Bm lb011 set1

10
Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________ 011 Bahasa Melayu MLB 2009 Set 1 50 minit JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________ MODUL LATIH BIMBING UPSR 2009 011 011 BAHASA MELAYU Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak. 011 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

Transcript of Bm lb011 set1

Page 1: Bm lb011 set1

Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________

011 Bahasa Melayu MLB 2009 Set 1 50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

_____________________________________________

MODUL �LATIH BIMBING� UPSR 2009

011

011 � BAHASA MELAYU

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

011 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

Page 2: Bm lb011 set1

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

2

Soalan 1 hingga Soalan 21

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Faiz gemar bermain tenis, sepak raga, ________ bola baling. A atau B serta C sambil D dengan Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2

Abdul Rahman tidak akan bermain badminton ________ kerja rumahnya belum selesai.

A semasa B setelah C supaya D selagi

3

Azli akan tetap berusaha untuk memujuk ________ emaknya bersetuju dengan hasratnya untuk bermain badminton itu.

A kendatipun B sehingga C kecuali D namun 4

Azli dan Faiz benar-benar teruja ________ mendengar semua rakan sekelasnya berjaya memperoleh 5A dalam UPSR.

A lalu B tatkala C sambil D kerana 5 ________ Hani pereka fesyen yang terkenal namun, dia tidak bersikap hidung tinggi. A Jikalau B Meskipun C Semenjak D Sama ada 6

Terdapat pelbagai jenis kraf tangan yang dipamerkan oleh penduduk kampung ________ gubahan buah-buahan.

A dan B atau C yang D kecuali

Page 3: Bm lb011 set1

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

3

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7 Entah esok ________ lusa keputusan peperiksaan UPSR akan diumumkan.

A atau B akan C maka D untuk

8

________ Faiz yang berbadan kurus pun mampu mengangkat bebaban itu ________ Azli yang berbadan besar.

A Meskipun � namum B Sedangkan � apatah C Jangankan � bahkan D Kendatipun � mahupun

9

�________ saya tidak datang dalam masa suku jam, awak berdua pergilah dahulu,� kata Faiz kepada rakan-rakannya.

A Selagi B Semasa C Selepas D Sekiranya

10 �________ kah saudari Azie mula menceburi bidang lakonan?� tanya wartawan itu kepada

pelakon kecil molek itu. A Bagaimana B Mengapa C Di mana D Bila

11 Sazaliyana berminat untuk menyertai rombongan ke Melaka. ________, dia meminta izin

daripada ayahnya. A Sebaliknya B Sedangkan C Lantaran itu D Kalau begitu

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah

12 ________ yang tua ________ yang muda sama-sama sepakat untuk membersihkan kawasan balai raya itu.

A Baik � mahupun B Jangankan � pun C Walaupun � namun D Bukan sahaja � entah

Page 4: Bm lb011 set1

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

4

13 Siti Zakiah amat disayangi ibu bapanya. ________, setelah dia mendapat Anugerah Murid

Cemerlang Akademik Tahun 2009. A Justeru B Sebaliknya C Oleh sebab itu D Lebih-lebih lagi

14 Berbagai-bagai usaha telah dilakukan untuk membasmi kemiskinan penduduk kampung. ________, masih belum menampakkan kesan yang memberangsangkan.

A Walau bagaimanapun B Tambahan pula C Selain itu D Oleh itu

15 Haziq tidak dapat menyertai pertandingan badminton di sekolahnya. ________ dia akan berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.

A Padahal B Kendatipun C Namun begitu D Dengan demikian Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah

16 Hani dan kawannya akan menunggu bas di ________ untuk pergi ke tempat kerja.

A stesen bas B terminal bas C pangkalan bas D perhentian bas

17 �Jika ingin mendapatkan aksesori komputer, saudari hendaklah berkunjung ke ________,� kata Fuad kepada gadis itu.

A pajak gadai B kedai runcit C gedung ilmu D galeri komputer

18 Keluarga Azli masih lagi menggunakan ________, iaitu kereta nasional keluaran pertama negara kita Malaysia.

A Proton Satria B Proton Saga C Proton Waja D Proton Wira

Page 5: Bm lb011 set1

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

5

19 �Kain sutera ________ tentu buatan dari luar negara,� kata ibu Hamid sambil membelek-

belek kain sutera tersebut. A ini B itu C situ D sana 20 ________ yang ingin menyertai lawatan ke Pameran Buku di PWTC bolehlah berjumpa

dengan Cikgu Rosnah. A Bila-bila B Apa-apa C Mana-mana D Siapa-siapa 21 Sudah agak lama kami menunggu Abang Hassan di stesen teksi. Entah berapa lamakah

lagi kami harus menunggunya di ________? A sini B situ C sana D mana Soalan 22 hingga Soalan 24

Pilih ayat yang betul.

22 A Pekan Baru itu tidak jauh dari sini. B Afandi tidak gemar tinggal di kampung situ. C Jadikan kekalahan tersebut sebagai satu pengajaran. D Cenderahati mana-mana akan kami berikan kepada Salmizan. 23 A Apakah yang menghantar kamu pulang? B Sejak bilakah mereka berpindah ke Bukit Katil? C Bagaimanakah pameran kraf tangan diadakan? D Manakah antara kamu yang tinggal di Kemaman? 24 A Rajiv mengambil sebuah novel sambil membacanya. B Rosmah memotong sayur ketika menyanyi di dapur. C Faiz berdiri kerana memberi salam kepada guru kelas mereka. D Aziz mencuci tangan lalu makan nasi yang dihidangkan ibunya.

Page 6: Bm lb011 set1

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

6

Soalan 25 hingga Soalan 26

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Nenek membelikan cucunya raket setelah memenangi pertandingan itu. II Kereta itu telah ditunda oleh kerana dia tidak mematuhi peraturan jalan raya. III Penjenayah itu telah ditangkap walaupun terbabit dalam beberapa rompakan. IV Tanaman sayur-sayuran yang diusahakan oleh mereka mendatangkan keuntungan. A

B C D

I dan II sahaja I dan IV sahaja I, II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja

26 I Tarian itu dipersembahkan untuk tontonan tetamu. II Harga barang tetap naik meskipun harga minyak turun. III Sungguhpun bertubuh kerdil namun dia bercita-cita besar. IV Jangankan menonggang motosikal, basikal pun tidak pandai dikayuhnya. A

B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

27 I Mengapakah bentuk bantuan yang diberikan kepada mangsa tsunami? II Bilakah penduduk kampung akan mengadakan pameran kraf tangan? III Apakah hadiah utama untuk pemenang pertandingan badminton itu? IV Siapakah pemuda yang berkaca mata hitam itu? A

B C D

I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

28 I Datuk sering berdoa agar dimurahkan rezeki ketika hidup bahagia. II Kami tidak akan bermalam di teratak usang ini kecuali tiada pilihan. III Didi mesti makan ubat supaya cepat sembuh demam selesemanya itu.

IV Nenek Azli sempat menggubah bunga manakala sibuk menjaga cucu-cucunya. A

B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Page 7: Bm lb011 set1

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

7

29

Nenek pernah berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan sebagai pengurus.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas.

A Di manakah nenek pernah berkhidmat? B Bilakah nenek berkhidmat sebagai pengurus? C Apakah tugas nenek semasa sedang berkhidmat? D Apakah perkhidmatan yang pernah diberikan oleh nenek? 30

Hani sekeluarga melawat ke Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari Ahad yang lalu.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas.

A Bilakah Hani sekeluarga melawat Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur? B Siapakah yang akan pergi melawat Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur? C Mengapakah Hani dan keluarganya melawat Pameran Buku Antarabangsa Kuala

Lumpur pada hari Ahad? D Bagaimanakah Hani sekeluarga pergi melawat Pameran Buku Anarabangsa Kuala

Lumpur pada hari Ahad? Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada cuti sekolah yang lalu, Salim telah berkunjung ke rumah datuk dan neneknya di sebuah perkampungan FELDA, di negeri Pahang. Apabila sampai, Salim bersalaman dengan datuk dan neneknya. Ketika itu, nenek Salim sedang menggubah bunga. Bunga gubahannya itu diperbuat daripada daun getah yang telah direndam dan dikeringkan. Salim berbual-bual dengan neneknya.

Salim Nenek Salim Nenek Salim Nenek

: : : : : :

Wah, cantiknya bunga-bunga ini! Nenek beli? Tidak, Salim. Bunga-bunga ini nenek buat sendiri. Esok ada pertandingan dan pameran kraf tangan di dewan orang ramai di kampung ini. Nenek akan menyertai pertandingan itu. Sebelum ini, telah beberapa kali nenek berjaya memenangi pertandingan seperti itu. Dahulu, nenek membuat bunga-bunga ini hanya sebagai hobi. Kini, banyak orang kampung dan pelanggan dari tempat lain menempah bunga-bunga seperti ini daripada nenek. Rugilah kalau nenek mensesiakan kebolehan nenek. Saya pun ada hobi yang menguntungkan. Mengapakah kamu berkata begitu, Salim? Begini, nek. Hobi Salim bermain badminton. Salim ingin mengharumkan nama sekolah dan negara dalam arena sukan tersebut. Namun begitu, ibu tidak menggalakkan Salim meneruskan hobi tersebut walaupun Salim berjanji tidak akan mengabaikan pelajaran. Salim sedih, nek. Mungkin ibu kamu bimbang kalau-kalau kamu tidak dapat mengagihkan masa untuk belajar, mengaji dan bermain.

Page 8: Bm lb011 set1

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

8

Salim Nenek Salim Nenek Salim

: : : : :

Mungkin juga nek tetapi Salim memang ada jadual belajar. Tambahan pula, Salim memang pandai bermain badminton, nek. Salim kerap mengalahkan kawan-kawan sekolah semasa perlawanan. Bagus sikap kamu, Salim. Kita patut mengambil kira pandangan ibu bapa. Sebenarnya Salim, memang ada beberapa perkara yang menentukan hobi seseorang itu sama ada berjaya atau tidak. Misalnya bakat, minat, kesungguhan, galakan ibu bapa dan juga modal. Betul kata nenek. Nenek kagum dan bangga dengan semangat kamu. Sekiranya nenek menang dalam pertandingan itu, nenek akan membelikan Salim raket yang berkualiti. Terima kasih, nek. Salim sayang akan nenek. Salim berjanji akan bermain dengan bersungguh-sungguh demi keluarga, sekolah dan negara.

31 Di manakah Salim pergi bercuti? A Pekan FELDA, Pahang B Perkampungan FELCRA C Kampung FELDA, Pahang D Perkampungan FELDA, Pahang 32 Apakah hobi nenek Salim? A Menanam pokok bunga B Menggubah bunga C Menyulam bunga D Menjual bunga 33 Merujuk petikan, siapakah idola Salim?

A Ibu B Ayah C Datuk D Nenek 34 Bagaimanakah sikap ibu Salim terhadap anaknya? A Prihatin B Menyayangi C Lemah lembut D Bertolak ansur 35 Mengapakah ibu Salim tidak membenarkan Salim meneruskan hobinya? A Gagal dalam pelajaran B Tidak dapat membantunya C Dapat mengharumkan nama sekolah D Risau anaknya tidak pandai menguruskan masa

Page 9: Bm lb011 set1

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

9

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KASIH Pada 5 Februari 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Kasih mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-15. Tamu kehormat yang merasmikan majlis tersebut ialah Pengarah Pelajaran Negeri. Tujuan utama majlis itu diadakan adalah untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2008. Selain itu, murid-murid yang berjaya dalam pelbagai aktiviti kokurikulum turut dihargai. Majlis itu juga berperanan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Pelbagai jenis hadiah telah disampaikan pada hari itu. Hadiah utama telah disampaikan kepada Julia binti Osman. Julia ialah murid terbaik dalam UPSR peringkat kebangsaan pada tahun 2008. Murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun pada tahun lepas juga menerima hadiah masing-masing. Seorang lagi murid, Azli bin Afandi, telah menerima hadiah khas kerana menjadi juara dalam pertandingan badminton perseorangan bawah 12 tahun peringkat Zon Selatan pada tahun 2008. Pemenang pelbagai pertandingan kokurikulum peringkat daerah dan negeri juga menerima hadiah. Persembahan pentas turut diadakan pada hari itu. Kumpulan koir, kumpulan tarian dan beberapa orang murid yang mempersembahkan nyanyian secara solo telah menghiburkan hadirin. Apabila selesai majlis di dewan, Pengarah Pelajaran Negeri menyaksikan tunjuk cara pembelajaran di makmal komputer. Kemudian, Pengarah Pelajaran Negeri turut merasmikan Teratak Ilmu, iaitu pondok bacaan yang kos pembinaannya disumbangkan oleh seorang dermawan yang juga bekas murid sekolah tersebut. Majlis pada hari itu tamat pada pukul 12:30 tengah hari. Pengarah Pelajaran Negeri memuji segala usaha murni pihak sekolah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Seri Kasih sebagai sekolah yang cemerlang. Laporan disediakan oleh, 10 FEBRUARI 2008

Hani (HANI BINTI JAMILI) Ketua Pengarang, Sidang Redaksi Majalah Sekolah, Sekolah Kebangsaan Seri Kasih. 36 Siapakah yang menulis laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri

Kasih Kali Ke-15 itu? A Editor Majalah B Ketua Editor Majalah C Sidang Redaksi Majalah D Pengarah Pelajaran Negeri

Page 10: Bm lb011 set1

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 1

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

10

37 Sambutan Hari Augerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri Kasih diadakan pada A 05 - 02 - 2008 B 15 - 02 - 2008 C 12 - 05 - 2008 D 05 - 12 - 2008 38 Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk

A mengharumkan nama serta meningkatkan prestasi sekolah. B mengenang jasa murid-murid sekolah serta menghibukan tetamu. C memberi anugerah kepada murid-murid serta mengeratkan hubungan kekeluargaan. D menghargai kejayaan murid-murid serta menjalin silaturahim antara pihak sekolah

dengan penjaga. 39 Yang berikut bukan acara pentas yang dipersembahkan kecuali A Lagu solo, tarian dan koir B Tarian, nyanyian dan boria C Koir, boria dan nyanyian duet D Nyanyian, dikir barat dan silap mata 40 Merapatkan hubungan dalam petikan bermaksud A mendekati diri orang lain. B menjalin hubungan mesra. C mengeratkan kasih sayang. D memperkukuh persahabatan.

- KERTAS SOALAN TAMAT -