BM UPSR

8
UPSR 2005 Pada cuti persekolahan yang lepas, kami sekeluarga telah pergi berkelah. Kami berkelah di tepi pantai. Kami berkelah di Pantai Batu Buruk. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta . Pada am !."0 pagi, saya menolong ibu menyediakan bekalan. Pada am #.$5 pagi, kami bertolak dari rumah. Kami tiba di sana pada am $0.00 pagi. Setibanya di sana, ayah mencari tempat letak kereta yang sesuai dan teduh. Selepas mencari tempat yang sesuai untuk berkelah, akti%iti pertama yang saya dan adik lakukan ialah bermandi&manda. Kami berasa sungguh seronok. 'ntara akti%iti&akti%iti lain yang kami lakukan ialah membina istana pasir, berenang dan sebagainya. Pada am $.00 tengahari, kami dipanggil oleh ibu untuk makan bersama&sama. Kami makan dengan penuh selera. Kami makan sambil berbual&bual. Selepas selesai menamu

description

Penulisan BM

Transcript of BM UPSR

UPSR 2005 Pada cuti persekolahan yang lepas, kami sekeluarga telah pergi berkelah. Kami berkelah di tepi pantai. Kami berkelah di Pantai Batu Buruk. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta. Pada jam 7.30 pagi, saya menolong ibu menyediakan bekalan. Pada jam 8.15 pagi, kami bertolak dari rumah. Kami tiba di sana pada jam 10.00 pagi. Setibanya di sana, ayah mencari tempat letak kereta yang sesuai dan teduh. Selepas mencari tempat yang sesuai untuk berkelah, aktiviti pertama yang saya dan adik lakukan ialah bermandi-manda. Kami berasa sungguh seronok. Antara aktiviti-aktiviti lain yang kami lakukan ialah membina istana pasir, berenang dan sebagainya. Pada jam 1.00 tengahari, kami dipanggil oleh ibu untuk makan bersama-sama. Kami makan dengan penuh selera. Kami makan sambil berbual-bual. Selepas selesai menjamu selera, saya dan adik menolong ibu mengemas apa yang patut. Setelah memastikan tempat kami sudah bersih, kami berehat sebentar sambil menikmati keindahan alam. Pada jam 5.00 petang, kami bersiap-sedia untuk pulang. Sebelum pulang, kami singgah sebentar di kedai cenderamata. Saya membeli beberapa rantai kunci untuk dijadikan kenangan dan juga untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan. Setelah selesai membeli hadiah, kami pun pulang. Saya berasa sungguh gembira. Saya berharap agar dapat bercuti ke tempat yang menarik lagi pada cuti sekolah yang akan datang.

UPSR 2006 Merokok amat berbahaya kepada kesihatan kita. Namun demikian, walaupun orang ramai sudah mengetahui keburukan merokok, mereka tetap juga merokok. Antara keburukan merokok ialah remaja-remaja yang masih bersekolah akan ketagihan dan menyebabkan penumpuan terhadap pelajaran akan terabai. Ini akan menyebabkan keputusan peperiksaan bertambah merosot. Oleh itu, kita perlulah memilih rakan yang sesuai supaya tidak terlibat dengan gejala merokok. Di samping itu, merokok juga boleh menyebabkan semangat belajar berkurangan. Apabila semangat belajar berkurangan, maka perkara-perkara lain akan timbul contohnya ponteng sekolah. Selain itu, apabila semangat belajar kita berkurangan, kita akan melepak di tempat-tempat yang tidak berfaedah. Selain itu, merokok juga akan menyebabkan pembaziran wang. Wang yang diberi oleh ibu bapa kita untuk membeli buku kita gunakannya untuk membeli rokok. Merokok juga boleh menyebabkan kita mengahidapi penyakit seperti kanser paru-paru, strok. Ia juga meyebabkan kurang selera makan. Ini akan menyebabkan badan kita menjadi kurus dan tidak bermaya. Sesungguhnya kehidupan kita akan menjadi sia-sia jika hidup dengan pelbagai penyakit. Jelaslah merokok banyak keburukannya. Justeru, elakkanlah tabiat merokok daripada kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

UPSR 2007 Tuisyen menurut Kamus Dewan ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi mata pelajaran tertentu. Menghadiri pusat tuisyen banyak kelebihannya. Antara kebaikan menghadiri pusat tuisyen ialah dapat memahami pelajaran dengan lebih mendalam. Menghadiri tuisyen amat penting kepada calon peperiksaan lebih-lebih lagi yang ingin menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Melalui ini juga, kita dapat mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan dan mengetahui kelemahan kita. Belajar di pusat tuisyen juga dapat memudahkan kita berinteraksi dengan guru lebih mudah. Kita dapat bertanya guru dengan lebih mudah berbanding belajar di dalam kelas. Ini kerana bilangan murid di dalam sebuah kelas tuisyen lebih sedikit berbanding bilangan murid di kelas di sekolah. Di pusat tuisyen juga, kita boleh membuat latihan yang lebih mendalam mengenai kefahaman. Dengan ini, kita akan lebih faham sesuatu tajuk atau topik pembelajaran jika menghadiri kelas tuisyen. Di pusat tuisyen juga, guru-guru di pusat tuisyen akan memberikan latihan berorientasi peperiksaan sebenar. Dengan ini, apabila tiba waktu peperiksaan, kita tidak akan berasa gelisah. Kita dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan lebih mudah. Jelaslah, kelas tuisyen amat diperlukan kepada murid-murid. Justeru, janganlah merungut apabila kita terpaksa menghadiri kelas tuisyen. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

UPSR 2008 Pada zaman sekarang, ramai yang membela haiwan peliharaan di rumah mereka. Aku juga membela seekor kucing di rumahku. Kucingku diberi nama Angela. Dia merupakan seekor anak kucing yang comel. Bulunya tidak tebal dan berwarna oren putih. Ekornya pendek. Dia merupakan seekor anak kucing yang manja. Dia selalu menunggu kepulanganku di depan pintu supaya memberinya makan. Dia juga selalu menggeselkan badannya di kakiku. Aku menjaganya dengan penuh kasih sayang. Setiap dua bulan sekali, aku akan memandikannya. Aku juga menyediakan tempat tinggal yang selesa kepadanya. Aku juga sering memberinya makan dengan makanan yang berkhasiat. Seusai pulang dari sekolah, aku sering bermain dengannya. Hatiku berasa terhibur apabila bermain dengannya. Dia juga sering menggigit tanganku apabila aku cuba menyentuh badannya. Aku berharap agar Angela dapat hidup dengan lebih lama dan menjadi seekor kucing yang cantik. Aku juga berazam untuk menjaga kucing itu dengan baik.