Bahasa Melayu Form 1

98
BAHASA MELAYU - TINGKATAN 1 TATABAHASA Penggolongan Kata 1. Kata nama am merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum. 2.Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat. 3. Kata nama am yang berbentuk kata majmuk dikira sebagai satu perkataan dalam pengiraan jumlah perkataan jika merujuk kepada perkara yang sama. 4. Kata nama am terbahagi kepada: (a) Kata Nama Am Hidup - Kata Nama Am Hidup Manusia - merujuk manusia secara am. - Contoh: Kanak-kanak, jutawan, pensyarah, penyanyi, abang, nenek. - Kata Nama Am Bukan Hidup Manusia- merujuk benda-benda hidup (selain manusia) secara am. - Contoh: Haiwan (ayam, itik, lembu, harimau) Tumbuhan ( ubi keledek, kunyit, halia, semalu) (b) Kata Nama Am Tak Hidup - Kata Nama Am Tak Hidup Abstrak - merujuk sesuatu konsep mujarad atau 1

description

Full nota Bahasa melayu tingkatan 1

Transcript of Bahasa Melayu Form 1

BAHASA MELAYU - TINGKATAN1

TATABAHASA

Penggolongan Kata

1. Kata nama am merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara umum.

2.Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.

3. Kata nama am yang berbentuk kata majmuk dikira sebagai satu perkataan dalam pengiraan jumlah perkataan jika merujuk kepada perkara yang sama.

4. Kata nama am terbahagi kepada:(a) Kata Nama Am Hidup

- Kata Nama Am Hidup Manusia - merujuk manusia secara am.- Contoh: Kanak-kanak, jutawan, pensyarah, penyanyi, abang, nenek.- Kata Nama Am Bukan Hidup Manusia- merujuk benda-benda hidup (selain manusia) secara am.- Contoh: Haiwan (ayam, itik, lembu, harimau) Tumbuhan ( ubi keledek, kunyit, halia, semalu)

(b) Kata Nama Am Tak Hidup

- Kata Nama Am Tak Hidup Abstrak - merujuk sesuatu konsep mujarad atau bukan kebendaan yang membawa makna yang am.- Contoh: laporan, nyawa, berita, bantuan, pendapat, pandangan.- Kata Nama Am Tak Hidup Konkrit. - merujuk sesuatu benda yang dapat dilihat dan dipegang.- Contoh: Benda (meja, mangkuk, pensil, lampu, kereta) Tempat ( bukit, sungai, sekolah, rumah, balai polis)

1. Kata nama khas merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan tidak bernyawa secara khusus.

2. Kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.

3. Terbahagi kepada: (a) Kata Nama Khas Hidup

- Kata Nama Khas Hidup Manusia- merujuk manusia secara khas.- Contohnya: Puan Saenah, Madam Choong, Pak Ngah, Doktor Siva.- Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia - merujuk benda yang hidup (selain manusia) seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan secara khas.- Contohnya: Haiwan - Pak Belang (harimau), Si Comel (kucing), Raja Rimba (singa) Tumbuhan - Hibiscus Rosa Sinesis (bunga raya), Chlorella (alga)

(b) Kata Nama Khas Tak Hidup - merujuk sesuatu yang tidak bernyawa seperti nama benda, negara, bangsa, pangkat, tempat dan sebagainya secara khas.- Contoh: Benda - Majalah Wanita, Perodua Kancil Negara- Indonesia, Bangladesh Bahasa- Bahasa Sepanyol Pangkat- Dato', Profesor Madya, Tan Sri. Bangsa- India, Melayu, Cina Institusi- Universiti Malaya, Sekolah Kebangsaan Kebun Bahru Tempat- Genting Highland, Pahang Judul- Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang.

1. Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan kata nama orang.2.Kata ini digunakan khas untuk manusia.3.Kata ganti nama diri terdiri daripada bentuk tunggal (bermakna satu) atau bentuk jamak (bermakna lebih daripada satu)4. Ada tiga jenis kata ganti nama diri:

1. Kata yang digunakan untuk merujuk diri orang yang bercakap.2. Bentuk kata ganti nama diri pertama dan penggunaannya:

1. Kata Ganti Nama Diri Kedua iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan perkataan orang yang dilawan bercakap.2. Kata ganti nama diri kedua dan penggunaannya.:

1. Kata Ganti Diri Nama Diri Ketiga iaitu perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan.2. Biasanya, orang ketiga tidak hadir atau mendengar ketika peristiwa percakapan itu berlaku.3. Kata ganti nama diri ketiga dan penggunaannya:

1. Kata nama terbitan merupakan kata nama yang telah mengalami proses pengimbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan ataupun sisipan2. Contohnya penyanyi pelajar, pakaian, hiasan, pelajaran, telunjuk dan gerigi.

1. Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu tanpa menyebut nama benda, orang atau perkara itu.2. Terdapat tiga kata ganti nama tanya yang biasa digunakan iaitu apa (merujuk kepada benda, haiwan atau perkara), siapa (merujuk kepada manusia), dan mana (merujuk kepada manusia, benda atau haiwan).3.Kata ini digunakan untuk membentuk ayat tanya.4. Kata tanya boleh hadir pada awal ayat dan akhir ayat.5. Kata tanya perlu disertai kata penegas -kah apabila hadir pada awal ayat.

1. Kata Ganti Tak Tentu ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan sesuatu yang tidak tentu atau secara umum sahaja.2. Kata ganti nama tak tentu boleh digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, tempat waktu dan perkara. Contohnya ialah apa-apa, mana-mana, siapa-siapa, masing-masing, sesuatu, seseorang dan bila-bila.

1. Kata kerja ialah perkataan yang berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perbuatan, Contohnya makna, minum, berdoa, bermain, memanjat dan sebagainya.2. Kata kerja boleh wujud sendiri tanpa imbuhan dan juga dengan imbuhan.3. Kata kerja dapat digolongkan kepada tiga iaitu:(i) Kata Kerja Tak Transitif(ii) Kata Kerja Transitif(iii) Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukanoleh pembuat (subjek) terhadap diri sendiri.2. Tidak memerlukan penyambut atau objek untuk menyempurnakan maksudnya.3. Boleh didapati dalam bentuk:

4. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu:(a) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap- Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut. Contohnya:i) Suhaila baringii) Leen menjeritiii) Rozy terduduk- Kata kerja ini diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan seperti mana, bila dan bagaimana sesuatu perbuatan itu berlaku. Contohnya:i) Suhaila baring di atas katil ibunya.ii) Leen menyanyi dengan merduiii) Rozy terduduk akibat ditolak oleh abangnya.(b) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap.- Kata kerja ini mesti diikuti oleh unsur-unsur yang lain. untuk melengkapkan maksud ayat yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya:i) Wak Deramin menjadi ketua kampungii) Anak gadis itu bertambah cantik.iii) Sammy dan keluarganya tinggal di Kampung Sungai Buloh.

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh pembuat (subjek) terhadap sesuatu benda (objek).2. Kata kerja ini diikuti oleh objek atau penyambut untuk melengkapkan maksudnya.3. Objek dalam kata kerja transitif terdiri daripada frasa nama. Contohnya:

5. Kata kerja transitif terbahagi kepada dua jenis iaitu:(a) Kata Kerja Transitif Aktif- Kata kerjanya menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i.- Contoh: menjemput, menegur, mengutip mencantas, menziarahi, mematuhi.- Ayat contoh:i) Puan Salmah mengutip sampah yang bertaburan di bilik..ii) Pak Long mencantas dahan pokok rambutan di belakang rumahnya.iii) Semua pelajar perlu mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa.(b) Kata Kerja Transitif Pasif- Kata kerjanya menerima awalan di- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i jika digunakan dengan kata ganti nama diri ketiga. Jika kata ganti nama diri pertama dan kedua digunakan, kata kerjanya tidak menerima sebarang awalan atau akhiran.- Contoh: dijemput, ditegur, dikutip, dicantas, diziarahi, dipatuhi- Ayat contoh:i) Sampah yang bertaburan di bilik dikutip oleh Puan Salmah.ii) Dahan pokok rambutan di belakang rumah dicantas oleh Pak Longiii) Peraturan sekolah perlu dipatuhi oleh semua pelajar pada setiap masa.

1. Kata kerja pasir ialah kata kerja yang digunakan dalam ayat pasif. Kata kerja pasif tidak mempunyai imbuhan awalan meN-, Kata kerja pasif dapat dibahagikan kepada lima bentuk iaitu:i) Kata kerja pasif diri pertama dan kedua.ii) Kata kerja pasif diri ketigaiii) Kata kerja pasif berawalan beR- dan teR-iv) Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an.v) Kata kerja pasif dengan kata kena (kata kena boleh diganti dengan awalan di-)2. Contoh kata kerja pasif ialah kubaca, kita pergi, kamu lihat, bersapu, berjemur, terdaki, terpegun, kecurian, kepanasan, kena pecah, kena tangkap dan sebagainya.

1. Kata adjektif dikenli juga sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.2. Sembilan jenis kata adjektif dan penggunaannya:

3. Kata adjektif boleh disertai kata penguat seperti amat, paling, sangat, sungguh dan terlalu.4. Ayat contoh:i) Budak lelaki itu sangat lemah ketika ditemui oleh pihak polis.ii) Asmah amat rindu akan ibu dan bapanya di Kuala Lumpur.iii) Masalah yang sedang dihadapi oleh Cikgu Rajaratnam terlalu rumit.

1. Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan kalusa dengan klausa untuk membentuk ayat majmuk.2. Terdapat tiga jenis kata hubung, iaitu:

1. Digunakan untuk menggabungkan kata, frasa atau ayat yang setara sifatnya.2. Kata hubung gabungan dan penggunaannya:

1. Menghubungkan ayat kecil pada ayat induk yang tidak setara sifatnya.2. Kata hubung pancangan dan penggunaannya.

1. Digunakan secara berpasang-pasang dalam ayat majmuk gabungan. Contohnya baik...ataupun, sedangkan..tambahan pula dan semakin...semakin.

1. Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan perasaan seperti geram, marah, gembira, sakit, takut dan sebagainya.2. Ayat yang mempunyai kata seru ditandai dengan tanda seru (!) pada akhir ayat.3. Kata seru dan penggunaannya.

1. Kata perintah digunakan untuk menunjukkan ragam arahan dalam sesuatu ayat.2. Kata perintah boleh ditambah dengan partikel -kah untuk menjadikan ayat itu lembut dan mempunyai unsur kesopanan.3. Contoh kata-kata perintah ialah jangan, tolong, usah, jemput, sila, minta dan sebagainya.4. Kata pembenar digunakan untuk mengiyakan sesuatu pernytaaan.5. Biasanya kata pembenar digunakan dalam bentuk dialog6. Tiga kata pembenar yang biasa digunakan adalah ya, benar dan betul.7. Kata pangkal ayat atau penanda wacana ialah perkataan yang hadir di hadapan ayat.8. Kata pangkal ayat berfungsi sebagai penghubung atau penanda kesinambungan ayat dalamwacana.9. Contoh kata-kata pangkal ayat adalah maka, adapun, kalakian, syahadan, sekali peristiwa dan sebagainya.

1. Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan kata kerja yang mengikutnya.2. Terdiri daripada:

3. Sesetengah kata bantu aspek dan kata bantu ragam boleh hadir bersama-sama dalam ayat yang tertentu.

1. Kata penegas yang mendahului atau mengikut kata adjektif.2. Digunakan untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.3. Terbahagi kepada tiga jenis:i) Kata Penguat Hadapan

ii) Kata Penguat Belakang

iii) Kata Penguat Bebas

1. Kata penegas ialah perkataan atau partikel yang digunakan untuk memberi penekanan pada bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat atau menegaskan sesuatu pernyataan.2. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu:(a) Kata penegas yang menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya- Contoh: -kah, -lah, -tah.(b) Kata penegas yang menegaskan kedua-dua ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya:- Contoh: hanya, jua, juga, lagi, pun, sahaja, memang3. Kata penegas dan penggunaannya:

1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan pada predikat ayat.2. Terdapat dua jenis kata nafi iaitu bukan dan tidak.3. Kata nafi bukan digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama.4. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh juga digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif jika frasa-frasa predikatnya membawa maksud yang bertentangan.5. Kata nafi tidak digunakan sebagai unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.

1. Perkataan yang menjadi pemeri hal atau penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

1. Kata sendi nama ialah perkataan uang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain dalam ayat bagi menunjukkan perkaitannya.2. Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.3. Kata sendi nama dieja terpisah daripada perkataan yang mengikutinya.4. Setiap kata nama sendi nama mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan perlu digunakan dengan betul.5. Kata sendi nama dan penggunaannya:

1. Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arah.2. Kata ini didahului kata sendi nama dan diikuti oleh kata nama untuk menunjukkan arah atau jurusan.3. Contoh:

4. Ayat contoh:i) Mak Cik Sadiah lebih suka menyimpan wang di bawah bantal daripada di dalam bank.ii) Asmah melambai-lambaikan tangan ke arah abangnya yang bersampan di tengah tasik.iii) Fauzi dikehendaki berdiri di belakang kelas kerana tidak membawa buku latihan.iv) Aiman duduk di sisi ibunya ketika majlis berkhatan berlangsung.v) Hanafizan menaiki sampan untuk pergi ke rumah datuknya yang terletak di seberang sungai.

1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan atau banyaknya sesuatu benda.2. Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis.3. Kata bilangan dan penggunaannya:

1. Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.2. Walau bagaimanapun, ada kalanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.3. Contohnya semua pekerja, bukannya semua orang pekerja.4. Penjodoh bilangan juga tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. Contohnya satu abad.

1. Kata keterangan ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan perkataan lain dalam sesuatu ayat.2. Ada kalanya kata keterangan terdiri daripada kata bantu, kata tanya, kata adjektif dan kata penguat.3. Contoh kata keterangan adalah selalu, begini, begitu, agaknya, demikian, sangat, sedang dan sekejap.4. Kata keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:i) Cara/Gaya- begini, begitu, diam-diam dan tiba-tiba.ii) Masa/Waktu - kelak, akan, belum, masih, pernah dan sekarangiii) Tanya- bila, mengapa dan bagaimana.iv) Darjah - amat, sangat, sungguh dan paling.v) Tentu- harus, mesti, patuh dan memang.vi) Tak tentu- agaknya, barangkali dan mungkin.

1. Kata sandang digunakan untuk menentukan makna dalam sesuatu ayat.2. Kata sandang tidak dapat berdiri sendiri sekiranya tidak bergandingan dengan perkataan lain.3. Contoh kata sandang adalah nya, sang, si, dan yang.Pengimbuhan1. Pengimbuhan1. Imbuhan ialah penambahan pada kata dasar sehingga menyebabkan perubahan makna pada kata dasar tersebut.2. Berfungsi sebagai pembentuk pelbagai kata seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif.3. Terbahagi kepada empat bentuk:Awalan- imbuhan awalan ditambah pada bahagian hadapan kata dasarContoh: beR-, meN-, ter-, peN-, se-, ke-, juru-Akhiran- Imbuhan akhiran ditambah pada bahagian belakang kata dasar.Contoh: -an, -kan, -iApitan - Imbuhan apitan ditambah pada bahagian hadapan dan di belakang kata dasar.Contoh: beR-...-an, beR-...-kan, meN-...-kan, meN-...-i, mempeR-...-i, mempeR-...-kan, peN-...-an, peR-...-an, di-...-kan, di-...-i.Sisipan- Imbuhan sisipan ditambah pada tengah-tengah kata dasar.Contoh: -el-, -em-, -er-4. Imbuhan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu imbuhan kata nama, imbuhan kata kerja dan imbuhan kata adjektif.

Imbuhan yang membentuk kata nama:

Awalan Kata Nama1. Awalan peN-Awalan peN- terdiri daripada pe-, pem-, pen-, peng-, penge- dan pel-Digunakan untuk membentuk kata nama daripada kata kerja atau daripada kata adjektif.

Kata nama yang terbentuk daripada awalan peN- membawa maksud-maksud tertentu, iaitu:i) Orang yang melakukan sesuatu perbuatanContoh: pembaca (Orang yang membaca), pencipta (Orang yang mencipta), pelakon (Orang yang melakonkan), pembeli (Orang yang membeli)Ayat contoh:a) Pembeli itu meminta jurujual di kedai itu membantunya mencari barang yang dikehendakinya.b) Pelakon itu melakonkan watak seorang wanita yang tabah dalam filem tersebut.ii) Orang yang ahli dalam sesuatu bidangContoh: pendidik (orang yang mendidik), pemimpin (orang yang memimpin), penterjemahan (orang yang menterjemah)Ayat contoh:a) Ghazali bertugas sebagai penterjemah di sebuah syarikat swasta sejak tujuh tahun yang lalu.b) Pemimpin itu sentiasa di kenang oleh masyarakat kerana jasa dan kepimpinannya yang baik.iii) Alat atau perkakasContoh: penapis (alat untuk menapis), penimbang (alat untuk menimbang), pengisar (alat untuk mengisar), penggali (alat untuk menggali)Ayat contoh:a) Mr. Chua menimbang timbunan surat khabar lama itu menggunakan penimbang.b) Kakak mengambil penapis untuk menapis santan yang diperahnya.iv) Sifat seseorangContoh: pendendam (orang yang berdendam), periang (orang yang riang), peramah (orang yang ramah), penakut (orang yang takut)Ayat contoh:a) Walaupun Hani berbadan besar, dia merupakan seorang yang penakut.b) Harun disenangi oleh semua rakannya kerana sikapnya yang peramah dan kelakar.2. Awalan ke-Awalan ke- bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan perubahan huruf.Penggunaan awalan ke- dalam imbuhan kata nama:i) Menunjukkan maksud kata bilangan tingkat.Contoh: kedua, ketiga, kedua belas, keseratus.Ayat contoh:Jamal mendapat tempat yang ketiga dalam pertandingan perbahasan itu.ii) Menunjukkan maksud kata bilangan himpunanContoh: kedua-dua, kelima-lima, keenam-enam, kesemua.Ayat Contoh:Kesemua harta Dato' Wira Samad akan diwarisi oleh anak tunggalnya, iaitu Datuk Azhar.iii) Menukarkan kata adjektif atau kata bantu kepada kata nama.contoh:

Ayat contoh:Junaidah dilantik sebagai ketua pengawas bagi persekolahan sesi petang.3. Awalan juru-Bermaksud orang yang ahli atau mahir dalam sesuatu perkara atau bidang, baik lelaki mahupun perempuan.Awalan juru- boleh bergabung dengan kata nama, kata kerja dan kata akar.

Akhiran Kata NamaTerdapat hanya satu akhiran kata nama, iaitu -anAkhiran -an digunakan untuk membentuk kata nama daripada kata nama, kata kerja atau kata adjektif.

Maksud akhiran -an:i) Hasil sesuatu perbuatanContoh: bantahan, tulisan, simpanan, batuan, hentakan, bilangan, tumbukanAyat contoh:a) Puan Nadhirah mengeluarkan wang simpanannya untuk membiayai kos perubatan anaknya di hospital.b) Encik Farook hilang ingatan akibat hentakan yang kuat pada kepalanya.ii) AlatContoh: ampaian, tapisan, kukuran, saluran, buaian, acuan.Ayat contoh:a) Kak Hasnah menyuruh anaknya membeli acuan untuk membuat kuih semperit.b) Mak Long sedang menidurkan anaknya di dalam buaian.iii) Jumlah yang banyakContoh: ratusan, rangkaian, ribuan, jutaan.Ayat contoh:a) Ratusan keping VCD haram dirampas oleh pihak polis daripada wanita itu.b)Ribuan mangsa gempa bumi di Pakistan dan India mengalami taruma akibat kejadian itu.iv) Kawasan yang luas atau besar.Contoh: lautan, tepian, daratan, lapanganAyat contoh:a) Pemuda itu sangat lemah ketika diselamatkan oleh pasukan polis marin setelah beberapa hari hanyut di lautan.b) Perhimpunan itu diadakan disebuah dataran yang luas di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu.v) TempatContoh: landasan, kurungan, hentian, laluan.Ayat contoh:a) "Kita akan berhenti di hentian yang seterusnya," kata Datuk Ibrahim kepada pemandunya.b) Mereka menggunakan laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki demi menjaga keselamatan mereka.vi) Masa dan tempohContoh: bulanan, harian, mingguan, tahunan.Ayat contoh:a) Siti Maziah membatalkan mesyuarat bulanan pada petang itu untuk menjaga adiknya yang tidak sihat.b) Laporan tahunan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat pada esok pagi.Apitan Kata Nama1. Apitan peN-...-anDigunakan untuk membentuk kata nama daripada kata kerja.Apitan peN-...-an boleh berubah menjadi pe-...-an, pem-...-an pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an.Apitan peN-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata sahaja.Contoh: pos (pengeposan), syor (pengesyoran), cam (pengecaman), bom (pengeboman)Apitan peN-...-an menjadi pel-...-an apabila bergabung dengan perkataan '"ajar" bagi membentuk perkataan "pelajaran".Maksud apitan peN-...-an:i) Hasil perbuatanContoh: pembinaan, penyatuan, pencemaranAyat contoh:a) Pembinaan jambatan itu memberi keselesaan kepada penduduk di kampung Bukit Damar.b) Pencemaran sungai boleh dielakkan jika manusia mempunyai kesedaran akan kepentingan sungai kepada kita semua.ii) TempatContoh: perkarangan, pedalaman, pelabuhan, penempatanAyat contoh:a) Kawasan pedalaman yang tidak dapat dihubungi melalui jalan darat semakin kurang didiami.b) Penduduk di perkampungan Orang Asli itu akan dipindahkan ke kawasan penempatan yang baru.iii) PerihalContoh: pelancongan, pengharaman, penindasan.Ayat contoh:a) Langkah pengharaman iklan rokok perlu diambil untuk membenteras kegiatan merokok.b) Masyarakat di seluruh dunia harus memandang serius terhadap penindasan yang dilakukan oleh tentera penceroboh di negara Iraq.2. Apitan peR-...-anDigunakan untuk membentuk kata nama daripada kata nama, kata kerja, dan kata-kata lain.

Maksud apitan peR-...-an:i) Hasil perbuatanContoh: pergaduhan, perpaduan, persetujuan, pergelutanAyat contoh:a) Pergelutan antara kedua-dua orang pemuda itu telah menarik perhatian orang ramai.b) Perpaduan tetap terjalin di negara ini walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.ii) TempatContoh: persimpangan, perkampungan, perpustakaanAyat contoh:a) Kemalangan sering berlaku di persimpangan jalan yang sibuk itu.b) Fadilah pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan bagi menyiapkan tugasannya.3. Apitan ke-...-anApitan ke-...-an digunakan untuk membentuk kata nama daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Maksud apitan ke-...-an:i) Hasil perbuatanContoh:kegagalan, kejatuhan, kebenaran, kekecewaan, ketegasan.Ayat contoh:a) Kekecewaan yang dialami oleh Dalilah berpunca daripada tindakan rakan karibnya.b) Ketegasan Puan Juriah dalam mendidik anak-anaknya menyebabkan anak-anaknya sentiasa mendengar kata-katanya.ii) TempatContoh: kediaman, kementerian, kedutaanAyat contoh:a) Kita perlu menjaga kebersihan kawasan kediaman untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.b) Orang ramai menghadiri majlis jamuan hari Depavalli yang diadakan di kementerian berkenaan.iii) Keadaan sesuatu yang disebut.Contoh: keunikan, keselamatan, kepupusan, kepayahanAyat contoh:a) Keselamatan anak-anak perlu diambil berat walu di mana sahaja mereka berada.b) Kepupusan spesies haiwan liar turut memberi kesan terhadap industri pelancongan negara.iv) Menyerupai atau seakan-akan serupaContoh: keanak-anakan, kemerah-merahan, kebaratanAyat contoh:a) Pemuda itu bersikap keanak-anakan kerana keadaan dirinya yang kurang sempurna.b) Gaya hidup keluarga Encik Hamzani agak kebaratan kerana mereka pernah tinggal di luar negara selama dua puluh tahun.Sisipan Kata NamaTiga sisipan yang digunakan untuk membentuk kata nama ialah -el, -em- dan -er-.Ketiga-tiga sisipan ini membawa makna sesuatu yang mempunyai ciri yang sama dengan kata dasarnya.1. Sisipan -el-Contoh: tunjuk (telunjuk) tapak (telapak), ganggang (gelanggang), gembung (gelembung), kupas (kelupas)Ayat contoh:a) Penilik nasib itu melihat telapak tangan Encik Siew untuk meramal nasibnya.b) Gelanggang bola tampar itu akan dibaiki selepas cuti sekolah.2. Sisipan -er-Contoh: gigi (gerigi), kuping (keruping), sabut (serabut), suling ((seruling), jongkok (jerongkok), cucuk (cerucuk)Ayat contoh:a) Ayah membuat seruling untuk dihadiahkan kepada adik.b) Para pekerja itu begitu berhati-hati ketika menanam cerucuk di tapak pembinaan tersebut.3. Sisipan -em-Contoh: kuning (kemuning), kayuh (kemayuh), kantan (kemantan), kuncup (kemuncup)Ayat contoh:a) Semasa Kak Izah mengandung, dia mengidam untuk makan pucuk kemantan.b) Nabila membuang kemuncup yang melekat pada kain sekolahnya.

1.Imbuhan yang membentuk kata kerja terdiri daripada tiga jenis:

Awalan Kata Kerja Tak Transitif1. Awalan meN-Awalan meN- boleh berubah menjadi me-, mem-, men-, meng- dan menge- berdasarkan huruf pertama bagi kata dasar yang bergabung dengannya.Kata kerja tak transitif yang terbentuk daripada awalan meN- membawa berbagai-bagai maksud seperti:i) Melakukan atau membuat sesuatuContoh: menari, mengira, mengajar, merontaAyat contoh:a) Kak Murni memang pandai menari sejak di bangku sekolah rendah lagi.b) Encik Hashim berasa gembira kerana dapat mengajar di kampung halamannya.ii) Mengeluarkan bunyiContoh: menguak, mendesah, menciut, menderam, mengaum, menyalakAyat contoh:a) Anjing Mr. Chew akan menyalak setiap kali orang tidak dikenali menghampiri rumahnya.b) Abang Long yang sedang duduk di tepi sawah terkejut apabila kerbau Wak Lamin menguak dengan kuat.iii) Menjadi sepertiContoh: menggunung, membisu, menguning, menyingaAyat contoh:a) Keinginan Rahman untuk memenangi perlumbaan itu semakin menggunung setelah mendengar kata-kata semangat daripada rakan-rakannya.b) Mak Cik Lijah hanya membisu apabila ditanya oleh pihak polis tentang punca kemalangan tersebut.iv) Berubah keadaan/bentukContoh:mengembang, mengecil, menguningAyat contoh:a) Kedua-dua biji mata adik Pian mengecil apabila disuluh oleh ayah.b) Padi-padi di sawah Pak Ali boleh dituai kerana sudah menguning.v) Mencari atau mengumpulkanContoh: membalak, memikat, merotanAyat contoh:a) Hampir semua penduduk di kawasan pergunungan itu terlibat dengan kegiatan membalak.b) Kegiatan merotan hanya dilakukan oleh penduduk Orang Asli di kawasan hutan itu.2. Awalan beR-Awalan beR- menjadi be-, ber- dan bel- berdasarkan huruf awal kata dasar yang mengikutinya.Kata kerja tak transitif yang terbentuk daripada awalan beR- membawa maksud-maksud yang tertentu, iaitu:i) Perbuatan yang dilakukan terhadap diri sendiriContoh: bersila, berjemur, berbaring, berehat, bersenamAyat contoh:a) Abang Haziq dan isterinya akan bersenam di taman rekreasi itu pada setiap hari minggu.b) Kedua-dua belah kaki Mak Cik Yah kebas kerana dia bersila sejaktiga jam yang lalu.ii) Perbuatan yang berbalas-balasContoh: bersembang, berlaga, berbahas, bersalamAyat contoh:a) Aizat dan rakan-rakan sekelasnya sedang berbahas tentang punca-punca pencemaran sungai di negara kita.b) Dahlan bersalam denganbapanya sebelum pergi ke sekolah pada setiap hari.iii) Mengerjakan/ mengusahakanContoh: bertani, berladang, berkedai, berniaga.Ayat contoh:a) Penduduk di kampung itu bertani untuk menyara kehidupan keluarga.b) Pak Cik Selva lebih suka berladang daripada bekerja di pejabat.iv) MemakaiContoh: bersubang, berstoking, berkain, berbaju, berselendang.Ayat contoh:a) Pelajar yang bersubang berbelang-belang itu ditahan oleh pengawas kerana melanggar peraturan sekolah.b) Gadis yang berbaju kurung dan berselendang berwarna merah itu kelihatan sangat ayu.v) Menaiki/MenggunakanContoh: bersampan, bertongkat, berkereta, berbasikalAyat contoh:a) Nenek terpaksa bertongkat sejak diserang penyakit darah tinggi dua tahun yang lalu.b) Bakri dan rakan-rakannya berbasikal di taman permainan di kawasan perumahan mereka. pada setiap petang.vi) menghasilkan/MengeluarkanContoh: bertunas, beranak, berpeluh, berbuihAyat contoh:a) Arnab peliharaan kakak akan beranak tidak lama lagi.b) Puan Yusnita berpeluh selepas mengemas dapur.vii) Mengeluarkan bunyiContoh: berdentum, berdecit, berdering, berdengkingAyat contoh:a) Emak terjaga daripada tidur apabila guruh berdentum dengan kuat.b) Telefon rumah Madam Yoong berdering beberapa kali ketika dia sedang menyapu halaman rumah.3. Awalan teR-Awalan teR- terbahagi kepada ter- dan te-Kata kerja tak transitif yang terbentuk daripada awalan teR- membawa maksud-maksud tertentu, iaitu:i) Perbuatan yang tidak sengajaContoh: tersungkur, terlena, terlentang, terbaring, terjatuhAyat contoh:a). Adik Suzy terlena setelah dibuai selama beberapa minit oleh pengasuhnya.b) Jonathan menangis kerana kasut sekolahnya terjatuh ke dalam longkang di belakang rumahnya.ii) KeadaanContoh: tersisih, terharu, terbengkalai, terdesak.Ayat contoh:a) Nek Noraini berasa tersisih sejak suaminya meninggal dunia setahun yang lalu.b) Projek perumahan di pinggir kampung itu terbengkalai kerana pihak pemaju menghadapi masalah kewangan.iii) Perbuatan yang tidak berhenti-henti atau berulang-ulangContoh: tertunggu-tunggu, tertanya-tanya, terjerit-jerit, tertoleh-tolehAyat contoh:a) Ibu tertunggu-tunggu kepulangan anaknya yang hilang di hutan pada setiap hari.b) Shamila terjerit-jerit apabila melihat seekor lipas di dalam kasut sekolahnya.iv) Sudah sedia ada atau dalam keadaan tersedia.Contoh: terhidang, tersimpan, terbentang, tergantungAyat contoh:a) Pelbagai makanan telah terhidang di atas meja ketika saya sampai di rumah.b) Sawah yang terbentang dengan luas di hadapan rumah Wak Nganiman itu ialah sawah ayah Zali.Apitan Kata Kerja Tak Transitif1. Apitan beR-...-anApitan beR-...-an digunakan untuk semua kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf "r".Bagi kata dasar yang bermula denga huruf 'r' itu akan digugurkan.Kata kerja tak transitif yang terbentuk daripada apitan beR-...-an membawa maksud-maksud yang tertentu, iaitu:i) Perbuatan yang dilakukan dalam masa yang panjang.Contoh: berkibaran, bersungutan, berlarian, berlelehan.Ayat contoh:a) Pakaian di ampaian berkibaran apabila ditiup oleh angin.b) Air mata emak berlelehan ketika menceritakan kisah sedih yang menimpa dirinya.ii) Jumlah yang banyak/ramaiContoh: bertaburan, berterbangan, bergayutan, bercucuran berkeliaranAyat contoh:a) Kertas kerja ayah bertaburan di atas lantai apabila emak memasang kipas angin dengan kuat.b) Farhan leka apabila melihat monyet bergayutan di atas pokok mempelam di belakang rumah datuknya.iii) Perbuatan yang berbalas-balas/saling melakukanContoh: bertolak-tolakan, berkenal-kenalan, bermaaf-maafan, berpegangan.Ayat contoh:a) Semua peserta kem bina semangat itu berkenal-kenalan sebelum program bermula.b) Umat Islam akan bermaaf-maafan setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri.2. Apitan beR-...-kanApitan beR-...-kan digunakan untuk semua kata dasar kecuali yangbermula dengan huruf "r".Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf "r", maka huruf "r" itu akan digugurkan.Kata kerja tak transitif yang terbentuk daripada apitan beR-...-kan membawa berbagai-bagai maksud.Antaranya:i) Menggunakan sebagaiContoh: berbantalkan, berselimutkan, berpandukan, bertemankanAyat contoh:a) Pengemis itu kesejukan kerana hanya berselimutkan sehelai surat khabar.b) Kamal belajar sehingga larut malam bertemankan radio yang dihadiahkan oleh abangnya.ii) Menunjukkan maksud "dengan"Contoh: berlaukkan, berbapakan, bermenantukanAyat contoh:a) Hussein makan dengan berselera walaupun hanya berlaukkan telur goreng.b) Ah Meng berbangga kerana berbapakan seorang lelaki yang sangat baik dan penyayang.

Awalan Kata Kerja Transitif1. Awalan meN-Kata kerja transitif yang terbentuk daripada awalan meN- membawa maksud-maksud yang tertentu, iaitu:i) Melakukan atau mengerjakan sesuatuContoh: menjala, membuka, menebang, mengerat, menyerang.Ayat contoh:a) Pak Cik Bakar dan rakannya menjala ikan di kawasan laut dalam sejak tiga hari yang lalu.b) Pemuda itu menebang pokok jambu tua di hadapan rumah neneknya dengan kapak.ii) Melakukan sesuatu pekerjaan dengan alat.Contoh: menebas, mengelap, menapis, menyapu.Ayat contoh:a) Beberapa orang pelajar lelaki sedang mengelap meja di kelas mereka.b) Rosni menyapu dedaun pokok rambutan yang gugur di belakang rumahnya.iii) Membubuh atau meletakkan.Contoh: membaja, membalut, menghias, menabur.Ayat contoh:a) Mak Cik Noor menabur benih sawi di atas batas di kebun sayurnya.b) Kak Munyati menghias ruang tamunya dengan beberapa jambangan bunga.2. Awalan mempeR-Awalan mempeR- bergabung dengan kata adjektif dan kata nama bagimembentuk kata kerja transitif.Gabungan ini tidak menyebabkan perubahan pada huruf awal bagi kata dasar.Jika awalan mempeR- bergabung dengan kata adjektif, kata imbuhan yang terbentuk tidak memerlukan akhiran -kan.Kata Adjektif

Kata kerja transitif yang terbentuk daripada awalan mempeR- membawa maksud-maksud yang tertentu, iaitu:i) Menjadi lebihContoh: memperindah, memperluas, memperhebat, memperlebar, mempercepat.Ayat contoh:a) Beberapa orang pekerja sedang memperindah taman rekreasi itu untuk menarik kedatangan pengunjung.b) Kak Zura dan Abang Zaki mempercepat perkahwinan mereka atas permintaan keluarga.ii) Menjadikan sebagaiContoh: mempersuami, memperbodoh, memperkudaAyat contoh:a) Mak Cik Saenah amat bertuah kerana mempersuamilelaki yang beriman dan bertanggungjawab.b) Cikgu Fadhli memarahi Roslan kerana memperbodoh pelajar yang baru itu.iii) MembahagiContoh: memperdua, mempertigaAyat contoh:a) Malik memperdua keuntungan syarikat dengan rakan kongsinya.b) Encik Daud mempertiga kek harijadi itu kepada ketiga-tiga orang anaknya.Apitan Kata Kerja Transitif1. Apitan meN-..-iApitan meN-...- terdiri daripada imbuhan me-...-i, mem-...-i, men-...-i, meng-...-i dan menge-...-i.Kata kerja transitif yang terbentuk daripada apitan meN-...-i membawa maksud -maksud yang tertentu iaitu:i) Memberikan sesuatuContoh; menasihati, mengirimi, menghadiahi, mengurniaiAyat contoh:a) Pihak pentadbiran sekolah itu mengurnia anugerah guru terbaik kepada Cikgu Teo Kah Seng.b) Kak Lina mengirimiadiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia beberapa pasang baju kurung.ii) Menjadikan atau menyebabkan berlakunya sesuatuContoh: menyakiti, menyelubungi, mengotoriAyat contoh:a) Fauzan memohon maaf daripada Shukri kerana menyakiti hatinya.b) Rose dimarahi oleh kakak kerana mengotori baju barunya.iii) Melakukan sesuatu perbuatan terhadap pihak yang lain.Contoh: menzalimi, mengkhianati, mengasihiAyat contoh:a) Azizul tidak mahu menerima rasuah kerana dia tidak sanggup untuk mengkhianati majikan yang amat mempercayainya.b) Kak Yati mengasihi anak angkatnya yang dipelihara sejak bayi dengan sepenuh hati.2. Apitan meN-...-kanApitan meN-...-kan terdiri daripada imbuhan me-...-kan, mem-...-kan, meng-...-kan dan menge-...-kan.Kata kerja transitif yang terbentuk daripada apitan meN-...-kan membawa berbagai-bagai maksud.Antaranya:i) Melakukan sesuatu perbuatan untuk orang lain.Contoh: membancuhkan, mencucikan, menghidangkan, memasakkan.Ayat contoh:a) Sharifah membancuhkan datuknya secawan kopi panas.b) Puan Ruminah menghidangkan tetamunya sepinggan kuih karipap.ii) Menjadikan atau menyebabkan sesuatuContoh: mendalamkan, mengorbankan, menangguhkan, merapatkan, memeriahkan.Ayat contoh:a) Penduduk kampung itu mengorbankan tujuh ekor lembu sempena Hari Raya Korban.b) Pihak berkuasa terpaksa menangguhkan program bina semangat untuk pelajar tingkatan lima kerana masalah teknikal.iii) MembuatContoh: membukukan, mendirikan, mengasingkan, menunaikan.Ayat contoh:a) Seorang penulis telah membukukan riwayat hidup tokoh itu sepanjang beliau menjadi seorang pemimpin.b) Para guru perlu menunaikan tanggugjawab sebagai seorang pendidik dengan penuh dedikasi.3. Apitan mempeR-...-iPenggunaan apitan mempeR-...-i amat terhad dan boleh bergabung dengan beberapa perkataan sahaja.Kata kerja transitif yang terbentuk daripada apitan memepeR-...-i membawa maksud melakukan atau mengusahakan.Contoh: memperkebuni, memperingatiAyat contoh:a) Razak akan memperkebuni tanah pusaka ayahnya dengan tanaman tebu dan jagung.b) Kita perlu memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan negara.4. Apitan memperR-...-kanKata kerja transitif yang terbentuk daripada apitan mempeR-...-an membawa maksud-maksud yang tertentu, iaitu:i) Melakukan atau membuat.Contoh: memperagakan, memperlepaskan, mempertaruhkan, mempertangguhkanAyat contoh:a) Beberapa orang peragawati sedang memperagakan pakaian tradisional kaum india di atas pentas.b) Pihak syarikat terpaksa mempertangguhkan rancangan tersebut demi kepentingan para pekerja.ii) MenjadikanContoh: mempersarukan, mempertemukan, mempertunangkan, mempertaruhkan.Ayat contoh:a) Wartawan itu berasa gembira kerana berjaya mempertemukan anak kecil itu dengan kedua-dua orang ibu bapanya.b) Kita tidak boleh mempertaruhkan maruah keluarga demi kepentingan diri sendiri.

Awalan Kata Kerja Pasif1. Awalan beR-Awalan beR- digunakan untuk menunjukkan kata kerja pasif atau perbuatan yang dilakukan terhadap benda lain.Kata kerja pasif yang berawalan beR- biasanya didahului kata bantu "belum", '"sudah", "telah" dan "akan".Contoh: bersusun, berlipat, bergosok, berhidangAyat contoh:a) Kakak mengeluh kerana pakaian sekolah masih belum bergosok lagi.b) Buku-buku cerita itu telah bersusun di atas rak sejak beberapa hari yang lalu.2. Awalan di-Awalan di- digunakan dalam ayat pasifPerkataan yang sebenarnya berasal daripada kata berimbuhan meN-.menulis- ditulismencegah- dicegahmemberus- diberusmenggali- digaliAwalan di- bergabung dengan kata kerja dan kata nama untuk membentuk kata kerja pasif.

Kata kerja pasif yang terbentuk daripada awalan di- berfungsi untuk:i) Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif

ii) Menunjukkan bahawa perbuatan itu lebih diberatkan daripada pembuat atau penyambutContoh: ditampar, dicantas, dikurung, dikutip, dihalau.Ayat contoh:a) Dihalaunya burung-burung yang makan padi yang dijemur di halaman rumah.b) Dikurungnya anak-anak itik yang baru menetas itu di dalam reban.iii) Menunjukkan maksud perbuatan yang tidak disebut pembuatnya.Contoh: digubah, ditarik, diberkas, diikat, disusun.Ayat contoh:a) Pesakitkeracunan makanan itu dirawat di hospital sejak tiga hari lalu.b) Semua kerusi dan meja itu disusun di dalam dewan peperiksaan pada petang semalam.3. Awalan ter-Kata kerja pasif yang terbentuk daripada awalan ter- membawa berbagai-bagai maksud. Antaranya:i) Perbuatan yang tidak disengajakanContoh: terambil, terpotong, tergunting, terpijak, tertelan.a) Fahmi terambil buku cerita rakannya dia tergesa-gesa meninggalkan perpustakaan pada petang tadi.b) Tapak kaki budak perempuan itu berdarah kerana terpijak paku karat.ii) Keupayaan atau kesanggupanContoh: terkejar, terangkat, terminum, terbaca.Ayat contoh:a) Azlee tidak terangkat almari yang besar di dalam bilik abangnya.b) Mereka tidak termakan makanan yang masin dan masam itu.iii) Perbuatan yang sudah selesai atau sedia berlaku.Contoh: terkunci, terhidang, terdedah, tersusun.Ayat contoh:a) Rumah sewa itu terkunci sejak beberapa hari lalu.b) Baju-baju itu sentiasa tersusun dengan rapi di dalam almari.Apitan Kata Kerja PasifApitan ke-...-an.Apitan ke-...-an boleh bergabung dengan kata kerja, kata adjektif dan kata nama untuk membentuk kata kerja pasif.

Apitan ke-...-an digunakan untuk membentuk kata kerja pasif yang membawa maksud dikenali atau ditimpa sesuatu.Contoh: kehujanan, kecurian, kedengaran, ketinggalan.Ayat contoh:a) Ayah dan nenek kehujanan ketika pulang dari rumah Mak Ngah.b) Faradilla ketinggalan bas akibat terlewat bangun.SisipanSisipan -el, -em- dan -er- tidak boleh membentuk kata kerja.Walau bagaimanapun, kata nama dan kata adjektif yang bersisipan boleh menjadi kata kerja jika perkataan itu menerima awalan beR- dan meN-.

Ayat contoh:a) Bibah bergemuruh ketika hendak menghadiri ujian memandu kereta pada petang nanti.b) Belon itu menggelembung setelah ditiup oleh Danny.

Ayat contoh:a) Sumiyati menggeletar sewaktu diminta menyampaikan ucapan di atas pentas.b) Kepalanya berserabut dengan pelbagai masalah yang melanda hidupnya.

Imbuhan yang membentuk kata adjektif ialah awalan peN-, awalan ter-, awalan se- dan apitan ke-...-an.Awalan Kata Adjektif1. Awalan peN-Kata adjektif yang terbentuk daripada awalan peN- membawa maksud sifat seseorang.Contoh: pemarah, peramah, pecinta perahsia.Ayat contoha) Saya amat menghormati dan mengagumi Cikgu Faridah kerana beliau seorang guru yang penyabar.b) Norazah mempunyai ramai kawan kerana dia seorang yang peramah2. Awalan se-Kata adjektif yang terbentuk daripada awalan se- membawa maksud:i) SamaContoh: setangkas, semahal, secantik sepadan, seramah.Ayat contoh:a) Pergerakkan pesilat itu tidak setangkas pergerakan Faizol.b) Kak Nisha berasa rendah diri kerana dia tidak secantik ibu dan adiknya.ii) Darjah penghabisan.Contoh: secantik-secantik, sebersih-bersih, setenang-tenang, seindah-indah.Ayat contoh:a) Puan MInah berhias secantik-cantiknya sebelum menghadiri majlis itu.b) Zulaika bersikap setenang-tenangnya dalam menghadapi masalah yang menimpa dirinya.3. Awalan ter-Awalan ter- apabila digabungkan dengan kata adjektif akan membawa maksud paling.Contoh: terkaya, terbaru, terindah, termurah, terpanjang.Ayat contoh:a) Madam Catherine membeli barangan keperluan yang termurah untuk menjimatkan kos perbelanjaaan.b) Mesin basuh yang dibeli oleh lelaki itu ialah model terbaru yang terdapat di pasaran.Apitan Kata AdjektifKata adjektif yang terbentuk daripada apitan ke-...-an membawa maksud-maksud tertentu, iaitu:-i) Menerangkan sifat.Contoh: keprihatinan,kejelitaan, kepintaran, kehandalan.Ayat contoh:a) Farah berasa cemburu akan kejelitaan yang dimiliki oleh Sapura.b) Cikgu Richard mengakui kehandalan pasukan bola sepak sekolah itu sehingga sukar untuk ditewaskan oleh pihak lawan.ii) Menerangkan sifat sesuatu bangsaContoh: kemelayuan, kecintaan, keakraban, kebaratanAyat contoh:a) Pakaian Siew Ling yang kemelayuan menyebabkan rakan-rakannya menyangka bahawa dia berbangsa melayu.b) Tingkah lakunya agak kebaratan setelah beberapa tahun menetap di luar negara.iii) Menyerupai atau seakan-akan serupaContoh: keanak-anakan, kekuning-kuningan, keibuanAyat contoh:a) Perangainya agak keanak-anakan kerana dia merupakan anak bongsu dalam keluarga.b) Pakaian sekolah pelajar itu kelihatan agak kekuning-kuningan kerana sudah lama dipakai.Sisipan Kata AdjektifSisipan -el-, -er- dan -em- boleh bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata adjektif terbitan.Contoh:-el-: selerak, gelembung, kelebakAyat contoh:a) "Jangan selerak barang-barang permainan kamu," kata Nek Tijah kepada cucunya.b) Kulit tangan adikgelembung akibat terkena minyak panas.-er-: kerencang, kerlipAyat contoh:Pemasangan lampu kerlip tambah mengindahkan suasana malam di tempat tersebut.-em-: gemuruh, kemilau, gementar, semerbak.Ayat contoh:a) Kak Ramlah berasa gemuruh ketika hendak berhadapan dengan bakal suaminya.b) Perasaan gementar yang menghantui fikirannya hilang sebaik-baik sahaja dia naik ke atas pentas.

Imbuhan pinjaman dikenali sebagai imbuhan asing. Hal ini bertepatan dengan proses peminjam unsur-unsur imbuhan bahan asing dalam pembentukan kata baharu.Unsur-unsur imbuhan pinjaman terdiri daripada:1. Imbuhan Sanskrit.Imbuhan Sanksrit digunakan secara meluas dalam bahasa Melayu.Imbuhan ini terbahagi kepada dua, iaitu:i) AwalanMaha- Digunakan untuk membentuk kata nama dan kata adjektif yang membawa maksud paling atau tahap tertinggi, terbesar atau teragung.Contoh: maharaja, mahaguru, mahasiswa, mahasisiwi, mahadewi.Ayat contoh:a) Idris Mahmud terkenal sebagai seorang maharaja yang gagah.b) Sekumpulan mahasiswi dari Universiti Islam Antarabangsa sedang menjalankan kaji selidik di sekolah kami.Tata- Digunakan untuk membentuk kata nama yang membawa maksud peraturan, susunan, kaedah atau sistem.Contoh: tatacara, tatakerja, tatatertib, tatabahasa, tatasusila.Ayat contoh:a) Oleh sebab tatakerja Kamsani yang teratur, dia dapat menyiapkan kerjanya dengan cepat.b) "Kamu hendaklah menjaga tatasusila ketika berada di tempat orang," pesan ibu kepada adik.Pra- Digunakan untuk membentuk kata nama yang bermaksud sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.Contoh: prakata, prasangka, prasejarah, prasekolah, prakata, pramatangAyat contoh:a) Filem baru yang ditayangkan di pawagam itu berlatarbelakangkan zaman prasejarah.b) Anak sulung Encik Karim akan memulakan pendidikan prasekolah pada tahun depan.ii) Akhiran-man- Digunakan untuk membentuk kata nama yang membawa maksud pemilik sesuatu sifatatau kepunyaan.Contoh: seniman, budimanAyat contoh:a) Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ialah seniman agung yang sukar dicari ganti.b) Hartawan yang budiman itu telah membiayai persekolahan anak-anak Puan Siti.-wan- Digunakan untuk membentuk kata nama yang membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas atau pemilik sesuatu sifat.Contoh: angkasawan, bangsawan, cendiakawan, dermawan, hartawan, jutawanAyat contoh:a) Kos pembedahan kanak-kanak itu dibiayai oleh seseorang jutawan dari negara Arab.b) Program kemasyarakatan itu ditaja oleh seorang dermawan yang pemurah.-nita-wati- Digunakan untuk membentuk kata nama yang membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan, tugas atau pemilik sesuatu sifat bagi perempuan.Contoh: biduanita, usahawanita, karyawanita, angkasawati, olahragawati, seniwati.Ayat contoh:a) Album terbaru biduanita yang terkenal itu akan dilancarkan di sebuah hotel pada minggu hadapan.b) Anugerah olahragawati sekolah pada tahun ini disandang oleh Jenny LIm.2. Imbuhan Yunani-Latin -Inggeris.Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua, aitu:i) Awalanpro- Digunakan untuk menerbitkan kata adjektif yang membawa maksud menyebelahi sesuatu pihak atau menunjukkan tanda bersetuju.Contoh: prokerajaan (menyokong kerajaan) propembangkang (menyokong pihak pembangkang), probarat (menyokong idea-idea dari barat)Ayat contoh:a) Kumpulan prokerajaan menyokong rancangan pembangunan itu tanpa sebarang masalah.b) Masyarakat yang probaratakan menerima apa sahaja budaya yang dibawa masuk dari negara barat.poli- Membawa maksud banyakContoh: poligami (sistem perkahwinan-orang lelaki yang beristeri lebih dari seorang),Politeknik (institusi pengajian yang mengajar berbagai-bagai bidang teknik) poliklinik (tempat perubatan yang merawat berbagai-bagai jenis penyakit.Ayat contoh:a) Rajesh akan melanjutkan pelajaran di sebuah politeknik pada bulan hadapan.b) Hanya lelaki yang berkemampuan dari segi kewangan dibenarkan mengamalkan poligami.anti- Membawa maksud yang berlawanan dengan awalan pro-, iaitu menunjukkan tanda melawan, membantah, menentang atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak.Contoh: antiagama (menentang agama), antibodi (bahan yang terbentuk dalam darah dan dapat menghapuskan bakteria yang membahayakan tubuh), antidadah ( menentang segala kegiatan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah), antijenayah (menentang kegiatan jenayah)Ayat contoh:a) Ibu sedang memeriksa sudu besi itu sama ada sudu tersebut antikarat atau tidak.b) Pemuda yang antijenayah itu sering membantu pihak polis dalam membenteras jenayah di kawasannya.auto- Membawa maksud secara bersendirianContoh: autobiografi (riwayat hidup yang ditulis sendiri), autokrat (pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak), automatik (mesin atau peralatan yang bergerak secara sendiri)Ayat contoh:a) Wartawan itu telah ditugaskan untuk menulis autobiografi tokoh pemimpiin tersebut.b) Kerja membasuh menjadi lebih mudah dan pantas dengan adanya mesin basuh automatik.sub- Membawa maksud sebahagian daripada keseluruhan.Contoh: subbudaya (elemen yang terkandung dalam budaya), subgolongan (golongan yang lebih kecil), subsistem (bahagian kecil daripada keseluruhan sistem) subeditor (penolong editor)Ayat contoh:a) Bahasa dan pakaian merupakan subbudaya bagi sesuatu bangsa.b) Terdapat subgolongankakitangan di syarikat itu yang lebih suka menyendiri apabila membuat kerja.iii) Akhiran-isContoh: cerpenis (penulis cerpen), ekonomis (tidak boros, jimat) idealis (orang yang mengimpikan sesuatu yang unggul), nasionalis (orang yang mencintai bangsa dan tanah airnya), sistematis (berasaskan satu sistem), vokalis (penyanyi utama bagi sebuah kumpulan muzik)Ayat contoh:a) Sungguhpun Encik Mohd Noh seorang yang kaya, tetapi dia seorang yang ekonomis apabila menguruskan hal kewangan.b) Vokalis utama kumpulan itu sungguh kacak dan tampan apabila menyanyikan lagu popularnya.-ismeContoh: idealisme (melihat atau mencita-citakan sesuatu yang unggul), komunisme (fahaman komunis), nasionalisme (semangat cinta akan bangsa dan tanah air), vandalisme perbuatan merosakkan harta awam)Ayat contoh:a) Semangat nasionalisme perlu disemai daalm diri setiap anggota masyarakat sejak kecil.b) Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas gologan yang melakukan vandalisme ini bagi mengelakkan kejadian yang lebih serius.Pemajmukan Kata1. Merupakan bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan dan membawa maksud yang tertentu.2. Kata majmuk ditulis secara terpisah dan bertindak sebagai satu unit.3. Terdiri daripada tiga golongan kata:i) Kata NamaContoh: kereta api, pasar raya, tukang kasut, lampu isyarat, balai polis, rumah rehatAyat contoh:a) "Inilah kali pertama saya menaiki kereta api", kata Sarman kepada Boon Tan.b) Pasar raya itu menjual berbagai barangan keperluan harian termasuklah barangan elektrik dan plastik.ii) Kata kerjaContoh: ambil alih, ubah suai, tegur sapa, senda gurau, campur aduk, tunjuk ajar.Ayat contoh:a) "Terima kasih di atas segala tunjur ajar yang telah diberikan selama saya berkhidmat disini", kata Rahmat kepada majikannya.b) Puan Halimah terhibur dengan gurau senda suami dan kelima- lima orang anaknya.iii) Kata adjektifContoh: gemuk gedempol, hitam legam, biru laut, sawo matang, kuning langsat.Ayat contoh:a) Ibu suka membeli kain yang berwarna biru laut kerana sesuai dengan kulitnya.b) Alia berkulit kuning langsat manakala adiknya berkulit sawo matang.4. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis:i) Rangkai kata bebasContoh: lalu lintas, mata pelajaran, sampah sarap, bilik darjah, gambar rajahAyat contoh:a) Fairuz sangat menyukai mata pelajaran Sejarah yang di ajar oleh Cikgu Latipah.b) Longgokan sampah sarap di tepi jalan itu menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.ii) Istilah khusus.Contoh: titik buta, deria sentuh, pundi kencing, daya tahan, sel kering, takat didih.Ayat contoh:a) Pesakit itu tidak dapat membuang air kecil kerana mengalami masalah pada pundi kencing.b) Pelajar-pelajar itu sedang menyukat takat didih sewaktu membuat eksperimen di makmal.iii) Kiasan atau simpulan bahasa.Contoh: langkah kiri, anak buah, cakar ayam, mulut tempayan, isis batu, batu apiAyat contoh:a) Mrs. Ng langkah kiri kerana dia tiba setelah keluarga Mrs. Phua selesai makan malam.b) Sulaiman lebih suka meluahkan isi hatinya kepada nizam kerana dia seorang pendengar yang setia.5. Kata majmuk boleh didapati dalam bentuk yang mantap dan dieja sebagai satu perkataan.Contoh: antarabangsa, bumiputera, warganegara, kakitangan, sukarela, jawatankuasa, kerjasama, setiausaha.Ayat contoh:a) Pasukan sukarela itu bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap di dalam runtuhan itu.b) Puan Amalia bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya.6. Kata majmuk turut membentuk kata terbitan, iaitu dengan menambah imbuhan.i) Menerima awalan atau akhiranContoh: mengambil alih, berumah tangga, daya serapan, mengenal pastiAyat contoh:a) Farid mengambil alih tugas sebagai pengurus syarikat sejak ayahnya bersara.b) Nenek menasihati Mak Ngah supaya cepat-cepat berumah tangga.ii) Menerima apitan dan dieja bercantumContoh: mencampuradukkan, keibubapaan, dihubungkaitkan, menyatupadukanAyat contoh:a) Encik Linggam meminta agar namanya tidak dihubungkaitkan dengan kejadian yang berlaku semalam.b) Aktiviti gotong-royong dapat menyatupadukan penduduk yang pelbagai kaum.7. Penggandaan kata majmuk membawa maksud jamak atau banyak dan mempunyai dua bentuk pengulangan.i) Pengulangan kata yang pertama sahaja.Contoh: kedai-kedai makan, jalan-jalan raya, kad-kad kredit, kain-kain burukAyat contoh:a) Penguatkuasa Majlis Perbandaran Petaling Jaya membuat pemeriksaan di kedai-kedai makan di seluruh bandar Petaling Jaya untuk memastikan kebersihannya.b) Jalan-jalan raya di Bandaraya Johor Bahru menjadi lengang pada hari raya kerana ramai penghuninya berhari raya di kampung.ii) Pengulangan keseluruhan perkataan bagi kata majmuk yang sudah mantap dan simpulan bahasa.Contoh: setiausaha-setiausaha, cahaya mata-cahaya mata, kakitangan-kakitangan, tandatangan-tandatangan.Ayat contoh:a) Setiausaha-setiausaha itu dihiburkan oleh persembahan beberapa orang penyanyi terkenal sempena Minggu Setiausaha.b) Borang yang telah diisi itu perlu mempunyai tanda tangan-tanda tangan saksi berserta cop jawatan masing-masing.Mengenal Pasti Kesalahan Dalam AyatKesalahan Tatabahasa Dari Segi Kata

Kesalahan Tatabahasa Dari Segi Frasa

Kesalahan Tatabahasa Dari Segi Struktur Ayat

Copyright 2005 Kenshido International Sdn Bhd

67