BULETIN BPA Isu 14/2012 BIRO PENGADUAN AWAM … BPA A5 Julai[1].pdf · untuk penderma darah antara...

8
SURAT PENGHARGAAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL SURAT PENGHARGAAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL www.pcb.gov.my BULETIN BPA Isu 14/2012 BIRO PENGADUAN AWAM KEJAYAAN KES KES 95905 : RESTORAN MENGENAKAN BAYARAN MAKANAN TERLALU TINGGI Pengadu berasa tidak berpuashati dengan restoran India Muslim yang kebanyakannya mengenakan bayaran yang tinggi, sebagai contoh ketika beliau makan di sebuah restoran yang terletak di Bandar Selesa Jaya, Johor Bahru, beliau telah meminta makanan maggie goreng ayam (hanya terdapat 4 ketul ayam dan sedikit sayur-sayuran dalam mee segera tersebut) tetapi dikenakan bayaran sebanyak RM6.80. Pengadu berpendapat bahawa harga yang dinyatakan adalah amat tidak munasabah. Selain itu juga, pengadu mendakwa kebanyakan restoran mamak tidak mempamerkan sijil halal dan para pekerjanya juga terdiri daripada warga asing. Justeru itu, beliau berharap agar agensi yang berkaitan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung isu yang dibangkitkan. Laporan Siasatan Aduan pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) mendapati premis ada mempamerkan (papan tanda) tanda harga makanan dan minuman yang dijual. Harga mee segera goreng adalah RM6.00, jika ditambah dengan telur harga adalah RM6.80. Harga mee segera goreng adalah tidak dikawal. Nasihat telah diberikan kepada pengusaha restoran supaya menurunkan harga makanan dan minuman agar tidak membebankan pengguna. Pihak PPDNKK akan menjalankan penguatkuasaan berhemah dengan memberikan cadangan kepada pengusaha agar mengkaji semula harga tersebut. Pengadu juga telah mengucapkan terima kasih di atas tindakan segera yang telah diambil oleh BPA dan juga PPDNKK.

Transcript of BULETIN BPA Isu 14/2012 BIRO PENGADUAN AWAM … BPA A5 Julai[1].pdf · untuk penderma darah antara...

SURAT PENGHARGAAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL SURAT PENGHARGAAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

www.pcb.gov.my

BULETIN BPA • Isu 14/2012 • BIRO PENGADUAN AWAM

KEJAYAANKESKES 95905 :

RESTORAN MENGENAKAN BAYARAN MAKANAN TERLALU TINGGI

Pengadu berasa tidak berpuashati dengan restoran India Muslim yang

kebanyakannya mengenakan bayaran yang tinggi, sebagai contoh

ketika beliau makan di sebuah restoran yang terletak di Bandar Selesa

Jaya, Johor Bahru, beliau telah meminta makanan maggie goreng ayam

(hanya terdapat 4 ketul ayam dan sedikit sayur-sayuran dalam mee

segera tersebut) tetapi dikenakan bayaran sebanyak RM6.80.

Pengadu berpendapat bahawa harga yang dinyatakan adalah amat tidak

munasabah. Selain itu juga, pengadu mendakwa kebanyakan restoran

mamak tidak mempamerkan sijil halal dan para pekerjanya juga terdiri

daripada warga asing. Justeru itu, beliau berharap agar agensi yang

berkaitan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung isu

yang dibangkitkan.

Laporan Siasatan Aduan pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) mendapati premis ada

mempamerkan (papan tanda) tanda harga makanan dan minuman yang

dijual. Harga mee segera goreng adalah RM6.00, jika ditambah dengan

telur harga adalah RM6.80. Harga mee segera goreng adalah tidak

dikawal. Nasihat telah diberikan kepada pengusaha restoran supaya

menurunkan harga makanan dan minuman agar tidak membebankan

pengguna. Pihak PPDNKK akan menjalankan penguatkuasaan berhemah

dengan memberikan cadangan kepada pengusaha agar mengkaji

semula harga tersebut. Pengadu juga telah mengucapkan terima kasih

di atas tindakan segera yang telah diambil oleh BPA dan juga PPDNKK.

2

ISU14/2012 BULETIN BPAwww.pcb.gov.my

KES 97073 : PENDERMA DARAH DIPERTIKAIKAN BAGI MENDAPATKAN RAWATAN PERGIGIAN DI KLINIK PERGIGIAN SIMPANG RENGGAM

Pengadu memaklumkan haknya sebagai penderma darah tidak diberikan perhatian di mana pada 31 Mei 2012, beliau telah pergi ke Klinik Pergigian Simpang Renggam untuk membuat pemeriksaan gigi. Ketika pendaftaran, pengadu membayar RM1.00 berserta Sijil Perkhidmatan Darah Kebangsaan miliknya. Mengikut catatan, pengadu telah menderma sebanyak 16 kali dan kali terakhir menderma adalah pada 10 Julai 2011. Memandangkan sijil lama pengadu telah hilang, catatan baru terus dibuat kepada bilangan 16. Mengikut sijil berkenaan, keistimewaan untuk penderma darah antara 16-20 kali berhak mendapatkan rawatan percuma pesakit luar dan wad kelas dua untuk dua tahun dari tarikh terakhir menderma.

Pegawai di kaunter mengatakan beliau mempunyai sifir sendiri untuk menentukan sama ada pengadu layak atau tidak mendapatkan rawatan percuma. Beliau juga meminta pengadu menunjukkan sijil lama yang telah hilang tetapi pengadu meminta beliau membuat semakan terus kepada agensi yang berkaitan. Beliau masih mempertikaikan bahawa beliau perlu melihat kepada pekeliling kerajaan berkenaan perkara ini dan meminta pengadu membuat bayaran pendaftaran dan mana-mana bayaran lainnya selepas mendapatkan rawatan. Oleh kerana pengadu tidak mahu berlaku pertikaian lanjut dengan beliau, pengadu terpaksa membatalkan tujuan untuk mendapatkan rawatan dan beralih ke klinik swasta kerana kesakitan. Pengadu kesal dengan kejadian tersebut dimana haknya sebagai penderma dipertikaikan.

Hasil siasatan pihak yang berkaitan, perhatian telah diberikan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter di mana hendaklah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pesakit termasuk ‘direct eye contact’ di samping komunikasi berkesan, layanan mesra dan profesional. Kakitangan juga hendaklah merujuk kepada panduan pelaksanaan caj pergigian dan pekeliling berkaitan caj yang telah disediakan di kaunter klinik. Sesi kaunseling telah dijalankan oleh Ketua Jabatan kepada petugas kaunter. Taklimat tentang pengurusan pesakit luar dan caj bayaran juga diberikan. Pemantauan berterusan tentang caj bayaran juga dilaksanakan.

KES 96284 : PERMOHONAN PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA

BPA Sarawak menerima aduan mengenai permohonan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Sarawak semasa program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Bau pada 16 Mei 2012. Pengadu mendakwa beliau seorang OKU akibat penyakit 10 tahun yang lepas. Beliau telah membuat permohonan pendaftaran OKU tetapi ditolak oleh JKM Sarawak. Pengadu juga mempunyai seorang anak yang kelainan upaya tetapi dengan pendapatan sebagai seorang petani yang rendah, beliau menghadapi masalah kewangan untuk menyara keluarga beliau. Justeru, beliau berharap agar permohonan beliau dapat dipertimbangkan semula oleh pihak JKM.

Aduan ini disalurkan ke JKM Sarawak pada 16 Mei 2012 melalui e-mel untuk tindakan selanjutnya. Siasatan JKM mendapati bahawa pengadu telah disahkan oleh doktor sebagai bukan golongan kurang upaya. Justeru, permohonan beliau didaftar sebagai OKU ditolak oleh JKM Sarawak. Walau bagaimanapun, anak pengadu didapati adalah layak untuk menerima Bantuan Kanak-kanak sebanyak RM100 dan permohonan ini telah diluluskan pada Mei 2012.

Kejayaan KesKejayaan Kes

3

ISU14/2012 BULETIN BPAwww.pcb.gov.my

KEJAYAAN PENYELESAIAN KES BPA PAHANG

JUN 2012 KES 97936: LONGKANG TIDAK DISELENGGARA DENGAN BAIK

Pada 19 Jun 2012, BPA Pahang telah menerima aduan daripada seorang pengadu

yang tidak berpuas hati dengan keadaan longkang di Arked Makanan, Padang

Lalang, Kuantan yang tidak diselenggarakan dengan baik sehingga mengakibatkan

air tidak mengalir dengan sempurna. Keadaan diburukkan lagi apabila waktu hujan

sehingga air longkang melimpah ke luar dan seterusnya ke tengah jalan.

Sehubungan itu, perkara ini telah dipanjangkan ke Pengurusan Perkhidmatan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) untuk tindakan lanjut. Oleh yang

demikian, pihak PPSPPA telah mengambil tindakan segera untuk ke tempat yang

diadukan bagi menjalankan siasatan. Didapati, peniaga-peniaga di arked makanan

di kawasan berkenaan tidak memasang penapis sisa supaya sisa makanan tidak

masuk ke dalam longkang. Walau bagaimanapun, PPSPPA telah mengarahkan

syarikat konsesi untuk melakukan pembersihan bagi memastikan longkang tersebut

tidak tersumbat dan air boleh berjalan lancar.

Penyiasat : Puan Halizah bt Osman

KEJAYAAN PENYELESAIAN KES BPA PAHANG

JUN 2012 KES 97936: LONGKANG TIDAK DISELENGGARA DENGAN BAIK

Pada 19 Jun 2012, BPA Pahang telah menerima aduan daripada seorang pengadu

yang tidak berpuas hati dengan keadaan longkang di Arked Makanan, Padang

Lalang, Kuantan yang tidak diselenggarakan dengan baik sehingga mengakibatkan

air tidak mengalir dengan sempurna. Keadaan diburukkan lagi apabila waktu hujan

sehingga air longkang melimpah ke luar dan seterusnya ke tengah jalan.

Sehubungan itu, perkara ini telah dipanjangkan ke Pengurusan Perkhidmatan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) untuk tindakan lanjut. Oleh yang

demikian, pihak PPSPPA telah mengambil tindakan segera untuk ke tempat yang

diadukan bagi menjalankan siasatan. Didapati, peniaga-peniaga di arked makanan

di kawasan berkenaan tidak memasang penapis sisa supaya sisa makanan tidak

masuk ke dalam longkang. Walau bagaimanapun, PPSPPA telah mengarahkan

syarikat konsesi untuk melakukan pembersihan bagi memastikan longkang tersebut

tidak tersumbat dan air boleh berjalan lancar.

Penyiasat : Puan Halizah bt Osman

KES 97936 : LONGKANG TIDAK DISELENGGARA DENGAN BAIK

Pada 19 Jun 2012, BPA Pahang telah menerima aduan daripada seorang pengadu yang tidak berpuas hati dengan keadaan longkang di Arked Makanan, Padang Lalang, Kuantan yang tidak diselenggarakan dengan baik sehingga mengakibatkan air tidak mengalir dengan sempurna. Keadaan diburukkan lagi apabila waktu hujan sehingga air longkang melimpah ke luar dan seterusnya ke tengah jalan. Sehubungan itu, perkara ini telah dipanjangkan ke Pengurusan Perkhidmatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) untuk tindakan lanjut.

Oleh yang demikian, pihak PPSPPA telah mengambil tindakan segera untuk ke tempat yang diadukan bagi menjalankan siasatan. Didapati, peniaga-peniaga di arked makanan di kawasan berkenaan tidak memasang penapis sisa supaya sisa makanan tidak masuk ke dalam longkang. Walau bagaimanapun, PPSPPA telah mengarahkan syarikat konsesi untuk melakukan pembersihan bagi memastikan longkang tersebut tidak tersumbat dan air boleh berjalan lancar.

Kejayaan KesKejayaan Kes

KES 97807 : NO RESPOND FOR THE APPLICATION OF FUND

The complainant, with 4 schooling children has applied for Child Fund at Tanah Merah District Social Welfare office, but he received no response from that office. He is working as a rubber tapper and suffers liver disease. The complainant was shocked when he enquired about the status of his application at the welfare office where he was informed that his application was not recorded.

Upon receiving the complaint, PCB Terengganu/Kelantan sent a letter to Tanah Merah District Social Welfare office on 17th june 2012 requesting for an explanation regarding this complaint.Tanah Merah District Social Welfare office’s investigation found that the complainant is suffering moderate liver disease and receiving treatment at Tanah Merah Hospital.

Rubber tapping together with his wife earned an average income of RM700 permonth.Complainant’s application was given due consideration by the welfare office and he was approved Child Fund of RM300 per month starting from July 2012. This fund will help to ease the children’s schooling expenditure.

4

ISU14/2012 BULETIN BPAwww.pcb.gov.my

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

SURAT PENGHARGAAN

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

5

ISU14/2012 BULETIN BPAwww.pcb.gov.my

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

SURAT PENGHARGAAN

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

6

ISU14/2012 BULETIN BPAwww.pcb.gov.my

KES 93553 : MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN ELEKTRIK DI CARUK KORIS, PENGKALAN HULU, PERAK

Pada 23 Mac 2012 BPA Perak telah menerima aduan daripada seorang pengadu yang mana beliau telah memohon untuk mendapatkan bekalan elektrik di Jalan Perak, Caruk Koris, Pengkalan Hulu, Perak sejak awal Mei 2009. Sehubungan dengan itu, BPA Perak telah memanjangkan perkara ini kepada pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

KKLW melalui surat bertarikh 11 Mei 2012 menjelaskan bahawa Jawatankuasa Induk Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (JAAIBE) telah meluluskan pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) pada 16 Ogos 2011 bagi menyediakan bekalan elektrik ke Perkampungan Caruk Koris, Jalan Lepang Nenering, Pengkalan Hulu, Perak dengan kos RM 292,718.00. Pelaksanaan projek ini akan memberi manfaat kepada 30 buah rumah di perkampungan tersebut.

Lanjutan daripada keputusan tersebut, pada 24 November 2011, KKLW telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk melantik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi melaksanakan projek ini secara rundingan terus. Justeru, pada 27 Disember 2012, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk melantik TNB secara rundingan terus bagi melaksanakan projek BELB Sambungan Talian Grid Semenanjung Malaysia Tahun 2012 yang dibiayai di bawah AAIBE dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan. Projek ini dijangka siap pada 2 Mei 2014. Pada masa kini TNB sedang dalam peringkat dokumentasi dan perlantikan perunding sebelum kerja-kerja di tapak dapat dimulakan pada bulan Ogos 2012.

Kejayaan KesKejayaan Kes

KES 94679 : STESEN JANAKUASA TNB DITUMBUHI LALANG DAN SEMAK SAMUN

Pengadu memaklumkan bahawa Stesen Jana kuasa TNB di sebelah rumah beliau di Changkat Minden, Bayan Baru, Pulau Pinang telah di tumbuhi dengan lalang yang tinggi. TNB tidak pernah membersihkan lalang dan rumput yang telah tumbuh tinggi di stesen berkenaan. Keadaan tersebut menjadi tempat persembunyian binatang liar seperti ular, biawak dan tempat pembiakan nyamuk. Lalang berkenaan telah mulai memasuki kawasan rumah ditambah lagi dengan musim hujan lalang dan semak samun akan tumbuh dengan cepat. Pengadu memohon TNB dapat membersihkan kawasan mereka setiap bulan ataupun terus meratakan kawasan dengan simen agar masalah ini tidak lagi berbangkit. Aduan diterima oleh BPA melalui Borang Laman Web pada 16 April 2012.

BPA telah menghubungi TNB Pulau Pinang melalui telefon pada hari yang sama dan disusuli dengan penghantaran melalui emel pada 16 April 2012. Pegawai TNB berkenaan memaklumkan siasatan segera akan dibuat. Pada 19 April 2012, TNB Pulau Pinang telah mengemukakan jawapan melalui emel berserta gambar memaklumkan TNB telahpun menjalankan kerja-kerja pembersihan lalang dan rumput di dalam kawasan stesen janakuasa berkenaan pada 17 April 2012. TNB akan memastikan kawasan tersebut diselenggara secara berjadual. Pengadu mengucapkan terima kasih kepada BPA kerana bertindak pantas sehingga aduan ini dapat diselesaikan.

7

ISU14/2012 BULETIN BPAwww.pcb.gov.my

SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL SURAT PENGHARGAAN KEPADA BPA PCB TESTIMONIAL

7

8

ISU14/2012 BULETIN BPAwww.pcb.gov.my Kejayaan KesKejayaan Kes

KES 90861 : PENJAWAT AWAM TIDAK BERETIKA

BPA Sabah telah menerima aduan menerusi borang aduan laman web pada 30 Januari 2012 mengenai seorang doktor di Hospital Tawau yang didakwa tidak beretika kerana mempamerkan gambar-gambar laporan perubatan dan x-ray para pesakit yang turut mengandungi nama pesakit di laman Facebook (FB) beliau. Surat kepada Hospital Tawau telah dikeluarkan pada hari berikutnya selepas menerima maklumat lanjut dan gambar-gambar berkaitan daripada pengadu dan maklum balas daripada Pengarah Hospital Tawau menerusi surat bertarikh 1 Februari 2012 memaklumkan bahawa aduan adalah berasas dan pegawai yang diadu merupakan seorang Pegawai Perubatan Siswazah dan beliau telah diminta memberi penjelasan secara lisan dan seterusnya mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pengarah Hospital Tawau.

Pegawai tersebut mengakui akan kesilapan dan kecuaian beliau meletakkan gambar-gambar berkenaan pesakit di laman Facebook beliau yang bertujuan untuk dikongsi maklumat dan pengalaman bersama-sama kawan-kawan perubatan seangkatan dengan beliau di Semenanjung Malaysia. Pegawai juga tidak berniat untuk menghina atau merendah-rendahkan pesakit ataupun keluarga pesakit dan sedar akan tanggungjawab doktor untuk melindungi sebarang maklumat pesakit daripada tersebar keluar dari kawasan hospital. Beliau memohon maaf sepenuhnya atas kecuaian yang tidak disengajakan tersebut dan telah mengeluarkan gambar-gambar berkenaan dari laman Facebook beliau. Pegawai berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut dan akan lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan beliau di masa hadapan.

Di samping itu, Pegarah Hospital Tawau telah mengemukakan laporan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berkenaan kes tersebut untuk pertimbangan bagi tindakan tatatertib selanjutnya terhadap pegawai sekiranya perlu.

KES 96955 : LOW WATER PRESSURE AROUND TAMAN BAHAU NEGERI SEMBILAN

Complaint on low water pressure causing the inconvenience to the residents. SAINS, Jempol had carried out the investigation on 29/5/2012 and found the main cause originated from the reuse of Taman Bahau water tank. Before this, the pressure used to be 4 bars. Because of the height of water tank, which was almost same level with the shop areas, causing the pressure level to be 2 bars. Reuse of the water tank was to reduce the disruption on water supply.

Thorough check on residents tapping had been carried out on 30/5/2012 to ensure no blockage and the water pressure level matching the level of resident house. The result found 5 houses with tapping problem and the rest are normal. Maintenance had been done to release the blockage.

SAINS, Jempol also monitored the water pressure for 2 weeks and the customers were satisfied on the action taken. Besides, SAINS also help to change the piping system to prevent problem on water supply.