BMP3093_D20121061191_UPSI01

16
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015 BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU TAJUK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ANIDA FAZURA BT MUHAMMAD ZAKUAN D20121061191 PUSAT PEMBELAJARAN: EL- Group UPSI 01 (A142PJJ) PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS TUGASAN A PEMARKAHAN

description

gggg

Transcript of BMP3093_D20121061191_UPSI01

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015BMP 3093: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYUTAJUK TUGASAN A

PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

ANIDA FAZURA BT MUHAMMAD ZAKUAND20121061191

PUSAT PEMBELAJARAN: EL- Group UPSI 01 (A142PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: Profesor Madya Dr. Adenan Bin Ayob TARIKH SERAH: 15 Mei 2015ISI KANDUNGAN

1Pengenalan

2

Ciri-ciri Pedagogi

3

Cara Penerapan Pedagogi

4

Penutup

5Rujukan

1.0 PENGENALAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran pengetahuan dan bidang ilmu pedagogi amat penting bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan apatah lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Selepas kita telah jelas mengenai ilmu pedagogi dan perbahasannya maka kita akan meneliti sejauh manakah ilmu pedagogi memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaranOleh itu, ilmu pedagogi adalah amat penting untuk menjadi seorang guru yang dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan pelbagai cara dan teknik yang menarik. Ini kerana, melalui pengetahuan pedagogi guru dapat mengetahui pelbagai cara yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Guru seharusnya perlu mempunyai cara tersendiri dalam mendekati para pelajarnya agar mereka tidak bosan dengan kaedah pembelajaran satu hala iaitu hanya guru yang menyampaikan maklumat dan pelajar hanya mendengar. Ini akan menjadikan pelajar bosan dan mudah mengantuk ketika didalam kelas. Justeru itu, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik di sekolah.Pedagogi sangat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk formal. Pengajaran merupakan satu aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Menurut Arbak (1985), pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah. Dalam hal ini, pengajaran dapat diringkaskan sebagai satu perkara yang menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat, menghormati kanak-kanak dan remaja, saling berkongsi ilmu pengetahuan antara pelajar dan guru, membimbing, mengarah, membantu menyubur dan merancang, menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid, menghadapi cabaran diri dan profesional dan akhir sekali sebagai satu cara untuk menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu istilah yang berbeza apabila dilihat dari segi pengertiannya. Ahli psikologi masing-masing mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai istilah pembelajaran ini. Ahli teoris behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan manakala ahli kognitif pula menekankan tentang proses mental yang terlibat semasa pembelajaran yang berlaku tetapi tidak dapat diperhatikan. Menurut Evan & Brueckner (1990) dan Gagne (1985), pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman. Gagne juga menyatakan bahawa pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Walaupun kedua-dua istilah tersebut berbeza dari segi pengertiannya namun, ia sangat berkait antara satu sama lain dalam pedagogi pendidikan. ( 437 patah perkataan)

2.0 TIGA (3) CIRI PEDAGOGI DALAM KURIKULUM PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pembelajaran Berpusatkan MuridPengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid. Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu Persekitaraan, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut : Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.

Pelbagai KecerdasanMengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan visual/spatial. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual. Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut : Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan. Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja. Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentukJenis KecerdasanPenerangan

Musical/Rhythmic

Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan.

Logical-MathematicalBerupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak.

InterpersonalBoleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri

NaturalisticPeka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci.

Ethical/SpiritualSedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal pasti masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya

Bodily-KinestheticBerkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.

Visual/SpatialBoleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental.

Verbal/LinguisticBoleh menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan penulisan.

IntrapersonalBoleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri

( 502 patah perkataan)3.0 TIGA (3) CARA PENERAPAN PEDAGOGI DALAM KURIKULUM PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model , prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya: konkrit kepada abstrak mudah kepada kompleks keseluruhan kepada bahagian umum kepada spesifik (deduktif) spesifik kepada umum (induktif) dekat kepada jauh diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan kumpulan bermaksud murid bekerja dalam kumpulan. Walaupun berkumpulan setiap murid mengekalkan individualitinya dan dibantu untuk menyumbang idea kepada kumpulan. Setiap murid dalam kumpulan bertanggungjawab berkongsi idea dan memberi sumbangan yang baik, bukan mengikut sahaja. Guru memainkan peranan penting lebih-lebih lagi bagi murid pendidikan khas. Guru haruslah memastikan murid boleh mengalami pembelajaran bertujuan dan matlamat serta objektif kumpulan secara beransur dan penilaian diadakan berterusan. Guru mestilah berulang-ulang kali menyatakan objektif kerja secara kumpulan, kelas dan individu. Ini supaya murid memahami peranan dan akan meningkatkan kerjasama untuk kejayaan kerja kumpulan. Pendekatan kumpulan sebagai satu kaedah pengajaran membantu murid menjadi bebas serta yakin dan pada masa yang sama belajar bahawa seseorang itu bergantung antara satu sama lain. Ia sesuai sebagai satu cara untuk mempertingkatkan penyesuaian sosial.

Pendekatan pengajaran kelas pula, guru akan berada di hadapan kelas dan mengajar. Murid akan memberi perhatian, membuat tugasan atau menulis dan lain-lain. Selepas itu, pelajaran baru bermula, guru akan bertanyakan pelajaran lepas dan meneruskan dengan maklumat baru, memberi sedikit kerja kelas, menekankan fakta penting, menyoal, memberi tugasan untuk hari berikutnya, menjawab soalan murid dan pelajaran berakhir. Walau bagaimanapun, dalam pendidikan khas, guru banyak membimbing murid dalam tugasan ini, memberi tugasan yang mampu dilakukan oleh murid. Apabila mmurid faham akan pelajarannya, maka penguasaan ilmu mereka akan diuji melalui kerja-kerja latihan.

Pendekatan individu pula menekankan rancangan untuk sesuatu pelajaran itu mengambil kira perbezaan murid. Setiap murid bekerja dengan bebas dan meneima bantuan apabila mereka memerlukannya. Murid akan melalui pembelajaran mengikut kadar kebolehannya. Jadual juga dirancang untuk mereka, tugasan akan disusun supaya pmurid ini akan bekerja berterusan. Ada beberapa kaedah untuk pengajaran individu seperti: Menggunakan panduan yang rancangannya ditulis mengarah murid dalam pembelajarannya. Dalam panduan itu, guru memberi objektif serta aktiviti yang disusun mengikut urutan supaya pada akhir aktivti itu, objektif pembelajaran tercapai. Dengan cara ini, murid boleh membuat tugasan mengikut kadar kebolehannya. Melalui kaedah ini, segala arahan dan tugasan sentiasa ada dan panduan belajar menyatakan apa yang perlu dilakukan. Bahan dan program juga merupakan kaedah yang digunakan dalam pendekatan individu. Setiap langkah mempunyai sedikit matlamat, disusuli dengan soalan dan meminta respon daripada murid. Apabila murid memberi respon, dia akan ditunjukkan dengan jawapan yang betul yang memberi peneguhan kepada tindakan murid tersebut. Maklumat baru, kemahiran, saranan dan cadangan dimasukkan dalam program itu. Memberi tugasan individu yang sesuai dengan tahap murid. Tugasan individu ini berbeza dari segi kuantiti dan kualiti mengikut kebolehan dan keperluan murid. Menggunakan tahap kesukaran dalam program pengajaran dan juga menggunakan tahap jangkaan dalam memperihalkan kemajuan atau kualiti murid. Apabila murid diberikan tugasan mengikut tahap kesukaran tertentu, maka setiap tahap itu menjadi tahap jangkaannya. Murid itu diharap akan mencapai kualiti dan kuantiti kerja yang dibentuk untuk tahap itu dan kemajuannya dilapor secara berterusan.

(614 patah perkataan)

4.0PENUTUP

Kesimpulannya, pengetahuan pedagogi merupakan aset penting kepada seorang guru. Ianya perlu difahami dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Melalui pengetahuan pedagogi, seorang guru akan dapat mempelbagaikan cara pengajarannya agar menarik minat pelajar dan juga dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik.Selain itu, melalui pengetahuan pedagogi juga, seorang guru akan dapat mengatasi masalah pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar dengan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang boleh digunakan. Sebagai guru, mereka perlu kreatif untuk menghasilkan penyampaikan isi pengajaran yang menarik kepada para pelajar. Untuk itu, pengetahuan pedagogi ini adalah merupakan asas yang penting kepada seorang guru selain daripada pengetahuan yang mendalam tentang kursus yang mereka ikuti. ( 110 patah perkataan)

Rujukan

Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open Universiti Malaysia. (2011). HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur.Kamarudin Hj. Husin. (1990). Pedagogi 2. Selangor. Longman Malaysia.Mok Soon Sang. (2003). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, Bahagian 2 : Kompetensi Khusus/fungsi (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran). Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mok soong Sang. (1995). Asas Pendidikan 3, Penilaian Dalam Proses Pendidikan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman sdn. Bhd.Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) . KPD3016 : Modul Pengajaran , Teknologi dan Penaksiran .Abdul Rahim selamat.(1992).Belajar Cara Belajar.Kuala-Lumpur.Nurin Enteprise Sdn.Bhd.Noriati A.Rashid .( 2009) ,Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, Oxford Fajar, Shah Alam, Selangor .