Bincangkan Konsep Budi

5
Bincangkan Konsep Budi, Bahasa dan Budi Bahasa Konsep Budi Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) Edisi Ketiga 2002, budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Seterusnya, budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci. Selain itu, budi juga merupakan suatu tabiat , kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun pertuturan . Sehubungan itu, budi merupakan salah satu nilai murni yang perlu dimiliki dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.Di samping itu, budi Bahasa merupakan salah satu perkataan dalam kata majmuk budi Bahasa yang merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan.Kedua-dua perkataan ini tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Oleh itu, nilai budi Bahasa adalah amat tinggi dan penting dalam masyarakat dan perkara ini telah menyebabkan terciptanya Pantun Budi yang secara tidak langsung memperinci konsep budi seperti contoh di bawah: PANTUN BUDI Buah cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang,

description

lkl

Transcript of Bincangkan Konsep Budi

Bincangkan Konsep Budi, Bahasa dan Budi BahasaKonsep Budi Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) Edisi Ketiga 2002, budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Seterusnya, budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci. Selain itu, budi juga merupakan suatu tabiat , kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun pertuturan . Sehubungan itu, budi merupakan salah satu nilai murni yang perlu dimiliki dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.Di samping itu, budi Bahasa merupakan salah satu perkataan dalam kata majmuk budi Bahasa yang merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan.Kedua-dua perkataan ini tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Oleh itu, nilai budi Bahasa adalah amat tinggi dan penting dalam masyarakat dan perkara ini telah menyebabkan terciptanya Pantun Budi yang secara tidak langsung memperinci konsep budi seperti contoh di bawah: PANTUN BUDIBuah cina di atas batu,Jatuh daunnya ke dalam ruang,Adat dunia memang begitu,Sebab emas budi terbuang,

Buah langsat kuning mencelah,Senduduk tidak berbuah lagi,Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi,

Baik bergalas baik tidak,Buli-buli bertali benang,Baik berbalas baik tidak,Asal budi sama dikenang,

Padi dan nanas tanam di tanjung,Tempat pipit berbuat sarang,Budi dan emas sama dijunjung,Hidup aman dikenang orang.Pantun Budi tersebut menceritakan budi yang ditabur dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Selain itu, budi ditunjukkan berdasarkan pelbagai aspek terutamanya dari segi perbuatan mahupun kewangan. Konsep budi juga memberi penekanan tentang sejauh mana ikhlasnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah diberi seperti menolong seseorang yang amat memerlukan. Selain itu, budi juga tidak dapat ditukar dengan wang ringgit kerana budi akan dibawa mati dan dikenang untuk jangka masa yang lama.

Konsep BahasaBahasa adalah milik manusia yang manusia yang paling penting untuk membezakan manusia dengan makhluk-makluk lain. Manusia dapat berhubung, melahirkan pandangan, perasaan dan pendapat, menyampaikan ilmu dan menciptakan keindahan melalui kesusasteraan dan menurunkan ilmu, kebudayaan, peradaban dari satu generasi kepada satu generasi.Bahasa boleh didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi Bahasa, peranan dan fungsinya. Namun demikian, kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik telah memberi konsep dan takrif bahasa yang hamper sama . Bahasa boleh diertikan sebagai satu system bunyi terdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka.Bahasa juga digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai makna, iaitu hubungan abstrak antara kata.Seterusnya, Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.Justeru, bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara.Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.Seawal 1916, Ferdinand de Saussure telah menyatakan bahawa bahasa merupakan satu sistwm isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan erti dengan bayangan bunyi ( bersifat psikologi) . Menurut beliau lagi, erti dan bayangan bunyi tidak terpisah tetapi tergabung dalam satu rantaian ucapan menurut hokum-hukum tatabahasa.Bloch dan Trager ( 1942) mendefinisikan bahasa sebagai system lambing-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Sementara itu, menurut Noam Chomsky(1957), setiap penutur dan pendengar mempunyai dua perkara penting, iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. Kecekapan bahasa berada dalam otak manusia dan ia diertikan sebagai satu sistem rumus bahasa yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas banyaknya.

1.3 Pengertian Budi Bahasa Nilai budi dan bahasa amat tinggi nilainya dalam masyarakat Malaysia. Budi dan bahasa sering dianggap amalan yang penting dan saling melengkapi. Oleh sebab itulah, orang yang berbudi bahasa amat dihormati dalam masyarakat. Budi bahasa merujuk kapada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.Budi bahasa merupakan amalan setiap lappisan masyarakat di Negara kita memandangkan semua kaum amat menitikberatkan amalan baik dalam kehidupan. Amalan budi bahasa sentiasa diterapkan dalam semua aspek kehidupan oleh setiap kaum di Malaysia untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang dan kesejahteraan. Oleh itu, tidak hairanlah jika penyanyi tersohor Negara, Datuk Siti Nurhalizamenyayikan lirik lagu putisdaripada lagu Budaya Berbudi Bahasa untuk menggambarkan kepentingan amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti berikut:Bangsa Malaysia berhemah tinggi,Ramah dan mesra elok pekertiYang tiada dibantu yang lemah dilindungi,Bertimbang rasa hormat-menghormatiBUDI BAHASA BUDAYA KITA