Baba Nyonya

7
PERANAKAN BABA NYONYA 1.1 SEJARAH KAUM PERANAKAN BABA NYONYA DI MALAYSIA Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di negeri-negeri Selat , Tanah Melayu . Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu . Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur

description

PERANAKAN BABA NYONYA

Transcript of Baba Nyonya

Page 1: Baba Nyonya

PERANAKAN BABA NYONYA

1.1 SEJARAH KAUM PERANAKAN BABA NYONYA DI MALAYSIA

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di

kalangan kaum Cina yang terdapat di negeri-negeri Selat, Tanah Melayu. Bagaimanapun,

sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya

mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan

ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai

kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka

memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang

berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di

persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di

antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi

seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih

mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama

lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.

Page 2: Baba Nyonya

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-

upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur

tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah

suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang

untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin

berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.

Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li

Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya.

Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan.

Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi

bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik.

Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang

Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal

di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina

Muslim.

Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan

ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina. Sejak beberapa kurun,

Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi

Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut

budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu,

dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya. Pada pertengahan abad ke-20,

kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya,

dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan

mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi

Page 3: Baba Nyonya

oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama

Kristian.

Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan

Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih

taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa,

kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan

British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu

dan Barat; terutamanya, British.

1.2 BUDAYA KAUM PERANAKAN BABA NYONYA

BAHASA

Sources: Google Image

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada

kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang

berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien

meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang

Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain. Budaya Baba berasal

dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak

juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum

Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam   bahasa Baba   iaitu sejenis dialek Melayu yang

dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu.

Page 4: Baba Nyonya

PAKAIAN

Sources: Google Image

Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan

kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. Oleh itu, adalah menarik

bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan, walaupun

mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-

aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih

kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu,

serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun.

Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah

tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan

Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang

indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina

berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.

Page 5: Baba Nyonya

MAKANAN

Sources: Google Image

Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah

menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana

juga orang-orang Melayu. Cara pemakanan masyarakat Baba dan Nyonya dipengaruhi

kebudayaan Melayu. Seperti wanita melayu, nyonya-nyonya memakan sirih dan mengunyah

daun tembakau.Mereka suka memakan dan memasak lauk atau masakan berempah dan

pedas seperti masak asam,sambal tumis, sambal cili gararam, buah keluak, masak lemak,

sambal belancan, kuah lada dan rendang. Ulaman seperti jering, petai , pegaga, jantung pisang

dan pucuk daun juga sebahagian. Darpada makanan kegemaran masyarkat Baba dan Nyonya.

Masyrakat Baba dan Nyonya juga lebih gemar makan menggunakan tangan daripada sudu

atau penyepit. Kesimpulannya, seleramakan dan cara pemakanan masyarakat Baba dan

Nyonya sama seperti masyarakat melayu.