Baling Tin

8
5. Objektif permainan adalah menyerang, bertahan dan membina semula kubu tin. 6. Bilangan peserta dalam satu pasukan mesti tidak melebihi daripada sepuluh orang. 7. Dua kumpulan akan bermain dalam tiap satu perlawanan. 8. Satu kumpulan akan bertindak sebagai penyerang, manakala satu kumpulan yang lain akan bertahan dan berusaha menyusun semula kubu tin. 9. Pasukan bertahan mesti menjatuhkan kubu tin dan 1. Setiap peserta penyerang hanya diberi peluang sebanyak 3 kali balingan bola sahaja. 2. Semasa pasukan bertahan membuat balingan untuk menjatuhkan kubu tin, pasukan penyerang dikehendaki berada di belakang pasukan bertahan. 3. Sekiranya kesemua peserta bertahan gagal menjatuhkan kubu tin, satu mata akan diberikan kepada pasukan penyerang dan pasukan penyerang akan mengambil alih perlawanan. 4. Sekiranya pasukan bertahan berjaya mambina kubu tin, maka

description

Baling Tin

Transcript of Baling Tin

Page 1: Baling Tin

Peraturan Am Permainan

5. Objektif permainan adalah menyerang, bertahan dan membina semula kubu tin.

6. Bilangan peserta dalam satu pasukan mesti tidak melebihi daripada sepuluh orang.

7. Dua kumpulan akan bermain dalam tiap satu perlawanan.

8. Satu kumpulan akan bertindak sebagai penyerang, manakala satu kumpulan yang lain akan bertahan dan berusaha menyusun semula kubu tin.

9. Pasukan bertahan mesti menjatuhkan kubu tin dan membinanya semula, manakala pasukan penyerang akan mematikan servis/pergerakan pihak bertahan.

10. Setiap peserta penyerang hanya diberi peluang sebanyak 3 kali balingan bola sahaja.

1. Setiap peserta penyerang hanya diberi peluang sebanyak 3 kali balingan bola sahaja.

2. Semasa pasukan bertahan membuat balingan untuk menjatuhkan kubu tin, pasukan penyerang dikehendaki berada di belakang pasukan bertahan.

3. Sekiranya kesemua peserta bertahan gagal menjatuhkan kubu tin, satu mata akan diberikan kepada pasukan penyerang dan pasukan penyerang akan mengambil alih perlawanan.

4. Sekiranya pasukan bertahan berjaya mambina kubu tin, maka satu mata akan diperolehi oleh pasukan mereka dan perlawanan akan diteruskan semula.

Page 2: Baling Tin

Peraturan Am Permainan

Peraturan Am Permainan

16. Pematian servis berlaku apabila bola yang dibaling oleh peserta penyerang mengenai anggota badan peserta bertahan. Balingan bola untuk mematikan servis peserta bertahan hanya dibenarkan dari sekitar bahu hingga ke lutut sahaja.

17. Jika servis peserta bertahan dimatikan, peserta tersebut dikehendaki keluar dari gelanggang permainan dengan serta merta dan peserta itu dilarang bermain sehingga permainan baru dimulakan.

18. Pihak bertahan tidak dibenarkan menahan bola menggunakan tangan kerana jika ia berlaku, peserta tersebut dianggap tersingkir.

11. Setiap peserta penyerang yang memegang bola tidak boleh bergerak untuk membaling bola kepada rakan sekumpulan atau peserta bertahan. Peserta bertahan yang tersentuh bola juga dianggap tersingkir.

12. Jika kesemua peserta bertahan tersingkir, satu mata akan diberikan kepada pasukan penyerang.

13. Permainan hanya dijalankan di dalam gelanggang sahaja. Mana-mana peserta yang keluar dari gelanggang dianggap tersingkir secara automatik.

14. Pasukan yang mencapai lima mata penuh terlebih dahulu akan dinobatkan sebagai pemenang perlawanan.

15. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Page 3: Baling Tin

Peraturan Am Permainan

Pengenalan

Permainan ini dikenali sebagai baling tin kerana bahan asas permainan ini adalah tin. Oleh

itu permainan ini dikenali sebagai baling tin. Di sesetengah kawasan dikenali sebagai baling

pot atau lecut pot. Permainan baling tin hanya mula diperkenalkan pada awal tahun 1950-

an dan terus popular hingga pertengahan tahun 1970-an. Dari segi pengamalan,

kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina yang gemar memainkannya. Lazimnya

permainan ini dimainkan di kawasan kampung yang kekurangan hiburan. Permainan baling

tin memerlukan kemahiran, ketangkasan dan kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu

permainan tersebut. Selain itu permainan ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara

pemain dalam sesuatu pasukan.

Asal-Usul Pe

Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di Negara ini

sejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah Melayu

dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Jika dahulu kebanyakkan kanak-kanak menggunakan

tin susu yang telah terbuang sebagai bahan asas, tetapi kini terdapat kanak-kanak yang

menggunakan barangan plastik dan sebagainya.

Page 4: Baling Tin

Pengenalan

Asal-Usul Pe

Kaedah Penghasilan

Oleh kerana permainan ini adalah mudah, hanya sebilangan tin-tin susu yang terbuang

sahaja diperlukan. Tin-tin susu yang dijumpai di merata-rata tempat akan dikumpulkan. Tin-

tin yang kemek akan dibaiki dan tin yang yang mempunyai bahagian tajam juga akan

diketuk ke dalam supaya tidak melukakan pemain. Kemudian tin-tin tersebut akan dibasuh

dan dicat supaya kelihatan menarik. Lazimnya bilangan tin tersebut akan disusun dalam

bentuk piramid. Sekurang-kurangnya sebanyak 10 buah tin yang akan digunakan. Namun

begitu, semakin banyak tin, semakin menarik permainan ini, di samping mencabar dan

mengambil masa yang lama untuk ditamatkan. Sekiranya pemain ingin menggunakan bola

yang diperbuat daripada gumpalan kertas, sejumlah kertas digenggan untuk membentuk

seperti sebiji bola. Kemudian bola tersebut dimasukkan ke dalam sebuah plastik yang

kemudian diikat dengan menggunakan tali. Cara ini lebih mudah dihasilkan dan

menjimatkan kos. Oleh itu, kanak-kanak yang tinggal di kawasan kampung boleh

memainkan permainan ini kerana ia mudah dihasilkan.

Page 5: Baling Tin

Kaedah Penghasilan

Alat

Permainan

Tin-tin kosong

Tin-tin kosong ini harus dibersihkan dan dipastikan mana-mana bahagian yang tajam

diratakan supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pemain. Biasanya sepuluh tin

kosong diperlukan. Tin-tin tersebut hendaklah disusun secara bertingkat. Di bahagian

bawah perlu diletakkan sebanyak empat buah tin. Tingkat kedua perlu diletakkan tiga buah

tin dan diikuti dua tin pada tingkat ketiga dan satu di bahagian atas. Ada juga bilangan tin

ditambah untuk menjadikan permainan ini lebih mencabar. Tin-tin yang telah disusun inilah

yang akan dijadikan sasaran para pemain.Adalah lebih menarik sekiranya tin-tin tersebut

dicat dengan warna yang terang supaya memudahkan pemain melihat dengan nyata

susunan tersebut. Warna yang berbeza tidak digalakkan kerana boleh mengelirukan

pemain.

Page 6: Baling Tin

Alat

Permainan

Alat

Permainan

Bola / Selipar / Gumpalan Kertas

Bola hendaklah bersaiz lebih kurang tiga atau empat inci pada garis pusatnya. Walaupun

hanya sebiji bola yang akan digunakan dalam permainan ini, bola simpanan diperlukan

sekiranya bola pecah atau bocor. Biasanya bola yang berwarna terang digunakan bagi

memudahkan pemain melihatnya. Selipar atau kertas gumpalan juga digunakan sebagai

bola. Selipar lebih menarik kerana semasa membaling atau melecut bola tin, selipar akan

melayang dan hanya boleh mengenai bahagian tin sahaja. Gumpalan kertas dibalut dengan

plastik yang kemudiannya diikat dengan tali supaya gumpalan kertas tidak terurai. Bola

kertas ini digunakan kerana ia tidak menyakitkan apabila dibaling kepada pemain.

Page 7: Baling Tin

Alat

Permainan

Kiraan

Mata

Permainan ini dikira dengan kiraan padang. Kiraan padang bermaksud sekiranya pihak pelontar

berjaya menyusun susunan tin yang telah berserakan, bermakna pasukan tersebut akan mendapat

satu mata. Kemudian permainan ini akan diteruskan lagi sehinggalah pasukan pelontar mengalami

kamatian. Sekiranya pemain bijak bermain, dalam satu permainan itu boleh mengutip banyak mata.

Namun apabila salah seorang pihak pelontar telah mengenai bola, permainan tersebut terpaksa

dibatalkan.

Pemain

Jumlah pemain dalam sesebuah pasukan harus sama banyaknya dengan pasukan yang

satu lagi. Kebiasaannya sesebuah pasukan terdiri daripada tiga hingga enam orang. Tiada

pengadil khusus digunakan untuk mengadili permainan baling tin. Biasanya pemain sendiri

yang menentukan perjalanan sesuatu permainan. Pemain juga boleh terdiri daripada

pelbagai jantina. Dari segi usia pula tiada batasan. Namun permainan ini lebih popular

dalam kalangan kanak-kanak yang berusia sekitar enam hingga 12 tahun.

Page 8: Baling Tin

Kiraan

Mata

Pemain

Padang Permainan

Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Namun, kawasan yang dipilih

haruslah luas, lapang dan rata serta bebas daripada benda-benda yang bahaya seperti

objek-objek tajam. Garisan pembaling dengan tin adalah sekitar lima meter. Garisan

permulaan boleh dibentuk menggunakan garisan kaki, gurisan kayu pada tanah dan

sebagainya. Oleh itu, kawasan yang sekitar 10 x 10 meter perlu bersih untuk memastikan

bola terus mengenai tin-tin yangdisusun tanpa sekatan.