BORANG SOAL SELIDIK

download BORANG SOAL SELIDIK

of 4

description

borang soal seldik

Transcript of BORANG SOAL SELIDIK

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kegunaan penyelidikLAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

QUESTIONNAIRE

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera,

Borang soal selidik ini dibentuk bagi mendapatkan maklum balas daripada saudara/i tentang tinjauan kesediaan bakal guru mengenai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Segala maklum balas yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan DIRAHSIAKAN dan digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja.

Bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian, diharapkan saudara/i dapat menjawab kesemua soalan dengan jujur dan ikhlas.

Identiti saudara/i tidak akan ditunjukkan sama sekali di dalam kajian ini.

Kerjasama saudara/i melengkapkan borang soal selidik ini amatlah dihargai.

Bahagian A: Latar belakang responden / Respondent's background

1) Jantina / Gender : Lelaki / Male Perempuan / Female

2) Bangsa / Race :

Melayu / Malay Cina / Chinese India / Indian Lain-lain, nyatakan : ____________________ Others, please state out : ____________________

3) Penguasaan Bahasa Inggeris / English Language Proficiency:

Cemerlang / Excellent Sederhana / GoodLemah / Weak

Bahagian B: Pendapat responden / Respondents opinion

Bagi setiap item, sila tandakan (/) untuk menyatakan pendapat anda mengikut pilihan yang diberikan. Jika terdapat sebarang masalah semasa mengisi borang ini, pertanyaan amatlah dialu-alukan.

NoPerkaraJawapan

YaTidak

1Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?

2Adakah anda didedahkan tentang PBS?

3Adakah anda memahami konsep PBS?

4Saya tahu bila PBS mula dilaksanakan.

5PBS mirip seperti pembelajaran berpusatkan pelajar.

6Dalam konsep PBS, guru sahaja yang akan mengajar.

7Menerusi PBS, pelajar dinilai secara adil tanpa dibandingkan antara satu sama lain.

8Pentaksiran dan penilaian pelajar dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

9Menilai pelajar menerusi sistem PBS akan membebankan guru.

10Tahukah anda PMR akan dimansuhkan?

11Pelaksanaan PBS mengurangkan sistem peperiksaan.

12Adakah Penilaian Kerja Amali (PEKA) merupakan satu kaedah PBS?

13Menerusi pentaksiran, pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis.

14Pentaksiran mementingkan penguasaan kemahiran berbanding penguasaan kandungan mata pelajaran.

15Sistem PBS berorientasikan peperiksaan.

16Pentaksiran dan penilaian dapat membantu guru mengenalpasti tahap penguasaan pelajar.

17Adakah pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dikecualikan daripada pelaksanaan PBS?

18Adakah aktiviti kokurikulum turut dinilai dan ditaksir?

19Adakah pentaksiran yang dibuat oleh guru boleh dipercayai?

20Kerja kumpulan tidak termasuk dalam kaedah PBS.

~ TERIMA KASIH ~

Terima kasih di atas kerjasama saudara/i melengkapkan borang soal selidik ini dan membantu menjayakan kajian tinjauan ini.Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 , Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.