BORIA DAN PERATURANNYA 1.docx

3
LAPORAN BORIA Boria dan peraturannya adalah rangkap karangan hendaklah mengikut sesuatu tema yang ditetapkan namun terdapat setiap baris yang dapat berdiri dengan makna yang tertentu. Setiap rangkap berhubungan dan membentuk satu wacana yang membawa mesej tertentu ARKIB : 28/03/2010. Penghujung setiap ayat di dalam setiap rangkap mestilah beritma a, a, a, a. Pembentukan karangan memerlukan pengalaman dan penguaaan bahasa dan kesusasteraan serta penulisan puisi. Karangan perlu ada kaitan dengan sketsa. Cerita dalam sketsa mestilah sama temanya dengan rangkap karangan. Boleh diwujudkan dalam bentuk komedi atau serius. Kumpulan sketsa boleh juga muncul semula di belakang atau di tepi sailor ketika persembahan lagu boria sambil membawa props yang bersesuaian. Biasanya payung, alat muzik - seperti gendang panjang, maracas, bendera, bunga manggar, tongkat dan lain-lain. Persembahan boria boleh menggunakan alat muzik yang dimainkan secara terus menerus di pentas ataupun ‘minus one’ (dirakamkan terlebih dahulu). Rangkap karangan boria dilagukan oleh seorang tukang karang. Tukang karang menyanyi setiap rangkap sambil memegang tongkat penunjuk. Tukang karang diwajibkan membawa tongkat sebagai identiti boria. Tukang karang juga boleh memakai bengkung sebagai ketua dan identiti boria.

Transcript of BORIA DAN PERATURANNYA 1.docx

Page 1: BORIA DAN PERATURANNYA 1.docx

LAPORAN BORIABoria dan peraturannya adalah rangkap karangan hendaklah mengikut sesuatu tema

yang ditetapkan namun terdapat setiap baris yang dapat berdiri dengan makna yang tertentu.

Setiap rangkap berhubungan dan membentuk satu wacana yang membawa mesej tertentu

ARKIB : 28/03/2010. Penghujung setiap ayat di dalam setiap rangkap mestilah beritma a, a, a,

a. Pembentukan karangan memerlukan pengalaman dan penguaaan bahasa dan

kesusasteraan serta penulisan puisi. Karangan perlu ada kaitan dengan sketsa.

Cerita dalam sketsa mestilah sama temanya dengan rangkap karangan. Boleh

diwujudkan dalam bentuk komedi atau serius. Kumpulan sketsa boleh juga muncul semula di

belakang atau di tepi sailor ketika persembahan lagu boria sambil membawa props yang

bersesuaian. Biasanya payung, alat muzik - seperti gendang panjang, maracas, bendera,

bunga manggar, tongkat dan lain-lain.

Persembahan boria boleh menggunakan alat muzik yang dimainkan secara terus

menerus di pentas ataupun ‘minus one’ (dirakamkan terlebih dahulu).

Rangkap karangan boria dilagukan oleh seorang tukang karang. Tukang karang

menyanyi setiap rangkap sambil memegang tongkat penunjuk. Tukang karang diwajibkan

membawa tongkat sebagai identiti boria. Tukang karang juga boleh memakai bengkung sebagai

ketua dan identiti boria.

Tukang karang bebas melakukan sebarang pergerakkan. Tukang karang digalakkan

menyanyi ‘live’ (terus menerus) semasa persembahan. Nyanyian tukang karang hendaklah

lantang, jelas dan tidak mengikut lenggok nyanyian lagu-lagu biasa.

‘Sailor’ atau kelasi boria berdiri di belakang tukang karang. Barisan sailor hendaklah

dibuat dua baris. Sailor akan mengulangi rangkap pertama yang dilagukan oleh tukang karang

berselang seli dengan tukang karang. Setelah tukang karang melagukan rangkap akhir, sailor

akan menyanyikan rangkap terakhir menutup persembahan. Pakaian sailor boleh seragam dan

boleh juga beraneka ragam.

Page 2: BORIA DAN PERATURANNYA 1.docx

Untuk mendapatkan audio yang baik semasa persembahan, sailor juga boleh

merakamkan terlebih dahulu suara dan muzik dan menyanyikan kembali ketika persembahan.

Jika boria yang dipersembahkan ialah ‘boria asli’, sailor bebas bergerak mengikut rentak

lagu dan pakaian juga bebas seperti pakaian beragam. Boria tidak ada lagu khas. Apa-apa

lagu yang sesuai boleh digunakan. Pakaian boria perlu sesuai dengan tema dan lagu

persembahan.

Tiga bahagian muzik digunakan dalam struktur persembahan boria, iaitu lagu masuk,

lagu persembahan dan lagu keluar. Lagu masuk dan lagu keluar boleh menggunakan melodi

yang sama atau berlainan.

Gerak tari berpandukan kepada sopan santun budaya melayu dan koreographinya

mesti sesuai dengan melodi. Props boleh digunakan dalam tarian. Antara props yang biasa

digunakan ialah payung, alat muzik seperti gendang panjang, maracas, bendera, bunga

manggar dan lain-lain. Pakaian harus sesuai dengan tema dan mengikut garisan budaya.

Dalam sketsa, lelaki boleh berpakaian perempuan tetapi rupa paras dan suara tidak boleh

diubah (tetap lelaki). Aturan persembahan Sketsa, Lagu masuk – sailor masuk, buat dua

barisan, tukang karang masuk dan terus ke depan memulakan persembahan. Setelah tukang

karang selesai menyampaikan rangkap terakhir, tukang karang mengundur diri dan keluar.

Sailor akan mengikut lagu keluar setelah selesai menyanyikan rangkap terakhir.