Bahagian B Karangan Bahan Ransangan PMR

3
Bahagian B Karangan Bahan Ransangan Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda tidak boleh melebihi 120 patah perkataan. PENJAGAAN KESIHATAN Pendahuluan: a.Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan manusia. b.Jadi, kita memainkan peranan yang penting dalam usaha ,menjaga kesihatan tubuh badan. Isi 1 a.Dalam konteks ini, langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari. b.Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging, buah-buahan, dan sebagainya dapat menjamin kesihatan.

Transcript of Bahagian B Karangan Bahan Ransangan PMR

Page 1: Bahagian B Karangan Bahan Ransangan PMR

Bahagian B Karangan Bahan RansanganLihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda tidak boleh melebihi 120 patah perkataan.

PENJAGAAN KESIHATAN

Pendahuluan:a. Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam

kehidupan manusia. b. Jadi, kita memainkan peranan yang penting dalam usaha ,menjaga kesihatan

tubuh badan.Isi 1

a. Dalam konteks ini, langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari.

b. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging, buah-buahan, dan sebagainya dapat menjamin kesihatan.

c. Makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi serta makanan yang tinggi kandungan gulanya seharusnya dihindari.

Isi 2a. Selain itu, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan.

Page 2: Bahagian B Karangan Bahan Ransangan PMR

b. Dengan melakukan senaman yang konsisten dan rajin menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi serta bersukan, maka semua otot kita akan bergerak dan hal ini membolehkannya berfungsi dengan baik.

c. Kita sekurang-kurangnya harus melakukan senaman tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi.

Isi 3a. Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang

adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang cukup. b. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain

berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. c. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja

mereka dengan baik, malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. d. Oleh itu kita disarankan memperuntukkan masa selama lapan jam sehari untuk

berehat dan tidur.

Penutup

a. Sebagai rumusan, langkah - langkah menjaga kesihatan perlu diimplementasikan

oleh setiap orang seperti kata pepatah “Mencegah Lebih Baik daripada

Merawat”.

b. Selain itu, kerajaan harus menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan kepada

rakyat.

c. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan

kemakmuran negara selaras dengan slogan, “Rakyat Sihat Negara Sejahtera”.

(280 patah perkataan)