Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

download Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

of 20

Transcript of Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    1/20

    Diterbitkan oleh:

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    2/20

    Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall

    1001, Jalan Sultan Ismail50250 Kuala LumpurFaks : 03-2616 7601 E-mel: [email protected]

    AKPKEdisi Pertama 2011

    Hak cipta buku ini adalah milik Agensi Kaunseling dan PengurusanKredit (AKPK). Buku ini atau mana-mana bahagiannya boleh

    diterbitkan semula, diterjemahkan atau dipindahkan dalamapa jua bentuk dengan mendapat izin bertulis terlebih dahuludaripada AKPK dan hanya untuk tujuan pendidikan. Tiadasebarang bentuk keuntungan kewangan boleh diperoleh,sama ada secara langsung ataupun tidak langsung daripadapenerbitan semula seperti di atas.

    ISBN 978-983-44004-3-9

    Penafan:

    Maklumat yang terkandung di dalam buku ini bertujuan untuk pendidikan semata-mata. Maklumat tersebut bukanlah pengganti kepada nasihat atau saranan yangmungkin anda terima daripada penasihat kewangan pro esional.

    Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menafkan sebarang liabiliti kepadamana-mana pihak yang menggunakan maklumat di dalam buku ini sebagai asas untukmembuat sebarang keputusan atau tindakan.

    Walaupun segala usaha telah dibuat untuk memastikan ketepatan maklumat didalam buku ini, AKPK mengharapkan pemahaman anda sekiranya terdapat sebarangkesilapan atau kekurangan.

    Nama dan maklumat individu yang terkandung di dalam kisah benar telah diubah bagimelindungi identiti mereka.

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    3/20

    Bab

    3PENGGUNAANKAD KREDITSECARA BIJAK

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    4/20

    42

    Menggunakan kad kredit secara bijak merupakan salah satu langkahpenting untuk memastikan kedudukan kewangan anda sentiasa sihat.Kad kredit diibaratkan pisau tajam yang mempunyai banyak man aattetapi jika disalahgunakan boleh melukakan anda.

    Dalam Bab 2, kita telah membincangkan tentang asas meminjam.Sekarang, marilah kita gunakan pengetahuan ini apabila menggunakankad kredit.

    APA ITU KAD KREDIT?

    Bagaimanakah kadkredit ber ungsi?

    Kad kredit yang ditawarkankepada anda juga menyediakankemudahan meminjam yangdikenali sebagai had kredit,yang te lah di te tapkan oleh

    pengeluar kad kredit. Apabilaanda menggunakan kad kredit,pengeluar kad kredit akan membuatbayaran kepada peniaga bagipihak anda dan kemudiannya akanmeminta bayaran daripada andamelalui penyata bulanan yangdikeluarkan. Pada amnya, andaakan diberikan tempoh tanpa aedahantara 20 hingga 50 hari sebelumperlu membuat bayaran.

    Kad kredit ialah alat pembayaran secaraelektronik yang membolehkan anda membeli

    barangan atau mendapatkan perkhidmatantanpa menggunakan wang tunai

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    5/20

    43

    Kelebihan kad kreditKad kredit adalah instrumen yang berguna sekiranya anda tahumenggunakannya dengan bijak. Anda boleh menikmati aedah seperti

    berikut: Merupakan kaedah pembayaran yang mudah dan cekap

    Membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan secaradalam talian (online)

    Menggunakan penyata bulanan untuk menjejak perbelanjaanbagi tujuan merangka bajet

    Terdapat kad kredit yang menyediakan perlindungan insuranskemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma,bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan

    Menikmati skim menarik seperti skim bayaran ansuran tanpaaedah, skim bayaran feksibel dan pemindahan baki padakadar 0% untuk memaksimumkan pembelian anda

    Memperoleh mata ganjaran untuk menebus barangan danperkhidmatan yang biasanya tidak dapat dinikmati jika bayarandibuat secara tunai

    APA YANG ANDA PERLU KETAHUI TENTANGKAD KREDIT

    Sebelum menggunakan kad kredit, anda perlu memahami terma dansyarat yang diberikan seperti berikut:

    Had kreditIni adalah had maksimum ditetapkan bagi setiap kad. Jika had inihabis digunakan, anda tidak boleh menggunakan kad sehingga andamenjelaskan sebahagian daripada bayarannya.

    Lazimnya, had kad kredit adalah 2 hingga 3 kali ganda pendapatanbulanan anda. Sekiranya anda menggunakan had maksimum, inibermakna anda telah membelanjakan 2 hingga 3 bulan pendapatanmasa depan anda!

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    6/20

    44

    Yuran dan cajTerdapat pelbagai jenis yuran dan caj yang anda perlu ahami,termasuk:

    Pengeluar kad kredit mungkin akan mengenakanyuran penyertaan sekali sahaja. Yuran inimungkin berbeza antara satu pengeluar kaddengan yang lain

    Ini adalah yuran yang perlu dibayar apabilaanda telah menerima kad kredit. Terdapat jugapengeluar kad kredit yang mengecualikan yuranini jika anda memenuhi syarat penggunaan kadkredit anda

    Ini adalah caj yang dikenakan keatas bakiyang belum dijelaskan selepas tarikh akhirpembayaran dan dikira berdasarkan baki harian.Pada masa ini pemegang kad kredit dikenakanaedah secara bertingkat. Ini bertujuan untuk

    menggalakkan penggunaan kad kredit secaraberdisiplin. Kadar aedah bertingkat yang baharuadalah seperti berikut:

    Rekod PembayaranBalik

    Kadar Faedah

    Pemegang kad yangmenjelaskan bayaran

    minimum selama 12bulan berturut-turut

    Sehingga13.5% setahun

    Pemegang kad yangmenjelaskan bayaranminimum selama10 bulan atau lebihsepanjang tempoh 12bulan

    Sehingga16% setahun

    Lain-lain Sehingga17.5% setahun

    Yuranpenyertaan

    Yurantahunan

    Caj kewangan

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    7/20

    45

    Yuran ini dikenakan setiap kali pendahuluanwang tunai dilakukan dan biasanya antara3% hingga 5%. Yuran ini merupakan cajkewangan tambahan dan dikira dari tarikhwang tunai tersebut diambil

    Ini adalah caj yang dikenakan jika andagagal menjelaskan jumlah minimum bulanansebelum tarikh akhir pembayaran yangditetapkan. Jika anda membayar selepas

    tarikh ini, anda akan dikenakan caj kewangan( aedah ke atas baki belum jelas) dan jugacaj bayaran lewat

    Bermula tahun 2010, setiap kad kredit akandikenakan cukai perkhidmatan tahunansebanyak RM50 ke atas pemegang kadutama dan RM25 ke atas pemegang kadsampingan. Bayaran ini akan dimasukkandalam penyata kad kredit anda

    Cukaiperkhidmatan

    Yuranpendahuluanwang tunai

    Caj bayaranlewat

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    8/20

    46

    Tempoh tanpa aedah

    Anda boleh menikmati tempoh tanpa aedah, kebiasaannya antara20 hingga 50 hari dari tarikh urus niaga mula direkodkan, sekiranya

    anda tidak mempunyai sebarang jumlah tertunggak dari bulansebelumnya.

    Ini bermaksud jika bil kad kredit anda tidak dijelaskan dengansepenuhnya pada tarikh akhir pembayaran dan baki dibawa ke bulanberikutnya, anda tidak akan menikmati tempoh tanpa aedah. Faedahakan dikenakan ke atas urus niaga yang seterusnya dan aedahini akan dikompaunkan pada kadar harian sehingga baki dibayarsepenuhnya.

    Kemudahan pemindahan baki

    Pemindahan baki membolehkan pemegang kad kredit memindahkansemua atau sebahagian daripada baki kad kredit dari satu bankke bank lain untuk tujuan menjimatkan caj aedah. Biasanya, bankakan menawarkan kemudahan ini pada kadar promosi untukmenggalakkan anda memindahkan baki kad kredit kepada mereka.Ini mungkin cadangan yang baik kerana anda dapat menjimatkankos aedah.

    Oleh itu, sekiranya anda hanya membayar sebahagian atau jumlah minimum baki yang perlu dibayar, anda akan dikenakan faedah ke

    atas semua pembelian yang dibuat melalui kad kredit dari tarikh urus niaga direkodkan

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    9/20

    47

    Walau bagaimanapun, sebelum memutuskan pemindahan baki, tanyadiri anda soalan berikut:

    Berapa lamakah kadar promosi ini ditawarkan?

    Apakah kadar efektif selepas tamat tempoh kadar promositersebut?

    Adakah kadar promosi ini juga untuk pembelian baru?

    Adakah anda akan dikenakan yuran pemindahan baki?

    Adakah anda akan dikenakan yuran pembatalan ataupenyelesaian awal?

    Walaupun ini mungkin strategi yang baik untuk mengurangkan cajaedah ke atas baki kad kredit yang belum dibayar, anda perlu jugameneliti terma dan syarat kemudahan seperti ini.

    Contohnya, ada syarat yang menyatakan anda hanya boleh membuatbayaran minimum 5% ke atas jumlah yang dipindahkan sewaktutempoh promosi dan anda dilarang membayar lebih atau melangsaikansepenuhnya. Selain itu, mungkin ada tempoh lock-in yang melaranganda memindahkan baki ke bank lain tanpa membayar penaltiterlebih dahulu. Sekiranya anda tidak berhati-hati, anda mungkinberbelanja melebihi kemampuan dengan menggunakan kad yangtelah dipindahkan bakinya jika anda tidak berhemat dalam mengurusperbelanjaan anda.

    Anda juga perlu mematuhi jumlah dan jadual pembayaran yangtelah dipersetujui. Jika anda gagal membuat bayaran, kadar promosiakan bertukar kepada kadar biasa atau 17.5% berserta dengan cajbayaran lewat dan penalti yang lain. Syarat di atas juga merangkumiskim bayaran ansuran eksibel yang ditawarkan.

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    10/20

    48

    Skim bayaran feksibel / Skim tanpa aedahKemudahan ditawarkan oleh pengeluar kad kredit dan peniagaterpilih di mana pemegang kad boleh membayar pembelian secara

    ansuran antara 3 hingga 24 bulan tanpa aedah bergantung kepadahad kredit pemegang kad.

    Liabiliti pemegang kad sampinganPemegang kad utama akan dipertanggungjawabkan untuk menanggungsemua pembayaran ke atas pembelian yang dibuat oleh pemegangkad sampingan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengeluar kad

    kredit memerlukan pemegang kad sampingan menanggung liabilitisecara bersama dan berasingan terhadap hutang pemegang kadutama dan pemegang kad sampingan yang lain.

    CARA MENGELAKKANPERANGKAP KAD KREDITJika anda hanya membuat bayaranminimum, anda akan mengambiltempoh yang lebih lama untukmenyelesaikan hutang kad kreditdan lebih banyak hutang akanterkumpul. Dengan kadar aedahyang tinggi, anda membayar lebihkepada pengeluar kad kredit jika

    dibandingkan dengan harga asalbarangan atau perkhidmatanyang anda peroleh dahulu.

    Ilustrasi berikut menunjukkantempoh bayaran balik dan jumlahaedah yang dikenakan pada

    kadar maksimum jika anda hanyamembuat bayaran minimum 5%setiap bulan.

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    11/20

    49

    Seperti jadual di atas, jika baki hutang ialah RM10,000 , anda akanmengambil masa selama 7.3 tahun untuk melangsaikan keseluruhanhutang anda. Di samping itu, anda juga terpaksa membayar RM13,897 untuk bayaran yang pada awalnya hanya berjumlah RM10,000 .

    Baki belum jelas RM1,000 RM5,000 RM10,000

    Kadar aedah (tahunan) 17.5% 17.5% 17.5%

    Tempoh pembayaran (tahun) 2.0 5.8 7.3

    Jumlah aedah yangdikenakan RM191 RM1,838 RM3,897

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    12/20

    50

    Kisah dua pembeli TV LCDMohan menabung 10% daripada pendapatan bersihnyasetiap bulan. Manakala sahabat karibnya, Rohan pulaadalah seorang yang suka berbelanja mengikut kehendakhati dan langsung tidak mempunyai tabungan. Mohandan Rohan pergi ke pusat membeli-belah kerana masing-

    masing ingin membeli sebuah televisyen LCD yangberharga RM3,000.

    Mohan menggunakan tabungannya dan membayarpembelian televisyen tersebut secara tunai. Rohan pulamembeli TV tersebut dengan menggunakan kad kreditdi mana kadar aedah yang dikenakan adalah sebanyak

    17.5% setahun. Oleh sebab Rohan hanya membuatbayaran minimum untuk kad kreditnya pada setiap bulan,dia telah mengambil masa 4 tahun untuk menjelaskankesemua hutang kad kredit tersebut.

    Sementara Mohan hanya membayar RM3,000 untukTV tersebut, Rohan pula terpaksa membayar sejumlahRM4,014 kerana adanya kos aedah. Rohan bukan sekadarmembayar tambahan sebanyak RM1,014 akibat aedahyang dikenakan kerana membuat bayaran minimum,malah dia juga kehilangan peluang untuk melabur jumlahyang sama untuk tujuan membina kekayaannya.

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    13/20

    51

    Buat perbandingan terlebih dahulu untuk mendapatkankad kredit terbaik. Carilah kad yang memberipengecualian yuran penyertaan dan yuran tahunan

    Hadkan bilangan kad kredit berdasarkan keperluandan kemampuan pembayaran anda (disarankanmaksimum 2 kad sahaja)

    Membeli secara online hanya di laman web yangdipercayai sahaja

    Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran untukmengelakkan daripada dikenakan caj bayaran lewatatau penalti

    Untuk mengelak daripada dikenakan faedah, bayarbaki belum jelas sepenuhnya apabila anda menerimapenyata bulanan. Berwaspada tentang akibat hanyamembayar jumlah minimum

    Jika anda menghadapi masalah aliran tunai, bayar jumlah minimum terlebih dahulu dan berusaha untukmenjelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin

    Elak menggunakan kad kredit jika anda tidak mampumembayar bayaran minimum bulanan

    Jangan menggunakan kad kredit untuk mendapatpendahuluan wang tunai daripada ATM. Ingat, setiap

    kali anda menggunakan kad kredit untuk mengeluarkanwang tunai, anda meningkatkan komitmen pinjamandi samping dikenakan yuran pendahuluan wang tunaidan aedah harian

    Sentiasa periksa penyata bulanan kad kredit untukmemastikan setiap urus niaga dan caj yang dikenakanadalah betul. Penyata ini menunjukkan semua butiranurus niaga, termasuk yuran dan caj, tarikh akhirpembayaran perlu dijelaskan dan bayaran minimum.Hubungi pengeluar kad kredit sekiranya terdapatkesilapan pada penyata atau anda masih belummenerima penyata

    TIP PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    14/20

    52

    CARA MELINDUNGI DARIPADA PENIPUAN KAD KREDIT Antara penipuan kad kredit yang paling biasa adalah urus niaga tidaksah dan kecurian identiti. Pengeluar kad kredit sentiasa berwaspada

    terhadap urus niaga palsu dan penipuan. Anda perlu juga mengambillangkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko menjadi mangsapenipuan.

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    15/20

    53

    Tandatangan kad kredit anda sebaik sahaja menerimanya

    Jangan biarkan orang lain menggunakan kad kredit anda

    Jangan dedahkan butiran kad kredit kepada pihak yang tidakdikenali kerana mereka boleh menggunakannya untuk membuatpembelian melalui tele on, mel atau Internet

    Pastikan anda memotong kad kredit yang sudah tamattempohnya setelah menerima kad gantian untuk mencegahpengklonan atau penyalahgunaan kad

    Periksa semua butiran pada sl ip bayaran sebelummenandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga

    Simpan semua slip bayaran dan semak penyata sebaik sahajaanda menerimanya

    Simpan kad kredit di tempat yang sama di dalam dompet atautas tangan agar anda tahu serta-merta jika kad kredit hilangatau dicuri

    Laporkan segera kepada pihak pengeluar kad kredit sekiranyakad kredit anda hilang, dicuri atau terdapat urus niaga yang tidak

    sah. Jika anda tidak melaporkannya, anda bertanggungjawabke atas semua urus niaga tersebut sehingga laporan dibuat

    Panduan melindungi kad kredit anda

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    16/20

    54

    JENIS KAD YANG LAIN

    Dengan pengetahuan ini, kami berharap anda mempunyai pemahamanyang lebih baik tentang apa yang perlu diketahui sebelum memohondan menggunakan kad kredit dengan bijak.

    Kad caj Seperti kad kredit, anda boleh membelibarangan atau mendapatkan perkhidmatantanpa menggunakan wang tunai. Bezadi antara kad kredit dan kad caj adalahkad kredit membenarkan anda membuatpembayaran minimum manakala untuk kadcaj, anda mesti membayar kesemua jumlahmengikut penyata bulanan. Jika tidak, cajbayaran lewat akan dikenakan

    Kad debit Seperti juga kad kredit, anda boleh membelibarangan dan mendapatkan perkhidmatantanpa menggunakan wang tunai tetapi hadpenggunaannya tertakluk kepada baki didalam akaun deposit anda. Anda bolehmenggunakan kad debit di tempat yangmenerima kad tersebut. Jumlah yangdicajkan akan ditolak serta-merta daripadaakaun anda

    Jika anda mendapati bahawa anda selalumembayar jumlah minimum pada kad kredit,kami cadangkan supaya beralih kepada kaddebit

    Kad prabayar Boleh digunakan untuk membuat pembeliantertakluk kepada had jumlah nilai wangyang anda masukkan di dalam kad tersebut.Contohnya seperti kad prabayar telefonatau kad Touchn Go. Apabila baki telahberkurangan, anda perlu menambah semulanilai kad anda

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    17/20

    55

    Kad kredit seharusnya digunakan sebagaikaedah pembayaran secara elektronikbagi menggantikan penggunaan wang

    tunai Kad kredit tidak harus digunakan sebagai

    alat mendapat kredit yang mudah

    Sentiasa jelaskan kesemua baki kadkredit tepat pada masanya

    D en ga n h an ya m em bu at b ay ar anminimum ke atas kad kredit, anda akanmenanggung kos faedah yang lebihbanyak (akibat kesan faedah kompaun)

    Baca dan fahami semua terma dan syaratsebelum menggunakan kad kredit anda

    Sentiasa menjaga kad kredit dan semakbutiran transaksi anda

    R u m u s a n

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    18/20

    56

    Senarai Semakan

    Adakah anda tahu kadar aedahbertingkat kad kredit anda?

    Berapakah bilangan kad kredityang anda miliki?

    Adakah anda tahu jumlah hadkredit anda?

    Jika anda tidak membayarsepenuhnya baki kad kredit,

    tahukah anda kos sebenarpembelian anda?

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    19/20

    57

    PENILAIAN DIRI

    1. Yang manakah diantara berikut adalah kelebihan menggunakankad kredit?

    a. Sebagai alternati kepada wang tunaib. Kaedah pembayaran secara elektronikc. Mudah mengawal dan menjejaki perbelanjaand. Kesemua di atas

    2. Pengeluaran tunai dari kad kredit adalah cara yang palingmudah untuk mendapatkan wang tunai segera, tetapi ianyahendaklah digunakan ____ kerana caj yang akan dikenakanadalah tinggi.

    a. pada bila-bila masa anda sukab. apabila anda mahu membeli barangan yang mahalc. hanya sebagai pilihan terakhir

    d. untuk membayar apa sahaja

    3. Yang manakah diantara berikut adalah tip penggunaan kadkredit yang bijak?

    a. Hadkan jumlah kad kredit yang dimilikib. Amalkan untuk membayar baki kad kredit dengan

    penuh

    c. Bayar sebelum tarikh matang untuk mengelak dikenakancaj lewat bayar dan penalti

    d. Kesemua di atas

    4. Jika anda membayar bil kad kredit selepas tarikh matang,anda akan dikenakan ________

    a. yuran tahunanb. caj perkhidmatanc. caj bayaran lewatd. caj minimum

  • 8/6/2019 Bab Tiga - PENGGUNAAN KAD KREDIT SECARA BIJAK

    20/20