Bahasa Jiwa Bangsa: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

8
15 September 2009 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap –tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman- zaman perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya. 2.2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan. 2.2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Biodata ELLYIEDA Sendirian itu tidak bermakna sepi, dan sepi itu lebih baik daripada tin kosong. LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA Ahli Blog Sertai tapak ini dengan Sambung Rakan Google Ahli (80) Lagi Sudah menjadi ahli? Log masuk Terdapat ralat dalam alat ini Sesa Labels 0 Lagi Blog Seterusnya» Reka-lah Blog Log Masuk BAHASA JIWA BANGSA Bahasa adalah wadah yang terindah jika dihayati bait-bait yang lafazkan, marilah memartabatkan bahasa Melayu MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS Home About Posts RSS Contact Log In

description

sejarah bahasa

Transcript of Bahasa Jiwa Bangsa: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

  • 15 September 2009

    SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

    Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasaMelayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembangsecara bertahap tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialahzaman bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramodendan Melayu Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembangdan mempunyai sejarah penyebarannya.

    2.2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba

    Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zamanprasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulispada masa itu.

    Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkanoleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuklisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

    2.2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno

    Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kunobermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula padaabad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong YenChau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4

    BiodataELLYIEDA

    Sendirian itu tidakbermakna sepi, dan sepiitu lebih baik daripadatin kosong.

    LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA

    Ahli Blog

    Sertai tapak inidengan Sambung Rakan Google

    Ahli (80) Lagi

    Sudah menjadi ahli? Log masuk

    Terdapat ralat dalam alat ini

    Sesat di hutan rimba ilmu lebih malang daripada sesat di hutan belantara.

    Labels

    0 Lagi Blog Seterusnya Reka-lah Blog Log Masuk

    BAHASA JIWA BANGSAB a h a s a a d a l a h w a d a h y a n g t e r i n d a h j i k a d i h a y a t i b a i t - b a i t y a n g l a f a z k a n , m a r i l a h

    m e m a r t a b a t k a n b a h a s a M e l a y u

    MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

    Home About Posts RSS Contact Log In

  • Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.

    Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kunowujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kunomencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zamankerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yangbertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu ,Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai keranaterdapat beberapa ciri yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialahbersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kunojuga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu juga mempunyai sistem yang lebih mudahberbanding bahasa Jawa.

    Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembanganbahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalahmelalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulahpedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkokpula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskanmereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di KepulauanMelayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempatperdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awaloleh pedagang Arab.

    Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang keKepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan parapedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purbamendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagaibahasa Melayu Kuno.

    2.2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.

    Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalahkerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan BahasaSanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi.Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan jugaantara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikandaripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dariIndia, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai katapinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.

    Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kataBahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada BahasaSanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya.Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

    2.2.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

    Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersuratyang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitarSumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kunopada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitusejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialahbatu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka,bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini

    Komunikasi (1)

    Pengajaran dan Pembelajaran (1)

    Blog Archive 2009 (51)

    Disember (1)

    Oktober (7)

    September (20)

    Tatabahasa Nasional

    Lewah Dalam Makna

    KONSEP TRANSFORMASIGENERATIF

    KONSEP TRANSFORMASIGENERATIF

    Komponen TG

    Gagasan Transformasi Generatif

    Linguistik Tranformasi Generatif

    Kerangka Generatif Chomsky

    Makna Asosiatif

    HUBUNGAN MAKNA

    Contoh Rancangan PengajaranHarian Bahasa Melayu

    Langkah Mewujudkan SuasanaKondusif

    Renungkan Bersama...

    Jika berhijrah itubaik...bagaimanakah puladengan...

    Kegembiraan Anak-Anak 2Gemilang

    Pengalaman Mengajarku ErtiKesabaran

    SEJARAH PERKEMBANGANBAHASA MELAYU

    ASAL-USUL BAHASA MELAYU

    PROSES TERJEMAHAN

    DEFINISI TERJEMAHAN

    Ogos (4)

    Mei (19)

  • menggunakan huruf Palava.

    Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam hurufNagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasaMelayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

    2.2.2.3 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno

    Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajiantelah dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat padabatu bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.

    Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruhbahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi keranapada waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untukmemperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa darikebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasamasyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataanyang diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava,karana, tatakala dan sebagainya.

    Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuatkesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi danbahasa untuk urusan pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telahtersebar luas dan berfungsi sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kunojuga bersifat kosmopolitan, keranan menerima pengaruh dari luar terutamapengaruh bahasa Sanskrit.

    2.2.3 Definisi Bahasa Melayu Klasik

    Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa.Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas danketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik.

    Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah ataspertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikanmengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruhkebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yangdigunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, danakhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnyayang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India,sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya,dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.

    2.2.3.1 Sejarah Bahasa Melayu Klasik

    Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa MelayuKlasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera.Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam

    sesuatu bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa .

    Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuktujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan,

  • ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengankemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikitdemi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

    Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinyaialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasiktelah digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka.Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan danpenyebaran agama Islam.

    Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasikadalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah FuruAl-Masail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin olehSyed Muhammad Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenaiagama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah,hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas,pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

    Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukanMelayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Baratyang datang ke Asia Tenggara.

    2.2.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

    Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agamaIslam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islammembawa bersama-samanya bahasa Arab.

    Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yangmenggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlakukepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melaluipeminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mulaberkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, danBelanda.

    Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abadke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruhkepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentangbertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 Msewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentangpengislaman Pasai.

    Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapaprasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapibahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasaMelayu klasik.

    Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengankemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadimedium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaranagama Islam.

    Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitudengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, padatahap bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitutulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa

  • Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava danNagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

    2.2.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

    Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkanbahasa Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisanJawi. Bahasa Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dariBarat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, danInggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaanyang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.

    Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan denganpenggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa padatahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatanperkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

    Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihanantara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. BahasaMelayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalamkesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah,perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.

    Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaanbahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat NegeriJohor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

    2.2.3.4 Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

    Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilanganbahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh danzaman kerajaan Johor Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orangtokoh penulis. Buktinya ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulisyang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddinal-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

    2.2.3.5 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

    Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasaMelayu Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikanbahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayatdan tulisan. Antara ciri ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, danberbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dansongsang.Ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana.

    Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa MelayuKlasik bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciritersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dantatabahasa.

    Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapatpenggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan katapangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan",

  • "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan

    "adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakansesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalamperenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkanpenggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.

    Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbezadengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yangdicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya"dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda komabertitik sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut Makaapabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demiterpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinyawang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik.

    Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat

    yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayatpasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek.Sebagai contoh, Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan UmarUmayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim

    Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikelpundan lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah sepertiadapun, bertitahlah,dan berebutlah. Manakala contoh penggunaan partikeldalam ayat pula ialah seperti berikut Maka Bendahara pun hairanlah kalam rajaseperti dikhatankan orang rupanya dalam Sejarah Melayu.

    Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasaMelayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskritbertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agamaislam.Contoh penggunaan bahasa Arab ialah Allah Taala, makhdum, mualimdaulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah dosa,pahala,danraja . Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti kh, dz, dansy. Contoh perkataan seperti khamis, zakat, syarat.

    Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat"bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistempanggilannya. Contohnya ialah sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayuklasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwayang dialami oleh kalangan raja di istana.

    Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandinganserta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindamdalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayulama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang padaasalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakandapat menghidupkan suasana penceritaan.

    2.2.4 Zaman Bahasa Melayu Pramoden

    Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu

  • Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luarke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat inibukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukandi tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajianini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budayapribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahantinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-perpustakaan barat ini.

    Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat sepertiInggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlakusecara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkankegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalamzaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain,kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat danmerakyat.

    Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisanseperti buku Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selainitu, zaman ini turut mencetak banyak kitab kitab agama di Asia Tenggara. AbdulRashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapaperistiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayudengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubunganyang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruhBarat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yangmenyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlakubeberapa perubahan pada bahasa Melayu.

    2.2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden

    Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zamanbahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatanganpenjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan MunsyiAbdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelumpenjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsisebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantardi pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasarmenjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namunsemasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasaMelayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistempendidikan negara.

    Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demisedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluangini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dankesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusanpemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayudan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka denganlebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalampemerintahan Belanda.

  • Catatan Terbaru Catatan Lama

    Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, sepertisyarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnaldan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris danBelanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secaralangsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

    Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salahsatu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasaMelayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagimeningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah danjurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia danSingapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.

    Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa sertamenigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkahyang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpusbahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpusbahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tandabacaan,surat kiriman,dan peristilahan.

    Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan danlembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistemejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain lain yangberkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini makaberbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telahdiadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai padatahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.

    Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, makabahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasamoden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi,dan tulisan ilmiah.

    Dicatat oleh elLyieDa di Selasa, September 15, 2009

    Komen Input Berkesan (1)

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Pautan pada catatan ini

    Buat Pautan

    Laman utama

    (c)2009 BAHASA JIWA BANGSA . Blogger Templates created by Deluxe Templates