Budaya Kerja cemerlang

27
SOALAN NO. 1 JELASKAN MAKSUD KONSEP BUDAYA KERJA CEMERLANG. SEBAGAI SEORANG GURU BESAR, BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MEREALISASIKAN KONSEP INI DALAM PROSES PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEJAJAR DENGAN MAKSUD PENGURUSAN KUALITI DALAM PENDIDIKAN

Transcript of Budaya Kerja cemerlang

Page 1: Budaya Kerja cemerlang

SOALAN NO. 1

JELASKAN MAKSUD KONSEP BUDAYA KERJA CEMERLANG. SEBAGAI

SEORANG GURU BESAR, BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MEREALISASIKAN

KONSEP INI DALAM PROSES PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEJAJAR

DENGAN MAKSUD PENGURUSAN KUALITI DALAM PENDIDIKAN

Page 2: Budaya Kerja cemerlang

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan....................................................................................................................1

1.1 Latarbelakang..............................................................................................................1

1.2 Skop dan Tujuan Perbincangan...................................................................................2

2.0 Definisi Konsep...............................................................................................................3

2.1 Budaya Kerja Cemerlang............................................................................................3

2.2 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah..........................................................................5

2.3 Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan.........................................................................6

2.4 Peranan Guru Besar.....................................................................................................7

3.0 Pra Syarat dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah............................................................................8

3.1 Mewujudkan Komitmen Kerja Tinggi Dalam Kalangan Guru...................................8

3.2 Membentuk “Mind-Set” yang Berorientasikan Kecemerlangan.................................9

3.3 Penerapan Kesedaran Tinggi Terhadap Dasar Kualiti Sekolah................................10

3.4 Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran yang Dinamik....................11

4.0 Strategi dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah..........................................................................12

5.0 Penutup..........................................................................................................................15

BIBLIOGRAFI........................................................................................................................16

Page 3: Budaya Kerja cemerlang

1.0 Pendahuluan

1.1 Latarbelakang

Pengurusan kualiti menyeluruh atau dalam bahasa Inggerisnya, Total Quality

Management (TQM) merupakan satu falsafah pengurusan yang berlandaskan

idea beberapa orang guru kualiti seperti Deming, Juran, Feigenbaum dan

Ishikawa (Crosby, 1992). Menurut Rowley (1996), kualiti pendidikan merujuk

kepada kejayaan sesebuah institusi menyediakan persekitaran pendidikan yang

membolehkan pelajar mencapai matlamat pembelajaran serta piawaian

akademik yang berkesan.

Sejak kebelakangan ini, institusi pendidikan menunjukkan minat dan

komitmen terhadap pelaksanaan TQM dengan menerapkan prinsip TQM

dalam bidang bukan akademik dan pentadbiran dengan harapan untuk

meningkatkan kualiti pendidikan institusi masing-masing. Kajian-kajian

terdahulu menunjukkan aplikasi prinsip TQM dalam pendidikan telah

menambah baik aspek pengajaran, pembelajaran dan reka bentuk kursus

Divoky & Taylor, 1996; Lozier & Teeter, 1996; Potocki et. al, 1994; Scliargel,

1996).

Menurut Zahidi (2003), tonggak kecemerlangan sesebuah organisasi

terletak kepada jentera pengurusannya yang berwawasan. Tanpa pegawai dan

kakitangan yang mengamalkan budaya kerja cemerlang, maka cacatlah usaha

untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Kecemerlangan merupakan

natijah daripada beberapa siri kejayaan dalam semua aspek yang diharapkan.

Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik,

gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola atau "role model" individu

atau masyarakat.

1

Page 4: Budaya Kerja cemerlang

1.2 Skop dan Tujuan Perbincangan

Kualiti pendidikan yang tinggi dapat dicapai sekiranya sumber manusia iaitu

guru besar dan guru-guru serta murid-murid sekalian melaksanakan segala

strategi kualiti yang telah ditetapkan. Matlamat akhir kualiti pendidikan adalah

kecemerlangan sekolah itu sendiri. Oleh yang demikian, organisasi yang

cemerlang dicirikan oleh suasana organisasi yang mempunyai budaya kerja

cemerlang.

Lantaran itu, kertas tugasan ini memberi fokus kepada penjelasan konsep

Budaya Kerja Cemerlang dan usaha guru besar dalam merealisasikan konsep

ini dalam proses pengurusan dan pentadbiran di sekolah sejajar dengan

maksud pengurusan kualiti dalam pendidikan.

2

Page 5: Budaya Kerja cemerlang

2.0 Definisi Konsep

2.1 Budaya Kerja Cemerlang

Budaya Kerja Cemerlang bukanlah merupakan sesuatu yang baru di Malaysia

memandangkan konsep ini tlah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir

Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 27 November 1989. Tujuan

pelancaran konsep ini adalah untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa

mementingkan kualiti. Menurut Tun Dr. Mahathir, budaya sesuatu masyarakat

adalah faktor penentu utama menentukan maju mundurnya sesuatu masyarakat

itu. Budaya bukan dicerminkan oleh kesenian dan aspek fizikal tetapi yang

lebih penting lagi, nilai-nilai yang diamalkan.

Zahidi (2003) menjelaskan budaya kerja dalam sesebuah organisasi

dikaitkan dengan sistem nilai, norma, sikap dan etika kerja yang dipegang

bersama oleh setiap kakitangan. Keempat-empat elemen ini menjadi asas

untuk mengawal perlakuan kakitangan, cara mereka berfikir, berhubung antara

satu sama lain dan berinteraksi dengan persekitarannya. Jika budaya organisasi

itu baik, maka akan membolehkan kakitangannya meningkatkan mutu kerja

yang cemerlang dan akan menyumbang kepada kejayaan jabatan berkenaan.

Zahidi (2003) menjelaskan elemen Nilai bermaksud tanggapan dan

penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing. Nilai ini adalah

berdasarkan pengetahuan, pengalaman, kepercayaan atau bagaimana mereka

mentafsir keadaan yang berlaku. Warga sekolah khususnya guru besar dan

guru-guru sentiasa berhadapan dengan keperluan membuat keputusan atau

membuat pilihan di mana setiap keputusan atau pilihan ini adalah berdasarkan

kepada sistem nilai yang berada dalam dirinya yang berperanan menjadi kayu

pengukur atau penentu dalam membuat sesuatu tindakan.

3

Page 6: Budaya Kerja cemerlang

Elemen kedua, Norma, menurut Zahidi (2003) merupakan nilai-nilai

yang diterima oleh sebahagian besar ahli kumpulan yang disepakati sebagai

nilai-nilai bersama mencerminkan kemahuan kumpulan. Dengan lain

perkataan, norma bermaksud peraturan-peraturan hidup dan amalan yang

diterima dalam masyarakat. Dalam konteks organisasi, ia adalah cara bekerja

yang diterima umum dan diamalkan dalam organisasi yang menjadi nilai

budaya organisasi itu.

Zahidi (2003) menjelaskan elemen ketiga iaitu Sikap merupakan

kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap

sesuatu. Sesuatu perkara yang dilakukan mungkin secara teragak-agak, tidak

sepenuh hati atau dilaksanakan secara terpaksa dan oleh sebab itu persediaan

mental juga amat penting bagi memperlihatkan sikap sebenar seseorang. Sikap

mempunyai peranan penting sebagai faktor pendorong dalam tindakan

manusia sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu. Sikap seseorang

juga dipengaruhi (dan juga berubah) oleh pengalaman, kerana perkara yang

pernah terjadi kepada seseorang adalah merupakan satu pengajaran yang tidak

dapat dilupakan.

Etika pula merupakan prinsip-prinsip kerja yang terbentuk daripada

gabungan unsur nilai, norma dan sikap yang dikongsi bersama dalam

kumpulan. Apabila ahli-ahli sesebuah organisasi memiliki satu matlamat yang

sama maka akan wujud keharmonian dalam organisasi tersebut untuk

mengamalkan etika kerja yang sama. Nilai, norma dan sikap yang dikongsi

bersama secara positif akan menerbitkan prinsip-prinsip kerja yang baik dan

oleh yang demikian ia akan mewujudkan satu budaya organisasi yang baik

secara keseluruhan (Zahidi, 2003).

Bagi menjelaskan lagi konsep Budaya Kerja Cemerlang, kita perlu

meneliti maksud budaya itu sendiri. Budaya menurut Chek Mat (1996)

merupakan nilai, sikap, tindakan ataupun tingkah laku yang menjadi amalan

4

Page 7: Budaya Kerja cemerlang

seharian. Dalam kontek bekerja, ia dikaitkan dengan budaya kerja dalam

sesebuah organisasi yang menjadi faktor utama dalam menentukan matlamat

maju atau mundurnya sesebuah organisasi itu. Kerja cemerlang pula diertikan

pekerja yang menunjukkan prestasi kerjanya yang sentiasa baik, ada

peningkatan dari setahun ke setahun dan tidak pernah melakukan kesilapan

atau mendatangkan sebarang masalah ketika dia bertugas atau bekerja.

2.2 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Menurut Kamaruddin Kachar (1990), pentadbiran pendidikan merupakan satu

daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatu padukan ikhtiar

manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matlamat pendidikan.

Pentadbiran pendidikan dilihat sebagai satu proses perkhidmatan yang

melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan,

pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan, penyelarasan

pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan.

Pentadbiran mempunyai maksud yang agak berlainan daripada

pengurusan di mana pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti

membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin,

mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap

individu di dalam sesuah organisasi (Zaidatol, 1989). Pentadbiran pula lebih

mengkhusus kepada membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah

dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya

menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi

pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan.

5

Page 8: Budaya Kerja cemerlang

2.3 Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan

Menurut Oxford English Dictionary, kualiti membawa maksud ‘darjah

kecemerlangan”. Dari sudut pandangan TQM pula, Juran menjelaskan kualiti

sebagai “padan digunakan” manakala Crosby menjelaskan kualiti sebagai

“mengikut keperluan dan kehendak pelanggan”. Menurut Covey (2003),

kualiti kepada seseorang Pegawai Eksekutif Utama bukan merupakan nombor,

statistik atau pemantauan tetapi lebih kepada sikap, kepercayaan, nilai dan

gaya hidup.

Ainon (2004) menjelaskan peningkatan kualiti bermaksud penambahan

reputasi atau dikaitkan dengan piawai yang boleh diterima umum, memenuhi

dan menepati selera pengguna atau pelanggan pada keadaan yang dikatakan

lebih berkualiti, tahap terbaik yang boleh dicapai, menepati spesifikasi iaitu

konsep yang relatif mengikut masa dan keadaan peningkatan di sepanjang

masa.

Kecemerlangan merupakan aspek yang sentiasa dikaitkan dengan

peningkatan kualiti dan produktiviti. Oleh itu, budaya kerja yang dibentuk

dalam sesebuah organisasi perlu menggambarkan komitment pihak

pengurusan meningkatkan kualiti dan produktiviti. Usaha untuk rnencapai

tahap cernerlang dari sudut kualiti tidak ada penarnatnya kerana ia rnerupakan

satu usaha yang berterusan. Apabila kita rnencapai satu tahap yang cernerlang,

terdapat tahap yang lebih tinggi yang perlu dicapai. Tan Sri Ahmad Sarji

Abdul Hamid (1995) pernah menyuarakan;

“The race to quality improvement is really two races. One is to get

ahead; the other is to stay ahead.”

6

Page 9: Budaya Kerja cemerlang

Selain itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menyuarakan

bahawa;

“Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad

kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi

kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar.”

Zahidi (2003) menjelaskan bahawa kejayaan yang dicapai oleh sesebuah

organisasi belum boleh menunjukkan tahap kecemerlangan yang unggul

kerana kecemerlangan tiada akhirnya. Usaha organisasi untuk mencapai

kecemerlangan adalah suatu usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang

di tetapkan. Sebuah organisasi tidak seharusnya berpuas hati terhadap apa

yang dicapai ketika Inl. Dalam menuju kecemerlangan, pihak pengurusan

perlu ingat bahawa akan ada ruang-ruang yang boleh diperbaiki dari semasa

ke semasa bagi menampung kelemahan-kelemahan yang masih ada.

2.4 Peranan Guru Besar

Guru besar merupakan pemimpin utama yang mengetuai sesebuah organisasi

sekolah rendah manakala pengetua pula memimpin pengurusan dan

pentadbiran sekolah menengah. Di peringkat sekolah, pentadbiran pendidikan

adalah unit paling penting ke arah kecemerlangan pendidikan. Kejayaan atau

kegagalan sesuatu aktiviti, program yang dirancangkan oleh pihak jabatan

pendidikan negeri atau pihak kementerian pendidikan akan ditentukan di

peringkat sekolah. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah adalah

paling dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir pendidikan dan kakitangan

berinteraksi terus dengan pelanggan (murid, ibu-bapa dan komuniti).

Guru besar memainkan peranan penting untuk memimpin sekolah dalam

pewujudan budaya kerja cemerlang agar tumpuan kepada pemantapan dan

peningkatan kualiti pendidikan terus dipergiatkan.

7

Page 10: Budaya Kerja cemerlang

3.0 Pra Syarat dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Zahidi (2003) menjelaskan pembentukan budaya kerja cemerlang dalam organisasi

sekolah bukanlah satu perkara yang mudah dan tidak boleh dicapai dalam masa yang

singkat. Kecemerlangan bukanlah matlamat unggul tetapi berterusan ke arah kualiti

yang lebih baik. Namun demikian konsep Budaya Kerja Cemerlang dapat

direalisasikan dalam proses pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui usaha-usaha

yang terancang dan sistematik ke arah pembentukan sistem nilai, norma, sikap dan

etika kerja yang berlandaskan kecemerlangan.

Menurut Zahidi (2003), terdapat beberapa prasyarat untuk membentuk budaya

kerja cemerlang dalam organisasi. Salah satu daripadanya ialah orientasi kakitangan

yang harus bergerak di atas landasan yang betul. Ini bermakna, guru besar perlu

memikirkan strategi untuk mewujudkan komitmen, kesedaran kualiti, kesediaan

menerima perubahan dan kesedaran bahawa tiada batasan masa untuk cemerlang.

3.1 Mewujudkan Komitmen Kerja Tinggi Dalam Kalangan Guru

Komitmen perlu ada dari segala lapisan kakitangan bagi meningkatkan

kecemerlangan organisasi. Setiap warga sekolah perlu melaksanakan

tanggungjawab kerja yang diamanahkan dengan sepenuh hati atas kehendak

organisasi dengan mengenepikan segala kepentingan lain khususnya

kepentingan peribadi.

Guru besar selaku pemimpin guru-guru perlu menjadi role model iaitu

menunjukkan tahap komitmen kerjanya yang tinggi. Menurut Sharmizawati

(2001), terdapat tiga definisi komitmen iaitu: Pertama, komitmen merupakan

identifikasi iaitu pengikut menerima matlamat dan nilai organisasi sebagai

8

Page 11: Budaya Kerja cemerlang

matlamat dan nilai sendiri; Kedua, komitmen merupakan penglibatan

psikologi atau penyerapan pekerja dalam aktiviti atau tugasnya; dan Ketiga,

kesetiaan iaitu suatu perasaan ikatan dan cinta kepada organisasi.

Komitmen tinggi dalam kalangan guru dapat diperolehi melalui

kepimpinan guru besar yang bersifat transformasi dan translatif. Guru besar

perlu menunjukkan komitmen kerja tinggi dan disalurkan melalui usaha-

usahanya yang mementingkan kecemerlangan sekolah. Etika kerja ini perlu

disalurkan kepada guru-guru dan warga sekolah yang lain melalui pernyataan

visi dan misi yang jelas, sistem kerja yang terancang dan ganjaran yang

berpatutan (Covey, 1989).

Ganjaran adalah penting sebagai satu bentuk motivasi yang mendorong

komitmen kerja. Berdasarkan Teori Motivasi Pencapaian McClelland (1961;

1985), Chong 91996) menjelaskan kepentingan motivasi sebagai satu

keperluan untuk mencapai kecemerlangan. Oleh yang demikian, guru besar

perlulah memberikan dorongan dan motivasi yang berterusan kepada guru-

guru dan murid-murid supaya membudayakan kecemerlangan dalam kerja

mereka. Pujian dan penghargaan di samping ganjaran berupa wang dan lain-

lain boleh mendorong guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untukk

meneruskan komitmen terhadap usaha kecemerlangan di sekolah.

3.2 Membentuk “Mind-Set” yang Berorientasikan Kecemerlangan

Guru besar juga perlu merangka strategi untuk mewujudkan ‘mind-set’ yang

berorientasikan kecemerlangan supaya kakitangan lebih komited kepada

matlamat utama sekolah. Ini dapat dilakukan dengan sentiasa menggalakkan

kakitangan menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang

boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi. Contohnya, penggunaan ICT

dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat memastikan kerja yang lebih

9

Page 12: Budaya Kerja cemerlang

efektif dan efisien. Dalam hal ini, guru besar perlu prihatin kepada kekurangan

dan kelemahan sekolah melalui komunikasi dua hala dan interaksi dengan

warga sekolah agar apa-apapun masalah dalam melaksanakan pentadbiran dan

pengurusan sekolah yang cemerlang dapat dikenalpasti dan ditangani.

Spector (1997) menjelaskan hubungan kemanusiaan yang merujuk

kepada kegembiraan pekerja dalam sesebuah organisasi adalah penting kerana

guru yang tidak gembira akan tidak berpuashati. Pengurusan sekolah yang

tidak cekap dan kurang berkesan akan menimbulkan sikap tidak puas hati ini.

Apabila ketidakpuasan berlaku, komitmen akan menurun dan akhirnya budaya

kerja cemerlang tidak dapat diwujudkan. Oleh itu, guru besar perlu

mengamalkan konsep ‘pintu terbuka’ iaitu mengalu-alukan sesiapa sahaja ke

dalam pejabatnya untuk berbincang masalah, mengemukakan cadangan dan

menyatakan aduan.

3.3 Penerapan Kesedaran Tinggi Terhadap Dasar Kualiti Sekolah

Kesedaran warga sekolah mengenai dasar kualiti sekolah, khususnya dalam

aspek pengurusan dan pentadbiran dapat dilakukan melalui pernyataan visi

dan misi sekolah yang jelas, struktur organisasi yang lengkap dan juga carta

alir proses kerja yang secukupunya.

Selain usaha-usaha biasa seperti ceramah, taklimat dan bengkel

pengurusan dan pentadbiran berkualiti, guru besar perlu memastikan setiap

lapisan kakitangan faham dengan jelas tentang arah dan matlamat pengurusan

kualiti organisasinya dan seterusnya memudahkan kakitangan memahami

dasar tersebut sebagai panduan dalam menjalankan kerja-kerja mereka.

Kesedaran yang tinggi terhadap kualiti juga akan dapat mengelakkan

kekeliruan di kalangan kakitangan apabila mereka melaksanakan tindakan-

tindakan dan keputusan yang dibuat.

10

Page 13: Budaya Kerja cemerlang

Sekolah juga perlu menganjurkan Hari Kualiti, latihan dan menggubal

dasar kualiti sekolah agar warga sekolah semua faham akan kepentingan

kualiti dan peranan masing-masing dalam merealisasikan kecemerlangan

sekolah.

3.4 Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran yang Dinamik

Guru besar harus menyedari dan menyedarkan warga sekolah yang lain

bahawa sesebuah organisasi tidak akan berada dalam keadaan static tetapi

berubah oleh pengaruh luar dan dalam organisasi. Oleh yang demikian,

sekolah perlu mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran yang

dinamik dan mampu menangani perubahan yang mendatang. Keupayaan

sesebuah organisasi melaksanakan perubahan melalui satu anjakan paradigma

demi untuk mencapai kecemerlangan. Apabila 'mind-set' kakitangan telah

bersedia untuk berubah, sudah pasti usaha penyesuaian organisasi dapat

dilaksanakan dengan mudah. Keadaan inilah yang akan menentukan perlakuan

seseorang kakitangan ketika menjalankan tugas.

11

Page 14: Budaya Kerja cemerlang

4.0 Strategi dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Konsep Budaya Cemerlang dapat direalisasikan dalam proses pengurusan dan

pentadbiran sekolah dengan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu

pelaksana kecemerlangan itu (warga sekolah khususnya kakitangan yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah),

proses iaitu aktiviti dan program dalam pengurusan dan pentadbiran yang membawa

kepada kecemerlangan), dan infrastruktur dan fasiliti (segala peralatan, media dan

jentera yang digunakan bagi mencapai kecemerlangan.

Pada amnya, budaya kerja cemerlang adalah disebabkan oleh tabiat, sikap,

tingkah laku dan perlakuan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan dan

pentadbiran. Oleh yang demikian, setiap kakitangan ini harus dilengkapi dengan

kesedaran, komitmen dan motivasi terhadap kecemerlangan di samping pengetahaun

dan kemahiran untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang dan

berkualiti.

Sebagai guru besar, adalah menjadi tanggungjawab utamanya memimpin

kakitangan ke arah kesedaran, komitmen dan motivasi yang tinggi terhadap

kecemerlangan. Hal ini dapat dilakukan melalui cara yang formal dan informal.

Secara formal, ceramah, taklimat, latihan dan bengkel dapat dilaksanakan bagi

menyalurkan maklumat mengenai tanggungjawab warga sekolah terhadap pengurusan

dan pentadbbiran sekolah yang berkualiti.

Bengkel-bengkel dan latihan diberikan di peringkat atasan sehinggalah ke

peringkat bawahan. Ini bertujuan meningkatkan lagi tahap kualiti dan pencapaian

mutu kerja yang lebih baik di kalangan warga pendidikan. Guru besar sekolah, barisan

12

Page 15: Budaya Kerja cemerlang

guru pentadbir dan guru-guru mata pelajaran diberikan latihan dan bengkel bagi

memantapkan lagi pengetahuan mereka terhadap sesuatu bidang itu. Contohnya

seseorang Pengetua diberikan latihan dan bengkel untuk memantapkan lagi

pengurusan mereka di sekolah.

Secara informal, guru besar boleh memberikan dorongan secara individu

maupun berkelompok untuk mencetuskan kesedaran, komitmen dan motivasi ini.

Selain itu, ganjaran dan anugerah seperti anugerah sijil, wang, surat penghargaan,

tawaran, lawatan, bantuan, pingat dan sebagainya boleh mendorong kakitangan untuk

lebih cemerlang lagi. Oleh itu, guru besar perlulah adil dan bersikap saksama dalam

mencadangkan anugerah kepada kakitangan yang cemerlang.

Selain daripada kakitangan sebagai pelaksana kecemerlangan, guru besar

bertanggungjawab memastikan proses ke arah kecemerlangan dinyatakan dengan jelas

dan terang. Melalui Jawatankuasa Kualiti Sekolah, guru besar perlu memastikan

adanya pernyataan visi dan misi sekolah yang ditempatkan di tempat-tempat yang

strategik. Begitu juga dengan carta organisasi dan piagam pelanggan bagi Pentadbiran

dan Pengurusan Sekolah.

Setiap warga sekolah termasuk kakitangan pengurusan dan pentadbiran perlu

memahami konsep dan intipati Pelan Induk Pembangunan Pendidikan serta lain-lain

polisi pendidikan negara. Buku panduan dan pengurusan yang diguna pakai di sekolah

seperti Buku Panduan Pengurusan Sekolah, Buku Panduan Kurikulum sekolah, Buku

Panduan Kokurikulum sekolah, Buku Panduan Tatacara Disiplin di sekolah, Buku

Panduan Pengurusan panitia, Buku Panduan Pengurusan Asrama, Buku Panduan

Pengurusan Peperiksaan, Buku Panduan Pengurusan Kantin, Buku Panduan

Pengurusan Buku Teks dan Buku Panduan Pengurusan Biasiswa perlulah disediakan

dan boleh diakses oleh semua warga sekolah.

13

Page 16: Budaya Kerja cemerlang

Maklumat mengenai pengurusan kualiti yang terkini perlu dipaparkan di Buletin

Sekolah atau melalui memo dalam sekolah.Carta alir pengurusan kerja dalam Unit

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah perlu dipaparkan dan disemak dari masa ke

semasa untuk mengambil kira perubahan semasa. Contohnya, pengurusan kewangan

perlu menunjukkan carta alir proses kerja yang jelas agar pihak awam dan guru-guru

mempunyai panduan pengurusan kerja yang cepat dan tepat.

Elemen terakhir iaitu infrastruktur dan fasiliti untuk mewujudkan budaya kerja

cemerlang perlu juga diwujudkan. Sekolah perlulah dilengkapi dengan kemudahan

ICT yang terbaik, sistem komunikasi yang berkesan, dan sebagainya bagi

memudahkan budaya kerja cemerlang disemai dalam kalangan warga sekolah. Pihak

pengurusan dan pentadbiran perlulah dilengkapi secukupnya supaya kakitangan cekap

dan cepat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Komitmen dan

motivasi kerja yang tinggi tentunya akan pudar sekiranya peralatan dan kemudahan

membuat kerja yang berkualiti tidak ada. Contohnya, mesin pencetak yang sentiasa

rosak menyebabkan kakitangan pentadbiran lambat menyiapkan arahan guru-guru

untuk mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran. Isu-isu sebegini harus diberi

perhatian oleh gurubesar agar tidak membantutkan proses kerja yang berkualiti.

14

Page 17: Budaya Kerja cemerlang

5.0 Penutup

Budaya Kerja Cemerlang merupakan suasana kerja yang dapat memastikan warga

sekolah di bawah pimpinan guru besar sentiasa mementingkan kecemerlangan dan

usaha mengejar kualiti sekolah yang meningkat secara berterusan. Oleh yang

demikian, budaya kerja cemerlang ini merupakan beban tugas penting seorang guru

besar sebelum sekolah dapat mencapai tahap kecemerlangan.

Seperti yang telah dinyatakan, kualiti bukanlah sesuatu yang statik tetapi

sentiasa meningkat dan memerlukan setiap insan bekerja di sekolah mengejarnya

dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Budaya kecemerlangan

menggambarkan sikap dan nilai seseorang yang tidak berpuas hati dengan status quo

tetapi sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian yang ada. Usaha sebegini, jika

wujud di semua sekolah di tanah air ini pastinya akan membawa kepada

pembangunan sektor pendidikan negara yang bertaraf antarabangsa.

15

Page 18: Budaya Kerja cemerlang

BIBLIOGRAFI

Ainon Mohd,(2004) Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja, PTS Publication and Distributors Sdn Bhd ,K.L

Chek Mat,(1996), Pengurusan berkualiti dalam Perkhidmatan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd,K.L

Chong Yee Khuin. (1996). EQ Sebenarnya Sangat Mudah. Taiwan: Sri Tai Publishing Company

Covey, S.R. 1989. The seven habits of highly effective people. New York. Simon & Schuster

Crosby, P. B. (1992). Completeness: Quality for the 21st Century, New York, Dutton

Divoky, J. J. & Taylor, R. W. (1 996). Modeling change in curriculum: A total quality management perspective, Total Quality Management, 7(2): 173-182.

Kamaruddin Hj. Kachar. (1989). Pendidikan dan masyarakat. Kuala Lumpur. Teks Publishing Sdn. Bhd

Lozier, G. G. & Teeter, D. J. (1996). Quality improvement pursuits in American higher education. Total Quality Management, 7(2): 189-20 1.

Potocki, K., Brocato, R. & Popick, P. R. (1994). How TQM works in a university classroom. The Journal of Quality and Participation, 17( 1): 68-75.

Schargel, F. P. (1996). Why we need total quality management in education. Total Quality Management, 7(2): 2 13-2 17.

Sharmizawati Shahidan (2001). Faktor-faktor Tekanan Kerja dan Kesannya Kepada Komitmen Terhadap Organisasi. Kajian Ke atas Pekerja Operator Pengeluaran, PERSTIMA Berhad. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda

Sloane, P. J., & Williams, H. (2000). Job satisfaction, comparison earnings and gender. Labour, 14, 473 – 502

Smith, P. C., Kendall & Hulin (1969). The Measurement of Satisfaction in Work and Retirement. Chicago: Rand Mexlally

Spector, P. E. (1997). Job satisfaction: Application, Assessment, Causes, and Consequences. Thousand Oaks, CA: Sage

Steers, R. M. (1985). Introduction To Organizational Behavior. Glenview, III: Scott Foresman

Zahidi Mohd Daud (2003). Budaya Kerja Cemerlang, Qalam INTIRA, Penerbitan INTAN Wilayah Utara, April

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

16

Page 19: Budaya Kerja cemerlang

17