Bulatin Bil 4 (2011)

12
K E D A H TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI ISSN : 2180-4796 Buletin BTPN Kedah ~ BIL.4 ( 2011) STS membantu anda... Panduan merakam gambar pegun di dalam majlis rasmi MARI MENGENAL KOMPUTER NILAM nilai ilmu amalan membaca B E R S A M A rukun kerja BTPN dan PKG Kedah LMS Learning Material System melalui Portal BTPN Kedah SIAPA TOKOH NILAM KEDAH 2011 ? ALBUM PERISTIWA

Transcript of Bulatin Bil 4 (2011)

Page 1: Bulatin Bil 4 (2011)

KEDAH

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI

ISSN : 2180-4796 Buletin BTPN Kedah ~ BIL.4 ( 2011)

STS membantu anda...

Panduan merakam gambarpegun di dalam majlis rasmi

MARI MENGENAL KOMPUTER

NILAM nilai ilmuamalan membaca

B E R S A M Arukun kerja BTPNdan PKG Kedah

LMS Learning Material Systemmelalui Portal BTPN Kedah

SIAPA TOKOH NILAM KEDAH 2011 ?

ALBUMPERISTIWA

Page 2: Bulatin Bil 4 (2011)

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, maka dapatlah kita bertemu kembali bersama-sama merakamkan peristiwa penting berkaitan program dan aktiviti BTPN Kedah melalui buletin ini. Adalah diharapkan yang seluruh warga pendidikan di negeri ini mendapat maklumat mengenai teknologi pendidikan semasa. Oleh itu buletin ini bukan sahaja memaparkan mengenai laporan aktiviti yang telah dijalankan tetapi juga beberapa artikel yang difikirkan sesuai. Terbitan kali ini memaparkan mengenai Rukun Kerja PKG/ BTPN yang memerlukan penghayatan dan pengamalan di dalam maksud perkataan BERSAMA demi menjamin kejayaan diri dan organisasi kita.

Di dalamnya juga memaparkan peranan sekolah yang dikehendaki membuat laporan status kerosakan peralatan ICT melalui Support Ticketing System (STS). Pematuhan kepada prosedur membolehkan peralatan yang rosak dapat diselenggara dengan cepat.

Penerbitan buletin kali ini juga mengandungi artikel mengenai panduan mengambil gambar di dalam majlis rasmi serta pengetahuan asas mengenai peralatan ICT dan komputer yang diharap dapat menambah sedikit pengetahuan kepada para pembaca.

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksana dan menghasilkan tokoh-tokoh NILAM di sekolah masing-masing. Melalui program galakan membaca di sekolah yang dilaksanakan berterusan oleh guru-guru dan murid-murid, adalah diharapkan Tahap Jauhari dan Rakan Membaca akan terus bertambah dari tahun sebelumnya.

Saya merakamkan tahniah dan syabas kepada sidang pengarang kerana telah berjaya menerbitkan buletin Bil 4/2011 ini untuk tatapan bersama dengan seluruh warga pendidikan di negeri Kedah Darul Aman. Keluaran kali ini ternyata lebih baik dari segi kandungan, persembahan dan rekabentuknya. Adalah diharapkan ianya akan terus diperbaiki lagi dan mengekalkannya bagi keluaran yang akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga BTPN dan PKG Kedah yang telah berjaya menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Harapan saya pencapaian ini perlu diteruskan dan dipertingkatkan dengan sedaya upaya selari dengan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang menjadi petunjuk ke arah kesempurnaan pengurusan.

Sekian, terima kasih.

HJ MD ZIN BIN ABU BAKAR Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman

Dari Meja KPP

Muka Surat 2

Penasihat

Tuan Haji Md Zin bin Abu BakarKetua Penolong Pengarah

BTPN Kedah

Ketua Pengarang

Puan Hajah Dina bt HarunKetua Unit Promosi, Inovasi dan Media

BTPN Kedah

Sidang Pengarang

En Omar bin HassanEn Lokman Hakim bin Ismail

En Zolkiffli bin Abu BakarEn Mohd Radzif bin Ismail

Penyunting

Puan Hajah Dina binti Harun

Fotografi

En Omar bin Hassan

Rekabentuk Grafik & Susunatur

En Omar bin Hassan

Penerbitan dan Pengedaran

En Omar bin HassanTuan Haji Izham bin Hussain

Jurutaip

En Omar bin Hassan

Telefon

+604 - 731 3446+604 - 731 3448

Fax+604 - 730 8909

Dicetak Oleh:

G Print & ResourcesAlor Setar

Sidang Pengarang

Page 3: Bulatin Bil 4 (2011)

GARIS PANDUAN OPERASI PELAKSANAAN PENYELENGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010 - 2015

(Punca Kuasa)Merujuk kepada surat KP(BB.Kew)(BTJ)1600/107(13) bertarikh 14 Januari 2009, penyelenggaraan peralatan ICT di institusi pendidikan KPM di bawah kategori pengajaran dan pembelajaran telah dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).

KAEDAH PELAKSANAANDilaksanakan secara rundingan terus melalui KPM (Ruj.Surat : S/K.KEW/ PK/ TM/ 3100/ 242900/110/ 174 Jld 4/ SJ 8 (32) bertarikh 28 Ogos 2008) Kepada RHL Engineering Sdn. Bhd bagi tempoh 5 tahun (2010-2015).

SKOP PELAKSANAANTakrifan peralatan ICT adalah peralatan elektronik yang memerlukan sambungan ke komputer untuk berfungsi dan ianya tidak boleh berfungsi dengan sendiri tanpa bantuan atau sokongan komputer.Alatan yang ditakrifkan sebagai Harta Modal iaitu semua peralatan eletronik yang memerlukan penyelenggaraan secara berkala. Skop penyelengaraan (tahun 2010) melibatkan semua sekolah termasuk, SekolahBerasramaPenuh/Kluster SekolahAgamaBantuanKerajaan(SABK) SekolahMenengahTeknik/Vokasional SekolahJabatanPendidikanKhas SekolahSeni,SukanDanKo-Kurikulum

Keutamaan SekolahyangmelaksanakansubjekICT/MPVdanamalipengkomputerantermasukyangbelum terlibat dengan penyelengaraan tahun 2009. Sekolahyangbelumterlibatdenganpenyelenggaraantahun2009 Sekolahyangbelumterlibatdenganprojekpengantianmakmalkomputer. Peruntukandiberiberdasarkanaduandantahapkritikalkerosakanperalatanyangperludiselenggara segera. SekolahyangterlibatprojekrintisdasarpelaksanaanProjekMBMMBImulai2010.

Peralatan yang perlu disenggara KomputerPeribadi KomputerRiba Server/Komputerpelayan *ProjektorLCD/DLP *PencetakMono *PencetakLaserwarna *PencetakDot-Matrik SetRangkaianLAN.

Peralatan ICT terlibat dalam skop penyelengaraan adalah : PeralatanICTyangdigunakanuntukpengajarandanpembelajaran. PeralatanICTyangdigunakanuntukpentadbiransekolah. PeralatanICTyangdigunakanuntukasramasekolah PeralatanICTyangdigunakanuntukpra-sekolah

Syarat peralatan ICT yang layak senggara adalah : TelahdidaftarkansebagaiasetkerajaandanmempunyainomborsiriDaftarHartaModal(DHM). Telahtamattempohjaminan.(warranty) Tidakdikategorikansebagaialatyangtidakwajardisenggara(BeyondEconomicRepair-BER)atau perbekalan peralatan ICT tahun 2002 ke atas.

TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH .MemastikansemuaperalatanICTsekolahtelahdidaftarkansebagaiasetkerajaandantelahdidaftar kan dalam Kad Daftar Harta Modal (KEW.312 atau KEW.PA-2 dan Kew. PA -14) bagi tujuan audit.AduankerosakandibuatdenganmengunakanKew.PA-9 (Arahan Pekeliling Perolehan dan Pengurusan Aset Bil 3 Tahun 2009)

Muka Surat 3

Sekolah-sekolah di Kedah telah diarahkan menutup laporan (tukar status) STS 2010 kepada status ‘close’.

Bermula 16 Januari 2011 akan diberi perhatian dan pertimbangan untuk tindakan penyelenggaraan atau khidmat bantu.

Pegawai meja aras 1 adalah Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG berdekatan dan pegawai meja aras 2 di Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri Kedah ialah Encik Nooralam bin Osman, Unit Perkhidmatan ICT.

Page 4: Bulatin Bil 4 (2011)

SemuamasalahataukerosakanberkaitandenganperalatanICT,perludilaporkanmelaluiAplikasi STS (Support Ticketing System) dengan membuka log baru.

PROSES ALIRAN KERJA OPERASI

AduankerosakanmelaluiaplikasiSTS(SupportTicketingSystem)dengancaramembukalogbaru aduan kerosakan.

SekolahyangmenghadapimasalahuntukakseskeinternetbolehmenghubungiPusatKegiatanGuru (PKG) berhampiran untuk bantuan aduan kerosakan. Salinan borang KEW. 312/PA-2 dan Kew PA 14 serta KEW.PA.-9 perlu dibawa bersama .

PKGsebagaiMejaBantuanArasSatu(firstleversupport)kenalpastipuncamasalahdanmengesah kan jenis kerosakan.

Jikamasalahberkenaantidakdapatdiselesaikan,logaduanmasalahakandimajukankepadaBTPNsebagaiMejaBantuanArasDua(secondlevelsupport) menerusi aplikasi STS.

Jikamasalahdapatdiselesaikan,logaduanakanditutupolehpihakpengadu(sekolah).Dalamkes kerosakan peralatan, BTPN akan terus menghubungi syarikat yang dilantik dengan mengajukan Log aduan masalah melalui aplikasi STS.

Setiapaduanakandiberikannomborlogaduan.

Syarikatakanhadirkesekolahbersama-samaborangpemeriksaanalatanberdasarkannomborlogaduan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Kerja-kerjapenyelenggaraandanbaikpulihakan dilaksanakan di sekolah (on-site)

Sekiranyaalatanperludibawakeluarmaka borang kebenaran membawa keluar alatan perlu dilengkapkan.

Sekiranyaalatanperludibawakeluarmakabo rang kebenaran membawa keluar alatan (borang KMKP) perlu dilengkapkan oleh syarikat dan mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah. Arahan Pekeliling Perolehan dan Pengurusan Aset Bil 3 Tahun 2009

Tempohmasayangdibenarkanselama7hari bekerja sahaja. Prosuder membawa keluar aset alih kerajaan perlu dipatuhi dan direkodkan di dalam Daftar Pergerakkan Harta Kerajaan (Kew. PA- 6). Pekeliling Perbendaharaan Bil 5/2007

Semuarekodpenyelenggaraanperludicatatkandi dalam kad Kew PA-2 Bahagian B. dan Kew. PA 14. Pekeliling Perbendaharaan Bil 5/2007.

Setelahselesaisetiaplogyangdibukaperlukan ditutup oleh pihak sekolah.

Muka Surat 4

Page 5: Bulatin Bil 4 (2011)

KURSUS FOTOGRAFI ADVANCED PHOTOSHOP

Kursus berkenaan telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang mulai 27 Februari hingga 2 Mac 2011. Seramai 30 orang Juruteknik FT17 telah menyertai kursus ini. Objektif utama kursus tersebut diadakan ialah bagi meningkatkan ilmu dalam bidang fotografi peserta dan mengolah gambar yang dirakamkan dengan menggunakan perisian yang sesuai. Ianya juga dapat membantu guru-guru yang menjalankan aktiviti penyediaan bahan dan modul pengajaran dan pembelajaran di PKG masing-masing bagi meningkatkan minat dan pemahaman murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan di bilik darjah. Kursus berkenaan telah disampaikan oleh fasilitator dari PKG Tanjung Bunga, Encik Abdullah bin Yaacob dan dibantu oleh Encik Mior Darul Ridzuan bin Kamarulzaman, PKG Tasik Gelugor dan Tuan Haji Mohd Noor Baba, BTPN Pulau Pinang.

MULAKAN TUGAS KITA DENGAN NIAT KERANA ALLAH,

TUGAS KITA ADALAH AMAL IBADAT KITA,B.E.R.S.A.M.A TERAS KEJAYAAN KITA.

RUKUN KERJA WARGA BTPB DAN PKG KEDAH

B be together (bersama)Bersama dan bersatu dalam melaksanakan agenda tanpa prejudis, menuju ke satu matlamat, satu harapan demi menjayakan misi, visi dan matlamat organisasi.

E-evaluation (muhasabah diri)Bermuhasabah diri dan berusaha untuk membaiki segala kelemahan, berhijrah untuk memajukan diri dan menjadikan kelemahan lalu sebagai sempadan untuk memantapkan diri dan organisasi.

R-react (bertindak)Bertindak secara sistematis, ikhlas, dan istiqamah. Akur kepada arahan secara tulus tanpa mempunyai motif tersembunyi.

S-sacrifice (pengorbanan)Bersedia melakukan pengorbanan idea, masa dan tenaga demi menjaga maruah, kualiti, prestasi, dan imej organisasi.

A-attitude (sikap)Bersikap positif, menjadikan kerja sebagai ibadah dengan sentiasa bersyukur, berintegriti, dan menga-malkan nilai etika kerjasama.

M-mature (matang)Berperilaku matang dalam segala tindakan. Matang berfikir, membuat keputusan, menerima dan melak-sanakan arahan, dan matang menghadapi perubahan dan transformasi yang berlaku.

A-ambitious (cita-cita) Bercita-cita merealisasikan nilai tambah tinggi organisasi dengan meletakkannya sebagai sasaran yang mesti dicapai. Kerjasama terbaik semua warga supaya tidak wujud “Unfinished Business” atau ker-ja yang masih tidak selesai.

TEMA DAN RUKUN KERJA WARGA BTPN DAN PKG

NEGERI KEDAH

Muka Surat 5

Pada 24 Februari 2011 (Khamis), Puan Hawa binti Said, Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat lawatan ke BTPN Kedah. Beliau telah sudi menghadiri Majlis Bacaan Yassin, mengikuti Taklimat Pagi Ketua-Ketua Unit dan mengadakan perjumpaan khas dengan kakitangan BTPN Kedah.

Dalam perjumpaan tersebut beliau men-erangkan mengenai tugas utama BTP, BTPN dan PKG bagi memenuhi Wawasan 2020.

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH BTP

Page 6: Bulatin Bil 4 (2011)

TIPS MERAKAM FOTO

MAJLIS RASMI

Untuk mendapatkan rakaman gambar majlis yang baik, terlebih dahulu, anda mestiberfikirdanmelihatmajlistersebutdari sudut pandangan penganjur acara. Bayangkan diri anda sebagai penganjur yang telah mengeluarkan sejumlah wang dan masa bagi menjayakan majlis terse-but. Gambar yang bagaimanakah yang ingin anda lihat? Apa yang penting untuk di-rakam pada sesuatu majlis ialahsubjek atau material yang berharga seperti gambar dekorasi meja, gambar hiasan pentas, pintu gerbang, goodie bags, backdrop dan sebagainya. Ini kerana, pen-ganjur telah mengeluarkan sejumlah wang untuk perkara-perkara ini dan mereka ingin melihat gambarnya sebagai rekod.

Rakam semua gambar tetamu penting, lebih-lebih lagi gambarVIPyanghadir.Bukanmudahuntukdapatkanke-hadiranVIP.Kehadiranmerekaamatbermaknakepadapenganjur.RakamsemuaupacarapentingsepertiucapanVIP,ma-jlis perasmian, gimmick pembukaan, persembahan dan sebagainya.

Majlis yang melibatkan orang kenamaan dalam jabatan atau masyarakat perlulah digambarkan bagaimana ia berlangsung. Rakam bagaimana pemimpin itu berucap dengan menampakkan khalayak hadirin mendengar uca-pan beliau. Rakam bagaimana majlis itu berlangsung. Contohnya rakamkan pemimpin tersebut memalu gong, memotong reben, menepung tawar, menyampaikan sum-bangan atau hadiah.Menjadi trend sekarang jurufoto suka merakam apa yang akan dilakukan oleh pemimpin atau tetamu utama dalam majlis itu. Contohnya bersalam den-gan tetamu lain, penyampaian hadiah dan sumbangan,

merasai makanan di gerai-gerai pameran, membuat la-watan ke kiosk pameran dan sebagainya.

Di dalam majlis yang melibatkan sultan, jurufoto haruslah mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh pihak pen-ganjur. Jurufoto tidak boleh lepas bebas di mana sahaja terutamanya melintas di hadapan tetamu utama atau ter-lalu hampir berada di belakang mereka. Sebaiknya jurufo-to hendaklah berada di tempat yang dikhaskan oleh pen-ganjur. Jurufoto hendahlah mengangkat sembah sebelum dan selepas mengambil gambar sultan. Pakaian jurufoto hendaklah kemas, bersih, berwarna gelap dan mengikut

suasana majlis. Selalunya jurufoto memakai baju kameja, bertali leher, berkot dan memakai song-

kok. Elakkan menggunakan ‘direct flash’ ter-lalu banyak kerana ianya akan mengganggu tetamu utama. Lensa berukuran 70-200 mm sangat sesuai untuk majlis seperti ini.

Merakam foto dalam ketegori ini perlu me-numpukan pada subjek yang hendak di-

beritakan. Biasanya merakam foto sebegini harus melahirkan mood peristiwa itu. Dalam

majlis penyampaian hadiah atau sijil penghar-gaan, kamera DSLR sangat sesuai berbanding ka-

mera kompak kerana masa untuk merakamkan sesuatu peristiwa lebih pantas dan keupayaan menggunakan lam-pu pancar dan lampu tambahan yang lebih berkesan.

Fotografi sukan adalah antara yang menarik untuk di-rakamkan. Penggunaan alat tambah seperti Telephoto Lens, atau Zooms Lens antara 200 - 500 mm memboleh-kan segala pergerakan athlet boleh dirakamkan dari jarak yang jauh.Merakam aksi di arena sukan, jurufoto mesti mengetahui sedikit sebanyak undang-undang sukan itu sendiri. Ka-wasan mana yang perlu dihindari agar ahli sukan tidak terganggu. Semasa merakam aksi sukan kebanyakan ju-rufoto dilarang menggunakan flash. Begitu juga jika kita merakam foto di padang goft maka pastikan tidak meng-ganggu aksi pemain. Lensa telefoto adalah amat penting untuk merakam kedudukan pemain di posisi yang jauh dari jurufoto.

Suasana riang persembahan di atas pentas memerlukan lensa melebihi 135mm

Jurufoto haruslah mematuhi protokol yang ditetapkan dalam majlis yang melibatkan sultan.

Muka Surat 6

Siri Kedua oleh: Omar bin Hassan PTP BTPNK (UPIM)

Page 7: Bulatin Bil 4 (2011)

Muka Surat 7

PERKAKASAN KOMPUTER

oleh Luqman Hidayat

Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. *Komputer Sistem Asas *Komputer Sistem Multi media *Komputer Internet Tersedia 1. Komputer Sistem Asas Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempun-yai perkakasan yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menu-lis rencana atau kerja-kerja mudah. Senarai Perkakasan Sistem Asas;

* Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.* Prosesor (Microprocessor atau CPU): Memproses data untuk keseluru-han sistem. Kotak komputer, beka-lan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable).* Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting.* Cakera keras: Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.* Pemacu cakera liut: Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB.* Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghan tar data video ke skrin.* Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.* Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting.* Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.

2. Komputer Sistem Multimedia Komputer Sistem Multimedia ter-diri daripada sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh me-mainkan video cakera padat (VCD) atau cakera padat (CD). Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampur dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah; * Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pem besar suara.* Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) :

Membaca data dari CD, VCD dan CD ROM.* Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan berbual dalam talian.* Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.

3. Komputer Internet Tersedia Komputer yang disediakan mo dem (Internet Ready) untuk me layari internet. Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas adalah seperti ;* Modem luar atau dalam: Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.* Akaun TM-net atau Jaring: Akaun untuk mendapatkan hak

melayari Internet.* Satu talian telefon untuk sambun gan: Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.

Papan Induk (Mother Board)

Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer. Pe-milihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan

diletakkan pelbagai perka-kasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan seb-againya. Ini bererti, semasa membeli papan induk, buat-lah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu me-nukarkan papan induk. Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.

Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasuk-kan komponen seperti Port

COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya. Dengan sendirinya, pa-pan induk ATX memerlukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.

Komponen-komponen papan induk

Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan. Komponen-komponen yang dimak-sudkan seperti di bawah,

BIOS akronim bagi sistem input-out-put asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem men-genai maklumat perkakasan komput-er semasa start-up. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan. Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus Pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu. Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula kom-puter dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal. Untuk menyelamatkan keadaan, penulisan tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun ber-

MARI MENGENAL KOMPUTER

Komputer ialah sebarang peralatan, mesin atau alat yang digunakan untuk memproses mak-lumat, berpandukan kepada prosedur/arahan

yang ditetapkan.Wikipedia, ensiklopedia bebas

Page 8: Bulatin Bil 4 (2011)

Muka Surat 8

balik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perka-kasan Y2K serasi.

Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya se-jenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan op-erasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih.

Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa. Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memo-ri yang boleh digunakan, jenis CPU dan lain- lain lagi. Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu. Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melaku-kan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya.

Jenis jumper perlu juga diambil perhatian. Ada papan in-duk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis. Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian. Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.

Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan. Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakan-nya jenis DIMM. Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik.

Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat pent-ing diberi perhatian. Kini banyak perkakasan mempunyai slot PCI. Slot tambahan AGP adalah untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi.

Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras. Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan ca-kera keras untuk IDE0 dan IDE1. Ada kalanya seseten-gah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.

Pada papan induk jenis lama terdapat penyambung beka-lan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk. Kebanyakan papan induk kini dibekal-kan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.

Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian ban-yak. USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan je-nis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat. Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh meng-hantar data sepantas 480 mbps.

Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyam-bung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambung-kan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran. Port LPT1 (Line printer termi-nal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas,

kamera video dan sebagainya.

PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digu-nakan kebanyakan komputer berjenama. Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini.

CMOS bermaksud complementary metal-oxide semicon-ductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh. Un-tuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer se-dang dimulakan.

dvd rom drive

grafik kad

hard disk

mouse

disket

external hard diskpci usb kad

prosessor

power supply

ram

pendrive

keyboard

PERALATAN

ICT

Page 9: Bulatin Bil 4 (2011)

N I L A MAktiviti NILAM (nadi ilmu amalanmembaca)merupakan satuusaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina ta-biat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan bu-daya ilmu.

Perlaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:1. TAHAP JAUHARI – Program membaca ini dijalankan pada dua peringkat persekolahan.

Sekolah Rendah: Muridpadaperingkatiniwajibmelibatkandiridalamaktivitipem-bacaan sebaik mereka tahu membaca dan mula belajar (Perten-gahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti yang dicatat dalam Jadual 1.Sekolah menengah:Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dalam ak-tiviti berterusan pembacaan sebaik sahajamerekamelangkahke Tingkatan Satu dan perlu mencapai tahap pembacaan seperti yang dicatat dalam Jadual 1.

Jumlah Buku Dibaca PENGIKTIRAFAN

Sekolah Rendah Sekolah Menengah 90-179 72-143 GANGSA 180-269 144-215 PERAK

270-359 216-287 EMAS 360 ke atas 288 ke atas NILAM

Muka Surat 9

BAHAN

LEARNING MATERIAL SYSTEMS (LMS)

Penggunaan Koleksi Imejan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah menyediakan bahan koleksi imejan yang men-gandungi koleksi gambar dalam berbagai kategori dalam bentuk fail JPEG . Koleksi Imejan ini boleh digunakan oleh guru-guru dan murid-murid bagi tujuan pendidikan.

Paparan Koleksi Imejan ini boleh dilayari dan dimuat turun melalui alamat portalnya http://btpnkedah.edu.my/imejan/ atau ruang Galeri Imejan di dalam portal yang berkenaan. Gambar yang terdapat di dalamnya adalah hasil asli dari koleksi jurugambar BTPN Kedah. Selamat mengguna.

2. TAHAP RAKAN MEMBACA -dilakukan seki-ranya tahap pertama telah dapat disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca.

Murid yang mencapai tahap ini bolehlah diberi lencana sebagai pengiktirafan mereka memasuki Tahap Ke-II (Rakan Pembaca).

Guru-guru Pusat Sumber Sekolah,Guru-guru Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris boleh men-gambil murid ini untuk sessi bercerita dengan murid-murid lain secara formal / tidak formal.

Semasa rehat, ada kelompok-kelompok kecil Rakan Pembaca akan bercerita / mereka bercer-ita semasa waktu Pusat Sumber Sekolah. Rakan Pembaca ini boleh disifatkan sebagai “Ambas-sador Pusat Sumber Sekolah” kerana dengan bercerita kepada rakan-rakan sebaya / adik-adik ditahap I, mereka dapat menarik murid-murid lain suka membaca.

Jenis bahan bacaan adalah tertumpu kepada BUKU sahaja. Buku yang perlu dibaca mestilah dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris.

Pembinaan tabiat mem-baca mesti berupa pak-saan yang berterusan

Jadual 1- Jumlah buku yang perlu dibaca untuk mencapai tahap pengiktirafan tertentu

Page 10: Bulatin Bil 4 (2011)

Muka Surat 10

Karnival Buku Kedah 2011 telah diadakan pada 27 Februari 2011 (Ahad) bertempat di De-wan Putra, Kulim. Majlis tersebut telah diras-mikan oleh Tuan Haji Asmee bin Haji Tajuddin, Ketua Sektor Pengurusan Akademik mewakili Pengarah Pelajaran Kedah. Karnival tersebut adalah anjuran bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pelajaran Daerah Kulim dan Syarikat ADAM.

Objektif program ini ialah bagi mendedahkan buku-buku baru yang berbagai judul kepada masyarakat setempat di samping merapat-kan hubungan antara badan korperat dengan agensi kerajaan dan menimbulkan kesedaran masyarakat kepada kepentingan dan memupuk minat membaca terutama kepada golongan pelajar.

Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang tem-poh karnival tersebut dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Sektor Akademik ke-pada para pemenang dalam majlis berkenaan.

Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Kedah tahun 2011 telah diadakan pada 1 Mac 2011 yang lalu di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah dan pemenangnya telah diumumkan pada 6 Mac 2011 di dalam Majlis Perhimpunan Bulanan JPN Kedah di Dewan Al-Farabi BTPN Kedah. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Saad, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman. Keputusan pemenang ialah seperti berikut:

KATEGORI SEKOLAH RENDAH BANDARPertama : Sharada a/p Segeran -SK Convent Father BarreKedua : Farah Nur Aisya Fadzil -SK Sultan Ahmad TajuddinKetiga : Nur Salsabila Saraben - SK Convent Alor Setar

KATEGORI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDARPertama : Anis Adilah Shaidan - SK Tunku Abdul Rahman PutraKedua : M.Faez Rashdan Mohd Rifae - SK Kg Keda KupangKetiga : Nurul Afifah Mohd Farizal - SK Kelibang Langkawi.

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BANDARPertama : Nizar Syahmi Mazlan - SMK Bakar ArangKedua : Regupathi a/l Angappan - SMK JitraKetiga : Nurul Mue’lmiah Kadir - SMK Convent

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDARPertama : Anees Nabilah Rosli - SMK Ayer HitamKedua : Mohamad Hanif Mohamad salleh - SM Teknik LangkawiKetiga : Nurul Nashuha Jasmi - SMK Dato’ Lela Pahlawan

TOKOH NILAMSekolah Rendah : Anis Adilah Shaidan - SK Tunku A. Rahman PutraSekolah Menengah : Anees Nabilah Rosli - SMK Ayer Hitam

Barisan peserta yang berjaya mengikut kategori

Anis Adilah Shaidan Anees Nabilah Rosli

Page 11: Bulatin Bil 4 (2011)

TAHNIAH & SYABASLantikan Kenaikan Pangkat KUP Hakiki DGA32 mulai 3 Januari 2011

Tahniah kepada Tuan Haji Md Zin bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Neg-eri Kedah Darul Aman yang telah dianugerahkan Bin-tang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) pada 1 Februari 2011 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah sempe-na Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke 83.

Muka Surat 11

En Mahizair bin MangsorPTP2 PKG Sungai layar bertukar sebagai PTP1 PKG Pendang

En Abd Jalil bin Hassan PTP2 PKG Sungai Petani bertukar sebagai PTP 1 PKG Tokai

En Muhamad Fissol bin Hashim PTP2 PKG Telok Kecai bertukar sebagai PTP1 PKG AlorJanggus

En Fakhrul Azman bin Anwar PTP2 PKG Yan bertukar sebagai PTP1 PKG Langgar

En Mohd Fauzi bin Salleh PTP2 PKG Bukit Selambau bertukar sebagai PTP1 PKG Sungai Ular

En Mohamad Fuad bin Ahmed PTP2 PKG Kuala Ketil bertukar sebagai PTP1 PKG Baling

En Mohamad bin Hussin PTP2 PKG Kota Kuala Muda bertukar sebagai PTP1 PKG Bukit Selambau

En Ramli bin Awang PTP2 PKG Padang Serai bertukar sebagai PTP1 PKG Serdang.

EnZolkifleebinAbuBakar PTP DGA32 BTPN Kedah dilantik sebagai PTP DGA34 (Hakiki) BTPN Kedah mulai 3.1.2011.

Pegawai yang bertukar keluar : Puan Lizawati binti Talib N17 PKG Sg Petani bertukar ke SJK(C) Pekan Lama Sg Petani mulai 4 Jan.2011

Bertukar Masuk: En Mohd Radzif bin Ismail, Penolong Pengarah BTPN Perlis bertukar masuk sebagai Penolong Pengarah BTPN Kedah mulai 4.1.2011.

Bertukar Masuk: En Nooralam bin Osman, PK.HEM. SK Tualak bertukar sebagai PTP BTPN Kedah mulai 27.12.2010.

Bertukar Masuk: Cik Farah Farhana binti Basri, N17 PKG Sungai Petani mulai 17.1.2011.

Pegawai yang bertukar keluar : Encik Zolkiffli bin Harun - Mulai 16.2.2011 sebagai Guru Besar SK Alor Mengkudu, Alor Setar.

Pegawai yang bertukar keluar : Encik Mhd Zaki bin Zakaria- Mulai 16.2.2011 sebagai Guru Besar SK Jabi, Pokok Sena.

TAKZIAH & Al-Fatihah

Mohamad Fissol bin Hashim PTP PKG Teluk Kecai telah kembali ke rah-matullah pada pukul 1.00 pagi 15 Januari2011 di Hospital Sultanah Bahi-yah Alor Setar kerana serangan jantung. Beliau sebelum ini telah dinaik-kan pangkat dari DGA29 ke DGA32 sebagai PTP1 di PKG Alor Janggus. Beliau yang bertugas sebagai guru di SK Sri Pantai telah memulakan tugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG Teluk Kecai mulai 1 Ogos 2005. BTPN Kedah merasakan kehilangan yang besar kerana beliau merupakan seorang pegawai yang amat berdedikasi dalam tugas, proaktif, dan sentiasa bersedia menurut arahan ketua. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah….

Page 12: Bulatin Bil 4 (2011)

KPP BTPNK menerima Sijil MS ISO 9001:2008 dari YM Tengku Aidil Al Haj bin Tengku Amirudin wakil SIRIM QAS Internasional Sdn Bhd

Suasana pilu mengiringi Tuan Haji Harun PTP1 PKG Baling di Majlis Persaraan beliau pada 19 Okt.2010 .

KPP BTPNK menerima sijil perakuan MS-ISO 9001: 2008 dari wakil SIR-IMQAS Ucapan terakhir En Mhd Yusup Ishak di Dewan Al Farabi sempena majlis persaraan beliau pada 24 Okt 2010 .

Mesyuarat dan bengkel pembinaan Sasaran Kerja Tahunan BTPN Kedah di Hotel Langkasuka Langkawi pada 31 Okt 2010.

Keadaan sekolah yang dilanda banjir pada 2 Nov.2011.

Pekan Jitra dilanda banjir. Beberapa sekolah turut ditenggelami air dalam peristiwa tersebut.

Wajah murid-murid yang riang semasa mengambil bahagian dalam Resensi Buku 2010 di BTPN Kedah pada 11 Nov.2010 lalu.

Seorang bapa yang terpaksa menunggu anaknya di hari pertama buka sekolah sesi 2011 yang lalu.

Pemantauan dan khidmat bantu eduwebtv ke sekolah-sekolah oleh pegawai BTPN Kedah.

ALBUM

PERISTIWA

Kerja pemasangan fiber optic di BTPN Kedah pada 18 Jan.2011 di ketuai oleh

En. Zolkiffli Abu Bakar.

Muka Surat 12