BM

117
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAHASA MELAYU TAHUN LIMA SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LUAS, BESUT, TERENGGANU. ABSTRAK Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Manakala membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan yang mana melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bermula pada tahun 2011. Kajian ini meninjau penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis (KBAT) di kalangan murid tahun lima di sebuah sekolah di daerah Besut bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Antara persoalan yang muncul ialah masalah penguasaan kemahiran membaca kalangan murid serta tahap penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis (KBAT) di kalangan murid tahun lima di sebuah sekolah dalam daerah Besut yakni berdasarkan Benjamin S. Bloom iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Kaedah kajian yang digunakan berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik adalah bertujuan untuk meninjau sejauhmana penguasaan responden

description

KBAT

Transcript of BM

Page 1: BM

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAHASA MELAYU

TAHUN LIMA SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LUAS, BESUT, TERENGGANU.

ABSTRAK

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,

kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Manakala membaca

merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan yang

mana melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan

melalui penulisan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan

kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bermula pada tahun 2011. Kajian ini

meninjau penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis (KBAT) di kalangan murid tahun

lima di sebuah sekolah di daerah Besut bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Antara

persoalan yang muncul ialah masalah penguasaan kemahiran membaca kalangan murid

serta tahap penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis (KBAT) di kalangan murid

tahun lima di sebuah sekolah dalam daerah Besut yakni berdasarkan Benjamin S. Bloom

iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Kaedah kajian

yang digunakan berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik adalah bertujuan untuk

meninjau sejauhmana penguasaan responden dalam komponen Kemahiran Berfikir Kritis

(KBAT). Sampel kajian seramai 20 orang murid tahun lima yang telah dipilih. Data telah

dikumpul serta dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif, min dan ujian t. Para

responden cemerlang dalam menjawab soalan bagi tahap mudah dan sederhana manakala

bagi tahap sukar, masih ramai lagi murid yang tidak dapat menguasainya dengan baik.

Page 2: BM

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,

seimbang dan bersepadu, ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara serta penyumbang

utama dalam pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan

pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran

yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan

ekonomi keseluruhannya. Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan

masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Sebagai sebuah negara yang berkembang

pesat dalam pelbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan

mengalami anjakan paradigma yang dapat mentransformasikan pendidikan selaras dengan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah dilancarkan secara rasmi

pada 6 September 2013. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang

perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.

Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi

(HOTS) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Mata

pelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid dari

setiap peringkat, iaitu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah.

Page 3: BM

Pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan

kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah

keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat

penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan

berupaya mencipta sesuatu. Membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses

pencerapan ilmu pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan

interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian

bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan

melibatkan memahami. Justeru guru-guru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran membaca perlu memastikan agar kedua- dua elemen tersebut diajar secara

bersepadu kepada murid-murid terutamanya murid-murid Tahun 5.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki

proses kognitif. KBAT berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan

dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan menjana

maklumat untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan situasi rumit. Maka, KBAT

sangat penting kepada setiap individu kerana KBAT dapat mencabar kita untuk

menginterprestasi, menganalisis dan memanipulasikan maklumat (Mohamed, 2006; Ea,

Chang, & Tan, 2005). Dengan ini, kita boleh melihat dari pelbagai perspektif untuk

menyelesaikan masalah dalam situasi tertentu terutamanya masalah-masalh kritikal yang

beraras tinggi (Rajendran, 2008).

Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah

memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan

Page 4: BM

kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca

merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu

memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca

juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan

antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan

maksudnya.

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem

pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu

berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada

peringkat global. Kemahiran membaca amat penting untuk dikuasai oleh murid-murid kerana

kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bahasa melayu. Kemahiran membaca mempunyai kaitan rapat dengan

kemahiran-kemahiran lain seperti mendengar, bertutur dan menulis. Menurut Abdul Rasid

dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid

lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan

mereka menguasainya.

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003),

bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman,

tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Walau bagaimanapun, keupayaan dan

kecenderungan seseorang dalam mengorganisasi dan memproses maklumat adalah berbeza

kerana kaedah pengamatan dan pemprosesan maklumat yang berlaku dalam diri manusia

adalah berbeza-beza (Abd. Razak & Azman, 2012; Joseph, 2000). Oleh yang demikian,

KBAT memainkan peranan yang amat signifikan dalam meningkatkan lagi keupayaan dan

Page 5: BM

kebolehan sedia ada pada murid khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Apabila menguasai KBAT sudah tentu murid dapat meningkatkan kefahaman dan

memperkukuh pembelajaran dalam setiap perkara yang mereka pelajari nanti bahkan juga

kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing.

1.2 Latar belakang Penyelidikan

Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sering berhadapan dengan masalah

yang melibatkan pencapaian murid yang rendah yakni merupakan satu cabaran bagi guru-

guru. Mungkin kerana ramai murid akan merasa bosan dengan pembelajaran bahasa Melayu

serta proses pembelajaran pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan khasnya dalam

menguasai kemahiran membaca. Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi

oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama

kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan

membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri

(Mercer, 1992).

Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid pada masa kini adalah

merupakan suatu perkara yang penting dalam bidang pendidikan. Manakala KBAT telah

dirangka dan diaplikasikan oleh Kementerian pelajaran Malaysia yang menyedari bahawa

masih terdapat murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid

untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada

pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal.

Kajian ini dijalankan ke atas murid-murid tahun Lima sekolah rendah untuk menguji

kemahiran membaca mereka khasnya dalam menjawab soalan pemahaman. Soalan

Page 6: BM

pemahaman merupakan salah satu bahagian dalam soalan peperiksaan bahasa Melayu tahun

Lima. Kajian ini juga akan dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi responden. Hal ini kerana apabila menguasai KBAT, murid-murid akan mampu

berfikir secara kritis dan kreatif dalam menguasai kemahiran-kemahiran bahasa Melayu yang

lain termasuk menulis, mendengar, bertutur dan sebagainya.

Dapatan kajian juga turut menyediakan maklumat tentang tahap penguasaan KBAT

sekolah kebangsaan dalam bahasa Melayu pada peringkat pendidikan asas, iaitu bahasa yang

mendukung peranan bahasa pengantar utama pendidikan atau bahasa ilmu.

1.3 Penyataan Masalah

            Isu yang semakin menjadi kebimbangan pada abad ini ialah apabila terdapat

sesetengah murid yang tidak mampu membaca khasnya responden kajian walaupun telah

mencapai usia yang sepatutnya. Ada pun sesetangah di antara mereka boleh membaca tetapi

tidak dapat memahami isi kandungan yang mereka baca. Hal ini telah menyebabkan banyak

pihak terutamanya ibu bapa, pendidik dan masyarakat bimbang akan hal ini akan berterusan.

Antara permasalahan kemahiran membaca ialah tidak memahami isi kandungan teks, tidak

memahami maksud ayat yang dibaca, tidak boleh membaca pantas dan cepat jemu dan penat.

Membaca juga memerlukan murid untuk memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan

menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh

memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami

perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca.

Kemahiran membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang

tertulis dan memahamkan kandungannya. Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca

Page 7: BM

dan menulis menjejaskan potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain

dalam mata pelajaran bahasa Melayu. oleh itu, satu bentk ujian telah dirangka dan dijalankan

untuk memperolehi maklumat dan gambaran sebenar terhadap kekuatan dan kelemahan

murid dalam kemahiran membaca bahasa Melayu responden.

Bagi konteks KBAT pula, bukan mudah untuk murid-murid untuk menguasai elemen-

elemen KBAT kerana memerlukan tahap pemikiran yang kritis dan kreatif. KBAT

merupakan satu implikasi baru dalam dunia pendidikan. Implikasi ini akan melahirkan insan

yang dapat memahami, mengkaji, menganalisis, mencari penyelesaian bagi cabaran baru

yang dihadapi, membuat pertimbangan ke atas pelbagai alternatif yang wujud dan membuat

keputusan, dan mencadangkan alternatif lain.

1.4 Kerangka Kajian

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAHASA MELAYU TAHUN LIMA SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LUAS,

BESUT, TERENGGANU

Page 8: BM

1.5 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

VARIEBAL BERSANDAR

Tahap Penguasaan KBAT

VARIEBAL TIDAK BERSANDAR

Murid-murid tahun LimaSK Padang Luas

METODOLOGI KAJIAN

SAMPLE KAJIAN

20 orang murid tahun Lima

ALAT KAJIAN

Set Soalan Ujian Pemahaman

PENGUMPULAN DATA

ANALISIS DATA

PERBINCANGANDAN

RUMUSAN

Page 9: BM

1.5.1 . Mengenal pasti masalah penguasaan kemahiran membaca kalangan murid tahun lima

di sebuah sekolah di daerah Besut.

1.5.2 Membandingkan penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis (KBAT) di kalangan

murid tahun lima di sebuah sekolah di daerah Besut.

1.5.3 Mencadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan kemahiran

berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini meninjau sejauhmana keberkesanan program KBAT kalangan 50 murid

yang merangkumi 25 lelaki dan 25 perempuan yang telah mengikuti program ini di salah

sebuah sekolah rendah di Besut, Terengganu iaitu SK Padang Luas. Berdasarkan latar

belakang masalah yang telah dibincangkan, penyelidik mendapati bahawa KBAT adalah

aspek yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berfikir

adalah asas kepada proses pendidikan. Keupayaan seseorang berfikir boleh mempengaruhi

cara pembelajaran, kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya.

Dapatan kajian-kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa kemahiran berfikir

berkait rapat dengan pembelajaran. Kajian tersebut menunjukkan bahawa pelajar yang dilatih

berfikir mempamerkan kesan yang positif terhadap perkembangan pelajaran mereka.

Sehubungan dengan itu, penyelidik berfikir kepentingan kajian ini adalah untuk memberi

manfaaat kepada murid, guru dan penyelidik.

1.6.1 Murid

Page 10: BM

Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu murid meningkatkan

kemahiran berfikir aras tinggi dalam soalan pemahaman bahasa Melayu melalui kaedah

pengajaran dan pembelajaran KBAT. Melalui kajian ini juga diharapkan murid apat

meningkatkan pengetahuan mereka tentang bentuk-bentuk soalan pemahaman. Selain dari

itu, ia juga merupakan satu batu loncatan kepada murid untuk menarik minat mereka dalam

usaha meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif khasnya dalam menjawab

kertas soalan pemahaman.

1.6.2 Guru

Bagi pihak guru pula, diharapkan hasil analisis data yang diperolehi boleh digunakan

untuk memperbaiki mutu pengajaran di dalam bilik darjah dan membantu pelajar menguasai

kemahiran membaca khasnya dalam menjawab soalan pemahaman. Para guru diharap dapat

membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi melalui

strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang berkesan. Selain dari itu, menurut

Mok Song Sang (2004) pengajaran guru juga wajib menimbulkan minat pelajar, membimbing

mereka dengan cara belajar yang berkesan, menjelaskan keraguan, membantu menyelesaikan

masalah serta meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir mereka.

1.6.3 Penyelidik

Diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi penyelidik yang berminat untuk

melakukan penyelidikan pada masa yang akan datang. Diharapkan lebih ramai lagi

penyelidik yang melakukan penyelidikan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang

mana sekarang ini merupakan tunjang utama dalam melahirkan murid-murid yang kritis,

kreatif dan berdaya saing.

Page 11: BM

1.7 Soalan Kajian

Dewasa ini kemahiran membaca merupakan kunci utama dalam melahirkan murid-

murid yang bebas buta huruf. Zaman sentiasa berubah dari setahun ke setahun. Dalam era

globalisasi pada masa kini, masih terdapat pelajar yang buta huruf yang tidak tahu membaca

dan menulis dalam bahasa Melayu bertepatan dengan satu kajian yang telah dibuat oleh

Kementerian Pendidikan baru-baru ini ialah mendapati 165, 000 pelajar di negara ini masih

buta huruf.

Seterusnya, dalam usaha untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dan

berkemahiran, amalan berfikir secara kritis dan kreatif perlu ditekankan dalam pengajaran

bahasa Melayu dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun pelaksanaannya

di dalam pengajaran dan pembelajaran telah dilakukan, namun masih wujud masalah

terutamanya tahap penguasaan berfikiran aras tinggi di kalangan murid-murid khasnya dalam

menguasai kemahiran membaca yang merupakan salah satu komponen yang perlu diambil

kira oleh guru untuk melayakkan murid-murid untuk cemerlang dalam bahasa Melayu.

Manakala bagi tahap penguasaan KBAT, saya telah menggunakan Taksonomi Bloom

yang menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke

tahap tinggi) yang dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan,

Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Kajian ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan berikut:

1.7.1 Sejauhmana murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca khasnya dalam soalan

pemahaman?

Page 12: BM

1.7.2 Sejauhmana tahap penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis (KBAT) dalam

soalan pemahaman?

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini terhad kepada 20 orang murid rendah yang merangkumi 10 murid lelaki

dan 10 murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Besut, Terengganu sahaja. Kajian ini

meliputi murid tahun lima yang menjalani pembelajaran berasaskan KBAT dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Mereka semua telah memberikan persetujuan

untuk turut sama terlibat dalam kajian ini.

Skop kajian hanyalah tertumpu pada kemahiran membaca iaitu soalan pemahaman

murid tahun lima. Manakala kaedah pengumpulan data, saya akan menggunakan instrument

kajian kualitatif iaitu satu set soalan ujian pemahaman bahasa Melayu yang mengandungi

tahap penguasaan KBAT berdasarkana Taksonomi Bloom.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau

tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran

bahasa. Ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Ghazali

(1997) mengkaji soalan-soalan yang digunakan oleh guru dan tugasan yang digunakan untuk

membantu membina pemahaman membaca.

1.9 Rumusan

Page 13: BM

Bab ini menghuraikan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, kerangka

konseptual, objektif kajian, soalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Diharapkan

dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tentang kepentingan untuk menguasai

kemahiran membaca di kalangan responden khasnya dalam menjawab soalan pemahaman.

Seerusnya, kajian ini akan akan menjadi pedoman bagi guru-guru dalam memilih kaedah

pengajaran dalam adaptasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di samping itu dapat membantu

pihak perancang program menyediakan bahan yang sesuai untuk guru dan murid. Bahasa

Melayu mampu memenuhi fungsinya menyumbang ke arah penguasaan KBAT sekiranya

terdapat usaha yang perlu diambil secara eksplisit, sistematik dan berterusan. Pendidik harus

lebih teliti dalam merancang dan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di

mana diwujudkan wacana yang menyokong penguasaan KBAT oleh muridnya untuk

memastikan kecemerlangan murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran Bahasa Melayu

yang lain.

Bagi memastikan kemantapan murid mengusai kemahiran asas ini, proses pengajaran

dan pembelajaran harus diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam

kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran

dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Ini akan mengyebabkan murid

akan mudah berasa bosan dan hilang tumpuan sewaktu proses pembelajaran Bahasa Melayu

dijalankan. Oleh itu kajian yang dilakukan akan membantu meningkatkan pencapaian murid.

Di akhir kajian kita akan dapat melihat sejauhmana penguasaan Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi bagi murid-murid tahun Lima dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu khasnya dalam kemahiran membaca.

Page 14: BM

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Dalam bab ini penulis akan menyentuh tentang tinjauan literatur yang berkaitan

dengan penguasaan bahasa oleh responden dalam penulisan karangan. Tinjauan literatur ini

dilihat berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji dalamn negara

dan juga pengkaji dari luar negara. Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya orang lain

yang pernah dijalankan oleh mereka. Tujuan dilakukan tinjauan literatur ini adalah untuk

memahami bagaimana mereka-mereka yang terdahulu telah menghadapi dan menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Pentingnya melakukan tinjauan literatur ini kerana dapat memberikan

idea serta hala tuju berkaitan penyelidikan yang akan saya lakukan nanti. Dalam bab ini, saya

akan membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kemahiran membaca

yang merupakan salah satu kemahiran yang amat penting dalam penguasaan bahasa Melayu.

Bab ini juga akan membincangkan beberapa pendapat dan hasil kajian oleh pengkaji-

pengkaji lain yang berkaitan dengan persoalan kajian iaitu keberkesanan Program KBAT di

kalangan murid sekolah rendah. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di

dalam pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara

kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baru.

Kajian untuk meningkatkan kemahiran membaca serta tahap penguasaan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi yang harus diberi tumpuan khusus untuk meningkatkan pencapaian

Page 15: BM

murid-murid ini. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kemahiran

membaca dan tahap pengusaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kemahiran membaca dapat

membantu murid-murid mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Bahasa Melayu.

Oleh sebab itu, saya telah merujuk kepada beberapa kajian lepas yang telah dijalankan oleh

pengkaji-pengkaji tempatan berkaitan kemahiran membaca dan juga penguasaan kemahiran

aras tinggi (KBAT).

2.2 Teori dan konsep berkaitan

Berikut merupakan teori dan konsep mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Setiap teori dan konsep dihuraikan dengan terang dan terperinci seperti berikut;

2.2.1 Definasi Membaca

Menurut Kamus Dewan edisi keempat 2008, perkataan 'membaca' membawa maksud

memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna

kandungannya. Membaca ialah proses aktif untuk memahami teks bercetak atau grafik.

Cohen (1990) Proses mental yang dipilih oleh pembaca secara sedar untuk melakukan

tugasan bacaan dengan baik. Walker (2000) Proses aktif apabila pembaca beralih antara

sumber maklumat, menghuraikan makna dan strategi, memantau pemahaman, dan

menggunakan konteks sosial untuk menggambarkan respons mereka.

Berdasarkan pendapat tokoh bahasa Marohaini Yusoff (1989) mendefinisikan proses

membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua

komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu

kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.

Mengikut Solâh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa dikaitkan

Page 16: BM

dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini adalah

berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan aktiviti

mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran dan deria

penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca. 

Lebih penting lagi, Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca

menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang memperoleh

tafsiran yang bermakna tentang lambang. (kenedy(1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai

keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang

mewakili bahasa lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan

atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna bentuk itu dengan

bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya yang telah diketahui, dan seterusnya

berasaskan pengalaman lalu,berasaskan memahami dan mentafsirkan maksud bahasa

daripada bentuk tulisannya.

2.2.2 Definasi Pemikiran Aras Tinggi

Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,

kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Kemahiran berfikir aras

tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai

dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Kementerian Pendidikan Malaysia).

Manakala KBAT ditakrifkan sebagai pe nggunaan potensi minda untuk menangani

cabaran baru (Onosko dan Newmann, 1994) yakni seseorang perlulah memahami,

Page 17: BM

menterjemah, menganalisis, dan memanipulasikan maklumat tentang sesuatu persoalan yang

perlu dijawab atau masalah yang perlu diselesaikan tidak boleh diselesaikan menggunakan

pendekatan rutin

Penerapan pemikiran aras tinggi di dalam pengajaran memerlukan kebolehan untuk

mengurangkan kekeliruan dan meningkatkan minat pelajar terhadap tugasan yang diberikan

oleh guru. Sokongan dari guru dalam menggalakkan pelajar berfikir secara terbuka untuk

melontarkan idea dalam menyelesaikan masalah juga dapat membantu pelajar meningkatkan

kemahiran pemikiran aras tinggi mereka (FJ King et.al, 1998).

2.2.3 Kepentingan Kemahiran Membaca

Membaca adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran dan perlu

diberi penekanan kerana proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman

yang mantap. Kemahiran membaca apalah penting untuk mendapatkan maklumat,

pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang

melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca.

Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta

motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Pemantapan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dewasa ini memang perlu

diberi perhatian yang lebih serius oleh seluruh warga pendidik agar murid-murid dapat dapat

menguasai kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik mungkin. Selain itu, penguasaan

kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan

.

Page 18: BM

Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran.

Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat dan tersirat,

menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberi idea dan

mengaplikasikan maklumat baharu ke dalam situasi baharu. Murid dilatih, dibimbing dan

diajar membaca sebagai persiapan ke arah penguasaan membaca dengan betul di peringkat

sekolah rendah.

2.5 Kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran

abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Setiap soalan KBAT memerlukan

murid untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu maklumat daripada

menyatakan semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung murid

akan berfikir secara aktif, kreatif dan kritis dan ini menyebabkan mereka akan kita cerdas

berfikir. KBAT menuntut murid untuk menggunakan potensi minda untuk menangani

cabaran baru. Hal ini kerana seseorang perlulah memahami, menterjemah, menganalisis, dan

memanipulasikan maklumat. Selain iu, KBAT memerlukan murid menilai maklumat secara

kritis, membuat inferens, dan membuat generalisasi. Murid perlu menghasilkan komunikasi

asli, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mencipta, menyelesaikan masalah

berkaitan kehidupan seharian, menilai idea, melahirkan pendapat, membuat pilihan dan

membuat keputusan.

Pada era globalisasi ini, kemahiran berfikir penting dalam pelaksanaan sistem

pendidikan negara. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan

berkemahiran, amalan berfikir secara kritis dan kreatif perlu ditekankan dalam pengajaran

bahasa dalam kelas. Walaupun pelaksanaannya di dalam pengajaran dan pembelajaran telah

Page 19: BM

lama dilakukan, namun masih wujud masalah terutama dari segi kefahaman guru dan amalan

pedagogi. Oleh itu, perhatian yang diberi kepada pengajaran ke mahiran berfikir kini

menuntut supaya selain daripada pengajaran kandungan mata pelajaran pengajaran kemahiran

berfikir juga diberi penekanan.

Dengan kata lain, murid-murid perlulah memahami, menterjemah, menganalisis, dan

memanipulasikan maklumat untuk menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Ini adalah

penting kerana sesuatu persoalan yang perlu dijawab atau masalah yang perlu diselesaikan

tidak boleh diselesaikan menggunakan pendekatan rutin. Melalui KBAT, murid juga akan

menghasilkan komunikasi asli, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mencipta,

menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan seharian, menilai idea, melahirkan pendapat,

membuat pilihan dan membuat keputusan.

Diharapkan cadangan yang dikemukakan adalah supaya kemahiran berfikir diajar

secara eksplisit dan bukan hanya diterima sebagai hasilan tidak langsung daripada pengajaran

pembelajaran mata pelajaran sekolah. Oleh kerana, pada umumnya kebanyakan wacana di

dalam kelas adalah di aras rendah maka guru haruslah be rusaha bersungguh-sungguh untuk

membawa wacana di dalam kelas ke aras tinggi untuk membolehkan murid menguasai

KBAT.

2.6 Peranan Murid

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,

mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka

sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam

pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan

Page 20: BM

wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid. Pada

peringkat awal murid perlulah sentiasa bersedia memberi fokus kepada pengajaran guru.

Setiap percakapan guru harus diteliti dan diamati untuk memudahkan pemahaman. Sebarang

kekeliruan harus diselesaikan dengan cara mendapat penjelasan daripada guru.

Murid perlu mengurangkan berbual kosong, membuang masa dengan kerja yang tidak

berfaedah atau sebarang tindakan yang mengganggu tumpuan ke arah pembelajaran

berorientasikan KBAT dalam proses membaca. Proses membaca yang berkesan memerlukan

kemahiran yang tertentu sama ada sebelum, semasa ataupun selepas proses membaca. Bagi

memperolehi keputusan yang cemerlang, murid-murid perlu mempunyai kemahiran

membaca yang betul. Sekiranya murid dan tidak memahami apa yang telah dibaca walaupun

telah membaca dengan berulang kali. Keadaan ini sebenamya menunjukkan bahawa kaedah

membaca yang digunakan tidak dapat menghasilkan kefahaman pembacaan yang maksimum.

2.4 Peranan Guru

Guru berperanan untuk memastikan agar murid-murid dapat menguasai strategi-

strategi yang terkandung dalam kemahiran berfikir serta kemahiran membaca dan menulis.

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang

pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru

dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,

penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan

guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah

Page 21: BM

didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di

maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan

keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid

dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan

KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ialah dengan mengemukakan

soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Guru harus mengemukakan soalan-soalan yang membolehkan murid untuk

mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar

menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari. Bertitik tolak

dengan itu, guru perlu bijak bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses

transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang

intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai

sejagat.

2.3 Kajian-kajian lepas

Kajian-kajian lepas berkaitan dengan penggunaan kaedah koperatif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan oleh ramai penyelidik dengan jayanya. Kajian-

kajian ini dijadikan panduan bagi kajian saya untuk meningkatkan kemahiran membaca serta

tahap penguasaan KBAT. Banyak kajian yang dijalankan membuktikan bahawa murid-murid

yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah

dalam bidang akademik. Mereka sering dilabelkan sebagai murid- murid yang gagal untuk

menyediakan otak mereka dalam menguasai prinsip asas abjad untuk menjadi seorang

pembaca yang mahir (Roshotte & Torgeson 1985). Pernyataan tersebut memberi input

kepada kita bahawa kesukaran membaca dalam kalangan murid-murid adalah berpunca

Page 22: BM

daripada kegagalan guru dalam mengaplikasikan amalan dan strategi membaca secara

sistematik dan efektif.

Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi

makna kepada pembaca (Yahya 2005). Menurut Anderson dan Pearson dalam Mahzan

Arshad (2008), membaca adalah satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi

interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara

bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca. Wilkinson (1985), pula mengatakan

bahawa membaca juga boleh dilihat sebagai proses memilih dan mengambil tindakan apabila

pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibaca. Menurut

Klein dalam Farida Rahim (2005), membaca dapat didefinisikan sebagai suatu proses.

Manakala Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk

memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. 

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengakui hampir semua

sekolah rendah di seluruh negara ada menempatkan murid yang tidak tahu membaca, menulis

dan mengira pada masa ini. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, senario

membimbangkan itu dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kekurangan guru bagi

mengendalikan kelas pemulihan bagi murid yang mengalami masalah membaca dan menulis.

Membaca  juga  merupakan  proses  memahami  atau  membina  pemahaman  kerana kita

belum  membaca  jika  belum  memahami.  (Nik Safiah Karim, 1985).

Sebenarnya, kemahiran membaca  memerlukan  pentafsiran  serta  pemikiran  yang

tinggi  untuk  memahami  makna  daripada  teks  yang  bercetak (Cohen,  1990). Mengikut

pandapat Anderson  dan  Pearson (1984), membaca  merupakan  suatu  proses  pembentukan

dan  pemberian  makna  menerusi  interaksi  antara  pembaca  dengan  bahan  yang  dibaca

Page 23: BM

ataupun  proses  membina  jambatan  antara  bahan  yang  dibaca  dengan  pengalaman  latar

si  pembaca.

Bertitik tolak dengan itulah, kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis

menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini

beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik

perhatian guru dan rakan-rakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa

kepada konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta

bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menjejaskan

keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan.

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca

dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang

ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa

membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut

perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau

gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan

pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan

tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat

dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Menurut Yahya (2004),

membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca.

Pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana di bilik darjah yang

memberangsangkan pelajar-pel ajar supaya mereka turut serta dalam keseluruhan proses

tersebut. Ini bermakna pelajar seharusnya terlibat secara langsung dari masa bahan ataupun

Page 24: BM

kandungan sukatan pelajaran dipilih untuk sesi pelajaran dan dalam pem ilihan dan

pengendalian aktiviti pengajaran pembelajaran (Bereiter & Scardama lia, 1987).

Guru haruslah menerima penglibatan pelajar yang aktif supaya pelajar menerima

pengalaman yang bermakna melalui proses pengajaran pembelajaran. Pengalaman yang

bermakna akan mendorong pelajar memikirkan tentang apa yang mereka belajar jauh lebih

lama dari masa di kelas. Pendek kata, individu tidak akan dapat membaca dan menulis

sekiranya mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan oleh Smith

(dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu

menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca.

Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama ada sekolah

menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut Statistik daripada

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) menunjukkan bahawa seramai

85 377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysia menghadapi masalah dalam membaca

dan menulis iaitu tidak boleh menguasaikemahiran asas membaca, menulis dan

mengira.Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan. Di dalam satu kajian

didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian

tersebut dijalankan. Itupun hanya separuh (20%) yang tidak dapat menyatakan tajuk buku

yang dibacanya (Atan Long. et. al. 1984). Terdapat lebih 80 ribu murid-murid sekolah di

Malaysia yang masih gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis (Unit Rendah,

Bahagian Sekolah, 2006). Menyedari hakikat itu Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak

langkah untuk melaksanakan program Kelas Intervensi Literasi dan Numborasi (LINUS) bagi

mengatasi masalah tersebut. Justeru data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran

Page 25: BM

Malaysia (2006) seharusnya menjadi penanda aras bagi pemasalahan ini yang kian serius dan

perlu ditangani segera.

Mahadzir Mohd Khir, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia semasa

merasmikan Seminar Pendidikan Khas ke-3 telah turut mendedahkan bahawa seramai hampir

520 ribu orang murid daripada 5.1 juta murid-murid mengalami masalah membaca akibat

disleksia (Utusan Malaysia, Oktober, 2006).  Membaca  adalah  satu  tindakan  komunikasi

iaitu  satu  proses  berfikir  yang  melibatkan  idea,  kenyataan  dan  perasaan  yang

disampaikan  oleh  penulis  kepada  pembaca  melalui  perantara  lambang-lambang  bahasa

(Siti  Hajar  Abdul  Aziz,  2009:143).

Seterusnya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif disepadukan di dalam

pengajaran bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pelajar supaya berfikir secara kritis

dan boleh menghasilkan idea-idea baru. Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa

Pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda

secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas

berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat

untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan

mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau

menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil.

Kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-

aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah

pengajaran yang boleh mendorong kearah meningkatkan kemahiran berfikir.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan

tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua,

Page 26: BM

menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah

yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalamterhadap tahap ingatan kanak-

kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Tambahan

pulan, Kajian-kajian yang dijalankan oleh Ghazali (1997) dan Rajendran (1998) mempunyai

kaitan dengan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Ghazali

(1997) mengkaji soalan-soalan yang digunakan oleh guru dan tugasan yang digunakan untuk

membantu membina pemahaman membaca. Di samping itu beliau juga mengaitkan kajiannya

dengan aplikasi Cogaff Taxonomy dalam membina pemikiran kritis dalam pengajaran

pemahaman membaca. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa masih terdapat guru-guru

yang masih tidak dapat menguasai kemahiran berfikir dengan baik walaupun perkara tersebut

telah lama dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Di samping itu kajian beliau

juga menunjukkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru semasa mengajar juga masih

rendah dan perlu dipertingkatkan.

Sesungguhnya, kemahiran membaca mempunyai hubungan yang penting dan positif

dengan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini kerana, sebelum

murid itu menguasai KBAT, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik

kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid

bermula dari tahun satu lagi. Penguasaan kemahiran membaca adalah penting untuk

seseorang khasnya dalam aspek sosial dan ekonomi (Ham ilton, 1995). Menurut US

Department of Education (2002), pelajar yang gagal menguasai kemahiran membaca di Gr ed

Empat akan berhenti sekolah dan kurang berjaya semasa peringkat dewasa . Akibat daripada

krisis literasi ini, Presiden George W. Bush telah menandatangani satu akta yang berbunyi

“No Child Left Behind” pada 8 Januari 2002. Sebanyak lima bilion dolar telah diperuntukkan

untuk memastikan setiap kanak - kanak di Amerika dapat menguasai kemahiran membaca

Page 27: BM

pada akhir Gred Tiga ( US Department of Education , 2002). Kegagalan menguasai

kemahiran membaca menyebabkan pelajar tidak dapat membaca dengan betul dan lancar

malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan ( Roziah Abd

Hamid , 2005) .

 

Oleh yang demikian, kemahiran  membaca  merupakan  satu  kemahiran  asas  yang

wajib  dipelajari  sebelum  memulakan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  dalam

konteks  di  sekolah  misalnya.  Hal  ini  demikian  kerana  kesemua  proses  pengajaran  dan

pembelajaran  bermula  dengan  kemahiran  membaca  dan  diikuti  dengan  kemahiran

lainnya  seperti  bertutur,  mendengar  dan  menulis.  Pada  dasarnya,  sangat  perlu  bagi

seseorang  individu  mempelajari  tiga  perkara  asas  dalam  pendidikan  iaitu  membaca,

menulis  dan  mengira.  Ketidakupayaan  dalam  ketiga-tiga  perkara  ini  menyebabkan

seseorang  itu  hidup  dalam  keadaan  buta  huruf.  Perkara  ini  pastinya  menyebabkan

seseorang  itu  tidak  berpeluang  mempunyai  pekerjaan  yang  lebih  baik  dan  terlalu

bergantung  kepada  orang  lain  dalam  kehidupannya.  Secara  khususnya,  ketiga-tiga  asas

ini  sangat  penting  terutama  dalam  dunia  moden  yang  memaksa  kita  untuk  sentiasa

bersaing  secara  global  agar  melahirkan  masyarakat  yang  tidak  ketinggalan  jauh  oleh

arus  pemodenan.

Selain itu, membaca  dapat  diertikan  sebagai  satu  proses  yang  dilakukan  pembaca

bagi  membentuk  atau  memberikan  makna  terhadap  teks  yang  dibacanya  tersebut

sebelum  membuat  keputusan.  (Mahzan  Arshad,  158:2008). Menurut  Farida  Rahim  2005,

definisi  membaca  mencakup;  Pertama, membaca  merupakan  suatu  proses.  Maksudnya

adalah  informasi  dari  teks  dan  pengetahuan  yang  dimiliki  oleh  pembaca  mempunyai

peranan  utama  dalam  membentuk  makna.  Kedua, membaca  adalah  strategi.  Pembaca

Page 28: BM

yang  efektif  menggunakan  berbagai-bagai  strategi  membaca  yang  sesuai  dengan  teks

dan  konteks  dalam  rangka  mengkonstruk  makna  ketika  membaca.  Strategi  ini

bervariasi  yang  sesuai  dengan  jenis teks  dan  tujuan  membaca.  Ketiga, membaca

merupakan interaktif yang mana keterlibatan pembaca dengan teks  bergantung  pada

konteks.  teks  yang  dibaca  pula  harus  mudah  difahami  sehingga  menjadi  interaksi

antara  pembaca  dengan  teks. Selain itu, membaca  boleh  dilihat  sebagai proses  memilih

dan  mengambil  tindakan  apabila  pembaca  menyesuaikan  proses  membaca  dengan

tujuan  dan  teks  yang  dibacanya.  (Anderson, Hiebert,  Scott  dan  Wilkinson,  1985).

Proses  yang  menentukan  apakah  tujuan  dan  tindakan  yang  akan  diambil  ini  berlaku

serentak  dengan  proses  membina  makna  daripada  bahan  yang  dibaca. Menurut  Tinker

1952,  membaca  itu  ada  tiga  proses  yang  berlaku  iaitu:  (1)  Pengiktirafan  perkataan

simbol,  (2)  Menarik  balik  pengalaman  yang  berkaitan  dengannya,  dan  (3)  Pembinaan

semula  pengetahuan  untuk menggabungkan  idea  baru  yang  terkandung  dalam  bahan

bacaan.

         

Berdasarkan  pendapat  dan  pandangan  para  tokoh  di  atas,  secara  ringkasnya

membaca  ialah  proses  yang  dilakukan  oleh  pembaca  itu  sendiri  untuk  mentafsirkan

dan  memberikan  makna  terhadap  bahan bacaan  terutama  bahan  yang  berbentuk  teks

sebelum  menggunakan  kemahiran  berfikir  secara  kritis  dalam  membuat  keputusan

terhadap  apa  yang  dibaca. Proses  membaca  adalah  satu  proses  membina  jambatan

antara  maklumat  yang  terdapat  pada  permukaan  bertulis  dengan  maklumat  yang

terkandung  dalam  pemikiran  si  pembaca.  Semakin  banyak  maklumat  yang  diperoleh

oleh  pembaca  dalam  pemikirannya  tentang  perkara  yang  terkandung  dalam  bahan  yang

dibaca,  semakin  mudah  proses  pemahaman  berlaku. 

Page 29: BM

Sementelahan pula Hafisah (2008) mengatakan bahawa kemahiran menyelesaikan

masalah melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis serta kebolehan

mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru yang berlainan. Oleh

yang demikian, kepakaran guru amat diperlukan dalam menentukan strategi pengajaran dan

pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan

menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid.

Hal ini kerana kemahiran berfikir, pada umumnya, adalah suatu kemahiran memproses minda

bagi mencapai sesuatu tujuan seperti diperkatakan oleh Siti Zuliana (2006).

Kemahiran berfikir secara kritikal adalah kebolehan individu menggunakan minda

untuk mencari makna dan kefahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai idea, membuat

keputusan, menyelesaikan masalah dengan membuat pertimbangan yang wajar manakala

kemahiran membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri

ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Kemahiran membaca merupakan aspek yang sangat

penting dalam menguasai sesuatu ilmu pengetahuan. Seseorang yang mempunyai kemahiran

membaca dengan mudah dapat memperolehi serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam

pelbagai bidang. Khadijah Rohani (1987) menjalankan kajian berdasarkan persepsi guru

tentang masalah membaca, dan mendapati bahawa terdapat kira-kira 30 peratus murid- murid

tahap 1 di sekolah-sekolah rendah di Malaysia masih jauh ketinggalan dalam aspek

kemahiran membaca dan memahami.

2.4 Rumusan

Berdasarkan daripada tinjauan literatur di atas, kajian-kajian yang telah dijalankan

terdahulu membuktikan kepada kita penggunaan kaedah koperatif dalam pengajaran dan

Page 30: BM

pembelajaran khasnya bahasa Melayu akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

dan nilai-nilai murni seperti kerjasama kepada murid secara tidak langsung. Oleh itu, KBAT

seharusnya disambut dengan baik justeru berupa kesinambungan dan pengukuhan konsep

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) selama ini. Oleh yang demikian, kita

hendaklah memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan konsep KBAT sejajar dengan cita-

cita negara maju acuan sendiri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan

guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah

didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di

maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan

keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid

dalam pengajaran mereka.

Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan

KBAT semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dijalankan. Soalan

dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa,

mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau

hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

Kesimpulannya saya amat berharap agar peningkatan celik huruf di kalangan murid

dapat dilaksanakan dengan kadar segera agar murid-murid lemah tidak akan ketinggalan

dalam pelajaran mereka.

Page 31: BM
Page 32: BM

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian ialah proses yang melibatkan penyelidikan memerlukan langkah-

langkah yang sistematik dan teratur untuk mendapatkan maklumat berdasarkan kajian yang

dijalankan. Terdapat beberapa cara yang sistematik bagi menjalankan kajian ini yang

diaplikasikan oleh penyelidik dan terdiri daripada instrumen kajian, reka bentuk kajian,

kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, pentadbiran instrumen, variebal kajian, sampel

kajian dan tatacara pengumpulan data dan penganalisaan data. Bab ini akan membincangkan

metodologi kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian.

Reka bentuk kajian ini adalah tinjauan deskriptif. Menurut Mohd Majid Konting

(2005), kajian deskriptif merupakan kajian yang bertujuan menerangkan suatu keadaan yang

berlaku. Ini bertepatan dengan kajian ini, iaitu untuk mengenal pasti tahap penguasaan KBAT

dalam kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan responden. Dalam bab ini,

Kajian ini bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap penguasaan elemen KBAT di kalangan

murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Padang Luas. Antara elemen-elemen KBAT yang

diuji ialah Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Data kajian dikumpulkan, diproses menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti

frekuensi dan peratus telah digunakan untuk menerangkan tentang taburan data dan juga bagi

Page 33: BM

menjawab persoalan kajian pertama dan kedua. Semua analisis data telah dilakukan

berbantukan perisian Statistical Package for the Social Science 19.0 (SPSS).

3.2 Sample Kajian

Menurut Majid (2000), populasi didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan

cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu. Bagi menjalankan

penyelidikan ini, subjek kajian hanya terdiri daripada 20 orang murid tahun lima Sekolah

Kebangsaan Padang Luas. Murid tersebut adalah dari Kelas 5 Amanah. Murid-murid ini

merupakan antara murid yang berada di 5 kelas yang teratas di sekolah yang dikaji. Bilangan

lelaki adalah 10 orang daripadanya adalah lelaki dan 10 orang adalah perempuan. Jumlah

mereka adalah sama. Murid Kelas 5 Amanah ini memperolehi markah yang lebih kurang

sama dalam setiap kali ujian dijalankan.

3.3 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk penyelidikan ialah teknik atau kaedah untuk memperolehi maklumat bagi

menyelesaikan masalah untuk mencapai objektif penyelidikan. Rekabentuk juga menetapkan

unit analisis, populasi, persampelan, pembolehubah, cara pengukuran, pengumpulan dan

penganalisisan data (Sulaiman, 2003). Kaedah kajian yang dipilih ialah berbentuk soal

selidik yang dikemukakan kepada 20 orang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di

daerah Besut. Dalam merancang dan melaksanakan kajian tindakan, pelbagai teknik

pengumpulan data boleh digunakan bagi mendapatkan data yang sesuai dan pelbagai.

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang menggunakan kaedah kuanlitatif bagi

pengumpulan data yang dijalankan ke atas murid-murid. Menurut Majid (2000) instrumen

kajian merupakan alat yang digunakan untuk mengukur dan mengumpul bukti empirik. Satu

Page 34: BM

soalan bahasa Melayu yang mengandungi 12 soalan telah dibuat dan diberikan kepada murid

untuk dijawab selama satu jam. Sepanjang mereka menjawab soalan, saya melakukan

pemerhatian terhadap perlakuan mereka ketika menjawab soalan yang diberikan. Soalan-

soalan ini mempunyai aras yang tersendiri bersesuaian dengan elemen-elemen KBAT

berdasarkan Benjamin S. Bloom iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis,

Sintesis dan Penilaian.

Seterusnya, saya akan mengumpulkan data mentah yang telah diambil dari jawapan

murid untuk diperiksa. Data ini akan dikira dalam jadual kekerapan serta dalam ujian t yang

akan diuji dengan menggunakan SPSS. Instrument kajian ini adalah merangkumi soalan

bahasa melayu pemahaman yang diberikan kepada para responden. Soalan tersebut

merupakan soalan yang melibakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang telah disusun

dengan baik bertepatan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Bentuk instrument kajian dibahagikan kepada tiga iaitu yang berkisar tentang

demografi, soalan ujian pemahaman tahun lima dan tahap penguasaan KBAT serta penilaian

tahap KBAT murid-murid.

3.3.1 BAHAGIAN A

Bahagian A mengandungi 5 maklumat demografi responden seperti jantina, etnik,

minat, cita-cita dan subjek yang diminati. Tujuan maklumat demografi ini diadakan adalah

Page 35: BM

untuk memudahkan menganalisis data dan maklumat 20 orang responden serta melihat

sejauhmana taburan responden dalam bentuk kekerapan dan peratusan.

BAHAGIAN A : Maklumat Demografi

Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan.

1 Jantina i.Lelaki ii. Perempuan

2 Etnik Melayu Cina

India Lain

3 Minat Membaca Bersukan

Menonton TV Melukis

4 Cita-cita Guru Peniaga

Jurutera Akauntan

Doktor Lain-lain

5 Subjek yang diminati Bahasa Melayu Pendidikan Seni

Matematik Sains

3.3.2 BAHAGIAN B

Bahagian B yang mengandungi satu set soalan yang dilaksanakan dengan melibatkan

seramai 10 orang murid lelaki dan 10 orang perempuan murid Tahun Lima. Satu bentuk

Page 36: BM

soalan yang disediakan mengandungi 12 soalan. Setiap satu soalan mempunyai elemen

penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Set soalan pemahaman bahasa Melayu

ini telah digubal dengan berpandukan Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956). Menurut

Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan,

Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

(1) Pengetahuan

Pengetahuan merangkumi mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi,

teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata

tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan

melabelkan.

(2) Kefahaman

Seterusnya, kefahaman adalah mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada

bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi

contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah

memilih, menerangkan dan menulis semula.

(3) Aplikasi

Maksud aplikasi dalam kemahiran berfikir ialah menggunakan maklumat dalam

situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum,

teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.

(4) Analisis

Analisis merupakan sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil,

membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali

Page 37: BM

struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,

memastikan dan memilih.

(5) Sintesis

Sinesis pula ialah menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri

menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas

yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan

mengembangkan.

(6) Penilaian

Akhir sekali penilaian ialah membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional

berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas

yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta

membuktikan. Soalan tersebut telah dibuat berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah

dibina untuk menilai tahap penguasaan murid kemahiran berfikir responden.

Jadual Spesifikasi Ujian adalah seperti berikut;

1 Pengetahuan

Mudah2 Pemahaman

3 Aplikasi

Sederhana4 Analisis

5 Sintesis

Sukar6 Penilaian

Berikut merupakan soalan-soalan yang telah diagihkan kepada responden.

BIL SOALAN ARAS

Page 38: BM

1. “__________ mesti menyerahkan laporan tahunan

kelab ini kepada Cikgu Rahman sekarang,” kata

Bidin kepada Zaidi.

A Saudara

B Kami

C Kamu

D Tuanku                                                             

Pengetahuan Aras Mudah

2. “Bendahara, adakah persiapan untuk majlis anakanda

____________ sudah    siap diatur?” tanya Sultan

Melaka kepada Tun Perak.

A tuanku

B patik

C beta

D baginda

Kefahaman Aras Mudah

3. Encik Maniam ____________ saiz buku itu dengan

menggunakan sebatang pembaris.

A menconggak

B mengukur

C menggaris

D mengira                                                                   

Aplikasi Aras Sederhana

4. Suasana di kampung itu damai dan sawah padi

____________ luas di kaki bukit.

A terbentang

 B terdampar

C terhampar

Analisis Aras Sederhana

Page 39: BM

D terlantar

5. Bot nelayan itu ___________ dipukul ombak yang

kuat ditengah laut.

A terayun-ayun

B tergoyang-goyang

C terumbang-ambing

D terpontang-panting                                                   

Sintesis Aras Sukar

6. Perasaan Haliza __________ apabila permohonannya

untuk melanjutkan pelajaran di kolej itu gagal.

A seperti kaca terhempas ke batu

B seperti bulan jatuh ke riba

C seperti ular kena palu

D seperti mencurah air ke daun keladi                         

Penilaian Aras Sukar

Sila baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan

berikutnya

Kail mengena si ikan jelawat,

Ditangkap nelayan bersama lokan,

Ekonomi negara semakin gawat,

Tenangkan hati menerima ujian

Indah berseri hiasan jati,

Jati tumbuh di puncak bukit,

Jangan berbelanja sesuka hati,

Ada wang lebih simpanlah sedikit.

Page 40: BM

Petang redup pergi ke pekan,

Pergi ke pekan menaiki basikal,

Belanja sekolah boleh dikurangkan,

Galakkan anak membawa bekal.

Pergi ke surau bersama-sama rakan ,

Singgah sebentar di rumah Noja,

Barang tempatan patut diutamakan,

Jenama luar lupakan sahaja.

Anak kecil berhidung mancung,

Pandai mengaji sopan tuturnya,

Jika tergerak untuk melancong,

Negara sendiri patut diutama.

Gadis manis tersedu-sedu,

Ditinggalkan bonda dalam bahtera,

Marilah kita bersatu padu,

Negara aman Rakyat sejahtera.

7. Apakah jenis puisi di atas?

A. Syair

B. Gurindam

C. Pantun nasihat

D. Pantun adat

Pengetahuan Aras Mudah

8. Pernyataan yang berikut betul tentang pantun kecuali Pemahaman Aras Mudah

Page 41: BM

A. pantun mempunyai pembayang dan maksud

B. pantun mempunyai antara 8-12 sukukata

C. pantun mempunyai rima yang sama

D. pantun di atas ialah pantun empat kerat

9. Manakah antara yang berikut BUKAN harapan

penulis ?

A. Berjimat cermat

B. Tenangkan fikiran menghadapi dugaan

C. Teruskan bersatu padu

D. Mengaji dan berkelakuan sopan

Sintesis Aras Sukar

10. Pernyataan yang berikut ada kaitan dengan ungkapan

tenangkan hati menerima ujian kecuali

A. tidak menimbulkan kekecohan

B. selalu beringat bahawa kehidupan kita tidak

selamanya mewah

C. setiap ujian yang kita terima perlu dihadapi kerana

ada nikmatnya

D. kesusahan berlaku atas kesilapan manusia sendiri

Analisis Aras Sederhana

11. Nyatakan perasaan dan harapan penulis pada

pendapat anda.

A. gembira dengan keaadaan tersebut

B. berharap masyarakat akan berubah

C. berduka dengan keaadaan yang berlaku

D. menyeru agar masyarakat memahami keadaan

ekonomi yang berlaku

Penilaian Aras Sukar

Page 42: BM

12 Pada pendapat kamu, siapakah pencipta puisi tersebut

A. Pakar ekonomi

B. Pemimpin

C. Guru

D. Petani

Sebanyak 12 soalan telah disediakan dalam set soalan pemahaman bahasa Melayu

tahun lima. Soalan-soalan ini mengandungi tahap-tahap enam tahap dalam Jadual Spesifikasi

Ujian. Soalan- soalan ini telah dibina untuk menguji tahap penguasaan kemahiran berfikir

responden. Saya telah menyediakan soalan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu soalan

tempat kosong dan juga soalan pemahaman berdasarkan petikan. Responden diberi masa

selama 30 minit untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Kemudiannya, data mentah iaitu markah yang diperolehi oleh responden akan

dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan dengan

menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2010. Di bawah ini menunjukkan jadual skala

markah.

3.3.3 BAHAGIAN C

Manakala Bahagian C pula berkisar tentang analisis min responden serta ujian t

terhadap tahap penguasaan KBAT tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Page 43: BM

(KBAT) di kalangan responden. Data mentah yang dikumpul berdasarkan Aras Taksonomi

Kognitif Bloom yang dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman,

Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah

dibina untuk menilai tahap penguasaan murid. Data mentah yang diperolehi dalam soalan

ujian yang dikutip dalam soalan ujian akan dimasukkan ke dalam SPSS.

3.4 Analisis Data

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kajian kes yang menggabungkan

bentuk kualitatif. Bentuk kualitatif yang digunakan dalam kajian ini set ujian pemahaman

bahasa Melayu tahun Lima yang berasaskan KBAT.

Seterusnya kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah utama

pengumpulan data iaitu berdasarkan data primer dan data sekunder. Data primer adalah data

yang diperoleh sendiri oleh pengkaji melalui dua instrumen kajian iaitu set soalan

pemahaman bahasa Melayu. Statistik deskriptif seperti frekuensi dan peratus telah digunakan

untuk menerangkan tentang taburan data dan juga bagi menjawab persoalan kajian pertama

dan kedua.

Dalam bahagian B soal selidik, data dianalisis berpandukan kekerapan dan peratusan

yang diperolehi berpandukan Jadual jadual skala markah yang telah disediakan.

Penganalisisan melibatkan pengumpulan kekerapan jawapan yang diberikan dan seterusnya

kekerapan jawapan ini akan dikenalpasti untuk mengeluarkan hasil dapatan dari kajian yang

dijalankan. Data yang telah dianalisis akan disimpulkan untuk mendapatkan hasil kajian.

Seterusnya, pemprosesan data melibatkan aktiviti mengumpul, mengolah, menganalisis,

menyimpan dan mengeluarkan data berdasarkan tahap penguasaan KBAT yang diutarakan

dalam bahagian C.

Page 44: BM

Analisis data akan dilakukan selepas pengumpulan data mentah dari ujian yang telah

dijalankan. Setiap skor mentah yang diperolehi dari soalan ujian dikumpulkan dengan

menggunakan borang skor. Skor mentah yang diperolehi kemudiannya dipindahkan kepada

skor t . Seterusnya semua skor piawai akan diproses dan dianalisis.

Seterusnya ujian t sample akan dijalankan untuk menguji hipotesis kajian. Jadual akan

dibentuk untuk memberikan gambaran untuk menentukan samaada terdapat perbezaan

signifikan atau tidak. Seterusnya semua skor piawai akan diproses dan dianalisis dengan

menggunakan program perisian komputer ’Statistical Package for Social Science’ (SPSS 19.0

for Windows). Seterusnya ujian t sampel tidak bersandar akan dijalankan untuk menguji

hipotesis kajian diterima atau ditolak dengan melihat kepada nilai ’t’ dan nilai signifikan.

Jadual akan dibentuk untuk memberikan gambaran dan menentukan samada terdapat

perbezaan yang signifikan ataupun tidak. Kajian ini dijalankan dibuat untuk mengetahui

tentang penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran bahasa

Melayu murid tahun Lima SK Padang Luas.

3.6 Rumusan

Kemahiran berfikir aras tinggi adalah satu elemen penting yang mesti dikuasai oleh

murid. Guru harus bijak mempelbagaikan kaedah untuk memupuk dengan kemahiran berfikir

Page 45: BM

aras tinggi pelajar melalui kaedah pengajaran yang bersesuaian khasnya dalam kemahiran

membaca. Perkembangan bahasa dan kebolehan berfikir seseorang mempunyai perkaitan

yang rapat. Penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa Melayu mampu menyumbang ke arah

penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid-murid Kelas Lima

Amanah. Ini bermakna usaha murid menguasai pelbagai aspek dan kemahiran bahasa Melayu

itu secara langsung dan tidak langsung menggalakkan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa satu kajian mengenai penguasaan kemahiran

berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu

dijalankan dalam memberi kefahaman awal terhadap penguasaan kemahiran berfikir aras

tinggi di kalangan murid di peringkat sekolah rendah sebelum mereka melangkah ke sekolah

menengah dan seterusnya ke universiti dan juga ke alam pekerjaaan.

Selain dari itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap kemahiran berfikir

aras tinggi dalam menguasai kemahiran membaca. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa

permasalahan yang wujud dalam kemahiran membaca dapat diperbaiki dengan merancang

aktiviti pengajaran yang menarik dan kondusif oleh guru. Selain itu, suasana pembelajaran

yang selesa dan dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan menanamkan minat

murid agar terus belajar.

Walau bagaimanapun, demi memastikan murid-murid benar-benar mendapat peluang

dan menguasai KBAT pelbagai usaha yang perlu diambil secara eksplisit, sistematik dan

berterusan. Pendidik bahasa harus lebih teliti dalam merancang dan mengendalikan proses

pengajaran dan pembelajaran di mana diwujudkan wacana yang menyokong penguasaan

KBAT oleh pelajarnya. Ini adalah untuk memastikan bahawa murid-murid mendapat manfaat

sepenuhnya dalam menguasai kemahiran membaca dan juga Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Page 46: BM

BAB 4

Page 47: BM

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan tentang analisis hasil kajian terhadap

penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Berdasarkan kepada ujian yang telah

dijalankan, markah yang digunakan sebagai data yang telah dikumpul dianalisis dan dapatan

kajian akan diperolehi. yang mengandungi 1 set soalan yang dilaksanakan dengan melibatkan

seramai 10 orang murid lelaki dan 10 perempuan orang murid Tahun Lima. Satu bentuk

soalan yang disediakan mengandungi 12 soalan. Setiap satu soalan mempunyai elemen

penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Satu set soalan pemahaman Bahasa

Melayu ini telah digubal dengan berpandukan Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956).

Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu

Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Bahagian A dalam soal selidik adalah berkaitan dengan demografi responden.

Seterusnya, Bahagian B merupakan kekerapan jawapan oleh reponden. Manakala Bahagian C

pula berkisar tentang analisis ujian terhadap tahap penguasaan KBAT tahap penguasaan

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di kalangan responden.

Data mentah yang dikumpul berdasarkan Aras Taksonomi Kognitif Bloom yang

dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis

dan Penilaian berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah dibina untuk menilai tahap

penguasaan murid. Data mentah yang diperolehi dalam soalan ujian yang dikutip dalam

Page 48: BM

soalan ujian akan dimasukkan ke dalam perisian Statistical Package for the Social Science

19.0 (SPSS).

4.2 Latar belakang Responden

Sebanyak lima lima ciri demografi iaitu jantina, etnik responden, hobi, cita-cita dan

subjek yang diminati.

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan (Bil) Peratus (%)

Lelaki 10 50

Perempuan 10 50

Jumlah 20 100

Berdasarkan Jadual 4.1 di atas, didapati, bilangan responden lelaki dan perempuan

adalah sama iaitu lelaki 10 orang (50%) dan perempuan 10 orang iaitu bersamaan 50%.

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Etnik Responden

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik Responden

Etnik Kekerapan (Bil) Peratus (%)

Melayu 20 100

Jumlah 20 100

Page 49: BM

Taburan responden mengikut etnik ialah 20 orang (100%) adalah melayu.

Kebanyakan murid yang bersekolah di SK Padang Luas adalah Melayu dan murid lelaki dan

perempuan yang dipilih ini adalah semuanya Melayu.

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Hobi Responden

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Hobi Responden

Hobi Kekerapan (Bil) Peratus (%)

Membaca 9 45

Menonton 7 35

Bersukan 1 5

Melukis 3 15

Jumlah 20 100

Manakala soal hobi pula, seramai 9 orang (45%) mempunyai hobi membaca, 7 orang

(35%) mempunyai minat menonton, bersukan pula hanya 1 orang (5%) dan 3 orang (15%)

yang suka melukis di waktu lapang.

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Cita-cita

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Cita-cita

Pekerjaan Kekerapan (Bil) Peratus (%)

Guru 10 50

Jurutera 2 10

Doktor 4 20

Peniaga 0 0

Page 50: BM

Akauntan 4 20

Jumlah 20 100

Rajah 4.4 menunjukkan taburan responden berdasarkan cita-cita. Kajian mendapati

seramai 10 (50%) orang murid berminat untuk menjadi guru. Seterusnya 2 orang (10%)

berminat untuk bergelar jurutera, seramai 4 orang (20%) ingin menjadi doktor. Manakala

seramai 4 orang (20%) berminat menjadi akauntan. Tiada seorang pun murid mahupun lelaki

atau perempuan yang berminat menjadi peniaga.

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Subjek Kegemaran

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Subjek Kegemaran

Subjek Kekerapan (Bil) Peratus (%)

Bahasa Melayu 6 30

Matematik 9 45

Pendidikan Seni 1 5

Sains 4 20

Jumlah 20 100

Rajah 4.5 menunjukkan taburan responden mengikut subjek yang diminati.

Seramai 6 (30%) orang murid meminati subjek Bahasa Melayu, serta 9 orang (45%)

meminati subjek Matematik. Seterusnya, hanya seorang (5%) yang meminati subjek

Pendidikan Seni dan akhir sekali responden yang meminati subjek Sains adalah seramai 4

orang (20%).

Page 51: BM

4.3 Bahagian B

Dalam Bahagian B sebanyak 12 soalan telah disediakan dalam set soalan

pemahaman yang berkaitan dengan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) Bahasa Melayu Tahun Lima. Soalan- soalan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu

soalan tempat kosong dan juga soalan pemahaman berdasarkan petikan. Soalan-soalan ini

mengandungi tahap-tahap enam tahap seperti dalam Jadual Spesifikasi Ujian di bawah;

1 Pengetahuan

Mudah2 Pemahaman

3 Aplikasi

Sederhana4 Analisis

5 Sintesis

Sukar6 Penilaian

Soalan-soalan yang dikemukakan kepada responden adalah seperti berikut;

BIL SOALAN ARAS

1. “__________ mesti menyerahkan laporan tahunan

kelab ini kepada Cikgu Rahman sekarang,” kata

Bidin kepada Zaidi.

A Saudara

B Kami

C Kamu

D Tuanku                                                             

Pengetahuan Aras Mudah

2. “Bendahara, adakah persiapan untuk majlis anakanda

____________ sudah    siap diatur?” tanya Sultan

Kefahaman Aras Mudah

Page 52: BM

Melaka kepada Tun Perak.

A tuanku

B patik

C beta

D baginda

3. Encik Maniam ____________ saiz buku itu dengan

menggunakan sebatang pembaris.

A menconggak

B mengukur

C menggaris

D mengira                                                                   

Aplikasi Aras Sederhana

4. Suasana di kampung itu damai dan sawah padi

____________ luas di kaki bukit.

A terbentang 

B terdampar

C terhampar

D terlantar

Analisis Aras Sederhana

5. Bot nelayan itu ___________ dipukul ombak yang

kuat ditengah laut.

A terayun-ayun

B tergoyang-goyang

C terumbang-ambing

D terpontang-panting                                                      

Sintesis Aras Sukar

6. Perasaan Haliza __________ apabila permohonannya Penilaian Aras Sukar

Page 53: BM

untuk melanjutkan pelajaran di kolej itu gagal.

A seperti kaca terhempas ke batu

B seperti bulan jatuh ke riba

C seperti ular kena palu

D seperti mencurah air ke daun keladi                         

Sila baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan

berikutnya

Kail mengena si ikan jelawat,

Ditangkap nelayan bersama lokan ;

Ekonomi negara semakin gawat,

Tenangkan hati menerima ujian

Indah berseri hiasan jati,

Jati tumbuh di puncak bukit;

Jangan berbelanja sesuka hati,

Ada wang lebih simpanlah sedikit.

Petang redup pergi ke pekan,

Pergi ke pekan menaiki basikal;

Belanja sekolah boleh dikurangkan,

Galakkan anak membawa bekal.

Pergi ke surau bersama-sama rakan ,

Singgah sebentar di rumah Noja;

Page 54: BM

Barang tempatan patut diutamakan,

Jenama luar lupakan sahaja.

Anak kecil berhidung mancung,

Pandai mengaji sopan tuturnya;

Jika tergerak untuk melancong,

Negara sendiri patut diutama.

Gadis manis tersedu-sedu,

Ditinggalkan bonda dalam bahtera;

Marilah kita bersatu padu,

Negara aman Rakyat sejahtera.

7. Apakah jenis puisi di atas?

A. Syair

B. Gurindam

C. Pantun nasihat

D. Pantun adat

Pengetahuan Aras Mudah

8. Pernyataan yang berikut betul tentang pantun kecuali

A. pantun mempunyai pembayang dan maksud

B. pantun mempunyai antara 8-12 sukukata

C. pantun mempunyai rima yang sama

D. pantun di atas ialah pantun empat kerat

Pemahaman Aras Mudah

9. Manakah antara yang berikut BUKAN harapan

penulis ?

A. Berjimat cermat

Sintesis Aras Sukar

Page 55: BM

B. Tenangkan fikiran menghadapi dugaan

C. Teruskan bersatu padu

D. Mengaji dan berkelakuan sopan

10. Pernyataan yang berikut ada kaitan dengan ungkapan

tenangkan hati menerima ujian kecuali

A. tidak menimbulkan kekecohan

B. selalu beringat bahawa kehidupan kita tidak

selamanya mewah

C. setiap ujian yang kita terima perlu dihadapi kerana

ada nikmatnya

D. kesusahan berlaku atas kesilapan manusia sendiri

Analisis Aras Sederhana

11. Nyatakan perasaan dan harapan penulis pada

pendapat anda.

A. gembira dengan keaadaan tersebut

B. berharap masyarakat akan berubah

C. berduka dengan keaadaan yang berlaku

D. menyeru agar masyarakat memahami keadaan

ekonomi yang berlaku

Penilaian Aras Sukar

12. Pada pendapat kamu, siapakah pencipta puisi tersebut

a. Pakar ekonomi

b. Pemimpin

c. Guru

d. Petani

Aplikasi Aras Sederhana

Page 56: BM

Setelah jawapan disemak dan data mentah iaitu markah yang diperolehi kemudiannya,

data mentah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan

dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2010.

S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

KEKERAPAN JAWAPAN RESPONDEN

SOALAN

Pera

tus

Graf Bar di atas merupakan kekerapan jawapan yang telah didapati

berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden berdasarkan kertas ujian yang telah

diberikan. Manakala Jadual 4.6 di bawah menunjukkan tentang jumlah jawapan yang betul

berserta dengan aras KBAT berdasarkan Taksonomi Bloom berpandukan kekerapan dan

peratusan yang diperolehi melalui Jadual jadual skala markah yang telah disediakan.

Page 57: BM

BIL. SOALANARAS KBAT

(Taksonomi Bloom)

JUMLAH

JAWAPAN

YANG

BETUL

KEKERAPAN

(100%)

1. S1 Pengetahuan Aras Mudah 20 100

2. S2 Kefahaman Aras Mudah 20 100

3. S3 Aplikasi Aras Sederhana 18 90

4. S4 Analisis Aras Sederhana 19 95

5. S5 Sintesis Aras Sukar 12 60

6. S6 Penilaian Aras Sukar 10 50

7. S7 Pengetahuan Aras Mudah 20 100

8. S8 Pemahaman Aras Mudah 20 100

9. S9 Sintesis Aras Sukar 13 65

10. S10 Analisis Aras Sederhana 19 95

11 S11 Penilaian Aras Sukar 11 55

12 S12 Aplikasi Aras Sederhana 17 85

Jadual 4.6 Jumlah Jawapan yang Betul

Berdasarkan ujian yang dilakukan, seramai 20 orang (100%) murid menjawab

dengan betul bagi Soalan 1 dan 2. Manakala bagi Soalan 3, hanya 18 orang (90%) yang

berjaya menjawab dengan betul. Seterusnya, bagi Soalan 4, seramai 19 orang (95%)

menjawab dengan betul. Bagi soalan 5 pula hanya 12 orang (60%) menjawab dengan betul

dan Soalan 6 pula 10 orang (50%). Bagi Soalan 7 dan 8, kesemua responden menjawab

dengan betul (100%). Hanya 13 orang murid menjawab dengan betul bagi soalan 9 (65%).

Bagi Soalan 10 pula seramai 19 (95%) orang dan Soalan 11 seramai 11 orang (55%). Akhir

sekali Soalan 12 adalah seramai 17 orang (85%).

Page 58: BM

4.4 Bahagian C

Bahagian ini membincangkan persoalan mengenai tahap penguasaan KBAT di

antara murid lelaki dan murid perempuan. Analisis min responden serta ujian t terhadap

tahap penguasaan KBAT tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di

kalangan responden dilaporkan. Berdasarkan 12 soalan yang dikemukan dan dijawab oleh

murid akan diproses dan dipindahkan kepada skor t. Seterusnya semua skor piawai akan

diproses dan dianalisis.

Jadual akan dibentuk untuk memberikan gambaran untuk menentukan sama ada

terdapat perbezaan signifikan atau tidak dengan menggunakan program perisian komputer

’Statistical Package for Social Science’ (SPSS 19.0 for Windows). Jadual yang dibentuk akan

memberikan gambaran dan menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan ataupun

tidak dalam penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan Taksonomi

Bloom bagi mata pelajaran bahasa Melayu murid tahun Lima SK Padang Luas.

4.4.1 Min bagi Soalan KBAT yang dijawab oleh Responden

BIL. SOALANARAS KBAT

(Taksonomi Bloom)Min

KEKERAPAN

(100%)

1. Soalan 1 Pengetahuan Aras Mudah 1.0000 100

2. Soalan 2 Kefahaman Aras Mudah 1.0000 100

3. Soalan 3 Aplikasi Aras Sederhana 1.1000 90

4. Soalan 4 Analisis Aras Sederhana 1.0500 95

5. Soalan 5 Sintesis Aras Sukar 1.6000 60

6. Soalan 6 Penilaian Aras Sukar 1.5000 50

7. Soalan 7 Pengetahuan Aras Mudah 1.0000 100

8. Soalan 8 Pemahaman Aras Mudah 1.0000 100

Page 59: BM

9. Soalan 9 Sintesis Aras Sukar 1.1500 65

10. Soalan10 Analisis Aras Sederhana 1.0500 95

11 Soalan 11 Penilaian Aras Sukar 1.4000 55

12 Soalan 12 Aplikasi Aras Sederhana 1.1500 85

Berdasarkan jadual di atas, min bagi soalan 1 dan 2 ialah 1.0000. manakala min bagi

Soalan 3 ialah 1.1000 dan Soalan 4 ialah 1.0500 manakala Soalan 5 ialah 1.6000 . Soalan 6

dan soalan 7 masing-masing 1.5000 dan 1.0000. Bagi Soalan 8 pula, min adalah 1.000. min

bagi Soalan 9 dan 10 adalah 1.1500 dan 1.0500. Akhir sekali min bagi Soalan 11 dan 12 ialah

1.4000 dan 1.1500.

Nilai min yang dijelaskan dapat diggambarkan dalam carta pai di bawah.

1

1

1.1

1.05

1.6

1.51

1

1.15

1.05

1.4

1.15

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9 Soalan10 Soalan 11 Soalan 12

Page 60: BM

4.4.2 Nilai Ujian t

Ujian-t digunakan untuk menguji samada terdapat atau tidak perbezaan di antara

murid lelaki dengan murid perempuan terhadap tahap penguasaan KBAT dalam Bahasa

Melayu Tahun Lima.

Jantina

responden N Min

Sisihan

piawai Nilai t

Aras

signifikasi

Lelaki

Perempuan20 .35000 .58714 2.666 .015

Jadual 4.7 : Menunjukkan Tentang Ujian Yang Dijalankan Ke Atas Responden

Ujian ini diadakan untuk menunjukkan tentang perbezaan atau tidak terhadap

penggunaan ICT di antara guru lelaki dengan guru perempuan. Jadual 4.7 menunjukkan

perbezaan min skor t, sisihan piawai skor t, nilai t dan aras signifikan bagi keputusan

perkaitan jantina responden di SK Padang Luas dalam menjelaskan tentang tahap

pengguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi . Jadual di atas menunjukkan perbezaan min

skor t, sisihan piawai skor t, nilai t dan aras signifikan. Nilai t yang diperolehi daripada

analisis ’independent sample test’ bagi ujian ini ialah 2.666. Berdasarkan ujian t, aras

signifikan telah ditetapkan pada p = 0.05. Aras signifikan p = .015 yang diperolehi bagi ujian

ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi jantina responden.

Berdasarkan jadual di atas juga, menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan

bagi murid lelaki dan perempuan di mana responden mendapat (M = .35000, SD = .58714).

Page 61: BM

BAB 5

PERBINCANGAN

Bab ini merupakan inti pati kajian yang merangkumi perbincangan, cadangan dan

rumusan mengenai tajuk kajian iaitu tahap penguasaan KBAT dalam Bahasa Melayu.

Perbincangan yang dibuat adalah berdasarkan kepada dapatan kajian yang dianalisis melalui

jawapan yang diberikan oleh 20 orang responden dengan menggunakan soalan ujian.

5.1 Ringkasan Dapatan

Berdasarkan ujian yang telah dijalankan ke atas responden, didapati bahawa tahap

penguasaan murid Tahun Lima iaitu terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang

murid perempuan, tahap penguasaan membaca mereka adalah cemerlang. Manakala dalam

aspek penguasaan KBAT berasaskan Taksonomi Bloom, para responden cemerlang dalam

menjawab soalan bagi tahap mudah dan sederhana manakala bagi tahap sukar, masih ramai

lagi murid yang tidak dapat menguasainya dengan baik. Ini mungkin disebabkan oleh

responden kurang didedahkan dengan soalan-soalan yang berbentuk KBAT.

5.2 Perbincangan Kajian

Page 62: BM

Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menguji kemahiran membaca mereka khasnya

dalam menjawab soalan pemahaman. Soalan pemahaman merupakan salah satu bahagian

dalam soalan peperiksaan bahasa Melayu tahun Lima. Seterusnya, kajian ini juga dapat

menilai sejauh mana tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Bahasa Melayu.

5.2.1 Bahagian A – Perbincangan Latar Belakang Responden

Berdasarkan dapatan kajian, responden lelaki dan responden perempuan adalah sama

iaitu seramai 20 orang setiap jantina. Masing-masing adalah 50%. Manakala dari segi etnik

pula, kesemua responden adalah berbangsa Melayu (100%). Apabila menyentuh tentang

hobi, seramai 9 orang (45%) mempunyai hobi membaca, 7 orang (35%) mempunyai minat

menonton, bersukan pula hanya 1 orang (5%) dan 3 orang (15%) yang suka melukis.

Dari segi, cita-cita didapati seramai 10 (50%) orang murid berminat untuk menjadi

guru. Seterusnya 2 orang (10%) berminat untuk bergelar jurutera, seramai 4 orang (20%)

ingin menjadi doktor. Manakala seramai 4 orang (20%) berminat menjadi akauntan. Didapati

tiada seorang pun murid mahupun lelaki mahupun murid perempuan yang berminat menjadi

peniaga sebagai cita-cita.

Akhir sekali, soal subjek yang digemari pula, seramai 6 (30%) orang murid meminati

subjek Bahasa Melayu, serta 9 orang (45%) meminati subjek Matematik. Seterusnya, hanya

seorang (5%) yang meminati subjek Pendidikan Seni dan akhir sekali responden yang

meminati subjek Sains adalah seramai 4 orang (20%).

5.2.2 Bahagian B – Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Page 63: BM

Perbincangan kajian yang dibuat oleh penyelidik adalah berdasarkan hasil dapatan

kajian yang telah dianalisis di dalam bab empat, fokus perbincangan terdiri daripada setiap

persoalan kajian pada bahagian B. Ia meliputi tiga aras iaitu mudah, sederhana dan sukar.

Sebanyak 12 soalan telah disediakan dalam set soalan pemahaman yang berkaitan dengan

tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Bahasa Melayu Tahun Lima.

Soalan- soalan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu soalan tempat kosong dan juga

soalan pemahaman berdasarkan petikan mengikut aras Taksonomi Bloom. Dalam ujian yang

dijalankan, didapati bahawa para responden dapat menguasai kemahiran membaca dengan

baik. Dalam soalan ujian yang diberikan kepada responden, kebanyakkan soalan yang mudah

(pemahaman dan pengetahuan) dan sederhana (aplikasi dan analisis) dapat mereka jawab

dengan baik dan kebanyakkannya betul dalam memberikan jawapan. Tetapi apabila berkaitan

dengan tahap sukar yang melibatkan aspek penilaian dan juga sintesis, ramai di antara

responden yang tidak dapat menjawab dengan betul.

5.3.3 Bahagian C – Dapatan Ujian t

Manakala dalam Bahagian C, hasil min dan analisis ujian-t yang dilakukan terhadap

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan jantina mendapati bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan. Dapatan ini disokong

oleh dapatan penyelidikan Irwing Paul dan Richard Lynn (2005) yang mengatakan bahawa

pada dasarnya, tidak terdapat perbezaan dalam teras pintar atau faktor umum antara lelaki dan

perempuan. Perbezaan hanya berlaku dalam kebolehan kognitif yang tertentu, seperti lelaki

lebih baik dalam aspek kuantitatif dan perempuan lebih baik dalam aspek lisan.

Page 64: BM

Oleh yang demikian, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi murid lelaki

dan perempuan di mana murid lelaki mendapat (M = 1.5000, SD = .51299) dan murid

perempuan mendapat (M = 1.1500, SD =.36635). Berdasarkan ujian t, aras signifikan telah

ditetapkan pada p = 0.05. Aras signifikan p = 0.015.

Jelaslah tidak ada perbezaan antara murid lelaki dan murid perempuan dalam

penguasaan tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ini bersesuaian dengan pendapat

daripada Dagostino dan Carifo (1994) yang menyatakan faktor kebolehan dan

keintelektualan memainkan peranan yang lebih penting berbanding faktor jantina,

pengalaman dan persekitaran. Tuntasnya murid perlu mendapat didikan sempurna tanpa ada

diskriminasi atau tumpuan khas yang membezakan faktor jantina.

Page 65: BM

5.3 Cadangan

Berdasarkan perbincangan dan rumusan yang diperolehi dalam kajian ini,

dikemukakan beberapa cadangan supaya boleh dijadikan panduan oleh pihak- pihak tertentu

bagi meningkatkan dan memantapkan lagi dari segi kemahiran berfikir aras tinggi responden

ketika menjalani proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Cadangan- cadangan

adalah seperti berikut:-

5.3.1 Murid

Sebenarnya, murid adalah asas penting dalam penguasaan berbahasa Melayu dan

pencapaian dalam ujian. Faktor yang utama melibatkan sikap murid. Ramai murid yang

beranggapan bahawa bahasa Melayu itu mudah kerana merasakan bahasa Melayu itu bahasa

ibunda mereka dan sentiasa digunakan. Mereka tidak hairan akan ujian dan mengambil

ringan setiap kali ujian diadakan serta kurang mengambil hal terhadap ujian yang dijalankan.

Menurut Koh (1977) dalam Norlia binti Abu Bakar (2003), bahasa adalah alat komunikasi

untuk pembelajaran segala jenis ilmu. Oleh itu kemahiran membaca dan memahami soalan

amat penting dalam menggelakkan murid gagal dalam ujian dan peperiksaan.

Murid-murid dinasihati agar sentiasa peka dengan arahan guru dan bersikap positif

dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. Sikap murid yang peka

dan sikap positif seperti suka membaca secara sendiri akan membolehkan murid itu sendiri

membaca dengan lebih lancar.

Seterusnya, murid perlu rajin berlatih mengaplikasikan dan meningkatkan lagi

kemahiran berfikir aras tinggi yang diperoleh melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu. Sebagai contoh dengan mempelbagaikan bahan bacaan mereka. Menurut Mohd

Salehuddin (1993), kegemaran membaca akhbar dan majalah terutamanya aspek

Page 66: BM

pembentukan ayat boleh membantu murid membina ayat yang lebih gramatis khususnya

pola-pola ayat tertentu.

Akhir sekali, dalam menguasaan kemahiran berfikir aras tinggi, murid . Diharapkan

agar lebih yakin dalan membuat keputusan dan meningkatkan kemahiran berfikir kritikal

kerana seseorang yang mampu berfikir akan dapat membuat keputusan dengan baik.

5.3.2 Guru

Guru merupakan penggerak atau pelaksana kepada penguasaan bahasa yang sempurna

telah menjadi tanggungjawab guru khasnya dalam memberi penekanan kepada aspek

kemahiran berfikir aras tinggi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua

subjek khasnya Bahasa Melayu supaya murid dapat dibiasakan dengan penekanan ini. Ini

kerana walaupun tahap penguasaan murid yang masih sedikit tetapi asas yang ditanam amat

penting bagi seseorang murid untuk menentukan kemahiran berbahasa.

Guru mestilah sentiasa bersedia untuk menambah dan memperlengkapkan diri dengan

kaedah dan teknik pengajaran yang terkini. Supaya guru-guru lengkap dengan ilmu

pengetahuan yang kemas kini tentang bahasa, perkembangan bahasa dan pengajaran bahasa

mereka hendaklah digalakkan menghadiri seminar, bengkel, simposium, kolokium, tentang

bahasa dan pengajaran bahasa dari semasa ke semasa. Dengan ini, guru dapat menampilkan

pengajaran bahasa Melayu dengan lebih yakin dan berkesan khasnya berkaitan dengan

eleman Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Selain itu, tahap kebolehan dan penguasaan bahasa yang dimiliki oleh guru menjadi

kayu pengukur penentuan penguasaan KBAT murid-murid dalam Bahasa Melayu. Oleh itu,

seseorang guru bahasa Melayu bukan sahaja harus mempelajari selok-belok bahasa, tetapi

Page 67: BM

aspek-aspek bukan bahasa yang bergabung jalin dengan aspek bahasa bagi memudahkannya

membantu penyampaian penguasaan murid bagi menjana kemahiran keseluruhan. Misanya,

melibatkan psikologi serta emosi dan sosiologi apabila berdepan dengan murid-murid semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlansung.

Pada hemat saya, guru disarankan untuk menekankan kaedah pembelajaran

berasaskan masalah di dalam kelas supaya kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid

dapat ditingkatkan. Marohaini Yusuf (1989) mengemukakan bahawa untuk memberi

dorongan dan memupuk minat serta kebiasaan membaca dalam kalangan murid, guru perlu

menyediakan iklim pembelajaran yang baik. Oleh itu, guru yang kreatif dan menyesuaikan

pedagogi pengajaran untuk digunakan bagi mengajar bahasa Melayu terutamanya dalam soal

penguasaan tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Page 68: BM

5.4 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan

Bagi penyelidik di masa hadapan, saya mencadangkan agar dapat menggunakan skop

yang lebih luas untuk mengkaji tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan

murid di pelbagai sekolah untuk dibuat perbandingan. Sebagai contoh, selain menggunakan

kaedah soalan dan ujian, bakal penyelidik di masa hadapan juga boleh menggunakan kaedah

temubual sebagai instrumen kajian supaya responden dapat memberi kenyataan pendapat

dengan lebih bebas dan menyeluruh.

Kajian ini juga boleh dipanjangkan dengan menggunakan kaedah dan teknik

pengajaran yang lain yang dirasakan sesuai oleh guru supaya perbandingan kaedah

pengajaran dapat dibuat dengan lebih baik dan tepat. Pelbagai kemahiran bahasa seperti

menulis, mendengar dan sebagainya yang dapat dijadikan sebagai instrument dalam

melaksanakan kajian di masa hadapan.

Page 69: BM

5.5 Penutup

Kajian yang dijalankan ini telah mencapai objektif dan matalamat kajian ini. Kajian

ini diharapkan akan menjadi panduan untuk kajian pada masa akan datang. Berpandukan

kajian ini, kajian yang berkaitan yang ingin dilakukan dapat dikemaskini agar lebih menepati

objektif kajian dan ketepatan data. Pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu

berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) menawarkan peluang bagi guru untuk

membimbing murid meramal, merumus, menganalisis, membuat inferens, membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah yang merupakan kemahiran berfikir aras tinggi.

Bak kata Swarts (Swarts, 2003, ms. 10), seorang tokoh yang terkemuka dalam bidang

pengajaran pemikiran, dalam kertas ucap utamanya dalam persidangan First Annual Thinking

Qualities Initiative Conference yang diadakan di Hong Kong telah menegaskan bahawa;

...go beyond the mere asking of higher-order questions. And when we

think about it, it is pretty clear that doing just this is too weak a peg to

hang our hopes of reaching all of our students to help improve their

thinking in thinking oriented content instruction.

Swarts (2003) berpendapat bahawa soalan-soalan pemikiran aras tinggi yang lebih

berfokus harus digunakan oleh guru untuk menggalakkan pemikiran aras tinggi di kalangan

murid.Selain itu murid juga harus dibimbing dan digalakkan untuk membuat refleksi tentang

proses pemikirannya oleh guru.

Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang perlunya

kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri murid mengharungi kehidupan seharian serta di

masa hadapan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran berfikir aras tinggi bagi

Page 70: BM

responden adalah sederhana. Namun begitu tindakan susulan perlu dilakukan untuk

meningkatkan lagi beberapa elemen dalam kemahiran berfikir aras tinggi terutamanya dalam

elemen membuat keputusan. Kemahiran berfikir aras tinggi adalah satu elemen penting yang

mesti dikuasai oleh murid dalam setiap subjek khasnya dalam Bahasa Melayu.

Manakala guru pula harus memupuk kemahiran berfikir aras tinggi murid melalui

kaedah pengajaran yang bersesuaian. Kini dalam perancangan transformasi kurikulum

pendidikan menerusi pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) fokus adalah untuk melahirkan murid yang

mempunyai Kemahiran Berfikiran Berfikir Aras Tinggi iaitu KBAT. Diharapkan perencana

kurikulum dan pembuat dasar, iaitu KPM dan Bahagian Pembangunan Kurikulum

mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan KBAT dilaksanakan secara berkesan agar

dapat mencapai hasrat melahirkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Selain itu, pengkaji juga menyarankan guru supaya menyedari bahawa murid bukan hanya

memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik

perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka

mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses pengajaran dan pembelajaran boleh

dianggap berkesan.

Oleh itu, guru-guru perlu peka dan aplikasi dan penggunaan kaedah dalam pengajaran

dan pembelajaran serta peruntukan masa yang sistematik bagi menjamin sesuatu

pembelajaran khasnya berkaitan penguasaan KBAT dalam Bahasa Melayu supaya murid-

murid benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut.

Page 71: BM

RUJUKAN

Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru. (1993). Model persediaan mengajar pengajaran pembelajaranKBKK. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan

Bloom, B. S. (ed.). (1956). Taxonomy of educational objectives handbook I: Cognitivedomain. New York: McKay.

Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Penerbit UTM.

Guru (1994, January). Module for the training course on Developing Critical Thinking Through Effective Questioning. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamus Dewan (2008). Edisi Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.

Mohd Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Berfikir. Bentong: PTS Publication and Distribution Sdn Bhd

Onosko, J. J., &Newmann, F. M. (1994). Creating more thoughtful learning environments.

Dim J. N. Mangieri & C. Block (Ed.), Creating powerful thinking in teachers and students: Diverse perspectives. Fort Worth, TX: Harcourt.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://asiskl.org/v4/wp-content/uploads/2014/01/1.-KONSEP-KBAT-dan-i-THINK.pdf

http://ipik.edu.my/Sepintas_Lalu/elemen_KBAT_dalam_instrumen_pentaksiran.pdf

http://kbatsm.my/

http://www.cikguhailmi.com/2014/02/download-buku-pentaksiran-kbat-2014.html

http://cikgushamsudin.blogspot.com/2014/05/dokumen-standard-kurikulum-dan.html

Page 72: BM

LAMPIRAN

Page 73: BM

NAMA : _____________________________________________ TAHUN :_________________

BAHASA MELAYUTAHUN LIMA

2015

Masa :30 minit

Soalan ini mengandungi 12 soalan sahaja

Mula menjawab apabila diarahkan oleh guru

Soalan 1- 6 Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1. “__________ mesti menyerahkan laporan tahunan kelab ini kepada Cikgu

Page 74: BM

Rahman sekarang,” kata Bidin kepada Zaidi.

A Saudara

B Kami

C Kamu

D Tuanku  

                                                           

2. “Bendahara, adakah persiapan untuk majlis anakanda ____________ sudah

siap diatur?” tanya Sultan Melaka kepada Tun Perak.

A tuanku

B patik

C beta

D baginda

3. Encik Maniam ____________ saiz buku itu dengan menggunakan sebatang

pembaris.

A menconggak

B mengukur

C menggaris

D mengira  

                                                                 

4. Suasana di kampung itu damai dan sawah padi ____________ luas di kaki

bukit.

A terbentang

 B terdampar

C terhampar

D terlantar

5. Bot nelayan itu ___________ dipukul ombak yang kuat ditengah laut.

A terayun-ayun

B tergoyang-goyang

C terumbang-ambing

D terpontang-panting      

                                         

6. Perasaan Haliza __________ apabila permohonannya untuk melanjutkan

Page 75: BM

pelajaran di kolej itu gagal.

A seperti kaca terhempas ke batu

B seperti bulan jatuh ke riba

C seperti ular kena palu

D seperti mencurah air ke daun keladi                         

Soalan 7-12 berdasarkan puisi di bawah;

Page 76: BM

Kail mengena si ikan jelawat,

Ditangkap nelayan bersama lokan ;

Ekonomi negara semakin gawat,

Tenangkan hati menerima ujian

Indah berseri hiasan jati,

Jati tumbuh di puncak bukit;

Jangan berbelanja sesuka hati,

Ada wang lebih simpanlah sedikit.

Petang redup pergi ke pekan,

Pergi ke pekan menaiki basikal:

Belanja sekolah boleh dikurangkan,

Galakkan anak membawa bekal.

Pergi ke surau bersama-sama rakan ,

Singgah sebentar di rumah Noja;

Barang tempatan patut diutamakan,

Jenama luar lupakan sahaja.

Anak kecil berhidung mancung,

Pandai mengaji sopan tuturnya;

Jika tergerak untuk melancong,

Negara sendiri patut diutama.

Gadis manis tersedu-sedu,

Ditinggalkan bonda dalam bahtera;

Marilah kita bersatu padu,

Negara aman Rakyat sejahtera.

Sila baca puisi di atas dan jawab soalan-soalan berikut:

Page 77: BM

7. Apakah jenis puisi di atas?

A. Syair

B. Gurindam

C. Pantun nasihat

D. Pantun adat

8. Pernyataan yang berikut betul tentang pantun kecuali

A. pantun mempunyai pembayang dan maksud

B. pantun mempunyai antara 8-12 sukukata

C. pantun mempunyai rima yang sama

D. pantun di atas ialah pantun empat kerat

9. Manakah antara yang berikut BUKAN harapan penulis ?

A. Berjimat cermat

B. Tenangkan fikiran menghadapi dugaan

C. Teruskan bersatu padu

D. Mengaji dan berkelakuan sopan

10. Pernyataan yang berikut ada kaitan dengan ungkapan tenangkan hati

menerima ujian kecuali

A. tidak menimbulkan kekecohan

B. selalu beringat bahawa kehidupan kita tidak selamanya mewah

C. setiap ujian yang kita terima perlu dihadapi kerana ada nikmatnya

D. kesusahan berlaku atas kesilapan manusia sendiri

11. Nyatakan perasaan dan harapan penulis pada pendapat anda.

A. gembira dengan keaadaan tersebut

B. berharap masyarakat akan berubah

C. berduka dengan keaadaan yang berlaku

D. menyeru agar masyarakat memahami keadaan ekonomi yang berlaku

12. Pada pendapat kamu, siapakah pencipta puisi tersebut

Page 78: BM

A. Pakar ekonomi

B. Pemimpin

C. Guru

D. Petani

Page 79: BM

Statistics

Jan Etnik Hobi Citacita Subjek

N Valid 20 20 20 20 20

Missing 0 0 0 0 0

Mean 1.5000 1.0000 2.0500 2.1000 2.1500

Std. Deviation .51299 .00000 1.14593 1.25237 1.08942

Statistics

soalan1 soalan2 soalan3 soalan4 soalan5 soalan6 soalan7 soalan8 soalan9 soalan10 soalan11 soalan12

N Valid 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20 20

Missing 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

Mean 1.0000 1.0000 1.1000 1.0500 1.6000 1.5000 1.0000 1.0000 1.1500 1.0500 1.4000 1.1500

Std. Deviation .00000 .00000 .30779 .22361 .50262 .51299 .00000 .00000 .36635 .22361 .50262 .36635

Page 80: BM

Paired Samples Statistics

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

Pair 1 Jan 1.5000 20 .51299 .11471

KBAT 1.1500 20 .36635 .08192

Paired Samples Correlations

N Correlation Sig.

Pair 1 Jan & KBAT 20 .140 .556

Paired Samples Test

Paired Differences

t df Sig. (2-tailed)Mean Std. Deviation Std. Error Mean

95% Confidence Interval of the

Difference

Lower Upper

Pair 1 Lelaki -

Perempuan

.35000 .58714 .13129 .07521 .62479 2.666 19 .015

Page 81: BM