Kad Kredit Islam

25
KAD KREDIT ISLAM : KAEDAH DAN PERLAKSANAANNYA

description

credit card

Transcript of Kad Kredit Islam

KESIMPULAN

KAD KREDIT ISLAM :KAEDAH DAN PERLAKSANAANNYA

AHLI KUMPULAN:

Nabila Bt Mohd Ismail Eh 214461Nor Wahidah Bt Ahmad 214574Nor Azmanira Bt Abdullah 214615Umi Wahida Bt Muhamed@ Ismail 214628

KAD KREDIT ISLAM :KAEDAH DAN PERLAKSANAANNYAPengenalan

Pada masa kini kad kredit dilihat semakin terkenal.Kad kredit juga merupakan medium penting dalam urusan urus niaga dewasa ini, ia dilihat lebih mudah di mana kita tidak perlu membawa sejumlah tunai yang banyak.Kad kredit juga boleh digunakan di dalam dan luar negara.Namun,bagaimana pelaksanaanya?Bagaimana kaedahnya yang betul dan bertepatan dengan syarak?KAMI RUNGKAIKAN UNTUK ANDA!!Apakah kad kredit??Menurut Kamus Oxford : " Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk memperoleh barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang) Takrif Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma' Fiqh Islami) : "Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak di antara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat dari semua pihak yang mengiktiraf penyataan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segera), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar."

Kad kredit ialah sejenis bayaran ansuran yang membolehkan anda untuk membeli barangan atau servis tanpa menggunakan wang tunai di pelbagai jenis kedai di seluruh dunia. Apabila anda menggunakan kad kredit anda, pengeluar kad kredit anda akan membayar bagi pihak anda dan hantarkan bil kepada anda dalam bentuk kenyataan bulanan. Contoh kad kredit yang biasa digunakan ialah Visa dan Master card.Anda di kehendaki membayar sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum tarikh tamat. Pengeluar kad kredit akan mengenakan caj faedah ke atas jumlah bayaran yang belum dijelaskan selepas tarikh tamatnya.Jenis Kad Kredit berdasarkan cara-cara pelangsaian bilnya Kad Jenis (Charge Card)Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)Hutang' dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn Arabi "Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau tidak)"Konsep Syariah Dalam Kad Kredit IslamHukum Penggunaan Kad KreditDalam Islam, tiada salahnya menggunakan kad kredit selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya.Hukummenggunakan kadkreditadalah harus dalam Islam dengan syarat tidak menanggung beban hutang yang boleh menyusahkan diri sendiri dan mampu untuk membayar balik hutang berkenaan.

HUKUM BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN KAD KREDITKontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran KadHadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar SahajaPandangan PAKARDr. Muzammil Siddiqi, bekas president Persatuan Islam Amerika Utara, menyatakan yang berikut:

"Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan sistem perbankan moden. Kebanyakan bank moden berasaskan riba dan Muslim terpaksa menggunakannnya kerana tidak wujud bank tanpa riba. Dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan bank tersebut tanpa terlibat dalam ribaRiba dalam kad kredit hanya akn berlaku sekiranya pengguna tidak membayar hutang pada waktu yang ditetapkan. Tiada yang bercanggah dengan Islam dalam menggunakan khidmat ini selagi seseorang tidak menangguhkan membayar bil dan membayar semua jumlah pada masanya.Hukum haram pada kad kredit berlaku sekiranya riba dikenakan keatas pengguna. Sambungan..Dr. Monzer Kahf, seorang pakar ekonomi islam terkenal dan kaunselor berpendapat;Saya dengan yakin boleh menerangkan kad kredit berpandukan al- Quran dan Sunnah. Al-Quran melarang Riba, Sunnah juga melarang banyak urusan yang tidak bermoral dan tidak adil, tetapi wahai saudara ku, tiada larangan atas urusan yang melibatkan pihak ketiga! Adakah saudara dapatkan fakta itu daripada al-Quran dan Sunnah? Memang benar terdapat urusan tertentu yang melibatkan pihak ketiga yang diharamkan bukan kerana urusan itu melibatkan tiga pihak, tetapi kerana sifat urusan itu jatuh dalam sempadan yang haram. Contohnya, dibenarkan pemiutang memberikan diskaun kepada penghutang, tetapi memberi diskaun atas nota janji (promissory note) oleh pemiutang kepada pihak ke tiga iatu sebuah bank, dan bank itu mendapat nilai muka (face value) pada matang adalah haram kerana melibatkan riba

Kredit kad ialah ciptaan baru dan ulama menganggap kredit kad sama ada sebagai satu jaminan diberikan oleh pengeluar kepada penjual yang menerima kredit kad atau sebagai perpindahan hutang oleh penghutang kepada pihak lain iaitu pengeluar.Penggunaan kad kredit dibenarkan kerana menerima kredit kad dan menggunakan kredit kad bukanlah hal yang sama, khasnya jika kredit kad memudahkan dan membuang kesusahan.Isu permasalahan kad kreditPerbelanjaan secara berlebihan.Pengguna tidak menggunakan kad kredit secara berhemah.Penggunaan kad kredit untuk perkara yang bukan keperluan.Kad kredit mengandungi riba.Ia terjadi sewaktu pembayaran semula hutang kad kredit dimana jumlah bayaran melebihi jumlah nilai kad kredit yang digunakan.Riba terjadi apabila pengguna tidak membayar pada waktu yang telah ditetapkan.Penipuan kad kreditPihak lain menggunakan nama pemegang akaun untuk memohon pinjaman kad kredit.Pemegang akaun bank perlu berwaspada untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi sewenangnya.Sambungan..

Kad Kredit-i Bank Islam

Kad-i Bank Islam (KBI) ialah kad pertama yang sepenuhnya berteraskan Kontrak Syariah dan ditawarkan kepada Muslim dan bukan Muslim di Malaysia. KBI adalah kad yang bebas dari riba dan gharar.Pusat Kad Bank Islam beroperasi berteraskan konsep Syariah yang dikenali sebagai Konsep Tawarruq.

Kelebihan Utama Kad-i Bank IslamTiada yuran tahunanTiada caj kewangan bergandaTempoh 20-hari pengecualian caj kewanganPerlindungan Takaful percuma ke atas baki tertunggak bulanan0.3% rebat tunai atas pembelian runcitKadar rendah pindahan bakiKadar rendah pengeluaran tunai40 % diskaun fi penulisan wasiatMematuhi kehendak Syariah sepenuhnya

Ahli Kad boleh membuat pembayaran melalui ;Auto-Debit daripada Akaun Simpanan / Akaun Semasa Bank IslamPerbankan InternetPerbankan SMSMesin Deposit Tunai di semua cawangan Bank Islam seluruh MalaysiaCek tunai kepada PKBIDeposti Tunai / Cek di semua cawangan BankKemudahan Interbank GIRO

Salah satu ciri istimewa KBI ialah setiap Ahli Kad layak mendapat Pelan Perlindungan Takaful Percuma berserta Khairat Kematian.

Kad Kredit-i Visa Platinum

Ciri-ciri dan Manfaat Ciri-ciri ProdukJenamaVisa

Had PembiayaanHad PembiayaanKontrakTawarruq

Tempoh Kontrak3 tahun

Fi PenyertaanTiada fi penyertaan

Fi Penyertaan13.5% ke 17.5% setahun

Kad Kredit-i Bank RakyatSyarat PemohonUmur pemohon:21 tahun dan ke atas untuk Pemegang Kad Utama18 tahun dan ke atas untuk Pemegang Kad TambahanKONSEP SYARIAH : Tawarruq MurabahahPendapatan tahunan minima:

Jenis KadPendapatan Kasar Setahun (RM)Kad Emas36,000 Kad Klasik24,000

Kelebihan Kad Kredit-i Bank RakyatYuran Tahunan DIKECUALIKANTIADA elemen bergandaPerlindungan Takaful Keluarga PERCUMA dan Khairat Kematian. - Perlindungan termasuk jaminan pembayaran penuh pembiayaan yang belum dijelaskan melalui penggunaan Kad Kredit-iKadar keuntungan RENDAH di bawah Struktur Kadar Keuntungan Berperingkat Kad Kredit-iRakyat Rewards - 1 mata ganjaran akan diberikan kepada pemegang Kad Kredit-i untuk setiap RM10 penggunaan. Mata ganjaran tersebut kemudiannya akan ditukarkan kepada tunai pada kadar RM0.10 bagi setiap 10 mata ganjaranPembayaran Zakat Kad diterima untuk pembayaran zakatTempahan Mel / Tempahan TelefonKemudahan dan diskaun istimewa di bawah program 'MOTO' Bank. Tawaran bagi program ini akan dihantar bersama penyata bulanan Kad Kredit-i dari semasa ke semasaRebat Keuntungan (Tabung Rakyat Rewards). Jadual rebat adalah seperti di bawah:

Cara Pembayaran BalikTunai Pembayaran CekPerbankan Internet

PerkaraTahun 1Tahun 2Tahun 3Rebat Keuntungan (Tabung Rakyat Rewards). Jadual rebat adalah seperti di bawah:0.5%0.5%0.5%Rekod pembayaran yang baik1.0%1.0%1.5%Lain-lain kemudahan pembiayaan di Bank Rakyat0.5%1.0%1.0%Jumlah Rebet (Tabung Rakyat Rewards)2.0%2.5%3.0%

KESIMPULANAplikasi instrumen kad kredit ini adalah selari dengan kehendak Syarak berasaskan kepada fiqh aulawiyyat untuk mengelak orang ramai menggunakan kad kredit konvensional yang berasaskan elemen riba, di samping untuk memenuhi keperluan masyarakat dan keperluan urusniaga semasa. Tiga prinsip Syariah iaitu bay al-inah, al-Wadi 'ah dan qard al-hassan yang diaplikasikan ke dalam kad kredit Islam juga telah menjarnin ketelusan dan keadilan kepada pemegang kad.