Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 22

Transcript of Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/22

    4551/3 BIOLOGI 3

    Biologi 3 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kertas Biologi 4551/3 mengandungi 2 soalan.

    Calon dikehendaki menjawab kedua-dua soalan tersebut.

    Soalan 1 - Soalan berstruktur yang merangkumi 11 aspek kemahiran proses sains.

    Soalan 2 - Soalan esei yang merangkumi 5 aspek kemahiran proses sains yang

    memerlukan calon merancang eksperimen.

    Calon diberi masa 1 jam 30 minit untuk menjawab kedua-dua soalan tersebut.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Calon mempamerkan prestasi yang baik. Calon dapat menguasai dengan baik hampir

    semua aspek dalam kemahiran proses sains bagi Soalan 1. Bagi Soalan 2, ramai calon

    tidak dapat merancang eksperimen dengan lengkap. Mereka tidak dapat menjawab

    mengikuti kehendak Soalan 2.

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Kumpulan Tinggi

    Calon menguasai dengan cemerlang semua aspek dalam kemahiran proses sains

    kecuali menerangkan hubungan pembolehubah dalam graf, menerangkan ramalan dan

    mendefinisi secara operasi.

    Kumpulan Sederhana

    Calon kurang menguasai aspek dalam kemahiran proses sains terutama dalam

    menjawab Soalan 2 kerana gagal mengenalpasti pembolehubah dan menulis prosedur

    eksperimen.

    Kumpulan Rendah

    Calon lemah menguasai aspek kemahiran proses sains dan merancang eksperimen.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/22

    Biologi 3 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI TERPERINCI

    Soalan 1(a) - Merekod data

    Semua calon menjawab dengan tepat.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/22

    Biologi 3 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(b)(i) - Menyatakan pemerhatian

    Kebanyakan calon menjawab dengan tepat menghubungkan pembolehubah

    dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/22

    Biologi 3 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat calon yang memberikan jawapan kurang tepat, iaitu menyatakan hanya satu

    pembolehubah.

    Sebilangan kecil memberikan jawapan pada tahap idea.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/22

    Biologi 3 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan (b)(ii ) - Menyatakan inferens

    Kebanyakan calon menyatakan inferens dengan menerangkan pembolehubah bergerak

    balas sahaja.

    Calon sepatutnya membuat inferens dengan menerangkan kedua-dua pembolehubah

    yang dinyatakan dalam pemerhatian.

    Contoh jawapan:

    Apabila berehat, murid tidak menjalankan aktiviti, maka karbon dioksida yang dihasilkanadalah sedikit.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/22

    Biologi 3 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat juga calon menyatakan inferens dengan kurang tepat, iaitu hanya

    menerangkan salah satu pembolehubah yang dinyatakan dalam pemerhatian.

    Segelintir calon hanya menyatakan inferens pada tahap idea sahaja.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/22

    Biologi 3 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(c) - Mengawal Pembolehubah

    Kebanyakan calon menyatakan pembolehubah-pembolehubah dan cara

    mengendalikan pembolehubah dengan tepat.

    Contoh 1:

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/22

    Biologi 3 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Contoh 2:

    Sebahagian calon menjawab dengan kurang tepat. Calon tidak menulis rekod dan

    radas yang digunakan untuk mengukur pembolehubah bergerak balas, atau tidak

    memberikan formula untuk mengira peratus karbon dioksida.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/22

    Biologi 3 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(d) - Menyatakan Hipotesis

    Kebanyakan calon menyatakan hipotesis dengan tepat, iaitu dapat menunjukkan

    hubungan antara pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak

    balas.

    Contoh 1

    Sebilangan calon tidak menyatakan hubungan antara pembolehubah dengan jelas.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/22

    Biologi 3 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(e)(i) - Membina jadual untuk merekod data

    Kebanyakan calon membina jadual dengan mengikut kehendak soalan untuk merekod

    data eksperimen dan dapat mengira peratusan karbon dioksida dengan betul.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/22

    Biologi 3 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(e)(ii) - Melukis graf

    Kebanyakan calon melukis graf dengan memenuhi kriteria, iaitu menulis skala paksi

    yang seragam, memindah titik dengan betul dan melukis garisan graf melalui semua

    titik.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/22

    Biologi 3 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat juga calon memberi skala salah dan melukis garisan graf yang melebihi titik

    ditandakan.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/22

    Biologi 3 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(f) - Menerangkan hubungan antara masa aktiviti dengan peratusan

    karbon dioksida.

    Kebanyakan calon menyatakan hubungan antara masa aktiviti dengan peratusan

    karbon dioksida dengan betul tetapi gagal menerangkan hubungan dengan lengkap.

    Calon sepatutnya menerangkan sebab peningkatan peratusan karbon dioksida seperti;

    memerlukan lebih tenaga untuk aktiviti dan peningkatan kadar respirasi sel. Contoh

    jawapan di bawah menunjukkan penerangan yang tidak lengkap.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/22

    Biologi 3 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(g) - Meramal peratusan karbon dioksida.

    Sebahagian calon meramal dan memberi penerangan yang lengkap.

    Kebanyakan calon gagal meramal peratusan karbon dioksida kerana tidak memahami

    kehendak soalan.

    Calon sepatutnya menjawab peratusan karbon dioksida yang lebih rendah kerana

    udara hembusan diambil selepas berehat selama sepuluh minit.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/22

    Biologi 3 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(h) - Menyatakan definisi secara operasi

    Hanya sebilangan kecil menjawab dengan tepat

    Kebanyakan calon gagal menyatakan definisi udara hembusan secara operasi dengan

    tepat. Calon hanya menyatakan udara hembusan mengandungi karbon dioksida dan

    faktor yang mempengaruhi peratusannya. Mereka tidak menyatakan larutan kalium

    hidroksida menyerap gas karbon diokisda.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/22

    Biologi 3 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(i) - Mengelas

    Kebanyakan calon mengelas bahan dan radas eksperimen dengan betul.

    Soalan 2

    Menulis penyataan masalah

    Kebanyakan calon menulis pernyataan masalah dengan betul. Mereka dapat

    menghubungkait pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak

    balas dalam bentuk soalan.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    17/22

    Biologi 3 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Menyatakan hipotesis

    Sebahagian kecil calon sahaja menyatakan hipoteis dengan betul.

    Terdapat calon yang gagal memberi hubungan yang betul antara pembolehubah

    dimanipulasikan dengan pembolehubah bergerak balas.

    Kebanyakan calon gagal menulis hipotesis dengan betul. Mereka gagal mengenalpasti

    pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas dengan tepat.

    Calon hanya menyatakan satu pembolehubah.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    18/22

    Biologi 3 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Mengenalpasti pembolehubah

    Sebilangan calon mengenalpastikan pembolehubah dengan betul.

    Kebanyakan calon gagal menentukan pembolehubah dimanipulasikan. Pembolehubah

    dimanipulasikan dalam eksperimen ini adalah persaingan antara dua spesis tumbuhan,

    iaitu pokok jagung dan pokok padi.

    Menyenaraikan radas dan bahan eksperimen

    Terdapat calon menyenaraikan radas dan bahan dengan lengkap.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    19/22

    Biologi 3 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kebanyakan calon tidak menyenaraikan kotak semaian (seedling tray)

    Menulis prosedur eksperimen

    Calon cemerlang menulis prosedur eksperimen dengan lengkap, iaitu merangkumi

    persediaan radas dan bahan, mengoperasi semua pembolehubah, dan menyatakan

    langkah berjaga-jaga.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    20/22

    Biologi 3 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kebanyakan calon gagal menulis prosedur dengan lengkap, kerana mereka tidakmenyatakan radas yang digunakan untuk mengukur pembolehubah bergerak balas dan

    juga langkah berjaga.-jaga.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    21/22

    Biologi 3 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Mempersembahkan data eksperimen

    Sebahagian kecil calon membina jadual dengan tajuk dan unit yang betul, iaitu

    mempunyai tajuk pembolehubah dimanipulasikan (jagung dan padi), dan

    pembolehubah bergerak balas yang diukur dalam eksperimen (seperti perbezaan

    ketinggian, saiz dan jisim kering anak benih atau kadar pertumbuhan)

    Kebanyakan calon membina jadual data dengan hanya pembolehubah

    dimanipulasikan.

  • 7/27/2019 Biology K3 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    22/22

    Biologi 3 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Calon perlu terlibat secara aktif semasa menjalankan eksperimen dalam makmal

    2. Laporan eksperimen perlu ditulis dengan lengkap sebaik sahaja selesai

    eksperimen dilakukan

    3. Calon perlu mengetahui semua eksperimen dan aktiviti dalam buku teks amali

    sekolah.

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Guru mesti memahami objektif pentaksiran elemen dan aspek bagi setiap

    kemahiran proses sains seperti yang terdapat dalam buku format pentaksiran

    LPM.

    2. Guru baru perlu mendapat pendedahan tentang format pentaksiran Biologi 3.

    3. Guru wajib menjalankan semua eksperimen penting yang disaran dalambuku Huraian Sukatan Pelajaran.