BIO

8
Refleksi Muhammad Fauzan bin Aziz Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus SCE1034 Biologi 1 dengan lancar dan jayanya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kursus ini iaitu Encik Noor Bahar bin Mohd Azhar yang telah banyak membimbing saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan masalah dan konflik yang timbul sepanjang melakukan tugas ini. Ketika saya berusaha untuk menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan dan dugaan telah saya tempuhi termasuk juga pengalaman yang berharga juga saya alami dengan hati yang terbuka. Pengalaman yang saya tempuhi ini dalam menyiapkan kerja kursus ini banyak menjadikan saya seorang insan yang lebih matang dan berpengetahuan dalam kesihatan diri. Dalam amali 1 yang telah saya jalankan iaitu eksperimen menguji kandungan makanan untuk karbohidrat, gula penurunan, gula bukan penurunan, protein dan lipid, antara cabaran yang saya hadapi dalam menjalankan eksperimen ini termasuklah bikar yang dipanaskan menggunakan penunu bunsen yang saya gunakan untuk memanaskan tiub telah pecah. Hal ini demikian menyebabkan saya menjadi sedikit menggelabah kerana ini merupakan eksperimen saya yang pertama dalam kursus SCE1034 ini. Pensyarah telah memberitahu saya sebab bikar saya pecah iaitu saya meletakkan tiub kaca menyentuh bikar menyebabkan berlaku pemanasan yang secara langsung, lalu tiub kaca tidak dapat menahan haba yang dibekalkan dan pecah. Setelah saya

description

BIOLOGI

Transcript of BIO

Page 1: BIO

Refleksi

Muhammad Fauzan bin Aziz

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya saya dapat

menyiapkan kerja kursus SCE1034 Biologi 1 dengan lancar dan jayanya. Ribuan

terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kursus ini iaitu Encik Noor Bahar bin

Mohd Azhar yang telah banyak membimbing saya dan rakan-rakan dalam

menyelesaikan masalah dan konflik yang timbul sepanjang melakukan tugas ini.

Ketika saya berusaha untuk menyiapkan tugasan ini, pelbagai halangan dan

dugaan telah saya tempuhi termasuk juga pengalaman yang berharga juga saya

alami dengan hati yang terbuka. Pengalaman yang saya tempuhi ini dalam

menyiapkan kerja kursus ini banyak menjadikan saya seorang insan yang lebih

matang dan berpengetahuan dalam kesihatan diri.

Dalam amali 1 yang telah saya jalankan iaitu eksperimen menguji kandungan

makanan untuk karbohidrat, gula penurunan, gula bukan penurunan, protein dan

lipid, antara cabaran yang saya hadapi dalam menjalankan eksperimen ini

termasuklah bikar yang dipanaskan menggunakan penunu bunsen yang saya

gunakan untuk memanaskan tiub telah pecah. Hal ini demikian menyebabkan saya

menjadi sedikit menggelabah kerana ini merupakan eksperimen saya yang pertama

dalam kursus SCE1034 ini. Pensyarah telah memberitahu saya sebab bikar saya

pecah iaitu saya meletakkan tiub kaca menyentuh bikar menyebabkan berlaku

pemanasan yang secara langsung, lalu tiub kaca tidak dapat menahan haba yang

dibekalkan dan pecah. Setelah saya memerhati radas yang saya gunakan, kasa

dawai yang saya gunakan antara penunu Bunsen dan bikar telah rosak. Hal ini

menyebabkan haba yang dibekalkan penunu Bunsen tidak seragam dalam bikar.

Hal ini demikian menyebabkan bikar pecah kerana haba yang dibekalkan tidak

seragam antara permukaan yang berlainan. Fungsi kasa dawai adalah untuk

menyeragamkan pembekalan haba. Oleh itu, saya mengambil tindakan untuk

membersihkan bikar yang pecah tersebut, lalu memasang radas yang baru bagi

meneruskan eksperimen saya untuk menentukan kandungan dalam makanan.

Di samping itu, terdapat satu prosedur yang saya lakukan dalam amali

tersebut tidak dapat hasil yang tepat. Hal ini kerana terdapat satu langkah yang telah

saya tinggalkan dalam prosedur tersebut. Saya ada membuat kajian tentang

Page 2: BIO

prosedur yang akan dilakukan dalam amali 1 ini tetapi terdapat banyak rujukan yang

tidak dapat dipastikan kesahihannya. Keputusan prosedur iaitu menguji kehadiran

gula bukan penurunan yang dilakukan dalam amali ini tidak dapat diperoleh kerana

saya tidak melaksanakan langkah yang penting dalam prosedur tersebut walaupun

saya ada membuat kajian tentang ini. Saya mengikut prosedur yang telah

disediakan oleh pensyarah. Saya juga menghadapi masalah dalam mencari bahan

untuk membuat rujukan yang sahih. Terdapat banyak bahan rujukan yang saya

peroleh melalui Internet. Oleh hal yang demikian, saya telah membuat beberapa

kajian dan analisis setiap maklumat yang saya peroleh untuk mendapatkan prosedur

yang tepat untuk melaksanakan amali ini demi mendapatkan hasil kerja yang

berkualiti. Perkara ini telah mengajar diri saya untuk berinteraksi dengan pensyarah

sekerap yang mungkin jika ada sedikit ketidakfahaman dalam melaksanakan tugas

dan pembelajaran dalam kelas.

Antara cabaran yang saya hadapi dalam kuiz 1 yang telah dilaksanakan oleh

Encik Noor Bahar bin Mohd Azhar termasuklah kesukaran mencari bahan dalam

bahasa Melayu untuk dijadikan sebagai bahan untuk mengulangkaji pelajaran. Buku

Biologi yang dalam bahasa Melayu amatlah sukar untuk diperoleh daripada kedai-

kedai buku. Oleh itu, saya menggunakan buku yang berbahasa Inggeris walaupun

kuiz dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran saya dalam

kedua-dua bidang iaitu bahasa dan pengetahuan dalam biologi.

Selain itu, kuiz 1 dalam kerja kursus ini merupakan kuiz yang pertama dalam

kursus ini. Oleh itu, saya tidak tahu bentuk soalan yang akan diajukan dalam kuiz

tersebut. Hal ini demikian menyebabkan saya mengulangkaji semua pelajaran dari

tajuk 1 hingga tajuk 3. Hal ini sekali gus dapat meningkatkan dan mengukuhkan

semula pengetahuan yang sedia ada tentang tajuk-tajuk tersebut. Pensyarah juga

ada memberikan edaran berbentuk latihan. Saya membuat latihan tersebut dengan

sebaiknya dan menulis semua isi dalam jawapan. Secara tidak langsung saya

mengetahui bentuk-bentuk soalan yang diajukan dalam kuiz tersebut. Hal ini

menunjukkan tindakan yang telah saya lakukan itu telah berbaloi kerana edaran

latihan tersebut hampir sama dengan soalan kuiz.

Konklusinya, pelbagai rintangan dan pengalaman yang telah saya tempuhi

dalam menjalankan kerja kursus. Hal ini mengajar saya supaya menjadi lebih

Page 3: BIO

proaktif dalam mencari maklumat sama ada melalui internet ataupun bertanyakan

kepada pensyarah. Pengalaman dan rintangan yang saya hadapi itu akan saya

jadikan pedoman dalam supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama lagi

pada masa yang akan datang. Saya berasa lega dan amat bersyukur kerana saya

dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya dan saya juga mengambil kesempatan

ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu Encik Noor

Bahar bin Mohd Azhar serta rakan-rakan yang telah memberi kerjasama dan

bantuan yang tidak terhingga dalam melaksanakan tugasan ini.

Page 4: BIO

Refleksi

Muhammad Fauzan bin Aziz

Syukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana saya berjaya juga akhirnya

menyiapkan kerja kursus Biologi 1 (SCE1034). Subjek ini pernah saya pelajari

sebelum ini dan hal ini menyebabkan saya berasa semangat untuk melaksanakan

kerja kursus ini dan berusaha bersungguh-sungguh melakukannya kerana kerja

kursus yang dilaksanakan banyak mendedahkan tentang cara menggunakan

sesuatu radas di dalam makmal seperti mikroskop dan jisim penimbang. Namun

sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini terdapat beberapa halangan dan cabaran

yang terpaksa saya sahut.

Antara cabaran yang saya tempuhi semasa menjalankan kerja kursus ini

adalah kesukaran untuk mencari bahan rujukan yang dalam bahasa Melayu. Semua

bahan rujukan sama ada buku atau internet majoritinya dalam bahasa Inggeris. Hal

ini merupakan cabaran bagi saya kerana saya perlu menterjemahkan semula bahan-

bahan tersebut supaya dapat dijadikan rujukan. Selain itu juga, sebelum saya masuk

ke Institut Pendidikan Guru, saya mempelajari subjek Biologi menggunakan bahasa

Inggeris. Setelah mempelajari subjek ini setelah memasuki IPG, pembelajaran

Biologi menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini demikian menyebabkan saya agak

sedikit susah untuk memahami beberapa istilah yang tidak pernah saya dengari

sebelum ini. Oleh itu, sebagai seorang guru pelatih, saya mengambil langkah yang

proaktif untuk mengadaptasikan diri saya dalam mempelajari kursus ini dalam

bahasa Melayu.

Melalui kerja kursus ini juga, saya telah memperoleh pelbagai maklumat

tentang kursus ini sebagai satu persediaan untuk menghadapi kuiz pendek yang

dilaksanakan apabila tamat satu topik yang dipelajari. Oleh itu, saya dapat

mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik dalam memahami

konsep biologi asas. Sebelum menghadapi kuiz pendek tersebut, saya telah

menerima pelbagai manfaat dan faedah yang berguna untuk diri saya setelah

banyak membuat perbincangan bersama rakan-rakan. Banyak juga pengalaman

yang saya tempuhi ketika sesi pembelajaran yang boleh dijadikan pedoman hidup

untuk masa yang mendatang. Secara tidak langsung, saya dapat mengumpul dan

Page 5: BIO

menyimpan sebanyak-banyak bahan yang boleh digunakan dan disimpan untuk

dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran yang boleh digunakan kelak.

Selain itu, semasa menjalankan amali 2 bersama Cik Kamariah binti Jini yang

dilaksanakan secara berkumpulan, banyak pengetahuan yang sebelum ini saya

tidak ketahui diperoleh melalui amali yang dijalankan ini. Saya menjalankan amali

tersebut bersama Khirulnisa dan Raihanah. Sebelum ini saya tidak pandai

menggunakan mikroskop. Melalui amali yang telah saya laksanakan iaitu memerhati

dan mengira saiz sel epidermis bawang dan sel pipi, saya telah dapat menggunakan

mikroskop dengan baik dan hal ini memberikan saya dorongan untuk lebih

mendalami konsep biologi yang berkaitan dengan pembelajaran dalam kelas.

Ketika menjalani amali, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi.

Antaranya termasuklah saiz sel pipi tidak dapat dilihat dengan jelas. Oleh kerana

masalah ini, berlakulah interaksi antara ahli kumpulan saya. Kami berbincang

tentang masalah tersebut. Rakan saya memeriksa sebab kami tidak dapat melihat

sel pipi melalui mikroskop. Setelah kami menemui jalan buntu, kami bertanyakan

kepada pensyarah kami tentang masalah yang kami hadapi. Pensyarah kami

memberitahu beberapa kemungkinan ralat yang mungkin berlaku dalam amali kami.

Kami membuat kesimpulan bahawa kanta yang digunakan dalam mikroskop sudah

mengalami kerosakan akibat sudah lama tidak dipakai.

Saya juga menghadapi masalah dalam mencari bahan untuk membuat

rujukan yang sahih. Terdapat banyak bahan rujukan yang saya peroleh melalui

Internet. Oleh hal yang demikian, saya telah membuat beberapa kajian dan analisis

setiap maklumat yang saya peroleh untuk mendapatkan isi yang tepat untuk

diletakkan ke dalam kerja kursus ini demi mendapatkan hasil kerja yang berkualiti.

Oleh hal yang demikian, saya merujuk kepada buku teks kerana ilmu yang dalam

buku lebih sahih berbanding ilmu bersumberkan dari internet. Walaupun mempunyai

masalah ketika mengkaji setiap bahan, namun saya berasa gembira kerana lebih

banyak saya kaji lebih banyak ilmu pengetahuan yang saya peroleh. Hal ini secara

tidak langsung menambah minat saya untuk meneroka lebih lagi tentang sesuatu

pengetahuan tentang kursus ini.

Konklusinya, pelbagai rintangan yang saya hadapi dalam menyiapkan tugasan kerja

kursus ini. Oleh hal yang demikian, rintangan yang saya hadapi itu akan saya

Page 6: BIO

jadikan sebagai pedoman dan saya akan cuba untuk tidak menghadapi rintangan

tersebut pada masa yang akan datang. Saya berasa lega dan amat bersyukur

kerana saya dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya dan saya juga mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu Cik

Kamariah binti Jini serta rakan-rakan yang telah memberi kerjasama dan bantuan

yang tidak terhingga dalam melaksanakan tugasan ini.