bm

2
Justeru, langkah-langkah untuk mengatasi serta mengurangkan masalah sosial yang ditimbul daripada penggunaan internet seperti aplikasi rangkaian sosial. Pengguna mestilah sentiasa peka ketika menggunakan aplikasi rangkaian sosial seperti tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat penuh, kata laluan, maklumat kewangan dan sebagainya. Selain itu, pengguna juga mesti berhati-hati ketika memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial kerana rangkaian sosial terdapat banyak pengguna yang menggunakan identiti palsu. Ini boleh membantu pengguna daripada terdedah kepada kes jenayah seperti rogol, penipuan dan sebagainya. Di samping itu, pengguna juga digalakkan untuk menggunakan fungsi privasi yang telah disediakan oleh rangkaian sosial. Ini boleh membantu untuk mengawal kumpulan tertentu daripada melihat maklumat peribadi dan gambar-gambar milik pengguna yang berpotensi menjadi bahan ugutan. Oleh itu, pengguna perlu berhati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh menunjukkan lokasi sebenar pengguna. Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mengatasi dan mengawal masalah-masalah yang ditimbul dari aplikasi rangkaian sosial. Sebagai contoh, ibu bapa mesti

description

bahasa malaysia

Transcript of bm

Page 1: bm

 Justeru, langkah-langkah untuk mengatasi serta mengurangkan masalah sosial yang ditimbul

daripada penggunaan internet seperti aplikasi rangkaian sosial. Pengguna mestilah sentiasa

peka ketika menggunakan aplikasi rangkaian sosial seperti tidak sesekali mendedahkan

maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat

penuh, kata laluan, maklumat kewangan dan sebagainya.

            Selain itu, pengguna juga mesti berhati-hati ketika memilih dan menerima kenalan

yang ditemui dalam rangkaian sosial kerana rangkaian sosial terdapat banyak pengguna yang

menggunakan identiti palsu. Ini boleh membantu pengguna daripada terdedah kepada kes

jenayah seperti rogol, penipuan dan sebagainya.

            Di samping itu, pengguna juga digalakkan untuk menggunakan fungsi privasi yang

telah disediakan oleh rangkaian sosial. Ini boleh membantu untuk mengawal kumpulan

tertentu daripada melihat maklumat peribadi dan gambar-gambar milik pengguna yang

berpotensi menjadi bahan ugutan. Oleh itu, pengguna perlu berhati-hati ketika meletakkan

mesej dan gambar yang boleh menunjukkan lokasi sebenar pengguna.

            Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mengatasi dan mengawal

masalah-masalah yang ditimbul dari aplikasi rangkaian sosial. Sebagai contoh, ibu bapa mesti

sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak supaya anak-anak tidak ketagihan atau

menyalahguna kemudahan internet. Ibu bapa perlu memberi bimbingan dan panduan yang

bersesuaian kepada anak-anak supaya anak-anak boleh lebih berdisiplin dan berhati-hati

memilih ketika melayari internet seperti aplikasi rangkaian sosial.

Page 2: bm

            Pihak atasan rangkaian sosial juga perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan

dalam mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh aplikasi rangkaian sosial. Misalnya, sistem

penapisan pengguna dan maklumat perlu diperkuatkan bagi mengelakkan kecurian maklumat

dan penipuan. Video-video dan gambar-gambar  yang berunsur negatif juga perlu ditapiskan

dan mengehadkan umur pengguna untuk mengelakkan minda remaja terjejas. Selain itu,

pihak atasan aplikasi rangkaian sosial juga boleh bekerjasama dengan kerajaan dalam

mengatasi masalah tersebut seperti mengawal penyebaran maklumat yang berunsur negatif .