Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

15
TANAH SIMPANAN MELAYU Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat peruntukan untuk tanah rizab orang Melayu iaitu Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Di dalam perkara 89 fasal (6) menjelaskan bahawa ‘tanah rezab orang Melayu” ertinya tanah yang disimpan untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi negeri tempat terletaknya tanah itu; dan “orang melayu” termasuklah mana-mana orang yang di bawah undang-undang negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu bagi maksud perizaban tanah. Terdapat dua (2) objektif utama tanah simpanan Melayu :- Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu. Menyekat tanah Pegangan Melayu atau Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu. Walau bagaimanapun tidak semua tanah boleh di wartakan sebagai tanah simpanan Melayu. Terdapat beberapa jenis tanah yang hanya boleh diisytiharkan sebagai rizab melayu iaitu :- 1

Transcript of Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

Page 1: Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

TANAH SIMPANAN MELAYU

Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat peruntukan untuk tanah

rizab orang Melayu iaitu Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Di dalam perkara 89

fasal (6) menjelaskan bahawa ‘tanah rezab orang Melayu” ertinya tanah yang disimpan

untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi negeri tempat

terletaknya tanah itu; dan “orang melayu” termasuklah mana-mana orang yang di bawah

undang-undang negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu bagi

maksud perizaban tanah.

Terdapat dua (2) objektif utama tanah simpanan Melayu :-

Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab melayu daripada dilupuskan

dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu.

Menyekat tanah Pegangan Melayu atau Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa

urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Walau bagaimanapun tidak semua tanah boleh di wartakan sebagai tanah

simpanan Melayu. Terdapat beberapa jenis tanah yang hanya boleh diisytiharkan sebagai

rizab melayu iaitu :-

Tanah Kerajaan

Tanah Hutan Simpan

Tanah Rizab Awam

Tanah Milik

Di antara tujuan pengisytihatan tanah simpanan Melayu adalah untuk

mengwujudkan satu kawasan Rizab Melayu. Selain itu ianya bertujuan untuk meminda

had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu. Pengisytiharan juga bertujuan untuk

membatalkan Rizab Melayu.

1

Page 2: Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti di dalam pengisytiharan tanah

simpanan Melayu. Di antara syarat pengisytiharan adalah seperti berikut:-

1. Tanah yang belum dimajukan atau dicucuk tanam sahaja yang boleh

disiytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu.[Perkara 89(2) Perlembagaan

Persekutuan]

2. Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain

yang belum dimajukan atau dicucuk tanam seluas 100 hektar juga hendaklah

disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu.[Perkara

89(2)Perlembagaan Persekutuan]

3. Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan

atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri

itu yang sama jenis dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu

hendaklah serta merta disiytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan

itu adalah tidak sah.[Perkara 89(3)Perlembagaan Persekutuan]

4. Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang Melayu, atau orang

bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan

sebagai Rizab Melayu.[Perkara 89(4)Perlembagaan Persekutuan]

5. Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah Bandar atau tanah yang

termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh diisytiharkan sebagai

Rizab Melayu.[Sek.3(1)ERM Kedah]

6. Di bawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah Bandar atau

tanah pecan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.

2

Page 3: Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu

Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah

kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal

oleh pihak yang berkenaan.

Rizab Orang Asli

Kawasan dan Rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.

[Sek.6(2) dan 7(2) Akta Orang Asli 1954]

SEKATAN-SEKATAN KEPENTINGAN URUSNIAGA

Undang-undang tanah Rizab Melayu diwujudkan dengan dua objektif utama iaitu:-

Melarang tanah kerajaan atau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tanah

Persekutuan, daripada dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan

Melayu; dan

Melarang apa-apa urusniaga persendirian(Private dealings) yang melibatkan

hakmilik Pegangan Melayu di antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Bagi mencapai maksud kedua-dua objektif itu, Enakmen Rizab Melayu (ERM)

memperuntukan beberapa sekatan seperti berikut;-

1. Pelupusan

Mana-mana tanah kerajaan atau tanah Persekutuan yang termasuk ke dalam satu

Rizab Melayu tidak boleh diberimilik, dikeluarkan TOL atau Permit kepada orang bukan

Melayu.

3

Page 4: Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

Sekatan-sekatan dari segi urusniaga

Sekatan-sekatan dari segi urusniaga pula, kedudukannya adalah seperti berikut:-

1. Pindahmilik

Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipindahmilik kepada bukan Melayu kecuali

pindahmilik bersilang dengan syarat boring-borang pindahmiliknya diserahkan serentak

kepada pihak berkuasa pendaftaran yang sepatutnya.

2. Gadaian

Gadaian kepada bukan Melayu juga dilarang. Walau bagaimanapun terdapat satu

pengecualian di mana ianya boleh dibuat dengan memohon kebenaran Pihak berkuasa

Negeri perlu dinyatakan bahawa jika tanah yang digadaikan kepada mereka ini terpaksa

dilelong maka hanya orang Melayu sahaja boleh membeli atau menangkap lelongan

tersebut.

3. Pajakan

Tanah Rizab Melayu hanya boleh dipajakkan kepada Melayu.

4. Lien

Lien 100% tidak dibenarkan, baik kepada Melayu apatah lagi kepada bukan

Melayu.

Sekatan-sekatan Bukan Urusniaga

Selain daripada sekatan-sekatan yang melibatkan pelupusan dan urusniaga,

terdapat lagi beberapa bentuk sekatan yang dikenakan. Di antaranya ialah :-

1. Kaveat

Orang bukan melayu tidak boleh memasukkan apa-apa kaveat persendirian

ataupun kaveat amanah ke atas hakmilik Pegangan Melayu, melainkan orang bukan

Melayu itu bertindak sebagai ejen kepada prinsipalnya yang terdiri daripada orang

4

Page 5: Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

Melayu. Walau bagaimanapun tidak ada sekatan yang dikenakan sekiranya Pendaftar

memasukkan satu kaveat Pendaftar ke atas mana-mana Pegangan Melayu.

2. Perletakhakkan

Sekiranya seorang Melayu itu diisytiharkan dengan sempurnanya sebagai

bankrap, maka tanah Pegangan Melayunya tidak boleh diletakhak kepada Ketua

Pengarah Insolvensi-Pegawai Pemegang Hak(official Assignee) mengikut Akta

Kebangkrapan 1967. Oleh itu jika permohonan dibuat oelh Ketua Pengarah Insolvensi di

bawah seksyen 349 KTN untuk meletakhak tanah Pegangan Melayu itu kepadanya,

permohonan itu hendaklah ditolak. Walau bagaimanapun, Pendaftar boleh memasukkan

satu kaveat Pendaftar bagi melindungi kepentingan kerajaan Persekutuan ke atas tanah

pegangan Melayu itu.

3. Penahanan (Attachment)

Mana-mana hakmilik Pegangan Melayu tidak boleh ditahan bagi

menyempurnakan satu dekri atau perintah oleh mana-mana Mahkamah sekiranya dekri

atau perintah bermaksud untuk diberikan kepada bukan Melayu.

4. Amanah

Mengikut seksyen 145 orang Melayu tidak boleh mengwujudkan apa-apa amanah

yang memberi faedah kepada bukan Melayu. Sekatan ini terpakai jika ianya melibatkan

hakmilik Pegangan Melayu.

5. Pemberian Probat

Di bawah seksyen 15, tiada apa jua probat atau ‘letters of administration’ yang

melibatkan Pegangan Melayu boleh diberikan kepada bukan Melayu.

6. Surat Kuasa Wakil

Apa-apa borang urusniaga yang melibatkan hakmilik Pegangan Melayu yang

ditandatangani oleh orang bukan Melayu bagi pihak tuanpunya Melayunya dengan

menggunakan surat kuasa wakil tidak boleh didaftarkan .

5

Page 6: Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

PERMULAAN SUATU SISTEM TANAH YANG SAMA

Undang-undang tanah yang utama di Semenanjung Malaysia ialah Kanun Tanah

Negara (KTN). Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai pada 1.1.1996. dari

tarikh ini sistem pemegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud di semua negeri di

Semenanjung Malaysia.

Sebelum 1.1.1996 semua negeri ini mempunyai dua system pemegangan tanah

yang agak berlainan. Negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem

yang khusus terdapat di negeri-negeri Selat sebelum perang(yang di contohi daripada

undang-undang harta dan panda hak Inggeris) yang dengannya surat ikatan yang

disempurnakan secara persendirian adalah asas hak milik bagi tanah.

Secara perbandingan sembilan buah negeri-negeri Melayu itu menggunakan suatu

sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas tanah boleh

diperolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan atau berikutan daripada

pendaftaran Kerajaan mengenai urusan-urusan statut yang kemudian. Sistem yang

diamalkan di sembilan buah negeri Melayu adalah dikenali umum sebagai sistem Torrens

atau sistem pendaftaran hak milik.

KTN telah digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926 (undang-

undang yang terpakai kepada Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor sebelum

1.1.1966). Untuk menghapuskan system di pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah

Negara (hak milik-hak milik Pulau Pinang dan Melaka) telah diperbuat dalam tahun 1963

dan dikuatkuasakan pada 1.1.1996. Oleh itu dengan adanya KTN dan Akta Kanun Tanah

Negara (Hak milik-hak milik Pulau Pinang dan Melaka), 1963, kesemua sebelas buah

negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang sama mulai dari 1.1.1996. ini juga

bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas negeri di Semenanjung memakai

system Torrens. Walau bagaimanapun Sabah dan Sarawak masing-masing menggunakan

undang-undang tanahnya sendiri.

6

Page 7: Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

CIRI-CIRI SISTEM TANAH SEBAGAIMANA YANG DIAMALKAN

Sistem Torrens menetapkan dan memperakui, di bawah kuasa kerajaan,

kepunyaan hak milik tanah yang tidak boleh disangkal dan memudahkan,

mempercepatkan dan merendahkan perbelanjaan segala urusan tanah. Tujuan-tujuan

sistem Torrens ialah untuk memberi jaminan dan kesenangan kepada segala urusan tanah.

Hak milik adalah bukti muktamad bahawa orang yang disebutkan di dalamnya adalah

tuan punya tanah yang dinyatakan di dalamnya.

Hak milik-hak milik tanah yang sah memerlukan perihal sempadan-sempadan

yang tepat. Ini bererti bahawa pengukuran tanah yang cekap mestilah dibuat. Suatu hak

milik boleh dikeluarkan bagi tanah dengan apa-apa perihal sempadan yang munasabah,

tetapi jika sempadan-sempadan itu tidak tepat sedangkan hak milik itu masih lagi tidak

boleh disangkal, ia mungkin akan menjadi terdedah kepada pertikaian sempadan adalah

dihapuskan dan dengan itu hak milik itu sebenarnya menjadi tidak boleh disangkal dari

segala segi.

Di antara kebaikan-kebaikan Sistem Torrens ialah seberti berikut:-

1. Tiap-tiap orang yang memiliki tanah akan memegang suatu dokumen hak milik

yang jelas, dijamin oleh kerajaan, membentangkan bukan sahaja untuk pengetahuannya

tetapi juga pengetahuan semua orang berkenaan mengenai segala syarat-syarat dan

kepentingan-kepentingan lain yang melibatkan tanah itu.

2. Tiap-tiap orang boleh memperniagakan tanah secara pendaftaran memorandum

stereotaip dengan mudah tanpa memerlukan carian yang rumit dan mahal menerusi

dokumen-dokumen yang dahulu. Hak milik bagi tanah itu dan hak-hak semua orang

memegang pajakan atau gadaian akan tidak boleh disangkal.

Hendaklah diketahui bahawa Sistem torrens berasal dari Australia Selatan.

Sistem ini dinamakan dengan pengambil sempena Sir Roberts Torrens yang

7

Page 8: Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

memperkenalkannya di Autralia Selatan dalam tahun 1858. kemudiannya ia berkembang

ke seluruh Australia dan kepada banyak bahagian-bahagian lain dalam dunia.

Perkara 89. Tanah simpanan Melayu.

(1) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik

sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi

tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya

oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu, iaitu suatu Enakmen--

(a) yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Dewan Undangan dan dengan undi

tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi; dan

(b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh

majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada

dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi.

(1A) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (1) yang membuat peruntukan

bagi pelucuthakan atau pengembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri, atau bagi

pelucutan, pemunyaan mana-mana tanah simpanan Melayu, atau apa-apa hak atau

kepentingan mengenainya, disebabkan mana-mana orang, atau mana-mana perbadanan,

syarikat atau badan lain (sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan) yang

memegangnya tidak lagi layak atau berwibawa di bawah undang-undang yang berkaitan

yang berhubungan dengan tanah simpanan Melayu untuk memegangnya, tidaklah

menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan Perkara 13.

(2) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan

Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau

dicucuk tanam boleh diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mengikut undang-

undang itu:

Dengan syarat bahawa--

(a) jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu

di bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini, suatu

keluasan tanah yang sama dengan luas tanah itu di dalam Negeri itu yang belum

dibangunkan atau dicucuk tanam hendaklah diadakan bagi pemberian hakmilik umum;

dan

8

Page 9: Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

(b) jumlah keluasan tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini diisytiharkan sebagai

tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini tidak boleh pada bila-bila masa melebihi

jumlah keluasan tanah di Negeri itu yang telah diadakan bagi pemberian hakmilik umum

menurut perenggan (a).

(3) Tertakluk kepada Fasal (4), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang-

undang yang sedia ada, mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu--

(a) mana-mana tanah yang diambil oleh Kerajaan itu melalui perjanjian bagi maksud itu;

(b) mana-mana tanah lain, apabila permohonan dibuat oleh tuan punya tanah itu, dan

dengan persetujuan tiap-tiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan mengenainya,

dan hendaklah, mengikut undang-undang yang sedia ada, dengan serta-merta

mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu, dalam hal jika mana-mana tanah

terhenti menjadi tanah simpanan Melayu, mana-mana tanah lain yang sama jenisnya

dengan tanah itu dan yang luasnya tidak melebihi keluasan tanah itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh membenarkan diisytiharkan sebagai tanah

simpanan Melayu mana-mana tanah yang pada masa perisytiharan itu dipunyai atau

diduduki oleh seseorang yang bukan seorang Melayu atau yang mengenainya atau ke

atasnya orang itu ketika itu mempunyai apa-apa hak atau kepentingan.

(5) Tanpa menjejaskan Fasal (3), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang-

undang, mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu atau kaum lain, dan

mewujudkan amanah bagi maksud itu.

(6) Dalam Perkara ini "tanah simpanan Melayu" ertinya tanah yang disimpan untuk diberi

hakmilik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi Negeri tempat terletaknya

tanah itu; dan "orang Melayu" termasuklah mana-mana orang yang, di bawah undang-

undang Negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu bagi maksud

perizaban tanah.

(7) Tertakluk kepada Perkara 161A, Perkara ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun

apa-apa peruntukan lain dalam perlembagaan ini; tetapi (tanpa menjejaskan mana-mana

peruntukan lain yang sedemikian) tiada tanah boleh dikekalkan atau diisytiharkan sebagai

tanah simpanan Melayu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara ini dan

Perkara 90.

9

Page 10: Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu

(8) Peruntukan Perkara ini hendaklah terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur dan Putrajaya mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan Perkara ini

terpakai bagi sesuatu Negeri, kecuali bahawa Fasal (1) dalam pemakaiannya bagi

Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hendaklah diubahsuaikan

supaya dibaca bahawa mana-mana tanah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sebaik sebelum Hari Merdeka ialah tanah

simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah

simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh

Akta Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli setiap Majlis Parlimen

dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan

mengundi di dalam setiap Majlis Parlimen.

10