Bercerita Spontan

5
HARI SUKAN SEKOLAH SAYA Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu. Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari. Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti pancaragam, tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan. Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing- masing.Suasana di padang riuh-rendah dan meriah. Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Tun Merah telah muncul sebagai juara keseluruhan telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa. Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih. PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA CERITA INI: Kita hendaklah saling bekerjasama antara guru dan murid untuk membuat persiapan sebelum hari sukan. Selain itu bersukan dapat menjaga kesihatan kerana bersukan menyihat tubuh badan serta menjadikan otak kita cergas. Di samping itu, melalui bersukan dapat

Transcript of Bercerita Spontan

HARI SUKAN SEKOLAH SAYAPada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu. Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.padang dihiasi dengan panji-panji dan belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta sukan berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari. Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti pancaragam, tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan. Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana di padang riuh-rendah dan meriah. Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Tun Merah telah muncul sebagai juara keseluruhan telah terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa. Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA CERITA INI:Kita hendaklah saling bekerjasama antara guru dan murid untuk membuat persiapan sebelum hari sukan. Selain itu bersukan dapat menjaga kesihatan kerana bersukan menyihat tubuh badan serta menjadikan otak kita cergas. Di samping itu, melalui bersukan dapat mengeratkan silaturahim antara guru-guru dan murid-murid apabila mereka saling bekerjasama. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan mengharumkan nama sekolah.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung nenek di Sabak Bernam, Selangor. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun tidak berhenti-henti menyebabkan kami sekeluarga berasa bimbang. Oleh sebab itu, keluarga saya mula mengemaskan barang-barang yang penting dan berharga sebagai persediaan jika terpaksa berpindah. Akhirnya, kami terpaksa dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan sampan dan bot. Kami bersyukur kerana semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan selamat. Walau bagaimanapun saya berasa agak sedih setelah melihat seluruh kampung kami telah hampir ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan surut dengan segera dan keadaan kembali pulih seperti biasa.Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai barang keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian. Kaum wanita pula bergotong-royong untuk menyediakan makanan. Saya berasa kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di tempat yang terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat bermain dengan beberapa orang kawan sebaya.Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke kampung, kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang begitu kotor dengan sampah dan lumpur. Banyak harta benda seperti kereta, binatang ternakan dan tanam-tanaman yang musnah.Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk kampung. Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.

PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA CERITA INI:Kita hendaklah saling bekerjasama antara penduduk kampung untuk membersihkan kawasan kampung. Selain itu, kita mesti menjaga kebersihan alam sekitar agar tidak berlaku banjir. Di samping itu, banjir juga dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung apabila mereka saling bekerjasama. Seterusnya, kita hendaklah sentiasa bermurah hati dengan bersedekah kepada orang lain kerana tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima

Kegunaan Pokok KelapaPokok kelapa tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia kerana tumbuhan ini hidup dengan suburnya di sepanjang persisiran pantai.Orang-orang kampung juga suka menanam pokok-pokok kelapa di sekeliling rumah mereka.Pokok kelapa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaan.Hampir semua bahagian pokok kelapa mempunyai kegunaannya sendiri.Buah kelapa mempunyai isi yang sedap dimakan dan boleh diparut untuk mendapatkan santannya.Santan kelapa boleh dimasak kari atau dibuat kuih.Santan juga boleh digoreng untuk mendapatkan minyak. Hampas kelapa yang tinggal boleh dijadikan makanan binatang ternakan seperti ayam dan itik. Minyak kelapa boleh digunakan untuk menggoreng makanan atau dibuat sabun.Sabut buah kelapa boleh dibuat berus,tali dan pengalas kaki. Tempurungnya pula boleh dibuat tabung duit atau kraftangan.Daun kelapa muda boleh dibuat kelongsong ketupat. Lidi yang didapati daripada daun kelapa boleh dijadikan penyapu.Batang pokok kelapa cukup panjang dan biasanya digunakan untuk membuat titi di kampung-kampung.Batang itu juga boleh digergaji dan dibelah untuk dijadikan kayu api.Mayang kelapa menghasilkan nira yang boleh dijadikan minuman.Nira yang telah dimasak boleh dibuat gula melaka manakala nira yang telah diperam boleh dijadikan tuak dan cuka.Memandangkan pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan, maka tidak hairanlah kita menggelarnya Pokok Seribu Guna.

PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARIPADA CERITA INI:Kita hendaklah berdikari dengan menggunakan bahagian-bahagian pokok kelapa yang sebaguna untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Hasil yang dibuat boleh menambah pendapatan seseorang.. Selain itu, kita mesti menghargai alam sekitar agar sentiasa terpelihara. Di samping itu,kita dapat berjimat cermat dengan menghasilkan barangan daripada pokok kelapa tanpa perlu membelinya di kedai. Seterusnya, kita hendaklah sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kejayaan dalam bidang perusahaan daripada pokok kelapa.

Suraya menaiki bas ke hospital.Dia ingin melawat kawannya,Salmi yang terlantar di hospital kerana kemalangan. Suraya membawa buah tangan semasa melawat Salmi di hospital. Ketika sampai di hospital,seorang jururawat sedang memberikan ubat kepada Salmi.Setelah selesai makan ubat, Salmi bersalaman dengan Suraya. Salmi mengucapkan terima kasih kepada Yuan Ni kerana datang menziarahinya.Kemudian, Suraya menolong mengupas buah epal untuk Salmi. Tidak lama kemudian,guru serta kawan-kawan lain tiba. Suraya dan Salmi bersalaman dengan mereka.Salmi menceritakan peristiwa kemalangan yang menimpanya tempoh hari kepada guru dan rakan-rakannya.Pada hari kemalangan,sebuah motosikal yang ditunggang dengan laju oleh seorang pemuda merempuh Salmi yang ketika itu hendak menaiki tangga jejantas.Guru-guru dan rakan-rakan berharap agar Salmi akan cepat sembuh.Sikap penunggang motosikal yang tidak berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya menyebabkan Salmi terlantar di hospital. Doktor yang merawat Salmi menasihatinya supaya sentiasa makan ubat dan menjaga kesihatan diri. Salmi dibenarkan pulang setelah berada di hospital selama seminggu.Pengalaman berada di hospital tidak akan dapat dilupakannya dan akan menjadi kenang-kenangan dalam hidupnya.

Pengajaran cerita ini. Kita patut prihatin seperti Suraya melawat kawannya,Salmi yang terlantar di hospital kerana kemalangan.Seterusnya,kita perlu murah hati dengan membawa buah tangan semasa melawat kawan di hospital.Selain itu,kita hendaklah berbudi bahasa seperti Salmi mengucapkan terima kasih kepada Suraya kerana datang menziarahinya. Akhir sekali,kita perlu menjaga keselamatan dengan tidak mencontohi pemuda yang menunggang motosikal dengan laju lalu merempuh Salmi yang ketika itu hendak menaiki tangga jejantas.