Bahan Globalisasi

31
CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1. Keberkesanan kurikululum di sekolah Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan lucah atau porno melalui Internet, melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan juga program tv banyak menyiarkan filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma mahupun swasta serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini. Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar. 2. Pengurusan Pendidikan

description

ar

Transcript of Bahan Globalisasi

Page 1: Bahan Globalisasi

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA OLEH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.                  Keberkesanan kurikululum di sekolah

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial.

Kebanjiran maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan

lucah atau porno melalui Internet, melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan juga

program tv banyak menyiarkan filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv

percuma mahupun swasta serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook

menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.

Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat

fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum

Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi

pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan

kelemahan sistem pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh

perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu

bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

 

2.                  Pengurusan Pendidikan

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam

perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan

pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di

Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan

pendidikan. Contohnya adanya aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini telah

memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:

1. Membantu dan mempermudahkan pentadbir  sekolah membuat keputusan.

2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

Page 2: Bahan Globalisasi

3. Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.

4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.

5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data

seperti laporan kehadiran pelajar dan sebagainya.

6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.

7. Penempatan pelajar dalam kelas.

8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.

9. Pembinaan jadual waktu guru.

10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.

11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang

dikendalikan pentadbir dan guru.

 

3.            Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan

inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh

dedikasi dan kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang

mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:

1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah

sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi

sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti

Page 3: Bahan Globalisasi

pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan

sebagainya.

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang

sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar

membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih

bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap

pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara

sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan

penyampai ilmu.

3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna

penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru

bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap

sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan

pengajaran seperti kerja-kerja pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus,

menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan

pelbagi "jenis hari".

4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan

kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi:

a) kewangan

b) motivasi dan dorongan

c) pengiktirafan

d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan

e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.

5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama

berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru

Page 4: Bahan Globalisasi

bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang

kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

4. Cabaran dalam Menghadapi Arus Perubahan Dasar

Pembagunan pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting

dalam pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah status pendidikan Negara maju.

Pemerintah berperanan bagi mencorak masa depan dunia pendidikan Negara. Ini kerana

melalui pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju terutamanya dari segi

pembangunan insan yang telah diwarwarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah

Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah akan lahir warga  yang berilmu dan ientelektual bagi

memacu Negara kearah hasrat murni Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik Negara

berperanan dalam pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang bahawa

pendidikan merupakan asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan. Pemerintah yang

sentiasa berusaha memikirkan cara membangunkan sektor pendidikan dengan meperkenalkan

pelbagai dasar dasar demi pembangunan pendidikan Negara. Hari ini keperluan mengekalkan

pemerintah yang pentingkan soal pendidikan amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran untuk

mengekalkan suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal pendidikan cuba

diganggu gugat oleh pihak pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh. Mengambil

kesempatan kepada warga pendidik, pelajar pelajar demi kepentingan peribadi.seperti contoh

warga kampus sendiri dipengaruhi oleh pihak tertentu demi kepentingan  individu. Mereka tidak

segan sanggup memberontak seperti berdemontrasi tanpa memikirkan baik dan buruk. Namun

apa yang jelas suasana pendidikan Negara terjejas. Andai terganggu gugat sistem politik sedia

ada hasrat pencaturan dasar dasar kerajaan yang telah ditentukan  dari saban tahun yang dikaji

dan digubal demi memantantapkan suasana pendidikan Negara akan terjejas, kerana kita

masih kabur tentang bawaan suasana baru sistem politik yang akan mengantikannya.demi

untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar untuk kita berfikir sebelum membuat sebarang

tindakkan yang kita sendiri tidak tahu kesannya.

5.            Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Politik

Page 5: Bahan Globalisasi

Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar kepada dunia pendidikan.

Kestabilan politik memainkan peranan yang besar untk memacu arus kemajuan dunia

pendidikan. Suasana Negara yang aman, dengan penuh hrmoni dan muhibbah, menjadikan

segala perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa

sebarang gangguan. Sebagai  pedoman, kita lihat suasana politik dunia sekarang. Contohnya

Negara – negara yang bergolak pada hari ini. Suasana pendidikan tidak dapat berjalan lancar.

Apabila suasana politik tidak stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak berlakunya

kekacauan, pembunuhan seperti masyarakat dibunuh, guru dibunuh, sekolah dibakar, dari hal

ini apa yang Negara akan dapat. Apa yang pasti kerugian yang terpaksa  ditangung.kita lihat

Negara kita hari ini. Sudah ada tanda-tanda negatif kearah itu. Hal ini perlu dibendung dengan

segara demi msasa depan pendidikan Negara.

6.            Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Ekonomi

Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo ekonomi

Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara yang pesat dpat

membantu untuk pembangunan sektor pendidikan Negara. Banyak kemudahan-

kemudahan pendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan –banguan

yang selesa, dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program boleh

dirancang untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun  2007, apabila berlaku

krisis ekonomi, banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut, banyak

peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor pendidikan ditarik balik. Ini

akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.

 

7.                  Cabaran Menangani Isu Sosial

            Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita sering disajikan

dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi

pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara kes

Page 6: Bahan Globalisasi

masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng

sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam

daging kepada sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang perkembangan

pendidikan secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya.

Dari hari kesehari ia membiak bak kudis  buta yang tiada berkesudahan pada

dunia  pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh

menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial lain

peperti ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat disekolah seperti juga

diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak mungkin.

8.            Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Desa

.           Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat

melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai

alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji

sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata

Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa

Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini

untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk

mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.Misalnya orang

Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan

perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat

sukar untuk menyatukan mereka. Sabah dan serawak.masih ada diantara murid – murid disana

masih ketinggalan dari segi kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini

jurang  pendidikan antara desa dan Bandar masih ketara.

9.            Cabaran Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum

.           Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat

penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari

ini isu perpaduan masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih

Page 7: Bahan Globalisasi

berlakunya kerengangan hubungan antara  kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu

dilaksanakan terutama mengekalkan perpaduan Negara.

Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat

melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang

dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang

bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranya  penggunaan

bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam

aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan

pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan

maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian

dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara

Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin pelajar,

menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang

berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum

atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa

pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi

kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan

mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan

menggunakan jambatan penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan

persekitaranyang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum

untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat

Sekolah Wawasan Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai

bangsa dan latar belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai

aliran untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi

demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

 

Page 8: Bahan Globalisasi

10.           Cabaran Dari Segi Pemantapan Agama

Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di

Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk

memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini

berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun1983. Mata

pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah

dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam

sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati

sesama manusia. Dengan menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

11.     Cabaran Alaf Baru

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik

itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak

dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan

diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi

baru yang serba canggih. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak,

sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5,

dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru

ialahledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke

arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat

Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya

ialahpembudayaan masyarakat.

a. Pembinaan Budaya Ilmu

Page 9: Bahan Globalisasi

Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan

kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah

daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua

agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada

untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya

Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri

baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap

kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi

di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut

beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu

pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat,

bangsa dan negara.

Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang

penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan

generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat

industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih,

penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita

perlu lahirkan

generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat

berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani

gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.

 b. Pembudayaan Masyarakat Malaysia

Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika

tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan

kebudayaan yang terpelihara. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks

bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan

bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity)

secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk

membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.

Page 10: Bahan Globalisasi
Page 11: Bahan Globalisasi

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKANDEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksud sebenar globalisasi.  Berdasarkan gambar rajah di bawah ada sedikit maklumat berkaitan dengan definisi globalisasi dalam pendidikan. 

                                         gambar rajah 1

                   Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud ‘seantero dunia’.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula

Page 12: Bahan Globalisasi

bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk kepada kita.

Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin mencabar di negara ini. 

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.

Page 13: Bahan Globalisasi

                                           

Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.

Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.

Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang

Page 14: Bahan Globalisasi

melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet.

Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya.

Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.

CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.

                                                    gambar rajah 2

Page 15: Bahan Globalisasi

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.

2.  Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi

Page 16: Bahan Globalisasi

peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.

Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:

- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan  data seperti laporan kehadiran pelajar.-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.- Penempatan pelajar dalam kelas.-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.-Pembinaan jadual waktu guru.- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.                                                                                                             (Rahmad Sukor, 2006)

      

Page 17: Bahan Globalisasi

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:

1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam

Page 18: Bahan Globalisasi

pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikandengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara krisis pendidikan global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan

Page 19: Bahan Globalisasi

buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya.

Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju.  Apa yang pasti, program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.

Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.

Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan.

Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN GLOBALISASI

Page 20: Bahan Globalisasi

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan.

Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi.

 Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi dan menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi penulisan, seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai alat perhubungan sosial.

Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti membaca sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi kandungan bahan yang dibaca.

Page 21: Bahan Globalisasi

Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan otak secara abstrak tentang hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui dalam kehidupan seharian melibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta. Cuba bayangkan seandainya anak-anak kita tidak menguasai kemahiran mengira, adakah mereka mampu untuk menguruskan kehidupan mereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak menguasai konsep asas nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan nilai nombor yang lebih besar? Kemahiran mengira merupakan kemahiran yang penting di samping perlunya kita menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.

Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan.

Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang, penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan.  Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar perkara seperti ‘fobia komputer’ dapat dielakkan.

Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini, perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni.

Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita, keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam segala aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dan kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa tersemat dalam diri setiap individu. 

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Page 22: Bahan Globalisasi

Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan.

Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah: -          budaya pembelajaran sepanjang hayat -          kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa -          menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian -          pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar -          perubahan peranan guru dalam bilik darjah -          peluang pendidikan terbuka luas -          persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi -          perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa  kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:

-          kadar pengangguran semakin meningkat -          pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara -          meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda -          perdagangan pendidikan -          penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani -          berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara -          pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Page 23: Bahan Globalisasi

       Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan dalam diri murid-murid.

Page 24: Bahan Globalisasi

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripada globalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa

Page 25: Bahan Globalisasi

antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama.

Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai.

Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang.

Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa.