Bahagian a.bm Mei Azli(2)

11
8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2) http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 1/11  1 PENGENALAN Bahasa Melayu (Jawi) telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan  persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia. Statistik menunjukkan penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta dan merupakan bahasa keempat dalam turutan  jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi  / bahasa Urdu. Sejak kedatangan pelbagai agama ke Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Islam,  bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Moden telah mengalami beberapa perubahan dan  perbezaan yang amat ketara.Tokoh-tokoh bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga peringkat utama yang mempunyai sifatnya tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu. Bahasa Melayu klasik pula banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Islam. Bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris. Bahasa Melayu (Malaysia / Kebangsaan) dipertuturkan dengan luasnya bukan saja oleh penduduk Melayu tetapi juga oleh kaum lain yang tinggal di Malaysia seperti kaum Cina, kaum India dan orang asli. Terdapat juga kaum yang kecil bilangannya yang menuturkan bahasa Melayu seperti Arab, Thai, Portugis dan sebagainya. Dengan kata lain,  bahasa Melayu itu dipertuturkan oleh semua suku kaum dan tinggal di negara Malaysia ini. Suatu keadaan yang nyata terdapat di Malaysia ialah suku-suku yang berlainan bangsa ini tinggal agak berasingan antara satu sama lain, dan ini telah menyebabkan perpaduan kaum menjadi isu penting..

Transcript of Bahagian a.bm Mei Azli(2)

Page 1: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 1/11

 

1

PENGENALAN

Bahasa Melayu (Jawi) telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan

 persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Bahasa Melayu merupakan sejenis bahasa

Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia. Statistik menunjukkan penutur bahasa

Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta dan merupakan bahasa keempat dalam turutan

  jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa

Inggeris dan bahasa Hindi / bahasa Urdu.

Sejak kedatangan pelbagai agama ke Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Islam, 

 bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Moden telah mengalami beberapa perubahan dan

  perbezaan yang amat ketara.Tokoh-tokoh bahasa membahagikan perkembangan bahasa

Melayu kepada tiga peringkat utama yang mempunyai sifatnya tersendiri misalnya bahasa

Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu. Bahasa Melayu klasik pula banyak 

dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Islam. Bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi

oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.

Bahasa Melayu (Malaysia / Kebangsaan) dipertuturkan dengan luasnya bukan saja

oleh penduduk Melayu tetapi juga oleh kaum lain yang tinggal di Malaysia seperti kaum

Cina, kaum India dan orang asli. Terdapat juga kaum yang kecil bilangannya yang

menuturkan bahasa Melayu seperti Arab, Thai, Portugis dan sebagainya. Dengan kata lain,

 bahasa Melayu itu dipertuturkan oleh semua suku kaum dan tinggal di negara Malaysia ini.

Suatu keadaan yang nyata terdapat di Malaysia ialah suku-suku yang berlainan bangsa ini

tinggal agak berasingan antara satu sama lain, dan ini telah menyebabkan perpaduan kaum

menjadi isu penting..

Page 2: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 2/11

 

2

a)  Definisi sebutan bahasa baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu.  

Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh

tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya. Bahasa Melayu akan

terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai tonggak kebudayaan moden.

Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain

 bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Usaha pengembangan bahasa

Melayu baku di Malaysia pada masa kini dikatakan tidak mendapat sambutan yang

menggalakkan kerana banyak perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa

mengelirukan masyarakat pengguna bahasa Melayu. Lantaran timbulnya beberapa perubahan

yang mengelirukan ini, pengguna bahasa Melayu seolah-olah ingkar untuk menggunakan

 bahasa Melayu baku secara meluas.

Sebenarnya, tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan dan kajian

terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan pembakuan bahasa Melayu itu

sendiri. Usaha untuk menjelaskan situasi itu terasa amat perlu bagi mengelakkan kekeliruan

dan krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi, bahasa Melayu sekarang ini

sedang diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada era globalisasi dan

ekonomi digital. Hal ini demikian kerana kita mahu seluruh masyarakat tahu akan caramenggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala urusan rasmi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkataan pembakuan ditakrifkan sebagai

usaha ( tindakan proses) membakukan( menstandardkan). Takrif perkataan kesan ialah

 sesuatu ( sama ada kebaikan/ keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian. 

Beberapa pendapat telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh bahasa berkaitan dengan bahasa

Melayu baku. Antara contoh-contohnya adalah seperti berikut :

 Bahasa standard satu norma yang agak seragam atau satu dialek 

bahasa yang digunakan oleh sekumpulan penutur untuk berhubung.

(Abdullah Hassan 1983:323)

Page 3: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 3/11

 

3

 Bahasa baku merupakan satu bentuk bahasa yang telah dikodifikasikan, diterima dan

dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti bahasa.

(Nik Safiah Karim, 1978:17)

"...... bahasa Melayu yang telah diterima oleh semua pemakai bahasa

 Melayu dari berbagai-bagai dialek dan tingkat masyarakat dan

digunakan dalam semua lapangan kebudayaan".

(Asmah Hj. Omar1978:112)

Awang Sariyan (1996 : 3 ) Pembakuan Bahasa dapat didefinisikan sebagai usaha,

tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi

dasar ukuran ".

Dr. Nik Safiah Karim ( 1986)   Pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang 

melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat 

 sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.

Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada

 berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Dengan tujuan untuk 

difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan

menggunakan sedikit sebanyak variasi yang bersifat bahasa Melayu umum, yang dari segi

sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarang dikenal

sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa

sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan

 persidangan dan dalam media massa.

Page 4: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 4/11

 

4

b)  Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor -Riau (biasa) dari segi f onologi. 

Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham mentakrifkan bahawa bidang fonologi

mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan yang khusus bagi sesuatu bahasa. Henderson menyatakan ³the study of the systematicorganization of selected speech

 sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology´.

Menurut Dalbor iaitu salah seorang ahli linguistik Barat, beliau mentakrifkan

³ phonology is the study of the function and patterning of speechsounds ´ yang bermaksud

³ fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi ya ng bermakna yang 

diucapkan oleh manusia´.

Secara mudahnya fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem

 bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi dan difahami oleh kedua-dua belah

 pihak.

i.  Contoh skrip bahasa Melayu baku yang digunakan dalam berita sukan TV3 bertarikh

21.07.2009

³S ementara itu 25 orang pemain menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola S epak 

 Kelantan (KAFA) untuk Liga Malaysia musim depan. Majlis disaksikan oleh presiden baru

 KAFA, Dato Anuar Musa bagi menaikkan moral  pemain. Pemain-pemain menerima imbuhan

 seribu ringgit seorang.´

Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor ± Riau

Sebutan baku  Sebutan Johor-Riau 

sementara sementare

kontrak konterak 

untuk untok 

Malaysia Meléysié

  presiden presidén

Musa Muse

moral morel

ringgit inggit

Page 5: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 5/11

 

5

ii.  Skrip ucapan Penolong Pengarah Syarikat Air Selangor .

³H asil lawatan saye ke sane, menunjukkan paras air di loji-loji air di sane sudah semakin

  surut. Jadi saye berharap mulai sekarang rakyat Malaysia bolehle memikirkan untok 

berjimat cermat menggunakan air .Kalu basoh kete, janganle sampai tertanggal catnye.´

Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor ± Riau

Sebutan Johor-Riau  Sebutan baku 

saye saya

loji-loji logi-logi

sane sana

  bolehle bolehlah

untok untuk 

Kalu basoh kete Kalau basuh kereta

  janganle janganlah

catnye catnya

Secara keseluruhannya, perbezaan sebutan Johor-Riau dan sebutan baku melibatkan vokal (a)

dengan (é) dan (e), vokal (u) dengan (o), konsonan (j) dengan (g).Mengikut sebutan Johor-

Riau huruf (r) tidak dapat disebut oleh penutur iaitu ³ringgit´ kepada ³inggit´.

Page 6: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 6/11

 

6

c)  Kebaikan dan keburukan sebutan bahasa baku bahasa Melayu.  

Antara beberapa kebaikan sebutan baku bahasa Melayu dapat dikelaskan seperti

 berikut.

i.  Sebutan baku penting dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah rendah

atau menengah untuk memastikan satu bentuk sebutan yang seragam dan

 baku digunakan agar sistem pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan berkesan.

y  Contohnya satu daripada kesalahan umum penutur bukan Melayu

ialah kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi é dan e

(pepet) semasa membaca dan menulis ( Abdullah Hassan, 1980:28) .

Perbezaan antara sepak dan sépak adalah jauh berbeza.

y  Kebanyakan penutur Cina tidak dapat menyebut bunyi sengau

lelangit keras ny dan lelangit lembut ng dengan tepat. Oleh sebab

ejaan setiap bunyi itu mempunyai dua lambang maka ia sering

disebut sebagai dua bunyi. Kadang-kadang penutur Melayu pun ada

melakukan kesalahan ini. Kesalahan tersebut sering terjadi apabila

huruf gabung ny diucapkan sebagai dua bunyi iaitu n dan y/i, seperti

dalam banyak atau ban-niak (sepatutnya ba-nyak ), (ni-a-muk atau n-

 ya-muk sepatutnya nya-muk ) dan lain-lain lagi.y  Dalam hal ng  juga, n diasingkan daripada g seperti dalam ung-gu 

atau un-gu (sepatutnua u-ngu) dan tan-gan (sepatutnya ta-ngan) dan

lain-lain lagi.

ii.  Dalam sebutan baku juga ianya dapat menentukan ketepatan pola keselarasan

vokal dalam bahasa Melayu sebagai panduan untuk mengeja sesuatu

 perkataan. 

y  Perkataan dalam bahasa Melayu dieja dengan berdasarkan konsep

 pola keselarasan huruf vokal. Terdapat 18 pola keselarasan vokal

dalam bahasa Melayu mengikut sistem ejaan baharu yang berkuat

kuasa mulai 1972 iaitu :

  a - a

  a - i

Page 7: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 7/11

 

7

  a - u

  e taling - a

  e taling - e taling

  e taling - o

  e pepet - a

  e pepet - i

  e pepet - u

  i - a

  i - i

  i - u

  o - a

  o - e taling

  o - o

  u - a

  u - i

  u - u

y   Namun demikian, ejaan kata pinjaman daripada bahasa asing tidak 

tertakluk kepada pola-pola tersebut.

iii. 

Sebutan baku ini membolehkan seseorang itu bertutur dengan intonasi yang betul.

y  Penutur bahasa Melayu baku akan menggunakan ungkapan - ungkapan

yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan

ungkapan yang dianggap kasar.

y  Secara tidak langsung ungkapan ini menggambarkan ketinggian budi

 pekerti penuturnya dalam pertuturan harian. Contohnya Ali meminta diri

untuk keluar membuang air kecil.

y  Contoh-contoh bahasa yang sopan seperti rajah di bawah;

Kasar  Kiasan pemanis 

kencing ke sungai kecil

  berak ke sungai besar 

Page 8: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 8/11

 

8

mengandung berbadan dua

mati menghembuskan nafas yang terakhir 

iv.  Sebutan bahasa baku yang dilafazkan melalui simbol yang diterima pakai oleh

sesuatu masyarakat,membolehkan ia memupuk semangat kebangsaan sesuatu

masyarakat. Ini bertepatan dengan slogan ' Bahasa Jiwa Bangsa'.

Keburukan sebutan bahasa baku pula adalah seperti berikut :

i.  Sebutan baku yang betul tidak dilaksanakan lagi.Yang hanya dilaksanakan hanya

ejaan dan istilah saja yang telah dilaksanakan.

y  Ini kerana ada orang masih mempersoalkan sebutan baku bahasa Melayu

dengan pelbagai pendapat yang menganggap bahawa sebutan yang didasarkan

  pada ejaan fonemik sebutan Indonesia tidak harus dijadikan contoh untuk 

diikuti. 

y  Alasan mereka yang didasarkan pada prasangka kedaerahan yang sempit walau

  bagaimana pun ada pula yang rela menerima sebutan tiruan daripada bahasa

Inggeris.

ii.  Timbulnya kekeliruan atau kekalutan oleh penutur bahasa Melayu

y  Kekalutan timbul pada orang-orang yang berlatar belakangkan pendidikan seperti

arab dan bahasa inggeris. Lain yang ditulis lain pula yang disebut.

y  Contohnya orang arab berasa kurang senang dengan ejaan rumi sekarang yang

menghilangkan beberapa lambang bunyi bahasa mereka.kata-kata seperti hadir 

(untuk hadhir), kadi (untuk khadi), nikmat (untuk ni¶mat) kedengaran janggal dan

mengelirukan bagi mereka .

iii.  Pertelagahan pendapat serta kekeliruan antara guru dan pelajar 

y  Guru dan murid akan terus berasa bingung bukan saja tentang bagaimana

hendak menyebut sesuatu kata µbaru¶ atau µlama¶ tetapi juga tentang bagaimana

akan mengejanya.

Page 9: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 9/11

 

9

y  Bagaimanakah seseorang murid, bahkan seseorang gurujuga hendak 

menentukan yang mana kata-kata µserapan¶ daripada bahasa asing dan yang

mana kata-kata asli yang bukan serapan.

y  Sekiranya kata-kata serapan seperti akta, firma, puitis, dan institut boleh

diucapkan menurut ejaannya secara fonemik, maka mengapakah kata-kata

serapan yang lain seperti bahasa, dunia, fikir, mukim, maklumdan sabun mesti

diucapkan dengan sebutan [bahase], [dunie], [fike], [mukem], [maklom], dan

[sabon] menurut bunyi loghat Johor-Riau.

Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan

seharian. Contohnya, orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri

terbawa-bawa sikap ini ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung

mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu. Sebagai contoh, ketika

 berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang bertaraf 

rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau bahasa pidgin (rojak). Tindakan ini

menyebabkan kaum asing meniru model yang diperlihatkan kepada mereka. Akhirnya,

sampai bila-bila pun kaum asing dalam kelompok tersebut sukar untuk menguasai bahasa

Melayu yang betul.

Lihat contoh perbualan yang sering diperhatikan di pasar, seperti berikut :

Amir  : Tauke, itu ikan parang, belapa halga sekilo?

Ah Kau : Ampat belat.

Amir  : Kasi kulanglah , tauke.

Ah Kau : Mana boleh. S ekalang  , ikan susah lapat.

Amir  : Tak palah, tauke, timbang yang ini, tauke.

Dalam penggunaan tatabahasa, ia juga menyumbang kepada kegagalan pelaksanaan

 pembakuan bahasa. Kesalahan dalam tatabahasa ini seperti kesilapan penggunaan kata

 pemeri adalah dan ialah, kata sendi nama di, ke, dari dan daripada, di antara dan antara dan

lain-lain lagi. Selain itu juga, kekeliruan dalam tatabahasa yang boleh mengakibatkan

Page 10: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 10/11

 

10

 perubahan makna dalam sesuatu ayat jika ia tidak dititikberatkan. Berikut contoh kesilapan-

kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.

i) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.

Salah  Betul 

Adalah dimaklumkan bahawa« Dengan ini dimaklumkan bahawa«

ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah 

Salah  Betul 

Kursus ini ialah untuk kaum wanita. Kursus ini adalah untuk kaum wanita.Baju itu ialah baik. Baju itu adalah baik.

iii ) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah 

Salah  Betul 

Anak adalah anugerah Allah. Anak ialah anugerah Allah.

iv ) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja

Salah  Betul 

Para pelajar adalah dipelawamemohon«

Para pelajar dipelawa memohon«

Page 11: Bahagian a.bm Mei Azli(2)

8/9/2019 Bahagian a.bm Mei Azli(2)

http://slidepdf.com/reader/full/bahagian-abm-mei-azli2 11/11

 

11

d)  Rumusan. 

Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib

adalah perlu untuk memastikan bahawa bahasa Melayu baku sebagai bahasa

kebangsaan dihormati. Contohnya pada penggunaan papan iklan, papan perniagaan,

nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Begitu juga bahasa Melayu hendaklah

ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan

sebagainya. Manakala majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan

dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

negara.

Manakala di pihak Dewan Bahasa Pustaka perlu diberi kuasa undang-undang

untuk menegur dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan

kesalahan bahasa tanpa mengira pangkat dan kedudukkan.Bagi syarikat-syarikat

 penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan

 bahasa baku agar rencana disiarkan diedit dengan menggunakan bahasa baku yang

 betul.

Selain itu juga,pihak media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa

yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan

 pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu. Pengamal-pengamal media perlu

turut bekerjasama memartabatkan bahasa Melayu yang bermutu tinggi.

Daripada langkah-langkah di atas tadi,barulah penggunaan bahasa baku dapat

dijalankan secara meluas bukanlah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2000,

hanya di sekolah sahaja menggunakan baku tapi di situasi lain tidak.