bm_online.doc

6
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBML3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU SEMESTER JANUARI 2015 ____________________________________________________________________ ____ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan. 4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online . Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri. 7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb – 22hb Mac 2015. Serahan selepas 22hb Mac 2015 TIDAK akan diterima.

description

tr4yhrth

Transcript of bm_online.doc

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBML3103

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYUSEMESTER JANUARI 2015

________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh penghantaran. 8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb 22hb Mac 2015. Serahan selepas 22hb Mac 2015 TIDAK akan diterima. 9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Anda dikehendaki memilih sebuah cerpen daripada sebarang sumber rujukan sekitar tahun 2000 hingga 2014.

Dengan menggunakan cerpen tersebut dan berdasarkan sokongan bahan rujukan, anda perlu melaksanakan tugasan berikut;

(i) Pengenalan anda perlu menulis maklumat tentang tajuk cerpen, biodata penulis, maklumat lengkap sumber cerpen tersebut dan sinopsis.

(ii) Menganalisis anda perlu menganalisis cerpen berdasarkan lima aspek struktur, iaitu tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Analisis itu hendaklah disokong dengan sumber rujukan dan disertakan dengan huraian dan contoh yang sesuai.

(iii) Penilaian Prinsip anda perlu menilai berdasarkan lima prinsip kesesuaian bahan cerpen untuk pengajaran dan hendaklah disokong dengan bahan/sumber rujukan lain bagi mempertahankan hujah/huraian anda. Anda boleh menentukan sama ada cerpen itu baik atau sebaliknya berdasarkan bacaan anda.

(iv) Rumusan anda perlu merumuskan perbincangan dan membuat kesimpulan sama ada cerpen itu sesuai atau tidak untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

[Jumlah: 40 markah]

Rubrik Tugasan

KriteriaWajaranTidak LengkapLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

01234

Pengenalan

1Pengenalan tidak berkaitan.Pengenalan yang terlalu ringkas dan tidak lengkap. Tidak ada sinopsis.Pengenalan yang kurang lengkap tetapi mempunyai sebahagian besar fakta. Ada sinopsis tetapi kurang baik.Pengenalan yang baik dan lengkap.

Sinopsis dinyatakan dengan baik.

Pengenalan yang amat baik dan amat jelas. Maklumat penulis lengkap dan terperinci. Ada maklumat tambahan tentang penulis. Penulisan sinopsis amat baik. 4

Menganalisis cerpen berdasarkan lima aspek struktural3.5Analisis tidak berkaitan.Analisis hanya berfokus kepada dua aspek struktural sahaja. Aspek lain tidak dianalisis.

Ada contoh tetapi sangat terhad.Analisis hanya berfokus kepada tiga aspek struktural sahaja dan contoh berdasarkan petikan agak terhad bilangannya. Analisis yang baik dan sekurang-kurangnya empat aspek struktural dibincangkan berserta contoh daripada petikan yang sesuai dan relevan.

Analisis yang amat baik dan sekurang-kurangnya lima aspek struktural dibincangkan berserta contoh daripada petikan yang sesuai dan relevan. 14

Prinsip-prinsip kesesuaian cerpen sebagai bahan pengajaran3.5Tiada perbincangan tentang prinsip kesesuaian cerpen sebagai bahan pengajaran. Perbincangan tentang prinsip-prinsip kesesuaian cerpen sebagai bahan pengajaran disampaikan secara umum. DUA prinsip dinyatakan dengan bahan sokongan dan fakta yang bersesuaian.Perbincangan tentang prinsip-prinsip kesesuaian cerpen sebagai bahan pengajaran disampaikan dengan agak baik. TIGA prinsip dinyatakan dengan bahan sokongan dan fakta yang bersesuaian.Perbincangan tentang prinsip-prinsip kesesuaian cerpen sebagai bahan pengajaran disampaikan dengan baik dan bernas. EMPAT prinsip dinyatakan dengan bahan sokongan dan fakta yang bersesuaian.Perbincangan tentang prinsip-prinsip kesesuaian cerpen sebagai bahan pengajaran disampaikan dengan amat baik dan amat bernas. Sekurang-kurangnya LIMA prinsip dinyatakan dengan bahan sokongan dan fakta yang bersesuaian.14

Rumusan dan kesimpulan

1Tiada rumusan diberikan.Rumusan dan kesimpulan yang ringkas dan tidak menjelaskan perkara berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.Rumusan dan kesimpulan yang agak baik dan menjelaskan hanya sebahagian perkara yang berkaitan dengan keseluruhan kandungan penulisan tugasan.

Rumusan dan kesimpulan yang baik dan menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan tetapi tiada penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.Rumusan dan kesimpulan yang amat baik dan sempurna. Menjelaskan keseluruhan kandungan penulisan dengan teliti (koheren dan kohesi) dan memberikan penambahan isu semasa sebagai nilai tambah penulisan.4

Organisasi1Penulisan tidak mengikut kriteria yang dikehendaki dan format yang ditetapkan. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA.Penulisan tidak mengikut kriteria walaupun mengandungi bahagian pengenalan, huraian dan pelaporan tentang tajuk serta rumusan tetapi tidak tersusun. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA.Penulisan masih mengikut kriteria iaitu mengandungi bahagian pengenalan, huraian dan pelaporan tentang tajuk tetapi rumusan kurang tersusun. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA.Penulisan mengikut kriteria yang dikehendaki iaitu mengandungi bahagian pengenalan, huraian dan pelaporan tentang tajuk serta rumusan disusun mengikut format. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA.4

JUMLAH MARKAH40

22