Modul penuh globalisasi

21
TEMA 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU TAJUK/TOPIK HURAIAN 4.2.2 Kepentingan dan Halangan a) Menjelaskan kepentingan pakatan ekonomi serantau dari segi; (i) Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi sedunia; - Kerjasama ekonomi serantau seperti ASEAN, APEC dan EACE boleh membantu mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia. - kerjasama dan semangat saling bantu membantu membolehkan negara kurang maju mampu menghadapi cabaran globalisasi dunia. - pertukaran bahan mentah, modal, teknologi, buruh dan mempunyai pasaran bersama boleh merancakkan lagi perdagangan antarabangsa negara- negara anggota (ii) Pasaran bersama; - saiz penduduk dan pasaran yang besar, memberi kuasa beli dan pasaran yang lebih baik dan boleh menguntungkan negara anggota. (iii) Meningkatkan daya saing serantau; - kualiti produk dapat ditingkatkan dengan kerjasama negara anggota bagi bersaing di pasaran global. - R & D, boleh ditingkatkan dengan kerjasama serantau, terutamanya pembangunan sumber manusia (modal insan) dan inovasi. (iv) Menjaga kepentingan bersama serantau; - dapat membantu antara negara anggota untuk menjadi wilayah selamat dan mesra berdagang demi kepentingan serantau. (v) Keperluan guna tenaga buruh; - negara anggota boleh menyalurkan tenaga buruh untuk membantu pembangunan. - Tenaga buruh ini, sama ada mahir, separuh mahir dan tidak mahir, dengan kos yang berpatutan. (vi) Tekonolgi penyelididkan dan pembangunan; - Hasil kerjasama ini, pelabagi inovasi dan teknologi tinggi dapat diuasahakan bersama. Penyelidikan di kalangan universiti dapat membantu negara anggota. b) Menghuraikan halangan dalam kerjasama ekonomi serantau meliputi; (i) perbezaan ekonomi antara negara anggota;

Transcript of Modul penuh globalisasi

Page 1: Modul penuh   globalisasi

TEMA 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU

TAJUK/TOPIK HURAIAN

4.2.2 Kepentingan dan Halangan

a) Menjelaskan kepentingan pakatan ekonomi serantau dari segi; (i) Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi sedunia;

- Kerjasama ekonomi serantau seperti ASEAN, APEC dan EACE boleh membantu mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia.

- kerjasama dan semangat saling bantu membantu membolehkan negara kurang maju mampu menghadapi cabaran globalisasi dunia.

- pertukaran bahan mentah, modal, teknologi, buruh dan mempunyai pasaran bersama boleh merancakkan lagi perdagangan antarabangsa negara- negara anggota

(ii) Pasaran bersama; - saiz penduduk dan pasaran yang besar, memberi kuasa beli dan pasaran yang lebih

baik dan boleh menguntungkan negara anggota. (iii) Meningkatkan daya saing serantau;

- kualiti produk dapat ditingkatkan dengan kerjasama negara anggota bagi bersaing di pasaran global.

- R & D, boleh ditingkatkan dengan kerjasama serantau, terutamanya pembangunan sumber manusia (modal insan) dan inovasi.

(iv) Menjaga kepentingan bersama serantau; - dapat membantu antara negara anggota untuk menjadi wilayah selamat dan mesra

berdagang demi kepentingan serantau. (v) Keperluan guna tenaga buruh;

- negara anggota boleh menyalurkan tenaga buruh untuk membantu pembangunan. - Tenaga buruh ini, sama ada mahir, separuh mahir dan tidak mahir, dengan kos

yang berpatutan. (vi) Tekonolgi penyelididkan dan pembangunan;

- Hasil kerjasama ini, pelabagi inovasi dan teknologi tinggi dapat diuasahakan bersama. Penyelidikan di kalangan universiti dapat membantu negara anggota.

b) Menghuraikan halangan dalam kerjasama ekonomi serantau meliputi;

(i) perbezaan ekonomi antara negara anggota;

Page 2: Modul penuh   globalisasi

- Tahap kemajuan dan pembangunan ekonomi antara negara anggota ASEAN tidak sama. Cth, Pembangunan ekonomi Malaysia dan Singapura jauh berbeza dengan Myanmar dan Laos.

- perbezaan ini menghambat pelaksanaan AFTA. Penghapusan cukai dan tarif diambil bagi mengatasi masalah ini.

(ii) Konflik poliitik wilayah dalam negara anggota; - masalah tuntutan wilayah dan sempadan yang bertindih atau bersama, cthnya tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura, Pulau Ligitan antara Malaysia dan Indonesia.

- ancaman lanun dan keselamatan sempadan, cthnya ancaman lanun di perairan Laut Sulu dan lanun dari kepulauan Filipina.

(iii) Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau; - masalah dalaman, kekurangan modal dan bahan mentah, serta dasar dasar yang berbeza menghalang kejayaan projek yang telah dipersetujui.

(iv) Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau;

- negara-negara anggota masih bergelut untuk mengatasi masalah dalaman, bagi melaksanakan beberapa projek yang dipersetujui oleh negara anggota.

- Persainagan dan perbezaan keadaan geografi fizikal menyebabkan berlakunya pengkhususan kedaerahan eknonomi.

- masalah ekonomi dalaman, menghambat pengaliran modal, teknologi, tenaga buruh, kepakaran, dan kos faedah bandingan, iaitu kos pengeluaran barangan antara negara adalah berbeza.

(v) Pencemaran rentas sempadan; - Jerebu yang melanda rantau ini, akibat pembakaran terbuka, menyebabkan negara anggota menghadapi masalah ini dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

- pencemaran perairan Selat Melaka, akibat perlanggaran kapal, dan tumpahan minyak.

(vi) Keselamatan serantau; - Negara-negara anggota telah sepakat untuk menghadapi ancaman pengganas, yang

mengancam keselamatan serantau. - ancaman blok perdagangan dunia. Kerjasama serantau masih menghadapi tentangan dan

halangan dari blok blok perdagangan dunia.

Page 3: Modul penuh   globalisasi

4.2.3 Kemahiran Amali c) mengira, melukis dan mempersembahkan data ekonomi dalam bentuk jadual, gambar rajah dan peta.

d) mentafsir jadual, gambar rajah, dan peta berkenaan.

4.3 Segitiga

Pertumbuhan

(a) Mendefinisikan konsep kawasan segi tiga pertumbuhan - kawasan segi tiga pertumbuhan merujuk kerjasama memajukan subwilayah yang berjiran

di dalam ASEAN.

(b) Mengenal pasti kawasan segitiga pertumbuhan di dalam ASEAN, iaitu

(i) Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT);

- mengkhusus kepada perindustrian - melibatkan Pulau Bintan, Pulau Karimun dan Selatan Sumatera Indonesia, manakala

Batu Pahat, Muar, Mersing, Gelang Patah dan Melaka di Malaysia dan Singapura. - Kerjasama dalam bidang perindustrian, banyak bergantung kepada Singapura yang memiliki modal, teknologi dan kepakaran. Negara lain memilik bahan mentah.

- infrastruktur yang baik dan maju membolehkan usaha sama ini berjaya, terutamanya pelabuhan enterport Singapura yang terbaik di rantau ASEAN.

- Konsep pelaburan silang membolehkan kelebihan di negara lain disalurkan kepada negara yang kekurangan. Contohnya, Singapura yang memiliki kepakaran, modal dan teknologi di salurkan ke negara anggota. Manakala Johor dan Indonesia dapat

menyalurkan bahan mentah dan tenaga buruh.

(ii) Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT); - tertumpu di bidang pertanian dan pelancongan. - melibatkan kawasan Sumatera Utara, Aceh, Jambi, Sumatera Selatan dan Bangkahulu di Indonesia, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Selangor di

Malaysia. Narathiwat, songkhla, Satun dan Yala di Thailand. - Objektifnya: - merupakan mekanisme untuk membantu rakyat tempatan mengusahakan kekayaan semulajadi melalui perbezaan ekonomi dan kelebihan bandingn antara wilayah.

- berasaskan pertumbuhan dan pengeluar untuk eksport.

Page 4: Modul penuh   globalisasi

- menjalin hubungan sejarah,bangsa dan budaya antara wilayah yang terlibat. - Pemansuhan cukai. Cara ini meluaskan lagi pasaran dan perdagangan antara

wilayah. - Pemanjangan waktu penyeberangan sempadan antara Thailand dan Malaysia. Peniaga mempunyai lebih masa untuk menjalankan perniagaan.

- Penambahan perkhidmatan feri antara wilayah menggalakan pergerakan pelancongan dan penghantaran barang dagangan.

- Penambahan jumlah penerbangan. MAS, Air Asia dan syraikat penerbangan antara wilayah ditambah untuk mobiliti pelancong dan barangan antara wilayah.

- Penambahan bilangan hotel, chalet dan homestay. - Pembanguna sumber manusia. Sekitar 100 000 orang telah dilatih dalam pelbagai

bidang seperti kejururawatan,pembinaan, pertanian, perkhidmatan profesional, dan lain-lain.

(iii) Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-

Filipina (BIMP-EAGA):

- pelbagai aktiviti ekonpmi.

- Brunei Darussalam, Kalimantan, Sulawesi, Maluku,

- dan Irian Jaya di Indonesia, Sabah, Sarawak dan WP Labuan Mindanao dan Palawan di Filipina.

- Objektif BIMP-EAGA:

i. Membangunkan kawasan pinggir melalui pelaburan dalam pelbagai bidang. ii. Menggalakkan perniagaan dalam kalangan negara anggota melalui;

• membangunkan infrstruktur • menlonggarkan peraturan di pelabuhan • memperkukuh langkah keselamatan

- mengadakan perhubungan sistem pengangkutan udara dan laut. - menjalin semula perhubungan sosial dengan mengenal pasti budaya masyarakat setempat.

- membangunkan sumber alam yang sedia ada dengan Cekap.

- Projek di bawah BIMP-EAGA : (i) Aktiviti pernanaman getah dan kelapa sawit di Kalimantan Indonesia.

(ii) Projek landasan keretapi Trans Borneo

Page 5: Modul penuh   globalisasi

(iii) Projek pembalakan dan pemuliharaan hutan di Kalimantan. (iv) Aktiviti pembangunan infrastruktur (v) Aktiviti pelancongan di pantai, pulau, dan tanah tinggi.

(c) Menjelaskan Peranan Segitiga Pertumbuhan Dalam Memajukan Wilayah berkenaan

(perdagangan, pelaburan, pelancongan, penggunaan sumber, pengangkutan dan

perhubungan, dan teknologi). (i) Perdagangan

- perluasan pasaran, penambahan kuasa beli, barangan dan perkhidmatan boleh dijual

dengan mudah tanpa karenah birokrasi di kawasan segitiga terbabit telah memberi kesan yang positif.

- Pertambahan perdagangan antara ASEAN (inta- ASEAN) telah menambahkan kejayaan kawasan segitiga pertumbuhan.

(ii) Pelaburan. - kemasukan modal negara anggota telah mengatasi masalah kekurangan modal negara

lain. - agihan ekuiti dan prinsip perkongsian bijak telah diamalkan dan memberi keuntungan

kepada kedua dua pihak. (iii) Pelancongan

- Pembangunan industri perhotelan dan resort - memajukan sumber maritim untuk tujuan Pelancongan - Kepulauan Riau, Langkawi, Phuket, Acheh berperanan sebagai pintu masuk

ke ASEAN

4.4 Hubungan Malaysia dengan

negara luar.

(a) Menyatakan dasar luar negara Malaysia;

- Teras dasar luar negara Malaysia - Aman, Bebas dan Berkecuali. - Prinsip - memakmurkan jiran menjadi fokus utama kerjasama serantau. - mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan - dasar luar Malaysia ialah suatu matlamat, rancangan, dan tindakan yang dijalankan oleh

sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain. - Objektif

i) melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas dunia, iaitu menjaga,mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia pada

Page 6: Modul penuh   globalisasi

peringkat global. ii) menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan, dan keselamatan Malaysia

seterusnya mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan

sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain.

iii) menangani perkembangan, dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan, dan sosial di pentas dunia, seterusnya memupuk hubungan baik serta dapat mengeratkan kerjasama dengan negara lain.

(b) Menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau;

i) Keutamaan kerjasama negara serantau tanpa menepikan negara lain. Iltizam Malaysia

terhadap kerjasama serantau yang terbuka, dan kemakmuran bersama ditunjukkan menerusi penglibatan aktif dalam ASEAN.

ii) Malaysia telah terlibat dalam membentuk Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

(AFTA), yang telah mewujukan Skim Keistimewaan Tarif Berkesan dan Seragam (CEPT) utk mengurangkan tarif antara 0% hingga 5%.

iii) Bagi mengiatkan lagi kerancakan perdagangan dan pelaburan, Malaysia terlibat dalam Usaha Sama Perindustrian ASEAN (AIJV), skim Brand to Brand

Complementation (BBC), dan Projek Perindustrian ASEAN (AIP)

- Malaysia anggota aktif dalam pertumbuhan melintasi sempadan iaitu; (a) Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT)

(b) Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia- Singapura (IMS-GT) (c) Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalm-Indonesia-Malaysia-

Filipina (IMT-GT)

- Malaysia komited terhadap regionalisme terbuka, maka penyertaan aktif dalam ASEAN, APEC, dan Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM), untuk mengukuhkan sektor

perdagangan dan ekonomi.

(c) Menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam menjaga alam sekitar.

- Masalah alam sekitar bergerak selaras dengan perkembangan pelbagai sektor

ekonomi, sehingga menimbulkan pelbagai fenomena seperti; i) pemanasan global

Page 7: Modul penuh   globalisasi

ii) penipisan lapisan ozon iii) pencemaran udara dan air iv) kehilangan biodiversiti v) kepupusan sumber alam seperti tanih, mineral, hutan, dan marin.

- Kerjasama dalam melindungi alam sekitar amat penting kerana;

i) menjamin sumber alam agar sentiasa ada dan berterusan ii) mengurangkan risiko alam sekitar

iii) menjamin keberterusan pembangunan iv) memperkukuhkan hubungan antara negara

4.2 Kerjasama serantau (a) Mengenal pasti pakatan ekonomi serantau, iaitu

4.2.1 Konsep kerjasama

(i) Pertubuhan Negara- Negara Asia Tenggara (ASEAN);

1. ASEAN telah ditubuhkan pada tahun 1967 hasil Deklarasi Bangkok pada tahun yang sama. Pada

awal penubuhannya ia hanya dianggotai oleh lima negara iaitu Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand.

2. Pada masa kini keanggotaan ASEAN telah menjadi sebelas buah negara. Negara-negara tersebut

ialah Brunei D.S, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam, dan yang terakhir Timur Leste.

Objektif Penubuhan ASEAN

Antara ojektif penubuhan ASEAN ialah:

1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan pembangunan seni dan kebudayaan

di kalangan negara anggota ASEAN.

2. Memberikan kerjasama dan bantuan antara negara anggota dalam pelbagai bidang termasuk

latihan, pendidikan dan teknikal. 3. Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara melalui pematuhan

prinsip-prinsip Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.

Page 8: Modul penuh   globalisasi

4. Meningkatkan taraf hidup penduduk di kalangan negara anggota ASEAN. Ia boleh dicapai melalui

kerjasama pembangunan ekonomi, perindustrian, pertanian, perdagangan dan kewangan.

5. Meningkatkan kerjasama menghadapi ancaman luar di kawasan perairan bersama seperti ancaman

lanun, pengganas, dan pencemaran merentasi sempadan. Mewujudkan sistem amaran awal untuk menghadapi ancaman jerebu dan tsunami.

Faedah-Faedah sosio-ekonomi yang diperolehi Malaysia menyertai ASEAN

1. Pasaran

Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di Malaysia mudah menembusi pasaran negara-negara anggota ASEAN lain. Persetujuan persefahaman berkaitan regim cukai dan halangan

tariff dapat dikurangkan tanpa sekatan dan halangan. Sebaliknya, Malaysia juga dapat menikmati barangan atau produk lebih murah jika dikeluarkan di negara anggota ASEAN lain.

2. Bekalan buruh

Kekurangan buruh terutama dalam sektor pertanian, perindustrian, pembinaan, dan perkhidmatan

akan ditampung melalui import buruh asing dari negara anggota. Ia menjamin sektor ekonomi berjalan lancar. Malahan Malaysia menikmati kemasukan tenaga mahir dan kepakaran dari

negara anggota lain terutama dalam bidang perubatan, pendidikan tinggi, dan teknologi maklumat. 3. Aliran Modal

Kekurangan modal tempatan akan ditampung oleh kemasukan modal asing dari negara anggota. Pelaburan langsung (FDI) dari negara ASEAN yang lebih maju seperti Singapura akan

meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi. Malaysia juga menyediakan koridor pembangunan

seperti di Koridor Pembangunan Wilayah Iskandar, Johor bagi memudahkan pelabur menanam modal.

4. Peningkatan KDNK

Pertambahan eksport barangan dan perkhidmatan ke negara-negara anggota ASEAN akan menambah

Page 9: Modul penuh   globalisasi

kutipan cukai eksport dan cukai perkhidmatan. Malaysia akan memperolehi keuntungan dari regim pertukaran mata wang asing. Ia akan meningkatkan KDNK negara.

5. Pertambahan Peluang Pekerjaan

Pertambahan aliran FDI dan aktiviti industri akan meningkatkan permintaan ke atas buruh. Banyak peluang pekerjaan baru akan muncul. Kadar pengangguran dalam negara akan berkurang. Taraf

hidup penduduk turut meningkat, sekaligus akan mengukuhkan kuasa beli penduduk tempatan.

6. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan

Peningkatan kegiatan ekonomi turut memberi kesan limpahan ke atas kemudahan pengangkutan

dan perhubungan. Pembinaan lapangan terbang antarabangsa baru, pelabuhan, lebuhraya, dan landasan kereta api yang cekap. Sistem perhubungan juga dinaiktaraf bagi memudahkan capaian

maklumat seperti akses internet.

ii) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

• Faktor-Faktor penubuhan AFTA

1. Aliran Perdagangan antara negara Asean

AFTA ditubuhkan untuk menggalakkan perdagangan sesama negara anggota Asean. Halangan perdagangan antara negara cuba dihapuskan melalui penghapusan tariff perdagangan, dasar perlindungan dan kerenah birokrasi. Imbangan perdagangan lebih seimbang antara negara anggota.

2. Pasaran

Barangan sesebuah negara anggota boleh dipasarkan disemua negara anggota Asean yang mengamalkan pasaran bebas. Saiz pasaran barangan dan perkhidmatan lebih besar kerana penduduk Asean melebihi 500 juta berbanding penduduk, misalnya Malaysia cuma 28 juta.

3. Ancaman Globalisasi

Amalan pasaran bebas dalam era globalisasi ekonomi memberi kelebihan kepada negara kaya dan maju. Lambakan barangan akan berlaku dalam pasaran ASEAN. AFTA membolehkan monopoli

pasaran dikurangkan. Pasaran akan turut dipenuhi dengan barangan dikalangan negara ASEAN.

Page 10: Modul penuh   globalisasi

4. Persaingan

Kerjasama pasaran akan lebih mantap. Setiap negara anggota yang mengeluarkan barangan yang

sama akan mengelak untuk bersaing sesama sendiri. Pengusaha dikalangan negara anggota akan mewujudkan satu mekanisma pasaran yang mencakupi perkongsian teknologi, bahan mentah, kepakaran dan rangkaina pemasaran.

5. Faedah Kos Berbanding

Setiap negara anggota akan mengkhusus dalam pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang

mereka memiliki kelebihan. Faedah kos berbanding ini akan membawa keuntungan kerana harga produk yang dikeluarkan akan berkurangan. Ia lebih menjimatkan kos, penggunaan bahan mentah

dan memperolehi perkongsian teknologi dan kemahiran.

6. Menjamin bekalan berterusan

Setiap negara akan menikmati jaminan bekalan barangan yang berterusan. Sebarangan gangguan

pasaran yang boleh menyebabkan kekurangan bekalan akan ditampung melalui import dari negara anggota sendiri. Contohnya kekurangan bekalan beras di Malaysia ditampung melalui persetujuan

perbekalan dari negara jiran seperti Thailand dan Vietnam.

Faedah-Faedah yang diterima Malaysia daripada AFTA

1. Faedah yang diterima penduduk

i. Harga barangan dan perkhidmatan lebih murah – disebabkan perlaksanaan cukai rendah atau penghapusan dasar perlindungan, harga sesetengah barangan atau perkhidmatan menjadi lebih

murah. Ia boleh merangsang ekonomi kerana pendapatan bolehguna penduduk meningkat. Barangan dan perkhidmatan juga lebih berkualiti.

ii. Pilihan pengguna yang lebih banyak – kemasukan barangan dan perkhidmatan luar akan mempelbagaikan produk di pasaran. Monopoli pasaran sebelumnya akan berkurangan. Pengguna

lebih banyak pilihan di pasaran untuk membeli barangan.

Page 11: Modul penuh   globalisasi

iii. Menjana peluang pekerjaan – aktiviti pengeluaran sama ada industri atau pertanian akan

meningkat bagi memenuhi permintaan pasaran AFTA. Kesannya, peluang pekerjaan akan bertambah sekaligus mengurangkan kadar penggangguran.

2. Faedah kepada pengilang dan pengusaha

i. Pengkhususan aktiviti pengeluaran – kerjasama antara pengusaha dikalangan negara AFTA

akan menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan pengeluar. Ia mendatangkan keuntungan pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling melengkapi seperti penjimatan kos buruh, kos bahan mentah, dan kos pengangkutan.

ii. Pembangunan Teknologi dan Kepakaran – untuk mencapai daya saing kompetatif dalam pasaran AFTA, kebanyakkan syarikat akan berusaha meningkatkan teknologi dan R & D. Ia

bertujuan memenuhi kepelbagaian citarasa pengguna dari segi kualiti dan h arga yang mampu beli.

3. Faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia

i. Meningkatkan aliran perdagangan – penghapusan halangan tariff dan cukai akan meningkatkan aliran perdagangan Malaysia dengan rakan dagangan ASEAN. Pendapatan

eksport negara akan meningkat dan defisit imbangan perdagangan akan diperbaiki.

ii. Perluasan pasaran – pembentukan AFTA akan meluaskan saiz pasaran. Jumlah penduduk ASEAN melebihi 530 juta akan memberi perluasan barangan dan perkhidmatan. Produk Malaysia akan dipasarkan di setiap negara anggota. Malahan pasaran Malaysia juga menerima

lambakan produk luar. Bekalan barangan di pasaran akan bertambah.

iii. Mengurangkan tekanan globalisasi – disebabkan pembukaan pasaran ASEAN, barangan dari negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain akan turut berada di pasaran. Melalui

AFTA barangan dikalangan negara ASEAN akan bersaing dan mengurangkan kebergantungan produk negara maju. Ancaman lambakan barangan tidak berkualiti dapat dikurangkan.

Page 12: Modul penuh   globalisasi

iv. Kemasukan pelabur asing – Pasaran modal dalam negara juga berkembang. Pelaburan asing

dari ASEAN akan bertambah. Ia dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi khususnya perindustrian.

iii) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) : Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec)

1. APEC ditubuhkan pada tahun 1989 dan dianggotai oleh negara- negara yang berada dalam lingkungan Lautan Pasifik. Ini bermakna keanggotaannya terdiri daripada negara-negara di benua Amerika, Asia dan Kepulauan Asia-Oceania.

2. Ini bermakna keanggotaan APEC terdiri daripada negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China, Singapura, Kanada, Australia dan New Zealand dan negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Mexico.

3. Apec bukanlah sebuah pertubuhan kerangka ekonomi yang memerlukan setiap negara anggota melaksanakan objektif penubuhannya secara total (paksa) tetapi perlaksanaannya adalah secara sukarela berdasarkan keperluan sesebuah negara.

4. Bagi setiap pertubuhan kerjasama ekonomi, APEC juga tidak ketinggalan mengutamakan

pertumbuhan dan pembangunan ekonomi setiap negara anggota. Faedah pertumbuhan dan pembangunan ini akan memberi keuntungan kepada setiap penduduk dikalangan negara anggota.

5. Bagi merealisasikan matlamat tercapai, setiap negara anggota akan membuka pasaran mereka

dan menghapuskan halangan- halangan pasaran selaras dengan prinsip WTO dan GATT.

Melaluinya sistem pasaran bebas akan menjamin perdagangan yang lebih adil sesama negara anggota dan negara dalam blok perdagangan lain seperti EU.

6. Bentuk kerjasama APEC hanya tertumpu kepada bidang ekonomi sahaja. Strategi baru

dirangka untuk memudahkan pergerakan barangan dan perkhidmatan dikalangan negara

anggota. Ia turut melibatkan aliran keluar-masuk FDI, teknologi pengeluaran, sumber tenaga,

Page 13: Modul penuh   globalisasi

pembangunan modal insan dan infrastruktur. Ia selaras dengan Deklarasi Bogor yang menuntut setiap negara anggota bersetuju mengamalkan sistem pasaran bebas dalam aktiviti perdagangan.

7. Deklarasi ini juga bersetuju untuk mewujudkan lebih banyak peluang kepada FDI melabur dikalangan negara anggota. Ia akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada

penduduk tempatan. Taraf hidup akan meningkat dan akan memberi kesan limpahan ekonomi dalam jangka panjang.

(iv) Kerjasama ekonomi antara negara Asia Timur; Perundingan Ekonomi Asia Timur (Eaec)

1. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) ditubuhkan hasil ilham bekas Perdana Menteri Malaysia

Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1990. Ia timbul kesan daripada pembentukkan blok-blok perdagangan di kawasan lain seperti NAFTA dan EU. Namun EAEC bukanlah sebuah blok

perdagangan seperti yang lain tetapi hanyalah sebuah kumpulan perunding yang melibatkan negara-negara Asia Timur.

2. Keanggotaan EAEC terdiri daripada semua negara-negara ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan.

3. Matlamat utama EAEC ialah:

i. meningkatkan kerjasama politik antara negara anggota untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan perdagangan antara negara anggota dan blok perdagangan lain.

ii. mempromosi dan mengukuhkan perdagangan bebas yang menjadi amalan perdagangan pada masa kini,

iii. mempertingkatkan pesefahaman negara anggota bagi memastikan aliran perdagangan pelbagai

hala sentiasa harmoni dan membawa keuntungan kepada setiap negara anggota,

iv. memastikan hal-hal berkaitan perdagangan antara negara dan blok perdagangan dapat

dirundingkan dengan adil dan tidak hanya memihak negara maju.

Page 14: Modul penuh   globalisasi

4. Walau bagaimanapun EAEC ditubuhkan bukan bertujuan menjadi blok perdagangan tetapi hanya

sebuah forum perundingan perdagangan. Ia akan menjadi pemangkin kepada penubuhan sebuah

blok perdagangan yang lebih kuat dan berpengaruh di masa depan.

(v) Kesatuan Eropah (EU)

Kesatuan Eropah (Eu)

1. Kesatuan Eropah (EU) adalah satu entity politik dan ekonomi yang melibatkan 27 buah negara di benua Eropah. Pembentukannya telah dipersetujui semua negara anggota pada tahun 2009 melalui perjanjian Lisbon.

2. Matlamat utama pembentukkan EU adalah:

i. menghapuskan halangan ekonomi, perdagangan, politik dan pergerakkan penduduk untuk membentuk satu entiti ekonomi- politik,

ii. penduduk setiap negara anggota EU juga dikenali sebagai penduduk Eropah yang bebas

bergerak dari satu negara ke negara lain tanpa sekatan, iii. menyatukan politik dan ekonomi negara-negara Eropah,

iv. menentukan keselamatan dan keamanan Eropah sentiasa dari ancaman luar, dan v. mempromosi kecekapan ekonomi dan sosial yang dikecapi oleh setiap negara Eropah melalui

mekanisma penggunaan matawang tunggal Euro bagi semua negara Eropah kecuali Britain.

3. Pembentukkan blok perdagangan EU telah menjadikannya kuasa perdagangan terkuat, pengeluar

barangan industri yang kompetatif dan negara anggota mudah memperolehi sumber pengeluaran.

4. Kesatuan Eropah juga merupakan organisasi politik yang kuat. Semua negara anggota bersetuju

membentuk institusi Suruhanjaya Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah, Parlimen Eropah dan Bank Pusat Eropah.

5. Sebagai sebuah pasaran tunggal, EU bertindak mengekalkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dalam sektor utama seperti pengangkutan, tenaga dan penyelidikan. Di samping itu ia

cuba meminimumkan kesan pembangunan ekonomi ke atas alam sekitar.

Page 15: Modul penuh   globalisasi

6. Penduduk EU hanya berjumlah 7% daripada penduduk dunia tetapi menyumbang 20% ekspot dan

impot dunia. Kira-kira dua pertiga jumlah dagangannya dilakukan di antara negara anggota.

7. Strategi utama EU untuk bersaing menyaingi Jepu n dan blok NAFTA ialah melalui pelaburan

dalam penyelidikan dan pembangunan.

(iv) Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)

Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)

NAFTA telah dibentuk secara rasmi pada 1 Januari 1994 melalui penandatangani ketua negara terlibat, Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Ia membentuk blok perdagangan di antara

tiga negara berkenaan yang memiliki Keluaran Negara Kasar antara terbesar di dunia.

1. Ia membentuk kawasan perdagangan bebas terbesar dunia dengan diterajui Amerika Syarikat dengan jumlah dagangan barangan dan perkhidmatan bernilai USD 1.6 trillion pada tahun 2009. Nilai pelaburan langsung (FDI) pula berjumlah USD 357.7 billion pada tahun yang sama

melibatkan sektor insuran, perbankan, perkilangan dan perlombongan.

2. Matlamat utama NAFTA ialah menghapuskan halangan pasaran yang boleh menyekat pasaran bebas di ketiga-tiga negara. Ia melibat semua barangan dan perkhidmatan dan semua sektor ekonomi termasuklah pertanian, penternakan, perlombongan, perindustrian dan

perkhidmatan. Di samping itu ia juga bertujuan meningkatkan nilai perdagangan antara negara anggota.

3. Pembentukan blok NAFTA telah memberi impak besar kepada nilai perdagangan antara negara anggota. Saiz penduduk di ketiga- tiga negara berjumlah 450 juta orang dengan USD 17 trillion

nilai barangan dan perkhidmatan yang telah dikeluarkan menjadikannya kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia.

4. Nilai dagangan telah bertambah dari USD 297 billion pada tahun 1993, sebelum pembentukan NAFTA kepada USD 1.6 trillion pada tahun 2009. Pertambahan ini diterajui oleh ekspot

perkhidmatan kewangan, kesihatan, produk pertanian dan ternakan, serta hasil petroleum dan

Page 16: Modul penuh   globalisasi

gas asli yang lebih murah. 5. Taraf hidup di Mexico telah meningkat. Upah buruh di Mexico secara relatifnya meningka t

berbanding sebelumnya. Penduduk Mexico juga dapat memiliki barangan dan perkhidmatan negara AS san Kanada dengan lebih murah kerana cukai telah direndahkan walaupun belum

dihapuskan sepenuhnya. 6. Namun terdapat kesan negatif disebalik pembentukannya. Banyak syarikat di Amerika Syarikat

telah memindahkan operasinya ke Mexico yang menawarkan upah buruh murah. Buruh di AS kehilangan pekerjaan manakala buruh di Mexico masih menerima upah rendah.

7. Kesan ini juga melibatkan sektor pertanian Mexico yang tidak dapat bersaing dengan firma AS

dan Kanada yang lebih maju dan memiliki dana besar. Terdapat ladang pengusaha Mexico yang

telah berpindah tangan kepada pelabur AS.

4.2.2 Kepentingan dan

Halangan

(b) menjelaskan kepentingan pakatan ekonomi serantau dari segi

1. Mengurangkan kesan negatif globalisasi ekonomi dunia

Globalisasi ekonomi memberi kelebihan kepada syarikat besar dari negara maju untuk menguasa i

pasaran. Syarikat kecil dari negara sedang membangun sukar bersaing kerana kekurangan modal, tingkat teknologi pengeluaran rendah dan tidak memiliki rangkaian pemasaran cekap. Melalui pakatan ekonomi serantau tekanan persaingan dapat dikurangkan. Persaingan menjadi lebih

adil epada setiap peserta pasaran. 2. Pasaran Bersama

Saiz pasaran tidak lagi bergantung kepada pasaran domestik semata-mata. Setiap negara anggota akan mengurangkan atau menghapuskan cukai dan tariff barangan import. Contohnya

Malaysia boleh menyasarkan pasaran bersama ASEAN yang berjumlah 500 juta penduduk berbanding jumlah penduduknya sekitar 28 juta orang. Sebaliknya Malaysia, juga menerima lambakan barangan dari negara luar pada harga yang lebih kompetatif.

3. Meningkatkan daya saing serantau

Ketahanan daya saing lebih berkesan kerana tindakan ke atas pasaran lebih bersifat kolektif.

Page 17: Modul penuh   globalisasi

Barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan lebih berkualiti dan harga lebih kompetatif. Ia mampu bersaing dengan barangan kawasan ekonomi lain seperti dari EU dan NAFTA.

4. Menjaga kepentingan bersama serantau

Kepentingan bersama sentiasa diutamakan selaras dengan semangat persefahaman ASEAN. Ini

disebabkan negara jiran yang lebih kaya akan memberi limpahan ekonomi kepada jirannya. Tambahan lagi kebanyakkan negara ASEAN mengeluarkan produk pertanian yang hampir sama seperti kelapa sawit. Bagi menjaga kepentingan bersama, Malaysia, Indonesia dan Thailand telah

membentuk satu jawatankuasa menyelaras usaha mempertahankan kebaikan penggunaan minyak sawit dalam produk makanan.

5. Keperluan gunatenaga buruh

Persefahaman telah dibentuk untuk membekalkan buruh dari negara yang berlebihan seperti

Indonesia, Filipina dan Thailand ke negara yang kurang buruh seperti Malaysia dan Singapura. Bagi Malaysia gunatenaga asing telah membantu menggerakkan sektor perladangan, pembinaan

dan perkhidmatan amah. Malaysia juga menerima kemasukkan pakar asing terutama dalam bidang IT dari India.

6. Teknologi Penyelidikan dan Pembangunan

Kerjasama serantau juga memberi faedah peningkatan teknologi kepada negara sedang

membangun. Ia berdasarkan perkongsian pintar dan kerjasama menang-menang. Teknologi ini dapat dipelajari oleh pekerja tempatan. Malahan syarikat asing yang memindahkan hub pengeluaran mereka akan berusaha meningkatkan kualiti barangan agar dapat diterima dipasaran.

Pemindahan teknologi akan berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.

(c) menghuraikan halangan dalam kerjasama ekonomi serantau yang meliputi

1. Perbezaan ekonomi antara negara anggota

Tahap pembangunan ekonomi yang berbeza telah menjadi penghalang utama kerjasama serantau. Dikalangan negara ASEAN, negara yang baru dalam sektor industri akan

mempertahankan tariff dan dasar perlindungan masing-masing. Ada juga yang sengaja meminta pengecualian penghapusan cukai dan tariff bagi memelihara sektor pengeluaran

dalam negara. Ia berlaku kerana negara mundur dikatakan tidak dapat bersaing secara adil di

Page 18: Modul penuh   globalisasi

pasaran yang memberi kelebihan kepada negara anggota yang lebih maju. 2. Konflik politik wilayah dalam negara anggota

Sebahagian negara anggota mempunyai masalah politik dalaman. Selatan Thailand sentiasa bergolak menuntut kemerdekaan dari kerajaan pusat Thailand, sama seperti selatan Filipina.

Terdapat juga perbalahan sesama negara anggota berkaitan sempadan dan perairan seperti dalam isu pertindihan kepulauan Spratly. Malahan Thailand pernah berperang dengan Kemboja hanya berkaitan pemilikan Candi lama di sempadan.

3. Persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau

Konflik kepentingan negara dengan kepentingan serantau menjadi duri dalam daging dalam kerjasama serantau. Malaysia sentiasa melindungi industri automotifnya dari lambakan kenderaan luar terutama dari Thailand. Indonesia pula sedang mencari jalan menguasai pasaran

minyak kelapa sawit dunia dengan langkah terbarunya menurunkan cukai eksport kepada 18% berbanding Malaysia 33%. Ini bermakna persaingan sesama negara anggota hampir tidak dapat

dielakkan kerana mengeluarkan barangan yang homogenus. 4. Keupayaan melaksanakan projek kerjsama serantau

Akibat perbezaan ekonomi antara negara, keupayaan melaksanakan projek bersama lebih bergantung kepada keupayaan modal dari negara yang lebih maju. Batasan modal bagi negara

yang lebih mundur perlu ditampung oleh modal negara lebih maju. Kejayaan projek pengeluaran baja urea ASEAN bukti kerjasama boleh terjalin melalui pengkhususan antara negara.

5. Pencemaran merentasi sempadan

Kedudukan geografi sesebuah kawasan yang berkepulauan dan terletak di kawasan pertumbuhan ekonomi dunia sering menhadapi masalah pencemaran merentasi sempadan. Asia Tenggara misalnya sering menghadapi masalah pencemaran udara (jerebu) dan laut. Satu

Jawatankuasa Bertindak dan Sistem Amaran Awal Jerebu telah dibentuk bagi menyelaras tindakan bersama menghadapi jerebu. Bagi pencemaran laut akibat tumpahan minyak kapal

dagang pula sistem navigator mengesan kedudukan tumpahan dan kapal yang terlibat dikongsi bersama untuk mengawal tumpahan.

Page 19: Modul penuh   globalisasi

6. Keselamatan serantau

Negara-negara perdagangan seperti Malaysia dan rakan dagangan ASEAN telah melakukan

rondaan bersama di perairan Selat Melaka untuk mengawal ancaman lanun. Serangan

pengganas juga dikuathiri boleh berlaku merentasi sempadan seperti serangan hotel di Jakarta

dan cubaan melumpuhkan ekonomi Singapura. Malahan sistem amaran awal mengesan tsunami

telah dipasang di kawasan berisiko untuk memberi peluang membuat pesediaan menghadapi tsunami.

4.4 Hubungan Malaysia dengan

negara luar

Peranan Malaysia dalam Pakatan Kerjasama Serantau

1. Malaysia memainkan peranan yang sangat aktif dalam pakatan kerjasama serantau. Malaysia sentiasa memupuk perkongsian pintar untuk melihat kemakmuran bersama sesame jiran.

2. Di peringkat rantau ASEAN Malaysia sentiasa cuba memaksimumkan dan mengimbangi manfaat untuk negara anggota tanpa mengambilkira sumbangan sesebuah negara. Hasilnya penubuhan

segitiga pertumbuhan BIMP-EAGA, IMT-GT dan IMS- GT.

3. Malaysia sentiasa menyokong sebarang projek pembangunan yang melibatkan kepentingan negara

anggota seperti Pembangunan Lembah Mekong. Malaysia juga tidak banyak membantah perlaksanaan AFTA dikalangan angoota ASEAN.

4. Dalam memperjuangkan suara negara kecil agar didengar di peringkat antarabangsa Malaysia

sentiasa lantang mempertahankan hak negara kecil dalam era globalisasi kini. Hak bersaing secara

adil dan sihat dengan negara blok Eropah dan Amerika Utara agar masa depan aman damai dan makmur.

5. Malaysia juga menganggotai pertubuhan APEC yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan

dianggotai negara maju lain di rantau Asia Pasifik seperti Jepun, Korea Selatan dan Kanada.

6. Bagi menghadapi ancaman pengganas global dan lanun Malaysia sanggup berkongsi

rondaan perairan Selat Melaka dengan Indonesia dan Singapura. Ia bagi memastikan laluan perdagangan antarabangsa sentiasa selamat kepada syarikat perkapalan.

Page 20: Modul penuh   globalisasi

Kepentingan Kerjasama Serantau dalam Melindungi Alam Sekitar

1. Usaha setiap negara mengejar kemajuan pembangunan telah memberi kesan negatif kepada alam

sekitar. Kini telah timbul isu-isu alam sekitar sejagat yang merentasi sempadan politik sesebuah negara.

2. Antara isu alam sekitar yang sering dibincangkan di peringkat serantau ialah: i. pemanasan global,

ii. pencairan salji di kutub utara dan selatan, iii. penipisan lapisan ozon, iv. perlepasan gas karbon secara berlebihan,

v. kepupusan sumber hutan semulajadi, dan vi. jerebu.

3. Malaysia sentiasa proaktif dalam usahanya melindungi alam sekitar. Di peringkat Badan Dunia

(PBB), Malaysia telah bersetuju dan menandatangani beberapa perjanjian dan pengisythiharan

melindungi alam sekitar, antaranya: i. Protokol Kyoto – usaha mengurangkan perlepasan gas hijau ke atmosfera. Ia diikuti pula

dengan persidangan Rio De Janerio. ii. Protokol Montreal – usaha mengurangkan perlepasan gas CFC ke udara, iii. Konvensyen Perubahan Iklim dan Cuaca – melindungi alam sekitar bagi mengurangkan kesan

perubahan cuaca, iv. Konvensyen Kepelbagaian Biodiversiti – mengekalkan kepelbagaian biodiversity di kawasan

persekitaran daratan dan lautan, dan

v. Deklarasi Langkawi – persetujuan dikalangan negara-negara Komanwel untuk mengurus alam sekitar secara lestari.

4. Di peringkat rantau Asia Tenggara pula, Malaysia sentiasa komited melindungi alam sekitar. Isu di

peringkat ini lebih melibatkan pencemaran laut akibat tumpahan minyak dan jerebu kibat

pembakaran hutan di Indonesia.

5. Pada tahun 2002, Malaysia dan semua negara ASEAN bersetuju menandatangani Perjanjian

Page 21: Modul penuh   globalisasi

Jerebu Merentasi Sempadan. Mengikut perjanjian ini negara anggota akan membantu Indonesia menghentikan pembakaran hutan.

6. Asap kebakaran hutan akan dibawa oleh tiupan angin siklon tropika dan bergerak ke Malaysia, Singpura, Brunei DS dan Thailand. Bahan kandungan jerebu akan jelas kelihatan seperti partikel

nhitam karbon dan asap. 7. Keadaan akan lebih serius apabila kejadian jerebu sering berlaku semasa tiupan angin monsun

barat daya dari bulan Mac hingga September setiap tahun. Pada waktu ini kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia mengalami musim kering.

8. Jerebu akan mengurangkan jarak penglihatan, menyebabkan sesak nafas dan merencatkan

kesuburan tumbuhan. Kadar pancaran matahari telah berkurang semasa kemuncak jerebu dan

mengganggu fotosentesis.

9. Bantuan kepada Indonesia lebih bersifat kewangan dan teknikal. Negara lebih kaya akan menyalurkan dana dan menghantar peralatan memadam kebakaran. Malaysia juga pernah menghantar anggota bomba memadamkan kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.

10. Malaysia juga sentiasa bersedia mengawal tumpahan minyak di Selat Melaka dan Laut China

Selatan akibat perlanggaran kapal, kebocoran atau pun pembuangan minyak secara sengaja oleh kapal dagang. Kapal terbabit akan dikesan melalui satelit dan imejnya akan dihantar kesemua negara anggota untuk tindakan penahanan.