BM3311

download BM3311

of 15

Transcript of BM3311

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

1.0 Pengenalan

Pengucapan awam merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Ianya dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan. Dalam kerja kursus Bahasa Melayu Kontekstual kali ini, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan komunikasi khalayak/lisan dalam bentuk pengurusan grafik. Melalui tugasan ini, saya telah diminta untuk menjelaskan konsep, ciri -ciri dan bentuk-bentuk komunikasi khalayak dalam bentuk grafik. Di samping itu, saya juga diminta membuat penulisan teks komunikasi khalayak yang bertemakan globalisasi pendidikan sama ada berbentuk pidato, ucapan, syarahan, taklimat atau ceramah. Seterusnya, saya diminta menyampaikan penulisan teks tersebut berdasarkan topik yang dipilih dengan gaya penyampaian yang baik.

2.0 Pengenalan Kepada Pengucapan Awam Pengucapan AwamPengucapan awam merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Ianya dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan. Tujuannya adalah untuk memindahkan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain.

Pengucapan awam menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal (Abdul Muati Ahmad, Panduan Pengucapan Awam: 1994).

Komunikasi berteraskan adanya penyampai mesej dan ada pihak yang menerima mesej (Psikologi dalam Pengucapan Awam).

2.1 Jenis-jenis Pengucapan Awam

Pidato

Ucapan

Syarahan Ceramah

Taklimat

1

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

3.0 Ucapan 3.1 Konsep Ucapan Ucapan merupakan satu kegiatan melafazkan kata-kata sama ada berbentuk nasihat atau pemberitahuan secara terbuka kepada sekumpulan orang. Ucapan juga diertikan sebagai apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan, atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata, kata -kata yang mengandungi harapan. Kandungan ucapan bergantung kepada majlis yang diadakan. Misalnya, majlis tidak rasmi, maka kandungan ucapannya tidaklah mengandu fakta atau buah ngi fikiran yang berat. Ucapan adalah pidato yang bersifat sehala, penyampai menyampaikan fakta faktanya dan pendengar hanya mendengar (Mohd Sharifudin Yusop (2007). Ketrampilan Berbahasa, Selangor: Universiti Putra Malaysia).

3.2 Jenis-jenis Ucapan UCAPAN RASMI UCAPAN TIDAK RASMIKegiatan melafazkan ujaran dalam majlis-majlis formal yang dihadiri oleh orang-orang tertentu seperti orang kenamaan. Penyampai ucapannya. perlu Contoh mempunyai ucapan kemahiran rasmi ialah dalam ucapan menyampaikan dalam majlis

pengaugerahan, perasmian, penutupan dan sebagainya.

Dilafazkan secara bebas tanpa terikat pada sebarang prosedur. Ucapan ini dilafazkan secara ringkas dan terus kepada maksud. Ia juga boleh diucapkan di mana-mana sahaja dan sesuai secara dua hala. Maksudnya penutur melafazkan dan pendengar boleh menjawab ucapan tersebut selepas itu. Contoh ucapan tidak rasmi ialah ucapan hari raya, ucapan hari jadi ucapan tahniah dan sebagainya.

2

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

3.3 Ciri-ciri UcapanBahasa yang mudah difahami

Bahasa yang digunakan dalam sesebuah ucapan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan meyakinkan. Bahasa hendaklah mudah dan tidak berbelit-belit.

Isi ucapan yang sesuaiIsi ucapan mestilah disesuaikan dengan tahap keupayaan pendengar. Faktor taraf pendidikan juga diambil kira.

Ucapan harus tersusun

Setiap ucapan mestilah disampaikan dengan mengikut susunan yang teratur. Sesuatu ucapan mestilah didahului dengan kata alu-aluan. Kemudian diikuti dengan isi ucapan dan diakhiri dengan penutup yang baik.

Suara yang jelas

Suara merupakan aspek utama yang mempengaruhi keberkesanan ucapan seseorang. Ucapan mestilah disampaikan dengan suara yang jelas dan terang supaya mudah didengar oleh pendengar.

Cara penyampaianCara penyampaian yang baik dan penuh keyakinan adalah perlu kerana penyampaian yang baik dapat melindungi isi ucapan yang kurang.

Keyakinan diriUcapan harus dimulakan dengan penuh keyakinan diri. Seseorang itu perlu yakin terhadap diri sendiri dan juga terhadap pengetahuan yang sedia ada.

Gerak geri badan yang berkesan

Gaya dan pergerakan termasuk pergerakan tangan, kepala, mimik muka, senyuman, mata serta badan perlu sesuai. Cara ini dapat membolehkan pengucap bertenang dan yakin semasa berucap.3

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

3.4 Format Ucapan

Kata alualuan Pendahuluan

Pembukaan ucapan Isi

Penutup ucapan Kesimpulan

4.0 Syarahan 4.1 Konsep SyarahanMenurut Dato Haji Omar bin Haji Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dalam buku Aktiviti Galakan Membaca, syarahan ialah aktiviti yang dilakukan secara individu. Individu akan berucap bagi menghuraikan dan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk. Syarahan merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala , iaitu orang yang memberi syarahan akan menjelaskan perkara -perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Syarahan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar .

Syarahan juga bermaksud pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang sesuatu tajuk. Pada masa penyampaiannya, individu yang terlibat akan berusaha untuk mendapatkan idea atau pokok yang dibicarakan bagi mendapat sokongan dan mempengaruhi pendengar. Dalam penghuraian, mereka akan

mengetengahkan penjelasan isi, penggunaan bahasa dan gerak geri.

4

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

4.2 Tujuan SyarahanMemberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek -aspek penting tentang tajuk tersebut. Memberitahu pendengar tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal semasa yang menarik hati. Memberi keyakinan kepada pe ndengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara. Mempengaruhi audiens supaya memberi perhatian yang serius terhadap isu yang penting.

4.3 Format Syarahan 1Kata alu-aluan

4Penutup + Ucapan terima kasih FORMAT SYARAHAN

2Pendahuluan + Tajuk syarahan

Isi-isi

3

5.0 Taklimat 5.1 Konsep TaklimatMenurut Ab Rahman Ab Rashid dan Yap Kim Fatt dalam buku Dinamika Guru: Kemahiran Komunikasi dan Sosial Bahasa Melayu buku 2 menyatakan bahawa taklimat boleh didefinisikan sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu yang dihasilkan atau sesuatu yang berlaku. Lebih jelas lagi, taklimat boleh dikatakan sebagai ucapan untuk memaklumkan dan disampaikan sama ada secara komunikasi dua hala dalam situasi formal atau kombinasi formal dan tidak formal .

5

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

Dalam taklimat ada sesi soal jawab antara komunikator (perucap) dengan khalayak (hadirin). Oleh sebab objektif taklimat ialah untuk memberitahu, komunikator perlulah melakukan penyelidikan yang teliti di samping memilih maklumat yang paling baik dan tepat serta sesuai dengan tajuk yang dip ilih.

5.2 Penyediaan TaklimatPertimbangan khalayak/hadirin

Perucap mesti tahu siapa audien yang hadir. Penentuan taraf audien dapat menjelaskan bahasa, suasana, dan kandungan taklimat. Penganjur dan perucap taklimat mestilah tahu bilangan audien yang hadir supaya memudahkan dalam usaha untuk menyediakan nota-nota yang berkaitan.

Pertimbangan suasana

Suasana dikatakan formal apabila audien yang hadir terdiri daripada orang orang kenamaan, maka tingkat bahasa yang digunakan mestilah berbentuk formal dan tinggi serta bertepatan dengan taraf audien yang hadir. Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika audien terdiri daripada golongan awam, maka taklimat lebih ringkas.

Taraf khalayak

Bagi audien taraf satu, ianya terdiri daripada tetamu pemimpin-pemimpin peringkat jemaah menteri, orang kenamaan, orang yang bergelar datuk, datin, dato, dan lain - lain lagi, ketua-ketua jabatan, dan sebagainya Audien taraf dua pula ianya dianggotai oleh tetamu seperti D.Y.M.M. Sultan atau D.Y.T.M. Raja Muda, Tengku Mahkota, dan orang kenamaan tertentu.

6

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

5.3 Format Taklimat

Taklimat satu taraf khalayakTajuk Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol Kata alu-aluan Pengenalan diri/organisasi/jawatan/ dan sedikit ringkas taklimat Kandungan taklimat Penutup Sesi soal jawab

Taklimat dua taraf khalayakTajuk Salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa Puji-pujian Ringkasan sembah taklimat Kandungan Sesi soal jawab

6.0 Ceramah 6.1 Konsep CeramahCeramah boleh dedifinisikan sebagai pengemukaan fikiran atau idea -idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala . Dalam sesi ceramah terdapat penerangan daripada penceramah. Sehinggalah selesai

segala informasi atau m aklumat yang hendak disampaikan. Ceramah boleh digunakan untuk tujuan memujuk. Pemujukan pula bolehlah dianggap sebagai proses seseorang perucap mengubah sikap, kepercayaan atau tindakan audien sasaran.

Dalam buku Speaking with A Purpose yang ditulis oleh Author Koch (1984), beliau menerangkan bahawa ceramah lain daripada syarahan atau ucapan. Dalam ceramah harus ada idea pokok atau tajuk penting yang ingin disampaikan melalui mesej dalam ceramah tersebut. Audien amat penting sebab mereka diharapkan dapat menerima dan memahami mesej dalam ceramah itu untuk membolehkan mereka bertindak balas terhadap isi ceramah.

7

6.Di

i i iii l

mjli t i

j

it

t

j

i

t

if

i

i

i

l

i

f

t

t

,

j

i

6.3

m

m

Pengenalan Isi

Penutup

NUR E

A I BINTI NORI AN

B

BA ASA

E AYU KONTEKSTUA

PPIS P B

SE .

8

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

7.0 Pidato 7.1 Konsep Pidato

Disampaikan secara individu kepada khalayak bagi meyakinkan khalayak berkenaan dengan sesuatu tajuk. Ia suatu bentuk komunikasi sehala dalam suatu masa yang ditentukan.

7.2 Tujuan Pidato Penerangan

Menjelaskan aspek penting dalam sesuatu perkara.

Memberitahu Perkara-perkara Baru

Mengupas sesuatu isu yang baru. Fakta dan contoh hasil kajian dijadikan bahan baru dalam ucapan.

Mengemukakan dengan Memberi Justifikasi dan Fakta-fakta Sokongan

Kajian yang terperinci dan saintifik dijadikan bahan baru dalam ucapan.

Pemujukan supaya Khalayak Bertindak dan Berubah Fikiran

Bertujuan untuk menjelaskan sesuatu perkara kepada khalayak yang bersifat mempengaruhi khalayak agar bersetuju dengan idea yang dikemukakan.

7.3 Format Pidato

Muqaddimah

Isi

Penutup

9

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

8.0 Teks Taklimat tentang Globalisasi Pendidikan

GLOBALISASI PENDIDIKAN BERTERASKAN MINDA PERTAMA Oleh Nur Ezzati Binti Norizan Terima kasih suadara Pengerusi Majlis yang dihormati, Pengarah Institut Perguruan Rajang, yang dikasihi Pensyarah -pensyarah, staf-staf dan guruguru pelatih. Selamat pagi, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia .

Saya Nur Ezzati Binti Norizan , terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana pihak institusi sudi menjemput saya

menyampaikan taklimat tentang Globalisasi Pendidikan Berteraskan Minda Kelas Pertama. Tuan dan puan sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, Teras kedua Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Kesembilan adalah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk minda kelas pertama. Dalam konteks ini, kita sebagai bakal guru digalakkan untuk menambahkan ilmu pen getahuan, mengamalkan budaya membaca, menulis dan berdiskusi. Hal ini demikian kerana, pendidikan menuntut kita supaya lebih bekerja keras untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsa fah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan khususnya. Rakyat adalah aset negara paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke er a ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual10

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaa n sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama.

Untuk mempersiapkan diri mengambil bahagian dalam masyarakat dan misi negara, kita sebagai bakal guru harus memandang serius tentang

pembangunan modal insan bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan yang dahulunya mungkin hanya dianggap sebagai suatu kemewahan. Maka, pembangunan modal insan ini pula memerlukan kepada Minda Kelas Pertama supaya elemen mikro dalam masyarakat ini memberi imp likasi makro terhadap pembangunan negara. Minda Kelas Pertama difahami sebagai ciri -ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang ting gi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri. Para hadirin sekalian, Minda Kelas Pertama adalah agenda jangka masa panjang yang memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini. Ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan era pembudayaan agenda ini. Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengeta huan; pengukuhan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inova si, R&D dan inovasi; dan pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Melihat strategi penguasaan ilmu pengetahuan, kita di peringkat masyarakat umum perlu kepada kesediaan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran. Budaya membaca, sumbangan ilmu, teknologi maklumat11

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

dan prointelektual adalah budaya yang sangat menyumbang ke arah strategi ini. Seterusnya dengan penguasaan ilmu ini, kita akan semakin terdedah kepada bidang sains, R&D dan inovasi yang juga sebagai salah satu ou tput penghasilan Minda Kelas Pertama. Keperluan dan cabaran global hari ini adalah berpaksikan kepada aset modal insan yang berpengetahuan serta berinovasi tinggi. Dunia kini tidak mengenal siapa yang kaya dengan sumber fizikal, kedudukan strategik dan u sia tamadun semata-mata. Tetapi adalah memandang kepada kualiti modal insannya yang menjadi peneraju kekayaan dan potensi negara. Dalam perjalanan mencapai kemajuan serta membina tamadun, kita semua mempercayai tentang bayaran erti kemajuan. Apakah benar bahawa

pembangunan sesebuah tamadun itu semestinya disertai dengan kejatuhan moral masyarakatnya? Inilah yang ditekankan dalam misi nasional dengan mengambil kira aspek kekayaan moral agar masyarakat kita membangun tamadun melalui Minda Kelas Pertama. Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah masyarakat. Acuan kita adalah pembangunan fizikal yang disertai dengan kekayaan mentaliti masyarakatnya. Apa gunanya pembangunan jika dalam masa yang sama masih bany ak lagi timbul elemen-elemen yang boleh menjejaskan pembangunan itu semula. Saudara saudari yang dihormati sekalian, Kekayaan moral bukanlah suatu skop kelebihan yang kecil dalam

pembangunan insan. Tetapi adalah meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan masyarakat timur. Norma adalah peraturan masyarakat mengenai tingkah laku yang betul dan salah. Budaya pula adalah merangkumi cara hidup sesebuah masyarakat secara asli atau tersendiri yang bukan tiruan. Budaya seterusnya akan mengikut norma -norma sebagai

12

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

membentuk tamadun. Sesebuah masyarakat boleh dilabelkan sebagai berbudaya dan bertamadun dengan menjadikan cara hidup timur sebagai imej tersendiri. Imej masyarakat kita adalah kaya dengan norma -norma istimewa yang kebanyakannya selari dengan hukum agama. Norma dan budaya ini perlulah dipertahankan untuk membentuk Minda Kelas Pertama . Kita perlu menanamkan mentaliti yang sentiasa berlegar dalam pemikiran serta tindakan kita bahawa Minda Kelas Pertama perlu wujud dalam diri sendiri. Seterusnya Minda Kelas Pertama kita adalah penyumbang ke arah mewujudkan jaringan terhadap mentaliti di setiap peringkat serta pihak masyarakat yang lain. Sehinggalah jaringan ini membentuk budaya masyarakat membangun dari dua aspek pembangunan fizikal dan juga mental. Permulaannya adalah azam bagi memulakannya. Sebagai renungan bersama, kita harus memu ji dan menyanjung tinggi usaha kerajaan negeri Johor melaksanakan pelbagai program pendidikan untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan modal insane kelas pertama. Pada tahun 2007 lalu, strategi bajet negeri Johor menyahut agenda keperluan semasa dengan menekankan aspek pembentukan Minda Kelas Pertama di kalangan masyarakat negeri ini. Dalam Strategi Pembangunan Holistik, komponen Masyarakat Berilmu menjadi peneraju bagi mencapai misi berkenaan. Tuisyen Kampung dan Tuisyen Ibnu Sina melalui Program Hikm ah akan terus dimantapkan bagi mempertingkatkan prestasi pelajar-pelajar terutamanya di kawasan luar bandar. Di peringkat sekolah-sekolah dan pelbagai agensi masyarakat di sekitar negeri Johor, pendekatan bagi membangunkan modal insan yang bermoral tinggi juga turut diberikan perhatian. Ini dilaksanakan melalui program program Maal Hijrah, Khatam al-Quran, Kempen Memupuk Maruah Mulia Insan dan Kem Memupuk Bakti Kepada Negara. Semuanya adalah program yang dirangka sebagai di antara usaha melahirkan modal insan berkualiti. Begitu juga dengan aspek pembangunan sumber13

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

manusia yang terus diperkayakan melalui latihan dan peningkatan integriti. Pihak kerajaan dan juga pihak swasta menyambut baik agenda Minda Kelas Pertama ini. Hanya ia perlu dengan sokongan se rta azam kita semua agar usaha murni ini dimulakan sebagai budaya pembangunan masyarakat dan peneraju ke arah pembinaan tamadun manusia yang benar -benar berjaya. Kesimpulannya, hasrat kerajaan da lam Teras Kedua Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Ke-9 mampu meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Komitmen dan tind akan bersama setiap pihak adalah perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya menegaskan bahawa setiap warga mempunyai peranan penting dalam menjayakan usaha negara -bangsa. Sektor swasta perlu menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi sementara sektor awam sebagai pemudah cara pertumbuhan ekonomi dan penyedia kemudahan sosioekonomi. Masyarakat sivil perlu berperanan sebagai rakan kongsi pembangunan. Sesungguhnya, usaha untuk merealisasikan aspirasi menjadi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras, meningkatkan jati diri dan sentiasa

memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan.

Setakat inilah sahaja taklimat

saya tentang Globalisasi

Pendidikan

Berteraskan Minda Kelas Pertama. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila kemukakan kepada saya dalam sesi soal jawab selepas ini. Terima kasih.

14

NUR EZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

9.0 Kesimpulan

Justeru itu, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak pecahan di dalam pengucapan awam. Antara pecahan yang terdapat dalam pengucapan awam ialah pidato, ucapan, syarahan, taklimat dan ceramah. Hasilnya pelajar dapat memahami pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari -hari sama ada di dalam atau di luar sekolah. Di samping itu juga, pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan dalam bidang ilmu

pengetahuan. Oleh itu, pelajar akan dapat menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan dalam perhubungan seharian. Hal ini kerana setelah mengkaji secara mendalam pengucapan awam maka pelajar dapat dalam kehidupan seharian lantas membolehkan mengaplikasikannya

seseorang itu bersosial dalam komuniti. Selain itu juga pelajar telah ditugaskan untuk membuat satu teks komunikasi berdasarkan pengucapan awam yang dikaji. Oleh itu, pelajar dapat belajar cara untuk membuat teks pengucapan awam secara bertulis dengan lebih berkesan lagi.

15