bengkel inovasi

download bengkel inovasi

of 3

description

inovasi

Transcript of bengkel inovasi

MOHD FAIZOL BIN AMAT910125-13-5973 Refleksi BIG Fasa 6 (Bengkel Ciri Guru Inovasi, Refleksi bersama mentor, lawatan sekolah)Bina Insan Guru fasa enam ialah Bengkel Ciri-ciri Guru Inovasi. BIG kali ini banyak mededahkan saya kepada personaliti guru. Setelah mengikuti bengkel ini saya percaya personaliti guru harus dibentuk sejak awal lagi dalam diri setiap individu yang bergelar guru pelatih. Personaliti ini akan mebantu untuk memotivasikan diri ke arah potensi kerja yang cemerlang kelak. Sesungguhnya, pekerjaan sebagai guru pada masa adalah mencabar. Kesannya setelah mengikuti bengkel ini, kini saya lebih tahu akan ciri-ciri seorang guru inovasi.Tujuan utama bengkel dan ceramah ini diadakan adalah untuk menyampaikan seberapa banyak input berguna yang berkaitan kerjaya keguruan sebagai bekalan kepada kami selaku bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa kelak. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti melalalui penganjuran ceramah dan bengkel ini. Kelebihan-kelebihan serta kekurangan-kekurangan semasa pelaksanaan program ceramah dan bengkel ini adalah seperti yang berikut.Melalui penganjuran bengkel dan ceramah ini, terdapat banyak input dan informasi yang berguna yang dapat kami aplikasikan dalam kehidupan seharian terutama apabila kami bergelar guru kelak. pertamanya, melalui ceramah yang disampaikan oleh En Syhibin Bin Japar iaitu mengenai ciri-ciri guru inovatif kami dapat mengetahui mengenai maksud guru inovatif iaitu guru yang suka akan perubahan dan sering berusaha untuk mengubah diri kearah yang lebih baik. Melalui ceramah yang disampaikan, kami dapat mengenalpasti beberapa ciri guru yang berinovatif. Pertamanya, guru tersebut boleh membuat keputusan dengan yakin dan bersifat kreatif dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Membuat keputusan ialah satu proses memilih satu bentuk tindakan dari dua atau lebih alternatif. Kedua, guru yang bersifat inovatif juga perlu menerima komen dan teguran di atas perubahan diri mereka atau diatas sesuatu keputusan yang telah dibuat dan dinilai oleh orang lain. Guru berinovatif ini perlu menerima komen orang lain tanpa mengira komen tersebut samada ia berbentuk pujian atau kritikan. Ini adalah kerana ia merupakan sebahagian dari akauntabiliti dan merupakan cara yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri. Guru berinovatif juga tidak boleh mengelakkan diri dari masalah, malah mereka perlu menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi dengan cara yang paling baik. Masalah ialah satu situasi dimana apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang diingini. Untuk menjadi seorang guru yang berinovasi, kita perlu mempunyai ciri-ciri seperti yang telah dinyatakan di atas. Kelebihan lain semasa ceramah ini disampaikan ialah, kami dapat mengetahui cara-cara berkomunikasi dan menyampaikan maklumat yang berkesan kepada pendengar. Penceramah ini menggunakan strategi yang pelbagai dalam menyampaikan ceramah beliau supaya intipati yang disampaikan dapat difahami oleh kami. Mereka juga menyelitkan beberapa unsur kecindan supaya kami dapat mengikuti program ini dengan jayanya tanpa rasa bosan atau mengantuk. Terdapat juga beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti semasa program ini dijalankan. Antaranya ialah dari segi pengurusan. Semasa bengkel dijalankan oleh penceramah undangan iaitu En Syhibin Bin Japar, keadaan di dalam dewan agak panas hingga mengakibatkan kami berasa rimas dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa penyampaian ceramah tersebut. Masalah ini berlarutan sehingga selesai sesi ceramah tersebut. Selain itu, terdapat juga gangguan persekitaran dimana pelatih-pelatih PISMP keluar dan masuk ke dewan sesuka hati. Perkara ini menyebabkan berlaku sedikit gangguan kepada pelatih-pelatih lain yang sedang mendengar ceramah yang disampaikan.Bina Insan Guru fasa enam juga melibatkan bengkel refleksi bersama mentor. Bengkel ini memberi peluang kepada saya untuk berkongsi perasaan dan pengalaman saya sepanjang mengikuti BIG fasa satu hingga enam. Sememangnya, saya dan rakan-rakan bersama-sama melalu aktiviti BIG yang sama, namun saya percaya nilai pengalaman, perasaan dan ilmu yang diperoleh oleh setiap indvidu adalah berbeza. Bengkel refleksi ini mengajar saya untuk menerima setiap pendapat orang yang ada disekeliling saya. Pendapat setiap orang adalah berbeza walaupun untuk perkara yang sama. Bukan itu sahaja, kini saya percaya bahawa pengalaman adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli melainkan kita sendiri merasakannya. Sepangjag melalui BIG fasa satu hingga enam, pelbagai saya lakukan bersama rakan-rakan. Kesukaran dan kegembiraan kami kongsi bersama. Bengkel refleksi ini juga banyak mengingatkan saya kepada perkara-perkara yang telah saya lupakan. Bengkel ini mengajar saya untuk berkongsi ilmu degan individu lain. Setrusnya, BIG fasa enam yang seterusnya ialah lawatan penanda aras ke sekolah cemerlang. Lawatan ini banyak mendedahkan saya kepada cara pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah. Tambahan pula, sekolah yang kami pilih sebagai lawatan ini adalah sekolah khas untuk orang-orang kurang upaya. Lantaran itu, pelbagai teknik pengurusan dan pentadbiran saya peroleh dan berlainan daripada sekolah biasa. Lawatan ini banyak memberikan impak kedalam diri saya sebagai bakal guru. Kini saya sedar tugasan guru adalah sangat luar ianya meliputi pelbagai aspek. Justeru itu, kesabaran, keyakinan dan kerajinan harus ada dalam setiap diri guru pelatih agar kelak menjadi seorang guru yang cemerlang.Program Bengkel ini merupakan program yang amat bagus dan sesuai kepada kami selaku bakal-bakal guru yang akan mengakhiri bidang ijazah kelak. program ini banyak memberi pendedahan yang amat bernilai kepada kami bakal-bakal guru. Saya mencadangkan pada masa akan datang agar program ini diteruskan dan aktiviti yang lebih menarik dan berkualiti dilaksanakan dan dipelbagaikan bagi melatih dan memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada kami.