bius

Fi Pakar Bedah

Fi Dewan Pembedahan

Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital

Ujian Diagnostik Sebelum Penghospitalan

Rundingan Pakar Sebelum Penghospitalan

Rawatan Selepas Penghospitalan

Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan

Fi Ambulan

Sesetengah pelan boleh diperluaskan untuk meliputi yang berikut:

o Rawatan Kanser Pesakit Luar

o Dialisis Buah Pinggang

o Pemindahan Organ

Page 80: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

80

Manfaat-Manfaat Penghospitalan

Pelan ini menyediakan peserta bersama manfaat tunai harian, seandainya peserta

dimasukkan ke hospital disebabkan semua punca, tertakluk terma dan syarat sijil /

rider. Pelan ini boleh ditawarkan sebagai sijil tersendiri atau sebagai rider pelan

Takaful Keluarga atau Perubatan dan Takaful Kesihatan.

Penyakit Kritikal

Pelan ini memberi perlindungan terhadap mana-mana penyakit kritikal yang

dinyatakan. Pelan ini turut dikenali sebagai Takaful penyakit kritikal. Apabila

sudah didiagnosis dengan mana-mana penyakit kritikal yang dinyatakan, pelan itu

akan melindungi peserta bersama manfaat keseluruhannya.

1. Penyakit Alzheimer / Gangguan

Degeneratif Organik Otak Tidak

boleh Ubah

19. HIV Disebabkan Pemindahan

Darah

2. Meningitis Bakteria 20. Kehilangan Kewujudan Bebas

3. Tumor Otak Benigna 21. Kehilangan Pertuturan

4. Buta / Hilang Penglihatan

Keseluruhan

22. Kelecuran Api yang Teruk

5. Pembedahan Otak 23. Trauma yang Teruk

6. Kanser 24. Pemindahan Organ / Tulang

Sumsum Utama

7. Anemia Aplastik Kronik 25. Penyakit Medullari Fibrosis

8. Koma 26. Penyakit Motor Nueron

9. Pembedahan Pintas Arteri Koronari 27. Sklerosis Berbilang

10. Pekak / Hilang Pendengaran

Keseluruhan

28. Kelemahan Otot

11. Ensefalitis 29. Lain-lain Penyakit Arteri

Koronari yang serius

12. Kegagalan Buah Pinggang

Peringkat Akhir

30. Lumpuh / Paraplegia

13. Kegagalan Hati Peringkat Akhir 31. Penyakit Parkinson

14. Kegagalan Paru-Paru Peringkat

Akhir

32. Hipertensi Arteri Pulmonari

Utama

15. AIDS Teruk Sepenuhnya 33. Kardiomiopati yang teruk

16. Hepatitis Viral Fulminan 34. Strok

17. Serangan Jantung 35. Pembedahan Aorta

18. Pembedahan Injap Jantung 36. Eritematos Lupus Sistemik

dengan Nefritis Lupus

Page 81: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

81

A10.2 PELAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN BERKUMPULAN

Pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan adalah sama dengan pelan

perlindungan perubatan dan kesihatan individu. Biasanya pelan perlindungan ini ditaja

oleh majikan untuk pemilik perniagaan, pekerja dan juga tanggungan.

Caruman untuk pelan perubatan dan kesihatan berkumpulan dikira berdasarkan yang

berikut:

o Purata umur kumpulan tersebut

o Tahap bahaya pekerjaan seperti tahap risiko yang khusus pada jenis pekerjaan

tertentu.

A10.3 PENGECUALIAN AM

Takaful Perubatan dan Kesihatan kebiasaannya tidak melindungi yang berikut:

Penyakit sedia ada pada masa permohonan.

Tuntutan untuk penyakit atau kecederaan disebabkan perbuatan haram atau

menyalahi undang-undang.

Mengandung atau bersalin.

Penyakit kelamin, jangkitan atau parasit.

Pembunuhan atau serangan fizikal.

Pembedahan kosmetik atau plastik.

A10.4 TERMA DAN SYARAT-SYARAT UTAMA

Sebahagian terma yang lebih penting adalah:

Terma Keterangan

Syarat-syarat yang

tersedia

Ketidakupayaan yang wujud sebelum tarikh pelan berkuat

kuasa, yang mana anda menerima rawatan atau

menunjukkan simptom. Jika anda sudah berjumpa doktor

perubatan untuk sebarang penyakit atau ketidakselesaan, ini

akan dianggap sebagai tanda-tanda ketidakupayaan.

Salah Nyata Umur

Umur merupakan faktor penting dalam Takaful Perubatan

dan Kesihatan kerana ini akan memberi kesan pada kadar

caruman. Oleh itu, dalam kes salahnyataan umur yang

membawa kepada caruman yang terendah, sebarang

tuntutan dari sijil tersebut akan dikira secara pro rata,

berdasarkan caruman yang sebenar dibayar dengan caruman

Page 82: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

82

yang sepatutnya dikenakan.

Tempoh Kelayakan Kelayakan manfaat di bawah pelan Takaful hanya akan

bermula 30 hari selepas tarikh sijil berkuat kuasa.

Takaful Bersama Satu bentuk perkongsian kos perubatan di dalam pelan

Takaful Perubatan dan Kesihatan yang memerlukan mereka

yang dilindungi membayar peratusan tertentu perbelanjaan

perubatan selepas ditolak amaun yang telah dibayar,

sekiranya bayaran telah dibuat.

Page 83: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

83

BAB A11

PENGUNDERAITAN

TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Memahami proses dan prosedur pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan.

A11.1 PENGENALAN PENGUNDERAITAN

11.1.1 Pengenalan

Pengunderaitan merupakan satu istilah yang digunakan Pengendali Takaful untuk

menerangkan proses menilai risiko, memastikan kos perlindungan adalah setimpal

dengan risiko yang dihadapi oleh seseorang. Dalam takrif yang mudah, ia merupakan satu

proses pemilihan risiko.

Proses pemilihan ini terdiri daripada menilai maklumat dan menentukan sumber-sumber

bagaimana individu akan dikelaskan (sama ada risiko standard atau sub-standard).

Selepas prosedur pengkelasan disiapkan, kadar sijil dalam bentuk caruman akan

dikenakan pada pemohon. Sijil kemudiannya dikeluarkan dan dihantar kepada peserta.

11.1.2 Tujuan Pengunderaitan

Pengunderaitan ialah fungsi yang sangat penting dan dilakukan setiap kali permohonan

Takaful diperoleh. Tujuannya adalah untuk menentukan sama ada permohonan mewakili

risiko yang boleh diterima oleh Pengendali Takaful untuk menentukan sama ada atau

tidak Pengendali Takaful boleh mengeluarkan sijil Takaful kepada pemohon.

A11.3 ANTI-PEMILIHAN

Anti-pemilihan berlaku apabila banyaknya risiko sub-standard yang diterima untuk

perlindungan, menyebabkan kurangnya hasil pengunderaitan yang diharapkan. Biasanya,

kadar caruman berdasarkan sampel yang mewakili keseluruhan profil pasaran risiko.

Apabila anti-pemilihan berlaku, ini merupakan petunjuk bahawa pengendali kurang

mengawal pengunderaitan dengan baik, dan lambat laun ia berakhir dengan portfolio

yang berisiko tinggi dan kurang memberangsangkan.

Untuk mengelakkan anti-pemilihan, pihak underait perlu berhati-hati menilai semua

permohonan dan caj caruman yang sesuai dan sepadan dengan risiko serta mengenakan

Page 84: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

84

pengecualian, sekiranya perlu. Dalam usaha untuk berlaku adil kepada semua peserta,

cadangan yang dianggap substandard berhak untuk ditolak atau dikenakan kadar caruman

yang lebih tinggi berbanding dengan risiko standard. Ini membawa pengagihan risiko

yang saksama di kalangan semua peserta dalam skim.

A11.4 KECUKUPAN CARUMAN

Pengendali Takaful dikehendaki menjalankan operasi mereka dengan cara yang adil dan

saksama terhadap semua peserta. Ini bagi memastikan caruman yang dikenakan adalah

berpatutan, mencukupi, adil dan saksama dalam kalangan peserta. Dalam hal ini, pihak

underait memainkan peranan penting dalam memastikan hanya risiko yang sesuai sahaja

yang dipilih dan kadar yang dikenakan setimpal dengan risiko yang diterima. Ini

bermakna lebih tinggi purata risiko boleh menarik caj caruman yang lebih tinggi.

A11.6 PROSES PENGUNDERAITAN

1. Pengumpulan Maklumat

Proses pengunderaitan berlaku apabila pemohon (pencadang) mengemukakan

permohonan mereka. Untuk menilai risiko seseorang, pihak underait bergantung

kepada maklumat daripada pelbagai sumber.

Sumber Keterangan

Borang Cadangan Borang ini ialah keperluan paling asas untuk menjalankan

kontrak Takaful Keluarga antara peserta dengan Pengendali

Takaful. Borang ini perlu dipenuhi oleh pencadang dengan

mendapatkan bantuan daripada ejen Takaful Keluarga untuk

mengisikannya.

Tanggungjawab ejen Takaful dalam proses permohonan

termasuklah:

Memastikan permohonan yang lengkap diisi

Memastikan semua soalan dijawab dengan tepat

Memastikan caruman dikendalikan dengan betul

Pernyataan Ejen Penyataan ini adalah sebahagian daripada permohonan, dan

memerlukan ejen Takaful menyediakan maklumat tertentu

mengenai pencadang seperti maklumat mengenai hubungan

ejen dengan pencadang, data tentang status kewangan

pencadang, tabiat, peribadi umum, lain-lain maklumat yang

mungkin berhubung rapat dengan risiko yang ditanggung

oleh Pengendali Takaful.

Page 85: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

85

Laporan

Perubatan

Jika pihak underait memutuskan bahawa cadangan perlukan

pengunderaitan perubatan, mereka akan meminta pencadang

untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Pemeriksaan

perubatan termasuklah soalan mengenai sejarah perubatan

pencadang, ketinggian, berat, nadi, dan tekanan darah.

Keperluan tambahan mungkin diperlukan oleh Pengendali

Takaful sebagai tambahan kepada pemeriksaan perubatan

meliputi yang berikut: -

Pemeriksaan oleh doktor

Kerehatan EKG

Ujian tekanan Treadmill

X-ray dada

Pernyataan

Rawatan Doktor

Pernyataan rawatan doktor disediakan oleh doktor yang

merawat individu yang mahu menyertai pelan Takaful.

Keterangan yang diberikan dalam pernyataan rawatan doktor

ialah bukti risiko kemortalan pencadang.

Laporan

Perubatan

Hospital

Dengan menandatangani dan mengemukakan permohonan,

pencadang memberi Pengendali Takaful hak untuk mendapat

dan menyemak laporan perubatan; kedua-duanya sebelum

dan selepas diterima menjadi seorang ahli pelan perubatan

dan kesihatan.

Proses Pemilihan Risiko

Semasa proses ini pihak underait memutuskan sama ada untuk menerima atau

tidak sesuatu risiko. Ini melibatkan pemerolehan maklumat berfakta daripada

pemohon, menilai maklumat tersebut, dan membuat keputusan untuk tindakan.

Pihak underait biasanya dibantu dengan senarai risiko yang boleh diterima dan

dilarang.

Dalam kes Takaful Perubatan dan Kesihatan, pihak underait mempertimbangkan

perkara-perkara berikut dalam pemilihan risiko:

a. Faktor Kesihatan Lalu dan Semasa

Pihak underait akan menyiasat dengan teliti kesihatan lalu dan semasa

pemohon, di dalam terma-terma yang terpakai.

b. Faktor Kewangan

Pihak underait juga akan melihat kepada keadaan kewangan keseluruhan

pencadang. Ini adalah untuk menjaga dana daripada risiko tuntutan

Page 86: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

86

pendapatan terhadap ketidakupayaan yang sangat tinggi disebabkan

kecenderungan sesetengah pemegang sijil untuk membuat keuntungan dari

pampasan Takaful dengan melanjutkan tempoh ketidakupayaan (berpura-

pura sakit).

c. Faktor Pekerjaan

Pihak underait perlu melihat faktor pekerjaan kerana pekerjaan yang

berlainan mempunyai tahap bahaya yang berbeza. Lebih tinggi risiko

bermakna kemungkinan lebih tinggi tuntutan perbelanjaan perubatan.

Pekerjaan yang berisiko lebih tinggi seperti Kelas 3 (pekerja kilang)

biasanya mempunyai nisbah tuntutan yang lebih tinggi berbanding dengan

Kelas 1 dan 2 (pekerja pejabat).

d. Umur dan Jantina

Umur Apabila seorang bertambah usianya, dia lebih cenderung

untuk mengalami masalah perubatan.

Jantina Untuk Takaful perubatan dan kesihatan, kadar wanita adalah

lebih tinggi disebabkan kadar morbiditi (penyakit) mereka

adalah lebih tinggi daripada lelaki.

Beberapa pengelasan sementara biasanya diberikan sebelum keputusan muktamad

ke atas pengelasan risiko dicapai. Tujuan menggunakan pengelasan adalah untuk

mengasingkan risiko kepada kumpulan-kumpulan yang seragam yang mana kadar

boleh diberikan.

Standard - jika risiko dianggap risiko biasa

Berkadar - jika risiko dianggap lebih berisiko tinggi daripada

biasa.

Pengunderaitan Perubatan

Pengunderaitan perubatan ialah proses menyemak rekod Takaful perubatan dan

kesihatan pencadang dan menentukan tahap risiko. Sebagai sebahagian daripada

proses pengunderaitan, maklumat kesihatan yang boleh digunakan dalam

membuat dua keputusan yang berkaitan:

Sama ada untuk menawar atau menolak perlindungan, dan

Apakah kadar sumbangan yang ditetapkan bagi sijil.

Bagi menjalankan pengunderaitan perubatan, Pengendali Takaful akan

mendapatkan keadaan perubatan yang sedia ada. Pengendali Takaful dibenarkan

untuk bertanyakan soalan tentang sejarah perubatan seseorang untuk memutuskan

Page 87: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

87

sama ada untuk menawarkan perlindungan atau tidak dan sama ada untuk

mengenakan caj tambahan.

a. Keadaan Fizikal Semasa

Pengendali Takaful memerlukan pemohon untuk mengisi borang

permohonan yang memperincikan sejarah penuh perubatan dan keadaan

fizikal semasa setiap pemohon. Pernyataan pemohon pada borang

permohonan dan keputusan pemeriksaan perubatan (sekiranya berkenaan)

sebagai petunjuk pertama keadaan fizikal terkini.

b. Sejarah Perubatan

Proses penilaian bermula dengan semakan pernyataan pencadang dalam

borang cadangan. Jika sejarah perubatan mengandungi data berkaitan

tentang sakit atau penyakit, ia membuatkan Pengendali Takaful percaya

bahawa pencadang ialah risiko yang meningkat. Kos pelan Takaful akan

diselaraskan dengan sewajarnya untuk mengimbangi liabiliti kewangan

yang tinggi.

Pengendali Takaful mungkin menjalankan siasatan lanjut sekiranya

terdapat sejarah perubatan yang disenaraikan dalam borang cadangan.

Sebagai contoh, jika pemohon mengakui menerima rawatan bagi tekanan

darah tinggi, penyataan doktor yang merawat biasanya diperlukan. Walau

bagaimanapun, seandainya pernyataan pada borang permohonan

menunjukkan rawatan dan pemulihan sepenuhnya daripada lengan yang

patah, mungkin tiada maklumat tambahan diperlukan.

Pengendali Takaful menyemak sejarah keadaan terdahulu untuk

menentukan:

Kemungkinan berulang. Sesetengah penyakit mempunyai

kecenderungan untuk berulang.

Kesan sejarah perubatan pada kesihatan keseluruhan pemohon.

Komplikasi yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

Perkembangan normal pada sebarang kerosakan yang boleh

dianggap sebagai petunjuk insiden masa hadapan yang lebih tinggi.

Sebagai contoh, obesiti dan tekanan darah tinggi.

c. Sejarah Keluarga

Satu bahagian dalam borang cadangan Takaful terdapat beberapa soalan

tentang sejarah perubatan ahli keluarga. Hubungan yang jelas dilakukan

antara keadaan tertentu pada masa ini yang mengancam hayat dengan

perkembangan genetik, dan Pengendali Takaful akan mempertimbangkan

Page 88: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

88

isu hubung kait pencadang sebagai pertunjuk risiko daripada peserta itu

sendiri.

Keputusan Pengunderaitan

Setelah analisis maklumat yang diberikan lengkap, pihak underait pada asasnya

mempunyai tiga pilihan:

Jenis-jenis risiko Keputusan

Standard Menerima permohonan

Jika pencadang dianggap berisiko sederhana atau biasa,

dia akan dikenakan kadar standard tanpa sebarang

pengecualian khusus atau pengurangan faedah.

Substandard /

Diubahsuai

Meluluskan permohonan dengan syarat yang dikenakan

Jika pencadang mempunyai risiko melebihi kebiasaan,

pencadang boleh dikelaskan sebagai risiko yang

meningkat. Pihak underait masih boleh menawarkan

perlindungan berserta pengubahsuaian seperti:

d. Pengecualian

Pengesahan pengecualian digunakan oleh

Pengendali Takaful sebagai satu cara untuk

memberikan perlindungan kepada orang-orang yang

sepatutnya perlu ditolak. Dalam beberapa kes

seperti tekanan darah tinggi atau tiroid, Pengendali

Takaful masih boleh menawarkan perlindungan

dengan pengecualian pada penyakit-penyakit

tersebut.

Bebanan (loading) (caruman tambahan)

Bebanan (loading) adalah di mana Pengendali

Takaful menambah jumlah caruman asas bagi

menampung perbelanjaan untuk mendapatkan dan

mengekalkan perniagaan.

Manfaat Diubahsuai

Pengendali takaful boleh menawarkan manfaat yang

diubahsuai kepada pemohon seperti had tahunan

yang lebih rendah, ditolak perbelanjaan perubatan

yang lebih besar atau kadang-kala bersama-sama

Page 89: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

89

dengan caruman tambahan atau pengecualian rider.

Beberapa gabungan daripada pendekatan di atas

Ditolak Pihak underait boleh menolak permohonan sekiranya

insurans yang dicadangkan dinilai sebagai tidak

menguntungkan (mungkin disebabkan oleh penyakit

yang serius atau terlibat dalam pekerjaan atau hobi yang

sangat berbahaya).

A11.7 PEMBAHARUAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Terdapat empat pilihan Pembaharuan yang berlainan yang boleh diamalkan dalam

Takaful perubatan dan kesihatan:

Pembaharuan Pilihan Keterangan

Tidak Boleh Dibatalkan dan

Boleh Diperbaharui

Terjamin

Pelan Takaful perubatan dan kesihatan dengan pilihan

boleh diperbaharui terjamin menyediakan jumlah terbesar

perlindungan kepada pihak yang diinsuranskan. Terdapat

dua jaminan yang utama:

a. Caruman tidak akan dinaikkan.

b. Pengendali takaful tidak akan menolak pembaharuan

perlindungan.

Boleh Diperbaharui

terjamin

Perbezaan asas antara pilihan pelan perlindungan tidak

boleh dibatalkan dan boleh diperbaharui terjamin dengan

pelan pilihan perlindungan yang hanya boleh

diperbaharui terjamin bergantung kepada hak Pengendali

Takaful untuk menukar caruman perlindungan. Walau

bagaimanapun, Pengendali Takaful tidak boleh

menaikkan caruman peserta disebabkan sejarah tuntutan.

Sebaliknya, Pengendali Takaful boleh meningkatkan

caruman semua peserta dalam kumpulan usia yang sama.

Boleh Diperbaharui

Bersyarat

Jenis ketiga peruntukan pembaharuan dikenali sebagai

boleh diperbaharui bersyarat. Peruntukan boleh

diperbaharui bersyarat memberikan pemilik sijil hak

bersyarat untuk memperbaharui sijil, tetapi Pengendali

Takaful berhak untuk menolak untuk memperbaharui sijil

peserta dalam kelas tertentu, dan mungkin juga

menaikkan kadar.

Page 90: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

90

Boleh Diperbaharui Dengan

Pilihan

Jenis keempat dan terakhir peruntukan pilihan

pembaharuan menawarkan hanya sedikit perlindungan

kepada peserta dan mempunyai aplikasi yang sedikit

dalam perlindungan perubatan dan kesihatan moden. Ia

dikenali sebagai perlindungan boleh diperbaharui dengan

pilihan. Di bawah peruntukan boleh diperbaharui dengan

pilihan, caruman boleh meningkat dan manfaat

diubahsuai secara berkelas. Di samping itu, Pengendali

Takaful boleh membatalkan sijil individu, tetapi hanya

pada tarikh ulang tahun sijil atau pada tarikh tamat

tempoh sijil.

A11.8 PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman bergantung kepada jenis-jenis sijil. Sesetengah sijil dikeluarkan

atas dasar "tunai-sebelum-perlindungan", manakala sijil yang lain mungkin tertakluk

pada tempoh 60 hari waranti caruman.

Tempoh tangguh mungkin dibenarkan dalam kes sijil boleh diperbaharui terjamin, sijil

boleh dibaharui bersyarat dan sijil tidak boleh dibatalkan untuk menyediakan kemudahan

kepada pemilik sijil untuk membuat pembayaran. Walau bagaimanapun, sebarang

tuntutan yang berlaku semasa tempoh tangguh adalah tidak boleh dibayar walaupun

Pengendali Takaful tidak akan menganggap sijil sebagai luput. Sijil hanya akan dianggap

luput jika tiada bayaran caruman dibuat sebelum berakhirnya tempoh tangguh.

A11.9 PENAMATAN SIJIL

Apabila berlaku perkara-perkara berikut, secara automatik akan menamatkan Takaful

perubatan dan kesihatan.

Kematian peserta;

Tarikh ulang tahun sijil berlaku serta-merta berikutan kelayakan umur maksimum

peserta;

Jumlah manfaat yang dibayar di bawah sijil melebihi had maksimum yang

dinyatakan dalam jadual manfaat.

Page 91: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

91

BAB A12

PENTADBIRAN SIJIL

TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Memahami dan menjelaskan jenis, proses dan prosedur pentadbiran sijil untuk Takaful

Perubatan dan Kesihatan.

A12.1 TINJAUN KESELURUHAN TENTANG PENTADBIRAN SIJIL TAKAFUL

PERUBATAN DAN KESIHATAN

Pentadbiran sijil melibatkan pertukaran dan pengeluaran dokumen-dokumen sebagai

bukti wujudnya kontrak Takaful yang sah. Dokumen-dokumen tersebut termasuk yang

berikut:

1. Borang Cadangan

2. Sijil

3. Endosmen

4. Notis Pembaharuan

5. Bukti pembayaran caruman Takaful Perubatan dan Kesihatan untuk pelepasan

cukai

A12.2 BORANG CADANGAN

Borang Cadangan Takaful adalah sebahagian daripada kontrak Takaful. Tujuan borang

cadangan adalah untuk membantu Pengendali Takaful mengumpul maklumat yang

diperlukan untuk pengunderaitan. Ini akan membolehkan pihak underait menilai

cadangan dengan cepat dan tepat dan mengeluarkan sijil perakuan berdasarkan maklumat

tersebut.

Secara amnya borang cadangan mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Pernyataan penzahiran sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 141 Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013:

“Anda perlu memberitahu di dalam borang cadangan, sepenuhnya dan sejujurnya

semua fakta yang anda tahu atau patut tahu, jika tidak Sijil yang dikeluarkan

boleh menjadi tidak sah."

Page 92: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

92

2. Soalan asas mengenai pencadang seperti nama, alamat surat-menyurat, alamat

risiko, pekerjaan, dan lain-lain

3. Maklumat insurans / Takaful dahulu dan sekarang.

4. Soalan-soalan khusus berkaitan dengan perubatan dan kesihatan seperti sejarah

keluarga dan perubatan, tabiat merokok, hobi berbahaya dan soalan-soalan yang

berkaitan dengan penyakit AIDS

5. Di bawah Seksyen 13 dalam garis panduan yang sama, borang cadangan

hendaklah mengandungi pernyataan, pengisytiharan yang menggabungkan

maklumat minimum seperti berikut: -

Aqad (kontrak) yang mengikat peserta Takaful

Aqad (kontrak) yang mengikat peserta dan Pengendali Takaful

Peruntukan keuntungan pelaburan dan lebihan kepada peserta

Peruntukan keuntungan pelaburan, lebihan atau fi kepada Pengendali

Takaful

6. Di bawah klausa perisytiharan ini, terdapat bahagian untuk tandatangan

pencadang serta tarikh.

A12.3 SIJIL

Draf sijil Takaful daripada pengendali Takaful merupakan bukti bertulis kontrak Takaful.

Untuk diterima sebagai bukti dalam mahkamah perundangan, sijil hendaklah disetem

selaras dengan peruntukan Akta Setem. Sijil ini dibahagikan kepada beberapa bahagian

seperti yang berikut:

1. Tajuk yang terdiri daripada nama penuh dan alamat berdaftar Pengendali Takaful

diletakkan pada bahagian atas muka hadapan.

2. Mukadimah atau Klausa Huraian

Klausa ini memperkenalkan atau menghuraikan pihak-pihak dalam kontrak -

Pengendali Takaful dan peserta.

3. Klausa Operatif

Klausa ini menggariskan inti pati kontrak dengan mengkhususkan peril yang

dilindungi di bawah sijil dan keadaan yang mana Pengendali Takaful

bertanggungjawab untuk membuat bayaran atau yang setara dengannya kepada

peserta.

Page 93: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

93

4. Pengecualian

Pengecualian adalah sekatan ke atas skop perlindungan Takaful. Pengecualian

dimasukkan dalam perakuan kerana peril dan kerugian tertentu tidak boleh

dilindungi di bawah sijil.

5. Jadual Manfaat

Jadual manfaat menyediakan maklumat berikut:

o nama dan alamat peserta

o caruman

o nombor sijil

o tarikh dikeluarkan

o agensi

o tarikh lahir peserta

o tempoh Takaful

o pekerjaan peserta

o klausa khusus pengecualian

o pelbagai jenis dan amaun manfaat

6. Klausa Pengakusaksian atau Tandatangan

Klausa ini dipanggil klausa pengakuansaksian kerana ia menyediakan peruntukan

untuk Pengendali Takaful membuktikan aku janji. Perakuan itu ditandatangani

oleh pegawai yang diberi kuasa oleh pengendali Takaful.

7. Syarat-syarat

Dalam satu kontrak Takaful syarat-syarat boleh dibuat secara jelas atau tersirat.

Pengendali Takaful mencetak syarat-syarat yang jelas pada perakuan dan

menguatkuasakan kontrak Takaful. Dalam ketiadaan syarat-syarat yang jelas,

kontrak Takaful hanya tertakluk kepada syarat-syarat tersirat. Syarat-syarat

tersirat berkaitan dengan yang berikut:

Kewajipan penuh percaya mutlak

Kewujudan kepentingan boleh insurans

Kewujudan produk Takaful, dan

Pengenalpastian kandungan utama Takaful.

Page 94: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

94

A12.4 ENDOSMEN

Pengendali Takaful akan mengeluarkan sijil standard yang melindungi peril tertentu yang

khusus dan lain-lain pengecualian. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan

untuk mengubahsuai terma-terma dan syarat-syarat sijil, Pengendali Takaful biasanya

akan melampirkan satu atau lebih memorandum atau sokongan pada sijil. Sokongan

menjadi sebahagian daripada sijil dan bukti kontrak.

Perubahan yang dibuat boleh dikaitkan dengan mana-mana yang berikut:

o perbezaan dalam amaun manfaat

o perubahan dalam mana-mana tempoh manfaat maksimum

o pelanjutan perlindungan Takaful bagi melindungi ahli keluarga tambahan

o perubahan dalam risiko pekerjaan

o pembatalan Takaful

o perubahan nama dan alamat

A12.5 NOTIS PEMBAHARUAN

Bagi memperbaharui pelan tahunan Takaful Perubatan dan Kesihatan, Pengendali

Takaful biasanya mengeluarkan notis pembaharuan satu atau dua bulan lebih awal

daripada tarikh tamat tempoh, untuk mengingatkan peserta bahawa sijil tersebut tamat

pada tarikh yang tertentu.

Notis pembaharuan akan merangkumi semua butir-butir berkaitan sijil tersebut termasuk:

Nama Peserta

Nombor Sijil

Sijil tamat tempoh

Caruman tahunan

Semakan terma-terma sijil (sekiranya ada).

Nota memohon peserta untuk menzahirkan sebarang perubahan risiko material

sejak bermulanya sijil (atau tarikh terakhir pembaharuan).

A12.6 DOKUMEN PELEPASAN CUKAI UNTUK BAYARAN CARUMAN TAKAFUL

PERUBATAN DAN KESIHATAN

Peraturan cukai terkini membenarkan potongan cukai individu bagi pemastautin di

Malaysia terhadap pendapatan boleh dicukai seperti yang berikut:

Potongan daripada pendapatan boleh dicukai sehingga maksimum RM3,000

untuk caruman Takaful pendidikan dan atau perubatan.

Page 95: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

95

Potongan daripada pendapatan boleh dicukai sehingga maksimum RM6,000

dibenarkan bagi caruman sijil Takaful Keluarga dan caruman skim persaraan yang

diluluskan.

Pelan perlindungan Takaful Perubatan dan Kesihatan hendaklah untuk tempoh 12 bulan

atau lebih. Perbelanjaan perlu berkaitan dengan rawatan perubatan yang berpunca

daripada penyakit atau kemalangan atau kecacatan. Pelan boleh menjadi sijil tersendiri

atau sebagai rider pada Takaful Keluarga. Jika pelan itu adalah rider, hanya caruman

rider yang layak untuk potongan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri memerlukan bukti pembayaran caruman tersebut untuk

mendapat kelayakan potongan cukai. Peserta dinasihatkan untuk memfailkan segala

dokumen bagi tujuan audit cukai dan pengesahan pada masa hadapan.

Page 96: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

96

BAB A13

TUNTUTAN

TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

Memahami dan menjelaskan jenis, proses serta prosedur tuntutan Takaful Perubatan dan

Kesihatan.

Menerangkan sebab-sebab penolakan tuntutan dan pelbagai saluran penyelesaian yang

tersedia.

A13.2 PEMBERITAHUAN NOTIS TUNTUTAN

Apabila keadaan yang memungkinkan berlakunya tuntutan, Pengendali Takaful tidak

memulakan proses tuntutan dan membayar ganti rugi kepada pemilik sijil melainkan jika

dan sehingga pemberitahuan tuntutan itu dibuat. Oleh itu, pemberitahuan notis tuntutan

merupakan asas perjanjian Takaful.

Dua sebab utama mengapa pemberitahuan tuntutan adalah penting:

1. Pengendali Takaful perlu diberi peluang menyiasat tuntutan itu.

2. Pengendali Takaful perlu membuat peruntukan untuk kos yang bakal dituntut.

Sijil takaful memerlukan pemilik sijil memberitahu Pengendali Takaful secara bertulis

sebarang tuntutan dalam tempoh yang munasabah, biasanya antara 14 hari hingga 30 hari.

A13.2 BUKTI PENYAKIT / TUNTUTAN

Pihak yang membuat tuntutan dikehendaki mengemukakan bukti bertulis

kehilangan/kerugian, atau tuntutan di dalam jangka masa seperti mana yang telah

ditetapkan dalam peruntukan kehilangan/kerugian. Dalam kes tuntutan manfaat hospital

atau perbelanjaan perubatan, bukti kukuh/sahih daripada hospital (bil asal penghospitalan

dan borang tuntutan) perlu dikemukakan dalam jangka tempoh yang ditetapkan dari

tarikh kerugian.

Pembuat tuntutan mesti mendaftar terlebih dahulu tuntutan mereka dengan Pengendali

Takaful dalam jangka tempoh yang ditetapkan dan mengemukakan semua dokumen bagi

memudahkan proses tuntutan. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat

tuntutan adalah seperti berikut:

Page 97: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

97

Bukti pengenalan,

Salinan dokumen sijil,

Bil-bil asal hospital di mana pihak diinsuranskan dimasukkan,

Sijil keluar dari hospital, dan

Laporan asal siasatan.

A13.3 BORANG TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Borang Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan dirangka dengan tujuan untuk

mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menentukan liabiliti Pengendali Takaful di

bawah sijil. Umumnya borang ini terdiri daripada satu pernyataan menuntut dan

pernyataan doktor yang merawat. Beberapa soalan yang relatifnya standard seperti:

Nama

Alamat

Tarikh lahir

Nombor sijil dan nombor kumpulan Takaful

Maklumat, mengenai sekiranya pemilik sijil dilindungi di bawah pelan kumpulan

melalui majikan

Penerangan kecederaan atau penyakit yang menyebabkan kerugian

Tarikh rawatan perubatan atau lawatan doktor, dan lain-lain

Pihak yang menuntut juga perlu memberikan kebenaran yang membenarkan mana-mana

penyedia perubatan, doktor, atau majikan untuk memberikan rekod atau maklumat

berkenaan sejarah perubatan atau status pekerjaan orang yang diinsuranskan.

A13.4 LIPUTAN PEMERIKSAAN

Sebaik sahaja Pengendali Takaful menerima notis tuntutan, Jabatan Tuntutan akan

meneruskan dengan proses-proses yang berikut:

1. Menentukan sama ada atau tidak tuntutan itu adalah sah dengan memeriksa antara

lain sama ada sijil itu berkuat kuasa, caruman telah dibayar, kerugian yang

disebabkan oleh peril yang diinsuranskan, dan lain-lain

2. Apabila jabatan tuntutan menyelesaikan pemeriksaan awal dan mendapati

tuntutan itu adalah sah, borang tuntutan akan diberikan kepada pihak yang

menuntut. Borang dikeluarkan tanpa prejudis, bermaksud bahawa pengeluaran

borang tuntutan tidak bermaksud liabiliti dalam sijil telah diterima.

3. Semua tuntutan mestilah didaftarkan dalam daftar tuntutan apabila dimaklumkan

kepada Pengendali Takaful. Daftar tuntutan mesti disimpan selama mana mereka

masih bertanggungjawab ke atas tuntutan.

Page 98: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

98

A13.5 SIASATAN TUNTUTAN

Langkah yang selanjutnya dalam proses tuntutan Takaful ialah siasatan untuk

menentukan sama ada Pengendali Takaful sebagai penanggung insurans

bertanggungjawab terhadap kerugian. Siasatan lanjut bergantung pada kerumitan dan saiz

tuntutan.

Proses siasatan tuntutan melibatkan yang berikut:

1. Siasatan untuk menentukan sama ada:

Wujud kerugian.

Kerugian yang disebabkan oleh peril yang dilindungi oleh sijil.

Kerugian tidak termasuk dalam skop pengecualian sijil.

Pihak yang membuat tuntutan ialah pihak yang sah.

2. Semakan dokumentasi tuntutan seperti bentuk tuntutan, bil-bil, dan lain-lain

3. Memohon dokumen tambahan seperti laporan perubatan, pernyataan menghadiri

rawatan doktor dan lain-lain (sekiranya perlu).

A13.6 PEMBAYARAN TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Proses tuntutan Takaful berakhir dengan pembayaran. Apabila Pengendali Takaful

menyelesaikan siasatan dan membuat keputusan untuk membayar tuntutan, jumlah yang

perlu dibayar akan dikira dan pembayaran tuntutan kepada pihak yang menuntut akan

dibuat.

A13.7 PENOLAKAN LIABILITI OLEH PENGENDALI TAKAFUL

Pengendali Takaful boleh menolak liabiliti atas beberapa alasan seperti:

Tiada wujud kerugian seperti yang dilaporkan.

Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh peril yang tidak dilindungi di

bawah sijil.

Kehilangan atau kerosakan dalam skop pengecualian sijil.

Sijil tersebut telah diisytiharkan tidak sah akibat daripada pelanggaran syarat.

Apabila tuntutan ditolak, Pengendali Takaful akan memaklumkan kepada pihak yang

menuntut dengan mengeluarkan surat kepada pemilik sijil dan memaklumkan keputusan

tersebut.

Page 99: BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/18141205PartABM.pdf · 6 pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusan tersirat Nabi Muhammad

99

A13.8 PERTIKAIAN

Sebahagian kecil daripada kebanyakan tuntutan yang diselesaikan setiap tahun oleh

Pengendali Takaful biasanya berakhir dengan pertikaian. Pertikaian antara pihak

menuntut dengan Pengendali Takaful biasanya melibatkan kes-kes seperti sama ada

Pengendali Takaful bertanggungjawab, jumlah kerugian, dan lain-lain

Apabila timbul pertikaian, ia boleh diselesaikan melalui saluran berikut:

1. Penyelesaian Secara Rundingan dan Kompromi

Kebiasaannya, pihak yang menuntut boleh berjumpa dengan Pengendali Takaful

untuk menyelesaikan pertikaian melalui perbincangan.

2. Biro Pengantaraan Kewangan (FMB)

Biro Pengantaraan Kewangan atau Financial Mediation Bureau (FMB) ialah

sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan pertikaian

antara pelanggan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang dikawal selia

oleh Bank Negara Malaysia. Fungsinya ialah sebagai pusat yang menyediakan

penyelesaian pelbagai aduan pengguna runcit secara percuma, cepat, mudah dan

berkesan.

3. Timbang Tara

Timbang tara merupakan satu cara yang terbaik dan digunakan secara meluas

untuk menamatkan pertikaian. Ia menyediakan pihak yang berkontroversi dengan

pilihan selain daripada tindakan undang-undang. Tidak seperti tindakan undang-

undang/litigasi, timbang tara berlaku di luar mahkamah: kedua-dua pihak memilih

pihak ketiga yang tidak berat sebelah, yang dikenali sebagai penimbang tara;

bersetuju terlebih dahulu untuk mematuhi keputusan penimbang tara, dan

kemudian mengambil bahagian dalam perbicaraan yang mana kedua-dua pihak

boleh mengemukakan bukti dan keterangan. Keputusan penimbang tara biasanya

muktamad, dan mahkamah jarang menelitinya semula.

4. Tindakan Litigasi

Pihak yang menuntut juga boleh membawa Pengendali Takaful ke mahkamah jika

mereka tidak berpuas hati hasil perbincangan / rundingan dengan jabatan tuntutan.

Walau bagaimanapun, tindakan undang-undang dianggap sebagai pilihan terakhir

kerana ia biasanya akan melibatkan kos yang tinggi.