bm komss.docx

26
BAHASA MELAYU KERTAS 2 - SOALAN 2 :PEMAHAMAN SOALAN- SOALAN PEMAHAMANJENIS KBKK (12-16 Markah) TAHUN JENIS SOALAN BENTUK SOALAN KBKK SKEMA JAWAPAN 2005 Petika n Umum (iii) “Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur.” Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? - masyarakat bersikap materialistik/mengejar wang/kekayaan - masyarakat bersikap individualistik/mementin gkan diri/tidak suka menjaga tepi kain orang - terlalu sibuk dengan kerja - kurang kesedaran/tidak mengambil tahu hal jiran/dengki/sombong/ang kuh/ego 2005 Petika n Drama (ii)Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang? 2006 Petika n Umum (iii)Pada pandangan anda, jelaskan - anggota masyarakat mengamalkan budaya tegur-menegur dalam kalangan mereka

Transcript of bm komss.docx

Page 1: bm komss.docx

BAHASA MELAYU KERTAS 2 - SOALAN 2 :PEMAHAMAN

SOALAN- SOALAN PEMAHAMANJENIS KBKK (12-16 Markah)

TAHUN JENIS SOALAN

BENTUK SOALAN KBKK

SKEMA JAWAPAN

2005 Petikan Umum

(iii) “Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur.”Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?

- masyarakat bersikap materialistik/mengejar wang/kekayaan- masyarakat bersikap individualistik/mementingkan diri/tidak suka menjaga tepi kain orang- terlalu sibuk dengan kerja- kurang kesedaran/tidak mengambil tahu hal jiran/dengki/sombong/angkuh/ego

2005 Petikan Drama

(ii)Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang?

2006 Petikan Umum

(iii)Pada pandangan anda, jelaskan faktor-faktor yang menentukan kejayaan kempen tersebut.

- anggota masyarakat mengamalkan budaya tegur-menegur dalam kalangan mereka- ibu bapa memainkan peranan dengan menerapkan budi bahasa kepada anak-anak- pihak sekolah dan guru memastikan pelajar mengamalkan berbudi bahasa- setiap individu menyokong kempen yang dilancarkan oleh kerajaan

2006 Petikan Cerpen

(ii) Sekiranya anda pemilik kebun epal itu, jelaskan usaha-

Page 2: bm komss.docx

usaha yang dapat anda lakukan untuk mempertahankan kebun epal anda

2007 Petikan Umum

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pendekatan kaunseling dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah?

- mewujudkan hubungan baik/tidak dimarahi- menerangkan objektif mereka ke sekolah- memberikan perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka- maklumat pelajar dirahsiakan

2007 Petikan Drama

(ii) Sekiranya anda pegawai kerajaan , nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda lakukan untuk memajukan penduduk kampung

2008 Petikan Umum

(iii) Sebagai murid yang berwawasan, jelaskan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan supaya terpilih sebagai calon angkasawan pada masa akan datang

- persediaan dari segi fizikal-sihat tubuh badan- persediaan dari segi mental-sedia bersaing, sanggup berkorban, emosi yang stabil- disiplin diri yang tinggi dalam aspek pemakanan/sahsiah/personaliti- menceburi jurusan yang berkait dengan bidang aeroangkasa

2008 Petikan Cerpen

(ii) Jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membela nasib kanak-kanak seperti Deliah

2009 Petikan Umum

(iii)Pada pendapat anda, apakah

- persekitaran bilik tidur yang tidak kondusif

Page 3: bm komss.docx

punca-punca yang menyebabkan seseorang menghadapi masalah sukar tidur?

- masalah kesihatan/penyakit/tidak menjaga kebersihan diri- mengambil bahan perangsangseperti minuman berkafien/dadah/alkohol/merokok - banyak berfikir

2009 Petikan Cerpen

(ii)Sekiranya anda Abang Awi, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk memujuk Zel supaya tidak terus memarahi anda

2010 Petikan Umum

(iii) Masih terdapat sebilangan rakyat negara kita yang gemar membeli coklat import walaupun harganya mahal

Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?

Berikan tiga sebab

- coklat dianggap sebagai makanan istimewa dan mahu mencari status-rata-rata rakyat Malaysia belum berbangga dengan barangan keluaran Malaysia termasuk barangan coklat- teknik bungkusan dan pengiklanan yang menarik dan agresif oleh pengeluar dari luar

2010 Petikan Cerpen

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tempat tinggal Daneng?

Page 4: bm komss.docx

20112012

SOALAN KLON JENIS KBKK

SOALAN 2 : PEMAHAMAN

Soalan 2(b) – Petikan Drama

(i) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyakinkanTuk Wali bahawa beliau masih diperlukan di gelanggangnya? [3 markah]

(ii) Sekiranya anda Onn, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda lakukan untuk membela nasib golongan ibu tunggal seperti Halimah. [3 markah]

(iii) Andaikan anda Zaman, apakah tindakan-tindakan yang wajar anda ambil untuk menyelamatkan Cempaka? [3 markah]

(iv) Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh keluarga Melati untuk membuka pusat pelancongan? [3 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

(i) Sekiranya anda Mikraj, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk mengubah sikap abang anda. [3 markah]

(ii) Jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membela nasib kanak-kanak seperti anak-anak Maznah. [4 markah]

(iii) Sekiranya anda Pak Tua, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk menyelamatkan flora dan fauna daripada pupus. [3 markah]

(iv) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan dan Pak Itam untuk menyelamatkan hubungan kekeluargaannya? [3 markah]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

(i) Pada pendapat anda, wajarkah Inderaputera menggunakan tipu daya untuk mengambil baju tuan puteri demi mendapatkan perkara yang dihajatinya?

Page 5: bm komss.docx

Berikan alasan anda. [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tujuan Raja Indera Bumaya menunjukkan kehebatannya? [4markah]

(iii) Selain menahan bubu, kemukakan empatcara yang dapat dilakukan oleh Merah Silu untuk menangkap ikan. [4 markah]

(iv) Pada pendapat anda, bagaimanakah tindakan yang wajar diambil oleh Si Kembang Cina apabila disuruh jurumudi menyediakan sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung? [3 markah]

(v) Sekiranya anda Yang Dipertuan Johor, apakah tindakan anda setelah membaca kandungan surat tersebut?

Berikan tiga cadangan. [3 markah]

(vi) Pada pandangan anda, selain meminta bantuan Opu Daeng lima bersaudara, bagaimanakah Raja Sulaiman dapat mengalahkan Siak?

[3 markah]

(vii) Sekiranya anda Inderaputra, apakah yang akan anda lakukan untuk membalas jasa tuan puteri yang telah memberikan gemala hikmat itu?

Berikan dua cadangan. [3 markah]

(viii) Sekiranya anda Raja Muhammad, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk mengelakkan peperangan dengan Raja Ahmad? [3 markah]

Soalan 2(d) – Petikan Puisi

(i) Nyatakan kepentingan kita mempelajari sastera [3 markah]

SoalanPetikan Syair

(i) Sekiranya anda mengambil alih tugas Laksamana untuk ke Patani, sanggupkah anda melaksanakan tugas tersebut?

Berikan alasan anda. [3 markah]

Page 6: bm komss.docx

(ii) Dalam rangkap akhir syair ini nyatakan bahawa orang yang berakal tidak berasa bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan.

Pada pandangan anda, apakah cara-cara yang dapat dilakukan oleh seseorang itu untuk meningkatkan ilmu pengetahuannya? [3 markah]

Soalan Petikan Gurindam

(i) Pada pendapat anda, apakah yang wajar diamalkan oleh seseorang untuk menjadi kawan yang setiawan? [3 markah]

Soalan Petikan Pantun

(i) Apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang untuk mengawal perasaan marah yang menguasai diri?

Kemukakan tiga pandangan anda. [3 markah]

(ii) Rangkap pertama pantun menggambarkan perasaan kecewa yang cuba disembunyikan oleh seseorang.

Pada pendapat anda, wajarkah kita bersikap demikian?

Jelaskan dua alasan anda. [4 markah]

Soalan Petikan Sajak

(i) Bagaimanakah cara untuk membendung budaya kuning menular dalam kalangan remaja?

Berikan tiga cadangan anda. [3 markah]

(ii) Dalam sajak tersebut, penyajak ada menyentuh persoalan kelekaan generasi muda pada masa ini.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya kepada negara kita jika generasi muda terus leka? [3 markah]

Page 7: bm komss.docx

SKEMA JAWAPAN SOALAN KLON 1 KERTAS 2

Soalan 2(b) – Petikan Drama

(i) – Ripin dan Mariam akan membantunya di gelanggang- Ripin dan Mariam tidak yakin dapat mengambil alih tugasnya di gelanggang- Kehadiran Tuk Wali akan menaikkan semangat pelajar di gelanggang

(ii) – Memberikan sumbangan kewangan- Mencarikan jodoh yang bertanggungjawab- Memastikan anak-anak ibu tunggal mendapatkan pendidikan yang

sewajarnya

(iii)- Melaporkan tindakan Prof. Peter kepada polis- Mengambil tindakan mahkamah terhadap Prof. Peter- Melarikan/menyembunyikan Cempaka- Mengahwini/mengahwinkan Cempaka- Berunding

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

(i) - Meminta Israk sedar bahawa Wah ialah nenek mereka- Memberitahu Israk bahawa berbudi bahasa itu budaya bangsa - Memberitahu Israk bahawa bercakap kasar dengan Wah hukumnya berdosa

(ii) – Memastikan mereka dapat meneruskan persekolahan- Memberikan bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan

mereka- Memberikan motivasi kepada mereka- Memberikan pekerjaan kepada ibu mereka supaya dapat menanggung

anak-anaknya

(iii) – Membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab - Mengadakan kempen kesedaran kepada pihak terbabit - Membuat bantahan dengan sokongan penduduk tempatan

(iv) – Bertolak ansur dan mengakui kesalahan diri- Berusaha untuk meluangkan masa yang lebih banyak bersama dengan

keluarga

Page 8: bm komss.docx

- Meminta pihak yang berpengaruh untuk memujuk isteri dan anak-anaknya

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik

(i) – Tidak wajar- Tindakan Inderaputra menghendap Tuan Puteri sangat tidak berakhlak- Tindakan Inderaputra menjatuhkan maruah Tuan puteri- Inderaputra boleh berbincang dengan Tuan Puteri secara baik

(ii) –Baginda ingin mengetahui isi hati Tuan Puteri - Baginda ingin mengagumkan Tuan Puteri - Baginda ingin memikat Tuan Puteri- Baginda ingin membuktikan/menunjukkan kesaktian yang dimilikinya

(iii) – Memancing ikan- Melembing ikan- Menjala ikan- Menyaut ikan- Menangguk ikan

(iv) – Menasihati jurumudi agar melayan semua manusia secara adil- Mengadu perkara tersebut kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa- Menghidangkan makanan seperti tetamu lain kepada Awang Sulung

tanpa pengetahuan jurumudi

(v) – Melaksanakan semua arahan yang diberikan - Menyerahkan takhta tanpa pertumpahan darah - Mengadakan rundingan damai(* Boleh juga diterima pendapat yang menunjukkan Yang Dipertuan Johor menentang)

(vi) – Rakyat Riau mesti bersatu- Menyiapkan kelengkapan perang yang lebih hebat- Melatih rakyat dengan kemahiran berperang

(vii) – Menjadikan Tuan Puteri sebagai isteri- Memberikan anugerah/pingat/gelaran- Memberikan hadiah

Page 9: bm komss.docx

Soalan 2(d) – Petikan Puisi

(i) - Sastera merupakan wadah untuk mendidik masyarakat- Sastera merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahankan oleh generasi muda- Sastera memberikan pulangan lumayan kepada penulis yang prolifik- Sastera seperti syair, gurindam, dan pantun dapat menjadi sumber hiburan masyarakat

Soalan Petikan Syair

(i) - Sanggup- Kerana tugasan itu dapat menjamin keamanan negeri- Kerana ada orang yang dapat menjaga emak saudara, Bonda Duli Mahkota Indera yang sakit- Kerana perintah Betara demi kepentingan negeri bukan kepentingan diri/individu

Soalan Petikan Gurindam

(i) – Bersikap jujur- Bersikap amanah- Bersikap menepati janji

Soalan Petikan Pantun

(i) – Duduk di suatu tempat untuk menenangkan perasaan marah- Mengeluarkan perasaan marah dengan menulis di atas kertas- Meluahkan perasaan marah kepada orang yang dapat menenangkan perasaan kita- Beristigfar dan muhasabah diri

(ii) Wajar- Menjaga maruah diri- Tidak menyinggung perasaan orang lain- Tidak mahu menyusahkan orang lain

Tidak wajar- Menimbulkan tekanan perasaan- Menimbulkan masalah kesihatan

Page 10: bm komss.docx

- Menyusahkan orang lain- Menghilangkan selera makan

Soalan Petikan Sajak

(i) – Memberikan didikan agama/moral sejak kecil- Menyertai kem-kem motivasi yang diadakan - Sistem pendidikan di sekolah – menitikberatkan mata pelajaran yang berkaitan seperti Pendidikan Islam/Moral, Pendidikan Kesihatan, Reproduktif, dan Sosial

Soalan Petikan Syair

(i) – Sentiasa belajar dan berguru- Sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima pendapat dan pandangan orang lain- Mengkaji dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara- Banyak berbincang dengan golongan bijak pandai - Banyak membaca dan berfikir tentang sesuatu sumber yang berasaskan ilmu

SOALAN 4 : NOVEL [15 MARKAH]

1. Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel

Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari.

Mengapakah anda berpendapat demikian? [7 markah]

2. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu. [8 markah]

3. Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda kaji. [7 markah]

4. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu persoalan daripada setiap novel tersebut. [8 markah]

5. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. [7 markah]

Page 11: bm komss.docx

6. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. [8 markah]

7. Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang pentingkepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda. [7 markah]

8. Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakat dalam dua novel yang anda pelajari. [8 markah]

9. Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas. [7 markah]

10. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satucontoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah]

11. Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [7 markah]

12. Berdasarkan duabuah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel. [8 markah]

13.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakanwatak utama dalam novel tersebut. [7 markah]

14.Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. [8 markah]

15. Jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [7 markah]

16. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilaikemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]

Page 12: bm komss.docx

SKEMA JAWAPAN SOALAN KLON NOVEL

(Untuk Soalan 4)

SOALAN 4 : NOVEL

1. Novel Melunas Rindu

- Peristiwa Fuad mendapat tahu bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya.Peristiwa ini menarik kerana Fuad secara tidak sengaja menjumpai ibunya biarpun sudah puas mencarinya di merata-rata tempat.

- Peristiwa mengurus dan menanggung perbelanjaan perkahwinan Borhan dengan Maznah, malah Fuad juga membawa dan membayar kos perubatan anak Borhan. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kesungguhan Fuad untuk membantu orang yang dalam kesusahan dan tindakan Fuad ini meredakan kemarahan orang kampung terhadapnya.

*Novel Kabus di Perbukitan

- Peristiwa Rahayu mengigau menyebut nama Bukit Kutu dan Sungai Besar. Peristiwa ini menarik kerana Rahayu yang ketika itu sudah tenat dapat mengagak lokasi Faridah yang gagal ditemui oleh pasukan penyelamat selepas Faridah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya.

- Peristiwa pertemuan semula Faridah dengan Azrul ketika membincangkan majlis perkahwinan anak mereka. Peristiwa ini menarik kerana Azrul dan Faridah tidak bersua muka selama 25 tahun, maka pertemuan itu memberi mereka peluang untuk mengigatkan kisah lama.

2. – Salah satu latar tempat dalam novel Melunas Rindu ialah hospital yang menjadi tempat Rahayu mendapatkan rawatan kerana penyakitnya.

- Salah satu latar tempat dalam novel Kabus di Perbukitan ialah hospital yang menjadi tempat ibu Farhana/Fuad mendapatkan rawatan.

Page 13: bm komss.docx

- Kedua-dua novel mempunyai latar yang sama, iaitu hospital namun peristiwa yang berlaku di latar itu berbeza.

3. Novel Melunas Rindu

- Kita hendakalah patuh akan perintah Allah. Contohnya, Fuad digambarkan sebagai orang yang mematuhi suruhan Allah.Fuad rajin mendalami ilmu agama dengan ayah angkatnya, Pak Ismail.

- Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan. Contohnya, Fuad membayar yuran peperiksaan Ah Soh dan berjanji akan menanggung perbelanjaan persekolahan Ah Soh dan Mei Lin.

*Novel Kabus di Perbukitan

- Kita hendaklah menerima ketentuan takdir dengan hati yang terbuka. Contohnya, Azrul menerima kematian Rahayu dengan hati tenang.

- Kita hendaklah berpegang kuat pada budaya dan agama walau di mana-mana kita berada. Contohnya, Faridah tetap berpegang pada budaya dan agama walaupun tinggal di luar negara selama 25 tahun.

4. – Persoalan menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang reda. Dalam novel Melunas Rindu, watak Fuad dan Farhana menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-baradik seibu dan terpaksa memendamkan perasaan masing-masing.

- Persoalan menerima ketentuan Ilahi juga terkandung dalam novelKabus diPerbukitan. Azrul menerima ketentuan Ilahi apabila Rahayu meninggal dunia selepas menderita kerana sakit kanser.

5. Novel Melunas Rindu

- Peristiwa Fuad melarikan Sofia anak kepada Mak Salmah dan Pak Ismail.Peristiwa ini tentulah mencemarkan maruah keluarga Mak Salmah dan Pak Ismail.

Page 14: bm komss.docx

- Peristiwa Cikgu Zamani dimarahi kerana selalu ponteng kelas dan ditukarkan ke sekolah lain. Peristiwa ini sudah tentu mencemarkan maruah Cikgu Zamani sebagai seorang guru.

*Novel Kabus di Perbukitan

- Peristiwa Benny meminta maaf dan menerangkan keadaan sebenar dia menghilangkan diri dan kaitannya dengan Mohammed Attar. Peristiwa ini menunjukkan Benny berusaha untuk memulihkan maruah dirinya yang tercemar.

- Peristiwa vandalisme yang berlaku di Noor Islamic Centre mencetuskan kebimbangan Soleh. Peristiwa ini menunjukkan bahawa Soleh bimbang maruah agamanya akan tercemar sebagai akibat perbuatan tersebut.

6. - Fuad menghadapi konflik dalaman apabila mengetahui Farhana ialah adik kandungnya, walhal mereka berdua saling menyayangi. Fuad menyelesaikan konflik ini dengan menerima ketentuan Ilahi.

- Faridah berhadapan dengan konflik dalaman apabila suaminya Ghazali meninggal dunia sebagai akibat kemalangan jalan raya. Faridah menyelesaikan konflik itu dengan berhijrah ke New Zealand dan memulakan kehidupan baru di negara itu.

7.Novel Melunas Rindu

- Bahagian permulaan novel ini memperkenalkan watak utamanya, iaitu Fuad – hubungannya dengan keluarga angkatnya – mencuba mengambil hati ibu angkatnya, Mak Salmah yang marah kerana dia telah melarikan Sofia

- Bahagian permulaan novel ini juga tentang tawaran Cikgu Abas – menawarkan Fuad pekerjaan sebagai guru sandaran atau guru kelas bimbingan – jalan cerita itu berkembang setelah Fuad berkerja sebagai guru sandaran dan berkenalan dengan Farhana

Page 15: bm komss.docx

*Novel Kabus di Perbukitan

-Bahagian permulaan novel ini mengisahkan Rahayu yang jatuh pengsan ketika di perpustakaan – dirawat di hospital – disahkan menghidap kanser.

- Bahagian permulaan novel ini juga mengisahkan kemalangan yang menimpa Faridah, kakak kembar seiras Rahayu – van yang dipandunya terhumban ke dalam gaung – Faridah hilang bersama-sama dengan Iqbal, kanak-kanak istimewa.

8. – Persamaan latar masyarakat dalam novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitanialah masyarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga – contohnya, dalam novel Melunas Rindu Roslan (Robert Lim) terpaksa berpisah dengan isterinya akibat desakan keluarganya – dalam novel Kabus di Perbukitan, Kamaruddin berpisah dengan isterinya setelah berkahwin dengan Hamidah, penceraian tersebut menyebabkan kedua-dua anak kembar mereka terpaksa berpisah.

- Perbezaan latar masyarakat dalam kedua-dua buah novel ialah dalam novel Melunas Rindu, Fuad yang tinggal di Bandar berhijrah ke kampung untuk mencari identiti dirinya – novel Kabus di Perbukitan, Faridah berhijrah ke luar negara untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

9. Novel Melunas Rindu

- Watak utama dalam novel ini ialah Fuad/Joshua/Abdul Halim – mempunyai sikap tabah – tabah menghadapi dugaan hidup – berusaha mencari ibu kandungnya yang disangka sudah meninggal dunia – akhirnya dia bertemu dengan ibu kandungnya.

Page 16: bm komss.docx

- Tabah menghadapi kemarahan ibu angkatnya – dia mencuba mengambil hati ibu angkatnya – akhirnya, ibu angkatnya dapat memaafkannya dan menerimanya.

*Novel Kabus di Perbukitan

- Watak utama dalam novel ini ialah Faridah – seorang yang tabah menghadapi pelbagai ujian – dia kehilangan adik kembarnya, ibunya dan suaminya – berjaya meneruskan kehidupan yang lebih baik selepas berhijrah ke luar negara.

- Tabah menjalani kehidupan di negara asing dan menyimpan perasaan rindunya pada tanah airnya – akhirnya dia pulang ke tanah air.

10. – Dalam novel Melunas Rindu, Fuad sangat sayang akan ibu dan bapa angkatnya – sanggup berbuat apa-apa sahaja bagi membahagiakan ibu dan bapa angkatnya – membeli tanah untuk dikerjakan bersama dengan bapa angkatnya – tanah itu diberikan kepada bapa angkatnya.

- Dalam novel Kabus di Perbukitan – Hamidah sangat sayang akan Rahayu dan sering menemani di hospital walaupun dia hanya ibu tiri Rahayu.

11. Novel Melunas Rindu

- Kesedaran tentang pentingnya mentaati perintah agama, walaupun ayahnya Robert Lim tidak melaksanakannya, namun Fuad ataupun nama lainnya Joshua menjadi contoh pemuda yang tidak mengabaikan nilai agama.

- Kesedaran tentang pentingnya ketabahan yang perlu ada dalam diri seseorang, iaitu Fuad tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup.

*Novel Kabus di Perbukitan

Page 17: bm komss.docx

- Kesedaran tentang pentingnya berpegang kuat pada ajaran agama dan budaya, walaupun Faridah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dngan Soleh Johnson, dia tetap berpegang kuat pada agama Islam dan budaya Melayu

- Kesedaran tentang pentingnya setia dan patuh kepada suami, Faridah setia kepada suaminya Soleh Johnson yang dikahwininya sejak 25 tahun lalu.

12. – Dalam novel melunas Rindu, Cikgu Abas berani menegur guru yang bersikap sambalewa dan ponteng mengajar kelas tuisyen.

- Dalam novel Kabus di Perbukitan, merebut peluang untuk berkursus di New Zealand – berani menjalani kehidupan seorang diri di bumi asing.

13. Watak utama Fuad

- Baik hati – memberi hasil tanaman iaitu jagung kepada guru-guru di sekolahnya termasuk Farhana – membeli hadiah seperti pakaian kepada keluarga angkatnya, Peter Lim memberi hadiah dan membelanja Farhana keluar makan sempena ulang tahun kelahiran Farhana.

- Penyayang – sayang akan Pak Ismail dan Mak Salmah dengan memberi tanah yang dibeli daripada Awang Sojar – sayang akan ibunya dan bersama-sama mencari kubur ibunya dan saudara mara sebelah ibunya.

- Rajin – membantu membuat kerja-kerja harian di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah seperti mencari kayu api di hutan berhampiran dan mengusahakan tanaman jagung di tanah yang dibelinya.

- Tabah – mendidik murid-murid di SM Seri Setia. Dia berusaha mencari kaedah pengajaran yang sangat sesuai kepada murid-muridnya.

- Bijak – membantu Panitia Bahasa Inggeris menangani masalah penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid di SM Seri Setia

- Suka membantu orang lain – membantu Borhan menghantar anaknya yang demam panas mendapatkan rawatan di Kuala Terengganu walaupun hari sudah lewat malam

Page 18: bm komss.docx

- Alim – sering mengerjakan solat di Danau Seberang dan belajar mengaji dengan Pak Ismail.

- Kemas dan bergaya – memakai pakaian dan jam tangan berjenama seperti John Master, Alain Delon dan Rolex di sekolah.

14.–Tanggungjawab terhadap keluarga – Pak Ismail dan Mak Salmah bertanggungjawab terhadap Fuad.Mereka bimbang akan keselamatan Fuad yang pulang lewat daripada mencari kayu di hutan

- Tidak amanah terhadap tugas – Cikgu Zamani tidak menjalankan tugas sebagai guru dengan amanah dalam mendidik anak-anak muridnya di SM Seri Setia kerana sering datang lewat ke kelas dan mengabaikan anak-anak muridnya.

- Berbudi kepada tanah –Fuad membeli sekeping tanah terbiar milik Awang Sojar yang bernilai RM10,000.00. Tanah itu ditanam dengan jagung.

- Kesan kekacauan politik – kesan daripada zaman darurat telah memecahbelahkan keluarga, Fuad dipisahkan daripada ibu kandungnya yang berbangsa Melayu setelah bapa kandungnya yang berbangsa cina meninggalkan ibunya.

- Kasih sayang yang terhalang – kasih sayang antara Fuad dan Sofia terhalang setelah mengetahui bahawa mereka sebenarnya adik-beradik.

15 dan 16 soalan 2012

SOALAN NOVEL KBKK 2010

SOALAN 4 : NOVEL [15 markah]

(a) sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Page 19: bm komss.docx

(b) berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel.