bm spm

6
Bm spm Pgg’13 karangan 14/06/2022 1

Transcript of bm spm

1. Bm spm Pgg13 karangan 8/16/20131 2. Soalan 1 Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang.Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai. Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani stres. 8/16/20132 3. Pendahuluan: Lulus cemerlang dengan 10A+,Pergi Tuisyen,Masuk kelas Qiraati atau belajar berenang,dan Masuk Summer Camp adalah antara ungkapan yang sudah basah di mulut para ibu bapa.Sebaliknya,ungkapan yang sama pula sudah menjadi mangli dan alergi kepada anak-anak.Antara anak-anak dan ibu bapa,malah guru juga kadang-kadang sudah tidak sealiran sekalipun berada dalam laras matlamat yang sama.Keinginan yang melampau dan impian tinggi menggunung oleh ibu bapa telah meninggalkan kesan fobia dan trauma dalam kalangan anak-anak.Mujurlah bagi yang berupaya,mereka dapat memenuhi hasrat ibu bapa,sebaliknya kepada yang kurang timbullah pelbagai kesan stres dan kemurungan.Bagi diri saya,isu ini ibarat ditelan mati bapa diluah mati emak kerana hakikatnya semua adalah penting.Oleh itu,saya memerlukan beberapa strategi yang berhemat untuk mengimbangi kedua- duanya. 8/16/20133 4. Isi-isi penting: isi 1:Bersedia lebih awal menjadikan agenda belajar mengatasi yang lain cuba menuruti ikon ikon cemerlang sebagai sumber rujukan Isi 2:Bawa berbincang dengan ibu bapa dan guru jelaskan keupayaan sebenar kepada mereka dapatkan bimbingan dan motivasi Isi 3:Mesti jelas matlamat dan hala tuju cita-cita hendaklah diukur kepada minat dan kemampuan diri Isi 4:Bertemu guru-guru kaunseling mereka mempunyai kelayakan untuk membuat konsultasi kemukakan segala masalah yang terbuku di hati Isi 5:Banyak berdoa dan bermuhasabah diri tidak melupai tuhan yang sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya. 8/16/20134 5. Kesimpulan: Memetik kata-kata dalam pepatah arab,bahawa setiap penyakit ada ubatnya,jelas menunjukkan kita tidak boleh tenggelam punca dalam menangani sebarang masalah.Kita wajar berlapang dada dingin kepala untuk mencari langkah penyelesaian.Kebijaksanaan bukan terletak kepada jumlah A yang dikutip tetapi bijaksana dalam menguruskan diri,umpama,sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan. 8/16/20135 6. Selamat maju jaya,,, Semoga cemerlang dan mendapat keputusan cemerlang 8/16/20136