Kemahiran Bola Baling

download Kemahiran Bola Baling

of 17

Transcript of Kemahiran Bola Baling

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    1/17

    Kemahiran Bola Baling

    PENGENALAN

    Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah

    diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark

    dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan

    yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu.

    Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang

    pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan

    dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang

    bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali

    sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan)

    telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.

    PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING

    Peringkat Kebangsaan (Malaysia)

    Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada

    sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia

    bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan

    kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang

    dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan.

    Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus

    bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru-

    guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

    Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi

    perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik

    telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat

    kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu

    permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan.

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    2/17

    Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan

    Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang

    mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New

    Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar

    Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan

    antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.

    Peringkat Sekolah dan Maktab

    Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk

    melatih guru-guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan

    kejurulatihan. Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada

    tahun 1985 bagi melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih dan pengadilpermainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru-guru yang ingin

    menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor di

    Kuala Lumpur.

    Di peringkat maktab perguruan pula, permainan bola baling telah mula aktif dan

    dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985. Pada tahun 1986, seramai

    45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus pengadilan dan

    kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di

    kalangan penuntut maktab.

    PERALATAN PERMAINAN

    PENGENALAN

    Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan

    yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau

    gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang

    sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

    GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN

    PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    3/17

    Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan

    boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen

    atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk

    segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol.

    Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu

    garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang

    berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-

    putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol.

    Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan

    gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol

    ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan

    panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalamgelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

    BOLA

    Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna

    yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah

    seperti berikut :

    1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

    Bola saiz 3.

    Berat antara 425 g sehingga 475 g.

    Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.

    2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun

    sehingga 16 tahun)

    Bola saiz 2.

    Berat antara 325 g hingga 375 g.

    Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

    3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12

    tahun)

    Bola saiz 1.

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    4/17

    Berat antara 290 g hingga 330 g.

    Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

    Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan

    disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan

    tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat

    antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling

    Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

    TIANG GOL

    Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri

    daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter.Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya

    3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan

    dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan

    palang ialah 8 cm.

    PEMAIN DAN PAKAIAN

    Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju

    lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua

    pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang

    perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya

    dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada

    pemain-pemain adalah tidak dibenarkan.

    Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10

    orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan

    memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk

    penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain

    gelanggang.

    KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

    1. Berlari

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    5/17

    2. Melompat

    3. Hantaran bola

    4. Menyambut bola

    5. Mengelecek bola dengan tangan

    6. Mengadang

    7. Menjaring

    8. Menjaga gol

    Di dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas

    dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut. 3

    kemahiran asas tersebut ialah :

    1. Hantaran bola

    2. Menangkap bola

    3. Menjaring

    KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA

    Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang

    sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola

    jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :

    a) Hantaran bahu

    b) Hantaran lantun

    c) Hantaran aras dada

    d) Hantaran lompat

    e) Hantaran sisi

    HANTARAN BAHU

    Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan

    Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan

    cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan

    bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau

    memusingkan badannya.

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    6/17

    HANTARAN LANTUN

    Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah

    bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini

    biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.

    HANTARAN ARAS DADA

    Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang.

    Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil

    tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

    HANTARAN LOMPAT

    Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang.Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang

    membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola

    tidak terlepas kepada pihak lawan.

    HANTARAN SISI

    Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan

    pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah

    penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak

    melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang

    mempunyai tapak tangan yang besar.

    PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA

    Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari

    sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:

    a) Suai-masa (timing)

    bilakah bola patut dilepaskan?

    b) Ketepatan adakah bola ditujukan kepada sasarannya?

    c) Arah ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?

    d) Kekuatan sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh

    pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    7/17

    PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN

    Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas

    ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan

    kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk

    menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam

    permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas

    kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:

    a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.

    b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak

    atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.

    Konsep konsep Penting dalam Sistem Tuas

    1. Daya usaha di mana otot menghasilkan daya.

    2. Beban/rintangan sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan

    itu sendiri.

    3. Paksi/fulkrum sendi

    4. Lengan daya dan lengan beban.

    a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.

    b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.

    Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran

    menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan

    pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku

    sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu,

    jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan

    bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku

    dengan cepat.

    KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    8/17

    Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan

    bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan

    kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.

    Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap

    tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis

    hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul

    bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.

    Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi

    permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:

    1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.

    2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.

    3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuattangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.

    4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan

    yang selamat.

    5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu

    dengan kaki belakang.

    6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam

    kedudukan seimbang.

    7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka

    dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk

    bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya

    pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu

    lutut membengkok dan tangan terbalik.

    Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi,

    hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

    CARA MENANGKAP BOLA

    1. Dengan kedua-dua belah tangan bola aras muka

    Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya

    hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    9/17

    dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola

    hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

    2. Dengan kedua-dua belah tangan bola rendah

    Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua

    belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala

    ke bawah semasa menangkap bola.

    3. Menangkap bola dengan sebelah tangan

    Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi

    tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima

    hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yangkemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang

    bola.

    4. Menangkap bola tinggi

    Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor

    yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa

    yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik

    sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya

    dengan lebih kemas.

    KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA

    1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.

    2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu

    jauh di belakang.

    3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.

    4. Genggaman yang tidak kemas.

    5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

    MEMEGANG BOLA

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    10/17

    Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih

    daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan

    gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu

    memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan

    digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya.

    Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan

    mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan

    pemain melakukan gerakan yang seterusnya.

    Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan

    dan berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar

    tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada

    pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.

    KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA

    Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu

    pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya

    dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah

    gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka,

    bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol.

    Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh

    semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada

    pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol.

    Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan

    melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada

    barisan belakang yang akan menjaringkan bola.

    Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama

    yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan

    mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran

    dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah

    berputus asa.

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    11/17

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    12/17

    5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

    Jaringan dari Bawah Lengan

    Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia

    boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi.

    Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau

    pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.

    Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:

    1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan

    dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

    2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkahke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.

    3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

    Jaringan Lompat

    Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala,

    tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak

    tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan

    yang berbahaya.

    Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh

    daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya,

    jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

    Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

    1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain

    memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.

    2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat

    jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala.

    Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    13/17

    3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.

    4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

    Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:

    1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan

    sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.

    2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara

    memusingkan bahu dan lengannya.

    3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol dicelah-celah kaki penjaga gol.

    4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka

    sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

    Jaringan pada Aras Paha

    Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan

    yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha,

    dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat

    pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol

    atau pemain pertahanan.

    Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan

    lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini

    membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol

    pihak lawan.

    Jaringan Sisi

    Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan

    lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.

    Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan.

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    14/17

    Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri

    dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan

    sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di

    bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara

    mengejut.

    Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh

    Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain

    baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada

    aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma.

    Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan

    badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

    Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:

    1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.

    2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke

    kawasan gol.

    3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat

    semasa berada di udara sebelum mendarat.

    4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau

    menggulingkan tangan.

    Jaringan Penalti

    Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan.

    Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

    Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    15/17

    1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah

    fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal

    dilakukan.

    2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.

    3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan

    melambung untuk menjaring.

    4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

    Jaringan Lambung

    Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak

    ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

    1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut

    pemain lawan daripada lontaran penalti.

    2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang

    memperoleh bola untuk membuat jaringan.

    3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika

    terjadi serangan pantas.

    Jaringan Voli

    Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.

    Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:

    1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.

    2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

    3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    16/17

    LATIHAN ANSUR MAJU

    Jaringan Lompat

    a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.

    b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak,

    angkat tangan kanan)

    c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan

    kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.

    d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.

    e) Latihan berpasangan

    berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di

    hadapan.

    f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3

    orang).

    g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).

    Jaringan jaringan Lain

    a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.

    b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.

    c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)

    d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)

    e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

    10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

    1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain

    dan 5 orang sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila bila

    masa dalam permainan.

  • 8/11/2019 Kemahiran Bola Baling

    17/17

    2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.

    3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih

    untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.

    4. Seorang pemain dibenarkan:

    Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun

    dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.

    Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran.

    Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasanpermainan yang ditetapkan.

    5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.

    6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang

    pemain padang.

    7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan kedalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.

    8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak

    lawan hendaklah sekurang kurangnya 3 meter dari pembaling.

    9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu

    menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.

    10. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.

    source : http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kkbi-bola-baling-kemahiran-asas-

    bola.htm