bHn esemen bmk.docx

9
http://guruselamanya.wordpress.com/2012/02/19/10-kesalahan-tatabahasa- bahasa-melayu-yang-lazim-pelajar-lakukan/ Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu By MAB on 19 Februari 2012 1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di … salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang) betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan 2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih 3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada dari – rumus ATM A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan) T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin) M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang) daripada – rumus KABOS K – keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)

description

bm,

Transcript of bHn esemen bmk.docx

http://guruselamanya.wordpress.com/2012/02/19/10-kesalahan-tatabahasa-bahasa-melayu-yang-lazim-pelajar-lakukan/Kesalahan tatabahasa bahasaMelayuBy MAB on 19 Februari 2012 1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama didengan imbuhan di salah disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang) betul di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke salah keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan betul ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada dari rumus ATMA arah (dari belakang, dari timur, dari depan)T tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)M masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang) daripada rumus KABOSK keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)A asal (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung)B banding /beza (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)O orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)S sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)4 Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak) salah semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli betul semua guru, segala alat, kebanyakan ahli5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan salah beratus orang, beribu penonton, berguni padi betul beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan salah paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali betul paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali7 Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah) salah saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan betul saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan8 Pembentukan ayat pasif Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah) Surat itu telah kami hantar. (betul) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah) Laporan itu perlu anda siapkan. (betul) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah) Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)Kesimpulannya, INGAT.. Kata Sendi Nama oleh hanya untuk Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga; yakni mereka, baginda, ibu, ayah Raju, dan lain-lain. Kata Sendi Nama oleh tidak boleh digunakan untuk orang pertama (aku, saya, patik, beta, hamba, kami, kita dan lain-lain) dan kedua (engkau, awak, anda, kalian, dan tuanku).9 Penggunaan imbuhan kaN di tempat kata bantu akan salah sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan betul sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan10 Menjarakkan imbuhan pinjaman salah juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro pembangkang betul jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan, propembangkang betul sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa11 Menganggap penggunaan kata sendi pada dan kepada boleh bertukar gantiPada berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda ( Buku itu ada pada Encik Bean), (taji hanya ada pada ayam jantan), (Adik menampal poster itu pada dinding) bagi menunujkkan maksud sandaran. (pada pandangan saya, guru itu baik/ Tindakan yang bakal diambil bergantung pada keputusan mesyuarat petang ini/ Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu) bagi masa (pada waktu malam, pada era globalisasi, pada musim buah-buahan)Kepada menunjukkan sasaran bagi manusia (surat ini ditujukan kepada Encil Azman/ Acapan sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya) menunjukkan perubahan (Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Ampang meningkat kepada paras bahaya) menunjukkan pecahan (Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)

http://ustazkenali.wordpress.com/2011/10/06/r-bm-2-analisis-kesalahan-bahasa/R: BM 2 Analisis KesalahanBahasaTinggalkan komen Oktober 6, 2011 oleh ustazkenaliR: BM 2 Bahagian DAnalisis Kesalahan BahasaSalah satu soalan yang terdapat dalam soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM ialah soalan Analisis Kesalahan Bahasa; Bahagian D. Dalam soalan ini, satu bahan rangsangan petikan akan dikemukakan dan di dalam petikan tersebut mengandungi beberapa kesalahan bahasa. Tujuan soalan ini dikemukakan adalah untuk menguji tahap penguasaan calon terhadap sistem bahasa Melayu terutama dari aspek morfologi dan sintaksis.Calon dikehendaki menganalisis petikan tersebut dan mengenal pasti tiga perkara yang berikut;o mengenal pasti kesalahan bahasa 1mo menjelaskan sebab kesalahan 1mo membuat pembetulan kesalahan 1mPeruntukan markah untuk bahagian ini ialah 15 markah dan calon hendaklah mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 kesalahan bahasa dalam petikan. Keupayaan calon untuk mendapatkan markah yang cemerlang bergantung pada penguasaan topik sistem bahasa Melayu (tatabahasa) dalam Kertas Satu iaitu tajuk Morfologi dan Sintaksis.Konsep kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa sama ada ejaan, perkataan, susunan frasa atau ayat. Jenis-jenis kesalahan bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;1. Kesalahan ejaan:- ejaan kata asli bahasa Melayu- ejaan kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa serumpun- ejaan kata majmuk (termasuk pengejaan kata majmuk yang telah mantap penggunaannya 15 perkataan)2. Kesalahan morfologi- Kata sendi nama- Kata bilangan- Kata pemeri- Frasa kerja (frasa kerja transitif atau frasa kerja tak transitif)- Hukum D-M- Frasa yang lewah3. Kesalahan sintaksis:- Ayat tergantung (ayat tiada subjek/ predikat)- Ayat pasif (ganti nama diri pertama/ kedua atau ganti nama diri ke-3)- Struktur ayat tidak tepat- Ayat yang kabur/ menyimpang makna4. Kesalahan tanda baca:- tanda sempang (-)- noktah bertindih- tanda tanya dan tanda seru ( ?, ! )UNSUR-UNSUR LEWAH DALAM BAHASA MELAYUYang berikut adalah antara frasa bahasa Melayu yang sering kali diungkapkan secara salah oleh pengguna bahasa Melayu domestik waima disedari atau tidak. Antaranya termasuklah:1.Selain daripadaitu, selain itu2.Kebanyakan pendengar-pendengarRadio Era kebanyakan pendengar Radio Era3. Antaraprasarana kemudahanyang disediakan termasuklah Antara prasarana yang disediakan termasuklah4.Demi untuknegara tercinta, Demi negara tercinta5. Semua pengguna perlu membacaterma dan syarat Pengguna perlu membaca terma dan syarat6.Semua guru-gurudiminta Semua guru diminta7.Ada murid-muridyang Ada murid yang8.Antara masalah-masalahyang Antara masalah yang9.Marcapada ini, isu kekurangan 10.Salah satu daripadafaktor kemerosotan 11.Pada masa kini, 12. Penumpang bas ekspressaling tolak-menolak13.Ahli saintistempatan 14.Sejak kebelakangan ini, 15.Para-para ibu bapahendaklah Jika sekiranya Sejak dari Oleh Muhammed Salehudin AmanKATA jika (jikalau), kalau, dan sejak (semenjak) adalah daripada kelompok kata tugas bahasa Melayu. Kata jika (jikalau) ialah kata hubung pancangan keterangan, manakala kata sejak (semenjak) pula merupalan kata sendi nama.Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga kata hubung pancangan, iaitu kata hubung pancangan relatif (kata hubungnya yang), kata hubung pancangan komplemen (kata hubungnya bahawa) dan kata hubung pancangan keterangan (antara kata hubungnya kerana, sekiranya, hingga, semoga, supaya, dan apabila). Kata hubung pancangan keterangan diringkaskan namanya menjadi kata hubung keterangan sahaja.Kata hubung keterangan berfungsi sebagai menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Misalnya:1. Saya akan pergi (klausa utama)/jika tuan membenarkannya.(klausa keterangan)2. Jikalau tuan pergi,(klausa keterangan)/saya pun ingin pergi. (klausa utama)Kata sejak dan semenjak juga daripada golongan kata tugas. Kata-kata ini membawa konsep penanda waktu atau masa, dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:3. Ia tidak pernah datang-datang lagi semenjak hari lamarannya dahulu ditolak.4. Sejak bulan lalu lagi, dia berkeadaan begitu.Penggunaan kata hubung jika (jikalau) dan kata sendi sejak (semenjak) dalam ayat 1 hingga 4 tersebut merupakan bentuk-bentuk yang baku, yakni bentuk bahasa yang mematuhi peraturan tatabahasa yang utuh.Namun, sering kali kita temukan beberapa kelainan, baik dari segi pengucapan mahupun dari segi penulisan keempat-empat ayat tersebut. Kelainan yang dimaksudkan ialah kelaziman penokokan unsur dalam binaan ayat sehingga menjadikan ayat yang terhasil itu tidak lagi baku. Sementelahan pula, unsur yang ditambahkan dalam binaan ayat tersebut begitu samar kesalahannya oleh tingginya kekerapan penggunaannya dalam berbahasa.Kelainan binaan ayat-ayat 1 hingga 4 begitu kecil, dan kelihatan tiada cacatnya jika tidak diteliti dan dihalusi. Perhatikan ayat terbitan 1a hingga 4a yang berikut ini:1. (a) Saya akan pergi jika sekiranya tuan membenarkannya.(ayat asal: Saya akan pergi jika tuan membenarkannya.)2. (a) Jikalau sekiranya tuan pergi, saya pun ingin pergi.(ayat asal: Jikalau tuan pergi, saya pun ingin pergi.)3. (a) Ia tidak pernah datang-datang lagi semenjak dari hari lamarannya dahulu ditolak.(ayat asal: Ia tidak pernah datang-datang lagi semenjak hari lamarannya dahulu ditolak.)4. (a) Sejak dari bulan lalu lagi, dia berkeadaan begitu.(ayat asal: Sejak bulan lalu lagi, dia berkeadaan begitu.)Kata sekiranya bermaksud kalau, kalau-kalau, seandainya; yakni bersinonim dengan maksud kata jika, jikalau, dan kalau. Penggunaan bentuk frasa jika sekiranya, jikalau sekiranya, atau kalau sekiranya dianggap lewah. Lewah bermaksud berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya yang tidak perlu. Kelewahan ini bukan sahaja membazirkan perkataan, malah menjadikan ayat-ayat yang terbentuk tidak gramatis.Demikian juga kelewahan pada frasa semenjak dari dan sejak dari, dalam ayat 3(a) dan ayat 4(a). Dalam kedua-dua ayat yang berkenaan, kata sendi dari tidak perlu hadir di hadapan kata sendi semenjak, dan sejak. Semua kata tersebut mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai penanda waktu (masa). Kehadiran kata sendi dari dalam ayat-ayat 3(a) dan 4(a) menerbitkan ayat yang tidak baku dari aspek tatabahasa pegangan.Demikian huraian tentang penggunaan yang lewah berhubung dengan kata hubung dan kata sendi. Sebagai pengguna bahasa, kita seharusnya dapat mengenal pasti bentuk-bentuk bahasa yang baku, dan bentuk-bentuk bahasa yang lewah sifatnya, supaya apabila berbahasa, kita dapat memilih bentuk yang baku dalam wacana berbahasa rasmi.KLAUSAKlausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebasKlausa bebasKlausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, klausa bebas ini akan menjadi ayat yang lengkap.Contoh:1. Ahmad menari. (klausa bebas)Klausa tak bebasKlausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama. Contohnya:1. Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguh-sungguh.2. Dia lulus dalam ujian (klausa utama/klausa bebas)3. kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas)