BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Pusat Pengajian … · hampir setiap bulan dan mener- ... rai...

1
T erdapat dua buah univer- siti yang menawarkan kursus Bahasa Melayu di Moscow, iaitu Institut Pengajian Negara-negara Asia dan Afrika dan Institute of Applied Oriental Studies, Moscow States University (MSU). Sejarah Pengajian Bahasa Melayu di Rusia didahului oleh Pengajian Indonesia dan Bahasa Indonesia. Kursus yang menawar- kan bahasa Indonesia mula diper- kenalkan di Soviet Union (ketika itu) sejak tahun pertama kemerdekaan Indonesia, iaitu pada tahun 1945. Pada tahun 1950-an dan 1960-an kur- sus pengajian Indonesia amat popu- lar sekali dalam kalangan penuntut Rusia, hasil kerjasama erat antara kedua-dua buah Negara, iaitu Soviet Union dan Indonesia. Hubungan diplomatik antara So- viet Union dengan Malaysia hanya terjalin pada tahun 1967. Namun, sebelum itu terdapat beberapa orang tokoh ilmuwan yang berminat de- ngan negara Malaysia dan mereka berusaha gigih untuk memperke- nalkan budaya Malaysia serta baha- sanya kepada orang Russia. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Dr. Boris Parnickel. Pada tahun 1963 beliau menghasil- kan sebuah buku berbahasa Rusia yang pertama memperkenalkan sas- tera Melayu moden Malaysia kepada pembaca di Rusia. Buku yang ber- judul Di Tepi Jalan diterjemahkan daripada cerpen A. Samad Said, penu- lis Melayu Angkatan 50-an. Seorang lagi tokoh ialah mendiang Dr. Andrey Pavlyatenko yang julung kali memu- lakan kursus bahasa Melayu dan Pengajian Malaysia pada tahun 1967, tetapi kursus itu merupakan kursus tambahan kepada bahasa Indonesia. Penandatanganan Persetujuan Kerjasama antara Malaysia dengan Soviet Union, membuka peluang kepada penuntut Soviet mempelajari bahasa Melayu di Universiti Malaya (UM). Pada tahun 1970, kumpulan pertama telah dihantar membuat kajian di UM, dan salah seorang daripadanya ialah Dr. Tatiana V. Dorofeeva. Sekembalinya beliau dari Malaysia, beliau bersama-sama seorang lagi rakan telah mengasaskan Pengajian Malaysia. Sejak dari itu Institut Negara-Negara Asia dan Afrika– Moscow States University dan sete- rusnya Institute of Applied Oriental Studies menjadi dua tempat di Rusia yang menawarkan Pengajian Bahasa Melayu. Pengajian Bahasa Melayu ternya- ta mendapat sambutan masyarakat Rusia dengan tertubuhnya Persatuan Nusantara (PN) di Rusia pada tahun 1990. Persatuan ini terdiri daripada kira-kira 70 orang ahli termasuk pro- fesor, felo penyelidik, pensyarah dan mahasiswa. Nusantara mengadakan sidang hampir setiap bulan dan mener- bitkan rencana bulanan berjudul “Kajian Melayu Indonesia”. PN ikut serta dalam mengadakan beberapa pameran buku dalam bahasa Melayu di Perpustakaan Negara Rusia dan Perpustakaan Negara Kesusasteraan Dunia. Ahli-ahli PN yang banyak me- nyumbang dalam bidang kajian Melayu ialah Boris Parnickel, yang menghasilkan buku “Pengantar Sastera Nusantara Kurun IX-XIX (1980), Aleksandr Ogloblin – Tipologi Diakronik Bahasa-bahasa Melayu- Jawa (1996), Natalia Alieva – Bahasa Cam (1999). Ada puluhan rencana mengenai budaya dan bahasa Mela- yu yang diterbitkan dalam berbagai- bagai majalah di Rusia. Di samping itu, terdapat banyak karya klasik Melayu dan karya penulis-penulis Malaysia diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia. Antaranya Hikayat Hang Tuah (B. B. Parnickel, 1984), cerpen oleh Usman Awang dan Samad Ismail (B. B. Parnickel, 1962), Cerpen Usman Awang (T.V. Dorofeeva, 1984) dan banyak lagi Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 20 Jun 2007 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Pusat Pengajian Melayu di Rusia L aluan SMART (Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir) yang dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai ini, telah mula dibuka kepada orang ramai. Yang menyedihkan ialah brosur yang diedarkan kepada orang ramai ditulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. “Saya tertanya-tanya mengapa- kah brosur ini tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan, adakah semua pengguna lebuhraya fasih berbaha- sa Inggeris?“ Demikianlah, keluhan saudari Norlin Zakaria yang kecewa dengan sikap pihak berkenaan yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan, dan mahu pihak DBP berbuat se- suatu demi memartabatkan bahasa kebangsaan. Rungutan yang dibuat oleh pem- baca ini memang berasas.Pihak sya- rikat berkenaan seharusnya meng- gunakan nama "Laluan SMART" dan bukannya SMART Motorway. Entry/Exit Points boleh sahaja digantikan dengan Pintu Keluar/ Masuk. Promosi laluan ini boleh juga di- terjemahkan sebagai “jalan keluar masuk ke Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur yang lebih pantas, tanpa kesesakan lalu lintas. Selesa, lebih pantas dan lebih baik melalui Laluan SMART”. Dewan Bahasa dan Pustaka sedia memberi khidmat nasihat bahasa (KNB) secara percuma kepada orang ramai. Sila layari http:// www.dbp.gov.my Hantarkan sebarang kesalahan atau kesilap- an bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected]. my atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. BH PILIH L12 20 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG U ngkapan "Kalau segan orang dengar, gunakan fon telinga; kalau "cool" gunakan speak- er stereo” cukup gah terpampang pada papan iklan yang terletak di Jalan Loke Yew berhampiran de- ngan Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bahasa yang digunakan dalam iklan tersebut jelas menggunakan bahasa cacamarba, iaitu bahasa Melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris. "Cool" dalam iklan tersebut boleh diterjemahkan kepada ”mahu ber- gaya” manakala "speaker" menjadi ”pembesar suara”. Mesej iklan tersebut akan lebih jelas dan sam- pai kepada masyarakat sekiranya diungkapkan sebagai "kalau segan orang dengar, gunakan fon teli- nga; kalau mahu bergaya gunakan pembesar suara stereo.” Menurut Undang-undang Kecil Iklan, pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mengarahkan agensi pengiklanan berkenaan menurunkan iklan tersebut. Tetapi mengapakah hal ini tidak berlaku? Adakah tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu itu menjadi tanggungjawab DBP semata-mata? Bukankah bahasa kebangsaan kita tanggungjawab kita? [email protected] Cool atau Mahu Bergaya? APA SUDAH JADI? Oleh Olga Vadimovna Vasilevskaya “SMART Motorway”? GEMALAI: Pelajar pengajian Bahasa Melayu membuat persembahan tarian Zapin Usik - Mengusik pada “Majlis Pelancaran Buku Teks Bahasa Melayu” . Penulis, Olga Vadimovna Vasilevskaya 20 tahun, ialah penuntut jurusan sejarah Malaysia di Institute of Applied Oriental Studies, Moscow State University, Rusia. Olga mempelajari bahasa Melayu di bawah bimbingan pensyarah Rusia, Dr. Tatyana Valerianovna Dorofeeva dan Dr. Evgeniya Sergeevna Kukushkina. Olga pernah menjua- rai Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu, Piala Timbalan Perdana Menteri, 16 Mac 2007 di PWTC, Kuala Lumpur. DR. TATIANA V. DOROFEEVA

Transcript of BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Pusat Pengajian … · hampir setiap bulan dan mener- ... rai...

Page 1: BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Pusat Pengajian … · hampir setiap bulan dan mener- ... rai Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu, Piala Timbalan Perdana Menteri, 16 Mac

Terdapat dua buah univer-siti yang menawarkan kursus Bahasa Melayu di Moscow, iaitu

Institut Pengajian Negara-negara Asia dan Afrika dan Institute of Applied Oriental Studies, Moscow States University (MSU).

Sejarah Pengajian Bahasa Melayu di Rusia didahului oleh Pengajian Indonesia dan Bahasa Indonesia. Kursus yang menawar-kan bahasa Indonesia mula diper-kenalkan di Soviet Union (ketika itu) sejak tahun pertama kemerdekaan Indonesia, iaitu pada tahun 1945. Pada tahun 1950-an dan 1960-an kur-sus pengajian Indonesia amat popu-lar sekali dalam kalangan penuntut Rusia, hasil kerjasama erat antara kedua-dua buah Negara, iaitu Soviet Union dan Indonesia.

Hubungan diplomatik antara So-viet Union dengan Malaysia hanya terjalin pada tahun 1967. Namun, sebelum itu terdapat beberapa orang tokoh ilmuwan yang berminat de-ngan negara Malaysia dan mereka berusaha gigih untuk memperke-nalkan budaya Malaysia serta baha-sanya kepada orang Russia. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Dr. Boris Parnickel.

Pada tahun 1963 beliau menghasil-kan sebuah buku berbahasa Rusia yang pertama memperkenalkan sas-tera Melayu moden Malaysia kepada pembaca di Rusia. Buku yang ber-

judul Di Tepi Jalan diterjemahkan daripada cerpen A. Samad Said, penu-lis Melayu Angkatan 50-an. Seorang lagi tokoh ialah mendiang Dr. Andrey Pavlyatenko yang julung kali memu-lakan kursus bahasa Melayu dan Pengajian Malaysia pada tahun 1967, tetapi kursus itu merupakan kursus tambahan kepada bahasa Indonesia.

Penandatanganan Persetujuan Kerjasama antara Malaysia dengan Soviet Union, membuka peluang kepada penuntut Soviet mempelajari bahasa Melayu di Universiti Malaya (UM). Pada tahun 1970, kumpulan pertama telah dihantar membuat kajian di UM, dan salah seorang daripadanya ialah Dr. Tatiana V. Dorofeeva.

Sekembalinya beliau dari Malaysia, beliau bersama-sama seorang lagi

rakan telah mengasaskan Pengajian Malaysia. Sejak dari itu Institut Negara-Negara Asia dan Afrika–Moscow States University dan sete-rusnya Institute of Applied Oriental Studies menjadi dua tempat di Rusia yang menawarkan Pengajian Bahasa Melayu.

Pengajian Bahasa Melayu ternya-ta mendapat sambutan masyarakat Rusia dengan tertubuhnya Persatuan Nusantara (PN) di Rusia pada tahun 1990.

Persatuan ini terdiri daripada kira-kira 70 orang ahli termasuk pro-fesor, felo penyelidik, pensyarah dan mahasiswa.

Nusantara mengadakan sidang hampir setiap bulan dan mener-bitkan rencana bulanan berjudul “Kajian Melayu Indonesia”. PN ikut

serta dalam mengadakan beberapa pameran buku dalam bahasa Melayu di Perpustakaan Negara Rusia dan Perpustakaan Negara Kesusasteraan Dunia.

Ahli-ahli PN yang banyak me-nyumbang dalam bidang kajian Melayu ialah Boris Parnickel, yang menghasilkan buku “Pengantar Sastera Nusantara Kurun IX-XIX (1980), Aleksandr Ogloblin – Tipologi Diakronik Bahasa-bahasa Melayu-Jawa (1996), Natalia Alieva – Bahasa Cam (1999). Ada puluhan rencana mengenai budaya dan bahasa Mela-yu yang diterbitkan dalam berbagai-bagai majalah di Rusia. Di samping itu, terdapat banyak karya klasik Melayu dan karya penulis-penulis Malaysia diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia. Antaranya Hikayat

Hang Tuah (B. B. Parnickel, 1984), cerpen oleh Usman Awang dan Samad Ismail (B. B. Parnickel, 1962), Cerpen Usman Awang (T.V. Dorofeeva, 1984) dan banyak lagi

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 20 Jun 2007

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Pusat Pengajian Melayu di Rusia

Laluan SMART (Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir) yang dijadualkan beroperasi

sepenuhnya pada bulan Julai ini, telah mula dibuka kepada orang ramai.

Yang menyedihkan ialah brosur yang diedarkan kepada orang ramai ditulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

“Saya tertanya-tanya mengapa-kah brosur ini tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan, adakah semua pengguna lebuhraya fasih berbaha-sa Inggeris?“

Demikianlah, keluhan saudari Norlin Zakaria yang kecewa dengan sikap pihak berkenaan yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan, dan mahu pihak DBP berbuat se-suatu demi memartabatkan bahasa kebangsaan.

Rungutan yang dibuat oleh pem-baca ini memang berasas.Pihak sya-rikat berkenaan seharusnya meng-gunakan nama "Laluan SMART" dan bukannya SMART Motorway.

Entry/Exit Points boleh sahaja digantikan dengan Pintu Keluar/Masuk.

Promosi laluan ini boleh juga di-terjemahkan sebagai “jalan keluar masuk ke Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur yang lebih pantas, tanpa kesesakan lalu lintas. Selesa, lebih pantas dan lebih baik melalui Laluan

SMART”. Dewan Bahasa dan Pustaka sedia

memberi khidmat nasihat bahasa (KNB) secara percuma kepada orang ramai. Sila layari http://www.dbp.gov.my

Hantarkan sebarang kesalahan atau kesilap-an bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

BH PILIH L12 20 emel

DI MANA BUMI DIPIJAKDI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Ungkapan "Kalau segan orang dengar, gunakan fon telinga; kalau "cool" gunakan speak-

er stereo” cukup gah terpampang pada papan iklan yang terletak di Jalan Loke Yew berhampiran de-ngan Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bahasa yang digunakan dalam iklan tersebut jelas menggunakan bahasa cacamarba, iaitu bahasa Melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris.

"Cool" dalam iklan tersebut boleh diterjemahkan kepada ”mahu ber-gaya” manakala "speaker" menjadi ”pembesar suara”. Mesej iklan tersebut akan lebih jelas dan sam-

pai kepada masyarakat sekiranya diungkapkan sebagai "kalau segan orang dengar, gunakan fon teli-nga; kalau mahu bergaya gunakan pembesar suara stereo.”

Menurut Undang-undang Kecil Iklan, pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mengarahkan agensi pengiklanan berkenaan menurunkan iklan tersebut.

Tetapi mengapakah hal ini tidak berlaku? Adakah tanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu itu menjadi tanggungjawab DBP semata-mata? Bukankah bahasa kebangsaan kita tanggungjawab kita? [email protected]

Cool atau Mahu Bergaya?

APA SUDAH JADI?

Oleh Olga VadimovnaVasilevskaya

“SMART Motorway”?

GEMALAI: Pelajar pengajian Bahasa Melayu membuat persembahan tarian Zapin Usik - Mengusik pada “Majlis Pelancaran Buku Teks Bahasa Melayu” .

Penulis, Olga Vadimovna Vasilevskaya 20 tahun, ialah penuntut jurusan sejarah Malaysia di Institute of Applied Oriental Studies, Moscow State University, Rusia.

Olga mempelajari bahasa Melayu di bawah bimbingan pensyarah Rusia, Dr. Tatyana Valerianovna Dorofeeva dan Dr. Evgeniya Sergeevna Kukushkina.

Olga pernah menjua-rai Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu, Piala Timbalan Perdana Menteri, 16 Mac 2007 di PWTC, Kuala Lumpur.

Dr. TATIAnA V. DorofEEVA